BILA HATI BERBICARA - BAB 11
BAB 11
Sejak dari kejadian itu, hubungan Syahril dan Dirani semakin mesra dan boleh dikatakan setiap hujung minggu Syahril akan mengajak Dirani dinner. Syahril dapat merasakan pilihan mamanya sangat tepat dan Syahril dapat rasa Khadeeja Dirani adalah jodoh buatnya yang dikurnia oleh yang Maha-Esa. Begitu juga dengan Dirani yang dapat merasakan jodohnya dengan Megat Syahril Arfan walaupun perasaan sayang dan cintanya masih belum wujud buat lelaki itu yang bakal menjadi suaminya.
Kini Dirani dan Syahril mengira hari-hari untuk diijabkabulkan. Persiapan untuk hari bahagia mereka berdua lancar dilakukan. Dari pelamin hingga ke pakaian sudah Dirani dan Syahril tempah.
Staf-staf disyarikatnya juga turut dijemput oleh Dirani dan Syahril pada majlis mereka nanti. Rata-rata ramai staf-staf disyarikat itu terkejut dan ada yang tidak percaya. Termasuk Stacy. Dirani masih ingat, mula-mula dia memberitahu pada Stacy.
“kau nie betul ke tak?. aku tak percayalah, Dirani,” tanya Stacy.
“kau ingat aku main-main ke Stacy. Betullah aku cakap, tak tipu pun,” jawab Dirani.
“jadi sebelum kau keje kat syarikat nie, kau memang dah bertunang ngan En. Syahril lah?” tanya Stacy lagi.
“belum lagi lah, aku bertunang ngan dia lepas aku keje kat sini.” Tu pun pilihan keluarga aku ngan keluarga dia..kebetulan ibu aku dah lama berkawan ngan mama En. Syahril.
“oooo…betul tak nie?. Aku rasa macam mimpi pulak, Dirani.” tanya Stacy.
“kau tak mimpilah, kau ingat malam ke tido terus mimpi.” kata Dirani.
“wahh..tak sangka aku, kau nak kawin ngan bos. Tentu kau cintakan dia kan?.”tanya Stacy lagi.
“entahlah Stacy, aku belum dapat nak cintakan dia lagi. Walaupun aku tau dia dah takde apa-apa hubungan ngan Diana, tapi perasaan tu tetap takde.” balas Dirani dengan perlahan.
“tkpelah Dirani, mungkin perasaan sayang dan cinta tu akan wujud lepas kau orang dah kawin nanti.” sape tau kan.
“hmmm….”
“Dirani!” panggil Stacy.
“ya, kenapa?” tanya Dirani.
“tahniah!” ucap Stacy lagi.
“thanks Stacy,” jawab Dirani.
“tak sangka aku, jodoh kau dengan En. Syahril,” kata Stacy.
“aku lagi lah tak sangka, baru kenal ngan dia. Tapi dah nak kawin.” beritahu Dirani.
“aku jeleslah kat kau,” kata Stacy.
“kenapa pulak kau nak jeles kat aku?’ tanya Dirani.
“yelah, umur aku lebih tua dari kau, tapi kau juga yang kawin dulu dari aku. Aku nie bilalah nak kawin, umur dah meningkat,” jawab Stacy.
“alah, belum sampai jodoh kau lagi. Mungkin lepas aku kawin, jodoh kau sampai. Aku doakan jodoh kau cepat, Stacy,” kata Dirani.
“hmmm…harap-harap doa kau tu jadi kenyataan lah,” pinta Stacy.
“amin…”. Balas Dirani.
_________________________
Selepas 2 hari berlangsung majlis perkahwinan di rumah Dirani, kini tiba pula majlis di rumah Syahril.
Majlis perkahwinan Syahril dan Dirani di adakan besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Vila Shahira. Walaupun Datin Jasmine sedikit terkilan kerana arwah suaminya tidak sempat meraikan majlis bersejarah anak sulung, namun dia tetap gembira kerana anaknya bertemu jodoh ngan pilihannya.
“Jasmine, apa yang kau menungkan tu?” soal Rozita apabila melihat besannya nampak muram.
“hah, takde apa-apa lah Zita!. aku tengah perhatikan anak-anak kita tu. Serasi mereka kan, Zita?” kata Datin Jasmine.
“betul tu, teringat kau ngan Jamal masa muda-muda dulu,” ujar Rozita sambil ketawa kecil.
“ada-ada jelah kau nie Zita, jomlah kita layan tetamu kita tu,” ajak Datin Jasmine.
“hmm yelah, mailah!..kata Rozita sebelum dia dan Datin Jasmine melayan tetamu yang datang
Sedang Dirani leka berbual ngan tetamu yang datang, tiba-tiba dia disapa seorang wanita yang sangat dia kenal dan dia tahu wanita itu pasti akan berdendam dengannya.
“macam mana kau kenal Syahril?” tanya seorang gadis yang lebih kurang sebaya dengan Dirani.
Lagaknya seperti tidak senang melihat Dirani.
“hmm masa I lunch ngan mama dia..lebih kurang 4 bulan lepas.”
“ooo…ada jugak orang yang baru kenal 4 bulan terus kawin ya?” tanya Diana dengan nada yang menyakitkan hati.
“siapa tahu, nie semua kehendak Allah s.w.t,” jawab Dirani pendek.
“ye, hati orang pun kita tak tau. Niatnya baik atau tak!. Yelah, sejak zaman teknologi mula berkembang sekarang nie macam-macam virus kita ketahui. Actually, virus tu pun macam manusia jugak. Betul tak Khadeeja Dirani?” ujarnya panjang lebar.
Dirani telan air liur mendengarnya….
“just call me Dirani.”
“ok, by the way, I’m Diana.”
“ooo..Diana! kekasih…erk, bekas kekasih Syahril?. tanya Dirani.
“u jangan nak kurang ajar ngan i, Dirani. I don’t care, I akan pastikan Syahril jatuh ke tangan I,” ujar Diana.
“jangan nak perasan lah Diana,” kata Syahril yang tiba-tiba berada di samping Dirani. Tangannya erat memeluk pinggang isterinya.
ishh mamat nie, tak makan saman langsung..sesedap tempoyak je dia peluk pinggang aku..getus Dirani dalam hatinya.
“cermin muka u tu dulu, Diana. I takkan jatuh cinta ngan u lagi. I sekarang lebih cintakan isteri I.”
Dirani yang mendengar terkejut lantas memandang wajah lelaki di sebelahnya, actually suami dialah.
“kenapa ngan u nie, selama nie bukan main u cinta kan i?” tanya Diana.
“itu dulu, tapi sekarang nie I lebih cintakan isteri I,” jawab Syahril.
“tapi, I masih cintakan u,” beritahu Diana sambil memegang lembut lengan Syahril.
“don’t u dare to touch my husband!..dia cuma milik I sorang je bukan milik u. So, jangan sesekali cuba nak pegang tangan suami I,” kata Dirani sambil menepis tangan Diana yang masih memgang lengan Syahril.
Dirani buat semua nie bukan sebab dia cintakan atau sayang akan Syahril, tapi hanya ingin menyakitkan hati Diana.
“I nak ingatkan u Dirani, I akan pastikan I dapat memiliki Syahril,” kata Diana.
“u jangan nak ingat suami I akan jatuh ke tangan u, Diana. U hanya sesuai untuk jejaka yang malang saja. Bukankah u nie dah ada buah hati. Betul tak Diana?” tanya Dirani dengan berani.
Syahril yang melihat hanya tersenyum, bukan niat untuk berdiam saja tapi ingin melihat kesabaran isterinya melayan Diana yang suka mengada-ngada.
“hei, Dirani!..Syahril tak marah pun kat I, yang u nie tiba-tiba nak marah I, kenapa?.” tanya Diana.
“suka hati I lah, u jangan ingat kalau suami I tu diam dia tak marah kat u. Dalam hati dia tu membuak-buak dia marahkan u, betul tak ‘bang’?” tanya Dirani kepada Syahril yang berada di sebelahnya…
Dia panggil aku abang!..mimpi ke apa. Tapi tkpelah, aku suka kalau dia panggil aku macam tu, getus Syahril dalam hati.
“betul tu sayang, abang memang marahkan dia. I rasa baik u balik je Diana. Lagi pun kedatangan u kat sini tak diundang pun. Get Out!” pinta Syahril yang semakin geram ngan sikap Diana.
“u suruh I balik, Syahril?” tanya Diana.
“ye,” jawab Syahril yang masih erat memeluk pinggang isterinya.
“dasar jantan tak guna, tak waras!” marah Diana sambil menjerit hingga tetamu di situ memandang dirinya.
“u tak malu ke, Diana?. u tak nampak ke tetamu semua tengok u? I rasa baik u balik, kalau tak maybe semua tetamu kat sini akan gelakkan u,” kata Syahril.
“Syahril….Dirani, I akan pastikan perkahwinan u takkan bahagia,” balas Diana sebelum pergi.
“sayang ok?” tanya Syahril selepas beredar.
“aikk?..awak nie kenapa?. tiba-tiba panggil saya ‘sayang’?.” awak demam ek.” sambil meletakkan tapak tangannya ke dahi Syahril.
“bila masa pulak abang demam nie?..tkdelah, abang sihat je.”
“tu, kenapa bahasakan diri tu abang..?”
“habis tu abang nak bahasakan diri abg apa, takkan ‘darling’ kot?..tak pernah dibuat orang lah.”
issh bini aku nie, tadi bukan main panggil aku abang, sekarang nie cakap ber’saya’ ber’awak’ pulak,”omel Syahril dalam hati.
“kan selama nie awak suka bahasakan diri awak tu ‘saya’?.” kata Dirani.
“hello Cik Dira sayang, sekarang nie kita kan dah jadi suami isteri yang sah. Dah tentulah saya kena ubah panggilan diri saya kat awak,” haaa..tengok saya pun dah jadi macam awak sekarang, cakap ber’saya’ ber’awak’ lagi.
“saya pulak yang kena marah?.” kata Dirani.
“yelah, dah Dira tak nak panggil abang macam panggilan sumi isteri yang lain.”
“tak nak lah saya…saya belum sedia lagi nak ubah panggilan tu. Saya lebih selesa macam sekarang nie..saya panggil awak, awak je ek?..” balas Dirani.
“hmmm….tkpe, abg akan tunggu sampai Dira panggil abang, abang. Tak kisahlah lama mana pun, boleh?” tanya Syahril kepada Dirani.
“ikut suka awaklah….”
“Dirani…..Syahril,” panggil Rozita yang menuju ke arah mereka bersama dengan Datin Jasmine.
“ibu…mama,” panggil Dirani pula.
“kenapa dengan Diana tu, Syahril?” tanya Datin Jasmine.
“takde apa-apa lah, mama….ibu. janganlah duk layan sangat Diana tu, dia tu kan suka mengada-ngada,” beritahu Syahril.
“ibu, malam nie ibu tidur sini ye,” pinta Dirani.
“tak bolehlah sayang, ibu dah nak balik nie. Kesian kak Farina ngan abg Aliff kamu tu,” kata Rozita.
“alah ibu!. Tidur jelah kat sini, kak Farina ngan abg Aliff mesti faham kalau ibu nak tidur kat sini. Bolehkan mama kalau ibu nak tido kat sini?” tanya Dirani.
“apa pulak tak bolehnya. Betul kata Dirani tu, Zita. Kau tido jelah kat sini, lagi pun dah lama kita tak bersembang,” pinta Datin Jasmine.
“tapi…”
“ibu, tido jelah kat sini,” pinta Syahril pula.
“yelah-yelah, tapi besok ibu dah kena balik. Dah lama restoran tu tak beroperasi,” kata Rozita.
“terima kasih ibu..sayang ibu dan mama sambil memeluk ibu dan mak mertuanya.”
“kalau macam tu, ibu pergi cakap kat kak Farina ngan abg Aliff kamu dulu,” kata Rozita sebelum beredar.
“abg tak sabar nak tido ngan Dira malam nie,” bisik Syahril di telinga Dirani.
“hah!!.” Dirani terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“Syahril hanya tersenyum melihat reaksi isterinya….”
“janganlah terkejut macam tu, abg gurau jelah,” kata Syahril.
Mulai saat itu, Dirani bertanggungjawab menjaga makan minum, menguruskan pakaian dan tugas-tugas yang sepatutnya diuruskan oleh dia sebagai isteri. Dia tetap akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun tiada perasaan cinta pada suaminya.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama