AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 12 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 34

BAB 34
“sayang….boleh ke nak jalan nie?” soal Syahril apabila melihat isterinya susah untuk bangun.
“boleh lah bang, Dira ok lagi nie!” kata Dirani dengan meyakinkan suaminya.
“hmmm….abang cempung sayang, ye?” pinta Syahril.
“ishh…tak payahlah bang. Dira masih boleh berjalan lagi,” ujar Dirani menolak permintaan suaminya.
“hmmm…yelah, jom abang tolong angkat kan!”
Tangan kiri Syahril memegang tangan kanan isterinya. Manakala tangan kanannya terletak pada bahu Dirani. Dia mengangkat perlahan Dirani untuk bangun dari katil. Hari nie dia dan Dirani ada oppoiment dengan doktor yang merawat kandungan Dirani.
Syahril memimpin tangan isterinya menuruni tangga. Syahril mengambil cuti untuk menemani isterinya berjumpa dengan doktor walaupun sudah di larang oleh Dirani. Kandungan Dirani kini sudah berusia 7 bulan setengah. Dia bimbang jika isterinya pergi ke klinik sendirian. Walaupun dia tahu isterinya sudah boleh memandu kereta selepas fobia dengan kemalangan satu ketika dahulu.
“hati-hati ye…..” Syahril berpesan kepada isterinya.
“yelah, bang…” jawab Dirani ringkas.
“hmmm…abang bawak sayang sarapan dulu. Lepas tu baru kita pergi ke klinik, ok?” pinta Syahril lembut.
“ok…” jawab Dirani dengan ringkas.
Syahril dan Dirani menuju ke dapur. Kelihatan mak Siti dan Salmah sedang sibuk di dapur. Syahril menarik kerusi untuk Dirani duduk. Mak Siti yang baru siap membancuh air segera meletakkan jag ke atas meja makan.
“Syahril nak bawak Dirani ke mana awal-awal pagi nie?” soal Mak Siti apabila melihat Syahril hanya berpakaian seperti duduk di rumah.
“Syahril nak bawak sayang Syahril pergi klinik. Ari nie sayang Syahril ada temu janji ngan doktor,” Syahril memberitahu kepada Mak Siti.
“oooo…..jarang pulak mak tengok kamu sendiri yang teman Dirani pergi klinik. Selalunya Azrul yang tolong hantarkan atau pun Dirani pergi sendiri,” luah Mak Siti.
“hmmm…kebetulan Syahril tak banyak keje ari nie mak, tu yang terfikir nak pergi hantar sendiri sayang Syahril nie!” ujar Syahril.
“dah lah tu, makan cepat. Nanti lambat pulak sampai klinik,” pinta Mak Siti.
“yelah mak!. Mama mana?. tak nampak pun dari tadi,” tanya Syahril apabila tidak melihat kelibat Datin Jasmine.
“mama kamu keluar pergi hantar Mia ngan Aishah. Lepas tu dia katanya nak pergi beli barang sikit!” Mak Siti memberitahu kepada Syahril.
“ooo…..” balas Syahril ringkas.
Mak Siti terus beredar dari meja makan itu. Banyak lagi kerja yang harus dilakukannya.
Syahril dan Dirani tiba di klinik seawal jam 9.00 pagi. Namun sudah ramai yang berada di klinik tersebut. Syahril memarkirkan keretanya di tempat yang disediakan. Dia keluar dari pintu kereta dan menuju ke tempat duduk isterinya. Pintu kereta di buka untuk isterinya.
Tangan Dirani di pegang, dan di tarik perlahan. Dirani melangkah keluar dari dalam kereta milik suaminya. Dirani mengeratkan pegangan tangan Syahril padanya. Langkah kakinya perlahan menuju ke pintu masuk klinik itu. Syahril membuka pintu masuk pusat rawatan itu.
Syahril meletakkan kad rawatan di kaunter pendaftaran sebelum mencari tempat duduk untuk isterinya. Hampir 15 minit menunggu, nama Dirani di panggil oleh jururawat yang bertugas. Syahril mengangkat perlahan Dirani bangun dari kerusinya.
“abang temankan sayang masuk dalan, nak?” pinta Syahril yang ingin menemani Dirani masuk berjumpa dengan doktor.
“tak payahlah, abang tunggu Dira kat luar je. Lagi pun bukan lama sangat Dira masuk kat dalam tu,” jawab Dirani dengan lembut.
“hmm…kalau macam tu, abang tunggu sayang di kerusi hujung tu, ye!” kata Syahril dengan menunjukkan tempat yang dikatakan.
“yelah…abang jangan pergi mana-mana pulak!” pesan Dirani pada Syahril.
“tak, abang duduk kat situ je. Sayang kalau nak apa-apa, panggil abang ye,” pesan Syahril sebelum Dirani melangkah masuk ke bilik tersebut.
Dirani menganggukkan kepalanya seraya masuk ke dalam bilik rawatan itu. Pintu ditutup perlahan.
“assalamualaikum….” ucap Dirani kepada doktor yang bertugas pada hari itu.
“waalaikumussalam….Puan Dirani,” balas Doktor Nadia lembut.
“silakan duduk!” sambung doktor Nadia lagi.
“terima kasih,” balas Dirani sambil menarik kerusi di depannya lalu duduk.
“puan datang sorang lagi ke?” soal doktor Nadia.
“takdelah, ari nie saya datang dengan suami saya,” Dirani memberitahu kepada doktor Nadia.
“ooo, kenapa suami puan tak masuk sekali?.” Tanya doktor Nadia lagi.
“suami sayang memang nak masuk kat dalam nie, tapi saya suruh dia tunggu kat luar je. Takpelah, biar saya sorang je yang masuk,” Dirani menjelaskan kepada doktor Nadia.
“oklah, kalau macam tu. Hmm…puan boleh berbaring di atas katil di sana tu!” ujar doktor Nadia sambil jarinya menunding ke tempat yang di tunjukkan.
“baiklah doktor,” jawab Dirani lalu bangun dari kerusi dan menuju ke katil yang ditunjukkan.
Dirani melabuhkan punggungnya ke atas katil. Perlahan-lahan di berbaring di atas tilam. Kain bajunya yang terselak di tarik ke bawah. Doktor Nadia menghampiri Dirani yang sudah berbaring di atas katil.
Stetoskop yang tergantung di leher milik doktor Nadia digunakan untuk mendengar jantung milik Dirani dan juga baby yang berada di dalam kandungan. Hampir 20 minit berada di dalam, Dirani keluar dari bilik tersebut. Syahril yang sentiasa menunggu isterinya di luar segera berjalan ke arah isterinya.
Tangan Syahril memeluk kemas bahu isterinya. Mereka keluar dari pusat rawatan tersebut.
“doktor kata apa?” tanya Syahril kepada isterinya.
“takde apa-apa, kandungan Dira alhamdulillah, ok. Takde apa-apa masalah. Cuma doktor pesan jangan buat keje-keje yang berat. Suruh berehat je kat umah tu,” Dirani menjelaskan kepada Syahril.
“betullah kata doktor tu! Sayang tu, abang dah cakap duk kat rumah je, tapi nak jugak ikut abang pergi pejabat,” kata Syahril.
“alahhh….due Dira kan lambat lagi. Kalau Dira duk rumah, mesti bosan. Baik Dira ikut abang pergi keje. Dapat jugak buat keje walaupun sikit-sikit. Dapat jugak Dira sembang ngan Stacy,” ujar Dirani kepada Syahril.
“habis, kat umah sayang tak boleh sembang ke?. Kan mama, mak, Salmah dan adik-adik sayang ada kat umah jugak!”
“mak ngan Salmah asyik sibuk je kat dapur. Mama pulak selalu keluar jumpa ngan ahli persatuan dia. Aishah kan sibuk ngan study dia, takkanlah Dira nak ganggu pulak.” Luah Dirani.
“yelah tu, banyak sangat alasan yang sayang bagi kat abang tu! Sayang duk kat sini, abang pergi kat kereta dulu!” kata Syahril kepada Dirani.
“takpelah, Dira ikut abang sekali lah pergi kat kereta tu. Nanti tak payahlah abang berhenti lagi kat depan nie!” balas Dirani.
“cuaca tengah panas nie!” Syahril memberitahu kepada isterinya lembut.
“takpe, Dira ok je nie…abang tak payah nak risaulah.” ujar Dirani supaya dia ikut sekali pergi ke tempat parking kereta.
“yelah-yelah…jom!” balas Syahril seraya memimpin tangan isterinya menuju ke kereta.
“sayang, kita pergi pusing-pusing nak?. Abang bawak sayang jalan-jalan kat tasik, okey?” Syahril mengajak isterinya setelah mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.
“boleh jugak, tapi abang takde keje ke lepas nie?” soal Dirani lembut.
“laa…kan abang cuti ari nie, manalah abang ada keje!” kata Syahril sambil mencuit hidung isterinya.
“abang bawak sayang pergi ambik angin kat tasik ok?” sambung Syahril lagi.
“ok…” balas Dirani ringkas.
Kereta Syahril meluncur laju di jalan raya. Keadaan jalan yang tidak sibuk mempercepatkan lagi ketibaan Syahril dan Dirani ke tempat yang di tuju. Syahril memberhentikan keretanya di bawah pokok rhu yang besar. Mereka berdua keluar dari kereta dan berjala-jalan di kawasan sekitarnya.
Syahril mencari tempat duduk untuk isterinya berehat. Tidak ramai yang datang ke tasik tersebut kerana masing-masing sibuk dengan tugas-tugas di tempat keje. Hanya terdapat beebrapa orang pelancong asing dan jugak sekumpulan kanak-kanak yang mungkin datang bersama-sama dengan family masing-masing.
Syahril setia duduk di sisi Dirani. Dia kelihatan asyik memerhatikan kanak-kanak yang bermain di hadapannya. Gelagat serta tawa kanak-kanak itu mencuit hatinya. Syahril bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tempat kanak-kanak itu bermain. Dirani hanya melihat suaminya yang begitu asyik bermain dengan mereka.
Sesekali Syahril berlari mendapatkan bola yang ditendang ole h sekumpulan kanak-kanak tersebut. Ke sana ke mari Syahril berlari mengejar bola itu. Dirani tersenyum sendiri melihat telatah Syahril.
“sayang………..” Syahril memanggil isterinya yang berada agak jauh dari tempat dia dan kumpulan kanak-kanak itu.
Dirani melihat ke arah suaminya. Dia mengangkat bahu kepada Syahril.
“jomlah, teman abang main ngan budak-budak nie,” ajak Syahril yang bersuara agak kuat.
“tkpelah, Dira duduk kat sini je!” balas Dirani dengan lontaran suara yang kuat, bimbang suaminya tidak faham apa yang dikatakannya.
“ok….” jawab Syahril ringkas seraya menunjukkan simbol pada tangannya.
Setelah agak lama, Syahril kembali semula ke tempat isterinya berehat. Bajunya basah akibat peluh yang keluar. Syahril melabuhkan punggungnya ke sisi isterinya. Nafasnya turun naik selepas bermain ngan kanak-kanak tersebut. Mungkin kepenatan melayan kanak-kanak itu bermain.
“tengok, dah berpeluh abang layan budak-budak tu!” kata Dirani lalu mengeluarkan tisu yang ada didalam beg tangannya. Dia kemudiannya mengelapkan peluh di wajah Syahril.
Syahril tersenyum dengan sikap ambil berat isterinya.
“penatlah layan budak-budak tu,” kata Syahril.
“aikk! Baru je main ngan diorang, takkan dah penat kot.” Kata Dirani seolah-olah memperli suaminya.
“alahh, sayang bukannya main ngan diorang. Abang nie haa, penat lari kejar bola tu,” ujar Syahril sambil meletakkan kepalanya pada bahu milik Dirani.
“yelah tu….Dira tengok abang pulak yang terlebih main, kesian kat diorang tu,” kata Dirani.
“nanti, kalau anak kita dah keluar tentu dia aktif cam budak-budak tu jugakkan!”
“tak naklah baby Dira tu aktif sangat, nanti tak larat Dira nak kejar dia!”
“isshhh sayang nie, kan abang ada. Nanti abang kejar lah anak kita tu,” balas Syahril.
“elehh…abang tu kalau dah sibuk kat pejabat, Dira pun abang boleh lupa. Ingatkan Dira keje ngan abang, dapatlah jumpa selalu. Tapi time nak balik jugak baru dapat jumpa ngan abang kat pejabat tu!” dirani menarik hidung suaminya.
“hehehe…ye ke, abang buat macam tu?. Alah, kat rumah kan sayang boleh manja ngan abang lagi. Nak lebih dari tu abang sanggup tau!”ujar Syahril seraya mengangkat kepalanya yang berada di bahu Dirani.
“dah mula lah tu!” kata Dirani dengan nada geram.
“abang mula apanya?. Sayang jugak yang cakap abang lupa kat sayang bila duk kat pejabat!” balas Syahril dengan senyuman dibibirnya.
“haaa…yang abang tetiba je senyum nie kenapa?” soal Dirani sambil mengerling ke arah suaminya.
“abang senyum pun tak boleh ke?. Kang kalau abang masam sayang kata muka abang tak handsome pulak!” Syahril masih lagi mengusik isterinya.
“erk?..tapi sekarang nie pun abang memang tak handsome,” ujar Dirani dengan selamba.
“amboi….amboi…sedapnya sayang kata kat abang macam tu!”
“betullah….memang abang tak handsome pun!” Dirani masih lagi mahu mengusik suaminya.
“betul nie?. betul abang memang tak handsome di muka sayang?” soal Syahril berkali-kali.
“hmmm….”jawab Dirani ringkas.
Syahril bangun dari kerusi dan berjalan meninggalkan Dirani keseorangan. Dirani terkejut dengan suaminya yang tiba-tiba pergi dari situ. Dirani juga turut bangun dari tempat duduknya dengan perlahan. Dia ikut sama menjejaki langkah Syahril.
“abang…….abang…….” Dirani memanggil Syahril yang sudah jauh berada di depannya.
Syahril masih meneruskan langkahnya. Bukan dia terasa sangat dengan kata-kata isterinya, cuma dia mahu Dirani memujuknya. Sengaja dia mahu merajuk buat seketika.
“betul abang tak dengar Dira panggil nie, atau abang saje buat-buat tak dengar panggilan Dira?” soal Dirani dengan lontaran suara yang agak kuat.
Syahril menghentikan langkahnya. Namun dia tidak memalingkan mukanya ke belakang. Hanya menunggu kata-kata dari isterinya.
“ok, kalau abang tak nak cakap ngan Dira, malam nie Dira nak tido ngan mama. Abang tidolah sorang-sorang dalam bilik tu,” ujar Dirani dengan mengugut Syahril.
Syahril masih lagi tidak berpaling ke belakang.
“takkanlah sampai macam tu sekali. Takkan dia nak tido ngan mama kot malam nie. Habis aku cmner?. Aku mana boleh tido sorang-sorang nie. Aku nak peluk sape nanti masa nak tido?” Syahril mengomel sendirian.
“ok!...Dira pergi dulu ye. Abang duduklah sorang-sorang kat tasik nie. Layan rajuk abang tu sorang-sorang, ye?” kata Dirani yang pura-pura melangkah meninggalkan Syahril.
Dirani berpusing ke belakang dan lambat-lambat berjalan suaminya. Syahril yang sudah tidak mendengar suara isterinya menoleh ke belakang mencari Dirani. Dia ternampak isterinya sedang meninggalkan tempat itu.
“aikkk!...takkan dia betul-betul nak tinggalkan aku kat sini?. Aku takdelah terasa sangat ngan kata-kata dia tadi, aku cuma nak acah-acah je tadi.” Syahril bercakap sorang-sorang.
Dirani masih lagi berjalan. Dia tau suaminya pasti tidak akan membiarkannya balik sorang diri. Dan dia juga tau suaminya itu buat-buat merajuk.
Syahril berlari-lari anak mengejar isterinya. Dirani terdengar akan tapak kasut milik suaminya. Terbit senyuman di bibirnya, namun dia tidak pantas menoleh hanya meneruskan langkahnya yang perlahan.
“sayang…….tunggulah abang!” kata Syahril seraya menarik tangan Dirani.
Dirani menghentikan langkahnya.
“Dira nampak ada orang tengah merajuk tadi! Abang nampak tak?” soal Dirani seakan memperli suaminya.
“ye ke?...abang tak nampak pun. Kat mana sayang tengok orang yang tengah merajuk tu?” tanya Sayhril dengan senyuman di bibirnya. Dia tau isterinya sedang mengata akan dirinya.
“abang tak nampak ke?.Dira rasa macam kenal ngan orang tu!” usik Dirani lagi.
“ye…..tkpe, nanti sayang kenalkan abang dengan orang tu k?” pinta Syahril sambil tangannya menarik hidung milik isterinya.
“haaa…yang abang tetiba je ada kat sisi Dira nie, kenapa?. Bukan ke abang dah tinggalkan Dira sorang-sorang tadi!” ujar Dirani menjeling ke arah suaminya.
“mana ada abang tinggal sayang, takdelah. Abang cuma jalan-jalan kat depan tu je,” kata Syahril dengan memuncungkan mulutnya ke depan.
“yelah tu…..atau abang takut kena tido sorang-sorang malam nie?” soal Dirani dengan senyuman dibibirnya.
“mana ada, abang tak takutlah tido sorang. Sayang tu je yang tak boleh kalau tak tido ngan abang kan,” Syahril sengaja mengusik isterinya.
“betul nie abang tak kisah kalau kena tido sorang malam nie?” tanya Dirani dengan memandang wajah suaminya.
“aaahhh, kenapa?” soal Syahril kembali.
“oooo….kalau macam tu, malam nie Dira ingat nak tido ngan mama je. Kesian kat mama, dah lama tido sorang-sorang. Sesekali takpelah kan kalau Dira nak tido ngan mama pulak,” ujar Dirani yang masih lagi merenung wajah suaminya.
“mana boleh!” dengan pantas Syahril berkata.
“kenapa pulak tak boleh?” Dirani sengaja menyoalkan suaminya. Senyuman dibibirnya semakin mekar.
“hehehe….sayangkan tau abang tak pernah tido sorang-sorang dalam bilik tu. Nanti takde sape yang nak peluk abang. Takde sape yang nak cium abang sebelum abang tido. Takkanlah sayang nak buat macam tu kat abang, tak kesian kat abang ke?” tanya Syahril kepada Dirani. Tangannya mula melingkari di pinggang isterinya.
“kesian….Dira kesian sangat kat suami Dira yang sorang nie. Dahlah handsome, baik hati, manja, peramah, banyak lagilah.”
“abang handsome?. Tadi sayang cakap abang tak handsome, sekarang sayang cakap abang handsome pulak!” kata Syahril.
“takpelah kalau abang tak sudi terima pujian dari Dira. Nampaknya lepas nie Dira tak bolehlah nak kata camtu lagi kat abang kan!” ujar Dirani.
“abang handsome ek?” Syahril kembali bertanya soalan yang tadi.
“ye…….suami Dira nie handsome sangat-sangat. Kalah pelakon cerita indonesia tu, ermm…Aqso kan!”
“abang tau, abang nie memang handsome. Saje abang nak tanya kat sayang tadi,” usik Syahril.
“banyaklah abang nak tanya, tadi bukan main merajuk. Tinggalkan Dira sorang-sorang kat situ!” luah Dirani dengan nada geram.
“dah tu, sayang cakap muka abang tak handsome!” kata Syahril lagi.
“elehhh….Dira gurau sikit pun tak boleh. Macam budak-budaklah bang nie!” ujar Dirani sambil mencubit pipi Syahril nie.
“abang tau sayang suka bergurau ngan abang kan. Tadi tu abang main-main je.” Ujar Syahril kepada isterinya.
Syahril dan Dirani memulakan langkahnya kembali. Sedang asyik berjalan, tiba-tiba sebuah bola meluncur laju terkena kaki Syahril. Syahril menundukkan dirinya untuk mengambil bola tersebut. Dia kemudiannya ternampak sepasang suami isteri bersama dengan seorang budak menuju ke arah mereka.
“maaf, ye kalau bola tu terkena pada encik,” kata seorang lelaki kepada Syahril.
“takpe, bukan sakit sangat pun,” balas Syahril ikhlas.
“Iwan, cepat mintak maaf ngan uncle nie!” ujar lelaki itu tadi kepada anaknya.
“uncle, sori ye sebab Iwan sepak bola nie sampai terkena kaki uncle.” Kata budak itu dengan menghulurkan tangannya kepada Syahril.
“tkpe Iwan, uncle bukannya sakit pun kena bola Iwan tadi,” balas Syahril dengan lembut.
“uncle, yang tu isteri uncle ek?” soal Iwan lagi.
“Iwan!!!” panggil lelaki tadi dengan nada yang agak geram. Iwan segera menundukkan kepalanya ke bawah.
“tkpelah encik, bukan salah pun soalan Iwan nie tadi. Aaahh Iwan, yang ada kat sebelah uncle nie isteri uncle. Dirani nama dia,” Syahril memperkenalkan isterinya kepada budak yang bernama Iwan.
Dirani memberikan senyuman kepada pasangan suami isteri serta anaknya yang bernama Iwan itu. Iwan segera menyalami tangan Dirani mesra.
“maaf ye dik, anak akak memang macam tu! Terlebih peramah dengan orang lain walaupun baru kenal.”ujar seorang wanita yang datang bersama dengan lelaki tersebut.
“takpelah kak, saya tak kisah pun.” Jawab Dirani dengan senyuman di bibirnya.
“dah berapa bulan kandungan tu?’ soal wanita itu lagi dengan mesra.
“hmm…dah nak masuk 8 bulan kak!” balas Dirani lagi.
“ooo….akak sebenarnya ada kat depan tu tadi. Dah lama jugak akak perhatikan adik kat tempat adik tadi. Akak suka tengok wajah adik, cantik sangat-sangat. Nanti kalau baby tu dah keluar, mesti baby tu ikut muka adik yang cantik nie.” ucap wanita tersebut dengan senyuman manis.
Dirani tersenyum menerima pujian itu.
“terima kasih kak. Akak pun cantik jugak,” ucap Dirani dengan ikhlas.
“kalau macam tu, kami pergi dulu ye. Insyaallah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi,” kata lelaki tersebut lalu bersalam dengan Syahril.
“insyaallah…..” ujar Syahril ringkas.
“akak pergi dulu ye, jaga kandungan tu baik-baik ye dik!” wanita itu pulak menyalami tangan Dirani lembut.
“uncle, auntie….Iwan pergi dulu ye. Uncle kena jaga auntie baik-baik tau, nanti dapat baby yang cantik macam auntie nie!” giliran Iwan pulak yang bersalaman dengan Syahril dan juga Dirani.
Pasangan itu meninggalkan Syahril dan Dirani pergi bersama-sama dengan anaknya Iwan. Syahril menoleh ke arah isterinya. Dia memandang wajah tulus Dirani dengan mendalam.
“kenapa?” soal Dirani dengan mengerutkan dahinya.
“takde apa-apa…..” jawab Syahril ringkas. Sebenarnya dia juga turut mengaku bahawa isterinya benar-benar cantik. Tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kecantikkan asli isterinya. Tanpa solekan pun wajah isterinya tetap cantik. Kata-kata wanita tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
“abang tak habis ke tengok muka Dira nie?” soal Dirani apabila suaminya begitu asyik memandang wajahnya.
“belum lagi!” jawab Syahril dengan pantas.
“abang tengok apa kat muka Dira nie, muka Dira comot ek?” soal Dirani seraya meraba-raba ke wajahnya.
“takdelah, takde apa-apa pun kat muka sayang tu,” ujar Syahril lalu menurunkan tangan isterinya.
“dah tu, dari tadi abang duk tengok muka Dira. Mesti ada apa-apa kan!”
“betul, takde apa-apa kat muka sayang tu. Abang suka tengok wajah sayang. Memang betul kata wanita tadi tu, sayang memang cantik!” ucap Syahril lalu membenamkan bibirnya pada pipi lembut Dirani.
“apa abang nie! tak malu ke kat akak tadi tu. Tengok, diorang pandang balik kat kita,” kata Dirani dengan geram.
Syahril menoleh ke arah pasangan itu tadi. Dia menganggukkan kepalanya kepada pasangan tersebut. Pasangan itu tersenyum melihat gelagat Syahril dan Dirani.
“hehehe….takpelah, diorang pun suka abang buat macam tu kat sayang!” balas Syahril selamba.
“dahlah, jom balik. Dira laparlah!” ajak Dirani dengan lembut.
“lapar?” olollolloooo…siannya kat sayang abang nie. Jom, lagi pun kejap lagi dah nak masuk waktu zohor.” ujar Syahril lalu menggenggam erat tangan Dirani dan mula meneruskan langkahnya ke kereta.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama