AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 35 & 36


BAB 35
“mama………mama!” jerit Dira Zulaikha.
“mama ada kat luar nie, kenapa Dira?” ujar Dr. Syikin kuat.
Dira Zulaikha keluar mencari ibu mertuanya itu. Dr. Syikin kelihatan sedang berehat di taman mini rumah itu.
“mama, Dira nak guna telefon kejap boleh. Telefon Dira takde bateri pulak,” pinta Dira Zulaikha.
“laa..mama ingat apalah tadi. Lain kali kalau nak guna telefon tak payah cakap ngan mama atau papa, Dira guna je. Telefon tukan untuk kegunaan orang dalam rumah nie!” kata Dr. Syikin lembut.
“ek, hmm Dira nak telefon mak kat rumah. Dira masuk dalam dulu ye, kejap lagi Dira temankan mama ngan papa kat luar nie!” balas Dira Zulaikha.
“yelah..pergilah telefon kat mak tu dulu. Sampaikan salam maman ngan papa sekali ye!” pesan Dr. Syikin lagi.
“insyaallah mak….” Gadis itu kemudiannya hilang di sebalik pintu masuk.
Dr. Norman menggelengkan kepalanya mengenangkan perangai sikap menantunya itu.
“Dira……Dira..nak guna telefon rumah tu pun sampai datang sini minta izin ngan kita!” Dr. Norman bersuara perlahan.
“hmmm tulah bang, kalau budak lain takdenya dia nak minta izin sebelum nak buat sesuatu.” Balas Dr. Syikin.
Gadis itu menekan nombor telefon rumahnya. Lama juga dia menunggu di hujung talian, namun selepas itu terdengar orang yang memberi salam.
“assalamualaikum……” Mak Zeera memberi salam.
“waalaikumussalam…mak, kak long nie!” beritahu Dira Zulaikha.
“kak long…mak ingat sapalah yang telefon mak tadi. Kak long sihat?” soal Mak Zeera ambil berat.
“Alhamdulillah, kak long sihat mak. Mak pulak macam mana, sihat?. Sakit pinggang mak macam mana?. Mak dah makan?.” Soal gadis itu bertalu-talu sebelum sempat Mak Zeera menjawab soalan itu.
“ishh kak long nie, satu-satulah tanya soalan tu. Macam mana mak nak jawab semua soalan tu sekali gus.” Sinis kata-kata Mak Zeera.
“hehehe…mak sihat tak?” ulang Dira Zulaikha.
“mak sihat, takde apa-apa yang kak long perlu risaukan.” Ujar Mak Zeera di hujung talian.
“sakit pinggang mak macam mana?” tanya gadis itu lagi.
“pinggang mak dah ok, dah tak sakit lagi. Kak long tengah buat apa tu?” soal Mak Zeera pula.
“takde buat apa-apa pun mak. Rindu sangat kat mak, tu yang kak long telefon nie. Ermmm, mama ngan papa kirim salam kat mak,” beritahu Dira Zulaikha.
“waalaikumussalam….nanti sampaikan salam mak untuk mama ngan papa mertua dan suami kak long ye.”
“insyaallah mak, nanti kak long sampaikan salam mak kat diorang. Mak dah makan?” gadis itu masih lagi bertanya.
“dah, mak dah makan tengah hari tadi. Kak long makan apa kat sana?”
“hmm..mama masak tom yam tengah hari tadi.” beritahu gadis itu.
“mama yang masak?. Kenapa kak long tak masak! Tak baik menyusahkan mama tu,” kata mak Zeera lembut.
“taklah mak, kak long nak tolong tapi mama tak bagi. Mama suruh kak long jadi tukang rasa ari nie..hehehe.” balas gadis itu dengan tawa kecilnya.
“yelah tu, suami kak long keje ke?”
“aahh mak, abang dah mula keje ari nie. Dira tinggal dengan mama dan papa je kat rumah nie!”
“eloklah, teman kan diorang kat rumah tu. Jangan nak pergi mana-mana pulak!” pesan Mak Zeera kepada anak perempuannya itu.
“kak long tak pergi mana-manalah mak, duduk kat rumah je nie. Mak tentu bosan kan duduk kat rumah sorang-sorang. Kak long minta maaf mak sebab tak dapat nak temankan mak macam selalu,” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“mak faham…lagi pun kak long dah ada suami, ada rumah tangga sendiri dan ada keluarga mertua. Mak tak marah pun kalau kak long tak dapat nak lawat mak kat sini. Cuma mak harap selalulah telefon mak kat rumah nie.”
“ye mak, kak long akan selalu telefon mak kat sana. Mak jaga diri baik-baik ye. Kak long nak letak telefon dulu nie. Nanti kak long telefon mak lagi,”
“yelah…”
“assalamualaikum mak……” ucap gadis itu sebelum meletakkan gagang telefon.
“waalaikumussalam…..” balas Mak Zeera.
Selesai bercakap dengan ibunya, gadis itu keluar semula ke taman mini rumah tersebut. Dr. Syikin dan Dr. Norman ralit berbual tanpa menyedari kedatangan Dira Zulaikha ke tempat itu.
“mama…papa, apa yang dibualkannya tu. Ralit sangat Dira tengok,” tegur Dira Zulaikha. Dia menarik kerusi kosong yang berada di meja tersebut.
“Dira…takde apa-apa. Berbual kosong je nie. dah habis ke sembang ngan mak?” tanya Dr. Syikin.
“dah mama, mak kirim salam kat mama ngan papa,” beritahu Dira Zulaikha mengenai pesanan itu.
“waalaikumussalam…mak Dira sihat?” soal Dr. Norman pula.
“sihat papa!” ujar Dira Zulaikha ringkas.
“Dira nak mama hantarkan Dira kat sana ke?. Mama boleh temankan kalau Dira nak ke sana,” kata Dr. Syikin yang mahu memberikan pertolongan.
“takpelah mama, lagi pun Dira dah telefon kan. Nanti kalau Dira rasa nak pergi sana, Dira bagitahu kat mama.” Gadis itu tidak mahu menyusahkan ibu mertuanya.
“hmm yelah, kalau Dira rasa nak balik kat sana cakap je kat mama ngan papa. Kami boleh hantarkan Dira kat sana. Tak payah susah nak naik teksi ke atau perkhidmatan yang lain. Lagi pun mama ngan papa bukannya pergi mana-mana pun, kami duduk je kat rumah nie!”
Gadis itu tersenyum manis kepada kedua ibu bapa mertuanya. Bersyukur mendapat keluarga mertua yang baik dan penyayang malah begitu mengambil berat pasal dirinya.
Lewat petang itu Dira Zulaikha hanya berada di dalam bilik tidonya. Puas berbual-bual dengan mama dan papa Shahir, dia bergegas naik ke atas untuk menunaikan solat asar. Selesai menunaikan kewajipan yang satu itu, gadis itu membaringkan dirinya ke atas katil. Majalah yang dibeli oleh suaminya di ambil untuk menghilangkan rasa bosannya.
Gadis itu mula membaca satu persatu cerita yang terdapat di dalam majalah tersebut. Penat berbaring, dia kemudiannya meniarap sambil membaca majalah tersebut. Perlahan-perlahan matanya semakin layu. Akhirnya dia terlena sendirian di atas katil empuk tersebut bersama-sama dengan majalah yang dibacanya tadi.
Shahir Safwan yang baru sahaja sampai ke rumahnya terus keluar dari dalam perut kereta itu. Setelah pintu keretanya dikunci, dia berjalan menuju ke pintu masuk rumah itu. Kasut yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas rak yang tersedia di luar. Lelaki itu memberi salam apabila masuk ke dalam rumahnya. Hanya Dr. Norman sahaja yang berada di ruang tamu tersebut.
“papa…..ujar Shahir Safwan sambil menyalami tangan Dr. Norman.
“awal along balik, takde kes ke ari nie?” tegur Dr. Norman kepada anaknya itu.
“takde papa, sebab tu lah along balik awal ari nie. Mama ngan Dira mana papa?” Tanya Shahir Safwan ingin tau.
“mama kamu ada kat dapur tadi. Dira pulak lepas sembang ngan mama dan papa tadi terus naik atas, katanya nak solat dulu, tapi sampai sekarang tak turun-turun lagi. Along pergilah jenguk dia kat dalam bilik tu,” beritahu Dr. Norman.
“kalau macam tu along naik bilik dululah. Along pun belum solat asar lagi nie, kang terlepas pulak nanti!” ujar Shahir Safwan.
“pergilah, tak baik lambat-lambatkan solat nie!” balas Dr. Norman lagi.
Shahir Safwan melangkah naik ke tingkat atas. Briefcase dibawa naik sekali ke dalam biliknya.
“abang cakap ngan along ke tadi?” soal Dr. Syikin yang baru sahaja keluar dari dapurnya itu.
“aahh…..” jawab Dr. Norman ringkas.
“mana dia, Syikin tak nampak pun?” Tanya Dr. Syikin lagi.
“dah naik dah, nak solat katanya. Awak buat apa kat dapur tu?”
“ingat nak buat air, tapi air panas pulak takde. Jadi Syikin jerang lah air sekejap, abang dah nak minum ke?”
“takpelah, kalau abang nak minum nanti abang buat sendiri,” kata Dr. Norman.
Pintu bilik tidonya dibuka perlahan. Dira Zulaikha yang lena tido masih belum bangun lagi. Shahir Safwan masuk ke dalam bilik itu dengan perlahan. Dia tidak mahu mengganggu isterinya tido. Beg yang dibawanya diletakan ke atas meja tulis di dalam biliknya. Setelah mencapai tuala di ampaian, dia terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengambil wuduk.
Lelaki itu keluar dengan memakai tuala di badannya. Almari pakaian dibuka, kain pelekat serta baju melayu di capainya.  Kain sejadah dibentangkan sebelum dia menunaikan kewajipannya itu. 5 minit masa yang diambil oleh lelaki itu untuk menyelesaikan suruhan yang wajib ke atas dirinya dan juga setiap umat islam. Doa dipohonkan agar kebahagiaan rumah tangga mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Shahir Safwan bangun dari tempat ibadatnya itu. Kain sejadah dilipat kembali dan diletakkan ke sisi katil itu. Dia kemudiannya mengangkat naik ke atas katil tidonya untuk melihat isterinya yang lena tido. Wajah tulus gadis itu di pandang lama. Jari jemarinya mengusap-usap pipi lembut gadis itu. Majalah yang berada di bawah muka isterinya di ambil dengan perlahan supaya gadis itu tidak terkejut.
Senyuman mekar terbit pada bibir lelaki itu apabila terdengar suara halus isterinya ketika merengek semasa tido. Dengan perlahan dia merebahkan badannya di sebelah gadis tersebut. Lena sungguh tido gadis tersebut. Tangan Dira Zulaikha yang berada di sisinya ketika tido di capai dan diletakkan ke mulutnya.
“sayang…bangun, tak elok tido petang-petang macam nie!” lelaki itu membisik di telinga gadis tersebut.
Dira Zulaikha yang seperti mendengar bisikan itu membuka matanya sedikit. Lelaki itu tersenyum memandang wajahnya. Dira Zulaikha menguap kecil. Direnyeh-renyeh matanya yang masih mengantuk lagi tu.
“abang dah lama balik?” soal Dira Zulaikha.
Dia bingkas bangun dari tidonya. Dicapai tangan lelaki itu dan menyalaminya.
“takdelah lama sangat!” jawab lelaki itu ringkas.
“abang dah makan?” soalnya mengambil berat.
“abang dah makan kat kantin tadi. Sayang penat sangat ke?” Tanya Shahir Safwan lembut.
“takde lah bang, Dira tengah baca majalah tadi. Tiba-tiba pulak boleh tertido kat atas katil nie,” kata gadis itu.
“Dira masuk bilik air kejap ek, nak basuh muka nie dulu.” sambung gadis itu seraya turun dari katil tersebut.
Shahir Safwan melihat pemergian isterinya. Kini giliran dia pula yang berbaring di atas katil empuk itu.
“eh..eh..tadi kata kat orang tak elok tido petang –petang macam nie. Dia pulak yang ambik alih,” perli gadis itu apabila kembali semula ke katil tersebut.
“abang bukan tido, cuma berbaring je kat atas nie.” Balas lelaki itu.
“mak kirim salam kat abang,” beritahu Dira Zulaikha sebelum dia terlupa.
“waalaikumussalam……sayang pergi rumah mak ke tadi?” tanya lelaki itu yang masih berbaring.
“tak, Dira telefon mak kat rumah. Tanya khabar mak macam mana,” ujar Dira Zulaikha. Dia duduk di tepi katil itu. Rambutnya yang panjang diikat kemas.
“ooo…mak cmner, sihat?.” Soal lelaki itu ambil berat.
“alhamdulillah, mak sihat. Abang ada jumpa ngan kawan-kawan Dira tak tadi?” tanya gadis itu ingin tau. Rindu benar dia dengan kawan-kawan dia kat sana.
“ada, abang dah sampaikan salam sayang kat dia.” Beritahu Shahir Safwan.
“diorang cakap apa?”
“diorang kata harap-harap lepas nie adalah berita gembira untuk diorang berdua,” ujar Shahir Safwan tersengih.
“berita gembira?. Berita apa pulak yang diorang nak nie!” gadis itu kelihatan bingung sekejap.
Shahir Safwan bangun dan meniarapkan tubuhnya di sisi isterinya itu.
“diorang nak kita cepat-cepat dapat anak lah tu!” kata Shahir Safwan. Dira Zulaikha mendongak ke bawah melihat wajah suaminya.
“hishhh, ke situ pulak abang nie. Mungkin diorang ada maksud lain tak nie!” balas Dira Zulaikha.
“betullah..sayang tak nak ada anak cepat-cepat ke?. Atau sayang takut tak boleh nak bermanja ngan abang lagi!” teka Shahir Safwan.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya….. “hehehe…” serentak dengan itu Dira Zulaikha mengeluarkan tawanya.
Shahir Safwan pantas bangun. Pipi lembut isterinya dicubit geram….Shahir Safwan bahagia apabila dirinya bergitu penting bagi diri isterinya. Gadis itu hanya tersenyum kepadanya.
………………………………
Setelah hampir2 bulan memulakan kejenya, barulah Shahir Safwan mengambil cuti memandangkan dia tidak terlibat dalam mana-mana kes kecemasan di hospital itu. Cuti yang dipohon sebulan yang lepas telah diluluskan oleh pihak atasan. Dia menyuarakan niatnya untuk pergi honeymoon kepada Daus semasa mereka sedang menikmati makan tengah ari di kantin hospital itu.
“betul ke nie?” soal Daus.
“betullah, lagi pun dah hampir 2 bulan aku berkahwin. Sekarang nie pulak aku tengah free, cuti aku pun dah diluluskan. Aku rasa nielah time yang sesuai untuk aku bawak Dira bercuti!” beritahu Shahir Safwan panjang lebar.
“lama ke kau ambik cuti?” tanya Daus ingin tau.
“lama tu takdelah, cuma 1 minggu je aku ambil cuti,” jawab Shahir Safwan.
“1 minggu?. Hai bosanlah aku sorang-sorang kat sini, takde kawan nak berborak!” balas Daus lagi.
“apa yang bosannya, kan ramai lagi orang kat sini yang kau boleh sembang. Tak pun kau ajak  nurse Shiha sembang ngan kau. Dia tu kalau bab sembang menyembang nie memang power lah.” Shahir Safwan sekadar memberi cadangan.
“uikk, takkan kau nak suruh aku sembang ngan dia pulak. Dah takde orang lain ke. Aku nie dah ada isteri, kang tak pasal-pasal ada yang bergosip nanti. Dengarnya dek bini aku kat rumah tu, alamatnya tido kat luar lah jawabnya,” kata Daus.
“alahh aku tak suruh kau sembang ngan dia dalam bilik kau. Kat luar kan ramai orang, haa kat kaunter pertanyaan tu kan ada. Kau sembang jelah kat situ. Takdelah orang nak bergosip pasal korang berdua,” ujar lelaki itu. Air dalam gelas itu diminumnya.
“hmm takpelah Shahir, lagi pun aku bukannya selalu berborak ngan dia. Satu lagi aku pun tak tau nak sembang pasal apa ngan dia tu. Lagi bagus kalau aku duduk kat dalam bilik aku tu,” balas Daus lagi.
“ikut suka kaulah…apa-apa pun kita jumpa lepas aku balik dari honeymoon nanti.”
“hahaha..aku harap akan ada buah tangan untuk aku bila kau balik dari honeymoon nanti. Honeymoon-honeymoon jugaklah, aku kat sini jangan lupa pulak,” pesan Daus seperti kebudak-budakkan.
“elehhh, time ko honeymoon dulu ada kau ingat kat aku?. Takdekan, yelah orang tengah berseronok ngan isteri kat sana. Lepas nie time aku lah pulak nak buat macam tu kat kau,” kata Shahir Safwan dengan nada gurauan.
“alahh, baru nak pergi honeymoon dah tunjuk eksyen kat aku. Takpe-takpe, kau pergilah honeymoon yang indah-indah ngan bini kau tu. Manalah taukan lepas kau balik nie ada khabar gembira yang kau nak bagitahu kat aku kan.”
Shahir Safwan dan Daus meneruskan makan tengah hari selepas selesai berborak.
“sayang……sini jap!” panggil Shahir Safwan ketika Dira Zulaikha sedang mengemas kain cadar tilam itu.
“abang nak minum ke?. Soal Dira Zulaikha prihatin.
“bukan, sini lah. Abang nak cakap sikit nie!” panggil Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha meninggalkan keje tadi dan segera ke tempat suaminya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Shahir Safwan.
“abang dah mula bercuti mulai esok, apa kata kalau kita pergi bercuti nak. Lagi pun kita belum pergi honeymoon lagi,” ajak Shahir Safwan.
“bila pulak abang mohon cuti nie, Dira tak tau pun!” kata Dira Zulaikha pelik.
“sebulan yang lepas…nasib baik cuti abang diluluskan.” Beritahu lelaki itu.
“ooooo….” Ringkas kata-kata gadis itu.
“hmmm…pagi luse kita bertolak. Esok abang bawak sayang pergi beli apa yang patut ok!” ujar Shahir Safwan sambil memandang wajah isterinya.
“Dira tak kisah, Dira ikut abang je. Tapi kita nak bercuti kat mana nie?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“tempat yang abang cakap dulu tu, takkan dah lupa!” ujar Shahir Safwan.
“Sarawak ke?” soalnya lagi.
“yelah, abang dah research kat dalam computer pasal tempat tu. Satu lagi abang dah tempah bilik untuk kita kat sana.” Kata Shahir Safwan.
“ermm…abang kena janji ngan Dira takkan suka kat Dira nanti!” pinta Dira Zulaikha. Dia kini duduk mengadap suaminya di sebelah.
“laa, kenapa pulak abang nak suka kat sayang?” tanya Shahir Safwan hairan.
“takdelah, abang kan tau Dira takut nak naik kapal terbang tu. Manalah tau bila Dira naik je nanti, abang terus gelak kat Dira.”
“ooo..pasal tu rupanya. Takkan lah abang nak gelakkan kat sayang,” balas Shahir Safwan dengan senyumannya di bibir.
“tengok, belum apa-apa lagi abang dah senyum macam tu. Kalau Dira naik nanti, alamatnya lagi kuatlah ketawa abang dalam flight tu!” marah Dira Zulaikha.
“olollolo…siannya kat sayang abang nie. Abang janji abang takkan ketawakan sayang, ok!” lelaki itu membuat perjanjian.
“janji?” gadis itu menyuakan jari kelinkingnya kepada Shahir Safwan.
“ye, sayang. Abang janji!” jari kelinkingnya memaut jari kelinking gadis itu.
“ok….Dira pergi sambung keje Dira balik ek,” ujar Dira Zulaikha. Hidung lelaki dicuit lembut.
Pagi itu selepas bersarapan pagi, Dira Zulaikha dan Shahir Safwan bersiap-siap untuk keluar membeli barang yang hendak di bawa. Mengenai percutiannya sudah pun di beritahu kepada kedua ibu bapanya dan juga ibu mertuanya.
“haa..nak pergi mana pagi-pagi nie?” soal Dr. Norman yang berada di luar rumah itu.
“hmm along nak bawak Dira keluar beli barang sikit papa. Yelah, nak bawak kat sana nanti!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…hati-hati bawak menantu papa tu. Jangan laju sangat bawak kereta tu!” pesan Dr. Norman.
“yelah papa…menantu papa je yang papa ingat. Along pulak macam tak wujud je kan!” ujar lelaki itu dengan nada merajuk.
“tak payah nak mengada sangat, kamu tu lelaki. Menantu papa tu perempuan, takkan dia pulak yang kena jaga kamu!” balas Dr. Norman.
Dira Zulaikha ketawa melihat muka suaminya itu.
“alah papa nie, along gurau sikit pun tak boleh. Papa jangan risaulah, along akan jaga sayang along nie baik-baik ok. Along pergi dulu!” ujar Shahir Safwan. Dia menyalami tangan Dr. Norman. Begitu juga dengan Dira Zulaikha.
Perjalanan yang diambil untuk sampai ke pusat membeli belah hanya 15 minit. Shahir Safwan memakir kan keretanya di tempat parking keretanya. Dira Zulaikha dan Shahir Safwan keluar dari pintu kereta tersebut.
“jom….” Lelaki itu menarik tangan isterinya lembut.
“kita nak beli apa ye?” tanya Dira zulaikha kepada lelaki itu.
“hmm kita tengok dulu barang apa yang perlu kita beli,” ujar Shahir Safwan sambil mengenggam tangan gadis itu.
Mereka berdua berjalan di celah-celah orang ramai yang mengunjungi pusat membeli belah tersebut. Shahir Safwan mengajak isterinya naik ke tingkat atas. Kedai pertama yang dimasukinya adalah kedai pakaian dimana terdapat bermacam jenis pakaian termasuk baju sejuk.
Dari satu tempat ke satu tempat mereka berjalan, akhirnya mereka berdua berhenti pada satu barisan yang mnempatkan pelbagai jenis baju sejuk dari size kanak-kanak sampailah ke orang tua.
Sehelai demi sehelai lelaki itu memilih, dia kemudiannya mencapai sehelai baju sejuk tebal bersaiz seorang gadis yang kecil seperti isterinya. Dira Zulaikha hanya memerhati sahaja kelakuan suaminya itu. Baju sejuk itu diletakkan ke lengan kirinya. Tangan kanannya masih lagi mengenggam tangan Dira Zulaikha.
“abang nak beli apa lagi nie?” soal Dira Zulaikha yang dari tadinya hanya berdiam.
“hmm..baju sejuk abang dah beli, sekarang kita cari t-shirt ngan seluar pulak!” kata Shahir Safwan.
“aiikkk, kita nak pergi bercuti atau nak pergi berkhemah nie!” perli Dira Zulaikha.
“pergi bercutilah…….” Jawab Shahir Safwan ringkas.
“dah tu kenapa abang nak beli baju sejuk, t-shirt, seluar lagi?” soal gadis itu hairan.
“baju sejuk tu bukan untuk abang, tapi untuk sayang.” Beritahu lelaki itu.
“habis t-shirt ngan seluar tu pulak?” tanya gadis itu lagi.
“abang tak banyak sangat baju t-shirt, seluar tu pulak saja abang nak buat spare kat sana.” Terang Shahir Safwan kepada isterinya.
Hampir jam 12 tengah hari, barulah mereka berdua keluar dari pusat membeli belah tesebut. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha bercadang untuk singgah di rumah Mak Zeera terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Disebabkan esok mereka berdua akan pergi bercuti, jadi mereka mengambil kesempatan itu untuk pergi melawat orang tua itu di rumah.
Ketika sampai di depan rumah itu, kelihatan Mak Zeera sedang membersihkan halaman rumah. Kereta lelaki itu berhenti tidak jauh dari tempat Mak Zeera. Wanita tua itu menyambut kedatangan anak dan menantunya dengan senyuman manis. Dira Zulaikha pantas memeluk erat ibunya selepas menyalami tangan tua itu.
“dah kawin pun nak bermanja ngan mak lagi.” Usik Mak Zeera kepada Dira Zulaikha.
“mak sihat?” tanya Shahir Safwan sambil menyalami tangan orang tua itu selepas gadis itu meleraikan pelukkan nya tadi.
“Alhamdulillah, mak sihat…kamu berdua dari mana nie?” tanya Mak Zeera.
“pergi beli barang sikit mak, nak bawak kat sana besok!” beritahu lelaki itu.
“oh ye…pukul berapa kamu nak bertolak esok?” tanya orang tua itu lagi.
“dalam pukul 9 pagi mak…” jawab Shahir Safwan.
“marilah masuk dulu…panas kat bawah nie,” ajak Mak Zeera lembut. Dira Zulaikha dan Shahir Safwan mengikut langkah ibu tua itu masuk ke dalam rumah tersebut.
“kak long takde apa-apa tanda lagi ke?” tanya Mak Zeera. Bibirnya menerbitkan senyuman.
“tanda apa pulak nie mak?” tanya gadis itu kurang faham.
“tanda nak dapat anaklah, apa lagi!” ujar Mak Zeera. Shahir Safwan tersengih sendirian.
“apa mak nie, ke situ pulak!” balas Dira Zulaikha geram.
“laaa, kenapa pulak. Mak tanya je, kan Shahir!” kata Mak Zeera dengan melihat kepada menantunya.
“belum lagi lah mak……” balas DiraZulaikha perlahan.
“Dira tak nak anak lagi mak, dia takut kalau tak dapat nak bermanja ngan Shahir lepas dah ada anak!” sampuk Shahir Safwan.
“ke situ pulak… takkan tak nak bermanja ngan suami je. Tak rasa nak ada anak ke!” kata Mak Zeera. Pandangannya di halakan kepada wajah anak perempuannya.
“mak ikut sangatlah cakap abang tu. Abang saja nak usik Dira kan!” marah Dira Zulaikha.
“mana ada, memang betul mak. Isteri Shahir nie takut kalau-kalau Shahir tak nak manjakan dia lagi lepas nie!” lelaki itu masih lagi mengusik gadis itu.
Mak Zeera menggeleng kepala melihat pasangan itu. Masing-masing dengan perangai kebudak-budakkan…
“jaga diri baik-baik kat sana nanti.” Pesan Mak Zeera kepada Shahir Safwan dan juga Dira Zulaikha. Apabila mereka berdua hendak bertolak pulang ke rumahnya.
“insyaallah mak! Mak pun kena jaga baik-baik jugak. Kesihatan mak tu bukannya baik sangat. Kalau mak rasa tak sedap badan, mak telefon mama ngan papa Shahir ye!” ujar lelaki itu.
“Shahir tak payah lah nak risau kan mak. Tengokkan anak perempuan mak nie, jangan nak manja sangat kan dia.” Pinta Mak Zeera.
“mak……” panggil Dira Zulaikha geram.
Mak Zeera dan Shahir Safwan ketawa serentak.
Pada malam itu Dira Zulaikha sibuk meletakkan pakaian miliknya dan juga Shahir Safwan ke dalam beg pakaian. Sesekali dia tersenyum apabila mengingati kata-kata ibunya sebelum berangkat tadi..
“manalah tau kan bila dah bercuti kat sana nanti , kak long mengandung. Merasa lah mak nak timang cucu cepat.”….
“haaa…nie yang senyum sorang-sorang nie kenapa pulak?” sergah lelaki itu dari belakang.
Shahir Safwan duduk di atas katil empuknya.
“apalah abang nie, suka sangat sergah Dira macam tu. Kalau Dira ada penyakit jantung tadi, alamatnya tak dapatlah Dira nak temankan abang kat sana!” kata gadis itu geram. Mulutnya dimuncungkan ke depan.
“elehh…dia yang senyum sorang-sorang macam tu, abang ingat sayang dah buang tabiat tadi.” Perli Shahir Safwan.
“nak senyum pun tak boleh ke?” tanya gadis itu.
“bukan tak boleh, cuma rasa pelik sikit sebab sayang senyum sorang-sorang. Macam tengah teringatkan sesuatu pulak!” balas Shahir Safwan.
“takde apa-apalah. Abang dari mana?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“abang pergi minum air kat dapur tadi..” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…….” Balas gadis itu ringkas.
“sayang dah siap kemas?” tanya Shahir Safwan.
“tinggal sikit je lagi nie. Abang dah nak tido ke?”
“aahh…..” jawab Shahir Safwan.
“takpelah, abang tidolah dulu!” kata Dira Zulaikha.
“hmm..kita tido sama-samalah. Takkan abang nak tido sorang pulak, tak best lah!” balas lelaki itu.
“sejak bila pulak tak best kalau tido sorang-sorang nie!” perli gadis itu.
“hmmm…sejak dah ada isteri nielah.” Jawab lelaki itu selamba.
“pandailah abang!”


BAB 36
Setelah bersalaman dengan Dr. Syikin dan Dr. Norman, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha memulakan perjalanannya ke Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru. Lelaki itu lebih senang membawa keretnya sendiri daripada di hantar oleh mama ngan papanya. Mudah untuk mereka apabila mereka kembali semula ke sini tanpa menyusahkan kedua orang tuanya untuk menjemput sekembalinya nanti.
Jadual penerbangannya pada jam 9 pagi. Hanya 15 minit sahaja lagi masa yang tinggal untuk mereka berdua menaiki pesawat ke Kuching, Sarawak. Sementara itu mereka duduk di dalam balai menunggu perlepasan  yang telah disediakan oleh pihak lapangan terbang itu. Shahir Safwan sekali lagi memeriksa barangan penting mereka berdua agar tiada yang tertinggal.
“hmmm…ada masa lagi nie. Sayang nak beli apa-apa tak?” tanya Shahir Safwan kepada isterinya yang duduk di sebelah tempatnya.
Dira Zulaikha menggelengkan kepalanya.
“berdebar ke?” soal lelaki itu lagi. Kini senyumannya mekar di bibir.
“taklah,” gadis itu pantas menafikannya.
Tangan gadis itu di pegang erat……. “abang ada”! kata lelaki itu.
Dira Zulaikha melihat sekilas wajah suaminya. Dia tau lelaki itu hanya mahu menenangkan hatinya.
Setelah menunggu selama 15 minit, pengumuman di buat mengenai penerbangan yang mahu berlepas ke Sarawak. Dira Zulaikha dan Shahir Safwan bangun dari tempat duduknya menuju ke ruang berlepas. Sama seperti dulu, semasa mereka berdua mengikut rombongan Daus ke Sabah, lelaki itu tetap memberikan tempat di tepi tingkap.
Kesemua penumpang diminta memakai tali pinggang keselamatan kerana penerbangan akan berlepas sebentar saja lagi. Lelaki itu membantu isterinya dalam memakai tali pinggang tersebut. Sepanjang dalam perjalanan untuk sampai ke sana, Shahir Safwan banyak berbual-bual dengan Dira Zulaikha supaya gadis itu tidak merasa berdebar atau cemas. Perjalanan yang mengambil masa kurang dari 3 jam memang  meletihkan kerana hanya duduk sahaja di atas kerusi penumpang itu.
Kira-kira jam 12.15 tengah hari iaitu kira-kira 25 minit dari airport, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha sampai ke Hotel Hilton yang telah ditempah oleh lelaki itu terlebih dahulu. Selepas chek in di hotel tersebut, salah seorang pekerja hotel itu membantu Shahir Safwan dan isterinya dengan membawa beg pakaian mereka berdua sehingga ke pintu masuk bilik.
Keadaan bilik yang tingkapnya mengadap ke arah Riverside dengan keluasan yang sememangnya luas yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti air-cond, alarm radio, lever door handles, night light bathroom, mini refrigerator, ironing board, tv-cable, kitchenette, jacuzzi, automatic door closer, telephone-auto wakeup dan lain-lain. Menginap di hotel itu selama 1 minggu membuatkan Shahir Safwan dan Dira Zulaikha hanya berehat sahaja pada hari itu. Esok bermulalah percutian mereka berdua.
Pakaian yang berada di dalam beg itu dikeluarkan oleh Dira Zulaikha untuk diletakkan ke dalam almari yang telah disediakan. Shahir Safwan terlebih dahulu merehatkan dirinya ke atas katil besar itu. Mungkin kepenatan. Gadis itu leka menyimpan pakaian tersebut tanpa mengganggu suaminya yang lena tido itu.
Selepas siap melakukan keje, gadis itu bergerak ke bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat zohor. Disebabkan tiada kain basahan yang disediankan didalam bilik air itu, Dira Zulaikha terpaksa menggunakan kain yang dibawanya.
Selesai mandi, dia keluar dari bilik air tersebut menuju ke almari pakaian. Dia mengenakan pakaian yang menutup aurat ketika hendak mengerjakan solat zohor. 5 minit kemudian setelah selesai dia menunaikan kewajipan yang satu itu, dia bergegas mengejutkan Shahir Safwan yang lena tido.
Badan lelaki itu digoyang perlahan…….. “abang, bangunlah. Solat zohor dulu!” gerak Dira Zulaikha. Namun lelaki itu masih tidak bergerak.
“abang…..abang…bangun. Solat zohor dulu, dah lambat nie” gadis itu masih menggerakkan badan suaminya.
Shahir Safwan kelihatan mamai apabila membuka matanya. Dira Zulaikha yang masih lengkap berpakaian dipandangnya.
“kenapa?” soal Shahir Safwan.
“bangunlah, pergi mandi dulu. Lepas tu solat. Dah lambat nie!” arah Dira Zulaikha.
“sayang dah solat?” tanya lelaki itu lagi.
“dah, Dira baru lepas solat nie. Abang bangun dulu eh,” kata gadis itu lagi.
Shahir Safwan bingkas bangun dan menyandar di kepala katilnya. Gadis itu menanggalkan kain sembahyang yang dipakainya tadi. Dilipat serta diletakkan dihujung katil. Kemudiannya dihalakan langkah kakinya ke pintu almari untuk mengeluarkan pakaian milik suaminya. Tuala yang digunakannya sebentar tadi di hulur kepada lelaki itu.
Shahir Safwan turun dari katil dan terus menuju ke bilik air tersebut. Sementara menunggu lelaki itu keluar dari bilik air, Dira Zulaikha berjalan ke balkoni di luar bilik penginapannya. Pemandangan luar yang indah menarik minat gadis tersebut untuk duduk di situ. Tanpa sedar hampir setengah jam gadis itu berada di balkoni bilik tersebut. Shahir Safwan yang sedah selesai menunaikan kewajipannya menghampiri gadis itu yang ralit melihat suasana di luar.
“sayang abang tengah termenungkan apa nie?” soal Shahir Safwan sambil tangannya memeluk bahu gadis itu.
Dira Zulaikha menoleh ke tepi…….. “takde apa-apa, Dira tengok pemandangan kat sini je. Cantik!” jawab Dira Zulaikha lembut.
“hmm kita rehat dulu ari nie, esok abang bawak sayang pergi jalan-jalan sekitar bandar Kuching nie!” ujar Shahir Safwan.
“ok……” balas gadis itu ringkas.
“sayang dah telefon kat mak ngan keluarga abang yang kita dah sampai kat sini?” tanya lelaki itu lagi.
“aaa….belum! Dira lupa. Dira betul-betul lupa nak bagitahu kat diorang yang kita dah sampai kat sini. Kat mak pun Dira lupa jugak,” kata Dira Zulaikha. Tangannya mencapai tangan kiri Shahir Safwan.
“takpelah, kejap lagi abang telefon kat mama ngan papa. Sayang telefon kat mak ok!” cadang Shahir Safwan.
Gadis itu mengangguk lemah.
“cantikkan pemandangan kat sini.” Gadis itu bersuara.
“tapi tak secantik sayang abang nie!” balas Shahir Safwan dengan mencubit pipi lembut gadis itu.
“issh abang nie, Dira kata pemandangan kat sini. Abang pulak pergi bandingkan Dira dengan kawasan kat sini,” marah gadis itu.
“kenapa pulak, memang betul apa yang abang kata. Sayang abang nie lebih cantik dari pemandangan kat sini!”
Dira Zulaikha dipusingkan badannya mengadap lelaki itu. Kedua-dua tangan Shahir Safwan sudah melingkari leher gadis tersebut.
“I LOVE YOU………” ucap lelaki itu dengan penuh romantik.
Dira Zulaikha tercengang mendengar lafaz cinta dari lelaki itu walaupun mereka sudah menjadi suami isteri yang sah. Mana taknya, masa-masa macam nielah, Shahir Safwan lebih romantik dengan isterinya berbanding semasa mereka berada di rumah sendiri.
Agak lama untuk Dira membalas ucapan dari lelaki yang berada dihadapannya itu… “Dira pun sayangkan abang jugak!” balas gadis itu. Matanya bertentang mata dengan lelaki itu.
Shahir Safwan tersenyum gembira.
Dira Zulaikha menjungkitkan badannya ke atas sedikit…… “abang, Dira lapar,” bisik gadis  itu pada telinga suaminya.
“ingat nak cium aku tadi, rupanya dia lapar!” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“abang, jomlah bawak Dira pergi makan!” ujarnya dengan manja.
“yelah-yelah..jom, kita pergi bersiap!” arah Shahir Safwan.
Shahir Safwan membawa Dira Zulaikha turun ke restoran yang berada di dalam hotel itu. Memang menakjubkan apabila berada di dalam restoran tersebut. Semuanya serba mewah bagaikan rumah seorang raja. Kerusi ditarik untuk isterinya duduk.
“terima kasih……” ucap Dira Zulaikha lembut.
“sama-sama sayang……” balas Dira Zulaikha.
Seorang pelayan datang ke arah mereka berdua. Diletakkan menu di atas meja makan tersebut. Shahir Safwan melihat menu tersebut. Dia tidak bertanya kepada isterinya, kerana Dira Zulaikha tidak kisah akan menu pilihannya.
Semasa menunggu makanan yang diorder sebentar tadi, gadis itu lebih suka melihat wajah di hadapannya. Shahir Safwan membalas pandangan isterinya. Dia menarik tangan isterinya ke depan. Di genggam tangan itu dengan seerat-eratnya. Tanpa bercakap, bahasa tubuh mereka sudah dapat memberitahu segalanya.
“excuse me sir!” tegur pelayan tersebut.
Lelaki itu baru tersedar akan kehadiran pelayan di situ. Dia perlahan-lahan melepaskan genggaman tangan isterinya. Pelayan tersebut meletakkan pinggan berisi makanan di dalamnya di hadapan
“terima kasih!” ucap Shahir Safwan kepada pelayan tersebut.
Pelayan itu menganggukkan kepalanya.
“haaa… makanan dah ada depan mata nie, makanlah!” ujar lelaki itu.
“erm…erm…Dira Zulaikha menjamah spagetti di hadapannya. Mulutnya dibuka sedikit untuk merasa makanan itu.”
Apabila mereka kembali semula ke bilik penginapan mereka, jam menunjukkan pukul 4 petang. Masa yang selebihnya akan di habiskan di dalam bilik sahaja. 
Masih segar di ingatan Dira Zulaikha akan peristiwa pagi tadi. Dakapan tangan Shahir Safwan masih terasa hangat melingkari tubuhnya. Walaupun pada awal-awal perkahwinannya lagi dia sudah dapat merasakan pelukan yang hangat daripada suaminya, namun, pelukan yang diterima sepanjang malam sehingga ke pagi tadi begitu erat sekali. Pelukan yang longgar tapi cukup kemas.
Dira Zulaikha mengalihkan tangan suaminya. Seperti biasa yang dilakukan, awal-awal pagi dia akan bangun terlebih dahulu sebelum mengejutkan suaminya bangun untuk menunaikan solat subuh. Sudah menjadi kewajipan bagi mereka berdua menunaikan solat berjemaah bersama kecuali pada ketika suaminya bekerja atau pun lelaki itu terlalu penat sehingga lena tidonya.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dari hotel penginapannya pada jam sekitar 10 pagi selepas sarapan pagi. Tempat pertama yang bakal dilawati oleh mereka berdua adalah Kuching Waterfront di mana tempat itu betul-betul bersebelahan dengan Hotel Hilton tempat penginapan mereka. Jadi tidak menjadi masalah untuk mereka mahu mengunjungi tempat-tempat menarik yang berada di situ.
Mereka menggunakan perkhidmatan teksi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tempat pertama yang menjadi pilihannya adalah Sungai Sarawak. Selain keindahan Sungai Sarawak, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil atau pun perahu tambang dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah.
“jom!” lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Dira Zulaikha.
Gadis itu menyambut huluran tangan lelaki itu. Dengan langkah yang kecil dia turun dengan berhati-hati ke dalam perahu tambang tersebut. Lelaki itu berjalan perlahan-lahan di atas perahu tambang dan mencari tempat kosong untuk duduk. Ditangannya yang sebelah lagi terdapat kamera digital bertujuan untuk mengambil gambar kenangan mereka sepanjang mereka berdua berada di sana. Sepanjang berada di atas perahu tersebut, Shahir Safwan tidak melepaskan pegangan tangan isterinya.
“orang sini ke?” tegur salah satu pasangan yang kebetulan berada di atas perahu yang sama dengan mereka berdua.
“oo…tak, kami dari Johor Bahru.” Beritahu Shahir Safwan.
“ooo….maaf, kami ingat kamu berdua orang sini tadi!” ujar lelaki yang berada di hadapan mereka berdua itu.
“takpe, saya Shahir Safwan, panggil je Shahir!” Shahir Safwan menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.
“saya Iwan, nie isteri saya Nadia,” lelaki itu menyambut huluran tangan Shahir Safwan sambil memperkenalkan diri dan juga isterinya.
Nadia memberikan senyuman manis buat Dira Zulaikha. Gadis itu turut membalas senyuman itu. Wanita didepannya sudah berbadan dua. Perutnya yang telah membesar memang mudah untuk mengetahui bahawa wanita itu telah berbadan dua kini.
“isteri saya, Dira Zulaikha!” ujar Shahir Safwan.
“hai…….” Gadis yang bernama Nadia bersalaman dengan Dira Zulaikha.
“hai……….” Balas Dira Zulaikha lembut.
“honeymoon ke?” soal Iwan ringkas.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya.
“samalah, tapi nie dah kali ke 2 kami honeymoon. Saja bawak isteri datang sini, bersama-sama dengan orang baru dalam perut nie!” beritahu Iwan tanpa di tanya.
“kami berdua dah lama, cuma baru ada kesempatan untuk honeymoon,” balas Shahir Safwan.
Kedua-dua pasangan itu berdiam diri dengan menikmati keindahan di sepanjang laluan Sungai Sarawak. Ada ketikanya Shahir Safwan meminta bantuan daripada Iwan untuk mengambil gambarnya bersama dengan Dira Zulaikha. Apabila sampai ke tebing sungai itu, Shahir Safwan meminta diri untuk bergerak ke tempat lain pula.
“kita jalan-jalan dulu kat sini, lepas tu baru abang bawak sayang pergi tengok kat tempat lain!” kata Shahir Safwan.
Dira Zulaikha tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum……… “diorang berdua tadi tu baik kan bang!” ujar Dira Zulaikha.
“sape?. Iwan dengan isteri dia tadi?” soal Shahir Safwan.
“aahhh, baru kenal ngan kita tapi ramah macam dah setahun kenal ngan kita nie,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“tulah, tak sangka pulak abang yang dia nak bercakap ngan abang tadi. Tapi untung jugak, datang sini dah dapat kawan baru!” balas Shahir Safwan.
“hmm…isteri dia pun baik ngan Dira,” beritahu gadis itu.
“orang yang berbuat baik dengan kita harus dilayan dengan baik jugak. Tak sia-sia lah kita datang honeymoon kat sini. Dapat kawan baru, dapat kenal ngan tempat orang. Dan yang paling penting abang dapat selalu bersama dengan isteri abang nie!” kata lelaki itu.
“kat rumah pun abang dapat bersama ngan Dira jugak kan!” balas gadis itu.
“memanglah, tapi kat rumah tu tak best. Kat sini lagi best, mana-mana je abang nak pergi sayang ada kat sebelah abang,” ujar lelaki itu lembut.
“kat sana sebab abang kena keje, kat sini pulak sebab abang bercuti. Sebab tulah dapat bersama dengan Dira.”
Leka berbual, batu yang berada di hadapannya langsung tidak menyedari. Akibatnya kaki gadis itu tersepak batu yang agak besar itu.
“ouchhh……” jerit gadis itu agak kuat.
Shahir Safwan tersentak dengan jeritan isterinya itu. Segera dipandang gadis itu yang sudah terduduk di bawah.
“laaa, macam mana boleh tersepak batu nie?” soal Shahir Safwan cemas.
“Dira tak nampak batu tu tadi, asyik sangat berbual ngan abang tadi!” beritahu Dira Zulaikha.
Kebetulan terdapat kerusi panjang di sepanjang jalan itu. Terus Shahir Safwan memapah isterinya supaya duduk di atas kerusi tersebut. Shahir Safwan meletakkan kamera digitalnya  ke atas kerusi bersebelahan dengan tempat duduk isterinya. Dia kemudiannya duduk secara melutut di depan gadis itu. Terdapat luka hampir pada kuku jari kaki gadis itu.
“tengok, kan dah luka nie!” ujar Shahir Safwan apabila melihat luka kecil pada kaki gadis itu.
“alah, sikit je nie!” balas gadis itu tidak mahu merisaukan suaminya itu.
“sikit pun nanti boleh melarat kalau tak letak ubat.” Kata Shahir Safwan dengan nada yang risau.
Sapu tangan bersih yang sentiasa berada di dalam poketnya dikeluarkan. Disapu luka itu dengan perlahan.
“boleh jalan tak nie?” tanya Shahir Safwan prihatin.
“boleh lah bang, bukan teruk sangat luka Dira nie!” jawab gadis itu lembut.
Shahir Safwan bangun dan mengambil tempat di sebelah gadis itu.
“kita balik hotel dulu lah. Abang letak ubat kat kaki sayang dulu. Lepas tu sayang berehat dulu kat bilik tu. Esok kita pergi jalan-jalan lagi,” lelaki itu memberi cadangan kepada isterinya.
“kan awal lagi nie, tadi abang kata nak bawak Dira pergi kat tempat lain!” ujar gadis itu.
“taulah, tapi kaki sayang nie kan luka. Kena sapu ubat dulu nie. Lagi pun kita kan lama kat sini. Esok abang bawak sayang jalan-jalan lagi!” balas lelaki itu.
Shahir Safwan menahan teksi untuk balik tempat penginapan mereka berdua. Sampai sahaja di muka pintu masuk hotel, lelaki itu memaut lengan gadis itu. Sudah diulang beberapa kali oleh gadis itu supaya jangan terlalu risau akan dirinya. Luka itu hanya kecil sahaja. Namun, bagi Shahir Safwan dia tetap risau walaupun luka di kaki isterinya kecil.
Pintu bilik dibuka perlahan sebelum tubuh isterinya di bawa masuk ke dalam. Dira Zulaikha diletakkan ke atas katil tersebut. Terus di ambil kotak First Aid yang sememangnya telah di bawa dari rumah sebelum datang ke sini.
Lelaki itu kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik air dan keluar dengan membawa bekas kecil yang berisi air di dalamnya dan sehelai tuala putih yang bersih. Direndam tuala tersebut ke dalam bekas itu dan diperah airnya sedikit. Tuala itu digunakan bagi mengesat luka di kaki gadis itu. Ubat yang berada di dalam kotak First Aid itu di tuangkan sedikit ke atas kapas dan di sapu pada luka itu dengan perlahan.
Gadis itu hanya melihat kelakuan suaminya.
“sakit tak?” tanya Shahir Safwan.
“tak……” jawab gadis itu ringkas.
Selesai menyapu ubat pada kaki gadis tu, Shahir Safwan kembali menyimpan semula barang-barang yang digunakannya sebentar tadi. Punggungnya dihenyakkan ke atas katil bersebelahan dengan tempat isterinya.
“sori, sebab abang tak dapat nak pergi jalan-jalan lagi!” ucap gadis itu perlahan.
“takpe, esokkan ada lagi. Ari nie kita rehat dalam bilik je,” balas Shahir Safwan.
Deringan telefon bimbit Shahir Safwan berbunyi. Dengan pantas telefon yang berada di atas meja tepi katil tersebut di capainya. Dilihat di skrin telefon itu, panggilan daripada mamanya. Tanpa membiarkan panggilan itu lama, dia terus menekan butang hijau pada telefon bimbitnya.
“mama……” beritahu Shahir Safwan kepada isterinya.
Gadis itu hanya mengangguk.
“assalamualaikum mama……” lelaki itu memberi salam.
“waalaikumussalam……..” balas Dr. Syikin.
“mama kat mana nie?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“mama ngan papa ada kat rumah mak mertua kamu!” beritahu Dr. Syikin.
“kat rumah mak?. Kenapa, mak sakit ke?” tanya Shahir Safwan cemas.
“takdelah, saja kami nak melawat mak mertua kamu nie. Along ngan Dira ada kat mana sekarang nie?” soal Dr. Syikin pula.
“dalam bilik ma, baru balik.” Jawab lelaki itu.
“pergi jalan-jalan kat mana ari nie?” sengaja bertanya soalan itu kepada anaknya.
“pergi Sungai Sarawak je mama. Tak sempat nak pergi tempat lain. Sayang along tersepak batu ma, kaki dia luka sikit!” lelaki itu berterus terang.
“macam mana boleh jadi macam tu, kan mama ngan papa dah pesan suruh jaga Dira baik-baik. Tengok apa dah jadi sekarang. Bagi telefon tu kat Dira, mama nak cakap ngan dia,” arah Dr. Syikin.
“yelah ma…….” Kata Shahir Safwan. Lelaki itu kemudiannya menyerahkan telefon bimbitnya kepada Dira Zulaikha.
“mama nak cakap!” ujarnya lagi. Dira Zulaikha menyambut telefon itu di lekatkan ke telinganya.
“assalamualaikum mama……” gadis itu memberi salam.
“waalaikumussalam….” Balas Dr. Syikin lembut.
“mama sihat?” soal Dira Zulaikha.
“mama sihat. Mama ngan papa ada kat rumah mak Dira sekarang nie.” Beritahu Dr. Syikin.
“ye, mak Dira macam mana?” tanya Dira Zulaikha prihatin.
“mak Dira sihat, alhamdulillah. Kenapa boleh tersepak batu nie?” tanya Dr. Syikin ambil berat.
“sikit je ma, tak teruk pun luka Dira nie. Mama jangan lah risaukan Dira,” ujar gadis itu.
“hati-hati sikit masa berjalan tu.” Pesan Dr. Syikin.
“yelah ma, hmm boleh Dira cakap ngan mak?” pinta Dira Zulaikha.
“boleh, sekejap ye mama bagi telefon kat mak Dira,” balas Dr. Syikin.
Tidak lama selepas itu terdengar suara yang lain memberi salam. Dira Zulaikha tersenyum apabila mendengar suara yang dirinduinya.
“mak, kak long nie!” kata Dira Zulaikha.
“mak tau…kak long tengah buat apa tu?” giliran Mak Zeera pula yang menyoal.
“tak buat apa-apa mak, tengah sembang ngan abang je nie,” jawab Dira Zulaikha sambil memandang wajah suaminya yang setia berada di sisinya.
“Shahir ngan kak long sihat?” tanya orang tua itu.
“sihat, kak long ngan abang sihat je mak!” balas gadis itu lembut.
“macam mana, suka tak bercuti kat sana?. Takde apa-apa berita gembira untuk mak ke?” soal Mak Zeera bertalu-talu.
“suka mak..berita gembira apa pulak nie mak. Kak long tak fahamlah!” sengaja dia berkata begitu. Walaupun dia sendiri tau apa yang dimaksudkan oleh ibunya tadi.
“kak long nie buat-buat tak faham pulak. Bila nak bagi mak ngan mak ayah mertua kamu nie cucu.” Ujar Mak Zeera dihujung talian.
“cucu?” gadis itu melihat sekali lagi wajah suaminya.
“yelah, cucu untuk mak dan mak ayah mertua kamu nie!” ulang Mak Zeera lagi. Kedengaran tawa halus di telinga gadis itu.
“hmmm…manalah kak long tau mak.” Kata gadis itu perlahan.
Gadis itu kembali menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu apabila selesai berbual-bual dengan ibunya.
“mak cakap apa?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“mak tanya bila nak bagi diorang cucu!” beritahu Dira Zulaikha.
“lepas tu?” soal lelaki itu lagi.
“Dira jawablah tak tau,” ujar gadis itu.
Jawapan gadis itu membuatkan Shahir Safwan tersenyum.
“kenapa pulak abang senyum nie?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“takde apa-apa…Cuma geli hati dengar jawapan sayang tu!” kata Shahir Safwan.
“laaa, kenapa pulak nak geli hati dengar jawapan Dira?” soal gadis itu lagi.
Shahir Safwan tidak membalas sebaliknya hanya membalas pandangan isterinya itu.
Siang beransur pergi, malam pula berganti. Dira Zulaikha dan Shahir Safwan berehat di balkoni di luar biliknya mengambil angin malam. Dira Zulaikha berdiri mengadap ke Sungai Sarawak. Shahir Safwan berdiri di sebelahnya. Angin malam yang begitu sejuk membuatkan gadis itu memakai baju sejuk yang dibeli oleh suaminya sebelum datang ke sini.
“abang suka anak lelaki ke anak perempuan?” gadis itu bersuara perlahan.
“sayang tanya apa tadi?”
“Dira tanya abang suka anak lelaki ke anak perempuan?” ulang gadis itu.
“dua-dua pun abang suka.” Kata Shahir Safwan.
“tapi kalau boleh Dira nak anak sulung kita tu perempuan.” Ujar Dira Zulaikha.
“kenapa pulak?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“sebab bila dia dah besar nanti boleh temankan Dira kat rumah.” Jawab Dira Zulaikha.
“habis kalau anak lelaki pulak?” tanya Shahir Safwan lagi.
“abang faham-faham jelah, bila dah besar nanti tentu asyik sibuk je memanjang. Mana taknya, nak pergi main bola lah, nak keluar ngan kawan-kawanlah, nak pergi memancinglah. Tinggal Dira sorang-sorang kat rumah. Abang mesti sibuk ngan keje kan!”
Tercetus tawa yang kuat dari lelaki itu.
“sayang…..sayang…orang lelaki memanglah macam tu. Dah hobi diorang nak main bola, pergi memancing, keluar dengan kawan-kawan.” Balas Shahir Safwan.
“sebab tu Dira nak anak sulung Dira tu nanti perempuan!” ujar Dira Zulaikha lagi.
“kalau tuhan nak bagi anak lelaki macam mana?” soal lelaki itu.
“kalau dah rezeki Dira dapat anak lelaki sulung, Dira terima jelah. Takkan nak tolak pemberian dariNya pulak!” kata gadis itu.
“sayang mengandung ek?”
“bila pulak Dira mengandung nie!”
“dah tu, kenapa tiba-tiba tanya abang sama ada suka anak lelaki atau anak perempuan nie!” kata Shahir Safwan.
“Dira cuma nak tau abang suka anak lelaki ke atau anak perempuan. Tu je!” jawab Dira Zulaikha.
Gadis itu ditarik rapat ke tubuhnya. Rambut yang menutup mata di selak ke tepi. Tangannya mengusap lembut pipi gadis itu. Baju sejuk yang dipakai Dira Zulaikha ditanggalkan. Dengan sekelip mata sahaja gadis itu sudah berada di dalam dukungannya.
“abang buat apa nie?” tanya Dira Zulaikha. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu.
Shahir Safwan membawa Dira Zulaikha dalam dukungannya dan meletakkan dengan perlahan ke atas katil di dalam bilik tersebut. Lelaki itu kemudiannya membaringkan badannya bersama-sama dengan Dira Zulaikha.
“abang………” panggil gadis itu. Namun dengan pantas Shahir Safwan meletakkan jarinya ke bibir gadis tersebut.
“hisyyhhh……….”
Jari jemari kasar lelaki itu mula bermain-main di wajah isterinya. Setiap inci wajah itu menjadi tatapan ciuman bibir lelaki tersebut. Bilik kelihatan kelam. Hanya cahaya lilin yang ada di sudut bilik yang masih menyala. Lampu yang telah dipadamkan tadi tidak menampakkan sebarang objek di ruang mata kasar mereka berdua. Suara milik Shahir Safwan sahaja yang kedengaran. Tangan kasarnya mula menggenggam erat jari jemari Dira Zulaikha. Kucupan Shahir Safwan pada jari jemari Dira Zulaikha terasa hangat.
Tiada lagi sebarang kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua. Pekat malam menyimpan rahsia mereka suami isteri.
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraft cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Shahir Safwan membawa isterinya berjalan-jalan di sepanjang deretan kedai tersebut. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperi pasu, patung kucing dan sebagainya.
Dira Zulaikha berjalan beriringan dengan Shahir Safwan. Tangannya diselitkan ke celah lengan lelaki itu kemas. Suasana yang riuh rendah dengan suara-suara peniaga dan pengunjung di sana begitu membingitkan telinganya.
Dira Zulaikha mengajak lelaki itu singgah ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis barang-barang perhiasan.
“bang, sini jap!” tangan kasar itu di tarik oleh Dira Zulaikha.
Shahir Safwan hanya menurut sahaja.
Terdapat pelbagai jenis mutiara yang dipamerkan di kedai itu. Satu-satu menjadi pemerhatian gadis itu. Dia akhirnya mengangkat gelang tangan mutiara yang bertahtakan batu permata di atasnya.
“cantik tak?” soal Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“cantik, sayang nak ke?” Tanya lelaki itu lembut.
“hmm…abang belikan untuk Dira eh!” pinta Dira Zulaikha.
Lelaki itu menganggukkan kepalanya……. “hmm abang, saya ambik yang nie satu ye!” beritahu Shahir Safwan kepada tauke kedai tersebut.
Gelang tangan yang berada di tangan Dira Zulaikha di ambil lalu di berikan kepada tauke tersebut. Selesai membuat pembayaran, mereka berdua berlalu keluar dari kedai itu. Dira Zulaikha memegang beg plastik kecil berisi gelang tangan tersebut.
Semasa melalui lorong jalan itu, mereka bertemu sekali lagi dengan pasangan Iwan dan isterinya Nadia.
“Shahir……….” Panggil Iwan dengan nada yang agak kuat.
Langkah kaki Iwan dan Nadia menghampiri mereka berdua.
“Iwan…..dari mana nie?” soal Shahir Safwan bertanya mesra.
“takde kemana, pusing-pusing tempat nie haa. Bosan duduk dalam bilik tu, ajak isteri turun jalan-jalan,” beritahu Iwan panjang lebar.
“ooo….” Balas Shahir Safwan ringkas.
“kamu berdua nie pulak dari mana?” giliran Iwan pulak yang bertanyakan soalan itu.
“sama macam Iwan jugaklah, pusing-pusing tempat nie. Biasalah baru pertama kali sampai kat sini, tempat pun belum habis di lawati lagi nie!” ujar Shahir Safwan.
“kebetulan kita dah jumpa nie, apa kata Shahir ngan isteri ikut kami pergi naik River Cruise. Nak tak?” ajak Iwan.
“River Cruise?” Tanya Shahir Safwan.
“aahh, kami nak pergi naik River Cruise sekejap lagi nie. Kalau kita pergi ramai-ramai kan bagus. Boleh jugak kita bersembang lama-lama,” kata Iwan lagi.
“hmm boleh jugak……” balas Shahir Safwan yang bersetuju untuk mengikut lelaki itu.
“kalau macam tu jomlah kita pergi sekarang!” ajak Iwan lagi.
Mereka berempat keluar dari deretan kedai tersebut. Kebetulan terdapat teksi berdekatan dengan tempat itu, jadi ini memudahkan mereka berempat sampai ke sana dengan lebih cepat.
Tiket bagi orang dewasa dikenakan sebanyak RM35 setiap seorang. Suasana di atas deck memang selesa kerana di lengkapi dengan ruang makan, stage, ruang dalam yang boleh dibuat sebagai empat perjumpaan bagi ahli-ahli kelab dan sebagainya.
“kalau nak datang lagi, jangan lupa naik River Cruise nie. Tenang je bila duduk kat atas nie!” ujar Iwan.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha hanya tersenyum manis.
“kita duduk kat sana jelah!” ujar Iwan lagi sambil menunjukkan tempat yang disedaiakan di atas deck tersebut.
Shahir Safwan menarik kerusi untuk isterinya duduk. Dia duduk di sebelah Dira Zulaikha manakala pasangan Iwan berada di hadapan mereka berdua.
“Shahir keje kat mana ye?” soal Iwan ingin tau.
“ohh..saya keje di sebuah hospital di Johor Bahru!” jawab Shahir Safwan.
“laaa…doctor rupanya. Tak sangka pulak saya Shahir nie seorang doctor. Ingatkan Shahir bekerja kat sebuah syarikat yang besar tadi!” balas Iwan.
“takdelah, saya jadi doctor nie pun baru je lagi.” Beritahu Shahir Safwan.
“ooo….habis macam mana kenal ngan isteri nie?. Atau dia pun doctor juga ke?” soal Iwan lagi.
“takdelah, isteri saya nie sebenarnya adik saudara angkat saya. Dah jodoh kami untuk bersama,” beritahu Shahir Safwan lagi.
“macam tu, tapi saya tengok muka Shahir ngan isteri seiras. Kalau orang lain tak tau tadi dah tentu diorang ingat kamu berdua nie adik beradik,” sampuk Nadia yang tadinya hanya berdiam diri.
“ye ke muka kami berdua seiras?” Tanya Shahir Safwan. Matanya memandang wajah gadis di sebelahnya itu.
“dah berapa lama Dira ngan suami berumah tangga?” soal Nadia.
“baru 2 bulan………” jawab Dira Zulaikha lembut.
“hmm…baru lagi lah nie. Nadia dulu bila nak masuk 2 bulan dah disahkan mengandung. Tak sangka cepat macam nie!” kata Nadia sambil mengusap-usap perutnya yang semakin membesar itu.
“ye ke? Bila due Nadia?” Tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“hmm kalau ikut tarikh yang sebenar, insyaallah hujung tahun nie!” beritahu Nadia.
“seronokkan kalau dapat tau kita mengandung nie!” balas Dira Zulaikha.
“mestilah seronok, Nadia dulu rasa macam tak percaya je bila doctor kata macam tu. Yelah baru 2 bulan kan, dah mengandung. Tapi rasa bersyukur sangat sebab tak tunggu lama macam pasangan-pasangan yang lain.
“Dira nie macam tak sabar nak timang anak je nie.” Sambung Nadia lagi.
Dira Zulaikha tersengih mendengarnya.
“insyaallah, esok luse mesti Dira akan mengandung jugak. Manalah taukan, Tuhan nak bagi rezeki kat Dira cepat!”
“amin, kalau betul apa yang Nadia cakap, Dira bersyukur sangat-sangat. Kesian kat mak, mama dan papa, diorang tak sabar-sabar nak timang cucu.” Ujar Dira Zulaikha.
“tapi isteri saya nie takut sangat kalau tak dapat nak bermanja ngan saya lepas dapat anak nanti,” usik Shahir Safwan.
“abang……” jarinya pantas mencubit perut lelaki itu.
“hahaha….samalah ngan Nadia nie, dapat tau je dia mengandung terus pesan kat saya jangan lupakan dia terus bila dah dapat anak nanti!” Iwan turut mengusik isterinya Nadia.
“amboi cik abang, sedapnya mulut mengata.” Perli Nadia geram.
“bukan mengata, cuma bagitahu je!” balas Iwan yang masih lagi tersengih.
“abang pun samakan!” balas Dira Zulaikha. Matanya tajam memandang Shahir Safwan.
“olololollo…..abang mintak maaf ye sayang!” ucap Shahir Safwan lantas memeluk bahu isterinya di depan pasangan itu.
Tanpa menyangka hampir sejam mereka berada di atas River Cruise. Kini tiba masanya untuk mereka turun dari atas deck itu. Shahir Safwan memimpin tangan Dira Zulaikha erat semasa turun dari atas kapal itu. Begitu juga dengan pasangan Iwan dan Nadia.
Pasangan Iwan dan Nadia mengambil keputusan untuk balik ke bilik tempat penginapan mereka terlebih dahulu. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha masih meneruskan perjalanan mereka melawat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut.
“apa kata kita pergi makan dulu nak!” Shahir Safwan memberi cadangan.
“Dira ikut abang je,” balas Dira Zulaikha.
“jom..kita cari kedai makan yang dekat ngan tempat nie. Lepas tu baru kita balik hotel. Lagi pun kejap lagi dah nak masuk waktu zohor nie!” ujar Shahir Safwan lagi.
Selesai mengisi perut yang kelaparan itu, mereka berdua terus balik ke hotel penginapan tempat mereka menginap sepanjang berada di situ. Butang pintu lif ditekan. Wajah gadis itu kelihatan begitu pucat sekali. Dengan tiba-tiba kepalanya terasa pening yang amat sangat. Tangannya kuat berpaut pada lengan Shahir Safwan.
“sayang, kenapa nie?” soal Shahir Safwan apabila melihat Dira Zulaikha memegang kepalanya.
“tak taulah, tiba-tiba je Dira pening. Mungkin cuaca yang panas sangat kot!” beritahu Dira Zulaikha.
Tidak lama selepas itu pintu lif terbuka. Shahir Safwan memapah isterinya masuk ke dalam lif tersebut. Tangan kasarnya berada di atas bahu gadis itu. Tidak sampai seminit mereka berdua tiba di tingkat 5.
Sejurus pintu lif terbuka, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha melangkah keluar dari lif itu. Shahir Safwan membuka pintu biliknya dengan cepat agar gadis itu dapat masuk ke dalma dan berehat.
Dira Zulaikha di baringkan ke atas katil empuk……. “sayang nak makan panadol tak, abang pergi ambilkan!”
“tak payahlah bang, Dira cuma pening je nie. Abang ada minyak angin tak?” tanya Dira Zulaikha perlahan.
“minyak angin?. Sayang tunggu kejap ye,” pinta Shahir Safwan. Dengan segera dia bangun dan melangkah ke meja di sudut bilik hotel itu. Dibuka kotak First Aid dan dikeluarkan minyak angin yang diminta oleh isterinya tadi.
“abang picitkan kepala sayang ye!” lelaki itu menghulurkan bantuan. Tudung botol minyak angin dibuka. Di calit sedikit minyak itu ke jarinya dan kemudian di sapu pada tepi wajah gadis itu.
Tangannya menari-nari di di wajah gadis itu. Di picit dengan perlahan agar dapat menghilangkan rasa peningnya. Dira Zulaikha dengan perlahan memejamkan matanya. Apabila menyedari gadis itu telah tido, Shahir Safwan bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya setelah berada di luar selama beberapa jam.
Wajib ke atas umat islam untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu. Selesai sahaja menunaikan solat zohor bersendirian, dia terus mengejutkan isterinya dengan perlahan.
“sayang….sayang…..!” panggil Shahir Safwan lembut. Dira Zulaikha ynag sememangnya mudah terjaga segera membuka matanya dengan perlahan.
“pening lagi ke?” tanya Shahir Safwan lembut.
Gadis itu menggelengkan kepalanya…
“baguslah, sayang bangun dulu. Pergi bersihkan badan tu, lepas tu solat zohor ye!” arah Shahir Safwan.
Dira Zulaikha hanya mengikut kata-kata suaminya. Dengan perlahan dia bangun dari baringnya dan melangkah ke bilik air yang sudah terbuka pintunya. Paip air dibuka terlebih dahulu sebelum gadis itu menanggalkan pakaian di badannya itu. Baru sahaja hendak menunduk, peningnya kembali semula. Kali ini didatangi dengan rasa loya, namun tidak pulak hendak muntah.
Dengan hanya memakai kain basahan dia duduk di atas jacuzzi di dalam bilik air itu. Di picit kepalanya dengan berkali-kali.
“abang………abang……” panggil Dira Zulaikha kuat. Pintu bilik air itu sengaja memang tidak dikunci dari dalam.
Shahir Safwan tersentak apabila terdengar suara dari dalam bilik air tersebut. Baru sahaja hendak duduk di balkoni luar biliknya dia menapak masuk ke dalam bilik itu semula. Pintu bilik air itu dibukanya tanpa sempat bertanya kepada gadis itu.
Dilihatnya gadis itu tengah memicit kepalanya berulang kali………
“kenapa nie?” tanya Shahir Safwan sambil duduk mencangkung di hadapan gadis itu.
“kepala Dira bang……..” ujar Dira Zulaikha dengan tersekat-sekat.
“kepala sayang…kenapa? Pening lagi ke?” soal Shahir Safwan cemas.
Dira Zulaikha mengangguk lemah.
“uwek….uwek….” gadis itu mencurah keluar air berserta sisa-sisa makanan yang belum habis dihadam.
“ya allah…kenapa dengan sayang nie!” kata Shahir Safwan apabila isterinya muntah dengan begitu banyak.
Di gosok belakang badan gadis itu berkali-kali. Dira Zulaikha masih dengan muntahnya. Lelaki itu dengan pantas keluar dan masuk semula dengan membawa kain dan tuala untuk Dira Zulaikha. Melihat gadis itu yang sudah berhenti dari muntah, Shahir Safwan membantu isterinya untuk mandi. Disiram badan gadis itu dengan air paip. Kemudian dilapkan dengan tuala supaya air di badan isterinya kering.
Kain basahan yang dipakai oleh Dira Zulaikha digantikan dengan kain yang baru. Dipegang erat gadis itu apabila keluar dari bilik air tersebut.
“hmm…abang bawak sayang pergi klinik ye. Risau pulak tengok sayang macam nie.” ujar Shahir Safwan.
Gadis itu hanya berdiam diri. Tidak larat untuk bercakap lagi. Terasa pedih pada tekaknya apabila muntah dengan begitu banyak sekali.
Dari hotel ke salah sebuah pusat rawatan di sekitar Sarawak mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke sana. Pintu kereta teksi dibuka. Tangan Dira Zulaikha ditarik keluar dari dalam kereta teksi tersebut. Langkah kakinya perlahan mengiringi langkah Dira Zulaikha. Pintu klinik yang automatik itu menyenangkan sesiapa sahaja pesakit untuk masuk kedalamnya.
Setelah meletakkan kad pengenalan isterinya di kaunter pertanyaan, Shahir Safwan membantu isterinya untuk duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Tidak lama selepas itu nama Dira Zulaikha dipanggil oleh salah seorang jururawat yang bertugas.
“Puan Dira Zulaikha Binti Suhaimi, sila masuk!”
Shahir Safwan bangun terlebih dahulu. Dia kemudiannya memegang lengan gadis supaya bangun dari tempat duduknya. Pintu bilik rawatan yang sudah terbuka itu dikunjungi oleh mereka berdua.
“sila duduk…” arah seorang doktor wanita yang umurnya dalam lingkungan 30 tahun.
Dira Zulaikha dan Shahir Safwan duduk di atas kerusi di hadapan meja tulis doktor wanita itu.
“pertama kali datang kat sini kan!” ujar doktor wanita itu apabila melihat kad rawatan Dira Zulaikha yang diterimanya tadi.
Gadis itu mengangguk perlahan……  “ye, doktor!” jawab Dira Zulaikha.
“hmm…boleh saya tau apa masalah puan?” soal doktor itu lagi.
“Sebenarnya macam nie doktor, masa kami berdua balik ke hotel tadi isteri saya ada mengadu pening kepala. Lepas dia berehat sekejap kat atas katil, saya kejutkan dia untuk bersolat. Tapi tak lama selepas dia masuk ke dalam bilik air, dia terus muntah dengan banyak. Sebab tu saya bawak dia ke sini, saya risau akan keadaan isteri saya nie doktor,” cerita Shahir Safwan panjang lebar.
“kalau macam tu puan baring dulu kat atas katil tu!” arah doktor wanita itu.
Langsir sebagai penghadang itu dibuka setelah selesai merawat Dira Zulaikha.
“macam mana doktor, isteri saya sakit apa?. Kenapa tiba-tiba je dia boleh muntah macam tu sekali?” soal Shahir Safwan tidak sabar.
Tangan gadis itu digenggam dengan erat.
“sebenarnya isteri encik tak sakit apa-apa, cuma itu adalah masalah biasa bagi seorang isteri yang sedang mengandung,” beritahu doktor itu.
“mengandung?” Shahir Safwan terkejut mendengar berita itu.
“ya, isteri encik mengandung, 3 minggu!” ujar doktor itu lagi.
“betul isteri saya mengandung sekarang nie?” tanya Shahir Safwan kurang percaya.
“ye, memang betul isteri encik sedang mengandung sekarang nie!”
“ya Allah……alhamdulillah, terima kasih sayang. Terima kasih doktor.” Shahir Safwan ternyata begitu gembira mendengar berita itu.
Keluar sahaja dari dalam bilik rawatan tersebut, Shahir Safwan terus memeluk erat tubuh isterinya di hadapan orang ramai yang berada di situ.
“terima kasih sayang…..” ucap Shahir Safwan. Dicium dahi itu dengan berkali-kali.
Dira Zulaikha membalasnya dengan senyuman.
“macam mana abang boleh tak tau yang sayang abang nie sebenarnya mengandung?. Abang kan doktor,” kata Shahir Safwan yang baru menyedari kekhilafannya itu.
“abang tu yang cemas sangat tadi. Tak sabar-sabar nak bawak Dira jumpa ngan doktor!” jawab Dira Zulaikha tersengih.
“tulah, abang sebenarnya cemas tengok sayang muntah sampai macam tu sekali tadi. Terlupa pulak yang abang nie seorang doktor.” Balas lelaki itu perlahan.
“dahlah, kita balik hotel dulu. Dira belum solat zohor lagi nie, kang tertinggal pulak fardhu yang satu tu!” kata gadis itu.
“ok…ok..kita balik hotel sekarang ek!”
…………………..
Dira Zulaikha duduk berehat di atas kerusi panjang sambil membaca majalah. Shahir Safwan datang kepadanya dan duduk rapat disebelah Dira Zulaikha. Sejak menerima berita gembira itu, wajahnya kelihatan begitu ceria sekali. Pertama kali dalam hidupnya kerana bakal bergelar seorang ayah.
“sayang…abang gembira sangat hari nie. Tak sangka berita yang abang terima tadi betul-betul buat abang gembira macam nie!” kata Shahir Safwan.
“Dira bersyukur sangat sebab dapat bagi abang zuriat. Hmm…apa yang Nadia cakap pagi tadi betul-betul dah jadi kenyataan kan, bang!” balas Dira Zulaikha.
“lepas nie kita telefon mama, papa dan mak kat sana. Tentu diorang gembira sebab tak lama lagi dapat cucu yang pertama dalam keluarga.” Ujar lelaki itu.
“tapi abang kena janji ngan Dira sesuatu!” pinta gadis itu.
“janji sesuatu, apa dia?” tanya Shahir Safwan.
“hmm lepas anak dalam perut Dira dah keluar nanti, abang jangan tak hirau kan Dira pulak!” beritahu Dira Zulaikha.
“hahahaha….tengok, belum apa-apa lagi dah cakap macam tu. Sayang..sayang tetap nombor 1 dalam hati abang. Walaupun kita dah ada anak nanti, abang tetap akan sayangkan sayang. Sayanglah segala-galanya bagi abang!” ujar Shahir Safwan dengan menarik gadis itu duduk di ribanya.
“Dira boleh manja ngan abang lagikan lepas dah ada anak nanti?” tanya Dira Zulaikha perlahan.
“boleh sayang, kenapa pulak tak boleh nak bermanja dengan abang,” balas lelaki itu lagi.
“abang..terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima Dira dalam hidup abang!” ucap Dira Zulaikha. Air matanya mengalir perlahan. Bukan air mata sedih , tapi air mata kegembiraan yang keluar.
Disapu lembut air mata yang jatuh ke pipi isterinya……. “terima kasih juga sebab sayang sudi jadi isteri dan juga seorang ibu kepada anak yang bakal lagi tak lama lagi.” Balas Shahir Safwan pula. Dikucup lembut kedua belah pipi isterinya itu.
“Dira cintakan abang…..Dira sayangkan abang lebih dari nyawa Dira sendiri!” ucap gadis itu lagi.
Benar kata budak si penjual bunga itu, Dira Zulaikha terlalu istimewa. Dalam setiap episod pertemuan, pergaduhan yang kecil, gadis itu pasti ada di sisinya. Sukar untuk dipercayai. Tapi itulah hakikatnya. Cinta SHAHIR SAFWAN UNTUK DIRA ZULAIKHA menyuluh ke jalan kebahagiaan dan keindahan DUNIA & AKHIRAT……………

TAMAT……………………..