AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 6

BAB 6
Semasa Syahril leka merenung Dirani, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang perlu dijawab.
“maaf ye Dira,” pinta Syahril hormat sebelum menjawab panggilan tersebut.
“assalamualaikum.”
“ya, saya bercakap!. Ada apa yang boleh saya bantu?”
“what!”.
diam…
“true.”
diam..
“waalaikumussalam.”
Dirani memandang Syahril dihadapannya. Dirani merenung lelaki dihadapannya tanpa menyedari lelaki dihadapannya juga sedang merenung dirinya.
“Dira…Dira…,” panggil Syahril.
diam…
“Cik Dira…Cik Khadeeja Dirani,” panggil Syahril lagi.
“ya, saya!” jawab Dirani dengan pantas.
“awak ok?” tanya Syahril.
“hmmm…saya ok,” jawab Dirani.
“kalau macam tu, jomlah saya kenalkan awak dengan staf-staf disini sebelum saya tunjukkan bilik awak,” kata Syahril sambil bangun dari tempat duduknya.
“ok!!....kata Dirani yang juga turut bangun dari kerusi tempat dia duduk lalu mengikut bosnya dihadapan.
“Lisa, kenalkan Cik Khadeeja Dirani….Dira, kenalkan Lisa…
“hai,” sapa Lisa sambil tersenyum…
“hai,” balas Dirani lembut.
“Dira, Lisa nie merupakan personal assistant saya. Lisa, Dira nie pula merupakan penolong akauntan syarikat kita sekarang,” terang Syahril selaku pengarah besar di Syarikat Reco.
“selamat datang, Cik Khadeeja Dirani,” sapa Lisa lagi.
“terima kasih, tapi tak payah lah bercik-cik ngan saya. Lisa panggil saya Dirani dah cukup…,” balas Dirani.
“ok.”balas Lisa lembut.
“jomlah, saya kenalkan awak ngan staf-staf yang lain pulak,” pinta Syahril.
“hmmmm…baiklah,” jawab Dirani.
“Dira, nie James…dia merupakan penolong kejuruteraan di sini..James, kenalkan nie Cik Khadeeja Dirani penolong akauntan syarikat kita mulai ari nie,” terang Syahril.
“selamat datang Cik Khadeeja Dirani,” sapa James.
“terima kasih, tapi just call me Dirani je, ok!” kata Dirani.
“baiklah,” balas James.
“Dira, jom saya tunjukkan bilik awak,” pinta Syahril.
“baiklah.”
Dirani laju berjalan mengikut Syahril yang semakin jauh meninggalkannya di belakang.
“Stacy, kenalkan nie Cik Khadeeja Dirani…dia memgang jawatan sebagai penolong akauntan di sini. Dira, saya kenalkan Stacy, personal assistant awak mulai sekarang,” terang Syahril lagi.
“apa khabar?. Selamat datang,” sapa Stacy sambil bersalam dengan Dirani.
“baik, terima kasih,” jawab Dirani.
“Dira, bilik nie akan menjadi bilik awak mulai sekarang,” kata Syahril.
“masuklah,” jemput Syahril lagi.
“terima kasih.” Jawab Dirani.
Wow, cantiknya bilik aku nie..tak sabar rasanya aku nak mula keje. Getus Dirani dalam hati.
“ok, saya keluar dlu. Kalau ada apa2, awak boleh bertanyakan pada Stacy atau awak jumpa je dengan saya, ok!” kata Syahril.
“ok,” jawab Dirani.
………………………
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Datin Jasmine tidak masuk ke bilik tido lagi. Dia masih setia menanti anaknya yang masih belum pulang dari pejabat. Matanya masih ditumpukan ke kaca televisyen. Sesekali rancangan di televisyen berselang-seli dengan iklan.
Kedengaran deruan enjin kereta milik anaknya. Dia mempercepatkan langkah ke pintu utama untuk menyambut kepulangan anak terunanya.
Mak Siti hanya memerhati kelakuan majikannya yang agak pelik malam nie. Selalunya majikannya tidak suka menunggu hingga ke pintu utama namun dia hanya berani menuturkannya di dalam hati tuanya. Walaupun hampir 22 tahun Mak Siti berkhidmat kepada keluarga Datin Jasmine, tidak pernah sekali pun majikannya berkelakuan seperti ari nie. Lamunan Mak Siti terhenti apabila mendengar teguran Syahril.
“mak tak tido lagi ke?” tanya Syahril berbasi-basi.
‘mak’ adalah panggilan untuk Mak Siti. Syahril, Aishah dan juga Mia lebih suka memanggil Mak Siti sebagai mak. mereka semua dah anggap Mak Siti seperti mak yang kedua buat mereka.
“habis mengelap dapur nie, mak masuk tido lah, Syahril,” jawab Mak Siti.
Syahril hanya melemparkan senyuman manis buat Mak Siti yang berada dihadapannya.
“Syahril nak mak buatkan susu panas?” tanya Mak Siti mesra.
“tak payahlah mak. Kalau Syahril nak, nanti Syahril buat sendiri,” kata Syahril.
Syahril mengeluarkan botol air sejuk dari dala peti ais dan menuangkannya ke dalam gelas. Di bawa gelas tersebut ke ruang tamu.
“okey, mama. Syahril dah minum. Mama nak tanya apa tadi?” tanya Syahril ringkas.
“mama cuma nak pasal Dirani. Macam mana dia keje ,ok?” tanya Datin Jasmine pula.
“ok, alhamdulillah. Dia seorang yang tidak segan nak bertanya dan dia rajin walaupun baru first time keje,” jawab Syahril.
“baguslah, Syahril,” kata Datin Jasmine.
Keadaan kembali sunyi sepi. Syahril leka menonton televisyen di sebelah mamanya.
“Syahril, esok genaplah 15 tahun arwah papa kamu meninggal dunia,” kata Datin Jasmine.
“so, mama ada rancang apa-apa ke?” tanya Syahril ringkas.
“mama dah aturkan dengan pihak masjid. Mama nak buat kenduri arwah di rumah kita esok. Mama akan ajak Dirani sekeluarga datang,” kata Datin Jasmine.
“tapi.”
“tapi apa pula Syahril?” tanya Datin Jasmine kehairanan.
“mama tak nak ajak Diana sekali ke?” tanya Syahril.
“Syahril…Syahril…sekarang Diana tinggal kat mana, Malaysia atau…
“London,” jawab Syahril dengan pantas.
“kalau dah tau, kenapa tanya mama samada jemput atau tidak Diana tu?” tanya Datin Jasmine geram.
‘sori-sori mama, Syahril minta maaf, Syahril gurau jelah,” kata Syahril sambil tersenyum.
Hari-hari dilalui seperti biasa. Kerja yang bertambah banyak harus disiapkan segera walaupun hari nie merupakan hari ke 2 Dirani bekerja tetapi tidak menjadi masalah buatnya.
Tumpuan Dirani terhadap kerja-kerjanya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“assalamualaikum….,” sapa Dirani tika telefon bimbit dilekatkan ke telinga.
“ya, Dirani bercakap, siapa di sana?” tanya Dirani cuba mengecam suara si pemanggil.
“oh, Datin Jasmine…kenal. Kenapa Datin?.” Dirani hairan kerana menerima panggilan daripada Datin Jasmine. Setahunya, tak pernah pula di bagi no. handphonenya kat Datin Jasmine. Macam mana Datin Jasmnie dapat no.handphone aku?. Dirani berfikir sendiri.
“Datin nak jemput Dirani sekeluarga datang rumah Datin? Kenapa?.” Tanya Dirani.
Diam….
“Datin nak buat kenduri di rumah Datin malam nie. Kenduri arwah suami Datin?. Datin dah telefon kak Farina?” tanya Dirani bersahaja.
Diam….
“ooo..so, Datin dapat no. handphone Dirani nie dari kak Farina lah, ye?” tanya Dirani ingin tau.
“insyaallah, Dirani akan datang,” balas Dirani pendek.
“waalaikumussalam,” Dirani mematikan talian.
Ada nada gembira pada suara Datin Jasmine tika Dirani menyatakan persetujuannya tadi.
Apa salahnya aku menggembirakan hati Datin Jasmine, bisiknya di dalam hati.





0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama