BILA HATI BERBICARA - BAB 2
BAB 2
Selepas majlis makan malam di rumah Datuk Norman, Dirani semakin akrab dengan datin Jasmine. Bila terserempak sahaja di pusat jagaan milik kak Farina, pasti banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Mungkin kerana sifat keibuan yang dimiliki oleh Datin Jasmine telah menarik minat Dirani.
Dirani begitu merindui belaian kasih seorang ayah. Dirani tidak pernah merasai belaian seoarng lelaki yang bergelar ayah. Menurut ibunya, ayah meninggal dunia sebelum ibunya sempat melahirkannya. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Amin.
Tatkala rindu, gambar-gambar ayah menjadi tatapan Dirani.
Rozita memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan anaknya. Rozitalah ibu dan Rozitalah juga lah bapa kepada anak gadisnya. Rozita suka bercerita tentang suaminya kepada Dirani. Menurut Rozita, wajah Dirani yang bujur sirih dan bentuk mata yang sedikit kecil diwarisi daripada ayahnya, Fahrin Ahmad.
Ayah Dirani seorang yang berbudi pekerti mulia, sopan santun, pandai memasak dan pandai memujuk. Pendek kata ayahnya mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang suami. Sebelum Fahrin Ahmad menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat memberitahu Rozita akan hajatnya untuk menamakan anak perempuannya dengan nama Khadeeja Dirani.
Rozita sama sekali tidak menghampakan hajat suami tercinta. Rozita member nama anak tunggal perempuan mereka dengan naam Khadeeja Dirani. Rozita berharap anaknya boleh mewarisi segala sikap terpuji yang diwarisi oleh ayahnya.
“ibu, Dirani nak ibu berehat. Ibu dah penat bekerja. Sekarang dah tiba masanya untuk Dirani membalas jasa ibu,” kata Dirani meminta pengertian.
“Dirani, ibu sunyi bila duduk sorang2 kat rumah,” jawab Rozita.
“apa kata kalau ibu kawin lain, tkdelah ibu duk sorang2 kat rumah nie,” Dirani menberi cadangan sambil menguntumkan senyuman yang membawa makna tersurat.
“tkde lelaki lain yang boleh gantikan tempat ayah kamu, Dirani,” kata Rozita dalam nada sebak.
Dirani rasa versalah. Wajahnya tunduk memandang pokok bunga yang memenuhi halaman rumah.
“Dirani, memang ibu rasa sunyi bila duduk sorang2. Tapi ibu maksudkan bukanlah inginkan pasangan hidup yang lain. Sebaliknya cucu yang boleh kongsi kegembiraan di hari tua.” perlahan sekali Rozita melontarkan kata.
“kamu tgk Mak Cik Siti depan rumah kita nie. Dia pun janda jugak macam ibu. Tapi sikit pun tak rasa keseorangan, apatah lagi kesepian,” kata Rozita memohon pengertian…
Dirani faham benar maksud kata-kata ibunya. Bukan dia tidak ada keinginan untuk berumah tangga, namun pintu hatinya tidak terbuka lagi untuk menerima seorang lelaki yang bergelar suami dalam hidupnya dan umurnya pun masih muda.
“baiklah ibu…..kerana terpaksa Dirani turutkan…” kata Dirani dalam nada bersahaja. Dirani memandang ibunya yang tersenyum penuh makna.
“bila nak kenalkan dengan bakal menantu ibu?” tanya Rozita sambil mengukirkan senyuman .
“bila masa pulak Dirani kata nak kawin?” tanya Dirani kehairanan.
Agin tkde, rebut tkde, manalah pulak ibu dapat cadangan macam tu?. getus hati Dirani geram.
“tadi Dirani juga yang kata, kerana terpaksa Dirani turutkan…” kata Rozita mengingatkan.
Dirani ketawa..
“ibu salah fahamlah, maksud Dirani kerana terpaksa Dirani turutkan, ialah………”
“ialah apa, Dirani?” tanya Rozita tanpa sabar.
“terpaksa benarkan ibu buka warunglah,” kata Dirani.
“itu je ke?.” tanya Rozita ingin mengusik.
“itu aja!” balas Dirani dalam nada tegas.
Rozita amat arif akan kelakuan anaknya yang satu tu. Itulah yang menjadi modal paling besar kepada Rozita untuk membuatkan anaknya mati kutu bila melontarkan pandangan.
Dirani menarik lembut tangan ibunya untuk duduk bersama di atas bangku bawah sepohon pokok rambutan di halaman rumah. Petang itu mereka menikmati air kopi kegemaran ibunya bersama kuih pau kacang yang sempat Dirani beli sebelum pulang dari kolej tadi.
Sedang leka berbual dengan ibunya, Dirani melihat kelibat kereta kak Farina memasuki perkarangan rumah. Rozita juga turut menoleh kea rah deruman enjin kereta.
“awal kamu balik hari nie, Farina?” tanya Rozita.
“anak2 dh balik kak,” balas Farina.
Dirani tersenyum ke arah kak Farinayang tampak keletihan. Dirani menuangkan air kopi yang masih panas ke dalam cawan dihadapan kak Farina.
Farina minum beberapa teguk untuk menghilangkan dahaga.
“kak Farina, tak lama lagi bolehlah kita makan percuma. Kak Farina tak payahlah makan pizza lagi. Kak Farian bolehlah makan masakan kampung yang kak Farina suka,” kata Dirani kpd kak Farina sambil mengusik ibunya.
“kenapa, dapat kupon free ke?” tanya Farina.
“hmmm…..kenalkan, bos warung masakan kampung, Puan Rozita,” kata Dirani sambil ibu jarinya menunding kea rah ibunya.
Rozita mencuit hidung anak gadisnya.
Farina tersenyum riang.
“bila bos bagi kata putus nie pada kakak?” tanya Farina ingin tau.
“baru kejap tadi.” kata Rozita bersungguh-sungguh.
Farina memandang Dirani inginkan kepastian.
Dirani mengangguk tanda mengiakan.
“macam mana Dirani dah dapat keputusan dari kolej?” tanya Farina ingin tau.
“belum lagi, nie yang Dirani takut nie. Belajar tinggi2 tapi tak tau nak kje kat mana,” balas Dirani.
“sabarlah, insyaallah tak lama lagi pasti Dirani akan dapat bekerja…tapi kenapa kakak nak buka warung, asal tak bukak restoran??...tanya Farina.
“kakak manalah ada modal banyak sangat kalau nak bukak restoran. Setakat warung tu bolehlah.” Terang Rozita.
“Farinakan ada, cakap je berapa modal yang kakak nak. Insyaallah, Farina boleh tolong.” pinta Farina.
“tapi kakak tak nak susahkan Farina.”
“apa pulak susahkan Farina?...kakak tak pernah susahkan Farina pun. Farina rasa gembira dapat bantu kakak”..terang Farina lagi.
“betul tu ibu!..terima jelah, kak Farina dah nak tolong tu. Terima je ibu”..pinta Dirani.
“yelah, ibu terima..terima kasih ye Farina.” Ucap Rozita.
“sama-sama kasih kak……” balas Farina.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama