CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 30
BAB TIGA PULUH……
Keesokan harinya seperti biasa Adira bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya sebelum Shahir berangkat ke tempat keje….Ada jugak Adira memberitahu Shahir tentang hasratnya untuk keluar bekerja. Tetapi Shahir hanya menyuruh Adira duduk di rumah sahaja.
Adira : Abang, sarapan dah siap!!!....( jerit Adira dari dapur ).
Kerana tiada sahutan dari Shahir, Adira naik ke bilik tidur. Ketik kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tido, kelihatan Shahir sedang mengikat dasinya. Dia melemparkan senyuman kepada Shahir. Tangannya ringan membantu Shahir mengetatkan dasi kolar baju kemeja yang dipakainya. Sebuah kucupan hinggap di pipi Adira…….
Shahir : Terima kasih…….( sambil mencapai briefcasenya ).
Adira : Sama-sama….
Shahir : Jom turun, kita breakfast sekali….( lembut Shahir mengajak ).
Adira : Abg turun dulu, Adira nak kemaskan bilik dulu…
Shahir : Baiklah….( sambil melangkah turun terlebih dahulu ).
Shahir menanti isterinya di meja makan di dapur, hampir sepuluh minit dia menunggu…lama sangat ke nak kemas kan bilik tu?...hati lelakinya bertanya sendiri. Namun dia hanya meneguk air teh yang telah dibancuh oleh isterinya. Dia masih lagi menanti isterinya untuk bersarapan bersama ngannya…
Shahir : Sayang!!!....lambat lagi ke?..( laung Shahir kepada isterinya yang masih berada
di tingkat atas ).
Tiada sahutan….Adira juga tidak muncul bila dipanggil…Shahir melangkah ke bilik. Anak-anak tangga didaki. Adira dilihat terjelepok tidak sedarkan diri di lantai di dalam bilik. Shahir yang terkejut dengan pantas menghampiri isterinya. Belakang tangannya diletakkan pada dahi Adira. Suhu badan Adira tidak panas. Shahir mendukung isterinya ke kereta dan memasukkannya ke dalam kereta . Dia kemudiannya memandu laju ke arah hospital. Shahir merasa bimbang dan cemas akan keselamatan isterinya. Keselamatan isteri tercinta merupakan perkara utama buatnya kini…..Kebetulan isteri Doktor Maulana iaitu Doktor Ain yang merawat isterinya.
Doktor Ain memeriksa keadaan Adira di dalam bilik rawatan.
Adira mula terjaga. Seorang wanita berpakaian putih kini ada dihadapan matanya. Adira melihat Shahirnya berada disitu. Adira bingung……
Shahir seakan memahami. Jari jemari Adira digenggam erat. Terasa ketenangan menghampiri diri Adira yang sedang terlantar di dalam bilik rawatan……
Adira : Kenapa Adira boleh ada kt sini?..( tanya Adira ).
Shahir : Sayang pitam dalam bilik tadi…….
Adira mula mengingati kembali. Kepalanya terasa pening ketika itu. Dunianya terasa berputar dan dia tidak sedar lagi apa yang terjadi selepas itu. Doktor Ain membuat ujian air kencing pada Adira. Dia ingin mengetahui puncanya. Beberapa minit kemudian Adira dan Shahir di bawa masuk untuk berjunpa kembali dengan doktor Ain. Wajah doktor Ain tersenyum girang berbanding wajah Adira yang lesu tidak bermaya. Shahir memimpin isterinya….
Doktor Ain : Bertenang ye kalau apa yang saya nak sampaikan nanti buatkan Adira terkejut…
( katanya dalam tutur kata yang perlahan ).
Shahir dan Adira tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya menunggu dengan sabar. Doktor Ain senyum sebelum meluahkan kata-kata selanjutnya….
Doktor Ain : Tahniah En. Shahir, your wife is pregnant. En. Shahir dan Pn. Adira bakal
menjadi parents dalam masa tujuh bulan lagi..( terang doktor Ain ).
Shahir : Betul ke doktor?..( dengan nada terkejut ).
Doktor Ain : Urhmmm….saya nak En. Shahir beri tumpuan yang lebih pada your wife.
Adira masih di peringkat awal kehamilan. Jangan benarkan dia membuat kerja2
yang berat, dia kena banyakkan berehat dan Adira juga perlu mengambil banyak
makanan yang berkhasiat..
Shahir : Baiklah doktor….
Doktor Ain : Dan ada satu lagi, Adira perlu membuat pemeriksaan susulan sebulan sekali…
Shahir : Terima kasih doktor….( kata Shahir kepada doktor Ain sebelum melangkah
keluar dari bilik ).
Doktor Ain : Sama-sama…..
Shahir dan Adira berjalan beriringan menuju ke kereta. Jari jemari mereka bersusulan kemas. Shahir menghubungi pejabatnya bahawa dia tidak masuk pejabat hari ini. Adira pula mengusap-usap lembut perutnya. Tidak langsung diketahui bahawa dirinya sedang mengandung. Memang kitaran haidnya kadang-kadang tidak menentu, jadi menyukarkan dirinya untuk mengesan tentang kandungannya.
Shahir : Sayang, nak kena beli lagi ke stok roti gardenia tu?..( sambil mengusik
isterinya sekali gus mematikan lamunan Adira ).
Adira : Abg nie, nak kenakan Adira pulak…
Shahir : Abg tanya yang betul…..( masih mahu mengusik ).
Adira : Abg, bukan Adira yang teringin nak makan roti tu, tapi yang ada kat dalam
perut nie haaa…..( sambil mengusap lembut perutnya ).
Shahir : Sayang, boleh tolong abg tak?.
Adira : Nak tolong apa pulak?.
Shahir : Tolong abg tanya baby kat dalam tu, lepas nie dia nak makan apa lagi?..Boleh
abg tolong belikan sekarang. Nie tak, tengah-tengah malam baru teringin. Kesian
kat abg nak kena pergi beli..
Adira tidak menjawab sebaliknya hanya mencuit lengan Shahir disisi. Mereka berdua ketawa riang. Gembira dengan berita yang baru diterima itu.
Setibanya dirumah, Adira dibaringkan di atas tilam. Shahir juga turut bersama ngan isterinya di dalam bilik. Tanpa sempat Adira meminta, Shahir terlebih dahulu menghulurkan botol minyak angin kea rah isterinya. Adira mencapai botol minyak angin dengan tersenyum.
Adira : Aikkk!!!..macam tahu2 je Adira nak mintak minyak angin…
Shahir : Mestilah….( jawab Shahir ).
Beberapa minit kemudian, Shahir menghilangkan diri di balik daun pintu. Entah ke mana perginya, tidak diketahui oleh Adira…setengah jam kemudian, Shahir datang kembali sambil menatang dulang yang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas susu. Adira dikejutkan dari tidur. Adira sedari pagi tadi tidak menjamah sebarang makanan. Dengan wajah lesu Adira menegakkan badannya. Dia bersandar pada sebiji bantal yang Shahir letakkan di belakangnya. Mulut dibuka setelah mendapat arahan daripada suaminya. Menikmati hidangan bubur nasi dari suapan suaminya membuatkan Adira rasa diri dihargai dan disayangi.
Adira : Mak datang sini ke?....( tanya Adira tiba-tiba ).
Shahir : Mana ada mak datang sini. Kenapa, syg dah rindu kat mak ke?..( Shahir bertanya
lembut ).
Adira : Mana datangnya bubur nie kalau bukan mak yang masak?..
( bertanya kehairanan ).
Shahir : Abang lah yang masak….
Adira : Abg tau masak ke??.
Shahir : Hmmm….
Adira : Mana abg dapat resepi nie?...( tanya Adira lagi kerana masih tidak puas hati
dengan jawapan yang diberikan daripada suaminya ).
Shahir : Mak yang bagi resepi nie….mak cakap sayang suka makan bubur kalau sakit,
abg pun belajarlah buat bubur macam nie dari mak….( terang Shahir ).
Adira : Ooooo….( sambil mengunyah makanan yang disuap oleh Shahir ).
Shahir : Sayang!!!...abg gembira sangat ari nie..berita yang abg terima hari nie
merupakan berita kedua yang paling gembira…( luah Shahir ).
Adira : Berita yang kedua gembira??..apa berita gembira yang pertama?..( Adira
bertanya dengan perasaan cemburu ).
Shahir : Sayang cemburu ke??.
Adira : Abg nie kan!!!!!...suka buat Adira geram.
Shahir : Hehehee….berita gembira yang pertama adalah bila abg dah jadi suami yang sah
untuk sayang la…..
Habis semangkuk bubur dimakan oleh Adira. Susu yang dibawa juga diminumnya perlahan-lahan. Adira dibaringkan semula di atas katil.
Shahir : Sayang tido dulu…nanti dah masuk waktu zohor abg kejutkan…
Adira : Hmm…..( sambil memejamkan matanya ).
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama