BILA HATI BERBICARA - BAB 3
BAB 3
Datin Jasmine setia menanti anak lelakinya pulang dari keje sambil menonton televisyen rancangan kegemarannya. Setiap hari pasti pulangnya pukul 8.30 minit malam. Kalau ada dinner dengan client, pasti pulangnya hingga ke larut malam. Kadang2 waktu pagi sahaja mereka dapat berjumpa. Itu pun pada waktu sarapan pagi.
Megat Syahril Arfan kini berada dihadapan matanya. Baju yang pagi tadi kemas diseterika telah bertukar rupa setelah pulang dari kerja. Tiada lagi dasi terlkat kemas di lehernya.
‘banyak kerja kat office?. tanya Datin Jasmine memulakan bicara.
“banyak, mama. Semuanya nak cepat. Mana Mia ngan Aishah??. tanya Megat Syahril.
“dioarang dah masuk tido. Syahril, mama ada sesuatu nak bincang nie.
‘mama, tolonglah jangan mulakan lagi. Syahril penat nie!” tegas Shahril.
“kamu jangan nak mengelak lagi kali nie!” kata Datin Jasmine.
“mama, kan Syahril dh ada kekasih. Syahril pasti jodoh Syahril dengan dia,” kata Shahril.
“sape?? Diana??...tanya Datin Jasmine.
“ya”…
“tidak, mama tak setuju!...mama nak kamu kawin ngan pilihan mama je…tegas Datin Jasmine.
“tapi, mama!!..
“tkde tapi-tapi, kamu nak tgk mati dulu baru kamu nak ikut cakap mama?” tanya Datin Jasmine.
“tkdelah macam tu mama!!...Diaan tu sesuai tau jadi menantu mama,” terang Syahril.
“sesuai bagi kamu tapi tak sesuai bagi mama,” kata Datin Jasmine.
“mama, Syahril tak mau terkena lagi. Syahril dah serik. Penat mama bercinta bagai nak rak, tapi habuk pun tkde,” balas Syahril.
“Syahril, bukan semua perempuan macam yang pernah Syahril jumpa,” kata Datin Jasmine lagi.
“alah mama, semua perempuan sama je. Semua gilakan duit, mata duitan!!!.
“habis tu Diana pun macam mama juga lah??...kenapa Syahril tetap cintakan dia,” tanya Datin Jasmine.
“Diana bukan macam tu.”
“habius tu, mamalah yang gilakan duit dan mata duitan?” tanya Datin Jasmine.
Megat Syahril berjalan menuju ke arah sofa panjang yang diduduki oleh mamanya. Dia membaringkan kepalanya di riba Datin Jasmine. Megat Syahril sememangnya manja bila bersama mamanya.
“Syahril tklah maksudkan mama macam tu. Syahril maksudkan Lia, Nani dan Sheila,” balas Syahril.
“Syahril, mama rasa mama boleh tolong carikan calon unutk Syahril. Calon yang mama carikan nie bukannya macam Lia, Nani, Sheila dan juga Diana,” kata Datin Jasmine.
“mama, Diana adalah calon yang terbaik,” bela Syahril.
“tapi, mama nak menantu mama nanti seorang gadis yang berrtudung,” kata Datin Jasmine lagi.
“alah, mama!! apa salahnya kalau Diana yang jadi menantu mama??. Memanglah sekarang dia tidak bertudung lagi tapi mungkin selepas kawin dia akan bertudung,” terang Syahril.
“tapi, mama tetap tidak bersetuju ,” tegas Datin Jasmine.
“kita cakap lain kali jelah mama, Syahril dah mengantuk sangat nie…assalamualaikum, selamat malam,” ucap Syahril sambil mencium pipi mamanya.
“Syahril, mama belum habis cakap lagi,” kata Datin Jasmine. Setelah melihat Syahril menuju ke bilik tidurnya di tingkat atas.
Tanpa membuang masa Datin Jasmine segera menghubungi Farina unutk mendapatkan pertolongan,
“assalamualaikum,” jelas kedengaran satu suara yang pastinya milik seorang wanita.
“waalaikumussalam,” balas Datin Jasmine.
“nak bercakap ngan sape?” tanya suara lembut itu.
“boleh saya bercakap Farina?” pinta Datin Jasmine.
“sebentar ya, saya panggilkan,” kata suara lembut itu. Sekali gus mematikan persoalan yang bermain di fikiran Datin Jasmine sebentar tadi.
Sementara menunggu jawapan panggilan daripada Farina, Datin Jasmine terdengar suara lembut itu membahasakan dirinya kakak bila bercakap ngan Farina. Datin Jasmine bertambah hairan. Bila pulak Farina ada kakak?.....setahu dia, Farina anak yatim piatu yang tidak mempunyai saudara lain.
“assalamualaikum,” sapa Farina.
“waalaikumussalam,” balas Datin Jasmine.
“oh Datin, maaf tunggu lama, saya kat bilik tadi,” terang Farina.
“tak mengapa, sepatutnya sayang yang harus minta maaf sebab kacau Farina malam-malam,” kata Datin Jasmine.
“selagi saya belum tido , tkpe Datin.”
“Farina , esok kamu free tak?. maksud saya lunch hour,” tanya Datin Jasmine.
“nak belanja makan lah, sambil tu ada sesuatu perkara yang saya nak bincang ngan Farina.”…
“baiklah, Datin….tapi, di mana Datin nak jumpa saya?. tanya farina
“di Restoran Shahira”.
“jumpa Datin di sana, ya?”
“ya, jumpa esok. Bye,” kata Datin Jasmine menamatkan perbualan.
“sape yang telefon kak Farina,” tanya Dirani sebaik sahaja Farina meletakkan gagang telefon.
“Datin Jasmine yang telefon.”
“kenapa??...dia tak dapat hantar Mia ke esok…??..tanya Dirani lagi.
“takdelah, Datin Jasmine nak ajak kak Farina lunch besok,” terang Farina.
“oh, ye ke?.”
“nanti Dirani ikut sekali ye.”
“tak nak lah, kan Datin Jasmine ajak kak Farina je…takkan Dirani nak ikut kot sedangkan Dirani tak diundang,” kata Dirani.
“tkpelah, ikut je ye?” pujuk Farina.
“tengoklah dulu.”
“tak boleh tgk2, ikut je.”
“nanti sape yang nak jaga adik2 di pusat jagaan tu?.” tanya Dirani…
“alah, Dirani nie!!...masih ramai lagi yang jaga adik2 tu semua. Anum, kak Jah, Ain dan Nad.”
“yelah-yelah, Dirani ikut.
“bagus-bagus.”
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama