BILA HATI BERBICARA - BAB 8
BAB 8
“what!”
“kenapa?. Syahril tak setuju ke dengan cadangan mama nak jodohkan kamu dengan Dirani,” tanya Datin Jasmine.
“memang Syahril tak setuju. Mama kan tau Syahril dah ada buah hati. Kenapa mama tetap nak jodohkan Syahril dengan Dira jugak,” tanya Syahril kembali.
“Dira mana pulak nie?..Mama nk jodohkan Syahril dengan Dirani bukan ngan Dira.”
“betullah, tapi Syahril panggil dia Dira bukan Dirani.”
“aikkk, belum apa2 lagi dah tukar nama.” kata datin Jasmine.
“mama, Syahril serius nie. Syahril kan dah ada buah hati.”
“maksud kamu Diana?. Tolonglah Syahril, mama tak setuju kalau dia jadi menantu mama. Mama cuma nak Dirani yang jadi menantu mama,” tegas Datin Jasmnie.
“kenapa mama tak setuju?. Mungkin jodoh Syahril dengan Diana bukan dengan Dira,” tanya Syahril.
“sebab mama tau, Dirani hanya jodoh untuk kamu bukan Diana.”
“tapi mama….”
“takde tapi-tapi, Syahril sanggup tengok mama menderita?. Syahril sanggup ke tengok mama mati?. Syahril sanggup?.” Tanya Datin Jasmine lagi.
“mama cakap apa nie?. Syahril tak sukalah,” beritahu Syahril.
“dulu arwah papa kamu ingin sangat melihat kamu berumahtangga tapi tak sempat. Syahril sanggup buat macam tu kat mama jugak ke?.” tanya Datin Jasmine.
“Syahril tak sanggup mama!” jawab Syahril.
“mama dengan ibu Dirani merupakan kawan baik masa kecik lagi. Kami pernah berjanji kalau kami ada anak nanti, kami nak jodohkan mereka. Sebab tulah mama rancang nak jodohkan Syahril dengan Dirani. Tentu Syahril tak sanggup lihat hubungan persahabatan mama ngan ibu Dirani terputus macam tu je kan?” tanya Datin Jasmine.
“hmmm…Dira tau ke pasal hal nie mama?” tanya Syahril.
“mama rasa ibu dia dah bagitau tentang hal nie. Sebab tulah mama tanya kamu nie, kamu setuju tak?” tanya Datin Jasmine.
“kalau Dira dah setuju, Syahril ikut je,” jawab Syahril..dia sendiri keliru dengan keputusan yang diambil nie. Diana macam mana?. Boleh ke dia terima keputusan aku nie. getus Syahril dalam hatinya..
“ye ke?..sayang anak mama!” sambil memeluk erat anak lelakinya.
“apa main peluk-peluk nie,” tanya Aishah yang baru turun dari bilik bersama dengan Mia.
“ada berita gembira ke along, mama?...along nak bawak Mia pergi bercuti ke ,” tanya Mia sambil duduk diriba abang sulungnya.
“Mia tanya lah sendiri kat mama,” kata Syahril.
“abang kamu nie nak bertunang tak lama lagi,” beritahu Datin Jasmine dengan perasaan gembira.
“abang, betul ke nie?..ngan sape mama?..bila nak langsung kan majlis pertunangan tu?” tanya Aishah.
“ngan kak Dirani, Aishah kenalkan. Mama rancang nak adakan majlis nie minggu 2 minggu dari sekarang,” jawab Datin Jasmine.
“sukanye, tak lama kita dapat kakak ipar Mia,” kata Aishah dengan nada yang ceria. Bertuah tau along dapat kak Dirani tu, dahlah cantik, manis je Aishah tengok.
“bakal kakak ipar,” Syahril membetulkan ayat Aishah.
“sori-sori.”
Hari nie Dirani pergi ke pejabat seperti biasa tapi agak awal kerana dia tak nak terserempak ngan Syahril. Dia sebenarnya takut dan berdebar untuk bertemu dengan bosnya.
Semasa melalui hadapan bilik bosnya, bosnya masih belum datang. Dirani cepat-cepat berlalu dan memasuki biliknya.
Sedang leka Dirani mengadap computer, tiba-tiba tumpuannya terganggu apabila mendapat panggilan dari Stacy yang merupakan PA nya sekarang.
“ada apa Stacy?” tanya Dirani melalui telefon biliknya.
“apa! En. Syahril nak jumpa saya?” tanya Dirani lagi.
……..
“ok, nanti saya pergi jumpa dia,” beritahu Dirani.
Mampus aku!!...Dia nak jumpa aku. Takut!!...berdebar!!!...nie mesti pasal hal yang ibu cakap semalam.
Dengan langkah yang perlahan, Dirani menuju ke bilik bosnya. Langkah Dirani boleh dikatakan seperti kura-kura berjalan tapi kalau kura-kura yang tengok mungkin tergelak habis. Kalau lumba ngan kura-kura comfirm kura-kura yang menang.
Dirani mengetuk pintu bilik bosnya dengan perlahan. Apabila mendapat arahan untuk masuk, dengan segera Dirani memulas tombol pintu tersebut. Apabila berada di dalam bilik bosnya En. Syahril Dirani tidak terus duduk sebaliknya berdiri kerana menghormati bosnya.
“kenapa tak duduk?” tanya Syahril.
“En. Syahril tak suruh duduk pun, jadi saya berdiri jelah.
“menjawab-menjawab!..marah Syahril.
“dah En. Syahril tanya, saya jawab jelah. Kalau tak jawab En. Sayhril kata saya tak hormatkan En. Syahril pulak ,” kata Dirani.
Betul jugak cakap dia nie, aku dah tanya dia soalan mestilah dia jawab, getus Syahril dalam hati.
“dahlah, duduk je kat atas kerusi tu.” Kan awak pengsan kat situ, tak larat saya nak angkat awak.
“aikk dia nie, sempat lagi buat lawak. Dahlah aku tengah takut sekarang nie.”
“hmm kenapa awak setuju dengan cadangan my mom dan ibu awak?.” Tanya Syahril sebaik saja Dirani duduk.
“rancangan apa?. Saya tak fahamlah maksud En. Syahril,” tanya Dirani pula.
“rancangan tentang di mana mereka nak kita bertunang. Kenapa awak setuju dan kenapa awak tak bantah je. Awak tak cintakan saya dan saya pun tak cintakan awak…kenapa awak tak tolak je?..atau pun awak cinta kan saya?..
“dia nie?..sedap2 mulut je kata aku cintakan dia. Nasib baik aku tak belajar silat, kalau tak memang dah kena dengan tendangan aku tu…,”En. Syahril jangan ingat saya terima cadangan tu sebab saya cintakan En. Syahril, saya terima semua nie sebab saya tak nak persahabatan my mom and mama En. Syahril yang terjalin berpuluh-puluh tahun tu terputus macam tu saja. Saya boleh je tolak, tapi bila fikirkan ibu saya, saya terima.” terang Dirani.
……..
“yang En, Syahril terima cadangan tu kenapa pulak?..bukankah En. Syahril nie dah ada teman wanita. En. Syahril tak patut buat macam tu, kalau teman wanita En. Syahril tau nanti dia mesti sedih.” tanya Dirani.
“mana awak tau yang saya dah ada kekasih?” tanya Syahril lagi.
“staf-staf kat sini yang beritahu,” jawab Dirani.
“awak jangan risau, Dira. Diana tak kan sedih, dia seorang yang tabah,” beritahu Syahril.
“oo…nama buah hati En. Syahril Diana…,” kata Dirani.
“ye!. Dia juga dah merestui pertunangan kita, Dira,” kata Syahril.
“apa?.”
“dia merestui pertunangan kita, semua nie sebab dia masih lagi belajar di London. Kitakan baru je nak bertunang, so dia tak kisah, bukannya kita dah nak kawin. Lagi pun dalam tempoh 3 bulan kita bertunang, macam-macam boleh terjadi Dira. Kalau kita ada jodoh, pertunangan kita akan kekal, kalau tkde jodoh nak buat macam mana kan, kita kena terima je, faham?” tanya Syahril.
Dasar lelaki tak guna!geram aku! getus Dirani dalam hati.
“En. Syahril jangan risau, saya faham n then saya akan pastikan yang saya tak akan sesekali jatuh cinta ngan En. Syahril. Sebab saya tahu yang kita nie tkde jodoh tapi kita kena bertunang sebab persahabatan ibu kita,” beritahu Dirani.
“bagus!. satu lagi, saya nak awak rahsiakan semua nie dari staf-staf kat sini,” pinta Syahril.
“ok!. Kalau tkde apa-apa lagi, saya keluar dulu ,” pinta Dirani pula sambil bangun dari tempat duduknya tadi dan bergerak ke pintu keluar.
“Dira, tunggu!.”
“ishh, mamat nie nak apa lagi. Tk habis lagi ke nak cakap?..kata Dirani dalam hati.”
“ye, ada apa lagi En. Syahril?” tanya Dirani.
“saya tak pasti sama ada saya akan datang atau tak pada majlis pertunangan kita tu nanti,” beritahu Syahril.
“pasal tu saya tak kisah. Saya keluar dulu ye, En. Syahril,” pinta Dirani.
“ok!.”
Majlis pertunangan berlangsung dengan baik. Walaupun Syahril tidak datang pada majlis tu, semuanya berjalan seperti biasa….3 bulan tempoh untuk Dirani dan Syahril bertunang.
xxxxxxxxxx
Selepas 2 minggu berlangsungnya majlis pertunangan antara Dirani dan juga Syahril, kini tiba majlis perkahwinan Farina dan juga Aliff.
Ramai tetamu yang hadir. Jiran tetangga juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis perkahwinan Aliff dan juga Farina. Suasana riuh menyelubungi waktu makan tengah hari. Dirani selaku tuan rumah juga tidak menang tangan dibuatnya. Walaupun menggunakan kudrat caterer, namun kerja masih banyak untuk dibuat. Adat kenduri, tetamu harus dilayani.
Teman-teman sekerja juga turut Dirani jemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan kak Farina. Syahril sekeluarga juga dijemput.
Dirani berpura-pura sibuk bila menyedari Datin Jasmine menghampirinya. Datin Jasmine menyentuh bahu bakal menantunya lembut. Dirani melemparkan senyuman ikhlas. Dia tunduk berjabat dan mencium tangan bakal ibu mertuanya.
“dah lama Datin sampai?” tanya Dirani.
“baru je, Dirani. Ishh budak nie, kan dah kata jangan panggil Datin!” getus Datin Jasmien kurang senang.
“maaf, lupa,” kata Dirani.
“Dirani, nah hadiah untuk Dirani,” kata Datin Jasmien sambil menghulurkan satu kotak kecil di tangannya.
“aik, nie bukan kenduri Dirani, tapi kenduri kak Farina lah auntie,” kata Dirani yang terpinga-pinga hairan.
“nie hadiah daripada Aishah dan Mia, kata Mia dan Aishah, mereka minta maaf sebab tak dapat datang. Mereka balik kampung opah ngan tok mereka,” terang Datin Jasmine.
Selang beberapa minit kemudian, paluan kompang jelas kedengaran. Pastinya Farina dan Aliff sedang diarak. Keadaan bertambah riuh. Semua tetamu memandang kea rah pengantin.
Farina kelihatan berseri-seri. Begitu juga ngan Aliff. Songket hijau daun menampakkan seri pada pasangan yang kini telah bergelar suami isteri itu.
Sedang pengantin menikmati makan beradap, Dirani mendengar suara Syahril yang juga tunangnya menyapa dari belakang.
“lawanya cik adik. Dah berpunya ke?” tanya Syahril sambil melemparkan senyuman.
Dirani tidak membalas, sebaliknya hanya memberikan senyuman yang manis.
“cantik Dira ari nie,” kata Syahril ikhlas.
“hari nie je cantik?” tanya Dirani menyakat.
“hmm, hari nie cantik banyak. Gaya tudung pun cantik,” kata Syahril.
“cantik banyak……….sebab baju ni ataupun pemakainya?” Dirani bertanya sambil tersenyum.
“tentulah sebab baju tu………..” jari Syahril menunjukkan ke arah baju yang di pakai oleh Dirani.
Dirani sekadar tersenyum nipis. Sememangnya dia telah menyangka bahawa Syahril akan memberikan jawapan itu. Apa pun jawapan Syahril, Dirani tidak ambil hati langsung.
“ooo…terima kasih,” ucap Dirani.
“sama-sama kasih,” balas Syahril.
“kenapa tak datang ngan Diana?” tanya Dirani.
“tak cemburu ke kalau saya bawak dia?” tanya Syahril pula.
“En. Syahril jangan risau, saya tak akan pernah cemburu,” jawab Dirani.
“kita tengok!. hmmm setakat mana awak boleh simpan perasaan cemburu tu?” tanya Syahril lagi.
“hanya hati saya saje yang tahu,” jawab Dirani.
Tiada apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Syahril sebaliknya renungan yang cukup menggoda dihadiahkan untuk Dirani, tunangnya.
“takyah lah awak tenung saya macam tu. Takkan timbul punya perasaan cemburu tu dalam hidup saya,” terang Dirani.
“hmmm…ok, saya nak tengok.” kata Syahril.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama