AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 9 & 10


BAB 9
Majlis persaraan Dr. Norman dan juga Dr. Syikin diadakan bagi meraikan jasa mereka berdua sepanjang berkhidmat di hospital itu. Majlis itu diadakan di kantin hospital. Ramai kakitangan yang bertugas pada ari tu datang bagi meraikan majlis persaraan mereka berdua.
Tidak ketinggalan juga Dira Zulaikha, Anum dan Ain. Mereka turut sama bagi meraikan majlis itu. Walaupun sedih dengan ketiadaan Dr. Syikin dan Dr. Norman, namun mereka tetap menunjukkan wajah yang ceria.
Dira Zulaikha menyalami tangan wanita serta tangan lelaki itu lembut. Dia menunjukkan senyuman yang manis buat kedua-dua orang tua itu.
“nanti susahlah Mama Syikin nak tengok Dira lagi!” ujar Dr. syikin perlahan.
“kenapa Mama Syikin cakap macam tu?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“yelah, Mama Syikin ngan Papa Norman kan dah bersara. Lepas nie kamu berehat kat rumah pulak. Dah tak datang kat sini lagi,” jawab Dr. Syikin lembut.
“nanti Dira pergi rumah Mama Syikin ye. Dira bawak mak sekali pergi sana,” kata Dira Zulaikha dengan senyuman.
“betul nie! Dira kena datang jugak tau rumah Mama Syikin. Takdelah Mama Syikin bosan duduk kat rumah tu nanti,” balas Dr. Syikin.
“insyaallah, Mama Syikin. Hujung minggu Dira boleh pergi sana, lawat Mama Syikin ngan Papa Norman.”
“nanti Mama Syikin suruh along ambik Dira ngan mak ye kat rumah. Tak payah susah nak naik teksi!” kata Dr. Syikin lagi.
“takpelah, Mama Syikin. Dira tak nak susahkan dia!” ujar Dira Zulaikha ikhlas.
“ishh, Dira nie. Alongkan abang saudara angkat Dira, kenapa panggil dia lagi. Kenapa tak biasakan diri Dira panggil anak Mama Syikin along?” tanya Dr. syikin lagi.
“hmm…Dira tak biasa nak panggil macam tu. Nanti kalau Dira panggil macam tu, apa kata dia pulak!” jawab Dira Zulaikha perlahan setelah ditegur oleh Dr. Syikin.
“takkan lah along nak marah kat Dira. Along tak kisah lah. Anak Mama Syikin mesti suka kalau Dira panggil along,” balas Dr. Syikin lagi.
“betul kata Mama Syikin tu Dira. Papa Norman rasa along tak kan marah kalau Dira panggil macam tu!” sampuk Dr. Norman yang baru berada di antara mereka.
“nanti Dira cuba panggil macam tu!” ujar Dira Zulaikha bagi menyedapkan hati mereka berdua.
“macam tulah. Dah, tak payah nak takut sangat dengan along tu. Nanti Mama Syikin ngan Papa Norman takde kat sini, Dira jaga diri baik-baik ye. Keje rajin-rajin! Mama Syikin dah pesan kat along suruh tengokkan Dira kat sini. Kalau Dira ada apa-apa masalah, gtau je kat along ye!” beritahu Dr. Syikin.
“insyaallah, Mama syikin…Papa Norman.”
“jomlah, kita pergi makan!” ajak Dr. Norman.
“ye tak ye jugak! Dira makan ngan Mama Syikin okey,” ujar Dr. syikin lembut seraya menarik tangan Dira Zulaikha.
Hampir sebulan Dr. Norman dan Dr. Syikin bersara. Dira Zulaikha belum sempat lagi melawat mereka berdua di rumah. Sesekali terbit rindu yang membuak-buak untuk melihat wajah kedua orang tua itu. Dira Zulaikha pernah memberitahu ibunya tentang rancangan untuk melawat Dr. Norman dan juga Dr. Syikin di rumah mereka. Mak Zeera menyambut baik cadangan anaknya itu.
“Dira! Bila kau nak kenalkan aku ngan Ain dengan anak Dr. Norman dan Dr. Syikin tu?” soal Anum tiba-tiba.
“aikk, yang kau nie tetiba nak kenal ngan anak diorang tu kenapa?. Tanya Dira Zulaikha.
“takdelah, kami nie dah lama tunggu nak kenal ngan anak Dr. Norman tu. Kau cakap yang dia tu keje kat sini jugak kan. Tapi sampai sekarang aku ngan Ain tak kenal lagi dengan anak diorang tu,” beritahu Anum.
“laaa, kalau aku cakap nanti korang tak percaya pulak. Baik korang tau sendiri,” ujar Dira Zulaikha yang masih belum bersedia untuk memperkenalkan Shahir Safwan dengan kawan-kawannya.
“sampai bila lah kita orang nak tunggu nie!” kata Ain yang turut mengasak Dira Zulaikha.
“korang tunggu jelah. Nanti korang dapat tau jugak sape anak Dr. Norman dan Dr. Syikin tu!” jawab Dira Zulaikha yang masih mahu berahsia.
“yelah…kita orang tunggu. Tapi aku rasa kan anak diorang mesti hensem kan!” balas Anum yakin.
“mana kau tahu yang dia tu hensem?” tanya Dira Zulaikha.
“alahhh…kau tengok jelah rupa mak bapak dia. Mesti rupa anak dia tu lebih kurang sama ngan diorang. Dr. Syikin tu walaupun dah berumur tapi tetap cantik. Dr. Norman pulak masih kacak lagi.” Beritahu Anum.
“pandailah kau Anum….”
“dah tu, kau yang tak nak kenal kan dia ngan kita orang. Aku tekalah macam mana rupa dia tu!” ujar Anum lagi.
“hmm….ikut suka kau lah. Eh, korang tak nak balik lagi ke?. Dah pukul berapa nie?” soal Dira Zulaikha sambil melihat jam yang berada di atas meja di dalam bilik rehat itu.
“yelah Anum, kau asyik cakap je dari tadi. Dah lambat nie, kang terlepas pulak bas nak balik rumah kita tu!” kata Ain lalu bangun dan keluar dari bilik rehat itu.
“aku nak baliklah nie. Korang nie pun tak sabar-sabar nak balik rumah!” perli Anum yang juga turut bangun dari duduknya dan mengikut kawan-kawannya yang lain keluar dari bilik rehat itu.
“bukan tak sabar Anum, tapi aku nie dah penat sangat tau tak. Kalau sampai kat rumah awal, bolehlah aku tido sekejap,” kata Ain.
“dah-dah..tak habis ke korang berdua nie bertekak. Kata nak balik, cepatlah!” ajak Dira Zulaikha.
“yolah, tuan puteri oii. Kami nak balik lah nie.”
………………………..
“mak, esok kak long cuti. Kita pergi rumah Mama Syikin ngan Papa Norman, boleh tak. Dah lama Dira tak jumpa ngan diorang. Rindu pulak!” ajak Dira Zulaikha kepada Mak Zeera.
“rindu kat Mama Syikin ke rindu kat anak Mama Syikin ngan Papa Norman nie,” sindir Mak Zeera.
“apalah mak nie. Takkan kak long nak rindu kat mamat tu pulak. Takde masa kak long nak rindu kat dia.”
“ishh kak long nie, jangan cakap macam tu! Mana tau satu hari nanti tetiba kak long rindukan dia. Nie satu lagi, kenapa panggil anak Mama Syikin macam tu?. Kan mak dah bagitahu dulu, panggil along,” ulang Mak Zeera.
“erkkk!!!!...tak nak lah kak long. Rasa lain kalau kak long panggil dia macam tu,” kata Dira Zulaikha.
“rasa lain apanya pulak. Shahirkan lebih tua 3 tahun dari kak long. Elok lah tu kalau kak long panggil along!” ujar Mak Zeera sambil melihat anaknya.
“tengoklah mak, macam mana nanti.” kata Dira Zulaikha.
“mak, boleh tak kita pergi rumah Mama Syikin ngan Papa Norman esok?” sambungnya lagi.
“mak tak kisah. Tapi kak long dah cakap ke ngan Mama Syikin dan Papa Norman pasal nie?” soal Mak Zeera ingin tau.
“belum lagi mak, kak long lupa nak singgah public phone tadi. Ingat nak guna telefon kat rumah nie, tapi rosak pulak. Takpelah, kita pergi macam tu jelah. Lagi pun Mama Syikin ngan Papa Norman tentu ada kat rumah,” beritahu Dira Zulaikha.
“hmm…ikut suka kamulah. Mak ikut je!” balas Mak Zeera lalu melangkah pergi ke dapur.
Seperti yang dijanjikan, Mak Zeera dan Dira Zulaikha sudah bersiap-siap untuk ke rumah Dr. Syikin dan Dr. Norman. Dira Zulaikha dan Mak Zeera menaiki teksi untuk ke sana. Perjalanan yang mengambil masa hanya 30 minit untuk sampai ke rumah mereka. Dira Zulaikha serta ibunya turun dari teksi itu. Loceng yang terletak pada pagar rumah Dr. Syikin dan Dr. Norman di tekan.
Hampir 2 minit menunggu diluar, kelihatan susuk tubuh Dr. Syikin keluar. Pintu pagar dibuka melalui remote. Dr. Syikin melangkah keluar menuju ke arah Dira Zulaikha dan jugak kakak angkatnya.
“akak, kenapa tak telefon dulu nak datang sini. Syikin boleh pergi ambik aka kat rumah tu!” ujar Dr. Syikin yang terkejut melihat kedatangan tetamu itu.
“telefon kat rumah akak tu rosak Syikin, kak long pulak lupa nak pergi public phone. Sebab tu akak datang macam nie je, tanpa cakap apa-apa kat Syikin. Nasib baiklah Syikin ada kat rumah, kalau tak sia-sia jelah kami datang sini,” beritahu Mak Zeera panjang lebar.
“tulah, Syikin tak rasa nak pergi mana-mana ari nie. Kalau Syikin keluar tadi, tak dapatlah Syikin nak jumpa akak ngan Dira. Eh, akak masuklah dulu. Penat akak ngan Dira berdiri kat luar nie,” ajak Dr. syikin mesra.
Mak Zeera dan Dira Zualikha mengikuti langkah kaki Dr. Syikin. Kasut yang dipakai mereka di tanggalkan di luar pintu masuk. Kelihatan Dr. Norman sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
“abang, cuba tengok sape yang datang nie!” ujar Dr. Syikin lembut.
Dr. Norman mengangkatkan kepalanya melihat tetamu yang dikatakan oleh isterinya. Dia juga turut terkejut melihat kedatangan tetamu itu.
“kak Zeera, bila sampai?” soal Dr. Norman lembut lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.
“baru je Norman,” jawab Mak Zeera ringkas.
“duduklah akak, Dira…”
Dr. Syikin bergerak ke dapur. Tidak sampai 10 minit, kelihatan Dr. Syikin keluar dengan membawa dulang berisi air.
“akak…Dira, jemput minum,” kata Dr. Syikin.
“akak baru je duduk, Syikin dah gaduh-gaduh buatkan akak ngan Dira air.” balas Mak Zeera.
“takpelah, kak. Bukan susah nak buat air nie,” ujar Dr. Syikin yang mengambil tempat di sebelah suaminya.
“kenapa kak Zeera tak telefon kami, boleh kami pergi ambik kat rumah. Kak Zeera datang naik apa nie?” soal Dr. Norman.
“akak ngan Dira naik teksi datang sini!” jawab Mak Zeera tanpa berselindung.
“telefon rumah kak Zeera rosak abang, tu yang kita tak tau apa-apa tentang kedatangan diorang kat rumah kita nie!” bagitahu Dr. Syikin kepada suaminya.
“Dira takde handphone ke?” soal Dr. Norman kepada Dira Zualikha.
“takde Papa Norman,” jawab Dira Zulaikha ringkas.
Dr. Norman hanya menganggukkan kepalanya.
“anak Mama Syikin ngan Papa Norman mana?. Dira tak nampak pun dari tadi,” tanya Dira Zulaikha yang tidak nampak kelibat Shahir Safwan.
“along kena pergi hospital pagi tadi. Dapat emergency call pagi tadi, terus pergi sana. Sebab tulah Dira tak nampak along kat rumah nie,” beritahu Dr. Syikin.
“ooo….” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
“bertanggungjawab jugak mamat serabut nie ye!!” omel Dira Zualikha dalam hatinya.
“Dira, kalau Dira nak baca apa-apa majalah, pergilah masuk bilik along kat atas tu. Along memang suka beli majalah. Boring tak buat apa-apa kat rumah, dia bacalah majalah tu.” ujar Dr. Norman.
“boleh ke Dira masuk bilik tido anak Mama Syikin tu?” tanya Dira Zulaikha inginkan kepastian.
“kenapa pulak tak boleh, tukan bilik abang saudara angkat Dira jugak. Masuk jelah, along takkan marah kat Dira,” jawab Dr. Syikin yang memberi keizinan unutk Dira masuk ke dalamnya.
“isshhh, kak long nie. Tak malu betul nak masuk bilik anak Mama Syikin ngan Papa Norman tu!” ujar Mak Zeera seakan menyindir.
Dira Zulaikha hanya tersenyum.
“takpelah, kak! Lagi pun Dira tentu bosan tak buat apa-apa kat rumah nie. Biarlah kalau dia nak baca majalah kat dalam bilik along tu!” balas Dr. Syikin lembut.
“pergi jelah Dira, jangan salah masuk bilik air pulak!” perli Dr. Norman.
“hehehe….Papa Norman ingat lagi ek pasal ari tu!” kata Dira Zulaikha yang sudah tersengih menahan malu.
Kesemua mereka turut ketawa apabila mengingati peristiwa itu.
“Mama Syikin…Dira naik atas ek?” ujar Dira Zulaikha.
“hmmm…pergilah! ringkas jawapan Dr. Syikin.
Tangga yange menuju ke bilik Shahir Safwan di langkah oleh Dira perlahan. Sampai saja di muka pintu bilik Shahir Safwan, Dira Zulaikha memulas tombol pintu perlahan.
“tak kunci rupanya bilik mamat serabut nie!” omel Dira Zualikha dalam hati.
Dira Zulaikha melangkah masuk ke dalam bilik tido Shahir Safwan. Kakinya di gerakkan ke sebuah meja yang terletak berhampiran dengan kerusi yang ada di dalam bilik itu. Corak susunan perabot di dalamnya seolah-olah dilakukan oleh seorang wanita walaupun dia tahu bilik itu kepunyaan seorang lelaki.
Shahir Safwan begitu teliti dalam membuat penyusunan perabot dalam biliknya. Almari pakaian yang diperbuat daripada kayu jati menjadi pilihan Shahir Safwan. Warna biru menjadi warna kesukaan Shahir apabila kebanyakkan dinding biliknya diwarnakan dengan warna itu. Di sudut kecil hujung biliknya tertampal poster Man. United. Kerusi yang dijadikan tempat berehat Shahir di hias dengan kain bercorak bunga-bungaan.
Mata Dira Zulaikha tertancak pada frame yang terletak di sebelah jam loceng. Tangannya mencapai frame itu lalu ditenungnya. Terdapat seorang kanak-kanak kecil dalam gambar itu. Matanya yang berwarna coklat, keningnya yang lebat, bibirnya yang berwarna pink menarik minat Dira Zulaikha untuk terus merenungnya. Terbit senyuman manis pada bibirnya.
Dira Zulaikha meemandang pada dinding yang tergantung dengan gambar-gambar Shahir Safwan. Satu persatu gambar itu di lihatnya. Ada sesuatu yang menyebabkan Dira Zulaikha tidak tahan lalu mengeluarkan tawanya. Kebanyakkan border tepi frame gambar itu berwarna pink.
Dira Zulaikha melangkah ke ruang bacaan. Terdapat banyak koleksi majalah yang berada di atas rak dalam bilik itu. Dari majalah mengenai futsal, kereta, konsep kediaman rumah sampailah kepada majalah hiburan yang tersusun elok di atas rak tersebut. Dira Zulaikha mengambil salah satu majalah yang ada di situ. Dia kemudiannya melangkah ke balkoni luar bilik lelaki itu. Terdapat sebuah meja dan 2 buah kerusi di balkoni tersebut. Dira Zulaikha menarik kerusi itu lalu duduk di atasnya.
Sedang asyik membelek majalah itu, tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar. Apa yang pasti gambar itu milik Shahir Safwan. Gambar itu diambil dan dilihat dekat. Timbul niat nakal apabila dia melihat gambar itu. Dia bangun semula dari kerusi itu lalu menuju ke meja yang digunakan oleh Shahir Safwan.
Laci meja dibuka satu persatu. Senyuman nakal mula keluar apabila dia menjumpai apa yang dicarinya. Dira Zulaikha mencapai 2 batang pen yang berwarna biru dan pink yang ada dalam laci tersebut. Dia kembali ke balkoni itu lalu duduk semula di atas kerusi yang didudukinya tadi.
Dira Zulaikha membuka tudung pen yang berwarna pink. Pen itu dipegang dengan kemas, tangannya mula melukis sesuatu pada gambar itu dengan pen yang dijumpainya. Satu persatu tangannya menconteng pada sekitar wajah lelaki itu. Kening yang sudah terbentuk cantik di tambah dengan garisan yang lebih panjang. Bibirnya yang berwarna pink muda digelapkan lagi dengan pen yang berwarna pink gelap yang di ambik dalam laci meja lelaki itu.
Dira Zulaikha tersenyum puas apabila melihat gambar yang diubahnya. Dira Zualikha sempat menulis sesuatu pada belakang gambar itu. Selesai menconteng, Dira Zulaikha kembali menyimpan pen yang diambilnya tadi. Gambar itu diletakkan semula ke dalam majalah yang dibacanya tadi.
Satu jam kemudian, Dira Zulaikha keluar dari bilik Shahir Safwan. Langkahnya diatur ke ruang tamu, namun kelibat ibunya serta orang tua angkat Dira tidak kelihatan. Dira Zulaikha mencari di sekitar dalam rumah itu. Kedengaran suara orang yang sedang ketawa dari arah dapur. Dengan pantas dia bergerak ke dapur. Kelihatan Mak Zeera sedang rancak bersembang dengan Dr. Syikin dan juga Dr. Norman.
“amboi…amboi…mak! Rancaknya berbual dengan Mama Syikin dan Papa Norman nie. Sampai kak long duduk kat sini pun mak tak sedar ye!” kata Dira Zulaikha sinis.
“nak buat macam mana kak long, dah lama tak jumpa. Macam nielah, bersembang…ketawa sama-sama. Haaa…dah habis baca majalah kat atas tu?” soal Mak Zeera.
“dah mak, tu yang kak long turun kat bawah nie!” ujar Dira Zulaikha.
“laaa…kenapa tak bawak turun kat bawah je majalah-majalah tu semua?” tanya Dr. Syikin.
“takpelah, Mama Syikin. Nanti tuan majalah tu marah pulak Dira sepahkan majalah-majalah dia kat atas tu.” jawab Dira Zulaikha.
“kak long……….” panggil Mak Zeera.
“opss…sori. Majalah-majalah along” ulang Dira Zulaikha perlahan.
Dr. Syikin dan Dr. Norman tersenyum mendengar panggilan itu.
Dira Zulaikha dan Mak Zeera pulang setelah berada di rumah itu hampir 4 jam. Dr. Norman dan Dr. Syikin mengambil keputusan untuk menghantar mereka berdua pulang pada petang itu.


BAB 10
Shahir Safwan berbaring di atas tilam empuknya. Rasa penat membuatkan dirinya terus masuk ke dalam bilik selepas menyalami tangan kedua orang tuanya itu. Lega kerana dapat merehatkan dirinya di rumah sendiri. Hampir 10 sepuluh minit merehatkan diri di atas katil, Shahir Safwan bangun menuju ke almari pakaiannya.
“aikk!! sape pulak yang letak majalah nie kat sini. Kan aku dah simpan elok kat rak tu!” ujar Shahir Safwan sendirian.
Shahir Safwan mengambil majalah tesebut untuk diletakkan di atas rak yang disediakannya. Tiba-tiba sekeping gambar terjatuh ke atas lantai bilik tidonya. Dia menundukkan badannya ke bawah untuk mencapai gambar tersebut. Bulat matanya apabila melihat melihat gambarnya telah diconteng. Shahir Safwan meluru keluar dari bilik tidonya.
“mama………mama! panggil Shahir Safwan kuat.
“kenapa nie along, terjerit-jerit macam budak kecik?” tanya Dr. Syikin hairan dengan anak bujangnya itu.
“hmm…tadi ada sape-sape tak masuk bilik along?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“masuk bilik along?.”
“ahhh…mama tau ke sapa yang masuk bilik along tadi?” tanya Shahir Safwan lagi.
“ooo…baru mama ingat. Tadi Dira ada masuk bilik along nak baca majalah.” beritahu Dr. Syikin.
“Dira?” soal Shahir Safwan.
“yelah, Dira. Adik saudara angkat along tulah!” ujar Dr. Syikin lagi.
“kenapa nie along?.”
“ermmm…takde apa-apalah mama.” kata Shahir Safwan lalu naik semula ke biliknya.
“kenapa dengan along tu?” soal Dr. Norman yang baru keluar dari dapur.
“ntah, bila ditanya dia kata takde apa-apa,” beritahu Dr. Syikin pada suaminya.
“ada-ada je anak bujang kita tu!” kata Dr. Norman seraya menggelengkan kepalanya.
Shahir sudah berada dalam biliknya. Dia kembali kepada meja itu lalu mengambil gambar yang diletakkannya tadi.
“jagalah kau minah pink. Sampai macam tu sekali kau conteng gambar aku nie. Arghhhh…kau memang nak kena ngan aku kan!” omel Shahir Safwan dengan perasaan geram.
Dia memusingkan gambar itu ke belakang. Terdapat kata-kata yang tertulis pada belakang gambar tersebut. Dengan perlahan dibacanya kata-kata itu:
to Shahir Safwan aka mamat serabut!!!!!……
---------<@ first sekali aku nak mintak maaf sebab conteng kau punya gambar. n then aku tak ada maksud nak ceroboh bilik tido kau. aku bosan kat bawah, Mama Syikin cakap kat bilik kau ada majalah. tu yang aku masuk dalam bilik kau sebab nak baca majalah. tapi ntah macam mana gambar tu terjatuh dari majalah yang aku ambik. tangan aku nie haa gatal nak conteng muka kau yang tersangatlah hensem, sama pulak dengan penyanyi yang aku minat, kau tentu kenal ngan Shahir af8 kan. tapi muka kau lagi hensem dari dia. betul, aku tak tipu. hmm satu lagi, aku suka dengan warna dalam bilik kau tu. tapi aku lagi suka kalau kau warnakan dinding bilik kau dengan warna pink. dahlah pintu bilik kau warna biru, dinding dalam bilik kau pun warna yang sama. Ko tukar lah dengan warna pink, baru kau rasa tenang duk dalam bilik tu.lagi satu aku tak sangka yang kau pandai jugak susun perabot tu. nanti kau tolong aku susun perabot dalam bilik aku boleh?. hehehe…aku gurau jelah. kau jangan ambik hati pulak ye.
aku nak mintak maaf sekali lagi sebab dah ceroboh masuk bilik kau sebelum bakal ‘isteri’ kau masuk. tp dah tentu aku yang jadi ‘permaisuri’ dalam bilik kau tu nanti, betul tak?. oklah, aku dah banyak tulis nie. dah takde idea lagi nak tulis untuk kau. kita jumpa kat hospital ye wahai tuan doctor yang hensem…….take care ya ‘my sweet blue’mamat serabut!
from dira zulaikha to my ‘along’……..
Shahir meletakkan gambar itu ke atas meja. Bibirnya menerbitkan senyuman manis. Hilang rasa marah, rasa geram pada gadis itu. Tak sangka gadis itu pandai mengambil hatinya. Kepalanya digelengkan beberapa kali apabila mengingati tingkah laku gadis itu.
“macam-macam lah kau nie. Tapi yang aku peliknya, dengan aku bukan main lagi berani. Tapi bila dengan lelaki lain takut pulak. Alahai Hafiz, kesian kau aku tengok. Nak berkawan pun tak boleh, apa lagi nak bersembang ngan minah pink tu!” ujar Shahir Safwan sendirian.
Shahir Safwan turun ke ruang tamu setelah membersihkan diri dan menunaikan solat isyak di dalam biliknya. Dr. Norman dan Dr. Syikin sedang berbual-bual di ruang tamu. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan papanya.
“along nak makan?.” soal Dr. Syikin lembut kepada anak lelakinya itu.
“kejap lagilah mama,” jawab Shahir Safwan lembut.
“along sibuk tak esok?” tanya Dr. Norman ingin tau.
“tak taulah papa. Kenapa papa tanya?” tanya Shahir Safwan kembali.
“takdelah, papa ingat nak suruh along bawak Dira pergi beli telefon bimbit untuk dia.” ujar Dr. Norman tanpa berselindung.
“beli telefon untuk Dira?. Tapi kenapa pulak?” tanya Shahir Safwan lagi.
“telefon kat rumah dia dah rosak. Dira pulak memang takde telefon bimbit. Mama bukan apa, tadi dia datang sini pun naik teksi dengan Mak Zeera kamu. Kalau dia telefon kat rumah nie, boleh jugak mama ngan papa pergi ambik dia kat sana,” beritahu Dr. Syikin.
“ooo…jadi mama ngan papa nak suruh along belikan telefon untuk dia lah nie.” kata Shahir Safwan.
“macam tulah maksud kami. Lagi satu kalau Dira dah ada telefon bimbit, bolehlah mama telefon dia selalu tanya khabar berita. Takdelah mama ngan papa susah hati sangat. Lagi pun Mak Zeera kamu tu bukannya sihat sangat. Pinggang dia tu selalu je sakit-sakit!” beritahu Dr. Syikin lagi.
“hmmm…tengoklah nanti mama..papa. Kalau along takde kes, along bawak dia keluar esok carikan telefon bimbit untuk dia!” ujar Shahir Safwan ikhlas.
Keesokkanya harinya Dira Zulaikha seperti biasa keluar awal untuk ke tempat kerje bersama-sama dengan Anum dan juga Ain. Sampai sahaja di pintu masuk, mereka segera menuju ke bilik rehat untuk meletakkan beg duit yang dibawa oleh mereka di dalam bilik itu. Selepas itu mereka bergerak menuju ke kantin untuk sarapan pagi sebelum memulakan keje.
“Ain, lepas nie kau buat keje kat ner?” soal Anum ingin tau.
“hmm…ari nie aku kena tolong kemaskan bilik kosong yang ada kat bawah tu. Dengar kata diorang nak gunakan bilik tu untuk buat eksperimen. Jadi, aku terpaksa turun bawah lah ari nie, yang kau tanya aku nie kenapa?” tanya Ain.
“takdelah. Aku saja tanya. Manalah tau kau buat keje tempat sama ngan aku. Bosanlah buat keje sorang-sorang!” ujar Anum dengan mengerutkan dahinya.
“kau Dira, buat keje kat ner?” tanya Ain kepada Dira Zulaikha.
“pagi nie aku kena bersihkan bilik pesakit dulu….tengah hari pulak aku kena naik atas, bersihkan koridor. Lagi pun ari nie kak Mah cuti, jadi aku kena tolong buat keje untuk dialah!” beritahu Dira Zulaikha.
“oooo….” Kalau macam tu kita jumpa kat bilik rehat jelah nanti. Korang jangan makan sorang-sorang pulak tengah hari nanti. Tunggu aku tau!” pinta Anum lagi.
“yelah cik Anum oii, takkan lah kita orang nak makan tanpa kau. Tak bestlah kalau kau takde sekali nanti.” kata Dira Zulaikha ikhlas.
“hmm..kalau macam tu jomlah kita gerak.”
Masing-masing melakukan tugas yang diberi. Ain hanya berada di tingkat bawah, Dira Zulaikha naik ke tingkat 2 untuk membersihkan bilik pesakit manakala Anum naik tingkat 1 untuk membersihkan kawasan koridor hospital itu.
“doktor Shahir, lepas nie doktor kena naik tingkat 2. Ada seorang pesakit yang memerlukan bantuan doktor,” kata nurse Shiha kepada Shahir Safwan.
“bantuan saya?. Tapi setahu saya, saya tak pernah rawat mana-mana pesakit yang berada di tingkat 2,” ujar Shahir Safwan.
“tu saya tau doktor, tapi buat masa sekarang doktor yang merawat pesakit berkenaan sedang berada dalam bilik pembedahan. Sebab tu kami terpaksa meminta pertolongan daripada doktor.” Balas nurse Shiha.
“hmmm, baiklah. Berapa no bilik pesakit tu?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“bilik bernombor 0509, tingkat 2 sebelah kanan.” Nurse Shiha memberitahu kepada Shahir Safwan.
“kalau macam tu kejap lagi saya naik atas. Ada apa-apa lagi yang awak nak bagitahu?” soal Shahir Safwan.
“tu je doktor. Doktor naik cepat sikit ek, kami bimbang budak tu bual hal lagi,” beritahu Shiha.
“buat hal?. Kenapa pulak nak buat hal?” tanya Shahir Safwan hairan.
“budak tu baru kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan yang dilalui minggu lepas. Jadi disebabkan tu, dia tidak dapat menerima kenyataan kerana kehilangan sebelah kaki. Dah puas kami pujuk dia doktor, makan tidak, minum pun tidak. Keluarga dia pun tak tau nak buat macam mana lagi. Ubat, lagilah dia tak makan doktor,” terang Shiha lagi.
“oklah, nanti saya naik tingkat atas. Awak boleh keluar dulu!” ujar Shahir Safwan.
“baiklah doktor,” jawabnya ringkas.
Selepas beberapa minit nurse Shiha keluar dari bilik, Shahir Safwan bangun dari kerusi menuju ke pintu bilik. Dia membuka pintu biliknya lalu melangkah keluar untuk pergi ke tingkat 2. Dalam perjalanan ke tingkat 2, dia terserempak dengan Anum yang sedang membersihkan kawasan koridor tempat yang selalu dibersihkan oleh Dira Zulaikha selama ini.
“assalamualaikum….” Ucap Shahir Safwan dengan senyuman.
“waalaikumus……..salam….” doktor Shahir.
“saya kejutkan awak ke?” soal Shahir Safwan.
“takdelah doktor, saya tak terkejut pun. Doktor nak g mana nie?” tanya Anum mesra.
“saya nak naik tingkat atas, ada pesakit yang memerlukan bantuan saya. Tak pernah pulak saya tengok awak bersihkan tempat nie.” kata Shahir Safwan hairan apabila Anum yang berada di situ bukannya Dira Zulaikha.
“ooo…tulah doktor, selalunya Dira yang bersihkan kawasan sini. Tapi ari nie dia kena gantikan tempat kak Mah. Rasanya dia pun ada kat tingkat 2 jugak,” beritahu Anum lagi.
“kalau macam tu, takpelah. Saya kena naik atas nie. Keje elok-elok ye!” pesan Shahir Safwan ikhlas lalu pergi meninggalkan Anum di situ.
“terima kasih doktor!” ucap Anum dengan senyuman.
“makk aii……napelah doktor nie hensem sangat. Anak sape lah agaknya, bertuah betul mak bapak dia dapat anak macam doktor tu. Dah lah hensem, baik hati, keje doktor pulak tu. Tentu makwe dia pun lawa jugak,” omel Anum dalam hatinya.
“haaa…nasib baik doctor datang. Saya dah tak tau nak buat apa lagi, dah banyak cara kami pujuk dia. Tapi dia tetap macam nie, mengamuk tak tentu pasal,” ujar nurse Shiha setelah Shahir masuk ke dalam bilik pesakit itu.
“takpe, nanti saya tolong uruskan. Ubat dia mana?” soal Shahir Safwan.
“ada atas meje tu,” jawab nurse Shiha seraya menunjukkan tempat ubat itu berada.
“awak tunggu kat luar, biar saya yang uruskan dulu. Tapi kalau dia tetap macam nie, kita kena suntik dia dengan ubat penenang.” kata Shahir Safwan.
“kalau macam tu, saya keluar dulu. Kalau doctor perlukan apa-apa, doctor panggil saya kat luar!” balas nurse Shiha lalu keluar dari bilik pesakit tersebut.
Shahir Safwan menuju ke sisi katil dimana tempat pesakit itu berada dengan membawa bekas ubat bersama.
“assalamualaikum……” ucap Shahir Safwan lembut.
Namun tiada tindak balas daripada pesakit itu.
“hmmm…boleh abang duduk kat sini?” soal Shahir Safwan dengan tersenyum.
Pesakit itu memandang tajam Shahir Safwan.
“abang duduk jelah ye!” kata Shahir Safwan lalu duduk di sebelah pesakit itu di atas katil.
“boleh abang tau kenapa adik tak nak ubat, tak nak makan nasi, tak bercakap ngan sape-sape?...kesian kat ibu bapa adik, mesti diorang sedih sebab adik tak nak cakap ngan diorang.”
Shahir Safwan seolah-olah bercakap sendirian apabila tiada jawapan balas dari pesakit yang bernama Iwan itu.
“abang faham perasaan adik!” ujar Shahir Safwan.
“apa yang abang faham?. abang tak kena macam saya. Abang masih ada kedua-dua belah kaki lagi. Abang masih boleh bawak motor, masih boleh berlari. Tapi saya……….” kata-katanya terhenti disitu.
Shahir Safwan menarik nafas lega apabila budak itu akhirnya membuka mulut.
“ye, abang tau abang masih boleh bawak motor, masih boleh berlari. Tapi takkan disebabkan adik kehilangan sebelah kaki adik, adik dah putus asa untuk hidup. Ubat tak makan, nasi pun tak makan. Adik tak kesian ke kat keluarga adik yang siang malam duk tunggu adik kat sini. Diorang tak kisah adik takde sebelah kaki. Tapi diorang tetap sayang kat adik macam sebelum nie.”
“apa salahnya adik takde sebelah kaki, cuba adik tengok orang lain yang takde kedua-dua kakinya, yang cacat dari kecil lagi, yang terpaksa mengesot untuk bergerak. Tapi diorang tetap meneruskan hidup mereka.” sambung Shahir Safwan lagi.
“tapi saya malu kat kawan-kawan saya, malu pada orang lain, malu pada orang sekeliling saya……..”ujar budak itu perlahan.
“adik malu?. Buat apa adik nak malu pada diorang, bukan diorang yang tanggung makan minum adik selama nie. Bukan diorang yang jaga adik kat rumah. Ada kawan-kawan adik datang sini tengok adik yang terlangtar kat atas katil nie, takdekan. Yang kat luar, adik septutnya lebih malu dengan keluarga adik yang berada kat luar tu. Diorang bersusah payah datang sini sebab nak jaga adik kat sini. Ada lagi yang lebih teruk dari adik. Tapi diorang tak malu dengan keadaan mereka.”
“sebagai seorang doctor, abang tahu apa ertinya kaki pada seseorang. Ya, memang abang tau susah untuk kita bergerak hanya dengan sebelah kaki sahaja. Tapi sekarang tempat kita dah maju, teknologi perubatan semakin canggih. Adik boleh guna kaki palsu, walaupun tak sama dengan kaki asal kita. Sekurang-kurangnya adik masih boleh mengharapkan dengan kaki palsu tu.” ujar Shahir Safwan panjang lebar.
Iwan menundukkan muka ke bawah………….
“ok, sekarang cuba adik fikir! Disebabkan adik macam nie, semua orang kat luar sana susah hati. Mak ayah adik tak boleh nak buat keje bila tengok keadaan anak dia macam nie. Ramai yang masih ambik berat pasal adik kat luar sana. Adik kata adik malu pada kawan-kawan adik?. Sepatutnya diorang yang patut malu pada adik dan diri diorang. Kalau betul diorang kawan adik, dah tentu diorang akan sini tengok adik. Datang sini untuk bagi sokongan pada adik. Nie tak, diorang tak pernah tanya khabar pasal adik sejak adik ada kat sini kan!”
“dahlah, abang tau abang takde hak untuk bagi nasihat kat adik. Cuma dengan apa yang abang cakap tadi boleh buatkan adik sedar. Kalau adik rasa nak sihat macam orang lain, adik makan ubat nie. Tapi kalau adik rasa adik nak tambahkan lagi sedih di hati mak ayah adik kat luar sana, adik buang je ubat yang abang bawak nie!” beritahu Shahir Safwan lalu bangun dari katil itu dan meletakkan bekas ubat di atas katil.
Apabila Shahir Safwan hendak membuka pintu, tiba-tiba namanya dipanggil.
“tunggu dulu doctor!” kata pesakit itu.
Shahir Safwan menoleh ke belakang. Dipandang pesakit itu dengan lama.
“hmmm…………saya nak makan ubat tu!” ujar Iwan perlahan.
Shahir Safwan tersenyum kerana dapat membuatkan pesakit itu sedar. Dia membuka pintu bilik dan memanggil nurse Shiha yang setia menunggu di luar.
“awak boleh masuk!” arah Shahir Safwan.
“macam mana doctor?” soal nurse Shiha ingin tau.
“hmmm…takde apa-apa. Cuma dia nak makan ubat, awak boleh tolong dia?” tanya Shahir Safwan.
“makan ubat?. ye..ye..boleh doctor! nanti saya bagi dia makan ubat tu,” kata Shiha dengan gembira lalu masuk ke dalam bilik pesakit itu.
Shahir Safwan keluar untuk turun ke biliknya setelah selesai memberikan pertolongan. Ketika sedang menuruni anak tangga, dia ternampak kelibat Dira Zulaikha yang sedang termenung di balik cermin dinding hospital itu. Dia mengaturkan langkahnya dengan perlahan menuju ke tempat Dira Zulaikha.
“hoii…..kau nak keje ke nak berangan?” sergah Shahir Safwan membuatkan Dira Zulaikha terhantuk kepalanya pada cermin didepannya.
“adoiiii……………….” jerit Dira Zulaikha perlahan.
“hahahaha….kau niekan, aku baru buat macam tu kau dah hantukkan kepala kat cermin. Kalau aku buat lebih dari tu, dah tentu kau terjun kat bawah rasanya,” perli Shahir Safwan.
“kau agak-agaklah nak sergah aku pun. Sakit tau dak!” kata Dira Zulaikha geram dengan menggosok lembut kepalanya.
“sakit?. mana, biar aku tengok!” ujar Shahir Safwan lalu menapak ke depan bertentangan dengan diri Dira Zulaikha.
Tangan kasar Shahir Safwan menyentuh lembut kepala Dira Zulaikha. Perlahan-lahan tangannya mengusap kepala gadis itu. Dira Zulaikha terkejut dengan kelakuan lelaki itu dengan tiba-tiba.
“dah, sikit je. Tak luka pun kepala kau tu!” ujar Shahir Safwan selepas menjatuhkan tangan kasarnya ke bawah.
Dira Zulaikha melihat Shahir Safwan tidak berkelip. Dia seakan tidak percaya lelaki itu sanggu berbuat seperti itu.
“oii…kau nie kenapa?. sakit sangat ke, sampai tak bercakap nie?” soal Shahir Safwan hairan.
“hah!! takde..takde apa-apa..aku tak sakit pun.!” ujar Dira Zulaikha gagap.
“dah lah, aku masuk bilik dulu. Satu lagi petang nie kau tunggu aku kat depan pintu masuk bangunan nie!” arah Shahir Safwan.
“nak buat apa?. Aku dah janji nak balik dengan kawan-kawan aku nak balik sama-sama!” tanya Dira Zulaikha.
“kau ikut jelah. Nanti kau taulah! Ko cakap je kau ada hal petang nie, tak boleh balik sama-sama. Ingat, tunggu aku petang nie, kalau kau balik jugak aku cari kau sampai kat rumah, faham!” ujar Shahir Safwan keras.
“eh, eh…dia yang ajak aku keluar, tapi nak marah pulak. Yelah mamat serabut,” jawab Dira Zulaikha perlahan.
Shahir Safwan yang sudah berjalan beberapa langkah menoleh apabila mendengar ayat itu. Matanya tajam melihat ke arah Dira Zulaikha. Dia malas untuk bertekak dengan ‘adik saudara angkat’nya itu. Ada je kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama