AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 19 & 20


BAB 19
Shahir Safwan berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Baju dan seluar yang basah terkena air tadi telah pun ditukar dengan yang baru. Entah mengapa perasaan sayangnya terhadap Dira Zulaikha semakin menebal. Wujud satu perasaan aneh yang selama ini tidak pernah dirasakannya. Tidak pernah dirinya bersikap seperti itu sebelum ini.
Namun dengan kejadian yang menimpa dirinya serta Dira Zulaikha di dalam bilik air sebentar tadi membuatkan fikirannya tak tentu arah. Wajah bersih dan comel gadis itu terbayang-bayang di matanya. Matanya yang kecil, hidung yang sedikit mancung, bibirnya yang seksi menarik Shahir Safwan untuk terus merenung gadis itu semasa berada di dalam tandas.
Walaupun selalu berhadapan dengan gadis kecil itu, belum pernah Shahir Safwan melihat wajah Dira Zulaikha dengan renungan macam tu. Baru hari ini dia dapat berbuat begitu. Itu pun di sebabkan kejadian seperti itu berlaku. Jika tidak, wajah Dira Zulaikha hanya dilihat sekilas saja.
“Dr. Shahir, kenapa baju ngan seluar doktor boleh basah macam nie?” soal Anum dengan secara kebetulan terserempak dengan Shahir Safwan.
“takde apa-apa, saya jatuh dalam bilik air tadi!” jawab Shahir Safwan.
“jatuh dalam bilik air?” soal Anum tidak percaya.
“aaahh!” balas Shahir Safwan lagi.
“macam mana doktor boleh jatuh pulak? doktor main apa kat dalam tu?” tanya Anum sinis.
“ishhh awak nie, ada ke kata saya main-main dalam tandas. Kalau saya nak main-main, baik saya pergi kat taman bawah tu!” ujar Shahir Safwan.
“habis tu, macam mana doktor boleh jatuh sampai basah habis baju ngan seluar doktor tu?” tanya Anum lagi.
“lantai dalam tandas tu licin sangat, sebab tulah saya boleh terjatuh tadi.”
“ooo…..macam tu rupanya. Kesian kat doktor ye, habis basah baju ngan seluar tu,” kata Anum dengan tersengih.
“yang awak nie tiba-tiba tersengih nie kenapa?” soal Shahir Safwan dengan nada geram.
“takde apa-apa. Kali pertama sejak saya keje kat sini, saya dengar doktor boleh jatuh kat dalam tandas.” beritahu Anum dengan ketawa kecil.
“jadi sayalah doktor yang pertama merasmikan jatuh kat dalam tandas tu!” balas Shahir Safwan selamba.
“macam tulah doktor. Doktor jangan ambik hati ye!” ujar Anum perlahan.
“takdelah, buat apa saya nak ambik hati pulak. Saya tau awak cuma bergurau ngan saya!”
“oklah, doktor. Saya pergi sambung buat keje balik ye. Doktor tukarlah baju ngan seluar tu, kesian pulak saya tengok!” ujar Anum ikhlas.
“memang saya nak pergi tukar pun. Takkanlah saya nak pakai macam nie sampai habis keje!” balas Shahir Safwan lagi.
“hmmm boleh saya tanya satu soalan kat doktor tak?” soal Anum seperti sedang meminta keizinan.
“boleh, sepuluh soalan pun awak boleh tanya saya. Kalau saya boleh jawab, insyaallah saya akan jawab,” ujar Shahir Safwan.
“satu pun dah cukup. Tapi soalan nie mungkin agak peribadi sikit buat doktor!” beritahu Anum perlahan.
“soalan yang agak peribadi?. Aik awak nie, lain macam je bunyinya,” kata Shahir Safwan sambil melihat Anum di depannya.
“doktor jangan marah ye!” ujar Anum lagi.
“awak belum lagi tanya, takkan saya nak marah pulak!” balas Shahir Safwan lembut.
“ermm, doktor dah ada girlfriend ke belum?” soal Anum lambat-lambat.
“girlfriend?. belum lagi, kenapa?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“takde apa-apa, saja saya nak tanya doktor!” jawab Anum selamba.
“macam tu pulak!” balas Shahir Safwan dengan menggelengkan kepalanya.
“ada lagi ke soalan yang awak nak tanya?” soal Shahir Safwan sinis.
“ada, tapi tadi saya cuma kata nak tanya satu soalan je kan! kalau saya tanya lebih-lebih doktor perli saya pulak nanti,” beritahu Anum dengan senyuman dibibirnya.
“kalau macam tu awak simpan dulu soalan awak tu. Bila awak nak tanya saya nanti baru awak keluarkan dari mulut awak!” ujar Shahir Safwan seraya memulakan langkahnya untuk masuk ke bilik.
“kalau saya tanya sekarang tak boleh ke?” tanya Anum lagi.
“ishh awak nie, kan awak kata nak tanya satu soalan je tadikan!” kata Shahir Safwan sinis.
“tak..tak…satu je lagi, boleh lah!” pinta Anum.
“ok, satu je lagi. Soalan apa yang awak nak tanya?” soal Shahir Safwan.
“doktor sayang tak kat Dira?” soalan cepumas sudah keluar dari mulutnya. Hah, rasakan!!! omel Anum dalam hatinya.
“laaa, apasal pula soalan tu yang awak tanya kat saya?” soal Shahir Safwan hairan.
“doktor jawab jelah! lepas nie saya takkan tanya lagi.” ujar Anum tidak sabar mengetahui jawapan yang bakal keluar dari mulut Shahir Safwan.
“hmmm awak nak saya jawab yang betul ke yang tipu nie?” tanya Shahir Safwan dengan lawaknya.
“mestilah kena jawab yang betul, tak mau tipu-tipu!” jawab Anum pantas.
“kalau saya kata saya tak sayang kat dia?” soal Shahir Safwan dengan menaikkan keningnya ke atas.
“saya tak percaya,” jawab Anum selamba.
“kenapa pulak awak tak percaya?. Kenapa pulak saya perlu sayang kat dia?” tanya Shahir Safwan bertalu-talu.
“doktor bagitahu dulu samada doktor sayang kat Dira atau tak. Barulah saya boleh jawab soalan doktor tu,” kata Anum dengan bersyarat.
“awak nie, sampai macam tu sekali awak nak suruh saya jawab!” ujar Shahir Safwan lagi.
“doktor nak tau tak nie?” soal Anum ingin tau.
“ye, saya sayang kat ‘adik saudara angkat’ saya tu!” jawab Shahir Safwan berterus terang.
“sayang macam mana?” tanya Anum lagi.
“tadi awak kata tak nak tanya lagi, nie dah terbalik nie!” balas Shahir safwan geram.
“memanglah saya kata tak nak tanya lagi. Tapi soalan nie masih lagi berkaitan dengan soalan yang tadi, bukan soalan yang baru!” jawab Anum selamba.
“saya sayang dia macam saya sayang mama ngan papa saya lah!”
“tak kurang?” tanya Anum.
“ya, tak kurang! puas hati,” kata Shahir Safwan ringkas.
“ok!” balas Anum dengan memberikan senyuman manis kepada Shahir Safwan.
“ok?. Tapi awak belum beritahu lagi jawapan kenapa saya perlu sayang kat dia,” ujar Shahir Safwan yang mahu Anum menunaikan janjinya tadi.
“kalau saya beritahu, doktor kena janji jangan tanya Dira boleh?” pinta Anum.
“ye, saya janji saya takkan tanya Dira. Cepat lah cakap, saya nak pergi tukar baju pulak nie!” arahnya lagi.
“doktor jangan terkejut pulak nanti!” kata Anum yang masih lagi mahu berteka-teki.
“tak, saya takkan terkejut. Awak cakaplah cepat, saya dah tak tahan sejuk nie!”
“saya nak cakaplah nie, tak sabar betullah doktor nie!” perli Anum.
“kalau saya cakap Dira sayang kat doktor lebih daripada seorang ‘abang saudara angkat’ macam mana?” tanya Anum perlahan.
“maksud awak?” soal Shahir Safwan kurang faham.
“belajar sampai kat luar dari Malaysia nie, tapi aku tanya soalan macam tu pun susah nak jawab!” omel Anum dalam hatinya.
“maksud saya, kalau Dira tu sayang kat doktor sebagai teman yang paling istimewa bukan sayang sebagai ‘abang saudara angkat’!” Anum menjelaskan kedudukan yang sebenar.
“saya tak percayalah!”
“terserah kat doktor samada nak percaya cakap saya atau pun tidak. Saya cuma bagitahu apa yang saya dan Ain nampak je. Oklah, saya pergi sambung buat keje dulu ye! Hmm terima kasih ye doktor sebab sudi di temuramah oleh saya sekejap,” ucap Anum lalu meninggalkan Shahir Safwan di situ.
Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi minta dijawab. Shahir Safwan melangkah ke mejanya untuk menjawab panggilan telefon bimbitnya.
“assalamualaikum………” ucap Shahir Safwan.
“waalaikumussalam…….” balas pemanggil yang berada dihujung talian.
“Shahir, aku nie Hafiz,” beritahu si pemanggil itu lagi.
“aku tau lah. Ada apa kau telefon aku nie?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“hmm malam nie kau free tak?” tanya Hafiz.
“malam nie?. kenapa?” soal Shahir Safwan lagi.
“takdelah, aku ingat malam nie aku nak jumpa ngan kau. Dah lama aku tak berbual-bual ngan kau, boleh tak?”
“lepas isyak bolehlah! kau nak jumpa kat mana?” soal Shahir Safwan kepada Hafiz.
“hmm kita jumpa kat Restoran Seafood jelah. Kau ingat lagikan tempat tu!” beritahu Hafiz.
“ooo…aku ingat lagi, kalau macam tu kita jumpa kat sana jelah. Kau tunggu aku kat sana, dalam pukul 9 malam aku sampailah,” ujar Shahir Safwan.
“ok,set. Kita jumpa kat sana,” jawab Hafiz sebelum meletakkan telefon.
Shahir Safwan kembali meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Dia kemudiannya keluar dari bilik dan pergi ke wad-wad pesakit untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor. Setiap pesakit yang berada dibawah jagaannya di jaga dengan rapi. Dia tidak mahu dikatakan sebagai doktor yang hanya tau menjalankan tugas tetapi tidak pandai menjaga kebajikan bagi setiap pesakit yang dirawatnya.
Setiap ruang bilik yang menempatkan pesakitnya di lawat seorang demi seorang. Pelbagai karenah yang ada pada setiap pesakit di bawah jagaannya. Namun dia masih tetap mengatasinya dengan baik. Tunjuk ajar yang diterimanya semasa melakukan praktikal dulu, banyak memberikannya manfaat selepas bertugas sebagai seorang doktor di sebuah hospital yang besar.
…………………….
“mama…papa, along keluar ye!” beritahu Shahir Safwan sambil menyalami tangan ibu bapanya.
“yelah, hati-hati bawa kereta tu!” ujar Dr. Norman kepada anaknya.
“insyaallah papa!” jawab Shahir Safwan sambil membuka pintu untuk keluar.
Kasut yang berada di atas rak di capai lalu di sarungkan ke kakinya. Shahir Safwan hanya memakai pakaian ringkas untuk berjumpa dengan Hafiz. Pintu kereta dibuka, Shahir Safwan melabuhkan punggungnya ke atas kusyen kereta miliknya. Enjin kereta dihidupkan sebelum memulakan perjalanan.
Shahir Safwan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Restoran Seafood yang dijanjikan. Kereta diletakkan di tempat parking yang disediakan. Langkah kaki Shahir Safwan di halakan ke pintu masuk dalam restoran. Setelah pintu dibuka, matanya melilau mencari kelibat Hafiz. Jam ditangannya di perhatikan.
“lagi 5 minit pukul 9 malam, patutlah dia tak sampai-sampai lagi!” omel Shahir Safwan sambil mencari tempat kosong untuk duduk.
Setelah dapat mencari tempat kosong untuk duduk, Shahir Safwan hanya menunggu kedatangan Hafiz ke situ. Sedang dia menunggu, seorang pelayan datang untuk mengambil order.
“maaf, saya mengganggu! Boleh saya dapatkan order?” soal pelayan tersebut mesra.
“ok, bagi saya fresh orange satu!” beritahu Shahir Safwan lembut.
“makan?” soal pelayan itu lagi.
“takpe, saya minum je!” jawab Shahir Safwan ringkas.
Pelayan tersebut menganggukkan kepalanya lembut seraya berlalu meninggalkan tempat Shahir Safwan. Tidak sampai 5 minit, pelayan itu kembali lagi dengan membawa dulang berisi sebiji gelas yang didalamnya terdapat air.
“silakan minum!” ujar pelayan itu.
“terima kasih!” ucap Shahir Safwan.
“sama-sama………” balas pelayan tersebut lalu beredar.
“mana pulak perginya Hafiz nie. Janji pukul 9, sekarang nie dah nak masuk pukul 9.10 minit!” kata Shahir Safwan sambil menyedut minuman di depannya.
Sambil menunggu kedatangan kawannya itu, Shahir Safwan hanya meneliti telefon bimbit yang berada di tangannya. Manalah tau tiba-tiba Hafiz batalkan temu janji itu malam ini. Dapatlah dia balik awal kat rumah.
“hai kawan, sorilah aku lambat sampai. Jalan jam,” ujar Hafiz dengan menepuk bahu Shahir Safwan.
Shahir Safwan berpaling ke belakang. Hafiz dengan tersengihnya berdiri di belakang tubuh Shahir Safwan.
“takpe, aku faham. Lagi pun aku baru sampai jugak nie. Duduklah!” kata Shahir Safwan.
Hafiz menarik kerusi yang berada di depan Shahir Safwan lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu.
“kau datang sorang je ke?” soal Hafiz setelah duduk di atas kerusi itu.
“sorang lah, kau nak aku datang ngan sape pulak!” ujar Shahir Safwan.
 “manalah aku tau, kau nak bawak girlfriend kau sekali ke!” kata Hafiz dengan senyuman dibibirnya.
“girlfriend?. Aku bukan macam kau Hafiz, senang nak dapat girlfriend,” perli Shahir Safwan.
“kalau kau nak aku boleh kenalkan untuk kau!” ujar Hafiz yang mahu memperkenalkan kawan-kawan perempuannya kepada Shahir Safwan.
“tak payah kau nak susah-susahkan diri kau tu!” balas Shahir Safwan.
“hahaha…aku gurau jelah. Aku taulah, kau tu sibuk ngan keje doktor kau. Mana ada masa nak layan girlfriend-girlfriend nie!” perli Hafiz dengan ketawa kecil.
“hmm…kau nak jumpa ngan aku sebab nak cakap pasal nie ke?” soal Shahir Safwan hairan.
“isshh kau nie, takkanlah aku nak sembang pasal tu pulak. Alah, kita kan dah lama tak jumpa. Apa salahnya kalau sesekali kita bersembang. Tak kisahlah kalau nak cakap pasal keje ke, pasal keluarga ke. Lagi pun bukan senang aku nak jumpa ngan kau!” beritahu Hafiz panjang lebar.
“aku tak kisah kalau kau nak sembang ngan aku. Tapi kau tu kan selalu sibuk ngan keje kau kat studio tu. Boleh pulak kau ajak aku keluar malam nie!” perli Shahir Safwan.
“studio tu bukan aku buka 24 jam. Dah habis waktu aku keje, aku tutuplah studio tu!” balas Hafiz.
Sedang asyik Hafiz dan Shahir Safwan berborak, tiba-tiba datang seorang perempuan ke meja mereka.
“hai sayang, sorilah I lambat!” tegur seorang wanita yang lagaknya seperti seorang model kepada Hafiz.
“its ok, I tak marah pun. Lagi pun I tengan berborak ngan kawan I nie,” beritahu Hafiz kepada wanita itu.
“you duduklah dulu!” ujar Hafiz lagi.
“ok!” jawab wanita tersebut ringkas.
“Shahir, nie aku kenal kawan aku Zita nama dia,” ujar Hafiz dengan memperkenalkan Zita kepada Shahir Safwan.
“hai……..” ucap Zita sambil menghulurkan tangannya kepada pemuda di hadapannya.
“Zita?” soal Shahir Safwan terkejut tanpa menyambut huluran tangan wanita itu.
“eh, Shahir Safwan kan. Anak pak long Norman ngan mak long Syikin,” kata Zita yang turut terkejut melihat sepupunya itu.
“korang kenal ke?” soal Hafiz hairan.
“alah you, Shahir nie sepupu i. You kawan rapat Shahir ke?” tanya Zita dengan lengok manjanya.
“I ngan Shahir nie dah lama berkawan. Tapi I tak tau pulak yang you nie sepupu kepada Shahir. Dia tak pernah cakap pulak kat i.” beritahu Hafiz kepada Zita.
“ oh ye ke! Kalau you nak tau, dulu I memang rapat sangat ngan Shahir nie, tapi lepas kita orang dah ada haluan masing-masing so, dah kurang berjumpa. Shahir pulak dah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran, I pulak lebih suka dalam bidang modelling nie. So, dah lama I tak jumpa ngan dia. Even baru sekarang I balik kat Malaysia nie, tak sangka pulak you nie kawan kepada sepupu I.”
“ooo….macam tu rupanya. Kira perjumpaan I ngan Shahir malam nie dapat ketemukan you dengan dialah,” ujar Hafiz.
“macam tu lah! Pak long ngan mak long apa khabar?” soal Zita kepada lelaki dihadapan Hafiz itu.
“mama ngan papa sihat, alhamdulillah. Bila kau balik sini?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“dah 2 hari Zita sampai kat Malaysia. Cuma belum ada kesempatan nak melawat pak long ngan mak long kat rumah tu,” beritahu Zita lembut.
“laaa, kata nak tinggal terus kat sana. Alih-alih balik jugak kau kat Malaysia nie ye!” perli Shahir Safwan.
“Zita bukan apa, rindu sangat ngan mak dan ayah kat rumah tu. Sebab tulah Zita balik kat sini. Kalau ada peluang keje untuk Zita kat sini, ok jugak. Lagi pun Zita dah malas nak balik kat sana lagi,” beritahu Zita dengan tersenyum manis.
“elok jugak tu, kesian mak ngan ayah kau rumah tu. Apa salahnya kalau kau keje kat sini je!” ujar Shahir Safwan lembut.
“sebab tulah Zita balik kat sini. Manalah tau ada rezeki Zita untuk jadi model kat sini pulak,” balas Zita yang masih dengan lagak manjanya.
“ok dah, kita stop dulu pasal keje nie. Apa kata kalau kita pesan makanan dulu, I dah laparlah!” kata Hafiz kepada Zita dan Shahir Safwan.
“boleh jugak, you order untuk I sekali boleh?” pinta Zita sambil memeluk erat lengan Hafiz.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya melihat adegan spontan Zita dengan Hafiz.
“boleh, untuk you semua I sanggup. You nak makan apa?” soal hafiz lembut.
“hmmm apa-apa jelah! Tapi jangan pesan makanan yang banyak lemak, I takut badan I gemuk nanti,” beritahu Zita.
“ok! Jawab Hafiz ringkas.
Hafiz bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke meja bufet yang menyediakan beberapa jenis makan malam untuk para pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut. Sementara Hafiz pergi mengambil makanan, Zita menggunakan peluang itu untuk bersembang dengan Shahir Safwan.
“dah lama tak jumpa, tak sangka Shahir dah makin hensem sekarang nie ye!” ujar Zita dengan lemah lembut.
“mana ada, aku macam dulu jugak. Kau tu je yang dah banyak berubah aku tengok!” balas Shahir Safwan.
“Zita tetap macam dulu jugak. Takde apa-apa yang berubah pun. Hmmm Shahir dah ada girlfriend ke?” soal Zita lembut.
“ada,” jawab Shahir Safwan bohong. Tak kisahlah, asalkan aku tak nak ada kaitan ngan dia.
“ye ke?. Mesti girlfriend Shahir cantikkan!” ujar Zita kepada Shahir Safwan.
“dia memang cantik!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“girlfriend Shahir keje apa ye? Atau masih study lagi?” tanya Zita lagi.
“dia buat keje biasa je. Takdelah keje yang hebat sangat macam kau!” kata Shahir Safwan sinis.
“lain kali bolehlah kenalkan kat Zita. Lagi pun Zita nak kenal jugak macam mana rupa pilihan hati Shahir tu!” pinta Zita dengan senyuman manisnya.
“tengoklah macam mana nanti. Kau dah lama ke kenal ngan Hafiz tu?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“takdelah lama sangat, Zita kenal ngan dia pun melalui twitter. Adalah lebih kurang 3 bulan sebelum Zita balik kat Malaysia nie,” beritahu Zita tanpa berselindung.
“ooooo…..korang berdua nie pasangan kekasih ke?” tanya Shahir Safwan lagi.
“pasangan kekasih?. Takdelah, Zita ngan Hafiz tu cuma kawan biasa je. Tak lebih dari seorang kawan pun,” ujarnya lagi.
“kawan biasa macam tu. Siap bersayang macam tu pun masih kata kawan biasa,” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“aikk, takkanlah kawan biasa je. Yang aku dengar kau panggil sayang tadi tu apa?.” Kata Shahir Safwan dengan sinis.
Hehehee….” Ketawa Zita dengan menutup mulutnya.
“alahh, Zita panggil macam tu tak bermakna Zita ngan Hafiz tu bercinta. Lagi pun apa salahnya kalau Zita panggil sayang kat dia!” balas Zita selamba.
“tak salah bagi kau, tapi salah pada pendengaran orang lain!” ujar Shahir Safwan dengan geram melihat kelakuan sepupunya yang baru balik itu.
“apalah Shahir nie, benda kecil macam tu pun Shahir dah nak bising,” perli Zita perlahan.
“aku bukan nak bising. Tapi jangan kau marah pulak bila keluar statement dalam surat khabar ke majalah ke yang mengatakan ‘Zita seorang model yang baru memulakan kerjayanya di Malaysia sudah setahun mempunyai hubungan cinta dengan jejaka yang bernama Hafiz’. Tapi aku rasa kau tentu tak kisahkan kalau keluar statement macam tu. Yelah, aku agak kau dah lali dengan semua gosip-gosip tu.” Balas Shahir Safwan dengan kata-kata yang agak pedas.
“takdelah, takkan sampai macam tu sekali diorang nak tulis.” Jawab Zita yang masih lagi dengan ketawa yang dibuat-buatnya.
“hai, rancak berbual. Korang sembang pasal apa nie?” soal Hafiz yang sudah kembali ke tempat tadi dengan membawa 2 pinggan yang berisi menu makan malam di dalamnya.
“takde apa-apa. I cuma tanya pasal diri masing-masing je nie.” beritahu Zita ringkas.
“eh, Shahir kau tak nak makan ke?” tanya Hafiz apabila melihat kawannya itu hanya meminum air sahaja.
“takpelah, lagi pun aku dah makan masa nka datang kat sini tadi. Korang berdua makanlah!” ujar Shahir Safwan lembut.
“alahh, takkan kau nak tengok je kita orang makan. Pergilah order, kau tak payah risau malam nie biar aku yang belanja kau makan!” kata Hafiz yang sudah memasukkan makanan ke dalam mulutnya.
“takpe, tkpe…aku kenyang lagi nie!” ringkas jawapan Shahir Safwan.
“hmm Dira apa khabar?” soal Hafiz tiba-tiba.
“Dira?. Dia sihat, alhamdulillah. Kenapa kau tanya?” soal Shahir Safwan.
“takde apa-apa. Lagi pun dah lama ku tak jumpa ngan dia. Sesekali aku tanya khabar dia apa salahnya!” jawab Hafiz selamba.
“sape pulak Dira nie?” tanya Zita iangin tau.
“kalau you nak tau, Dira tu ‘adik saudara angkat’ cousin you nie!” beritahu Hafiz.
“adik saudara angkat?” tanya Zita hairan.
“aaahhh, kenapa?” soal Hafiz pelik.
“takde apa-apa. Cuma I tak pernah pulak tau yang Shahir ada ‘adik saudara angkat’,” jawab Zita yang masih tertanya-tanya.
“ye ke?. I rasa elok you jumpa sekali dengan Dira. Bukan apa, wajah dia memang Chinese look I tengok, kan Shahir!” ujar Hafiz dengan mengangkat keningnya kepada kawannya itu.
“oh ye, adik saudara angkat Shahir keje kat mana ye?” soal Zita lagi.
“dia cleaner kat hospital Shahir bekerja,” jawab Hafiz bagi pihak Shahir Safwan.
“cleaner kat hospital?. tanya Zita dengan sinis.
“kenapa?. keje tu tak halal ke?” soal Shahir Safwan agak geram apabila melihat Zita tersengih mendengar pekerjaan yang dilakukan oleh Dira Zulaikha.
“takdelah macam tu, tapi betul ke dia tu ‘adik saudara angkat’ Shahir?. Takkanlah adik saudara angkat Shahir buat keje macam tu!”
“dah memang betul dia adik saudara angkat aku, lagi pun mama ngan papa sendiri yang kenalkan. Lagi pun apa salahnya kalau dia keje sebagai cleaner kat hospital tu, yang penting keje tu halal dan dia tak pernah susahkan aku atau mama ngan papa!” balas Shahir Safwan dengan nada yang kurang senang.
Hafiz hanya mendengar sahaja perbualan antara Shahir Safwan dan juga Zita. Dia tidak berani menyampuk kerana bagi diri Shahir Safwan, dia memang tidak suka dengan sikap orang yang suka merendahkan hidup orang lain.
“hmmmm…takpelah kalau macam tu. Bukan apa, Zita tak nak Shahir, mak long ngan pak long kena tipu je!” ujar Zita dengan selamba.
“kalau Dira ngan Mak Zeera nak tipu, dah lama dia buat macam tu. Takdelah dia nak tunggu sampai sekarang baru dia nak tipu.” balas Shahir Safwan dengan nada perlahan.
“ok…ok, apa kata kita makan sekarang. Takkan nak borak je sampai pagi esok!” kata Hafiz mengganggu perbualan mereka berdua.
“korang makanlah, aku balik dulu. Lagi pun esok aku kena bangun awal, ada kes yang perlu aku selesai kat hospital tu,” beritahu Shahir Safwan lalu mengangkat punggunnya bangun dari kerusi itu.
“kau tak nak makan dulu ke?” soal Hafiz menahan pemergian Shahir Safwan.
“takpe, kau ngan Zita makanlah!” balas Shahir Safwan ringkas.
“duduklah dulu Shahir, awal lagikan. Lagi pun Zita baru je nak bersembang ngan Shahir nie!” ujar Zita dengan lemah lembut.
“kau datang jelah kat rumah. Mama ngan papa pun bukan pergi mana-mana pun. Kalau aku takde kat rumah, kau sembang jelah ngan diorang. Oklah, Hafiz, Zita…aku balik dulu ye. Jumpa lagi lain kali,” ujar Shahir Safwan sambil menyalami tangan Hafiz sebelum melangkah pergi.
Shahir Safwan segera meninggalkan tempat itu. Zita hanya melihat sahaja pemergian Shahir Safwan dengan hati yang sedikit kecewa. Hafiz meneruskan makan malamnya.


BAB 20
“morning mak…ayah” ucap Zita yang baru turun dari tingkat atas.
“assalamualaikum…….” kata Halim sinis.
“waalaikumussalam……..” balas Zita dengan wajah yang sedikit kemerahan menahan malu.
“hai Zita, takkan dah lupa adat orang melayu kita nie!” perli Halimah, wanita yang sudah berusia melebihi 45 tahun itu.
“takdelah, sape kata Zita dah lupa.” jawab Zita dengan tersengih.
“kamu tak keluar ke ari nie?” soal Halim ingin tau.
“tak tau lagi ayah, Zita rasa nak duduk kat rumah je ari nie!” jawab Zita sambil mengambil sekeping roti dan diletakkan sedikit jem ke atasnya.
“elok lah tu, dah lama kami nie tak bersembang ngan kamu. Sesekali kamu duduk kat rumah, apa salahnya!” ujar Halimah pula.
“hmmm kamu dah jumpa dengan mak long dan pak long kamu?” soal Halim sambil menghirup kopi panas.
“belum lagi yah, tapi Zita dah jumpa dengan anak mak long semalam!” beritahu Zita.
“Shahir?. Kamu jumpa kat mana?” tanya Halim lagi.
“masa Zita keluar dinner semalam. Tak sangka kawan Zita tu rupa-rupanya teman rapat Shahir, anak mak long. Terkejut jugak Zita semalam, yelah tak sangka dapat jumpa ngan dia kat restoran tu!” ujar Zita bersungguh-sungguh.
“eloklah kalau kamu dah jumpa ngan dia. Dah tu, bila lagi kamu nak pergi tengok mak long ngan pak long kamu tu?” tanya ibunya Halimah.
“tunggu lah sehari dua lagi..Nanti Zita pergi melawat mak long ngan pak long kat sana!”
“mak bukan apa, dah kamu kata nak duduk kat sini eloklah kalau sesekali kamu melawat diorang kat sana. Kamu pun kalau balik kat sini dulu bukan nak pergi jenguk diorang tu. Telefon pun tak!” kata Halimah sinis.
“Zita balik dulu pun tak lama kan, cuma 2 atau 3 hari je. Tapi sekarang nie Zita dah menetap kat sini, bolehlah Zita pergi melawat diorang kat rumah tu!” balas Zita lembut.
“hmmm Zita nak tanya kat mak ngan ayah sikit nie?” soal Zita tiba-tiba.
“kamu nak tanya apa?.” tanya Halim sambil melihat ke arah anaknya itu.
“mak ngan ayah tau tak pasal ‘adik saudara angkat’ Shahir?” soal Zita kepada ibunya.
“maksud kamu anak kepada kakak angkat mak long kamu tu!” jawab Halimah dengan pantas.
“mak ngan ayah dah tau ke pasal hal tu?” soal Zita lagi.
“kenapa pulak tak tau. Dah lama mak ngan ayah tau, masa tu kamu belum balik kat sini lagi. Mak selalu jugak bersembang ngan mak long kamu dalam telefon. Yelah nak harapkan kamu yang telefon dia, mak ngan ayah rasa tak taulah bila kamu senang kan!” beritahu Halimah panjang lebar.
“jadi mak ngan ayah taulah yang adik saudara angkat Shahir tu keje sebagai cleaner kat hospital tempat Shahir bekerja?” tanya Zita lagi.
“dah tu, kenapa pulak kalau dia keje sebagai cleaner kat situ. Kan keje yang dibuat tu halal!” balas Halim pula.
“Zita tau lah keje yang dia buat tu halal. Tapi Zita rasa tak sesuai kalau nak dibandingkan dengan Shahir. Takkan Shahir tak rasa apa-apa kalau adik saudara angkat dia bekerja sebagai cleaner kat situ!” ujar Zita dengan sombong.
“yang kamu kata macam tu kenapa. Sesuai ke tak sesuai ke tu bukan urusan kita. Lagi pun bukan diorang nak berkahwin sampai kamu kata macam tu. Dah dia dapat keje macam tu, nak buat macam mana. Mungkin itu rezeki untuk dia tanggung keluarga dia. Kamu patut bersyukur sebab tak berada dalam keadaan yang macam tu!” nasihat Halim kepada anak gadisnya itu. Entah kenapa sikap anak gadisnya itu kurang menyenangkan hatinya.
Zita hanya menundukkan kepalanya. Tidak pernah dia menjawab apabila ayahnya berkata.
“awal along bangun pagi nie!” ujar Dr. Norman apabila melihat Shahir Safwan berada di meja makan lebih awal darinya.
“pagi nie along ada kes papa, tu yang kena bangun awal nie!” jawab Shahir Sawfan.
“ooo…..elok jugak kalau kamu pergi awal, takdelah kelam kabut nanti,” kata Dr. Norman yang sudah duduk di kerusi meja makan.
“hmmm semalam along ada berjumpa dengan anak mak usu,” beritahu Shahir Safwan.
“anak mak usu kamu. Dia dah balik kat sini ke?” soal Dr. Syikin.
“dia kata dah 2 hari dia balik kat sini!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“macam mana dia?” tanya Dr. Norman.
“maksud papa macam mana apa?” tanya Shahir Safwan kurang jelas.
“yelah, along tengok dia macam mana. Takde perubahan ke bila along tengok dia?” tanya Dr. Norman lagi.
“oooo, pasal tu. Hmmm susah along nak cakap papa. Kadang-kadang bila bersembang ngan dia, banyak yang lebih terasa daripada yang gembira. Jumpa pun macam tak jumpa je,” beritahu Shahir Safwan dengan sikap buruk sepupunya itu.
“tak payahlah kamu layan perangai dia tu, bukan kamu tak tau dia tukan suka membezakan orang!” ujar Dr. Norman sendiri walaupun itu adalah darah daging adiknya sendiri.
“oklah, papa…mama. Along pergi dulu ye!” kata Shahir Safwan seraya bangun dan menyalami tangan kedua ibu bapanya hormat.
“hati-hati……..” balas Dr. Syikin.
Shahir Safwan hanya menganggukkan kepalanya.
“assalamualaikum……….” ucap pemuda itu lalu meninggalkan ruang dapur rumahnya.
“waalaikumussalam……….” jawab Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak.
Shahir Safwan memandu keretanya di lebuh raya yang sememangnya sibuk pada pagi itu. Oleh kerana dia mempunyai kes pagi itu membuatkan dia bertolak lebih awal daripada hari biasa. Kesibukkan jalan raya pada waktu pagi banyak menguji sikap sabar sesetengah pemandu yang inginkan sampai lebih cepat ke tempat keje.
Shahir Safwan memarkirkan keretanya di dalam garaj yang telah disediakan. Briefcase serta beberapa fai mengenai pesakit-pesakitnya di bawa naik ke atas. Pintu bilik dibuka perlahan, sejurus dia sampai di biliknya. Shahir Safwan melangkah masuk ke dalam dan meletakkan briefcase dan fail-fail ke atas meja.
Tepat jam 8.30 minit pagi, dia harus berada di dalam bilik pembedahan. Shahir Safwan bersama 3 orang lagi doktor pakar dikehendaki menjalankan pembedahan melibatkan seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang menghidapi penyakit leukemia dimana Leukimia adalah jenis penyakit kanker yang menyerang sel-sel darah putih. Sumsum tulang dalam tubuh manusia memproduksi tiga tipe sel darah. Diantaranya sel darah putih yang berfungsi sebagai daya tahan tubuh melawan infeksi. Sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke dalam tubuh. Platelet bahagian kecil sel darah yang membantu pembekuan darah.
Walaupun masih baru lagi dalam bidang kedoktoran ini, Shahir Safwan tidak merasa gentar dalam melakukan pembedahan kerana bersamanya terdapat lagi 3 orang doktor yang memang pakar. Shahir Safwan melangkah keluar dari biliknya dan bergerak masuk ke bilik pembedahan. Pakaian yang berwarna hijau di sarungkan ke tubuhnya. Segala peralatan telah siap disediakan oleh petugas bilik pembedahan. Pintu bilik kecemasan ditutup rapat.
Hampir 2 jam pembedahan itu dijalankan, akhirnya Shahir Safwan bersama 3 orang lagi doktor pakar keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Shahir Safwan bersyukur kerana pembedahan yang baru pertama kali dilakukannya berjalan dengan lancar. Badan yang terasa penat selepas berdiri lama di rehatkan di atas sebuah kerusi yang di telah disediakan. Matanya di pejam rapat.
“penat sangat ke?” soal satu suara yang sangat lembut.
Shahir Safwan membuka matanya perlahan. Terbit satu senyuman pada bibirnya.
“takdelah penat sangat!” jawab Shahir Safwan lembut. Entah mengapa dia begitu suka melihat wajah gadis itu kini.
“ooo…takpelah, aku pergu dulu ye!” ujar Dira Zulaikha.
“kau dah nak pergi?. Duduklah dulu,” kata Shahir Safwan dengan menepuk ruang kerusi di tepinya.
Dira Zulaikha melihat ke sekelilingnya.
“duduklah dulu. Sekarang nie kan kau tengah rehat!” kata Shahir Safwan dengan melihat jam ditangannya yang sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.
“k lah, aku duduk sekejap kat sini!” balas Dira Zulaikah lalu duduk bersebelahan dengan Shahir Safwan.
“kau dari mana?” soal pemuda itu ingin tau.
“takde ke mana-mana. Aku pergi tandas je!” beritahu Dira Zulaikha.
“dah makan?” tanya lelaki itu ambil berat.
“dah……” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“kalau saya kata Dira sayang kat doktor sebagai teman yang istimewa bukan sebagai ‘abang saudara angkat’, doktor percaya tak!” Shahir Safwan teringat akan perbualannya dengan Anum semalam.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya perlahan.
“kenapa, kau sakit ke?” tanya Dira Zualikha cemas apabila melihat Shahir Safwan.
Ingin sekali dia bertanya kepada gadis itu, namun terpaksa di lupakan apabila dia sudah berjanji dengan kawan baik Dira Zulaikha supaya tidak bertanya akan hal itu.
“Dira……….” panggil jejaka itu perlahan.
“aikk, kau demam ke apa nie?” tanya Dira Zulaikha dengan selamba meletakkan telapak tangannya ke dahi jejaka itu.
“bila masa pulak aku demam nie?” tanya Shahir Safwan hairan.
“dah tu, yang kau tiba-tiba panggil aku dengan nama Dira nie kenapa?. Mak aku kan takde kat sini, kau tak payah lah nak takut kena ceramah dengan mak aku!” ujar Dira Zulaikha dengan senyuman manisnya.
“hmm….boleh tak kalau mulai ari nie aku panggil kau Dira, malaslah aku nak panggil kau minah pink nie!” ujar Shahir Safwan perlahan.
“kenapa pulak kau malas nak panggil aku minah pink?. kan kau yang reka nama tu kat aku!” perli Dira Zualikha.
“memanglah aku yang reka nama tu, tapi aku malaslah nak panggil macam tu lagi. Kalau mama ngan papa tau mesti diorang marah aku panggil kau macam tu!” beritahu Shahir Safwan.
“ikut suka kau lah mamat serabut!” balas Dira Zulaikha.
“kau panggil aku apa tadi?” soal Shahir Safwan dengan renungan mata yang tajam.
mamat serabut!!!” jawab Dira Zualikha selamba.
Shahir Safwan menepuk dahi gadis kecil itu.
“sakitlah,” ujar Dira Zulaikha sambil menggosok dahinya itu.
“kau panggil lagi aku macam tu!” ujar Shahir Safwan marah.
“dah tu aku nak panggil kau apa pulak?” tanya gadis kecil itu.
“aku kan ada nama, kau panggilah nama aku!” beritahu Shahir Safwan.
“takkan aku nak panggil kau dengan nama Shahir Safwan,” kata Dira Zulaikha kurang senang.
“kau panggil Shahir pun dah ok. Tak payah lah panggil nama penuh aku,” balas Shahir Safwan sambil merenung wajah gadis di sebelahnya.
“boleh ke macam tu?” tanya gadis itu lagi.
“kenapa pulak tak boleh?” soal Shahir Safwan kembali.
“takdelah, rasa tak selesa pulak nanti bila aku panggil kau dengan nama Shahir,” beritahu Dira Zulaikha perlahan.
“atau kau nak panggil aku along?” soal jejaka itu.
along?. lagilah aku tak selesa nak panggil!” jawab Dira Zulaikha dengan mata yang bulat.
“dah tu?” tanya jejaka itu lagi.
“hmmm aku panggil kau Shahir jelah!” ujar Dira Zulaikha.
“tak kisahlah, asalkan kau tak panggil aku dengan nama mamat serabut!!!...balas Shahir Safwan.
“kalau aku tersalah panggil macam mana?” duga Dira Zualikha.
“tak kira kau tersalah panggil ke, atau kau sengaja nak panggil ke, bila aku dengar je kau sebut macam tu maknanya kau memang nak kena ngan aku!” ugut Shahir Safwan.
“asal pulak?.” soal Dira Zulaikha tidak berpuas hati.
“ikut suka akulah!” jawab Shahir Safwan selamba.
“tak aci lah macam nie. Kau je yang nak buat peraturan, habis aku?” ujar Dira Zulaikha yang masih tak berpuas hati.
“aku kan lebih tua dari umur kau, jadi biar aku je yang buat peraturan macam tu!” jawab Shahir Safwan selamba.
“pulak???”
“habis kalau kau tersalah panggil, macam mana?” soal gadis itu ingin tau.
“kalau aku tersalah panggil kau?” soal Shahir Safwan balik.
“aaahhh!!!”
“kalau aku tersalah panggil nak buat macam mana, kau terima jelah!” balas Shahir Safwan ringkas.
“banyak hensem muka kau!” ujar Dira Zualikha dengan nada geram.
“memanglah muka aku hensem, takkan kau tak tau lagi!” ujar Shahir Safwan sengaja mahu menyakitkan hati gadis kecil itu.
“malas aku nak layan kau ma……..” Dira Zualikha segera menutup mulutnya sebelum sempat dia menghabiskan ayat itu tadi.
Shahir Safwan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu kepada gadis itu.
“sori-sori, aku tak habiskan lagi ayat tu!” kata Dira Zualikha yang cepat-cepat memohon maaf kepada lelaki itu.
“nasib baik kau tak sempat habiskan ayat tu, kalau tak aku tarik-tarik hidung kau tu!” ujar Shahir Safwan dengan tersengih.
“hidung aku dah mancunglah, tak payah kau nak tarik-tarik!”
“elehhh mancung lagi hidung aku!” Shahir Safwan membalas kata Dira Zulaikha.
“pujilah diri kau tu, aku tau takde orang yang puji kau kan. Sebab tu kau suka puji diri sendiri,” perli Dira Zulaikha.
“mana kau tau takde orang yang puji aku?” soal Shahir Safwan.
“mestilah aku tau!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“yelah tu!!! kau dah telefon mama belum?” tanya Shahir Safwan apabila dia sudah malas untuk bertekak dengan gadis itu.
“buat apa?” tanya Dira Zulaikha kebingungan.
“laaaa, pasal apa yang aku cakap kat kau semalam tu! takkan kau tak ingat,” beritahu Shahir Safwan.
“aku lupa lah……….” ujar Dira Zulaikha dengan menepuk dahinya perlahan.
“apa yang kau ingat?.” perli Shahir Safwan.
“aku asyik ingat kat kau je! lupa pulak pasal hal tu,” ujar Dira Zulaikha dengan lawaknya.
“haaa sudah, loyar buruk pulak kau kat sini! telefon lah, kang mama kata aku tak bagitahu kat kau pulak,” pinta Shahir Safwan mengharap.
“yelah-yelah, malam nie aku call Mama Syikin!” ujar Dira Zulaikha.
“hmmm Shahir, aku pergi buat keje dulu ye. Waktu rehat aku dah habis nie!” sambungnya lagi.
“ok!” jawab Shahir Safwan dengan senyuman.
Dira Zulaikha bangun dari tempat duduknya dan mula berjalan meninggalkan jejaka itu keseorangan. Shahir Safwan hanya melihat langkah gadis itu yang semakin lama hilang dari pandangan matanya. Tidak lama kemudian Shahir Safwan turut bangun meninggalkan tempat itu dan berjalan ke arah bilik nya.
……………………
Malam itu selepas Dira Zulaikha selesai menunaikan solat isyak, dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor telefon milik Dr. Syikin di cari. Dia kemudiannya mendail nombor telefon bimbit Dr. Syikin. Setelah menanti beberapa saat, panggilannya di jawab seseorang.
“assalamualaikum………..” Dr. Syikin menjawab panggilan telefon tersebut dengan lembut.
“waalaikumussalam………..” ucap Dira Zulaikha.
“Dira ke?” soal Dr. Syikin mesra.
“hmmm…Dira nie Mama Syikin! Mana Mama Syikin tau yang Dira nak telefon nie?” tanya Dira Zulaikha perlahan.
“along yang bagitahu kat Mama Syikin tadi!” beritahu Dr. Syikin.
“oooo…..” balas Dira Zulaikha ringkas.
“macam mana, Dira setuju tak nak ikut Mama Syikin ngan Papa Norman pergi berjalan-jalan hujung bulan nie?” soal Dr. Syikin dengan tidak sabar.
“mak Dira pergi sekali ke?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“mak Dira kata nak pergi. Dira macam mana, atau Dira nak keluar ngan kawan-kawan Dira?” soal Dr. Syikin lagi.
“takdelah! Dira ikut mak je!” Dira Zulaikha memberi jawapan.
Dr. Syikin tersenyum menerima jawapan dari anak gadis itu.
“baguslah kalau macam tu! Mama Syikin ingat Dira tak sudi nak keluar ngan kami,” teka Dr. Syikin.
“Dira tak kisah, lagi pun Dira lagi suka kalau dapat keluar bersama dengan Mama Syikin dan Papa Norman.” ujar Dira Zulaikha ikhlas.
“Mama Syikin lagi suka kalau dapat bersama dengan Dira tiap-tiap hari. Lagi pula Mama Syikin mana ada perempuan, harap along jelah yang suka berbual-bual dengan Mama Syikin dan Papa Norman kamu!” kata Dr. Syikin mesra.
“Dira pun sama jugak macam Mama Syikin. Beruntung Dira dapat 2 mak, boleh Dira nak bermanja selalu!”
“hehehe…Mama Syikin tak kisah, tapi takut jugak kalau-kalau along Dira tu merajuk pulak nanti. Yelah, Mama Syikin terlebih sayangkan Dira daripada dia,” usik Dr. syikin dengan ketawa kecilnya.
“hahaha…ada-ada jelah Mama Syikin nie! Papa Norman mana, Dira tak dengar pun suara dia!” tanya Dira Zulaikha ambil berat.
“papa Dira ada kat ruang tamu tu, tengah sembang ngan anak lelaki dia,” beritahu Dr. Syikin.
“oooo, habis tu Mama Syikin duk kat mana nie?” soal Dira Zualikha lagi.
“Mama Syikin duk jauh sikit dari mereka berdua. Kebetulan Mama Syikin taruk telefon kat atas cabinet tv nie, jadi kenalah bercakap kat sini je!” ujar Dr. Syikin lagi.
“hmmm kalau macam tu, Dira letak telefon dulu ye! Kesian Mama Syikin, Dira ganggu,” beritahu Dira Zulaikha.
“ganggu apanya Dira, takdelah. Lagi pun kami anak beranak takde buat apa-apa pun malam nie, berbual kosong je!”
“lain kali Dira telefon lagi ye! Mama Syikin tolong sampaikan salam Dira kat Papa Norman, boleh?” pinta Dira Zulaikha lembut.
“habis kat along Dira tak sampaikan salam ke?” usik Dr. Syikin perlahan.
“hah!! ikut Mama Syikin lah!” balas Dira Zulaikha.
“hmmm yelah, nanti Mama Syikin sampaikan salam Dira untuk mereka,” kata Dr. Syikin.
“Dira letak telefon dulu ye! assalamualaikum Mama Syikin………” ucap Dira Zualikha sebelum menamatkan panggilan tersebut.
“waalaikumussalam…………” balas Dr. Syikin dengan lembut.
Setelah selesai bercakap, Dr. Syikin menuju ke ruang tamu di mana suami dan anak lelakinya berada.
“abang, along…Dira kirim salam!” beritahu Dr. Syikin sambil duduk di atas kerusi sofa itu.
“waalaikumussalam…………” jawab Dr. Norman dan Shahir Safwan serentak.
“macam mana, Dira nak ikut tak?” soal Dr. Norman ingin tau.
“Dira kata dia ikut akak Zeera je!” beritahu Dr. Syikin.
“kalau macam tu, kiranya Dira setujulah nak ikut kita hujung bulan nie!” ujar Dr. Norman yang agak gembira mendengar perkhabaran itu.
“macam tulah bang!” kata Dr. Syikin lagi.
“baguslah, dapat jugak kita pergi bercuti ramai-ramai hujung bulan nie,” balas Dr. Norman dengan senyuman.
“papa nie, suka benor along tengok!” kata Shahir Safwan tiba-tiba.
“mana tak gembiranya along, sesekali kalau keluar ramai-ramai kan seronok.
“lebih-lebih lagi kalau dapat keluar dengan ‘bakal menantu’ kita kan bang!” sampuk Dr. Syikin dengan mengusik anak lelakinya itu.
Shahir Safwan sudah kebiruan wajahnya. Dr. Norman tersengih melihat anak lelaki tunggalnya apabila diusik seperti itu.
“mama nie dah terlebih pulak!” ujar Shahir Safwan geram.
“terlebih apanya, kenapa tak betul ke apa yang mama cakap tadi?” tanya Dr. Syikin dengan merenung tepat mata anaknya.
“along tak tau lah nak cakap apa lagi mama, papa!!!” balas Shahir Safwan dengan malas.
Dr. Syikin dan Dr. Norman ketawa melihat perangai anak lelakinya itu. Shahir Safwan tertunduk ke bawah.
“along macam mana, nak ikut tak mama ngan papa hujung bulan nie?” soal Dr. Norman lagi walaupun dia sudah mendengar jawapan dari mulut anaknya masa mula-mula dia merancang.
“along tak tau lagi, papa…mama! Kalau takde apa-apa kes, bolehlah along ikut sekali nanti. Tapi kalau along tak ikut maknanya along ada kes kecemasan lah masa tu,” beritahu Shahir Safwan.
“papa ngan mama bukan apa, kalau along ikut sekali takdelah adik kamu tu bosan sangat. Kami nie orang tua, cara kami nie berbeza dengan cara orang muda. Manalah tau kalau-kalau dia nak pergi melawat tempat-tempat yang paling menarik kat Johor nie. Kalau along ikut sekali bolehlah along tolong bawakkan nanti,” ujar Dr. Norman panjang lebar.
“laaa kenapa pulak, kan diorang naik kereta sekali ngan mama dan papa?. Mama ngan papa pun boleh tunjukkan tempat-tempat yang menarik kat sini!” kata Shahir Safwan hairan.
“memanglah diorang naik satu kereta ngan papa dan mama. Tapi kalau along nak ikut, apa salahnya kalau along bawak kereta along sendiri. Ajak Dira naik sekali ngan kamu nanti,” balas Dr. Norman sambil mengenyitkan matanya kepada isterinya di sebelah.
“tapi nak buat macam mana kan, kalau along tak boleh ikut mama ngan papa nanti. Lagi pun keje sebagai doktor nie memerlukan pengorbanan yang besar. Tak boleh nak main-main!” ujar Dr. Syikin serius.
“betul tu mama, along tak boleh nak suka-suka bila dah bekerja dalam bidang kedoktoran nie. Ramai pesakit kat sana yang memerlukan kami sebagai seorang doktor untuk merawat mereka selagi kami mampu,” balas Shahir Safwan yang menyokong kata-kata mamanya.
“apa yang penting along, kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang doktor. Jodoh, maut dan pertemuan semuanya di tangan Yang Esa. Kita hanya boleh berusaha selagi kita boleh, yang lain hanya berserah sahaja kepadaNya,” Dr. Norman menyampuk.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata yang diujar oleh Dr. Norman sebentar tadi.
“Zita, belum tido lagi ke?” tanya Halim apabila melihat anak gadisnya termenung di ruang tamu tingkat bawah.
“belum lagi ayah!” jawab Zita ringkas.
“mak kamu mana?” soal Halim sambil matanya melilau mencari isterinya.
“mak ada kat dapur tu haaa….minum air agaknya,” beritahu Zita.
“apahal pulak abang cari saya nie?” tanya Halimah yang sudak keluar dari dapur dan menuju ke arah suami serta anak perempuan tunggalnya.
“takdelah, abang tak nampak kamu kat sini. Sebab tu abang tanya tadi!” ujar Halim pendek.
“abang nak minum air ke?. Boleh saya buatkan!” tanya Halimah lembut.
“tak payahlah!” jawab Halim ringkas.
“yang kamu nie termenung je ayah tengok, kenapa?. Ada masalah ke?” soal Halim kepada anak gadisnya itu.
“mana ada ayah. Zita bosan sebenarnya duduk kat rumah nie,” beritahu Zita terus terang.
“kamu tak cuba cari keje ke?” tanya Halimah pula.
“Zita dah dapat offer untuk jadi cover model dalam satu majalah nie, tapi photoshoot tu dalam 2 hari lagi,” Zita menjawab pertanyaan ibunya.
“eloklah tu kalau kamu dah dapat tawaran! Tapi kenapa kamu kata bosan pulak duduk kat rumah nie?” soal Halim pelik.
“takdelah ayah, sebenarnya kalau boleh Zita nak buat photoshoot tu secepat yang mungkin. Tapi pengarah tu kata nak buat 2 hari lagi, kata ada masalah teknikal lah.”
“buat masa nie kamu rehat lah dulu kat rumah sementara nak mula keje!” kata Halimah yang sudah pun duduk di sebelah anaknya itu.
“Zita tanya mak sikit boleh?”
“kamu nak tanya apa lagi?” soal Halimah.
“mak kenal ke sape girlfriend Shahir tu?” tanya Zita ingin tau.
“manalah mak kenal. Yang kamu tanya nie kenapa?. Mana kamu tau sepupu kamu tu dah ada girlfriend?” tanya Halimah semula.
“masa dinner malam tu, Zita ada tanya dia samada dah ada girlfriend ke belum. Shahir kata dah ada!” beritahu Zita sepenuhnya.
“dah tu, kalau dia dah ada girlfriend apa salahnya!” ujar Halim sinis.
“memanglah tak salah ayah, Zita cuma nak kenal je ngan girlfriend Shahir tu. Manalah tau kami boleh jadi rapat!” kata Zita mengharap.
“Zita tengok Shahir tu makin hensem sekarang. Tak macam dulu,” sambungnya lagi.
“pelik ayah tengok kamu nie!” ujar Halim hairan.
“apa yang peliknya ayah?” soal Zita.
“takdelah, yang kamu tiba-tiba cakap pasal girlfriend Shahirlah, kata dia hensem lah. Sebenarnya kamu tu ada taruh perasaan ke kat sepupu kamu tu?” tanya Halim dengan sinis.
“isshhh ayah nie, ke situ pulak. Zita cuma tanya je! Takkanlah Zita nak ganggu hubungan diorang pulak.”
“baguslah kalau macam tu. Jangan pulak kamu ganggu hubungan diorang tu, tak pasal-pasal mak ngan ayah bermasam muka dengan mak long dan pak long kamu tu!” nasihat Halimah kepada anak gadisnya itu.
“eh, mak nie! Nampak sangat mak ngan ayah tak percaya kat anak sendiri!” kata Zita dengan nada perlahan.
“bukan mak ngan ayah tak percaya, tapi kami dah faham sangat dengan perangai kamu tu Zita!” balas Halimah selamba.
“pagi esok kamu jangan nak ke mana-mana pulak!” ujar Halimah kepada anaknya.
“kenapa pulak mak?” soal Zita.
“apa kata kalau kamu ikut mak pergi butik pengantin mak tu. Dapat juga kamu belajar tentang perniagaan mak tu. Bila kamu dah mula sibuk nanti, mana ada masa nak tengok butik mak lagi!” kata Halimah dengan mengajak anak gadisnya ikut bersama dengannya.
“betul cakap mak kamu tu. Manalah tau lepas nie kamu nak beralih angin pulak, dah tak nak jadi model lagi. Kalau kamu dah tau serba sedikit pasal perniagaan mak kamu tu, senanglah nanti bila kamu nak ambil alih butik tu!” Halim dengan menyokong apa yang dikatakan oleh isterinya itu.
“hmmm…tengoklah macam mana mak, ayah!” Zita memberi jawapan acuh tak acuh.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama