AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Rabu, 11 Mei 2011

CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 29

BAB DUA PULUH SEMBILAN……….
Alhamdulillah….setelah 2 bulan berlalu akhirnya Adira dan Anum berjaye menamatkan pengajian mereka…Anum perlu kembali ke Sabah bagi menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinannya dengan Alif. Mereka merancang untuk mengadakan serentak majlis tersebut.Manakala Adira dijemput oleh Shahir untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.
Di Ranau, Sabah…………
Majlis sederhana tapi cukup meriah meraikan pasangan pengantin baru iaitu Alif dan Anum…majlis tersebut dihadiri saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan yang rapat dengan Alif dan jugak Anum..Adira antara rakan Anum yang hadir lebih awal iaitu 2 ari sebelum majlis berlangsung. Walaupun sudah bersuami, Adira sanggup meninggalkan suaminya demi seorang sahabat..tetapi Adira bersyukur kerana mempunyai seoarng suami yang sgt memahami. Anum dan Alif disandingkan diatas pelamin yg cukup indah..selepas selesai disandingkan, Anum dan Alif mengambil peluang untuk bersalaman dengan tetamu yang hadir..
Nad                 : Tahniah Anum!!!...
Anum              : Thanks….hmm kau ngan Iwan bila lagi?.
Nad                 : Apa pulak aku??...kau nie kan baru je jadi isteri oaring, dh nak buat lawak…
                         Apelah….
Anum              : Alahhh….jgn lah marah!!!.
Adira               : Anum!!..tahniah…
Anum              : Time kasih Adira….( sambil berpelukan dengan sahabatnya ).
Adira               : Kebetulan pulak dh jumpa ngan Nad nie….Adira ada pesanan untuk Nad…
Nad                 : Apa??
Adira               : Iwan nak jumpa ngan Nad, kat tasik sana!!!!
Nad                 : Knp pulak?.
Adira               : Pergilah dulu, nanti Nad taulah!!!..
Anum              : Aaahh…kau pergi je dlu, nanti baru tau kenapa..
Nad                 : Yelah-yelah…….

Di tasik hadapan rumah Anum, kelihatan Iwan dan Nad sedang berbincang sesuatu….
Nad                 : Adira kata kau nak jumpa ngan aku, ada apa?.
Iwan                : Urhmmm…
Nad                 : Cepatlah cakap, aku tkde masa ni nak tunggu kau tercegat kat sini….panas nie,
                         tau tak!!!!..
Iwan                : Sebenarnya Iw….ak….
Nad                 : Kau nie kenapa??..sekejap Iw..sekejap ak…cuba kau terus terang je ngan aku,
                         kan senang….kau ingat best ke duduk tengah panas mcm nie??.
Iwan                : Sebenarnya Iwan nak lamar Nad!!!.
Nad                 : Kau nie dh buang tabiat ke…tiba2 bahasakan diri kau Iwan ngan aku..
Iwan                : Nad, dengar sini!!...sebenarnya dah lama Iwan sukakan Nad, cintakan Nad. Dah
                         sampai masanya untuk Iwan terus terang ngan Nad tentang perasaan Iwan. Iwan
                         dah tak nak lagi menafikan perasaan Iwan terhadap Nad kalau orang lain tanya.
                         Apa yang penting, Iwan nak dengar keputusan dari Nad…samada Nad setuju
                         atau pun tidak. Iwan tak kisah, yg penting Iwan dh terus terang ngan Nad.
Nad                 : Dia cintakan aku…..( ngomel Nad sambil menitiskan air mata kegembiraan ).
Iwan                : Nad, kenapa nangis??...kalau apa yang Iwan cakap tadi mengguris perasaan Nad,
                         Iwan mintak maaf. Nad anggaplah Iwan tk cakap apa-apa.
Nad                 : Ehh…bukan macam tulah. Sebenarnya Nad tak sangka Iwan juga cintakan Nad.
                         Nad ingatkan cuma Nad sorang je yg cintakan Iwan.
Iwan                : Nad pun cintakan Iwan??.
Nad                 : Aaahhh…dlu, sebelum kehadiran Tasya!!!!..Nad ingatkan Iwan cintakan Tasya
                         first time masa Iwan jumpa Tasya kat pejabat ari tu…jadi Nad fikir masak-
                         masak….n then Nad kata Nad perlu lupakan Iwan…
Iwan                : Nad, sebenarnya Iwan tak pernah ada perasaan kat Tasya pun..hari tu masa Iwan
                         cakap ada temu janji ngan Tasya, semua tu tak benar…Iwan bohong je!!!!.
                         Balik nanti Iwan datang rumah Nad untuk meminang Nad…ok??..
Nad                 : Hah!!!!!!.........
Iwan                : Tkde hah…hah….Iwan tak nak kehilangan Nad..

Perjalanan yang mengambil masa selama beberapa jam dari lapangan terbang Sabah ke KLIA cukup memenatkan….tapi perasaan gembira kerana dapat menghadiri majlis perkahwinan antara Alif dan Anum yang selama ini masing-masing menafikan tentang perasaan cinta yang terbit di hati….Mendapat idea untuk meninggalkan keretanya di KLIA sangat bagus kerana Shahir tidak perlu menyewa teksi untuk pulang ke rumah… Nad mengambil keputusan untuk pulang bersama Iwan kerana ingin memberi ruang kepada Shahir dan Adira katanya………..
Mengambil masa selama setengah jam untuk sampai ke rumah Shahir dari KLIA juga memenatkan walaupun tidaklah sejauh mana dari tempat yang di tuju…sesampai di perkarangan rumah, Shahir membantu isterinya untuk mengeluarkan beg pakaian dari tempat duduk belakang kereta……Shahir kemudiannya memberitahu isterinya untuk keluar sebentar setelah meletakkan beg di muka pintu rumahnya…
Shahir              : Sayang masuk dulu, abg nak keluar kejap…( pinta Shahir )..
Adira               : Abg nak pergi mana?.
Shahir              : Abg nak ke stesen minyak jap…nak isi minyak kereta nie, takut tak sempat
                         pulak nak sampai ke tempat keje. Sayang masuklah, sy penat tu..lagi pun abg
                         keluar sekejap je…dah nak masuk maghrib nie.
Adira               : Adira nak ikut!!!!...
Shahir              : Tak payah lah…sayang duk kat rumah je. Bukan jauh pun, depan tu je. Sayang
                         masuk dalam dan berehat..nanti abg balik lah.
Adira               : Adira nak ikut jugak!!!....
Shahir              : Sayang, tak yah ikutlah…Abg pergi sekejap je, tak lama. Cuma nak isi minyak.
Adira               : Tapi…….
Shahir              : Dah, tkde tapi-tapi….sayang masuk berehat dulu!!!!..( Shahir kemudiannya
                         masuk semula ke dalam kereta ).

Setelah mengisi minyak kereta, Shahir menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan sejurus selepas itu pulang ke rumah. Selepas meletakkan keretanya di garaj, dia masuk ke dalam…
Shahir              : Assalamualaikum…..
Adira               : Waalaikumussalam…..( Adira menjawab salam suaminya dari dapur ).
Shahir kemudiannya menuju ke tempat isterinya yang ketika berada di dapur…..
Shahir              : Sayang buat apa nie??...( sambil memeluk pinggang Adira dari belakang ).
Adira               : Tengah main congkak!!!!....
Shahir              : Oooo…abg ingatkan sayang tengah main galah panjang….hahaha..( sambil
                         membuat lawak ).
Tiba-tiba tawa Shahir terhenti setelah melihat muka isterinya yang tiba-tiba masam…..
Shahir              : Sayang, kenapa nie??...masam je muka tu. ( sambil menyentuh lembut pipi
                         Adira ).
Adira               : Abg nak minum air??.
Shahir              : Syg, abg tanya sayang nie…kenapa muka masam je . Abg bukan nak suruh
                         sayang buat air untuk abg.
Adira               : Tkde apa!!!!!.....Adira letak air nie kat depan ye..( sambil berlalu dengan
                         membawa dulang yang berisi 1 jag air serta 2 biji cawan )..Abg minumlah,
                         Adira nak masuk bilik jap!!!.....( pinta Adira ).
Shahir              : Sayang duduk sini…( sambil menarik Adira ke ribanya ). Sayang merajuk ngan
                         abg ye…pasal abg tak bawak sayang sekali tadi??.
Adira               : Dah tau kenapa tanya?...( balas Adira dengan suara yang perlahan ).
Shahir              : Apa??..apa yang sayang cakap, abg tak dengar….
Adira               : Tkde apa-apa pun….Adira masuk bilik dulu, nak bersihkan badan ( berlalu
                         masuk meninggalkan Shahir keseorangan ).
Adira berlalu begitu sahaja..Shahir kemudiannya menuju ke ruang tamu. Dia yang merasa pelik dengan sikap isterinya mula memikirkan perubahan sikap Adira……..
Shahir              : Kenapa dengan Adira tu?...takkanlah dia merajuk sebab aku tak bawak dia sekali
                         tadi, tak mungkin…tapi nak kata dia bad mood, ari nie baru 2 hari bulan….
                         ( ngomel Shahir dalam hati )…risau memikirkan akan perubahan sikap isterinya
                         dengan tiba-tiba….
Shahir hanya duduk di ruang tamu sambil menonton tv…..tidak lama kemudian, Adira kembali semula dan duduk di sebelah Shahir …begitu manja sikapnya dengan Shahir malam nie. Adira mengambil lengan suaminya dan meletakkan keribanya. Dia sendiri pun tak tau kenapa dia mudah sangat merajuk dengan suaminya...
Shahir              : Aikk!!!...tadi masam je muka dia, ingatkan nak merajuk terus ngan aku…
                         sekarang nie tiba- tiba pulak nak manja ngan aku…masa mula-mula kawin dulu
                         takdelah macam nie…( ngomel Shahir dalam hati )…..sayang ok??.
Adira               : Adira ok je!!....( sambil bermain-main jari milik suaminya ).
Shahir              : Betul sayang tkde apa-apa nie?..
Adira               : Laa…betullah, Adira tkde apa-apa….( terus meletakkan kepalanya ke riba
                         Shahir )…
Shahir              : ( hanya melihat kelakuan Adira yang berubah dengan tiba-tiba )….hmm kalau
                         mcm tu kita tgk tv sama-sama ye
Keadaan kembali senyap, tetapi tak sampai 5 minit kedengaran suara Adira sekali lagi…..
Adira               : Abang!!!!....
Shahir              : Ye, ada apa?.
Adira               : Adira lapar lah…Adira nak makan.
Shahir              : Hah??...Sayang belum makan lagi ke?.
Adira               : Dah, Adira dah makan roti tapi lapar balik…
Shahir              : Sayang nak makan apa?...
Adira               : Adira nak makan roti gardenia…roti yang abg beli ari tu semua dah habis Adira
                         makan….
Shahir              : Semua dah habis?..( dia makan ke apa, punya banyak roti tu sampai hbs dia
                         makan )….tapi sekarang nie kan dh lewat, semua kedai dh tutup.
Adira               : Adira tak kira, Adira nak jugak makan roti tu…
Shahir              : Sayang!!!!....abg beli besok jelah. Sekarang nie dh lewat malam…ok?.
Adira               : Tkpelah kalau abg tak nak beli, biar Adira je yang pergi beli..( lalu bangun
                         dari riba Shahir ).
Shahir              : Sayang nak pergi mana nie?..risau melihat Adira.
Adira               : Adira nak keluar, nak pergi beli roti..
Shahir              : Dah-dah…biar abg je yang pergi beli. Sayang duduk kat rumah je, tunggu abg.
                         ( terus bangun dan mencapai kunci keretanya ).
Adira menunggu Shahir di ruang tamu tempat mereka duduk tadi…setengah jam kemudian Shahir kembali dengan membawa 3 bungkus roti gardenia untuk Adira…
Shahir              : Nah, abg dah belikan roti untuk sayang….jgn nak merajuk lagi..
Adira               : Banyaknya abg beli…..
Shahir              : Tkpelah, yang lain syg simpan je kat dapur..
Adira               : Hmmm…time kasih bang…Adira sayang abg ( lalu memeluk suaminya ).
Shahir              : ( membalas pelukan isterinya tadi )….abg pun sayang sangat kat sayang. Dah
                         lah tu, pergi makan dulu…kata lapar tadi.
Adira               : Ok!!!....( berlalu ke dapur dengan membawa roti yang dibeli oleh suaminya ).
Shahir hanya memandang Adira yang berlalu ke dapur…Adira-adira…aku tak faham langsung sekarang nie, mudah sangat nak merajuk. Benda kecik pun nak merajuk. Hmmm…nak buat macam mana, aku dah sayang giler kat isteri aku yang sorang nie..bukan senang nak dapat..yang penting sekarang nie aku bahagia dengan isteri aku walaupun dia suka nak merajuk sekarang nie….( ngomel Shahir dalam hatinya ).

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama