AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Rabu, 11 Mei 2011

EPILOG CERITERA CINTA SHAHIRA


EPILOG CERITERA CINTA SHAHIRA…………..
Adira yang duduk berehat di kerusi taman hanya memerhati gelagat Shahir dan Aira Qaleesya. Minuman koko panas dan kuih baulu dihidang di atas meja bulat. Adira menunggu suami dan anaknya untuk menikmati minum petang bersama-sama.
Shahir pula kelihatan masih sibuk membersihkan sangkar arnab peliharaan anaknya yang berusia 3 tahun setengah itu. 3 ekor arnab di lepaskan oleh Shahir ke taman sementara sangkarnya dibersihkan.
Aira Qaleesya berlari-lari mengejar arnab putih yang dibelanya 2 bulan yang lalu. Tawa terbit dari mulut kecil Aira Qaleesya bila melihat arnab yang diagah dan di kejar berlari laju. Keceriaan dan kegembiraan terpancar jelas pada wajah Aira Qaleesya.
Sebaliknya kegembiraan itu akan hilang bila arnab itu datang padanya. Aira Qaleesya pula berlari mendapatkan perlindungan dari papanya. Berani dalam takut perangai Aira Qaleesya. Telatahnya Aira Qaleesya membuatkan Adira dan Shahir tersenyum.
Aira Qaleesya petah sekali berkata-kata. Shahir dan Adira suka melayan Aira Qaleesya yang semakin pandai bercakap. Adira merasa sangat terhibur dengan telatah anak sulungnya. Ada sahaja soalan yang keluar dari mulut anak kecilnya.
Shahir              : Papa….papa!!!..( berlari laju menghala kea rah papanya dan memeluk erat
                         papanya ).
Shahir              : Kenapa?.
Aira Qaleesya: Aira takut…arnab tu ikut Aira ( sambil jari telunjuknya diarahkan kepada
                         arnab yang telah ada di tengah papanya ).
Shahir              : Aira, awk kan lebih besar dari arnab tu!!!...jadi Aira jangan takut…( kata
                         Shahir ).
Aira Qaleesya berlari kembali bila hilang seketika rasa takutnya. Dia kemudiannya berlari pula mendapatkan mamanya yang duduk di kerusi kayu.
Aira Qaleesya: Mama…Aira nak inum..
Adira               : Nah!! ( sambil menghulurkan cawan yang berisi air koko suam kepada anknya ).
Aira Qaleesya yang ingin meneguk air yang diberi, terhenti seketika bila Adira menghalangnya dengan kata-kata..
Aira Qaleesya: Aira upa nak baca…..Bismillahirohma nirrahim ( ucap Aira Qaleesya ).
Setelah hilang dahaga, Aira Qaleesya kembali berlari di taman bersama 3 ekor arnab yang ada di situ.
Kedengaran jelas bunyi van yang menjual aiskrim menghampiri kawasan rumah mereka. Aira Qaleesya mendapatkan mamanya , kebetulan Shahir yang telah selesai membersihkan sangkar arnab turut datang duduk menyertai isterinya.
Aira Qaleesya: Ma, van askim dah atang. Aira nak li askim…
Adira               : Aira takde duit, macam mana nak beli?.
Aira Qaleesya: Aira ada uit. Nie uit Aira..( sambil mengeluarkan sekeping duit lima ringgit
                         dari kocek seluar panjang yang dipakainya ).
Adira               : Mana Aira dapat duit nie?.
Aira Qaleesya: Ma, anti van askim epas. Aira nak li ulu..( pinta Aira Qaleesya ).
Terlalu sukar Shahir melihat isterinya yang ingin bangun dari duduk dalam keadaan mengandung 5 bulan itu. Shahir menawarkan diri.
Shahir              : Sayang duduk sini je…biar abg pergi teman Aira ( sambil mengikut ke mana
                         Aira Qaleesya menarik jari kelinkingnya ).
Setelah aiskrim berjaya di beli menggunakan duit lima ringgit tadi, Aira Qaleesya yang didukung oleh papanya menuju ke meja bulat untuk mendapatkan mamanya.
Adira               : Mana Aira dapat duit beli aiskrim, papa bagi ye?.
Aira Qaleesya: Aira umpa kat alam umah, masa Aira olong mama emas umah tadi…
                         ( jawapan yang dituturkan dalam lenggok yang masih pekat ).
Adira               : Kat mana Aira jumpa?.
Aira Qaleesya  : Aira umpa alam oket euar papa..
Aira Qaleesya berlari kembali setelah aiskrimnya habis di makan.
Shahir              : Pandai sayang ajar anak kita. Boleh pulak jumpa duit dalam kocek seluar abang,
                         ya?.
Adira               : Takde lah….Adira tak perasan pun…( kata Adira dengan senyuman dibibir ).
Shahir              : Tkpelah, yang penting anak kita pandai mengaku…ye!!!.
Adira               : Terima kasih abg…( jawab Adira dalam senyuman menggoda ).
Shahir              : Sama-sama sayang…( lalu menghampiri isterinya dan menghadiahkan
                         ciuman di dahi Adira )…


TAMAT………………

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama