AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 4

BAB 4
“ibu, kami pergi dulu ye,” sambil bersalam dengan ibunya.
‘jaga diri, Farina hati-hati tau bawak kereta tu,” pesan Rozita.
“yelah, kakak!!”.
Kereta di pandu laju oleh Farina tetapi tatap berhati-hati. Setelah sampai di PERMATA HATI, Dirani bergegas turun dari kereta dan masuk sementara Farina pergi mneletakkan keretanya di garaj.
‘selamat pagi korang,” lembut nada suara Dirani.
“pagi,” jawab Nad, Ain, Anum dan kak Jah serentak.
“mana kak Farina?” tanya Anum.
‘kak Farina ada kat luar, jap lagi masuklah dia.”
“Dirani bila start keje?...kan Dirani dah habis belajar,” tanya kak Jah.
“entahlah, kak Jah!!...mungkin rezeki Dirani akan datang tak lama kagi.”
“amin,” balas kak Jah.
“kak Jah pula bila nak bersalin?.” tanya Dirani sambil memandang ke arah perut kak Jah yang kelihatan memboyot.
“lagi 2 bulan, Dirani,” balas kak Jah.
‘dah jumpa ke belum part-timer untuk ganti tempat kak Jah masa dalam pantang nanti,” tanya Dirani ingin tau.
“dah, Dirani..minggu depan start training,” kak Jah memberitau.
“oooo..tkpelah kak Jah, yang penting baby nie nanti mesti sihat. Kalau cantik mesti macam maknya tapi kalu handsome mesti ikut wajah ayahnya,” puji Dirani.
“amin.” balas Dirani
“dah ramai ke adik2 yang datang,” tanya Farina sebaik sahaja memasuki ke PERMATA HATI.
“dah ramai juga yang datang. Ain , Anum dan Nad tengah uruskan adik-adik yang datang,” kata kak Jah.
“ooo…Jah, bila lagi kamu nak lahirkan anak yang kat dalam tu,” tanya Farina sambil menunjuk ke arah perut kak Jah.
“dua bulan lagi,” balas kak Jah.
“Dirani masuk dulu lah ye,” pinta Dirani.
“saya pun nak masuk sekali lah,” pinta kak Jah juga.
“yelah.”
Megat Syahril Arfan sibuk memikirkan permintaan mamanya. Mamanya mau memperkenalkan calon menantu. Syahril terpaksa akur. Kalau diikutkan hatinya, dia malas hendak melibatkan diri kerana dia sendiri pun telah mempunyai kekasih hati. Tetapi dia terpaksa apabila mamanya merayunya hingga  mengalirkan air mata. Mamanya beria-ria benar menyuarakan hasrat hati hinggakan warna baju pun telah ditentukan oleh mamanya. Kata mamanya, warna biru sesuai untuk pertemuan kali pertama.
Hari nie saja lebih 3 kali Datin Jasmine mengingatkannya. Kalau tidak telefon bimbit Syahril yang berbunyi, pasti telefon pejabatnya yang berdering.
Pelik dengan sikap mama kali nie. Lawa sangat ke pilihan bakal menantu mama?. Pandai ke dia?. Macam mana pulak asal usulnya?. Agamanya?. Entahlah….adakah dia lebih cantik dari Diana?..tak  mungkin-tak mungkin. Syahril hanya mampu berteka-teki di dalam hati.
Sementara di Restoran Shahira, Farina, Dirani dan Datin Jasmine sibuk memilih hidangan untuk sajian tengah hari.
“pukul berapa Datin sampai?” Farina sekadar berbasa-basi.
“tak lah lama sangat, Farina. Baru aja.”
“maaflah Datin, saya ajak Dirani sekali tanpa memberitahu Datin dulu.”
“saya mintak maaf Datin, nie semua kka Farina lah nie…saya tak nak ikut, dia suruh ikut jugak.”
“takpelah, auntie tak marah pun. Auntie lagi suka kalau dapat makan bersama dengan Dirani dan Farina sekali,” terang Datin Jasmine.
“sebenarnya saya saje nak belanja makan,” tutur Datin Jasmine lembut.
Farina hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Datin Jasmine. Sesungguhnya dia masih menanti tujuan sebenar kenapa dan mengapa diajak ke sini.
“maaf, kalau sayan tanya soalan yang agak peribadi, Farina…akhirnya Datin Jasmine memulakan bicara.
“tkpe Datin,” kata Farina sambil menanti dengan penuh sabar akan soalan seterusnya di sisi Dirani.
“Farina dah ada calon suami ke?” tanya Datin Jasmine berterus terang.
Farina terkedu seketika. Dirani yang ada disitu turut terkedu. Semenjak bila pula Datin Jasmine join Persatuan Cari Jodoh?..ish…biar betul Datin Jasmine nie!. Soalan jenis apa pulak nie??.
Farina cuba memaniskan wajahnya dengan memberi jawapan kepada soalan Datin Jasmine.
“eh, Datin nie! Saya dah 29 tahun. Siapalah nakkan saya nie,” kata Farina mendatar.
“mana boleh macam tu, jodoh x kira umur Farina. Lagi pun Farina nampak lebih muda daripada umur sebenar. Kalau Farina kata umur Farina 23 tahun pun saya percaya,” kata Datin Jasmine dengan ikhlas.
“ada-ada je, Datin nie!”
“Farina cakap yang Farina nie takde adik beradik lain kan?” tanya Datin Jasmine.
“ya.”
“habis malam tadi tu siapa yang angkat telefon?”..yang pastinya bukan Dirani kan? Tanya Datin Jasmine lagi.
“ooo…itu kakak angkat saya. Tapi saya tak pernah anggap dia kakak angkat, sebaliknya dia dah seperti kakak kandung saya sendiri. Dia juga merupakan ibu kepada Dirani,” terang Farina.
“oo..ye ke?”
Perbualan mereka terhenti seketika. Tubuh sasa dan anak mata berwarna yang coklat menghampiri meja mereka menerbitkan rasa kagum Farina akan kekacakan yang dimiliki oleh jejaka yang memakai kemeja biru itu.
Pasti umurnya sebaya dengan Dirani atau pun mungkin 2 tahun lebih tua, getus Farina di dalam hatinya. Datin Jasmine tidak dapat melihat jejaka tersebut kerana dia membelakangi arah pintu masuk. Dirani yang dari tadi bermain telefonnya tidak langsung menyedari akan kehadiran jejaka tersebut.
Satu sapaan kedengaran…..
“assalamualaikum,” tenang sekali salam dihulur.
“waalaikumussalam,” jawab Datin Jasmine sambil tersenyum.
Dirani yang mendengar suara itu, seraya mengangkat mukanya lalu terpandang seorang jejaka yang memiliki sepasang anak mata yang berwarna coklat dis ebelah Datin Jasmine. Jantung Dirani berdegup hingga rasa ingin menjerit melihat ketampanan jaejaka tersebut.
“duduklah Syahril,” pelawa Datin Jasmine.
Syahril sempat memandang sekilas calon menantu pilihan mamanya.
Inikah orangnya?. Syahril bermonolog sendiri. Cantik pakaian yang menutupi tubuhnya, tapi mekapnya masya-Allah. Bukan macam burung belatuk tapi tebal juga. Mirip. Bukan ke mama tau minat Syahril?. Syahril tak minatlah perempuan yang pakai mekap tebal-tebal nie!. Lebih baik aku pilih Diana, lagi bagus. Tapi perempuan kat sebelah dia tu sape?. Cantik orangnya, mekap tak tebal. Nampak natural je..bulu matanya pun cantik, aku suka tengok!. Syahril menyuarakan rasa hatinya dalam diam.
Syahril tersenyum lantas duduk bersebelahan mamanya dan mengadap ke arah Dirani.
Dirani berfikir sejenak. Siapakah gerangan jejaka nie?. Mungkinkah Datin Jasmine dan dia ada sebarang hubungan?. Nampak gaya macam mesra je.
“dah lama mama sampai?” ringkas soalan Syahril kepada mamanya.
“taklah lama sangat, baru lima belas minit,” jawab Datin Jasmine.
“ooo…”
“mama kenalkan kawan mama, Cik Farina dan juga Dirani,” sambil memandang ketiga-tiga orang di hadapan dan di sisinya.
“dan ini anak lelaki tunggal dan anak sulung saya, Syahril…..” Datin Jasmine menerangkan.
Mata bertentang mata, mulut mengukirkan senyuman. Tetapi mata Syahril tertumpu pada Dirani dengan begitu lama.
“sampai dimana kita tadi, Farina?.” Tanya Datin Jasmine yang ingin menyambung kembali perbualan.
Farina kematian kata-kata. Dia hanya mampu melemparkan senyuman.
“Syahril, Cik Farina nie pemilik pusat jagaan yang selalu mama hantar Mia tu,” Datin Jasmine menerangkan kepada anaknya.
Syahril sekadar mengangguk.
“sebelah Cik Farina tu ialah Dirani…Dirani nie adik angkat Farina,” kata Datin Jasmine.
“hai,” sapa Syahril.
“hai,” balas Dirani.
“Dirani nie baru je habis belajar. Sekarang dia tengah tunggu keputusan untuk dapatkan kerja,” terang Datin Jasmine.
“belajar kat mana?” Tanya Syahril.
“kat UKM,” Dirani menjawab.
“bidang apa?” Tanya Syahril lagi.
“Bachelor of Accounting,” sekali lagi Dirani menjawab.
“wow, auntie tak pernah tau pun yang Dirani mempunyai segulung ijazah. Farina pun tak pernah nak beritahu. Lagilah Dirani yang tak pernah nak terus terang,” kata Datin Jasmine.
“sekarang nie tak tau lah nak keje kat mana?” Tanya Syahril.
“aahh, tapi kalau tkde rezeki nak keje di syarikat ataupun tempat yang setaraf dengan segulunh ijazah yang saya dapat, terpaksalah saya terus keje di PERMATA HATI,” kata Dirani.
“tak bolehlah macam tu. Apa kata awak keje di syarikat saya. Kebetulan kat syarikat saya sekarang ada jawatan kosong yang sesuai ngan bidang awak.” Tanya Syahril.
“bagus jugak cadangan Syahril tu….Dirani keje di syarikat Syahril jelah, ye?,” Tanya Datin Jasmine.
“tapi saya….”
“tak payah nak tapi-tapi lagi, awak keje je kat syarikat saya,” pinta Syahril.
“betul tu Dirani!....dengan kelulusan yang Dirani dapat, Dirani memang layak keje di syarikat besar macam syarikat Encik Syahril nie,” kata Farina.
“tak usahlah nak berencik-encik ngan saya Cik Farina,” kata Syahril lembut.
“kita tak diberi berencik-encik ngan dia, tapi dia bercik-cik ngan kita,” kata Farina.
“macam mana, Dirani setuju tak dengan cadangan anak auntie nie?” Tanya Datin Jasmine.
“hmm..boleh beri saya masa sedikit, biar saya bincang dulu ngan ibu dan juga kak Farina,” terang Dirani.
“tapi kak Farina setuju kalau Dirani keje je kat syarikat Syahril nie,” kata Farina.
“macam nie, kalau awak dah setuju, awak call saya. Ini kad saya,” kata Syahril sambil menghulurkan sekeping kad kepada Dirani.
“terima kasih,” kata Dirani lembut dengan menerima kad daripada Syahril.
Selesai menikmati hidangan tengah hari, mereka semua meminta diri masing-masing. Datin sempat berpesan kepada Farina sebelum Farina beredar.
“malam nie Farina tunggu panggilan daripada saya ye!” kata Datin Jasmine.
“baik Datin,” kata Farina.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama