CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 21
BAB DUA PULUH SATU…….
Hari ini pastinya status Adira akan berunah. Pastinya rutin harian juga turut berubah selepas ini. Riuh rendah dengan suara tetamu yang hadir telah mematikan lamuanan Adira. Mak Senah dan kak Ema sibuk di dapur. Pak Suhaimi sibuk melayan tetamu.
Majlis hari ini akan bermula pada jam 11 pagi. Pukul 9.30 minit pagi kelihatan mak andam datang memulakan tugasnya. Jari jemari mak andam menari-nari di muka Adira. Dari sapuan bedak asas sehingga ke palitan lipstik, mak andam lakukan dengan berhati-hati. Dalam tempoh 1 jam Adira merasakan seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya di dalam cermin. Wajahnya kelihatan nyata berubah.
Tepat seperti dalam perancangan, pukul 10.45 pagi Adira di bawa oleh keluarganya ke Surau Al-A’maliah yang berdekatan dengan rumahnya. Surau ini jugalah tempat kak Ema dan abang Daus diijabkabulkan dahulu.
Anum memandang Adira. Hari ini Anum telah dilantik oleh Adira sebagai pengapitnya. Gementar menguasai perasaa Adira kini. Pujian yang di terima sedikit pun tidak boleh menghilangkan resah dihati.
Anum : Cantiknya kau hari ini, Adira. Tak rugi Shahir pilih kau…..( bisik Anum ke
telinga Adira ).
Adira tidak membalas, sebaliknya hanya melemparkan senyuman nipis. Kipas siling yang berputar laju terasa begitu perlahan pergerakkannya. Setiap saat dia mengerling jam omeganya.
Semua hadirin yang berada di surau menyambut kehadiran rombongan pihak lelaki. Adira mencuri pandang ke arah kereta-kereta itu. Pakaian dari pihak lelaki nampak seragam. Warna krim menjadi tema pilihan mereka yang datang. Mereka memberi salam sebelum memasuki surau. Adira masih mencuri pandang. Adira terlihat kelibat lelaki yang bertubuh sasa mengenakan baju melayu putih satin, sama sepertinya. Dengan lagak tenang, lelaki yang memakai baju melayu puti itu duduk di atas kusyen baldu warna merah bersulam emas seperti adira.
Tuk kadi memulakan tugasnya dengan bertanya beberapa soalan asas. Tuk kadi juga menyemak borang nikah ynag telah diisi oleh pasangan pengantin dan juga sijil kursus perkahwinan yang telah diikuti oleh pasangan. Setelah semua soalan dijawab mudah oleh Shahir, majlis diteruskan dengan acara akad nikah. Mak Hanum melemparkan senyuman ke arah bakal menantunya apabila mata mereka bersapa. Adira sekadar membalas lembut tanpa sebarang perasaan.
Tuk kadi : Baiklah, kita mulakan……..
Terlihat anggukan kecil Shahir. Tangan kanan dihulurkan ke arah tuk kadi. Tuk kadi mengajar Shahir cara menjawab lafaz akad nikah………
Tuk kadi : Aku nikahkan dikau, Ahmad Shahir bin Zawawi dengan Siti Adira binti Suhaimi
dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.
Shahir : Aku terima nikahnya Siti Adira binti Suhaimi dengan mas kahwinnya seribu
ringgit tunai ( dalam nada yang sungguh tenang Shahir melafazkannya…..
kesemua saksi menyatakan sah ).
Tiba acara membatalkan air sembahyang, wajah Adira ditundukkan memandang permaidani masjid. Untuk melihat keadaan sekeliling, Adira malu…..
Anum : Adira, suami kau jalan menuju ke sini………Adira, suami kau handsomelah…
Ema : Adira, 5 langkah lagi…….( sambil menyentuh tangan Adira ).
Ahmad Shahir kini duduk megadap Adira. Ingin sekali Adira menatap wajah Shahir. Tetapi dia malu untuk mengangkat wajahnya. Bau minyak wangi Shahir menusuk ke hidung Adira.
Anum yang duduk di sebelah Adira mengangkat tangan Adira dan dihulurkan ke arah Shahir. Seram sejuk rasanya ketika itu. Tangan kasar itu menyambut tangan isteri yang baru dinikahinya. Pastinya Shahir dapat merasakan kegigilan tangan Adira kini.
Cincin emas putih bertatahkan berlian disarung perlahan ke jari manis Adira. Kilauan cahaya kamera memenuhi ruang. Tangan Shahir disalam dan di cium mesra. Secara spontan Shahir menghadiakan kucupan hangat di dahi isterinya. Kucupan pertama diterima daripada seorang lelaki.
Jurugambar meminta keizinan untuk mengambil gambar pengantin bersama ahli keluarga pihak pengantin yang hadir. Adira hanya menurut. Adira dibantu untuk berdiri oleh Shahir. Huluran tangan kanan Shahir disambut. Apabila Adira hampir berdiri tegak, kakinya serasa semut-semut dan kebas. Mungkin kerana duduk bertimpuh dalam tempoh yang lama menyebabkan Adira rasa sedemikian. Kaki Adira tidak dapat digerakkan. Tangan Shahir yang ada disisi digenggam erat untuk megelakkan dirinya dari terjatuh. Shahir yang pelik dengan pautan jari jemari isterinya yang erat seperti tidak mahu dilepaskan langsung.
Shahir : Ai, abang takkan cari yg lain la…walaupun ang tahu masih ada 3 lagi tempat
kosong, tapi buat masa nie abg tak fikirkan lagi pun nak tambah cawangan….
( bisik Shahir ke telinga Adira ).
Adira : Urhmmm….yelah tu..( sambil tersenyum malu ).
Tiada soalan yang wujud dari mulut Shahir tetapi adira memberi jawapan dalam nada berbisik padanya bahawa kakinya kebas. Shahir memeluk belakang Adira tubuh Adira untuk mengelakkan isterinya terjatuh.
Shahir : Dah tk kebas??.
Adira : Dah ok sikit….sori sebab tak sengaja pegang tangan abg.
Shahir : Eh, tkpelah…sayang memang wajar pegang tangan abg….yelah, abg nie kan
dah menjadi suami yg sah….nak pegang lebih pun boleh. Hehehe….
Adira : Abang nie kan…….( sambil mencubit pinggang Shahir ).
Shahir : Sori…..hahaha….
Majlis akad nikah dan acara membatalkan air sembahyang berjalan dengan lancar….
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama