BILA HATI BERBICARA - BAB 9
BAB 9
hoi kawan!..susah betul aku nak jumpa kau. Dah 4 kali aku datang nak jumpa kau. Memanjang je takde!” kata Akim setelah memboloskan diri di balik pintu kaca setelah mendapat arahan untuk masuk.
“hoi!..bila kau balik dari London?” Syahril bertanya sambil mendakap teman baiknya.
“kau nie, bila aku balik pun dah lupa. Apa yang kau ingat agaknya?” kata Akim berseloroh.
“aku?...mestilah aku ingat keje. Macam mana nak hidup kalau aku tak keje!’balas Syahril.
“aku ingatkan bila kau dah bertunang nie taklah workaholic lagi. Tapi tetap tak berubah la….” Akim berkata ikhlas.
“sebab tulah aku keje kuat. Aku kan masih bertunang, jadi senanglah bila dah kawin nanti. Tak payahlah aku pening-pening kepala fikir nak cari duit. Bolehlah aku tanggung isteri dan anak-anak aku nanti,” terang Syahril.
“sapa nama gadis yang bertuah tu?” tanya Akim.
“Dirani!..dia pun keje kat syarikat aku jugak. Jawab Syahril bersahaja.
“Diana tau tak yang kau nie dah bertunang?” tanya Akim lagi.
“dah, sebab tu lah aku bertunang. Dia pun dah setuju. Cakap pasal Diana nie, aku nak tanya bila dia akan balik ke sini?. Yelah, kau kan 1 class ngan dia,” tanya Syahril ingin tau.
“kau nie mimpi ke apa?. Diana dah lama balik Malaysia, seminggu sebelum aku balik. Takkan kau tak tau kot, ke memang kau tak tau langsung?.” tanya Akim.
“dia tak cakap kt aku pun dia dah balik Malaysia. Semalam aku call, dia masih cakap ada kat London. Lagi 1 bulan baru dia balik,” kata Syahril.
“memang sah kau dah kena tipu ngan dia. Sebelum dia balik Malaysia, aku ada tanya dia yang kau dah tau ke dia nak balik, dia kata kau tahu sebab dia dah call kau awal-awal lagi.” kata Akim.
“sure?” tanya Syahril kurang pasti.
“I’m sure lah Syaril..very2 sure!” jawab Akim.
“kau nak tau tak?. aku kat sana dah sakit mata tengok dia berkepit ngan jantan-jantan kat sana. Ada lelaki melayu ada jugak lelaki mat saleh yang dia suka. Aku tau kau takkan percaya tapi sebagai kawan aku nak nasihatkan kau tinggal jelah Diana dan cuba mencintai dengan setulus hati tunang kau tu,” pinta Akim.
“patutlah adik aku cakap yang dia nampak Diana bersama seorang lelaki, mesra pulak tu. Tapi aku tak percaya sebab masa tu Diana cakap dia masih di London, pada hal dia dah lama balik Malaysia.” terang Syahril.
“kau rasa macam mana, Diana tu masih boleh dipercayai ke?” tanya Akim.
“entahlah!. sebabnya aku pelik kenapa dia merestui pertunangan aku ngan Dira walaupun sebelum nie dia akan mengamuk kalau aku cakap nak bertunang dengan wanita lain. Alasan yang aku bagi sama je dengan alasan yang aku bagi selama nie. Aku cakap Dira tu pilihan mama aku tapi dia tak marah lain pulak ngan sebelum nie,” terang Syahril.
“kau kena siasat tentang perkara nie,” pinta Akim.
“ya, aku akan siasat. Tapi kau kena tolong aku juga,” pinta Syahril pula.
“don’t worry kawan!..aku akan bantu kau,” kata Akim ikhlas.
“thanks! bila kau nak start keje nie?” tanya Syahril.
“minggu depan lah, kawan. Kau nie tak bagi chance langsung kt aku nak rehat lah,” rungut Akim.
“so, macam mana study?. pass tak semua paper?. kalau tak, rugilah parents kau hantar kau belajar kat sana,” dalam nada bergurau Syahril menuturkannya.
“okey. Aku pass semua paperlah!. Banyak juga yang aku belajar kat sana. Bolehlah aku apply kat sini nanti!...hmm, bila kau nak kenalkan aku dengan wanita idaman mama kau tu?.” tanya Akim yang ingin tau.
“tulah kau, aku suruh kau balik masa majlis tu kau tak nak. Tapi kalau nak kenal sangat ngan tunang aku tu, kau pergi je jumpa dia bilik hujung sana,” kata Syahril.
“nanti bolehlah aku jumpa tunang kau depan mata aku sendiri.”
“boleh, jangan nak lebih-lebih . Kalau kau rasa nak kena penumbuk aku Akim, kau cubalah.”
“marah nampak?” ucap Akim.
“mestilah.” kata Syahril suka-suka.
“dalam telefon, bukan main kau cakap tkde perasaan lah kat sape tu, Dirani!..susah betullah aku nak sebut nama tunang kau tu,” kata Akim.
“susah apanya! senanglah tu!. kalau aku suruh kau sebut nama penuh tunang aku tu, entah boleh sebut ke tak!” kata Syahril.
“apa nama penuh tunang kau tu?” tanya Akim.
“Khadeeja Dirani. Cuba kau sebut aku nak dengar!” pinta Syahril.
“Kha…Khadee…Ja..Dirani, mak oi susahnya aku nak sebut,” kata Akim.
“baru tau, nanti kau janganlah cari girlfriend yang kau susah nak sebut nama. Mau tergagap kau nak sebut nanti.”
“tulah..hmmm aku nak tanya kau sikit nie. Sape nama pekerja kau yang kat luar tu.?” tanya Akim.
“yang mana satu nie?..kan ramai pekerja aku kat luar tu?” tanya Syahril balik.
“alah, yang kecik tu..muka dia ala-ala korea tu. Aku rasa dia bukan orang sini.” selamba Akim menjawab.
“ooo…maksud kau Stacy. Dia memang bukan orang sini, dia dari Sabah.” kata Syahril.
“cun jugak dia kan..boleh lah aku try nanti,” kata Akim.
“amboi!!.baru je datang kat ofis aku dah ada hati nak mengorat ngan pekerja aku” balas Syahril.
“aku dah banyak kali datang kat ofis kau tau tak, kau tu je yang sibuk memanjang. Aku pun dah banyak kali jugak jumpa ngan dia masa aku datang dulu, cuma aku malu nak tanya nama dia.” Kau tau lah kan, aku nie memang pemalu orangnya…hehehehe...
“banyak lah pemalu kau tu. Kenapa?. Kau dah berkenan kat dia ke?” tanya Syahril lagi.
“berkenan?. Kau cm tau-tau je kan..tkdelah, aku saja nak tau nama dia. Stacy, sedap nama dia kan. Senang je nak panggil, taklah macam nama tunang kau tu. Dahlah nama dia panjang, susah pulak nak sebut.” balas Akim.
“alahhh…kalau kau dah berkenan, kau terus terang je ngan Stacy tu. Setahu aku, dia takde boyfriend lagi.” Syahril memberitahu kepada Akim.
“macam mana kau tau dia tu takde boyfriend?.” Tanya Akim.
“dah 2 tahun dia kerja ngan aku. Tak pernah pulak aku nampak dia keluar ngan mana-mana lelaki,” luah Syahril.
“mungkin dia tak nak tunjukkan teman lelaki dia kot, mana kau tau.” Kata Akim.
“yang tu aku tak tau lah. Tapi kalau betul dia dah ada teman lelaki, melepas lah kawan aku yang sorang nie,” balas Syahril sengaja menyakat Akim di depannya.
“takde maknanya aku nak melepas Syahril. Lagi pun dia tu bukannya girlfriend aku. Aku cuma tanya je. Tapi ok jugak kalau dia tkde teman lelaki, boleh aku cuba.” Kata Akim sambil mengangkat keningnya seperti Ziana Zain. .
“sudah lah kau…banyak sangat loyar buruk kau tu.” balas Syahril.
“hehehe…aku acah je tadi,” jawab Akim dengan selamba.
Perbualan antara Syahril dan Akim terhenti selepas mendengar ketukan pada pintu biliknya. Selepas mendengar arahan daripadanya, pintu biliknya dibuka oleh seseorang. Dan orang tersebut, sangat-sangat dia kenali.
“ada apa Dira?” tanya Syahril.
“maaflah ganggu, saya ingatkan En. Syahril takde tetamu,” kata Dirani.
“takpelah, ada apa yang saya boleh bantu?” tanya Syahril lagi.
“saya cuma nak bagi fail yang En. Syahril mintak semalam,” kata Dirani.
“ooo…Dira letak je kat atas meje. Akim….kenalkan Dirani, tunang aku. Dira, nie Akim kawan rapat saya.
“hai,” sapa Akim.
“hai,” balas Dirani.
“jadi nie lah tunang kau Syahril?” tanya Akim.
“yup.” balas Syahril.
“hmm cun!!.”
“apa dia Akim?” tanya Syahril.
“tkde apa-apa,” balas Akim.
“kalau macam tu, saya keluar dulu ye En. Syahril..En. Akim,” pinta Dirani.
“nanti jap, kenapa Cik Dirani tak panggil abg Syahril je?. Dia kan dah jadi tunang Cik Dirani,” tanya Akim.
Dirani tidak membalas, sebaliknya hanya melemparkan senyuman.
“kalau kau betul-betul nak rasa penumbuk sulung aku, kau cuba lah ulang balik apa yang kata tadi.” kata Syahril.
“sori-sori kawan.”
“Dira, awak boleh keluar,” pinta Syahril.
“baiklah, En. Syahril,” Dirani keluar selepas mendapat arahan dari bosnya.
“rindu!”..luah Syahril.
“rindu?. kau rindu kat sape?.” tanya Akim.
“kat buah hati aku lah,” balas Syahril.
“sape?. Dirani ataupun….,”
“Dianalah!” jawab Syahril.
“Diana?. kau tu dah ada tunang, takkan kau nak ingat kat dia lagi.”
“suka hati akulah!. Dira tu baru je jadi tunang aku, belum isteri lagi. Lagi pun aku tak cinta kan dia,” Syahril berkata selamba.
“ishh..geram aku kat kau nie. Takpe, aku nak tengok sejauh mana kau nak mengelak dari jatuh cinta ngan tunang kau yang sekarang nie. Tapi betullah kawan, tunang kau tu memang cun lah. Hai, kalau lah dia tu belum jadi tunang kau lagi, comfirm aku try pikat dia.”
“Akim, kau jangan nak mengada-ngada eh..Dira tu tunang aku.”
“kau nie, dua-dua kau nak. Diana, kau nak. Dirani pun kau nak.” kata Akim
“hehehe…..”
……………………….
Disebabkan tidak banyak keje di pejabat, Syahril mengambil keputusan untuk makan malam bersama keluarga di rumah.
“macam mimpi pulak malam nie, dapat makan ngan along,” beritahu Mia.
“betul tu Mia. Selama nie kita bertiga je duduk di meja makan nie, kan mama?. Kalau nak along makan ngan kita semua macam nie, tunggu along letak jawatan dululah. baru dapat!!!.
“dah nak masuk 1 bukan kamu bertunang ngan Dirani, tapi mama tak dengar dan tak pernah nampak kamu ajak Dirani dinner, ajak datang sini pun tak pernah,” kata Datin Jasmine.
“Syahril sibuklah mama. Lagi pun hari-hari kami jumpa,” kata Syahril.
“yelah tu jumpa. Kamu jumpa kat pejabat bukannya di restoran2 atau tempat-tempat yang sesuai untuk pasangan yang tengah bahagia. Apa salahnya kamu ajak dia dinner sekali sekala,” pinta Datin Jasmine.
“tengoklah dulu,” kata Syahril acuh tak acuh.
“Syahril, ada panggilan untuk kamu nie,” beritahu Mak Siti yang datang dengan tergesa-gesa dari ruang tamu.
“dari sapa mak?” tanya Syahril.
“katanya Akim. Dia kata ada hal penting nak bagitahu kat Syahril,” jawab Mak Siti.
“tkpelah, saya pergi jawab sekarang. Mama, Syahril pergi jawab panggilan dulu, ye,” kata Syahril sambil tergesa-gesa bangun dari meja makan.
“assalamualaikum, ada apa kau call aku nie?. Kau nie kacau je aku nak makan. Satu lagi kenapa kau tak call habdphone aku je?.” tanya Syahril.
diam…
“baru aku ingat, aku lupa nak cas bateri phone aku tadi, sori!!. Kau nak apa? Macam penting je,” kata Syahril.
diam….
“what!!..kau nampak Diana tengah dinner ngan seorang lelaki?. kat mana?. tanya Syahril ingin tau.
diam…..
“kau tunggu aku kat sana, ye. Setengah jam lagi aku sampai,ok!!” beritahu Syahril sambil tergesa-gesa keluar dari rumah tanpa memberitahu dulu kepada mamanya.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama