AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 15

BAB 15
“cmner kau dah cakap belum kat Dira pasal rancangan kau nak pergi honeymoon tu,” tanya Akim sejurus sahaja masuk dalam bilik Syahril.
“kau nie, lain kali bagilah salam dulu. Nie tak, terus je masuk,” balas Syahril.
“alah, sorilah kawan..haaa cmner, kau cakap belum?” tanya Akim sekali lagi.
“belum lagi, lagi pun mama ngan adik-adik aku belum balik lagi dari bercuti. Takkan aku nak tinggalkan rumah tu. Mak Siti ngan Salmah, besok baru sampai.” terang Syahril.
“oooo, maknanya kau belum cakap lagi lah pasal hal nie ngan bini kau tu.”
“hmm..belum, aku tunggu mama aku balik dulu, baru aku bincang ngan dia…” balas Syahril.
“elok jugak tu, sekurang-kurangnya kau takde lah buat keputusan sorang-sorang tentang honeymoon kau tu. Agak-agak kau lah, kt mana kau nak bawak bini kau honeymoon nanti.” Tanya Akim.
“rahsia lah kawan..takkan aku nak cakap kat kau pulak. Tak pasal-pasal kau nak ikut sama honeymoon aku tu,” jawab Syahril dengan ketawa.
“jangan nak perasanlah kawan, takkan aku nak ikut kau kat sana pulak. Kalau aku ikut kau nanti, tak dapat lah kau nak bermanja ngan bini kau tu nanti,” balas Akim.
“hah! Yang kau nie tetiba masuk bilik aku nie ada tkde kerja ke?.” Tanya Syahril.
“kau tkyah risau lah. Aku dah siapkan kerja aku tu. Aku nie kan pekerja contoh, takkan lah aku nak abaikan kerja yang kau bagi kat aku tu, rugilah syarikat kau nie nanti.” Jawab Akim sambil ketawa.
“banyaklah pekerja contoh. Dah nak masuk waktu lunch nie, jomlah.” Ajak Syahril.
“hmm…sorilah bro, ari nie aku tak boleh nak temankan kau lunch. Aku ada temu janji, kau ajaklah bini kau tu. Kesian dia, kena makan sorang-sorang nanti.” Jawab Akim.
“hai…temu janji ngan sape pulak nie Kim?..cuba kau gtau kat aku sikit. Dira dah tentu pergi lunch ngan Stacy nanti. Takkanlah aku nak makan sorang ari nie.” Balas Syahril.
“masalahnya Stacy ada date ngan aku ari nie. Sebab tulah aku suruh kau ajak Dira lunch ngan kau nanti. Dia sorang, kau pun sorang jugak. Eloklah tu, takkkan suami isteri nak makan asing-asing. Dah lah satu tempat kerja.” Terang Akim kepada Syahril.
“oooo….ada date ngan Stacy rupanya. Bila pulak kau masuk jarum nie. Aku tak tau pun Kim.” Tanya Syahril hairan.
“alahhh…takkan tu pun aku nak cakap jugak kat kau. Dahlah, kesian pulak kat Stacy aku tu. Aku keluar dulu ye. Haaa…jangan lupa ajak Dira lunch ngan kau ari nie. Kesian dia, Stacy tak dapat temankan dia makan tengah hari nie.” Kata Akim sambil berlalu keluar dari bilik Syahril.
“hmmm…yelah kawan. Date-date jugak, jangan lupa nak masuk kerja balik sudah.” Balas Syahril seakan menyindir Akim.
“ok…bro…” jawab Akim.
______________
Syahril dan Dirani ke KLIA untuk menjemput mama, Aishah dan juga Mia. Mama tampak kurus berbanding dahulu. Mungkin tidak berselera menikmati sajian di China. Aishah dan Mia bukan main seronok lagi, yelah dapat bercuti ke luar negara.
Syahril membantu Datin Jasmine menolak trolo. Sambil berjalan, mama bercerita sedikit tentang negara yang dilawatinya kepada Syahril dan juga Dirani.
Setibanya mereka di rumah, Dirani membancuh air kiwi untuk mamanya, Aishah, Mia termasuk juga Syahril bagi menghilangkan dahaga.
Pelbagai cenderahati Datin Jasmine belikan untuk menantunya. Hampir satu beg barang-barang yang dibeli oleh Datin Jasmine buat Dirani. Kain sutera China antara isi kandungan beg besar itu. Datin Jasmine juga membelikan cenderahati buat anak lelakinya dan juga besannya.
Megat Syahril Arfan mengajak mamanya, Dirani, Aishah dan juga Mia makan di luar. Katanya sudah lama mereka tidak makan di luar.
Syahril juga turut memberitahu bahawa esok mereka semua diundang ke majlis makan malam syarikat. Majlis makan malam syarikat yang perlu dihadiri ini merupakan kali pertama buat diri Dirani. Datin Jasmine dan anak-anaknya yang lain nyata gembira mendengar jemputan itu.
Malam masih muda. Syahril sibuk membelek keretanya di garaj. Dirani keseorangan ketika di dalam bilik. Setelah menukar pakaian, Dirani menuju ke bilik Aishah dan Mia, tapi mereka berdua sudah pun tido. Mungkin penat sangat ari nie. Dirani kemudiannya menuju ke bilik Datin Jasmine. Terlalu lama rasanya Dirani tidak meluangkan masa bersama mamanya. Pintu bilik Datin Jasmine diketuk perlahan.
Dirani melihat Datin Jasmine sedang membelek sebuah album. Mata Datin Jasmine kelihatan berkaca. Tujuan asal Dirani untuk bertanya tentang percutian terbantut apabila melihat reaksi Datin Jasmine.
Dirani ingin sahaja berundur bila melihat keadaan Datin Jasmine. Dirani bimbang sekiranya kehadirannya di situ akan mengganggu perasaan Datin Jasmine. Tetapi suara Datin Jasmine jelas kedengaran mempelawa Dirani masuk ke biliknya.
Dengan langkah yang longlai, Dirani melangkah masuk.
“kenapa mama?” tanya Dirani mengambil berat.
“takde apa-apa, Dirani. Dah lama sangat air mata nie bonda tahan.” Perlahan-lahan Datin Jasmine memberitahu menantunya.
Dirani tidak lagi bertanya. Sebaliknya hanya memberi ruang kepada Datin Jasmine untuk meluahkan perasaan. Dirani sabar menanti sambungan ayat Datin Jasmine.
“mama boleh cerita pada Dirani. Dirani seorang pendengar  yang baik,” kata Dirani ikhlas. Bukan tujuan Dirani untuk menyibuk, tetapi tujuannya untuk menenangkan mentuanya.
Datin Jasmine tidak berkata apa-apa. Suasana sunyi menyelubungi mereka berdua. Seminit kemudian Dirani meminta izin Datin Jasmine untuk melihat album yang ada di tangannya. Datin Jasmine membiarkan Dirani mengambil album di tangannya.
Dirani melihat gambar arwah papa Syahril semasa muda. Tentu Datin Jasmine terlalu rindukan arwah suaminya.
“mama dah lama kenal ngan arwah papa?”..tanya Dirani apabila tidak lagi melihat air mata mengalir di mata mama.  
Lambat sekali Dirani mahu mendengar jawapan dari mulut Datin Jasmine. Dirani menanti dengan sabar. Ada riak menunjukkan Datin Jasmine bersedia untuk bercerita. Album yang ada dipangkuannya diselak perlahan.
Ketika Datin Jasmine ingin menjawab, secara tiba-tiba Syahril terpacul di hadapan pintu bilik mama.
Syahril hairan melihat mamanya mengalirkan air mata. Syahril memandang Dirani seolah-olah meminta jawapan. Dirani tidak memberikan sebarang reaksi. Akhirnya Syahril bertanya sendiri kepada empunya diri.
“mama sihat?. Mama, kenapa nie?” tanya Syahril sambil tangannya memegang tangan Datin Jasmine. Keprihatinan seorang anak nampak begitu jelas.
“takde apa-apa, Syahri…” jawab Datin Jasmine.
“mana boleh. Kalau takde apa-apa kenapa mama menangis?” Syahril masih bertanya kerana tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Datin Jasmine.
“adalah rahsia orang perempuan,” Datin Jasmine mengelak dari menjawab soalan anaknya. Nada yang amat lembut Datin Jasmine gunakan apabila bertutur.
Dirani semestinya faham dengan jawapan yang diberikan oleh Datin Jasmine. Dirani menarik lembut tangan Syahril untuk keluar dari bilik mama mereka.
“nanti bila mama dah sedia nak kongsi cerita ngan Dirani, mama panggil aja….” Kata Dirani.
“insya-allah, nanti mama ceritakan pada Dirani,” kata Datin Jasmine menamatkan perbualan antara mereka.
Dirani dan Syahril melangkah ke bilik mereka.
Tiba-tiba Syahril ketawa. Dirani hairan dengan tawa Syahril yang terbit secara spontan itu.
“awak nie kenapa, tiba-tiba je ketawa?” Dirani bertanya geram.
“Dira nak bawak abang pergi mana, nie?” kalau ia pun nak ajak masuk tido, biarlah abang hilangkan dahaga nie dulu,” kata Syahril yang masih bersisa tawanya.
“bawak awak pergi mana?” Dirani hairan dengan soalan Syahril.
“yela…nie yang tarik abang….” Ringkas jawapan yang diberikan oleh Syahril. Dalam masa yang sama, mata milik Syahril menunjukkan makna ayat yang dilontarkan.
Tangan Syahril dilepaskan. Dirani malu sendiri. Dirani tidak menyedari dia telah menarik tangan suaminya.
Dirani menjeling manja. Bagi Dirani, hanya jelingan itu yang mampu mengusir rasa malunya kepada Syahril sebentar tadi. Kaki Dirani pantas menuju ke bilik. Sepantas kilat juga tangannya disambar oleh Syahril. Dirani menoleh ke belakang memandang suaminya.
“Dira, tunggu abang dalam bilik ya,” dalam nada manja Syahril menuturkannya.
“malas saya nak tunggu awak. Awak tidolah sorang-sorang,” balas Dirani dengan geram.
Syahril hanya ketawa melihat wajah malu isterinya tadi…..

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama