AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 17

BAB 17
Dirani semakin pelik. Semenjak sampai ke bandaraya Tokyo, sikap Syahril berlainan sekali. Layanan Sayhril begitu romantik membuatkan Dirani tertanya-tanya  di dalam hati.
Sudah 2 hari Dirani dan Syahril meninggalkan Vila Shahira. Dirani dan Syahril selamat sampai di Lapangan Terbang Narita, Jepun lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Syahril mencari teksi untuk membawa mereka ke Tokyo Station Hotel.
Seharian masanya dihabiskan di dalam bilik dengan rehat. Dirani tidak sedar bila dia tertidur. Dia Cuma tersedar apabila jam tangannya berbunyi menunjukkan pukul 3.00 petang waktu Malaysia.
Dia bingkas bangun dan mendapati Syahril sudah tido di sebelahnya. Terus Dirani melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai menunaikan solat zohor, Dirani menuju ke arah Syahril. Tubuh lelaki itu digoyangnya perlahan-lahan. Nafasnya kedengaran terlalu letih.
“awak….” Dirani memanggil.
Beberapa ketika kemudian barulah Syahril tersedar.
“em…Dira nak apa?” tanya Syahril.
“bangunlah, nanti terlepas waktu zohor,” jawab Dirani.
Syahril mengangguk dan terus bangun.
Selepas menunaikan solat solat zohor, Syahril duduk di birai katil. Ketika itu, Dirani sedang duduk membelek peta Tokyo di kerusi panjang yang menghadapnya.
Gerak geri isterinya diperhatikan tidak jauh dari tempatnya. Lama matanya jatuh ke pipi isterinya itu. Kemudian jatuh ke bibirnya pula. Perlahan-lahan Syahril bangun dan menuju ke arah Dirani. Punggungnya dilabuhkan di sisi Dirani itu.
“Dira tengok apa?” soalnya lembut.
“tengok peta nie.” Ringkas Dirani menjawab.
Kertas di tangan ditunjukkan kepada Sayhril…
“hmm..Dira bosan tak?” tanya Syahril lagi.
“bosan jugak, kenapa awak tanya?” Dirani bertanya balik kepada Syahril.
“takdelah, abang bosan duk dalam bilik nie. Takde keje nak buat,” jawab Syahril.
“ooo…awak nak keluar ke?” tanya Dirani lagi.
“abang ingat macam tulah, Dira nak ikut tak?. Boleh kita jalan-jalan tengok bandar Tokyo nie,” balas Syahril dengan ajakan.
“boleh jugak, saya pun tak pernah datang sini.” Kata Dirani.
“kalau Dira dah setuju, jomlah.”
Syahril memakai pakaian kasual sahaja berserta cap di kepalanya, manakala Dirani memakai blouse berlengan panjang berwarna pink dan seluar jeans sedondong dengan tudung di atas kepalanya.
Syahril membawa Dirani berjalan ke tempat yang tidak jauh dari hotel yang menjadi penginapan mereka. Tangan Syahril sentiasa menggenggam tangan isterinya dari mula-mula keluar pintu hotel. Dirani hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya itu. Lagi pun dia tak pernah datang ke tempat yang begitu asing bagi dirinya.
Disebabkan Syahril sudah biasa datang ke Tokyo, tidak susah baginya untuk membawa Dirani bersiar-siar ke tempat menarik di bandaraya Tokyo. Begitu banyak gambar yang diambil mereka berdua, ada gambar pemandangan dan ada juga gambar mereka berdua.
Sedang leka Dirani melihat pemandangan yang terdapat di bandar Tokyo, tiba-tiba dia terasa sesuatu yang terlepas dari tangannya. Dirani segera berpaling dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Syahril tiada disisinya.
“ya Allah, mana Syahril nie?” Tanya Dirani pada dirinya sendiri.
Dirani mula mencari kelibat Syahril. Ke kanan, ke kiri dia berjalan, agar dapat berjumpa ngan suaminya. Dia mula terasa air matanya jatuh ke pipi. Dirani tidak berputus asa mencari suaminya.
“abang…abang..” panggil Dirani dengan suara yang cemas.
Namun panggilan nya tidak dijawab oleh Syahril. Dirani duduk mencangkung menahan tangisan yang keluar…dia menangis tersedu-sedu seorang diri. Orang-orang yang lalu lalang hanya memerhati sahaja keadaan Dirani.
“abang…abang pergi mana?..kenapa tinggalkan Dira sorang kat sini?” omel Dirani seorang diri.
Tidak jauh dari tempat Dirani,sepasang mata sedang memerhatikannya. Dia juga mendengar panggilan Dirani tadi. Bertambah terkejut apabila, Dirani memanggilnya dirinya abang dan membahasakan dirinya Dira. Hatinya mengucap syukur kerana Dirani telah memanggilnya dengan panggilan yang amat ditunggu-tunggu dari mula perkahwinannya.
“abang…..abang dengar tak Dira panggil nie?” Tanya Dira sekali lagi dengan tangisan yang masih ada.
“sayang cari abang?” Tanya Syahril yang tiba-tiba keluar dari tempatnya tadi.
Dirani yang terkejut mendengar suara suaminya terus bangun dan menoleh ke belakang.
“awak pergi mana?. Puas saya cari awak tau tak?..awak kan tau saya tk pernah datang tempat nie,” Tanya Dirani dengan bertalu-talu.
“abang tak pergi mana-mana pun. Abang ada dekat sayang je.” Jawab Syahril dengan muka yang hairan.
“tadi panggil abang dengan panggilan ‘abang’. Lepas tu sayang bahasakan sayang dengan nama ‘Dira’. Tapi kenapa pulak tukar tiba-tiba nie?. Ber’saya ber’awak’ lah pulak,” Syahril bertanya.
Dirani tau Syahril pasti akan hairan dengan cara percakapannya tadi. Sebenarnya dia sudah bersedia untuk mengubah panggilannya terhadap Syahril dengan memanggil abang, tidak lagi ber’saya’ ber’awak’. Tapi dia sengaja ingin mempermainkan suaminya.
“bila pulak saya bahasakan macam tu?” Dirani bertanya sambil memandang wajah suaminya.
“tadi, masa abang hilangkan diri dari sayang, abang dengar sayang panggil abang, abang kan!. Syahril masih cuba menerangkan.
“bila?” Tanya Dirani lagi sekadar mengusik suaminya.
Syahril tidak menjawab. Sebaliknya hanya memandang wajah ayu di sebelahnya yang kehilangan kata-kata. Mencari kebenaran pada sinar mata isterinya.
“abaikanlah, sayang…….”kata hampa kelua dari mulut Syahril.
“jomlah kita balik hotel,” ajak  Dirani.
“sayang baliklah sorang-sorang, abang nak jalan-jalan lagi kat sini,” jawab Syahril dalam nada yang dingin.
“selamat ke saya balik sorang-sorang?” Tanya Dirani lagi.
“kalau tak salah, sebelum kita bertolak mama ada pesan suruh jaga saya baik-baik kan?.” Dirani masih mengumpan suaminya.
Syahril tidak menjawab. Tetapi Dirani pasti Syahril mendengar apa yang dituturkannya. Dia masih lagi mencuba.
“kalau balik sorang-sorang nie, agaknya perlu berteman tak?. Dirani menabur umpan.
Syahril tidak menjawab, sebaliknya terus memandang wajah isterinya. Anak matanya memandang tepat ke dalam anak mata Dirani.
“cepatlah! Kata nak balik tadi!” Syahril berkata dalam nada dingin.
Dirani memulakan langkahnya. Syahril terus mengikut langkah Dirani walaupun dia terasa berjauh hati dengan sikap isterinya, tanggungjawab tidak akan diabaikan. Isterinya tetap di temani ke mana sahaja. Sesekali Dirani menoleh ke belakang.
“jalan tu tengok depan, bukan tengok belakang!” tutur Syahril, masih lagi dalam nada yang dingin.
Dirani terasa lucu bila suaminya bertegas dengannya. Sesungguhnya dia ingin melihat berapa lama Syahril tidak mahu bercakap mesra dengannya. Nak mulakan perang dinginlah tu! Tak bagi share katil malam nie baru tau! Dirani tersenyum sendiri.
Akhirnya mereka sampai juga ke pintu hotel. Syahril menyuruh isterinya naik sendiri ke bilik. Syahril tidak mengikut Dirani naik ke bilik. Sebaliknya melangkah keluar untuk ke tempat lain. Dia harus menjaga reputasinya ari nie.
“awak tak nak naik sekali ke?” soal Dirani membuatkan membuatkan suaminya berpaling semula ke arahnya.
“tak….” Masih dalam nada yang dingin.
“takpe ke saya naik bilik sorang-sorang nie?. Selamat ke?.”Dirani masih mencari idea untuk memujuk suaminya.
“selamat!” Syahril menjawab selamba.
Hilang idea seketika. Akhirnya Dirani terpaksa melakukan perubahan yang harus dijadikan kebiasaan.
“abang….” Dirani memanggilnya suaminya dengan suara manja.
Langkah Syahril terhenti. Terasa jantungnya bagaikan gugur apabila mendengar Dirani memanggil sebegitu dalam nada terlalu manja. Bila disentuh diri sendiri untuk mendapatkan kepastian, nyata jantungnya masih bergetar dan mendengar suara isterinya yang lunak buat kali kedua.
Dia tewas. Syahril berpaling. Kini dia berpaling dan menuju ke arah isterinya. Senyuman diukir. Syahril bersyukur di dalam diam. Peubahan yang paling dinantikan dalam hidupnya. Bagi Syahril, melalui nama panggilanlah boleh membuatkan sesebuah perhubungan bertambah mesra.
Senyuman terukir dibibir mereka. Terasa ingin mengusik isterinya yang malu-malu itu.
“awak panggil saya ke?” tanya Syahril kepada isterinya yang sedang membetulkan tudung di kepala.
Dirani tersenyum kerana dia merasakan suaminya menyindir dengan menggunakan perkataan yang sering digunakannya dulu.
“pulang paku buah keras nampak! kita dah buat perubahan nie pun dah cukup bagus tau!” Dirani berkata manja.
“ya? awak kata apa tadi?” Syahril masih mahu mengusik isterinya.
Syahril kini berada di hadapan isterinya. Memek muka Dirani menunjukkan reaksi marah sayang.
“nak tido kat luar bilik ke malam nie, cik abang?” Dirani bertanya manja kepada Syahril sebelum suaminya menarik tanganya masuk ke dalam dan menuju ke lif.
“ingatkan nak keluar lagi tadi. Kenapa tiba-tiba masuk dalam hotel nie?” Dirani memulangkan paku buah keras kepada suaminya.
“tiba-tiba aja rasa penat. Pelik betullah!” Syahril menyatakan dalam senyuman sambil berpura-pura letih.
“pelik, kan? dua saat sebelum, tak rasa penat. Tapi dua saat selepas, terasa penat pulak, ya?” Dirani masih mahu mengusik Syahril.
Syahril tidak marah. Sebaliknya sindiran Dirani membuatkan dia rasa terhibur.
“kalau abang tau, dari mula-mula kita kawin lagi abang dah ajak sayang pergi honeymoon,” Syahril mengubah topic perbualan.
“kenapa pulak?” tanya Dirani hairan.
“yelah, sebab kat sini lah sayang mula panggil abang dengan panggilan romantis,” Syahril berkata sambil mengelus lembut pipi isterinya.
“hmmm…yang abang tiba-tiba ubah panggilan panggil Dira sayang kenapa pulak?” kenapa tak panggil Dira je, macam yang biasa abang panggil,” sola Dirani.
“ikut suka abang lah, abang pun nak ubah jugak panggila nama tu,” balas Syahril ringkas.
Sesungguhnya Dirani merasa begitu bahagia kerana Syahril memanggi dirinya sayang.
Malamnya, selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, Syahril mengajak Dirani keluar ke Tokyo Walt Disney. Kalau diikutkan hati Dirani malas nak pergi. Namun, apabila Syahril merengek seperti budak kecil, Dirani terpaksa menurut.
…………………………………….
Syahril dan Dirani sedang bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. Sebuah teksi telah pun menunggu mereka di luar hotel untuk dibawa ke Lapangan Terbang Narita. Sepanjang berada di Tokyo, tidak banyak tempat yang dikunjungi. Cuma semalam, mereka sempat berjalan ke Tasik Nikko menikmati udara segar dan pemandangan yang menarik di kawasan itu.
“sayang dah siap?” soal Syahril tiba-tiba memeluk bahu isterinya.
Dirani tersentak. Segera menoleh ke wajah suaminya. Kemudian dia mengangguk.
“kalau macam tu, jomlah. Nanti teksi tunggu lama sangat pulak,” Syahril berkata lembut.
Syahril mencapai beg pakaian isterinya dan berjalan sambil mengiringi Dirani.
Sampai sahaja di Lapangan Terbang Narita, Dirani bergegas ke telefon awam. Setelah memasukkan beberapa ribu yen, dia mendail nombor telefon Puan Rozita.
“hello!” kedengaran satu suara menyahut.
“hello, ibu! Assalamualaikum, Dirani nie,” jawab Dirni.
“ha, Dirani! Waalaikumussalam. Dirani kat mana nie?. kat Jepun lagi ke?” soal Rozita ceria.
“yalah ibu. Dirani dah nak balik nie. Tengah tunggu fligt kejap lagi. Ibu sihat?” soal Dirani.
“sihat. Dirani bercuti sampai lupa kat ibu. Tak telefon pun,” ujar Rozita seperti merajuk. Dirani ketawa kecil.
“sorilah ibu. Dirani kan dah telefon nie. Ibu nak pesa apa-apa?. Dirani ada masa 1 jam lagi nie,” tanya Dirani cuba memujuk Rozita.
“tak payahlah. Orang dah ada suami, mana nak ingat kat ibu lagi.”
“alah ibu. Takkan merajuk kot. Sengaja Dirani tak nak telefon. Bagi chancelah, pengantin baru. Bila terpandang telefon awam kat airport nie, baru teringat nak call ibu, maafkan Dirani ye ibu!”
Kedengaran Rozita ketawa besar.
“ingatkan bila dah ada suami terus lupakan ibu,” duga Rozita.
“eh, ibu nie. Kasih ibu lain, untuk suami lain. Ada nak disamakan pulak. Okeylah, ibu, duit dah nak habis nie. Nanti sampai kat Malaysia, Dirani call ibu lagi,” Ujar Dirani.
“oklah, jaga diri baik-baik. Kirimkan salam ibu pada Syahril ye.”
“ok, assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
Dirani meletakkan gagang telefon. Bibirnya masih berbunga dengan senyuman sambil melangkah ke tempat Syahril menunggu.
“kenapa senyum-senyum nie?” soal Syahril.
Dirani mematikan senyumannya. Kemudian melabuhkan punggung di sisi Syahril apabila suaminya memberi ruang untuknya.
“ibu kirim salam,” ringkas Dirani berkata.
“waalaikumussalam. Sayang baru call ibu ke?. Kenapa tak gtau kat abang?” soal Syahril lembut.
“kalau gtau kat abang kenapa?” soal Dirani.
“takdelah, abang nak jugak sembang ngan ibu mentua abang. Tanya khabar dia?. Ibu sihat?” tanya Syahril.
“ibu sihat, alhamdulillah. Habis ngan Dira abang tak nak tanya khabar lah?” tanya Dirani.
“hehehehe…..abang tau sayang abang nie sihat. Takkan ngan ibu pun sayang nak cemburu.” jawab Syahril sambil mencuit hidung isterinya.
“sakitlah bang,” kata Dirani sambil memuncungkan mulutnya.
“hmmm..abang nak pergi sana kejap. Sayang tunggu sini ya, jaga barang,” beritahu Syahril lalu mengangkat punggung melangkah ke arah satu sudut.
Dirani hanya merenung seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama