AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 10

BAB 10
“Lisa, ari nie saya tak nak jumpa ngan sapa-sapa, faham!” kata Syahril.
“tapi, hari nie En. Syahril ada 2 temu janji,” beritahu Lisa pula.
“saya nak awak batalkan semua temu janji tu, awak pandai-pandailah cari alasan,” pinta Syahril.
“tapi macam mana ngan Cik Diana?. Hari nie Cik Diana akan datang sini, dalam setengah jam lagi, En. Syahril.” kata Lisa.
“what!..dia nak datang sini? setengah jam lagi?” tanya Syahril balik.
“ye, En. Syahril.”
“dia pun saya tak nak jumpa, awak cakap je yang saya tkde masa dan saya sibuk,” pinta Syahril.
“tapi….”
“takde tapi-tapi..pandai-pandailah awak yakinkan dia yang saya sibuk,” beritahu Syahril sebelum berlalu.
“baiklah En. Syahril,” kata Lisa.
“kenapa ngan bos awak tu, Lisa,” tanya Dirani yang kebetulan ada di situ dan secara tak sengaja mendengar perbualan Lisa dan Syahril.
“entahlah, Dirani. Pelik!. selama nie dia tak pernah batalkan temu janji. Tapi ari nie dia batalkan semua temu janji dan tak nak jumpa pun ngan Cik Diana walaupun selama nie dia happy kalau dapat jumpa  Cik Diana,” terang Lisa.
Macam pernah dengar je nama tu tapi kat mana ye?..ooo..baru aku ingat, dialah kekasih Syahril dan dia jugalah yang merestui pertunangan aku ngan Syahril.
“hai,” sapa Diana.
Lisa dan Dirani yang leka berbual cepat-cepat berpaling kea rah suara tersebut.
“hai, Cik Diana,” balas Lisa.
“Syahril dah sampai?” tanya Diana.
“dah, tapi dia sibuk. Dia cakap lain kali lah dia jumpa ngan Cik Diana,” terang Lisa.
“saya nak jumpa ngan dia jugak,” bentak Diana.
“tapi…..Lisa tak dapat menahan Diana yang terus menuju ke bilik En. Syahril lalu membuka pintu bilik bosnya.”hai, sayang,” sapa Diana ngan suara manjanya.
“maaf, En. Syahril. Saya dah larang tapi….”
“tkpe, Lisa. awak boleh sambung keje awak balik,” pinta Syahril.
‘baiklah, En Syahril,” kata Lisa sambil berlalu pergi.
“sayang apa khabar?” tanya Diana sambil menghampiri Syahril yang tengah sibuk.
“I masih sihat!. masih dapat lihat dunia nie dan I masih dapat lagi boleh melihat kecurangan yang dilakukan orang tu,” beritahu Syahril seakan jijik ngan Diana.
“apa maksud u?” tanya Diana.
“please Diana, u jangan nak buat-buat tanya pulak. Kenapa u tipu I, u cakap yang u akan balik minggu nie, tapi sebenarnya u dah balik sini lama, kan?. and then apa yang u buat kat Restoran Seafood semalam?” tanya Syahril.
“I ada kat rumah semalam, sayang,’ kata Diana sambil menafikan kebenaran.
“u jangan nak tipu I lah Diana. I paling tak suka kalau ada orang yang tipu I. U ingat I tak tau u  keluar dinner ngan jantan mana semalam. I nampak, Diana. Bukan main mesra lagi. I hate u Diana,’ luah Syahril.
“sayang!” kata Diana sambil menitiskan air mata palsunya.
“u jangan nak menangis depan I lah. Air mata u tu cuma air mata palsu je kan?. I nak u terus terang ngan I sekarang, sape lelaki tu semalam?” tanya Syahril.
“dia…dia…”
“dia apa?...jangan gagaplah Diana. Sejak bila u nie gagap? setahu I, u nie tak suka simpan-simpan rahsia. U kan pandai terus terang. Kenapa tak terus terang je?” tanya Syahril lagi.
“dia buah hati I,” beritahu Diana.
“ooo..buah hati u?. baguslah! u boleh keluar sekarang!..get out!’ pinta Syahril.
“tapi Sya….”
“berambus aku cakap,” kata Syahril ngan nada marah.
“sampai hati u buat I macam nie. Dasar jantan tak guna!..marah Diana sambil berlalu pergi.
Semasa Diana keluar dari bilik Syaril, hati Diana bertambah geram kerana staf-staf di syarikat tu semua memandangnya.
“apa pandang-pandang? kau nak rasa penampar aku ke?” tanya Diana dalam keadaan marah.
Staf-staf yang memandang Diana terus kelam kabut berlalu ke meja masing-masing.
Dirani yang berada di dalam biliknya nampak gelisah memikirkan kekecohan yang berlaku dalam bilik bosnya tadi. Diorang gaduh ke?. Gusar Dirani dalam hati.
Tiba-tiba lamunan Dirani terganggu apabila Stacy meminta kebenaran untuk masuk. Tanpa membuang masa , lantas Dirani menjemputnya dan Dirani sempat berfikir untuk  dan Dirani sempat berfikir untuk tanya saja ngan Stacy.
“sorrylah ganggu, Dirani,” kata Stacy.
“tkpe, duduklah” jemput Dirani.
“kau tak pergi tengok ke kekecohan yang berlaku dalam bilik bos kita tu tadi?” tanya Stacy.
“tak!...kau pergi ke?” tanya Dirani balik.
“mula-mula tak nak pergi tengok, tapi kalau aku tak pergi, rugi pulak. so, aku pun pergilah tengok,” kata Stacy.
“macam mana?” tanya Dirani.
“takde yang cedera tapi ada yang menangis,” kata Stacy.
“perempuan ke yang menangis?”. tanya Dirani.
“perempuanlah, takkan En. Syahril pulak yang menangis. Tak macholah!!!” beritahu Stacy.
“mesti kelakarkan kalau bos kita yang menangis, hehehe,” kata Dirani sambil ketawa.
“betul tu, hahaha,” Stacy turut ketawa bersama Dirani.
“boleh join?” tanya Syahril yang tiba-tiba muncul di balik pintu bilik Dirani.
“Stacy, kau ada dengar tak suara selain suara kita?” tanya Dirani dengan tiba-tiba.
‘aaahhh, kau rasa suara sape,” tanya Stacy balik.
“aku rasa…..”sambil mendongak kepalanya ke atas dan….terkejut melihat tubuh yang berdiri di balik pintu tu sangat-sangat dia kenal.
‘hai, bos!..bos nak jumpa Dirani ke?” tanya Stacy yang turut sama terkejut.
‘yup,” jawab Syahril.
“saya keluar dulu ye, bos. Kau hati-hati sikit tau!..”kata Stacy sebelum melangkah keluar.
“cerita apa yang Stacy beritahu kat awak, Cik Dira,” tanya Syahril memulakan perbualan.
‘hmmm…tkde apa-apa lah. Apa yang boleh saya bantu En. Syahril?.” tanya Dirani.
‘tak nak jemput saya duduk ke?” tanya Syahril kembali.
“sori-sori, saya lupa..jemputlah duduk En. Syahril…
“thanks,” kata Syahril.
Kini tiada apa-apa perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Dirani pula lebih leka bermain pen di atas meja sambil melukis di atas kertas kosong dihadapannya. Syahril pula lebih suka merenung perempuan dihadapannya. Baginya, kecantikkan Dirani adalah semulajadi tidak seperti Diana dan perempuan yang dia kenal sebelum nie.
Dirani yang perasan akan renungan itu, betul-betul buat dia gelisah dan semakin tidak selesa.
“saya…”kata Dirani ngan Syahril serentak.
“En. Syahril cakaplah dulu,” pinta Dirani.
“Dira cakap dulu,” pinta Syahril pula.
“takpe, En. Syahril je……”
“Khadeeja Dirani,” panggil Syahril.
Satu sikap pelik yang Dirani tau, bosnya suka panggil nama penuhnya kalau dalam keadaan marah atau tiada mood. Tapi kalau mood dia ok, dia lebih suka panggil Dira. Dirani pelik kenapa bosnya suka panggilnya dengan nama Dira tidak seperti ibunya, kak Farina, Datin Jasmine dan yang lain-lain. Mereka lebih suka panggilnya dengan nama Dirani. Kadang-kadang tu terfikir jugak nak tanya , tapi takut pulak.
“Dira,” panggil Syahril lagi.
“ye, ada apa En. Syahril?” tanya Dirani.
“saya tau saya tak ada hak nak kongsi masalah saya nie pada awak. Sebab saya tak pernah anggap awak nie tunang saya. Saya lebih pentingkan Diana dari awak, sedangkan Diana tu cuma kekasih……bukan-bukan, cuma kawan tapi awak nie tunang saya,” luah Syahril.
“tkpelah En. Syahril. En. Syahril boleh kongsi masalah tu ngan saya. Anggap je saya nie seorang pendengar yang baik untuk En. Syahril…..”
“kalau saya nak anggap awak nie tunang saya, cmner?” soal Syahril.
“hah?.”…
“bukan kawan, bukan pekerja and then bukan orang asing. Saya cuma nak bercakap ngan awak sebagai tunang saya ,” kata Syahril.
……
“kenapa diam?” tanya Syahril.
“hah!...tkde apa2. Kata nak kongsi masalah kat saya, cepatlah gtau,” kata Dirani.
“saya tak tau kenapa Diana sanggup buat macam tu kat saya, sedangkan 3 tahun saya tunggu dia. Tut…tut balik dah ada buah hati lain. Patutlah mama cakap yang Diana tu bukan perempuan yang jenis setia. Dah ramai dah saya couple tapi tkde sorang pun yang lekat. Kecuali Dira, sebabnya awak tu pilihan mama. Saya rasa perempuan semua sama je, suka permainkan hati lelaki,” kata Syahril.
“En. Syahril cakap semua perempuan sama je?. Tolonglah, tak semua perempuan macam yang En. Syahril cakap kan tu. Saya tak, mama En. Syahril tak, ibu saya pun bukan macam tu.”
“yelah, saya tau tak semua perempuan macam yang saya cakap tadi,” kata Syahril lagi.
“tau pun!..bila-bila kalau nak cakap tu fikir dulu sebelum luahkan, faham!” Dirani membalas.
“faham, Cik Khadeeja Dirani!” kata Syahril.
“lelaki suka sangat cakap perkara yang bukan-bukan tentang perempuan.”
“ye ke?.” tanya Syahril.
“yelah, kata kaum perempuan nie suka permainkan perasaan mereka. Padahal sesetengah je dari semua perempuan kat dunia yang macam tu,” kata Dirani.
“tapi saya tak,” balas Syahril.
“ooo…tak??” habis tadi sape yang kata kaum perempuan macam tu?. kata perempuan nie sama perangai?..bukan En. Syahril ke?” seraya bertanya pada Syahril.
“yelah-yelah, saya mengaku saya yang cakap semua tu.” balas Syahril.
“haaa…macam tulah, nie tak senang-senang je nak kata kt kaum perempuan. Saya nie pun perempuan jugak tau….”
“Dira….,” panggil Syahril dengan lembut.
“mak ai…lembutnya dia panggil aku. Demam ke apa dia nie?”..getus Dirani dalam hatinya.
“hmm, ada apa lagi?.”
“kenapa awak tak panggil saya abang?..macam pasangan-pasangan tunang yang lain.”
“hah?..ab…ang!!” kata Dirani dengan nada terkejut. Dia nie dah memang tabiat agaknya,” ngomel Dirani dalam hatinya.
“yup”…sengaja Syahril menyakat tunangnya.
diam….
“alahhh….awak jangan risaulah, saya gurau je Cik Dira,” kata Sayhril.
“hah?”
“awak janganlah fikir sangat tentang apa yang saya sebut tu, saya saja nak gurau ngan awak. Nak hilangkan rasa sakit hati nie. Awak nie kan tunang saya, lagi pun saya tak pernah bergurau ngan awak macam nie, Cik Dira,” kata Syahril.
“ooo…” balas Dirani.
“tapi kan saya tak sabar nak dengar awak panggil saya ‘abang’. Kalau ada jodoh nanti, saya nak awak panggil saya dengan panggilan macam tu, Cik Dirani,” beritahu Syahril main-main.
“kalau sebaliknya, En. Syahril?.” tanya Dirani.
“kena redha jelah, Dira. Tapikan Dira, saya akan pastikan kita ada jodoh,” kata Syahril yang ingin mengusik Dirani.
“huhh, En. Sya……
“dahlah, saya keluar dulu. Asslamualaikum,” balas Syahril sebelum berlalu.
“waalaikumussalam,” balas Dirani.
Kenapa ngan dia nie, betul-betul dah buang tabiat nie. Romantik semacam je. Selama nie tak pernah pulak dia macam tu. Ngomel Dirani dalam hati.
…………………………..
“macam mana, kau kena marah tak ngan En. Syahril tadi?” tanya Stacy yang tiba-tiba muncul dalam bilik Dirani.
“kau nie, terkejut aku!,” kata Dirani sambil mengurut dadanya.
“sori-sori.” balas Stacy.
“hmm aku tak kena marah pun tadi, kau jangan risaulah.” kata Dirani.
“habis tu apa?” tanya Stacy lagi.
“takde apa-apa cerita menarik pun yang aku nak citer kat kau. Jomlah, kita lunch, ajak Dirani agar Stacy dapat melupakan soalan yang bermain difikirannya.”
“ok, jom-jom. Ku belanja ek, aku nak jugak rasa duit kau tu.” balas Stacy.
“yelah-yelah…jom,” kata Dirani.
Sebenarnya, Dirani tak pernah terfikir untuk merahsiakan perkara nie dari Stacy. Tapi dia sudah berjanji dengan Syahril agar tidak ada seorang pun staf di sini yang tahu tentang pertunangan mereka. Walaupun Stacy merupakan sahabat yang rapat dengannya sekarang, tapi dia tetap akan menyimpan rahsia tu dari Stacy.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama