AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 7

BAB 7
Dirani, Farina dan Rozita pergi ke rumah Datin Jasmine seperti yang telah di rancangkan. Farina memandu laju Perdana V6 miliknya. Kereta Farina memasuki taman perumahan elit milik Datin Jasmine.
Mereka sampai agak awal dari waktu yang telah ditetapkan oleh Datin Jasmine. Belum ramai jemputan Datin Jasmine yang hadir. Datin Jasmine dengan pantas menyapa Dirani sekeluarga.
“terima kasih, Dirani, Farina,” ucap Datin Jasmine.
“sudi datang sini walaupun masih awal lagi,” sambung Datin Jasmine lagi.
“takpelah, Datin. Kenalkan, nie ibu saya…ibu nie Datin Jasmine,” kata Dirani sambil memperkenalkan ibunya kepada Datin Jasmine.
“Rozita. Rozita kan?” tanya Datin Jasmine.
“Jasmine, Jasmine Haidar?” tanya Rozita pula.
“ya, Rozita kan…Rozita Che Wan?” tanya Datin Jasmine.
“ya, Jasmine!” jawab Rozita.
“Rozita!!” panggil Datin Jasmine sambil memeluk erat Rozita hingga menitiskan air mata.
“dah lama kita tak jumpa kan, lepas habis je sekolah kau dah berpindah. Tak bagitau aku pulak tu, kau pindah kat mana. Sedih tau!!!....kata Rozita.
“aku pun cari kau juga selepas pindah tapi bila aku datang kampung lama kita, penduduk kat situ cakap kau dh pindah. Aku cuba cari kau tapi nak buat macam mana, tkde rezeki.
“Dirani anak kaulah?” tanya Datin Jasmine.
“ya, anak perkongsian aku ngan Fahrin,” terang Rozita dengan perlahan.
‘mana Fahrin, dah lama aku tak jumpa dia?” tanya Datin Jasmine.
“dia dah lama meninggal. Masa aku tengah sarat mengandungkan Dirani. Arwah tak sempat pun meninggalkan apa2 pesanan selain agar aku menamakan anak aku nanti Khadeeja Dirani,” beritahu Rozita sambil menahan sebak.
“maaf ye Zita!...ucap Datin Jasmine.
“takpe, dah lama kisah tu berlalu. Dirani pun dah besar panjang sekarang. Esok, lusa kawinlah dia nie,” kata Rozita sambil merenung anaknya.
“jomlah, masuk. Nanti lenguh pulak kaki diri lama-lama kat luar nie,” jemput Datin Jasmine.
“betul tu kak!...jomlah kita masuk,” pinta Farina pula.
Tepat-tepat jam 9.00 malam, ramai jemputan mengambil tempat di dalam rumah. Bacaan tahlil dimulakan. Tenang seketika jiwa bila berada dimajlis kemaian sempena ini.Selesai bacaan tahlil, mereka semua berzikir dengan diketuai oleh imam masjid berdekatan. Doa dipohon untuk kesejahteraan bersama dan pada yang telah tiada.
Tika majlis tahlil tiba di penghujung, Farina sudah memboloskan dirinya di antara jemputan lain yang hadir. Dirani pula hanya duduk di kerusi yang disediakan. Malam kelihatan tenang. Angin sepoi-sepoi bahasa menjadi peneman malam nie.
Hidangan nasi minyak beserta beberapa juadah lain turut kelihatan tersaji di atas meja. Sedang Dirani enak menikmati puding buah, Syahril menghampirinya sambil mendukung adik bongsunya Mia. Dirani melemparkan senyuman.
“hai, kak Dirani,” sapa Mia.
“hai, Mia,” balas Dirani.
“Mia pergi masuk dulu, ye…kak Aishah ada kat dalam,” pinta Syahril..
“tapi Mia nak duduk ngan kak Dirani.”
“dengar cakap along, Mia masuk dalam dulu,” kata Syahril..
“yelah2…kak Dirani, Mia masuk dalam dulu ye,” kata Mia sebelum masuk.
“baiklah.”
“aik, along tak nak masuk sekali ke?” tanya Mia.
“Mia masuk dulu, nanti along masuk,ok!” kata Syahril sambil melihat adik kesayangannya masuk ke dalam rumah.
Syahril menghampiri Dirani sambil duduk di kerusi yang ada dihadapan Dirani. Dirani hanya melemparkan senyuman.
“terima kasih sebab sudi datang ke rumah saya malam nie,” kata Syahril memulakan bicara,
“terima kasih jugak sebab En. Syahril dan keluarga sudi jemput kami sekeluarga,” kata Dirani yang masih dengan senyuman manisnya.
“jgnlah berencik-encik ngan saya, sekarang kita kan luar dari pejabat, panggil Syahril je,” kata Syahril.
“saya dh biasa panggil macam tu walaupun baru 2 hari saya bekerja di syarikat En. Syahril,” kata Dirani pula.
“hmmm..ikut suka Dira lah. Makanlah, jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Saya pergi dulu ye, semua tetamu perlu dilayan,” kata Syahril.
Dirani sekadar mengangguk tanda faham. Sebenarnya, dia bersyukur kerana Syahril tidak berniat untuk memanjangkan perbualannya.
Datin Jasmine berbual dengan Rozita yang berada berdekatan Dirani.
Sebelum pulang, seperti tetamu lain, Datin Jasmine memberi buah tangan kepada Rozita sekeluarga.
Sedang leka Dirani membelek helaian Novel Belaian Jiwa, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.
“boleh ibu masuk, Dirani?” tanya Rozita dari luar bilik.
“masuklah, ibu!!” jemput Dirani.
Rozita membuka tombol pintu bilik Dirani dengan lembut lalu dia masuk dan duduk di sebelah Dirani di atas katil.
“Dirani,ibu ada sesuatu nak bincang ngan kamu,” kata Rozita.
“apa dia, ibu?.” Tanya Dirani.
“ibu nak…nak…
“nak apa ibu?” tanya Dirani yang pelik melihat ibunya seakan gagap untuk bercakap.
“ibu nak kamu kawin,” kata Rozita.
“apa? Kawin?.” Tanya Dirani dengan nada terkejut.
“ya, Dirani!”.
“tapi, Dirani kan muda lagi ibu,” kata Dirani.
“tapi ibu dah tua. Bila-bila masa saja ibu akan meninggalkan dunia nie, meninggalkan Dirani untuk selama-lamanya,” kata Rozita.
“ibu cakap apa nie?. Dirani tak sukalah ibu cakap macam tu..
“kalau boleh ibu nak kamu kawin depan ibu sebelum ibu meninggal. Ibu nak sangat kamu dinikahkan di depan mata ibu. Ibu dah tua, Dirani,” pinta Rozita lagi.
“adakah sebab kak Farina dah nak kawin, jadi Dirani perlu ikut jejak kak Farina jugak?” tanya Dirani kembali.
“bukan macam tu sayang. Kalau boleh ibu nak tengok kak Farina dan kamu kawin dihadapan mata ibu sendiri,” kata Rozita.
“tapi, ibu kan tau Dirani takde teman lelaki. Macam mana pulak Dirani nak kawin ibu.”
“yang tu kamu jangan risau, ibu dah ada calon yang sesuai untuk kamu.”
“tapi, Dirani nak tunang dulu, lepas tu baru kawin.ujar Dirani.
“hah?”
“ya, kalau boleh Dirani nak bertunang dulu. Tak kisahlah lama mana Dirani bertunang, barulah Dirani akan kawin,” pinta Dirani.
“jadi kamu setuju?” tanya Rozita.
“ya, ibu..Dirani setuju. Dirani ikut je cakap ibu.”
“alhamdulillah, tapi kamu tak nak tau nama bakal tunang kamu tu?”
“hah!!!...takkan ibu dah ada calon untuk Dirani?” soal Dirani dengan terkejut.
“sebab dah adalah, ibu tanya kamu nie,” jawab Rozita.
“hmm..ye tak ye jugak. Ibu tau ke nama bakal tunang Dirani nanti?. Ibu kenal ke dia?.”
“ibu kenal dia, mak dia pun kawan ibu jugak masa zaman kecik dulu..Megat Syahril Arfan atau lebih senang dipanggil Syahril.” Tulah nama bakal tunang Dirani nanti.
“apa?. Syahril?” tanya Dirani lagi dengan nada betul-betul terkejut.
“ya, Syahril.”
“maksud ibu Syahril, bos tempat Dirani bekerja sekarang?..anak Datin Jasmine tu?..tanya Dirani..
“hmmm…,” Rozita mengganggukkan kepalanya.
Mampus aku!!..kalau Syahril tau aku nie bakal tunang dia comfirm aku kena buang keje nanti. Kat mana pulak aku nak cari keje lepas nie..tapi kalau aku tolak ibaratnya aku memutuskan tali persahabatan ibu dengan Datin Jasmine. Pening-pening, getus Dirani dalam hati.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama