AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 13 & 14


BAB 13
“assalamulaikum………..” ucap Ain yang berada di luar pintu rumah Dira Zulaikha.
“Dira…….Dira……..” panggil Ain lagi.
“waalaikumussalam……..” jawab Mak Zeera dari dalam rumahnya.
“eh Ain….Anum. Masuklah, Dira ada kat bilik dia tu!” beritahu Mak Zeera kepada mereka berdua.
“kami masuk jumpa ngan Dira ye mak cik,” pinta Anum lembut.
“pergilah, nanti mak cik buatkan air untuk kamu berdua ye!”
“tak payah susah-susah mak cik, kita orang dah minum masa kat rumah tadi,” balas Anum yang tidak mahu menyusahkan Mak Zeera.
“ikut suka kamulah, pergilah masuk dalam bilik Dira tu!” ujar Mak Zeera lagi.
Ain dan Anum bergerak menuju ke bilik Dira Zulaikha. Pintu bilik diketuk perlahan sebelum mereka masuk ke dalam.
“Ain..Anum,masuklah!” ajak Dira Zulaikha yang berada di atas katil dalam biliknya.
“macam mana kau rasa sekarang, dah kurang sikit ke sakit kaki kau tu?” soal Ain lalu duduk di atas katil bersama dengan Dira Zulaikha.
“hmmm…dah ok sikit kaki aku nie,” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“sebenarnya kita orang ada benda nak tanya ngan kau nie,” beritahu Anum perlahan.
“nak tanya aku?. Korang nak tanya apa?” soal Dira Zulaikha pula.
“tadi kita orang dengar doktor Shahir sebut mama. Kau dengan doktor Shahir tu sape sebenarnya?” tanya Anum.
“hah!!!.....korang salah dengar tak!” ujar Dira Zulaikha.
“takde nya kita orang salah dengar. Aku tak pekak pun lagi, Ain pun tak pekak. Kau cakap kat kita orang apa hubungan kau dengan doktor Shahir tu!” kata Anum yang masih ingin tahu kedudukan yang sebenar.
“yelah Dira, kau cakaplah kat aku ngan Anum nie. Takkan kau nak berahsia pulak,” balas Ain.
“kalau aku bagitahu korang jangan terkejut pulak,” kata Dira Zulaikha ringkas.
“tak, kita orang takkan terkejut. Kau gtau je kat kita orang nie!” jawab Ain dengan tidak sabar.
“hmmm…sebenarnya doktor Shahir tu anak kepada Dr. Syikin ngan Dr. Norman, abang saudara angkat aku!” beritahu Dira Zulaikha perlahan.
“apa???...abang saudara angkat kau?” tanya Anum dengan tidak percaya.
“aahh..abang saudara angkat aku. Dia jugak dah jadi anak saudara angkat kepada mak aku,” ujarnya lagi.
“jadi dialah anak kepada pasangan doktor yang dulunya pernah berkhidmat di hospital tempat kita bekerja tu?” soal Anum lagi.
“yup, dulu kau pernah cakap kat aku ada seorang doktor baru nak masukkan. Lepas tu kau caka dia juga anak kepada pasangan doktor tapi kau tak tau sapa mak ayah masa tu,” Dira Zulaikha mengingatkan kembali apa yang dikatakan oleh kawannya itu sebelum Shahir Safwan mula berkhidmat di hospital itu.
“ooo…maknanya kau dah tahu lama lah pasal dia?” tanya Ain tidak puas hati.
“sebelum mama ngan papa dia bersara ari tu. Lebih kurang 2 bulan yang lepas aku ngan mak aku pernah pergi kat rumah dia. Masa tu aku tak tau yang dia tu anak kepada Mama Syikin dan Papa Norman. Tapi lepas aku tersalah masuk ke dalam bilik dia, masa tulah baru aku dapat tau yang Dr. Shahir Safwan tu anak kepada Dr. Syikin ngan Dr. Norman,” terang Dira Zulaikha panjang lebar.
“patutlah doktor tu selamba je dukung kau tadi, rupanya dia abang saudara angkat kau!” kata Ain dengan senyuman dibibirnya.
“haa…yang kau senyum tiba-tiba nie kenapa pulak?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“aikk! Aku senyum pun salah ke?” soal Ain kembali.
“tak salah kalau kau tkde maksud apa-apa…….” Kata Dira Zulaikha sinis.
“takdelah, tapi tak sangkakan kau dengan dia boleh jadi macam tu sekali!” balas Ain lagi yang masih dengan senyuman di bibirnya.
“Dira……..” panggil Anum tiba-tiba.
“apa?”
“nie kau punya ek?” soal Anum seraya menunjukkan telefon di tangannya.
“kau tak gtau pun nombor telefon kau kat kita orang?” sambung Anum lagi.
“wahhh….model terbaru tu! Bila kau beli Dira?” tanya Ain ingin tau.
“aku tak beli pun!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“kau tak beli?. Habis macam mana telefon nie boleh ada kat sini pulak. Takkan kau menang kuiz Lawaknya Fantasia Raya kot!” ujar Anum berseloroh.
“ishh…bila masa pulak aku masuk kuiz Lawaknya Fantasia Raya nie!”
“dah tu, mana kau dapat telefon nie?” tanya Anum lagi.
“jangan-jangan dia beli kat kau tak?” teka Ain selamba.
“kau biar betul Dira, doktor tu beli telefon nie untuk kau. Mahal tu beb, mahu beribu harga telefon nie!” ujar Anum.
“betulkan dia beli untuk kau?” soal Ain tidak mahu mengalah.
“memang dia beli untuk aku, tapi Mama Syikin yang suruh. Sebabnya mudah untuk dia tanya khabar aku ngan mak aku kat rumah nie. Kan telefon rumah aku rosak sekarang nie. Lagi satu aku pulak takde telefon bimbit, mungkin sebab tu kot dia belikan telefon untuk aku,” beritahu Dira Zulaikha yang tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada kawan-kawannya itu.
“waahhh…untunglah kau Dira. Diorang sayang giler kat kau!” ujar Ain.
“aaahh, betul kata Ain tu. Kau memang  beruntung sebab ramai yang sayang kat kau,” balas Anum mengiyakan kata-kata Ain.
“untung-untung jugak, tapi aku tengok kau dengan doktor hensem tu asyik gaduh je. Korang tak penat ke haaa?” soal Ain seraya menggelengkan kepalanya.
“bukan setakat penat, tapi aku rasa dah tak larat lagi nak bertekak ngan dia. Kadang-kadang tu angin dia ok, kadang-kadang ko,” beritahu Dira Zulaikha.
“aku tanya kau sikit boleh?” soal Anum.
“kau nak tanya apa lagi nie?” tanya Dira Zulaikha pada kawannya itu.
“kau takde rasa apa-apa ke ngan doktor hensem tu?” tanya Anum dengan menaikkan keningnya.
“rasa apa pulak nie, aku tak fahamlah maksud kau Anum!”
“kau tak rasa sayang ke…rindu ke…kat doktor hensem tu?”
“uiikkk!! Kau nie, tak sayang mulut nampak,” kata Dira Zulaikha sinis.
“takdelah, aku tanya je. Lagi pun bila aku tengok kau ngan dia kan, serasi sangat. Alah, lagi pun dia kan dah jadi ‘abang saudara angkat’ kau. Lagi senanglah kalau kau dah ada perasaan kat dia tu!” ujar Anum lagi.
“dahlah, korang dah banyak mengarut malam nie…….”
“hahaha…tengok muka kau dah jadi warna pink tu!” balas Ain ketawa melihat air muka kawannya itu.
“dahlah Ain, kesian pulak aku tengok Dira nie! Jomlah kita balik, esok nak keje pulak. Dira, kau mc lama ke nie?” soal Anum yang sudah bangun.
“aku pun tak tau, dah ok kaki aku nie bolehlah aku pergi keje balik,” jawab Dira Zulaikha.
“kau rehatlah dulu kat rumah nie, kaki kau tu bukan masih bengkak lagi. Pasal keje kita orang akan cover, kau tak yah risaulah!” ujar Ain yang turut bangun dari atas katil itu.
“oklah, kita orang balik dulu. Esok, luse kita orang datang lagi lawat kau,” beritahu Anum.
“thanks ya korang, sudi tengok aku kat sini!” ucap Dira Zulaikha ikhlas.
“welcome……..kau kan kawan kita orang. Takkan kita orang tak datang jenguk kau kat sini pulak!”
“ok ye, kita orang balik dulu. Kau jaga diri baik-baik, kalau kau rindu kat doktor hensem tu kau call lah dia. Telefon dia dah bagi kat kau, mahal pulak tu!” perli Anum sebelum keluar dari bilik tido Dira Zulaikha.
“wooiiiiiii………..” jerit Dira Zulaikha kuat.
Anum dan Ain ketawa perlahan.
“mak cik, kita orang balik dulu ye!” ujar Ain kepada Mak Zeera yang berada di atas kerusi di ruang tamu rumahnya.
“cepatnya dah nak balik. Rumah kamu bukannya jauh sangat,” kata Mak Zeera.
“hehehe…esok kena bangun awal mak cik. Kang terlambat pulak nak pergi keje pagi esok. Nanti kita orang datang lagi kat sini,” beritahu Ain lembut.
“hmmm….yelah! Hati-hati masa berjalan tu!” Mak Zeera mengingatkan Ain dan juga Anum.
“yelah mak cik! ujar Ain seraya menyalami tangan orang tua itu. Anum juga turut berbuat demikian.
Dira Zulaikha hanya terbaring di dalam biliknya. Kakinya yang masih sakit menyukarkan untuk dia keluar dari bilik. Hendak menyusahkan ibunya terasa kesian pulak. Sudahlah ibu tua itu sendiri sakit pinggang, takkan mahu menambahkan lagi sakit pinggang itu. Sebab tulah Dira Zulaikha hanya berbaring di atas katil dalam biliknya. Mujurlah masa tu dia dalam keuzuran, kalau tidak agar sukar untuknya mengambil air sembahnyang di bilik air yang terletak di dapur ruamhnya.
Masih teringat akan peristiwa petang tadi ketika Shahir Safwan menghantarnya balik sampai depan rumah. Mak Zeera yang berada di luar rumah itu terkejut melihat Shahir Safwan yang sedang membantunya keluar dari pintu kereta.
“kak long, kenapa boleh jadi macam nie?” soal Mak Zeera cemas.
“kak long takde apa-apa mak, terseliuh sikit je nie!” beritahu Dira Zulaikha yang taidak mahu merisaukan ibunya.
“boleh jalan tak nie?” tanya Shahir Safwan yang berada di sisinya.
“boleh kot!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“meh sini tangan tu, mak tolong pimpinkan masuk dalam rumah!” ujar Mak Zeera lembut seraya mengambil tangan anak gadisnya itu.
Dira Zulaikha membiarkan tangannya yang satu lagi berada pada bahu milik Shahir Safwan. Dengan langkah yang perlahan Shahir Safwan dan juga Mak Zeera memapah Dira Zulaikha untuk masuk ke dalam rumah. Sesekali terdengar suara Dira Zulaikha mengaduh sakit. Shahir Safwan menoleh ke wajah Dira Zulaikha yang berkerut menahan kesakitan yang ditanggungnya.
“kak long boleh jalan tak nie?” tanya Mak Zeera lagi.
“boleh mak!” jawabnya ringkas.
“mak tengok kak long nie macam tak boleh nak berjalan je nie! kak long jangan paksa diri, kita duduk kat sini dulu ye,” ujar Mak Zeera yang semakin bimbang dengan kesakitan yang dialami oeh anak gadisnya itu.
“takpe, Mak Zeera! Biar Shahir yang tolong angkat Dira masuk dalam rumah,” beritahu Shahir Safwan seperti ingin meminta izin.
“tak menyusahkan Shahir ke nie?. kak long nie nampak je kurus, tapi berat jugak nak angkat dia nie,” kata Mak Zeera sambil memandang wajah anak muda itu.
“takde lah!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“kalau macam tu Shahir tolong Mak Zeera angkat Dira masuk dalam bilik dia ye!” balas Mak Zeera yang menerima pertolongan daripada anak muda itu.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya seraya mendudukkan badannya lalu mencempung tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Shahir Safwan melangkah dengan perlahan ketika masuk ke dalam rumah itu. Mak Zeera membuka pintu bilik tido Dira Zulaikha untuk Shahir Safwan. Dia kemudiannya menuju ke arah dapur.
“kau baring je dalam bilik nie,” kata Shahir Safwan sejurus meletakkan Dira Zulaikha di atas katil.
“terima kasih…..” ucap Dira Zulaikha perlahan namun ikhlas.
“sama-sama……nanti aku bagi ubat kat Mak Zeera, kau jangan lupa nak makan pulak. Minyak urut aku dah letak sekali kat dalam plastik tu,” beritahu Shahir Safwan panjang lebar.
“kak long, minum air nie dulu!” ujar Mak Zeera yang menghulurkan segelas air suam untuk Dira Zulaikha yang diambilnya kat dapur sebelum masuk semula ke bilik anak gadisnya itu.
Dira Zulaikha menyambut huluran gelas itu dengan cermat. Perlahan dia meminum air itu.
“Mak Zeera, Shahir balik dulu ye!” ujar Shahir Safwan lembut.
“laa…Shahir dah nak balik ke?” duduklah dulu, penat mengangkat Dira nie belum hilang lagi!” kata Mak Zeera lembut.
“takpelah, Mak Zeera. Bukan berat sangat pun Dira nie!” balas Shahir Safwan lagi.
“yelah, sampaikan salam Mak Zeera pada mama ngan papa Shahir ye!” pinta Mak Zeera.
“insyaallah…nanti Shahir sampaikan salam Mak Zeera,” beritahu Shahir Safwan sambil menyalami tangan wanita itu.
“Dira, ‘along’ balik dulu! kalau ada apa-apa Dira telefon ‘along’!” ujar Shahir Safwan lagi.
mamat serabut nie dah buang tabiat ke?. Tiba-tiba je berbahasa Dira…along ngan aku,” omel Dira Zulaikha dalam hati.
“Dira……..” panggil Mak Zeera lembut.
“hahh…”
along Dira dah nak balik tu!” beritahu Mak Zeera lagi.
“ooo….ok!” jawabnya ringkas.
Dira Zulaikha sudah menghulurkan tangannya kepada Shahir Safwan. Lelaki itu menyambut huluran tangan Dira Zulaikha seperti yang dibuatnya selalu. Tangan kasarnya di salami lembut oleh gadis kecil molek itu.
Segala senyumanmu mengusikku, Oh mengapa Tak terhidu, Kucupanmu berlagu merdu……
Lamunan Dira Zulaikha terhenti apabila tiba-tiba telefonnya berdering minta di jawab. Dira Zulaikha mengiringkan tubuhnya ke kanan dengan perlahan seraya mencapai telefon yang berada di bawah bantal tidonya. Nama di skrin telefonnya diperhatikan. Tertera SS aka MY SB pada skrin telefonnya. Dengan pantas dia menekan buang hijau untuk menjawab panggilan itu.
“assalamualaikum……..” ucap Dira Zulaikha apabila telefon itu sudah dilekatkan pada telinga.
“waalaikumussalam……” jawab si pemanggil itu.
“macam mana, dah kurang sikit kaki kau tu?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“hmmm….dah ok sikit,” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“baguslah! kau makan tak ubat yang aku bagi tadi?” tanyanya lagi.
“dah, baru kejap tadi mak bagi aku makan ubat tu!” beritahu Dira Zulaikha lembut.
“klah, aku nak tanya yang tu je. Kalau kau ada apa-apa, kau telefon aku atau mama ngan apa kat rumah nie!” pesan Shahir Safwan sebelum meletakkan telefonnya.
“tunggu dulu!” jerit Dira Zulaikha di hujung talian.
“kenapa, kau sakit ke?” tanya Shahir Safwan risau apabila mendengar suara gadis itu.
“takdelah, aku nak tanya kau sikit nie.”
“laaa…kau nak tanya apa lagi?. Kang aku dah bagitahu pasal ubat tu kat kau tadi!”
“bukan pasal ubat lah,” pantas Dira Zulaikha menjawab.
“dah tu?. Kau nak tanya pasal apa pulak?” soal Shahir Safwan hairan.
“hmm…tadi tu masa dalam bilik kau kenapa kau panggil aku Dira dan kenapa kau bahasakan diri kau ‘along’ ngan aku haaa?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“ooo…pasal tu rupanya. Kenapa, tak boleh ke aku nak panggil macam tu kat kau?” soal Shahir Safwan selamba.
“bukan tak boleh, tapi rasa pelik sikit tadi. Yelah tiba-tiba kau panggil cmtu, aku ingat kau dah kena sawan Shahir Af8 tadi,” ujar Dira Zulaikha sambil ketawa kecil.
“kau nie, tak habis-habis ngan Shahir Af8 kau tu! Hensem sangat ke dia sampai kau minat cmtu sekali?” tanya Shahir Safwan dihujung talian.
“maunya tak hensem. Kalau kau tengok dia, mesti kau kata dia kembar kau nanti. Muka kau tu memang seiras lah dengan penyanyi tu!”
“habis, aku ngan dia mana satu yang lebih hensem? lebih kacak?” tanya Shahir Safwan yang menginginkan pendapat Dira Zulaikha.
“alamak!! susahnya soalan kau tu. Camner aku nak jawab nie!”
“kau cakap jelah, muka aku atau muka penyanyi kegemaran kau tu yang paling hensem?” ujar Shahir Safwan lagi.
“mestilah dia lebih hensem dari kau,” beritahu Dira Zulaikha dengan perlahan antara dengar dan tidak dengar.
“apa kau cakap?” tanya Shahir Safwan yang kurang jelas.
“takde, aku kata mestilah muka kau lebih hensem dari dia. Lagi satu kau lebih kacak dari penyanyi tu!”
“elehh…kau saja je cakap macam tu kan!” ujar Shahir Safwan.
“laaa…mana ada. Memang betul kau lebih hensem dan lebih kacak dari dia. Kan bagus kalau kau jadi suami aku nanti,” balas Dira Zulaikha selamba.
“boleh, aku no hal. Malam nie jugak aku suruh mama ngan papa masuk meminang kau, nak?” tanya Shahir Safwan sekadar bergurau.
“sudahlah kau, asyik nak kata kat aku je!” marah Dira Zulaikha.
“aikk, marah nampak. Tadi bukan main kau nak suruh aku jadi suami kau, laa nie kau tak nak pulak,” perli Shahir Safwan lagi.
“malas aku nak layan kau lah. Kau tak keje ke besok?” tanya Dira Zulaikha mengubah tajuk perbualan.
“aku kejelah ‘sayang’ oiii. Kalau aku tak keje mana aku nak cari duit buat hantaran untuk kau nanti!” ujarnya dengan ketawa.
“nie yang aku malas nak bercakap ngan kau nie, memang menyakitkan hati aku je,” balas Dira Zulaikha geram.
“alah..aku gurau jelah. Aku mintak maaf k, kau takyah lah nak merajuk ngan aku,” kata Shahir Safwan sambil meminta maaf daripada Dira Zulaikha.
“mana ada aku merajuk ngan kau! aku ok je nie haaa….takde nak marah-marah.”
“hmm..oklah, aku malas nak kacau orang yang tengah sakit nie.”
“tunggulah dulu, kau belum jawab lagi soalan aku tadi!” ujar Dira Zulaikha pantas.
“pasala apa pulak nie?”
“pasal kau bahasakan diri kau ‘along’ ngan aku tadi!”
“tak habis lagi rupanya minah pink nie!” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“cepatlah cakap!” pinta Dira Zulaikha.
“aku nak cakaplah nie, kau niekan suka sangat paksa aku. Kau sanggup ke dengar khutbah Selasa dengan Mak Zeera tadi. Aku tak sanggup nak dengar, sebab tulah aku panggil kau Dira dan aku bahasakan diri aku ‘along’, ada faham tak?”
“ooo…aku ingatkan kau kena sawan tadi. Tiba-tiba ubah panggilan dengan aku,” balas Dira Zulaikha.
“yelah..aku kena sawan kau lah tu agaknya! dahlah, aku dah jawab soalan kau tadi. Sekarang aku boleh letak telefon ke tak nie?” tanya Shahir Safwan yang masih berada di talian.
“oklah…oklah…kau letaklah telefon tu!” jawab Dira Zulaikha yang sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ‘abang saudara angkat’nya sebentar tadi.
“dahlah, kau rehat dulu. Nanti kalau aku ada masa, aku datang kat sana lawat kau. Selamat malam minah pink, tido mimpi kan aku sama ye!” ucap Shahir Safwan lalu menamatkan perbualannya.
“sempat lagi mamat serabut nie buat lawak kat aku!” omel Dira Zulaikha sendirian.


BAB 14
“mak, kak long bosanlah duk kat rumah nie!” ujar Dira Zulaikha kepada Mak Zeera yang berada di atas kerusi ruang tamunya.
“dah tu, kak long nak pergi mana?” soal Mak Zeera lembut.
“kaki kak long dah ok sikit nie, kak long ingat nak pergi keje lah,” beritahu Dira Zulaikha perlahan.
“haaa…kamu jangan nak mengarut pulak. Kaki kamu tu belum surut bengkak tu. Nanti lah sari dua lagi, dah surut bengkak tu bolehlah kak long pergi keje balik,” kata Mak Zeera kepada anak gadisnya.
“alah mak nie, kaki kak long dah ok lah mak! dah boleh buat keje pun,” ujar Dira Zulaikha lagi.
“boleh buat keje kamu kata?. Berjalan pun masih terhuyung hayang, kak long kata dah boleh buat keje. Dah, kak long rejat dulu kat rumah nie. Mak dah bagitahu kat Anum ngan Ain yang kamu masih tak boleh nak pergi keje lagi. Diorang pun suruh kamu rehat dulu kat rumah nie,” beritahu Mak Zeera panjang lebar.
“laa…mak dah bagitahu kat diorang ke?.” Tanya Dira Zulaikha.
“yelah, nak harapkan kamu telefon diorang memang tak tau lah sampai bila. Mak ingat bila kak long dah ada telefon nie, boleh bagitahu sendiri kat kawan-kawan kak long tu. Nie tak, mak jugak yang kena tunggu diorang lalu kat depan rumah nie dan bagitahu diorang yang kak long tak boleh pergi keje lagi,” kata Mak Zeera dengan sinis.
“hehehe…bukan macam tu mak! sebenarnya bukan kak long tak nak telefon diorang, tapi anak Mama Syikin tu dah pesan kat kak long supaya jangan bagitahu orang lain nombor telefon kak long nie!” Dira Zulaikha memberitahu kepada Mak Zeera tanpa berselindung.
“laa, kenapa pulak?. Entah-entah Shahir takut kak long bergayut dengan kawan lelaki tak!” teka wanita itu dalam senyuman.
“apalah mak nie, ke situ pulak perginya. Takdelah, kak long pun tak tau kenapa dia tak bagi kak long bagitahu nombor telefon kat orang lain.”
“Mama Syikin ngan Papa Norman tau tak pasal kaki kak long tu?” soal Mak Zeera ingin tau.
“kak long rasa tak kot, sebab kak long dah pesan ngan anak Mama Syikin supaya jangan bagitahu kat mama ngan papa dia.”
“elok lah macam tu, mak tak nak menyusahkan diorang pulak nanti. Mama Syikin kamu tu tak boleh tengok kalau ahli keluarga dia sakit. Mesti rasa bimbang dia tu datang!”
Sedang leka mereka berdua bersembang, kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah mereka.
Pon…..pon….pon…..
“sape pulak yang datang rumah kita nie mak?” ujar Dira Zulaikha apabila terdengar hon kereta dibunyikan oleh seseorang.
“ntahlah, biar mak yang pergi tengok! Kak long duduk je kat dalam nie,” kata Mak Zeera seraya bangun dan menuju ke pintu masuk rumahnya.
“ assalamualaikum kak……….” Ucap Dr. Syikin yang sudah keluar dari pintu keretanya.
“waalaikumussalam…….laaa Syikin, Norman! Balas Mak Zeera yang terkejut melihat kedatangan tetamu itu.
Dr. Syikin dan Dr. Norman mengaturkan langkahnya menuju ke rumah itu dengan membawa sebakul buah-buahan serta sedikit barang dapur yang dibelinya sebelum bertolak ke mari.
“akak sihat?” soal Dr. Syikin sambil menyalami tangan kakak angkatnya itu.
“alhamdulillah, akak dah sihat sikit!” jawab Mak Zeera ikhlas.
“Syikin…Norman, masuklah dulu! takkan nak duduk kat luar je nie,” ajak Mak Zeera lembut.
“yelah kak!” balas Dr. Norman mesra.
Kedua-duanya sudah menapak masuk ke dalam rumah Mak Zeera.
“Mama Syikin…..Papa Norman…..” panggil Dira Zulaikha lembut.
“Dira macam mana?. Dah kurang sikit bengkak kat kaki tu?” soal Dr. Syikin yang sudah duduk di sebelah anak gadis itu.
“dah ok sikit Mama Syikin, Papa Norman!” beritahu Dira Zulaikha.
“macam mana Dira buat keje sampai boleh jatuh macam nie?. Nasib baik cuma kaki je yang terseliuh, kalau dibuatnya kepala tu terhantuk kat lantai…Mama Syikin pun tak tau nak buat macam mana lagi!” ujar Dr. Syikin bimbang.
“sikit je nie Mama Syikin, bukan teruk sangat pun!” balas Dira Zulaikha yang tidak mahu merisaukan Dr. Syikin ngan Dr. Norman.
“sikit apa macam tu, Papa Norman tengok kaki kamu masih bengkak lagi tu.” Kata Dr. Norman yang baru bersuara.
“tulah Syikin, Norman…akak dah kata tadi. Tapi kak long berdegil jugak nak pergi keje,” beritahu Mak Zeera kepada tetamu itu.
“pergi keje?. Dengan keadaan kaki Dira macam nie?. Dah, Dira jangan nak mengarut, rehat dulu kat rumah nie!” ujar Dr. Norman yang terkejut apabila diberitahu macam tu.
“Dira bosan lah duk kat rumah nie Papa Norman!” ujarnya lagi.
“bosan apanya, mak Dira kan ada! Dira boraklah ngan mak kat rumah nie, tkdelah bosan sangat!” balas Dr. Norman perlahan.
“Syikin, Norman……jemput minum, akak buat air biasa-biasa je nie!” ajak Mak Zeera lembut yang sudah meletakkan cawan berisi air kat atas meja kecil yang berada ditengah-tengahnya.
“akak nie, Syikin ngan abang Norman datang sini bukan nak minum air. Kami datang sini sebab nak tengok anak saudara angkat kami nie haaaa……”
“takpelah, dah terlanjur kamu datang kat rumah akak nie! sesekali akak buat air untuk kamu apa salahnya!”
“mana Mama Syikin ngan Papa Norman tau yang Dira sakit nie?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“haaa…nie sorang lagi. Dah ada telefon bimbit pun masih susah nak bagitahu kami kat sana. Dira ngan along tukan sama je, suka berahsia. Kalau Mama Syikin tak tanya tadi, sampai bila-bila pun kami tak tau yang kaki Dira bengkak sebab jatuh kat hospital tempoh hari,” beritahu Dr. Syikin geram.
“jadi anak Mama Syikin lah yang bagitahu nie?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“aahhh…sebelum along bertolak pagi tadi, Papa Norman ngan Mama Syikin ada tanyakan pasal Dira ngan mak. Tu yang dia bagitahu pasal Dira yang kemalangan kat tempat keje,” terang Papa Norman.
“bertolak?. sape yang bertolak Papa Norman?” tanya Dira Zulaikha.
“abang saudara angkat Dira lah, sapa lagi. Papa Norman mana ada anak lain lagi Dira.”
“dia pergi mana?” soal Dira Zulaikha lagi.
“along tak cakap kat Dira ke?” soal Dr. Syikin pula.
Dira Zulaikha menggelengkan kepalanya.
“pagi tadi along dah bertolak pergi ke Perak, menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak hospital selama seminggu.” beritahu Dr. Syikin kepada Dira Zulaikha.
“oooo……” balas Dira Zulaikha ringkas.
“sudahlah tu, Syikin…Norman mari minum air nie dulu. Dah sejuk air nie, kang tak sedap pulak nak minum,” ajak Mak Zeera sekali lagi.
“hmm yelah kak, kejap lagi kami minum. Dira tak nak minum sekali ke?” tanya Dr. Norman lembut.
“takpelah, Papa Norman ngan Mama Syikin minumlah dulu. Lagi pun Dira dah minum pagi tadi.” beritahu Dira Zulaikha.
………………………..
“kak long!!!!!.........” panggil Mak Zeera perlahan.
“hmm..ye mak, kenapa?” soal Dira Zulaikha.
“takde apa-apa, mak tengok kak long asyik termenung je lepas Mama Syikin dan Papa Norman balik tadi. Kenapa nie?” tanya Mak Zeera.
“kak long takde apa-apa lah mak! kak long biasa je nie.”
“kak long teringatkan anak Mama Syikin ke?” kata Mak Zeera berseloroh.
“mak nie…….” balas Dira Zulaikha geram.
“dah tu, kenapa termenung sampai macam nie sekali. Kak long ada masalah ke?”
“tk…kak long takde masalah pun,” ujar Dira Zulaikha ringkas.
“mai masuk dalam, dah nak masuk waktu maghrib nie. Anak dara tak elok duduk kat luar sorang-sorang,” ajak Mak Zeera seraya memimpin tangan anaknya itu.
Dira Zulaikha hanya mengikut langkah ibunya perlahan.
……………………….
4 Hari sudah berlalu, Kaki Dira Zulaikha sudah sembuh sepenuhnya. Pada malam itu Dira Zulaikha memberitahu Mak Zeera bahawa dia akan mula bekerja pagi esok.
“mak…kak long rasa nak pergi keje esok. Lagi pun kaki kak long dah ok nie!” beritahu Dira Zulaikha lembut.
“betul ke kaki kak long dah ok nie?” soal Mak Zeera sambil memandang anaknya itu.
“betul mak, kaki kak long dah ok sangat nie. Rindu pulak ngan keje kak long kat sana,” ujar Dira Zulaikha sambil meminum air yang dibuatnya tadi.
“rindu keje ke rindu orang kat sana!” kata Mak Zeera sinis.
“nak rindu kat sapa pulak nie mak?. Kan Anum ngan Ain selalu datang tengok kak long kat rumah nie,” balas Dira Zulaikha dengan mengerutkan dahinya.
“buat-buat tak tau pulak! manalah tau kak long tengah rindukan seseorang di sana,”
“hai mak, sejak bila pulak mak jadi ahli nujum nie. Kak long tak tau pun,” perli Dira Zulaikha sambil ketawa.
“sejak akhir-akhir nielah,” jawabnya selamba.
“mak….mak…dah pandai berlawak sekarang nie ye!” balas Dira Zulaikha sambil menggelengkan kepalnya.
“dah, pergilah tido. Esok dah masuk keje balik, kang terlambat pulak bangun esok,” arah Mak Zeera.
“hmm..yelah mak! kak long masuk bilik dulu ye, selamat malam mak!! assalamualaikum,” ucap Dira Zulaikha lembut.
“waalaikumussalam……….selamat malam! balas Mak Zeera dengan senyuman.
Dira Zulaikha masuk ke dalam biliknya selepas bersembang lama ngan Mak Zeera. Pintu biliknya dikunci dari dalam sebelum dia melabuhkan badannya ke atas katil. Jam tangan diletakkan ke atas meja kecil di tepi katilnya sebelum dia tido. Telefon bimbit dilihat sekilas pandang, terdapat 4 misscall.
“sape pulak yang rajin miscall aku nie,” omel Dira Zulaikha sendirian.
Dira Zulaikha menekan butang buka pada handphonenya.
“wahhh…rajinnya dia miscall aku, sampai 4 kali. Dah buang tabiat ke apa mamat serabut nie,” kata nya lagi apabila orang yang membuat misscall itu adalah Shahir Safwan.
“hmm…aku telefon jelah mamat serabut nie. Mana tau dia ada benda nak cakap ngan aku,” sambungnya lagi.
Nombor telefon Shahir Safwan ditekan, seminit dua kedengaran suara yang menjawab.
“assalamualaikum………” ucap si penerima panggilan itu.
“waalaikumussalam……….” jawab Dira Zulaikha lembut.
“ye, cik nak bercakap ngan sape?” soal pemilik suara itu.
“hmm….nie bukan nombor telefon Dr. Shahir Safwan ke?” tanya Dira Zulaikha kembali.
“ya….cik nak bercakap ngan Shahir ye!” ujar pemilik suara itu lagi.
“kalau boleh……..” jwab Dira Zulaikha ringkas.
“ok, tunggu sekejap ye! pintanya lembut.
“Shahir……….Shahir ada orang call kau nie!” panggil Daus kuat sehinggakan dapat didengari oleh telinga Dira Zulaikha.
“sape?” soal Shahir ringkas.
“manalah aku tau, perempuan. Mungkin makwe kau kot!” balas Daus selamba.
“makwe aku?” tanya Shahir Safwan sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“yelah…dahlah, cepatlah cakap! dah lama dia tunggu kat talian tu,” arah Daus seraya menyerahlan telefon kepada Shahir Safwan.
“ek eleh mamat nie, sesedap mulut dia je kata aku nie makwe pada mamat serabut tu,” omel Dira Zulaikha perlahan.
Shahir pantas mencapai telefon yang dihulurkan oleh kawannya Daus.
“assalamualaikum…….” ucap Shahir lembut.
“waalaikumussalam…….” balas Dira Zulaikha.
“kau rupanya, aku ingatkan sape lah yang telefon tadi!” ujar Shahir Safwan.
“yang kau miscall aku sampai 4 kali tu kenapa?” soal Dira Zulaikha.
“takdelah, aku bosan tadi. Tu yang aku telefon kau, tapi kau pulak yang tak nak angkat telefon,” kata Shahir Safwan sinis.
“bukan aku tak nak angkat, aku ada kat luar tadi. Sembang ngan mak aku, masuk je dalam bilik nie aku baru aku tau kau telefon aku tadi,” beritahu Dira Zulaikha.
“hmm Mak Zeera macam mana, sihat tak?” soal Shahir Safwan lembut.
“mak sihat!” jawab Dira Zualikha ringkas.
“haa..kaki kau macam mana pulak, dh kurang bengkak?” tanya Shahir Safwan lagi.
“dah, esok aku masuk keje balik!”
“dah nak masuk keje?. Kau biar betul, kang bengkak lagi kaki kau tu,” marah Shahir Safwan.
“kaki aku dah ok dah nie, aku bosanlah duduk kat rumah tak buat apa-apa. Tu yang aku nak masuk keje esok. Kau tak cakap pun kat aku yang kau ada kursus kat Perak seminggu! ujar Dira Zulaikha geram.
“ek?. Aku tak cakap kat kau ek, alah bukannya lama aku pergi. Esok luse aku baliklah sana,” beritahu Shahir Safwan.
“mana kau tau aku ada kat Perak nie?” soalnya lagi.
“Mama Syikin ngan Papa Norman yang bagi tahu masa diorang datang rumah ari tu!”
“oooo…mama ngan papa dah pergi sanalah ye, tengok kau!” ujar Shahir Safwan dihujung talian.
“aaahhh, kan aku dah cakap jangan bagi tahu kat diorang. Kesian kat Mama Syikin ngan Papa Norman tu, susah2 je datang jenguk aku kat sini.”
“dah diorang tanya pasal kau, aku bagitahu jelah yang betul. Takkan aku nak bohong pulak, tak baik macam tu!” kata Shahir Safwan.
“tu aku tau lah, tapi mama ngan papa kau tu risau sangat. Aku takdelah sakit teruk mana pun!” balas Dira Zulaikha.
“alahh….kau kan ‘bakal menantu’ dia, tentulah mama ngan papa aku risau pasal kau! dengan selamba Shahir Safwan berkata.
“haa…dah mula lah lawak fantasia kau tu. Kau niekan, sama je ngan mak aku yang sekarang nie dah pandai nak buat lawak kat aku,” marah Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“memanglah sama, dah mak mentua ngan bakal menantu. Mananya tak sama,” ujar Shahir Safwan yang masih mahu bergurau dengan gadis kecil itu.
“dahlah, malas aku nak layan kau. Baik aku tido, ada jugak faedahnya!” balas Dira Zulaikha dengan nada yang masih geram.
“alahhh, tak sampai setengah jam cakap ngan aku, kau dah nak tido. Tunggulah kejap lagi, dah lama aku tak bertekak ngan kau nie!” pinta Shahir Safwan lembut.
“memanglah kau dah lama tak bertekak ngan aku!. Kau tulah, dah 4 ari kat sana baru ingat nak telefon aku yang duk kat sini,” marah Dira Zulaikha.
“aku bukan apa, tak naklah kacau kau yang tengah sakit tu. Kang bertambah lagi sakit kau tu bila aku call kau!” perli Shahir Safwan.
“elehh…ntah-ntah kau sibuk mengurat perempuan-perempuan kat sana,” balas Dira Zulaikha sinis.
“hahahaha…bukan aku yang mengurat diorang, tapi diorang pulak yang duk cari aku kat sini!” ujar Shahir Safwan ketawa besar apabila mendengar kata-kata Dira Zulaikha.
“happy nampak…yelah ada orang mengurat kau kan!” perli Dira Zulaikha.
“laaa..kau jugak yang cakap muka aku nie macam Shahir Af8, dah tentulah ramai awek-awek kat sini yang mengurat aku,” jawab Shahir Safwan selamba.
“dahlah, benci aku cakap ngan kau nie” ujar Dira Zulaikha lalu menamatkan perbualannya dengan Shahir Safwan.
“hello…..hello…Dira!!!.....panggil Shahir Safwan yang lagi berada di talian.
“apasal pulak minah pink nie, tiba-tiba pulak letak telefon. Aku tak kata apa-apa yang boleh sakitkan hati dia. Takkan aku melawak macam tu pun dah marah,” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
Shahir Safwan menekan nombor telefon Dira Zulaikha, namun panggilannya itu tidak di angkat. Berkali-kali dia mendail nombor telefon Dira Zulaikha, masih juga tidak dijawab.
“kau kenapa Shahir, gelisah semacam je aku tengok!” tanya Daus yang tadinya melihat Shahir Safwan seperti kehilangan anak.
“takdelah! minah nie haaa, tiba-tiba je letak telefon. Tak sempat aku nak balas,” beritahu Shahir Safwan kepada Daus.
“kau kata apa kat dia?” soal Daus ingin tau.
“mana ada aku kata apa-apa kat dia. Aku cuma berlawak je ngan dia tadi. Tak pasal-pasal dia tamatkan perbualan kita orang.”
“kau berlawak apanya sampai dia letak telefon tu?” tanya Daus lagi.
“lawak kecik je! aku cuma kata ramai awek-awek kat sini yang mengurat aku, tu je. Tapi takkanlah dia nak marah sampai macam tu sekali,” kata Shahir Safwan yang tadinya asyik memandang telefon di tangannya.
“hahahahaha….kau nie betullah. Memanglah dia marah kat kau, sebab aku dapat rasa dia ada hati kat kaulah Shahir!” teka Daus.
“hoiii…dia tu ‘adik saudara angkat’ aku, tau tak! takkanlah dia ada hati kat aku pulak. Kau nie pun kalau nak cakap biarlah fikir dulu,” marah Shahir Safwan.
“apa salahnya kalau dia adik saudara angkat kau?. Tak salahkan kalau kau ngan dia berkahwin?” soal Daus lagi.
“memanglah tak salah Daus. Tapi aku ngan dia nie memang pantang kalau berjumpa, mesti nak bertekak je. Kadang-kadang je kita orang berbaik macam orang lain,” beritahu Shahir Safwan.
“aku nak tanya kau sikit nie?” ujar Daus.
“kau nak tanya apa pulak?”
“kau takkan takde langsung perasaan kat ‘adik saudara angkat’ kau tu?. Aku rasa mesti ada sikit kan!” tanya Daus ingin tau.
“apa punya soalan kau tanya kat aku nie!” kata Shahir Safwan geram.
“aku tau kau ada perasaan kat dia kan. Kalau tak takkanlah sampai beribu kau habiskan duit kau tu semata-mata kau nak belikan telefon untuk dia!” balas Daus lagi.
“aku beli telefon kat dia sebab mama ngan papa aku yang suruh, bukan aku saja-saja nak belikan kat dia telefon tu!” kata Shahir Safwan lagi.
“itu aku taulah, tapi kenapa kau tak gunakan saja duit mama ngan papa kau tu. Kenapa kau perlu gunakan duit kau untuk beli handphone tu kat dia. Kau jugak yang cakap bukan kau saja-saja nk beli, tapi mama ngan papa kau yang suruh. Kenapa kau tak gunakan duit mama ngan papa kau. Kenapa kau harus gunakan duit kau tu!” tanya Daus lagi.
“sudahlah kau, malas aku nak layan cakap kau nie!” balas Shahir Safwan lalu beredar dari tempat Daus.
“aku bukan apa, aku tak nak kau melepas nanti. Kau juga yang rugi bila ‘adik saudara angkat’ kau tu kena kebas ngan orang lain. Kau jugak yang berputih mata nanti, masa tu kalau nak nangis sampai keluar air mata darah sekali pun dah tak guna Shahir,” ujar Daus penjang lebar.
Shahir Safwan termenung panjang memikirkan apa yang dikatakan oleh Daus sebentar tadi. Mana mungkin Dira Zulaikha boleh jatuh hati ngan Shahir Safwan.
“Dira……Dira……….kenapalah kau letak telefon tu tadi?. Aku bergurau pun kau dah marah. “
“kan bagus kalau kau yang jadi suami aku nanti,” ayat yang pernah dituturkan oleh Dira Zulaikha padanya itu terus terngiang-ngiang ditelinganya..
“takkan minah pink nie betul-betul ada hati kat aku!!!...Aku???.....


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama