AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 12

BAB 12
Azan subuh berkumandang, Dirani terjaga daripada tidonya. Dilihatnya jam sudah menunjukkan pukul 5.45 minit pagi. Dia bingkas bangun dan melangkah ke bilik air. Ketika itu Syahril masih lagi lena di atas katil. Setengah jam kemudian, Dirani keluar dari bilik air dan bersiap untuk menunaikan kewajipannya sebagai umat islam.
Dirani mengejutkan Syahril yang masih lena diulit mimpi untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
“awak…awak..bangun! dah subuh nie.” Kata Dirani sambil menggerakkan badan Syahril beberapa kali.
“kenapa Dira?” tanya Syahril sambil tangannya menggosok-gosok matanya seperti anak kecil.
Dirani yang melihat hanya tersenyum.
“bangunlah, dah subuh nie, nanti terlepas waktu pulak.” Balas Dirani.
“dah pukul berapa nie?” tanya Syahril lagi. Kini dia tidak lagi berbaring, sebaliknya menyandar tubuhnya di katil.
“dah pukul 6.15 pagi. Cepatlah bangun, pergi mandi. Saya tunggu awak kat luar nie. Kita solat berjemaah sama-sama.”
“yelah, Dira tunggu abg kejap.”
Sementara menunggu Syahril keluar dari bilik air, Dirani menghampar sejadah untuk suaminya. Dirani duduk di sejadah yang dibentang olehnya. Makmum hanya menunggu imam memperdengarkan iqamat. Dirani kagum dengan alunan iqamat daripada suaminya. Lunak dan merdu.
Surah An-Nisa menjadi surah pilihan suaminya pagi itu. Salam diberi, doa diminta. Walaupun dibaca dalam bahasa Arab, namun Dirani faham akan maknanya. Syahril memohon agar hati isterinya lembut dan sudi menerima kehadirannya disisi.
­­­­­­­­­­­­­­­______________
Setelah selesai solat subuh, Syahril kembali duduk di atas katil. Sementara Dirani bersiap-siap untuk turun ke bawah…
“awak, saya turun bawah dulu ye. Nak pergi dapur.” Pinta Dirani.
“yelah,” balas Syahril yang masih lagi berada di atas katil dalam biliknya.
Dirani melangkah ke dapur. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke dapur, kelihatan 2 pembantu rumah iaitu Mak Siti dan juga Salmah sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Menurut Syahril, Dirani perlu memanggil Mak Siti dengan panggilan mak. Mak Siti banyak berjasa pada keluarganya dan Mak Siti jugalah yang mengasuh Syahril, Aishah dan juga Mia.
“assalamualaikum.”
“waalaikumussalam…eh, puan Dirani!. Awalnya bangun?” jawab Salmah yang tua 3 tahun darinya.
“ermmm, tak elok tido lepas subuh,” balasnya.
“biasanya jarang orang dalam vila nie bangun awal. Paling tak pun pukul 7.00 nanti baru riuh sikit vila nie.” Sampuk Mak Siti.
“puan Dirani….”
“tak payah nak berpuan-puan ngan saya, panggil Dirani cukup,” kata Dirani sebelum sempat Salmah berkata-kata.
“hmmm yelah Dirani.”
“mama ngan ibu tak turun lagi ke mak?” tanya Dirani pada Mak Siti.
“ibu ngan mama Dirani dah lama bangun. Hari nie ibu Dirani diajak oleh Datin pergi berjoging
di taman,” jawab Mak Siti.
“ibu ngan mama pergi jogging?..” tanya Dirani lagi.
“ye! hmm Dirani tak ke mana-mana ke?. Ajaklah Syahril berjalan-jalan. Lagipun, Dirani ngan Syahril kan baru je bernikah. Orang kata, orang yang baru berumahtangga nie elok pergi bulan madu.,” sambung Salmah yang berkelulusan ijazah dalam bidang catering dalam nada malu-malu. Mak Siti yang mendengar hanya tersenyum.
Dirani tersenyum mendengar omelan Salmah.
“mak masak apa pagi nie?” tanya Dirani.
“mak masak mee goreng je Dirani.Tengah hari nie mak ingat nak buatkan kuih kuaci ngan donat. Syahril tu suka makan kuih-kuih nie. Satu lagi masak lemak gulai tempoyak, sebab tu dalam sebulan mak mesti masakkan makanan kegemaran dia. Dirani suka makan apa, boleh mak tolong buatkan?” tanya Mak Siti pada Dirani.
“saya tak kisah, mak. Saya makan semua, asalkan halal.” jawab Dirani.
“nanti Dirani belajar lah masakkan makanan kegemaran Syahril,” pinta Mak Siti.
“insyaallah mak, nanti saya belajar. Ermmmm…saya keluar dululah, lagi pun duduk kat sini tak buat apa-apa jugak. Nak tolong tak kasi.” kata Dirani sebelum keluar dari dapur.
Pada mulanya, Dirani mengambil keputusan untuk ke bilik, tapi bila memikirkan Syahril yang mungkin sambung tido balik selepas solat tadi, dia hanya duduk di ruang tamu sahaja.
Dirani tersentak apabila terasa bahunya dicuit. Dia berpaling dan Aishah tersengih memandangnya.
“aikk, pagi-pagi lagi dah termenung? ingatkan apa kak long?” soal Aishah.
“dah lama ke Aishah turun?” soal Dirani kembali.
“baru je. ingatkan nak melepak kat dapur, ternampak kak long termenung kat sini. Kalau Aishah tak tegur tadi, dah sampai ke mana agaknya kak long, Aishah pun tak tau,” usik Aishah.
“ada-ada je Aishah nie!..hmm kak long nak ambik angin kat luar. Aishah nak ikut kak long tak?” tanya Dirani.
“takpelah kak long, Aishah ingat nak pergi tengok mak kat dapur. Akak pergilah ambik angin kat luar tu.”
“hmm..kak long keluar dulu ye, kalau Aishah nak apa-apa panggil kak long kat luar tu.” kata Dirani.
“kak long jangan risaulah, mak kan ada. Kak long pergi lah ambik angin kat luar tu.”
“ok!..”
Dirani keluar ke taman. Bosan tak buat apa-apa kat dalam tu, Dirani ambik keputusan untuk ambik angin kat luar. Leka melihat keindahan taman di kawasan luar rumah mertuanya. Dirani berhenti betul-betul dekat kolam mandi yang berhampiran taman mini.
“cantik jugak kawasan rumah nie,” bisik Dirani keseorangan.
Dirani duduk di tepi kolam lalu meletakkan kedua belah kakinya ke dalam kolam sambil mengayunkan kakinya ke dalam air. Dia memasukkan earphone ke dalam cuping telinganya, lalu memasang mp3 pada handphone di tangannya. Lagi Ilusi menjadi pilihannya di mp3nya……..secara tidak langsung dia juga turut ikut menyanyi lagu itu.
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Syahril yang baru turun dari tingkat atas terus mencari kelibat isterinya di ruang tamu hingga ke dapur. Dia yang melihat Aishah kat dapur terus bertanya.
“Aishah, nampak kak long tak?” tanya Syahril.
“isshh, along nie, baru hilang sekejap je kak long, dah cari,” kata Aishah.
“mestilah, kak long kan isteri along, dah tentulah along cari dia. Takkan along nak cari Aishah pulak.” balas Syahril.
“kak long ada kat luar tu haaa..tadi kak long gtau kat Aishah dia nak ambik angin kat luar tu. Along pergilah tengok.” kata Aishah.
“yelah, along keluar dulu.”.
Syahril yang baru sampai di muka pintu terdengar suara orang menyanyi. Ke kiri ke kanan dia mencari suara tu. Dia kemudiannya melihat isterinya berada dekat kolam di halaman rumah nya. Syahril kemudiannya menuju ke tempat isterinya berada.
Dirani yang tidak menyedari kedatangan Syahril terus meneruskan nyanyiannya.
“huh!!..suara dia ke tu?..tak tau pulak bini aku nie pandai nyanyi. Mama tak cakap apa-apa pun pasal nie. Boleh tahan jugak suara dia, luar biasa,” bisik Syahril dalam hatinya.
Syahril hanya berdiri di belakang Dirani. Dia tidak mahu mengejutkan isterinya yang sedang asyik menyanyi. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat isterinya. Yelah, sambil menyanyi boleh pulak dia main-main air dalam kolam tu. Macam budak-budak pun ada jugak perangai dia nie.
______________
“dah lama aku kat sini nie, baik aku masuk dalam je. Dahlah aku tak buat apa-apa kat dalam tu, boleh pulak rehat kat luar nie sambil nyanyi. Dia membuang earphone pada telinganya. Nasiblah takde orang yang dengar, kalau tk mana aku nak letak muka aku nie…malu..malu,” kata Dirani bercakap keseorangan.
Syahril yang mendengar omelan Dirani ketawa dengan perlahan….
Dirani yang belum perasan kehadiran suaminya di belakang terus bangun. Dia yang baru menoleh ke belakang terkejut melihat Syahril yang tersenyum memandangnya.
“ya allah, awak buat apa kat sini?. dah lama awak duk kat belakang saya?..tentu awak dah dengar yang sa….”
“satu-satulah tanya, macam mana abg nak jawab semua soalan tu serentak,” kata Syahril yang terlebih dulu memotong percakapan Dirani.
“saya masuk dulu lah, kalau awak nak duduk sini awak duduk jelah. Nanti kalau sarapan dah siap, saya panggil awak masuk.” kata Dirani.
Syahril tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya. Dia hanya merenung wajah isterinya. Dirani kelihatan susah sekali untuk bergerak dari situ. Ini kerana Syahril sengaja menghalang laluannya.
“ishh macam mana aku nak pergi nie kalau dia tercegat je kat depan aku nie. Nak undur ke belakang, tak pasal-pasal aku jatuh dalam kolam nie. Dahlah aku tak pandai berenang. Buat malu je kalau aku jatuh nanti. Dia nie dari tadi asyik duk tengok aku je, kenapa?..mata dia ok ke tak?.” kata Dirani dalam hatinya.
“hello…sambil melambai-lambai tanganya di depan muka Syahril. Saya nak masuk dalam nie,” kata Dirani.
“masuklah, abg tak marah pun,” balas Syahril.
“memanglah awak tak marah. Tapi macam mana saya nak masuk kalau awak halang laluan saya, kata Dirani lagi.
“mana abg halang laluan Dira,” kata Syahril bersahaja.
“ishh, dah lah. Lagi lama saya kat luar ni lagi sakit hati saya tau tak.”
Dirani menolak sedikit tubuh Syahril yang berada di depannya ke tepi. Tetapi malangnya tubuh Syahril sedikit pun tidak bergerak. Dirani yang tidak dapat mengawal badannya hampir terjatuh ke dalam kolam. Syahril segera menarik tangan Dirani dari terjatuh ke dalam kolam. Tanpa disangka tubuh kecil miliknya berada dalam dakapan Syahril. Dirani tergamam apabila berada dalam dakapan suaminya.
“tak sangka kan, kuat jugak isteri abg nie tolak badan abang tadi,” kata Syahril seakan mengusik isterinya.
Dirani dengan pantas meleraikan pegangan tangannya yang berada di pinggang Syahril, malu dengan perlakuan dia tadi... “tentu dah macam calour buah epal muka aku nie.”
“dahlah, saya masuk dalam dulu. Awak duduklah sorang-sorang kat luar nie,” kata Dirani dan terus berlalu.
“Dira,” panggil Syahril.
“apa lagi?” tanya Dirani dengan nada geram.
“sedap suara Dira tadi, abg ingatkan Adira AF8 tadi. Rupa-rupanya isteri abang yang nyanyi,” kata Syahril dengan senyuman dibibirnya.
“ishhh, awak nie!!..geramnya..” kata Dirani sambil menghentakkan kakinya ke tanah.
Syahril ketawa melihat Dirani yang melangkah masuk ke dalam rumah.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama