BILA HATI BERBICARA - BAB 22
BAB 22
Kaki Dirani beransur pulih. Dia juga sudah sihat sepenuhnya berbanding sebulan yang lalu. Keputusan X-ray menunjukkan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Dirani kembali berkerja di syarikat milik keluarganya. Dirani masih lagi pergi bersama dengan suaminya disebabkan fobianya yang masih belum hilang. Syahril yang faham akan keadaan isterinya lebih suka jika Dirani ke pejabat bersama dengannya.
Dirani dan Syahril melangkah keluar dari pintu lif dan menuju ke pejabat mereka. Semua staf-stafnya gembira dengan kedatangan Dirani setelah berehat daripada kemalangan itu. Stacy antara yang paling happy melihat Dirani berada di situ. Syahril meninggalkan isterinya yang sedang berborak mesra dan menuju ke biliknya.
“hmmm….cmner, kau betul-betul dah sihat ke?” soal Stacy.
“alhamdulillah, aku dah sihat,” jawab Dirani.
“aku happy kau masuk keje balik, dah sebulan aku duk cakap sorang-sorang tau,” luah Stacy.
“yelah tu, Akim kan ada. Takkan dia tak borak ngan kau?” tanya Dirani dengan senyuman dibibirnya.
“haaa…yang kau senyum-senyum nie kenapa?” soal Stacy.
“takde apa-apalah. Jomlah, masuk bilik aku. Takkan kau nak suruh aku berdiri je kat luar nie,” kata Dirani.
“hehehe…aku lupalah, excited sangat dapat keje ngan kau lagi,” ujar Stacy dengan gembira.
Dirani dan Stacy melangkah masuk ke bilik Dirani.
Syahril meneruskan perbincangannya mengenai projek di Singapore dengan Akim. Banyak perkara yang harus dilakukan teremasuk menandatangani beberapa dokumen-dokumen apatah lagi Syahril yang mengambil cuti panjang untuk menjaga isterinya di rumah. Perbincangannya dengan Akim berlanjutan hingga waktu tengah hari.
Ketika asyik berbincang, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi minta di jawab. Syahril memberhentikan sekejap perbincangannya dengan Akim.
“hello, assalamualaikum….” Syahril memberi salam.
“ya, saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal Syahril pada pemanggil tersebut.
“ok! Kalau macam tu besok saya akan pergi ke pejabat tuan,” balas Syahril.
“terima kasih banyak-banyak tuan, assalamualaikum.” Syahril memberi salam sebelum meletakkan telefon.
“sape tu Ril?” soal Akim ingin tau.
“Asp. Shah, dari ibu pejabat polis Kuala Lumpur,” Syahril memberitahu kepada Akim.
“dia nak apa?” Tanya Akim.
“esok aku kena pergi ke balai polis, berkenaan kes kemalangan yang melibatkan Dira hari tu,” balas Syahril.
“mungkin pihak polis ada maklumat tentang kemalangan yang melibatkan bini kau tu,” kata Akim.
“hmmm….aku pun rasa macam tu. Esok kau ikut aku ke balai polis ye, Kim….” Pinta Syahril kepada Akim.
“aku, no hal. Tapi kenapa kau tak bawak Dirani sekali?” soal Akim pada Syahril.
“aku tak nak dia terkejut bila dapat tau sape yang merancang kemalangan dia dulu. Fobia dia pun belum hilang lagi,” jawab Syahril.
“betul jugak cakap kau tu,” balas Akim.
Syahril dan Akim kembali nereuskan perbincangan mereka. Jam menunjukkan sudah sampai waktu makan tengah hari. Kebanyakkan staf-stafnya sudah keluar untuk makan dan sekali gus menunaikan solat zohor. Berbeza pulak dengan Dirani dan Stacy. Mereka masih lagi membuat keje di bilik mereka. Sesekali terdengar Dirani mengetuk mejanya dengan pen.
Masing-masing sibuk melakukan kerja. Tanpa ada gangguan dari sesiapa pada hari itu, dengan cepat Dirani dapat menyelesaikan kerjanya yang tertangguh. Walaupun dah tiba waktu makan tengah hari, dia tetap leka dengan kerjanya. Sedar tidak sedar jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Dirani segera ke bilik air untuk mengambil wuduk kemudian melangkah masuk ke bilik solat untuk menunaikan solat zohor.
Syahril telah menyediakan sebuah bilik solat untuk staf-stafnya yang beragama islam. Kebanyakkan mereka menunaikan solat di bilik tersebut. Usai bersolat, Dirani menuju ke bilik suaminya. Kelihatan Syahril dan Akim masih lagi sibuk meneruskan kerjanya. Dirani dengan perlahan mengetuk pintu bilik suaminya. Setelah mendapat arahan dari Syahril, Dirani membuka pintu bilik suaminya. Syahril melihat sedikit muka Dirani di balik pintu yang di buka olelh isterinya.
“sayang, masuklah,” Syahril menyuruh isterinya masuk.
“takpelah. Dira cuma nak tanya, abang dah makan belum?” soal Dirani.
“belum lagi, abang ngan Akim baru lepas solat. Lepas tu terus masuk bilik sambung perbincangan mengenai projek kita di Singapore tu,” jawab Syahril.
“hmmm…kalau macam tu Dira masuk bilik Dira dululah. Sori, Dira kacau abang ngan Akim nak discus,” kata Dirani.
“sayang!!....sayang dah makan?” Syahril bertanya akan isterinya.
“belum lagi, Dira baru je nak pergi makan dengan Stacy,” jawab Dirani.
“oklah, hati-hati ye,” ujar Syahril kepada isterinya.
Dirani hanya menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya menutup pintu bilik Syahril dan menuju ke tempat Stacy.
“kau nie Ril, kat pejabat pun nak bersayang-sayang jugak?” kata Akim dengan senyuman.
“hehehe…biasalah Kim, dah biasa,” balas Syahril dengan selamba.
“masa mula-mula kawin dulu takdelah nak pangil macam nie. Tiba-tiba je kau dah ubah panggilan kau kat bini kau tu,” Akim mengusik Syahril di depannya.
“tu dulu Kim, sekarang dah lain. Aku rasa dia pun cinta kan aku jugak,” jawab Syahril.
“dia sendiri cakap kt kau?” soal Akim.
“takdelah, tapi aku boleh tengok cara dia pandang aku cmner, cara dia bermanja ngan aku….” luah Syahril.
“banyaklah kau, dah lah. Geli aku dengar cakap kau nie,” kata Akim.
Syahril ketawa melihat gelagat temannya itu. Mereka
……………………….
Tepat jam 6.00 petang, baru Syahril dan Dirani sampai ke rumah. Dirani melangkah keluar dari pintu kereta dan masuk ke dalam untuk membersihkan diri. Solat asar dilakukan di pejabatnya. Jadi tidaklah nampak tergopoh-gopoh kalau mereka sampai lambat di rumah. Sementara Syahril berehat di ruang tamu tingkat bawah.
Usai membersihkan diri, Dirani turun ke bawah ke tempat suaminya. Syahril kelihatan begitu letih, sempat jugak dia tidur di sofa ruang tamu rumahnya. Dirani menghampiri suaminya yang lena tido.
“abang…..abang….” panggil Dirani.
“hmm….” hanya itu sahaja yang keluar dari mulut suaminya.
“bangunlah, naik atas pastu mandi,” ujar Dirani apabila melihat suaminya masih belum membuka matanya.
“kejap lagilah, abang letih sangat nie,” kata Syahril.
“dah…dah…abang bangun dulu, dah nak masuk waktu maghrib nie,” balas Dirani sambil menarik tangan suaminya untuk bangun.
“nantilah, bagi abang 5 minit lagi. Jap lagi abang bangun k,” Syahril memberitahu Dirani.
“seminit pun tak boleh, abang nak bangun ke tak nie?” soal Dirani lagi dengan perasaan geram.
“yelah-yelah abang nak bangun lah nie,” kata Syahril lalu bangun.
“dah, naik atas pastu mandi,” arah Dirani pada suaminya.
“ok, mem…..” jawab Syahril. Baru berjalan beberapa langkah, Syahril kembali semula ke arah isterinya.
Dirani yang baru sahaja duduk di sofa terkejut melihat suaminya tiba-tiba berada di depannya.
“abang nak apa lagi nie?” soal Dirani dengan nada yang geram.
“hmmm….temankan abang mandi boleh?” tanya Syahril dengan senyuman nakal dibibirnya.
“haa…abang jangan nak mengada-ngada ea. Dahlah tu, pergi mandi. Busuk tau,” Dirani memberitahu Syahril.
“alahhh…bolehlah, please!!!...” ujar Syahril. Sebenarnya dia sengaja mahu menyakat isterinya.
“abang nie!!!...tak malu betul lah, takkan dah besar panjang macam nie pun nak Dira temankan jugak abang mandi,” ujar Dirani.
“ikut suka abanglah,” balas Syahril dengan selamba.
“Dira tak nak, abang mandilah sorang-sorang. Dira nak duduk sini.”
“ok, kalau macam tu abang tak nak mandi,” ujar Syahril lalu duduk di sebelah isterinya.
“abang, apa nie?..xmo lah cmnie, abang pergilah mandi dulu,” luah Dirani.
Syahril diam, pura-pura merajuk.
“abang…..xmolah merajuk cmnie. Dira suruh mama temankan abang mandi ek?.” tanya Dirani
Tiba-tiba Syahril ketawa mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Dirani.
“yang abang tiba-tiba ketawa nie kenapa?” soal Dirani pada Syahril.
“hehehehe….takdelah, takkan sayang nak suruh mama temankan abang mandi” kata Syahril.
“dah tu, sape suruh abang merajuk sampai tak nak mandi,” ujar Dirani.
“habis sayang tak nak teman kan abang, abang merajuklah sorang-sorang,” balas Syahril.
“eleh, dulu masa belum kawin abang mandi sorang-sorang jugak kan,” Dirani memberitahu kepada Syahril.
“tu dulu, belum abang kawin. Sekarangkan abang dah ada isteri, mestilah abang nak mandi ngan isteri abang,” Syahril memandang Dirani dengan senyuman yang masih lagi terbit dari bibirnya.
“mengada-ngada betul abang nie kan,” kata Dirani sambil matanya menjeling Syahril.
“abang mengada pun ngan isteri abang jugak, bukannya dengan orang lain,” balas Syahril sambil mencuit hidung isterinya.
“dahlah tu, dah pukul berapa nie. Abang pergilah naik atas, mandi,” pinta Dirani dengan lembut.
“hmmm….nk buat cmner, orang tu tak sudi nak temankan kita mandi,” ujar Syahril perlahan.
Dirani tersenyum melihat suaminya. Dia bangun dan menarik tangan suaminya.
“jom, Dira temankan abang sampai kat tangga tu,” kata Dira pada Syahril.
Dirani menarik lembut tangan suaminya. Syahril hanya mengikut langkah isterinya. Dalam hatinya dia tersenyum keseorangan. Kesian jugak dia melihat isterinya yang tak mudah mengalah melayah karenahnya. Hanya beberapa langkah sahaja, Dirani sudah sampai pada tangga yang menuju ke tingkat atas. Dia memberhentikan langkahnya di situ. Kemudian Dirani berpaling semula ke wajah Syahril.
“Dira teman abang sampai kat sini je ek,” kata Dirani.
“kenapa tak temankan abang sampai kat bilik,” soal Syahril.
“nak buat apa temankan abang sampai tingkat atas, bukannya abang nie baby lagi. Dah besar panjang kan,” jawab Dirani.
Syahril hanya diam..
“abang naik atas, bersihkan badan tu dulu. Dira dah letakkan baju tido abang kat atas katil,” Dirani memberitahu Syahril.
“hmmm…betul sayang tak nak temankan abang?” sekali lagi Syahril menyoal isterinya.
Dirani menganggukkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan suaminya tadi.
“k lah,” kata Syahril ringkas sambil melangkah kakinya ke atas. Masih lagi dengan merajuk yang dibuat-buatnya tadi.
Dirani menarik tangan suaminya. Syahril berpaling ke arah Dirani. Mereka bertentang mata seketika. Tiada perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Hanya renungan ikhlas dari seorang isteri untuk seorang suami. Dirani mendekatkan wajahnya ke wajah Syahril. Dengan lembut dia mengucup pipi suaminya.
Syahril pada mulanya terkejut dengan tindakan isterinya, sesaat dua terbit satu senyuman manis pada bibirnya. Dirani turut membalas senyuman suaminya. Kali pertama dia melakukan sedemikian. Konon mahu memujuk suaminya yang sedang merajuk.
“hmmm…tak dapat temankan abang mandi pun takpelah. Asalkan abang dapat yang tadi tu,” kata Syahril sekadar mahu mengusik isterinya.
Wajah Dirani sudah kemerahan menahan malu. Dia hanya tertunduk ke bawah. Syahril memaut pinggang Dirani dengan kemas.
“yelah tu, Dira saje wt cmtu kat suami Dira nie. Tak pasal-pasal merajuk sampai pagi esok pulak,” balas Dirani dengan wajahnya masih lagi menunduk ke bawah.
“hahahaha…nakal jugak isteri abang rupanya. Abang naik mandi dulu ye,” Syahril memberitahu Dirani.
“ye…abang pergilah mandi. Dira dahterhidu bau busuk nie,” kata Dirani dengan senyuman nakal.
“hmmm….” Syahril mendekatkan wajahnya ke wajah Dirani.
“abang nak buat apa pulak nie,” sola Dirani sambil menjarakkan mukanya dari wajah Syahril.
“mana ada abang nak buat apa-apa, ada ‘semut’ kat muka sayang nie. Jap, abang nak buang kan,” Syahril tanpa segan membalas ciuman isterinya di bibir.
Dirani yang terkejut menerima ciuman di bibirnya terus menolak tubuh Syahril.
“abang tipu Dira,” kata Dirani.
“bila masa abang tipu, betullah ada ‘semut’ kat muka sayang tadi,” ujar Syahril dengan selamba.
“mana ada, abang saja nak ambik kesempatan kan,” balas Dirani dengan nada geram.
“abang nak ambik kesempatan apa pulak?” pertanyaannya itu bercampur dengan gelak ketawa.
Dirani mengetap bibir. Geram dan malu kerana dipermainkan.
“hmmm…kesempatan tulah,” jawab Dirani.
“apa?” nada lelaki itu seperti ingin mengusiknya lagi.
“kesempatan nak……..” kata Dirani dengan perlahan.
“nak………?” usik Syahril lagi.
“malas lah Dira nak cakap ngan abang. Dira duduk kat sofa tu lagi bagus.
Dirani merengus geram. Ketika dia ingin berlalu, tangannya disambar.
“thanks ya sayang abang sebab bagi hadiah yang special tadi tu kat abang,” ucap Syahril dengan perasaan yang romantik. Ucapan itu terluah bersama dengan satu kucupan di dahi Dirani.
Dirani menghela nafas geram. Tetapi akhirnya dia menguntum senyuman lega.
………………………
Pagi yang dijanjikan, Syahril dan Akim menuju ke balai polis selepas Syahril menghantar isterinya ke pejabat. Syahril tidak naik sekali, hanya menunggu Akim di dalam kereta di depan pintu masuk. Dirani keluar dari pintu kereta selepas bersalaman dengan Syahril. Tangan suaminya di kucup lembut.
Perjalanan dari syarikat miliknya ke Balai Polis Kuala Lumpur hanya mengambil masa 15 minit. Syahril dan Akim keluar dari pintu kereta dan menuju ke pintu masuk balai polis tersebut. Setelah meminta izin untuk berjumpa dengan Asp. Shah, Syahril dan Akim di bawa menuju ke bilik Asp. Shah oleh salah seorang pegawai polis yang bertugas pada hari itu.
Pintu bilik Asp. diketuk. Setelah mendapat arahan untuk masuk, pegawai berkenaan membukakan pintu untuk Syahril dan Akim memasuki ke dalamnya.
“assalamualaikum, tuan!” sapa Syahril sambil menghulurkan tangannya kepada Asp. Shah.
“waalaikumussalam…..Megat Syahril Arfan?” soal Asp. Shah.
“ye, saya,” jawab Syahril ringkas.
“silakan duduk,” balas Asp. Shah.
Syahril dan Akim duduk di kerusi yang telah disediakan.
“ada apa-apa maklumat yang pihak tuan perolehi berkenaan dengan kemalangan yang melibatkan isteri saya?” tanya Syahril tidak sabar.
“sebenarnya macam nie Megat……”
“panggil je Syahril,” kata Syahril.
“ok, macam nie En. Syahril. Pihak kami telah menemui jap jari pada salah satu wayar brek yang dipandu oleh isteri encik pada waktu kemalangan tersebut. Cuma sekarang pihak kami masih belum dapat menerima keputusan jap jari tersebut,” Asp. Shah menerangkan kepada Syahril dan Akim.
“maknanya, isteri saya bukan hanya kemalangan biasa?” soal Syahril lagi.
“buat masa nie kami tidak boleh memberi apa-apa keputusan. Cuma pihak kami mengesyaki kenderaan yang dipandu oleh isteri En. Syahril telah disabotaj oleh orang yang berdendam dengan En. Syahril mahupun isteri En. Syahril sendiri.”
“hmmm…kalau tidak keberatan, boleh saya tau samada En. Syahril sendiri mahupun isteri En. Syahril pernah menerima apa-apa ugutan sebelum nie?” sambung Asp. Shah lagi.
“seingat saya kami tidak pernah menerima apa-apa ugutan. Lagi pun kami tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa sebelum nie, cuma…..” kata-kata Syahril terhenti di situ.
“Cuma apa En. Syahril?” soal Asp. Shah.
“sebelum isteri saya kemalangan, dia pernah diserang oleh seseorang di pejabat kami,” jawab Syahril.
“kalau boleh saya tau, siapa nama orang yang menyerang isteri En. Syahril dan apa hubungan antara En. Syahril dan isteri dengan orang yang dikatakan oleh En. Syahril tadi,” tanya Asp. Shah lagi bagi memudahkan penyiasatannya dalam kes tersebut.
Syahril memandang ke arah Akim yang berada di sebelahnya.
“nama perempuan yang menyerang isteri kawan saya nie Diana. Sebenarnya Diana adalah bekas teman wanita dia,” Akim memberitahu kepada Asp. Shah bagi pihak Syahri.
“ooo….boleh saya tau apa motif dia berbuat demikian?” soal Asp. Shah sambil tangannya lincah menulis sesuatu di atas kertas.
“sebenarnya isteri saya melarang dia untuk berjumpa dengan saya di pejabat. Dan berlaku sedikit pergaduhan sehingga dia berani ingin menampar muka isteri saya di hadapan staf-staf saya di pejabat. Kebetulan saya yang berada di dalam bilik terus keluar untuk melihat apa yang berlaku,” Syahril menceritakan hal yang sebenar kepada Asp. Shah.
“adakah keluar kata-kata seperti ugutan dari mulut orang yang menyerang isteri En. Syahril?” tanya Asp. Shah lagi.
“seingat saya dia pernah berkata akan pastikan rumah tangga kami hancur, itu je,” jawab Syahril dengan yakin.
“hmmm…..baiklah En. Syahril, pihak kami akan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin. Terima kasih diatas maklumat yang diberikan oleh encik tadi. Pihak kami akan menghubungi encik lagi jika terdapat apa-apa maklumat berkaitan dengan kemalangan yang melibatkan isteri encik sebulan yang lepas.”
“terima kasih tuan, saya berharap sangat agar kes nie dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin,” luah Syahril lalu bangun dari tempat duduknya.
“insya allah, kita sama-sama berdoa,” balas Asp. Shah sambil mengulurkan tangannya kepada Syhril dan Akim.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama