AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Rabu, 1 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 29

BAB 29
Suasana pagi yang nyaman. Dirani bersiap-siap untuk keluar dari biliknya. Syahril masih lena di atas katil selepas menunaikan solat subuh. Kedengaran suara-suara dari arah dapur rumah Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi. Dirani kemudiannya melangkah ke arah suara-suara tersebut. Kelihatan tok dan opah sedang bersembang mesra sambil mengadap sarapan pagi.
“assalamualaikum tokopah” kata Dirani dengan mesra.
“waalaikumussalam…..” jawab Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi serentak.
“awal Dira bangun. Jom sarapan ngan tok dan opah sekali,” ajak Haji Zawawi.
“dah biasa tok,…opah masak apa nie?” tanya Dirani apabila melihat sarapan pagi sudah terhidang di atas meja.
opah cuma buat nasi lemak je pagi nie!” ujar Hajjah Mahanum.
“Syahril mana? Kenapa dia tak turun sekali ngan Dira?” soal Haji Zawawi sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh isterinya.
“tadi dah bangun masa nak solat subuh. Lepas tu abang tido balik, ngantuk katanya,” jawab Dirani.
“masa Dira keluar tadi pun abang belum lagi,” sambung Dirani lagi.
“Dira duduklah dulu, makan sekali ngan tok dan opah!” ajak Hajjah Mahanum lembut.
“yelah opah…wahhh!! nampak sedap je nasi lemak nie. Dah lama Dira tak makan nasi lemak,” kata Dirani lalu duduk mengambil tempat berhadapan dengan Hajjah Mahanum.
“ishhh kamu nie Dira, belum makan lagi dah kata sedap!” balas Hajjah Mahanum.
“Dira yakin mesti sedap nasi lemak buatan opah nie” ujar Dirani ikhlas.
“haaa….kalau macam tu, kena makan banyak sikitlah. Tak gitu toknya?” kata Hajjah Mahanum kepada Haji Zawawi.
“betul kata opah kamu tu. Tok tengok kamu nie kurus je, Syahril tak bagi kamu makan ke?” soal Haji Zawawi.
“takdelah tok..opah. Dari dulu lagi badan Dira macam nie, makan banyak pun tetap kurus jugak,” Dirani memberitahu Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi.
Sedang leka Dirani berbual-bual dengan tok dan opahnya, Syahril yang baru keluar dari biliknya terus menuju ke arah dapur.
“assalamualaikum….tok, opah,” ucap Syahril lembut.
“waalaikumussalam….” jawab mereka serentak.
Syahril menghampiri Dirani dan duduk di sebelahnya.
“selamat pagi sayang….” kata Syahril kepada Dirani dengan lembut.
“selamat pagi! ‘awal’ abang bangun?” tanya Dirani dengan sinis.
“hehehe…abang ngantuk sangat tadi. Tu yang abang sambung tido balik,” jawab Syahril dengan tersengih.
“mana tak mengantuk, kalau tengah-tengah malam pun belum tido lagi,” kata Haji Zawawi seakan memperli Syahril.
Dirani dan Syahril berpandangan sama sendiri. Terbit senyuman di bibir antara mereka berdua selepas itu.
“dahlah toknya. Syahril…Dirani, makan dulu. Nanti kan sejuk pulak nasi tu,” ujar Hajjah Mahanum.
…………………………….
Syahril sedang berehat di pangkin kayu berdekatan dengan pokok mangga. Angin petang yang beritpu sepoi-sepoi bahasa menenangkan fikirannya.
Tiba-tiba Dirani melabuhkan punggung di sisinya sambil meletakkan Nescafe panas di atas diatas meja. Syahril terkejut.
“assalamualaikum…..,” Dirani menyapa.
“waalaikumussalam…”jawabnya.
“Dira tengok abang asyik termenung dari tadi, kenapa?” soal Dirani cuba berbual. Tangannya menolak secawan Nescafe panas yang berasap-asap ke arah Syahril.
“takde apa-apalah sayang. Dah lama abang tak buat keje sambilan nie. Tiba-tiba terdetik pulak nak melayani fikiran. Layan jelah,”
“yelah tu, ntah-ntah abang ingat kat perempuan lain tak?” soal Dirani dengan nada cemburu.
“isshhh…merepek je sayang nie. Takkanlah abang nak ingat kat perempuan lain pulak.” balas Syahril dengan senyuman di bibir.
“manalah Dira tau kan!,” kata Dirani ringkas.
“takde maknanya abang nak ingat kat orang lain. Dari abang ingat kat orang yang abang tak kenal, baik abang ingat kat isteri kesayangan abang nie,” ujar Syahril sambil tangannya menarik hidung milik Dirani.
“yelah tu…..besok kita dah nak balik kan?” tanya Dirani kepada Syahril.
“ye, kenapa, sayang nak duduk kat kampung nie lagi ke?” tanya Syahril kembali.
“Dira rasa tak puas lagi duduk kat kampung nie. Sekejap je dapat berbual-bual dengan opah dan tok,” luah Dirani sambil mengeluh kecil.
“sayang nak tinggal kat sini?” tanya Syahril sambil menggenggam tangan isterinya lembut.
“boleh ke Dira nak duduk ngan tok dan opah kat kampung nie?”
“mana boleh!” jawab Syahril ringkas.
“habis tu, kenapa abang tanya Dira samada nak tinggal kat sini tadi!. kata Dirani dengan nada geram.
“kalau sayang tinggal kat kampung nie dengan tok dan opah, sape nak temankan abang tido?. sape nak buat keje-keje sayang di ofis tu?. sape yang temankan abang makan?. nanti abang nak bermanja ngan sape kat rumah tu?” Syahril memberikan banyak alasan.
“mengada-ngada betul abang niekan!” kata Dirani masih lagi dengan nada geram.
“ehem….ehem…..” tiba-tiba ada suara lain yang berbunyi.
Syahril dan Dirani pantas menolah ke arah suara tersebut.
“assalamualaikum kawan………..”Daus menyapa mesra.
“waalaikumussalam….Daus!” balas Syahril lalu bangun dan memeluk sahabatnya itu.
“bila kau sampai?. aku tak sedar pun!” kata Syahril dengan gembira kerana tidak sangka dapat berjumpa kembali dengan sahabat lamanya di kampung itu.
“aku baru je sampai. Macam mana kau nak sedar, asyik tengok bini kau je kat sebelah,” balas Daus selamba.
“kau nie, dari dulu sampai sekarang asyik nak sakat aku je,” kata Syahril lagi.
“biasalah kawan, takkan kau tak kenal ngan aku lagi!”
“kau datang ngan sape nie?” soal Syahril.
“aku datang ngan bini akulah. Anak aku ada sekali tu,” ujar Daus seraya jari tangannya menunjuk ke arah isterinya Ema dan anaknya Ratu.
“laa….asal kau tak ajak dia datang sini. Kau nie, duk biarkan anak ngan bini kau duk tengah panas buat apa?” kata Syahril sambil melihat ke arah isteri dan anak Daus.
“aku ingat nak kejutkan kau tadi. Tu yang aku lupa nak ajak anak bini aku sekali tadi,” selamba Daus menjawab.
“kejap, aku pergi panggil anak bini aku dulu,” sambung Daus lagi.
“abang, sape tu?” soal Dirani menghampiri suaminya.
“kalau sayang nak tau, tulah kawan abang kat kampung nie. Yang abang tanya kat tok masa kita sampai ari tu,” Syahril memberitahu isterinya.
“oooo…..kata Dirani ringkas.
Daus dan Ema menghampiri Syahril kembali. Daus mendukung anaknya Ratu bersama dengannya.
“haaa….Syahril nielah isteri aku Ema. Dan yang duduk di dukung aku nie, nama dia Ratu, anak pertama aku. Baru nak masuk 2 tahun.” Daus memberitahu kepada Syahril.
“tak sangka aku kau dah dapat anak rupanya. Dah lama kita tak jumpa kan?” soal Syahril.
“tulah kau, bukan nak balik kat kampung nie. Kalau tak pasal opah dan tok kau kat kampung nie, tentu kau takkan balik sini lagi kan!” kata Daus seakan memperli Syahril.
“alah…aku sibuklah kat pejabat tu. Eh! lupa pulak aku nak kenal kan isteri aku. Yang nielah isteri aku, Dirani.” Syahril memperkenal isterinya kepada Daus.
“sayang…. yang tu Ema, isteri Daus, kawan abang,” kata Syahril dengan mesra.
“hai!!....Dirani menegur Ema dan bersalam dengannya.
“hai!!...Ema membalas teguran Dirani dengan senyuman manis.
“jomlah naik kat atas. Panas kat sini nie, kesian kat baby kau tu,” Syahril menjemput Daus sekeluarga naik ke rumahnya.
“elok jugak tu, dah lama aku tak sembang ngan kau nie!” kata Daus menerima ajakan Syahril.
Daus, Ema, Syahril dan Dirani berjalan menuju ke rumah opahnya.
“jemputlah duduk, nanti Dira buatkan air!” kata Dirani dengan mesra lalu melangkah ke dapur opahnya.
“dah lama ke kau kawin dengan bini kau tu??” soal Daus.
“hmm…dah dekat setahun jugak,”balas Syahril ringkas.
“baru lagi rupanya, patutlah aku tengok macam orang tengah honeymoon je tadi. Sampai tak berkelip mata tengok bini kau tu,” ujar Daus dengan ketawa.
“hahaha……kau nie, tak habis-habis nak kenakan aku!. nie, camner kau tau aku da kat kampung?”soal Syahril.
“tengah hari tadi aku ada jumpa ngan opah dan tok kau. Diorang lah yang cakap kat aku kau ada kat kampung.” Daus memberitahu kepada Syahril.
“oooo….”balas Syahril ringkas.
Dirani melangkah kembali ke ruang tamu dengan membawa dulang berisi jag air dan beberapa biji cawan. Dia kemudiannya meletakkan dulang di atas meja kecil yang berada di tengah-tengah antara kerusi. Selepas menuangkan air ke dalam cawan, dia kembali duduk di sisi Syahril.
“comel anak akak!” kata Dirani memuji anak Ema yang dipanggil kakak.
“ye?. comel ikut ibu dia,” jawab Ema dengan ketawa.
“boleh Dira pegang anak akak?” tanya Dirani lembut.
“boleh je!” jawab Ema.
Dirani pantas bangun dan menuju ke tempat Ema duduk bersama-sama dengan Ratu. Dirani mengambil Ratu dari riba Ema dan kemudiannya kembali ke tempat duduknya di sebelah Syahril.
“yang kau ni Ril, bila lagi nak ada anak?” tanya Daus apabila melihat mesra anaknya berada di riba isteri Syahril.
“belum ada rezeki lagi lah kawan. Lagi pun sape yang tak nak anakkan! Buat masa nie biarlah aku sorang je yang bermanja ngan isteri aku. Nanti kalau aku dah ada anak, mana boleh aku nak bermanja lagi ngan sayang aku nie, ” kata Syahril dengan berseloroh.
“kau nie kan, agak-agaklah sikit. Dah besar panjang pun masih nak bermanja ngan bini kau lagi,” balas Daus bersahaja.
“eleh, kau tu dengki sebenarnya ngan aku. Yelah, Ema lebih suka layan anak kau daripada dia melayan kau tu,”
“hahahaha………”Daus akhirnya ketawa besar.
Daus dan Ema meminta diri untuk pulang apabila hampir 2 jam berada di rumah opah dan tok Syahril. Syahril gembira dapat bertemu sahabat lamanya.
 “Syahril, Dirani…..dah siap kemas kan baju-baju kamu tu?” soal Haji Zawawi kepada cucu-cucunya yang berada ruang tamu.
“dah tok….awal-awal lagi kami dah siapkan,” jawab Syahril.
“pukul berapa kamu nak bertolak esok?” tanya Haji Zawawi lagi.
“kalau takde apa-apa pukul 9.00 pagi esok kami bertolak tok, opah,” Syahril memberitahu kepada Haji Zawawi dan juga Hajjah Mahanum.
opah rasa edih nak berpisah ngan cucu baru opah nie,” luah Hajjah Mahanum dengan memeluk mesra Dirani.
Dirani membalas pelukan Hajjah Mahanum lembut.
“Dira pun sedih jugak nak berpisah ngan opah. Belum sempat Dira nak merasa kasih sayang tok dan opah lebih lama,” balas Dirani dengan linangan air mata.
“sudah-sudahlah tu opahnya….ada masa nanti cucu-cucu awak nie balik semula kat kampung nie.” kata Haji Zawawi menenangkan perasaan isterinya.
“alah opah….nanti Syahril bawak isteri Syahril balik kampung lagi. Opah janganlah sedih-sedih macam nie!” balas Syahril dengan menggenggam tangan Hajjah Mahanum dengan lembut.
“dah-dah, Syahril bawak isteri kamu masuk tido. Esok kamu nak berjalan jauh, pergi masuk berehat dulu,” arah Haji Zawawi.
“yelah tok, opah….kami masuk tido dulu ye!” kata Syahril.
………………………………….
Keesokkan paginya kelihatan Syahril sedang meletakkan beg pakaiannya di dalam bonet kereta. Dirani, Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi masih lagi berada di beranda rumah mereka. Syahril menghampiri isteri dan opah juga toknya.
opah….tok, kami pergi dulu ye,” kata Syahril sambil bersalaman dengan Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“hmmm…yelah, Hati-hati bawak kereta tu Syahril,” pesan haji Zawawi.
opah….tok, Dira balik dulu ye. Insya allah, kalau ada masa Dira ngan abang balik lagi kat kampung nie,” ujar Dirani seraya menyalami tangan kedua-dua orang tua itu.
“Dira…opah ngan tok tak ada apa-apa nak bagi kat kamu, cuma nie saja yang mampu opah ngan tok bagi,” kata Hajjah Mahanum sambil meletakkan kotak kecil yang berbalut kemas di telapak tangan Dirani.
“apa nie opah….tok?” tanya Dirani hairan.
“hadiah untuk perkahwinan kamu dan cucu tok, Syahril,” jawab Haji Zawawi bagi pihak isterinya.
“tapi Dira tak nak apa-apa pun, cukup sekadar restu dan doa opah ngan tok untuk Dira dan juga abang,” ujar Dirani ikhlas.
“kami sentiasa merestui dan berdoa untuk kebahagiaan kamu, dan juga Syahril. Pemberian nie ikhlas dari opah dan juga tok. Dira terimalah ye,” pinta Hajjah Mahanum.
“Dira jaga diri baik-baik. Sampaikan salam tok dan opah pada mama dan juga adik-adik kamu ye,” sambung Hajjah Mahanum lagi.
“insya allah opah…..” jawab Dirani ringkas.
Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi menghantar cucu mereka sampai ke pintu kereta.
“ingat Syahril, hati-hati bawak kereta tu. Jangan pandu laju sangat, ingat isteri kamu ada kat sebelah kamu tu,” Haji Zawawi berpesan sekali lagi kepada Syahril.
“yelah tok, Syahril ingat pesanan tok tu,” balas Syahril sambil menutup pintu keretanya.
Perlahan-lahan kereta milik Syahril meninggalkan kawasan rumah kampung Hajjah Mahanum dan juga Haji Zawawi.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama