CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 31
BAB KETIGA PULUH SATU……….
Adira kini lebih sihat berbanding minggu lepas. Adira mengharapkan agar dia tidak mengalami banyak masalah sewaktu mengandung. Petang itu, Adira menatap skrin televisyen. Cd korea dipasang. Sedang leka menonton tv, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk dari luar. Adira lantas bangun untuk membuka pintu.
Anum : Assalamualaikum, Adira!!!...
Adira : Waalaikumussalam, Anum!!!...( sambil memeluk Anum )..masuklah.
Anum masuk ke dalam rumah sambil membawa satu bungkusan hadiah. Anum duduk dihadapan Adira setelah dipelawa..
Adira : Kau cakap nak balik minggu depan. Camner pulak kau boleh datang sini??. Aku
ingatkan lepas kau dah kawin nie kau nak tinggal kat sana terus. Dan terus
lupakan aku…
Anum : Ishh kau nie, takkan lah aku nak buat macam tu. Aku kan dh jadi isteri Alif. Jadi
aku kena ikutlah ke mana dia pergi…sebenarnya aku nak kau bantu aku!!!.
Adira : Bantu kau?..hmmm yelah, ada apa yang boleh saya bantu Puan Anum?.
Anum : Hmmmm….tolong jelaskan sesuatu yang kurang jelas pada saya..( kata Anum ).
Adira : Aku tak faham lah!!!!...
Anum : Puan Adira, ada nak kongsi apa2 cerita gembira dengan saya?..( tanya Anum ).
Adira : Hmmm…rasa-rasanya takde..
Anum : Kamu pasti??....
Adira : Ya, ( jawab Adira dengan tegas )…kau nie kenapa Anum?. kau sihat tak?..
Anum tidak menjawab, sebaliknya menghulurkan satu bungkusan yang dibalut dengan kertas hadiah kepada Adira…..
Adira : Apa nie?..eh! Anum, birthday akukan lambat lagi. Nie hadiah apa pulak?..hadiah
pelajar cemerlang ke?. Dapat kat aku lagi ke tapi akukan dh habis belajar….
( tanya Adira bertalu-talu ).
Anum hanya berdiam diri. Hanya isyarat di tangan menunjukkan supaya Adira membuka balutan bungkusan itu. Tanpa bertanya lagi, Adira membukanya. Bertapa terkejutnya Adira bila melihat kandungan bungkusan itu. Sebuah buku bertajuk ‘Persediaan Menjadi seorang Ibu’ sudah berada di tapak tangannya kini. Adira membuka buku yang berkulit tebal itu. Tercoret kata-kata indah dari tulisan tangan Anum…
4 you, MAMA ADIRA-Congratulations!!!....
-ANUM –
Adira : Anum, macam mana kau tau nie?...( tanya Adira )..siapa yg gtau kat kau?...
Anum : Adalah hamba Allah tu…( dengan nada berjauh hati )….Kenapa kau tak cakap
kat aku, Adira?.
Adira : Bukan aku tak nak bg tau kat aku, Anum…tapi masih awal lagilah. Baru dua
bulan…( terang Adira ).
Anum : Yelah tu…( jawab dalam nada seakan merajuk ).
Adira : Anum, aku pun tak tau kenapa..tapikan aku terasa macam nak belanja kau
hari nie..
Anum : Really………( nada yang ceria ).
Buku pemberian Anum itu pasti dibaca oleh Adira sebelum tidur. Buku yang tebal itu membuatkan Adira berasa gembira untuk menanti saat kelahiran. Biarpun usia kandungannya baru menjangka dua bulan, Adira telah mula memikirkan tentangnya.
Dalam masa yang sama, Shahir banyak membantu isterinya. Bantuan dari segi mental dan fizikal dihulurkan dengan ikhlas buat isteri tercinta…
Shahir : Sayang, kalau sayang nak makan roti gardenia lagi….sayang cakaplah!!!.boleh
tempah 1 lori stok roti Gardenia..( sengaja menyakat isterinya ).
Adira : Abg nie, sengajalah tu nak usik Adira….
Shahir : Betullah, kalau syg nak makan…cakaplah!!!. Abg tak nak nanti baby kat dalam
tu sedih sebab tak dapat nak makan roti Gardenia…
Adira : Yelah tu!!!!...
Perlakuan Shahir terhadap kandungannya sering kali membuatkan Adira gembira dan senang hati. Walaupun Shahir Cuma member nasihat kepada janinnya sambil mengusap perut Adira, ia sudah membuatkan hati perempuannya tersentuh…
Shahir : Anak papa sihat tak?...Anak papa kena janji ngan papa jangan degil dan perlu
menjadi seorang anak yang beriman, taat perintah Allah, dengar cakap papa ngan
mama dan jangan buat mama cepat mengeluh dan menangis ye…janji!!!...
Adira : Insyaallah…nanti baby nie akan ikut cakap papa dia nie..kita sama2lah berdoa
agar baby nie sihat….
Shahir : Amin….
Shahir telah menghantar Adira balik ke kampung selepas isterinya meluahkan perasaan rindu akan kampung. Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Adira lebih banyak habiskan masanya dengan tido….Mengambil masa selama beberapa jam untuk sampai ke rumah keluarga Adira. Sesampai dirumah, Adira dan Shahir bersalaman dengan mak dan ayahnya. Rindu datang menerpa walaupun ayah dan maknya ada di hadapan mata…
Mak Senah : Adira nampak berisi sikit sekarang nie…..( tegur Mak Senah ).
Pak Suhaimi : Betul tu, ayah pun rasa mcm tu juga!!!....
Shahir : ( hanya tersenyum manis )…dia dan Adira belum sempat untuk memberitahu
hal itu kepada keluarganya serta keluarga mertuanya..
Adira : Mak, Adira nak suruh mak urutkan badan Adira nie…entahlah, badan Adira nie
selalu sangat lenguh…
Mak Senah : Ye ke…nanti mak tolong urutkan!!!...
Pak Suhaimi : Marilah masuk dulu Shahir…..( pelawa Pak Suhaimi ).
Shahir : Tkpelah ayah, sebenarnya saya cuma hantar Adira je kat sini…saya belum dapat
cuti lagi. Balik sini pun sebab Adira nie rindu sangat kat kampung…..
Mak Senah : Kamu tak nak singgah dulu ke??.
Shahir : Tkpelah mak, lagi pun saya kena pergi ke Langkawi selama seminggu. Ingatkan
nak bertolak ke Langkawi pagi tadi, tapi Adira nak suruh hantar dia balik dulu…
Jadi, saya hantarlah dia dulu…kalau tak merajuk pulak nanti…
Adira : Abang nie!!!.....
Mak Senah : Kamu tak nak singgah rumah mak ngan ayah kamu dulu ke??.
Shahir : Tak sempat rasanya..tkpelah, lepas selesai keje kat Langkawi tu saya balik kat
sini semula…sayang tolong sampaikan salam abg kat mak ngan ayah ye..
Adira : Insyaallah…
Shahir : Hmmm…kalau macam tu abg pergi dulu ye..( sambil mengucup dahi Adira ).
Adira : Baiklah bang, abg jg diri baik-baik ye…( lalu menyalami tangan Shahir ).
Shahir kemudiannya bersalam dengan mak dan ayah mertuanya sebelum bertolak ke Langkawi….
Di dalam bilik………..
Mak Senah : Adira selalu ke lenguh badan mcm nie?.
Adira : Takdelah…sejak akhir-akhir nie je mak Adira rasa lenguh badan.
Adira menahan sakit. Ini kerana, selalunya maknya mengurut akan membuat Adira mengerang. Banyak kali Adira meminta agar maknya memperlahankan urutannya…
Adira : Ouchh! mak, tak habis lagi ke?.
Mak Senah : Ishh budak nie, tak habis lagi badan kamu diurut. Mana boleh buat separuh.
( jelas Mak Senah ).
Adira : Mak, bila nak habis nie?.
Mak Senah : Kejap lagi habislah…sikit je lagi nie.
Perut Adira ditekan lembut. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan..senyum maknya semakin melebar…
Adira : Kenapa mak senyum?..( bertanya hairan ).
Mak Senah : Kamu mengandung ke?.. ( buat-buat tanya ).
Adira : Mana mak tau??....Anum bagi tau kat mak ye?...
Mak Senah : Jadi betullah kamu mengandung??
Adira : Sape cakap kat mak?.
Mak Senah : Mak nie lebih dulu makan garam dari kamu…takkan lah mak tak tau yang kamu
tengah mengandung sekarang nie…
Adira : Hmmm ye mak..
Mak senah : Alhamdulillah, syukur kepada Allah..dah berapa bulan nie?.
Adira : Baru 2 bulan mak…( jawab dalam nada ceria ).
Mak Senah : Keluarga mak mertua kamu dah tau?.
Adira : Belum lagi..Adira ingat petang nanti nak pergi sana.
Mak Senah : Nak mak temankan ke?.
Adira : Tk payah lah mak..nanti kalau ayah balik dari kebun cari mak tapi mak tak ada..
merajuk pulak ayah tu..
Mak Senah : Ada-ada je kamu nie….kamu nak tido sana ke malam ni?.
Adira : Adira ingat macam tulah…mak tak kisahkan?.
Mak Senah : Mak tak kisah, tukan rumah keluarga mertua kamu, bukannya rumah orang lain.
elok jugak kamu tido kat sana, kamu kan dh lama tak balik. Shahir pulak tak
dapat balik sama…kalau ada masa nanti mak ngan ayah boleh pergi sana tgk kan
kamu…
Adira : Hmmm…kalau mak dh cakap macam tu, tkpelah.
Mak Senah : Kamu tunggu ayah kamu balik dulu…biar ayah kamu je yg hantarkan kamu kat
sana. Lagi pun mak risau biarkan kamu bawak kereta tu sorang..kamu tu dah
mengandung, kena jaga sikit..
Adira : Yelah mak….
Lewat petang itu Adira telah dihantar oleh ayahnya ke rumah keluarga Shahir..kedatangannya di sambut dengan senyuman mekar yang terbit dari bibir Mak Hanum….
Adira : Assalamualaikum mak!!!...( sambil bersalam dengan Mak Hanum ).
Mak Hanum : Waalaikumussalam….Adira!!!..( berpelukan dengan menantunya ). Bila Adira
sampai?..
Adira : Tengahari tadi mak….
Mak Hanum : Balik sorang je ke?..
Adira : Tkdelah..abg yang hantar, tapi dia tak dapat nak singgah sebab perlu ke
Langkawi…nak singgah kat rumah mak pun tk dapat sebab kena bertolak awl..
Tapi abg kirim salam…insyaallah, lepas selesai tugas kat sana abg kata dia akan
balik kat sini..
Mak Hanum : Tkpelah, asalkan dia tak pentingkan sangat keje dia tu sampai buat hidup Adira
susah..
Adira : Tkdelah mak, abg tak pernah buat macam tu. Ayah mana?.
Mak Hanum : Kat mana lagi Adira, kat kebun dia tulah…kamu datang sini sorang je ke?.
Adira : Taklah…ayah yang tolong hantarkan tapi ayah tak dapat nak singgah sebab nak
ke pekan sekejap…
Mak Hanum : Oooo…kamu tido kat sini malam nie ?..
Adira : Ye mak!!...
Mak Hanum : Mak kamu tak kisah ke?.
Adira : Tkdelah mak…lagi pun Adira yang nak tido kat sini, dh lama tak jumpa ngan
mak dan ayah..rindu pulak. Lagi pun kak Ema dan abg Daus selalu balik jenguk
mak ngan ayah kat sana..
Mak Hanum : Oooo….eh!, jemputlah masuk. Leka sangat berbual kat sini sampai mak lupa
nak jemput kamu masuk…kamu duduk dulu, biar mak pergi buatkan air untuk
kamu. Kamu mesti dahaga kan…
Adira : Tak payah lah mak, kalau Adira nak minum air nanti biar Adira sendiri yang
pergi ambik…
Mak Senah : Hmmm ikut suka kamulah…pergilah masuk berehat dalam bilik dulu.
Adira : Yelah mak!!!...
Malam nie Adira akan tido berseorangan dirumah keluarga mertuanya. Disebabkan Shahir telah menghadiri kursus di Langkawi, malam nie jugak telefon menjadi pengubat rindu antara mereka. Kata-kata semangat suami tersayang telah banyak membantu Adira.
Adira menelefon Shahir untuk melepaskan rindunya. Walaupun belum sampai sehari berpisah, dia dh begitu merindui suaminya…
Shahir : Sayang sihat ari nie?..
Adira : Sihat, Alhamdulillah…abg sihat?.
Shahir : Sihat, mcm sayang jugak..sayang kt mana nie?.
Adira : Adira ada kat rumah mak abg..ayah yang tolong hantarkan…abg dh makan?.
Shahir : Dah , sayang…tapi masakan kat hotel nie tak sesedap masakan sayang la…
( kata Shahir yang membuatkan Adira tersenyum lebar ).
Adira : Yelah tu..( keluhan Adira yang tidak disengajakan didengari oleh suaminya di
hujung talian ).
Shahir : Kenapa sayang, penat sangat ke?...baby bagi tekanan pada mama ke?.
Adira : Biasa je bang…..
Shahir : Minggu depan abang balik, bolehlah abg tolong syg ye..( luah Shahir ).
Adira : Urhmmm….
Shahir : Sayang nak pesan beli apa kat sini…
Adira : Takde apa-apa abg. Cuma kalau boleh Adira nak coklat Langkawi..
Shahir : Tkde apa-apa nak dipesan konon!..tapi suruh jugak beli coklat. Apa nie?.
Jawapan yang mana abg nak pakai nie…( sengaja mengusik Adira yang amat
dirinduinya )…
Adira : Adira tak nak apa-apa…tapi baby nie yang nak makan coklat dari Langkawi.
Shahir : Yelah tu…
Adira : Yelah…..kenapa, abg tak percaya ke?.
Shahir : Percaya….tapikan banyak coklat kat Perak tu. kenapa nak suruh abg beli coklat
kat Langkawi pulak?..( usik Shahir ).
Adira : Coklat kat Perak nie lain..baby nie kata nak makan coklat yang dijual kat
Langkawi…..coklat Langkawi sedap…( jawabnya manja )..
Shahir : Baby yang nak atau mama baby yang nak nie??...( masih mahu mengusik
isterinya ).
Adira : Baby yang nak..tapi mama baby pun nak jugak rasa sikit nanti ( katanya
dengan perlahan ).
Walaupun jauh beribu batu, Shahir dapat tetap dapat merasakan isterinya begitu hampir dengannya. Gambar yang ada di dalam dompet dilihat lagi. Gambar yang menjadi pengubat rindu antara mereka berdua ditatap tanpa jemu….
Malam ini sekali lagi gambar Adira menjadi peneman tidurnya………….
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama