AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 13

BAB 13
Megat Syahril Arfan dan Khadeeja Dirani kembali memulakan tugas mereka seperti biasa. Terlalu banyak kerja yang tergendala walaupun mereka berdua bercuti selama 2 minggu. Dirani ke pejabat bersama suaminya selepas Syahril berjaya memujuk Dirani. Bila fikir balik kejadian pujuk-memujuk itu, Dirani hanya tersenyum. Masih terbawa-bawa akan kata-kata yang telah dikatakan Syahril padanya.
“esok, abg nak Dira ke pejabat ngan abg,” pinta Sayhril.
“tekpelah, saya boleh pergi sendiri. Lagi pun saya dah biasa pergi sendiri,” kata Dirani.
“ooo, dah biasa pergi sendiri!. Cik Dira nak pergi naik apa?. kereta ke?. pandai ke bawak atau dah beli kereta baru?” tanya Syahril.
“kereta pun takde, macam mana saya nak bawak,” kata Dirani.
“habis tu?.” tanya Syahril lagi.
“teksi kan ada, tak pun saya naik bas je. Awak tak payah lah nak risau kan saya,” kata Dirani.
“tak payah risau Dira kata!..hello Puan Dira, awak nie pelupa ke?.” tanya Syahril.
“ishh awak nie, mana ada saya nie pelupa. Saya nie masih muda lagi tau nak jadi pelupa,” balas Dirani dengan geram.
“awak tu dah ada suami tau. Suami awak pulak pengarah di syarikat tempat awak berkerja sekarang. Kalau ada orang yang nampak awak datang sorang-sorang ke pejabat, comfirm  terus timbul gossip. Tak sampai setengah jam, berita tu terus tersebar kat pejabat. Lagi pun apa salahnya kalau Dira ke pejabat ngan abang,” beritahu Syahril.
“tapi….”
“tkde tapi-tapi lagi. Cuba Dira fikir, maybe diorang akan kata abg nie dah gaduh ngan Dira. Baru 2 minggu berumahtangga dah gaduh. Sedangkan kita tak macam tu kan,” kata Syahril.
Dirani hanya diam….
“kenapa senyap je nie. Dira tak suka pergi keje ngan abg ke?..hmm kalau macam tu, abg belikan kereta untuk Dira, jadi Dira boleh pergi keje sendiri, nak?.” tanya Syahril.
“takpelah, tak payah lah awak nak bazirkan duit awak tu belikan kereta untuk saya. Awak simpan je duit awak tu. Balas Dirani.
“abg beli bukan untuk sapa-sapa pun, untuk isteri abg jugak. Kalau Dira dah kata macam tu, Dira pergi keje ngan abg je besok,ok?.” pinta Syahril.
Kesian pulak aku tengok dia nie. Lagi pun betul jugak kata dia, aku kan dah jadi isteri dia. Takkan dia nak biarkan aku p keje sorang-sorang pulak. Hmmm terpaksalah aku p keje ngan dia besok. Ngomel Dirani dalam hati.
“macam mana setuju tak?.” tanya Syahril lagi bila melihat tiada respon dari isterinya.
“hmm, yelah. Saya pergi keje ngan awak je besok.
“macam tulah.” kata Syahril.
Dirani yang tengah mengingati kejadian yang berlaku semalam hanya tersenyum. Stacy yang masuk ke biliknya tidak disedari oleh Dirani.
“hello, kawan,” sapa Stacy.
“Stacy, terkejut aku tau tak!” kata Dirani.
“mana kau tak terkejut, asyik megelamun je keje kau. Kau tengah fikirkan sape nie, sampai aku masuk pun kau tak sedar,” tanya Stacy.
“mana ada aku fikirkan sapa-sapa, duduklah.” balas Dirani.
“kau nie, baru 2 minggu kawin, dah mula keje balik. Orang yang baru kawin macam kau nie sepatutnya pergi honeymoon. Nie tak, sekarang kau dah mengadap kerja kat pejabat. Apalah!..kata Stacy.
“alah, nak buat macam mana Stacy. Keje banyak nie, takkan nak tinggal macam tu je.” balas Dirani.
“hmmm, kau sekarang macam mana?.” tanya Stacy lagi.
“macam mana apa pulak?..macam yang kau tengok nie lah. Aku sihat-sihat je.” kata Dirani.
“yang tu aku tau lah kau sihat. Kalau kau tak sihat dah sah-sah kau ada kat rumah, tengah rehat. Maksud aku, kau ngan bos macam mana?..hmm dah feeling in love ke?..”tanya Stacy.
“apa punya soalan kau tanya kat aku.” balas Dirani.
“asal pulak, tak betul ke soalan yang aku tanya kat kau tu?” balas Stacy lagi.
“bukan tak betul, tapi tak kena pada tempat lah. Kalau ada orang dengar cmner?..”kata Dirani.
“hmmm, yelah, kau jugak yang betul…”
………………………….
Syahril dan Akim baru sahaja tamat perbincangan dengan pengurus-pengurus di bahagian lain mengenai projek penting yang dikendalikan oleh pihak syarikat.
“kau dengan Dirani macam mana?” tanya Akim sambil tangannya menyusun fail-fail yang bersepah di atas meja.
“bagaimana apa?” ujar Syahril, lama baru dia bersuara.
“yelah, dah macam pasangan suami isteri yang lain ke?.” soal Akim.
Syahril hanya ketawa.
“aku ngan Dira ok je, kami takde apa-apa masalah. Walaupun dia tak cinta kan aku, tapi dia tetap jaga makan minum aku. Tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri..tapi kan Akim susah betullah nak buatkan dia jatuh cinta kat aku. Aku tau aku tak pernah anggap dia tunang aku dulu. Tapi lepas aku off ngan Diana, aku cuba untuk jatuh cinta ngan Dira.”  terang Syahril.
“tu lah, aku dah kata jangan cakap besar, orang secantik Dirani tu sape-sape pun boleh jatuh cinta. Orang yang keras hati nie lawannya lembut. Jadi kau kenalah berlembut ngan dia. Kalau dia dah keras hati, kau balas dengan berkeras, makin keraslah gamaknya,” jawab Akim bersahaja.
“susah betul dia nak panggil aku abang, macam pasangan suami isteri yang lain. Setiap kali nak cakap ngan aku, mesti ber’saya’ ber’awak’. Aku tak tau nak mula dari mana. Aku pun tak sedar bila aku start jatuh cinta ngan dia,” balas Syahril.
Akim ketawa lagi. Tak sangka Syahril semakin teruk sekarang. Dulu masa mula bercinta ngan Diana tkdelah jadi macam nie..kasihan, desis hati kecilnya.
“kau nie tak habis-habis nak ketawakan aku apasal. Aku tengah bingung nie. Tolong lah aku, Kim.” Syahril seperti merayu.
“macam nielah, kau fikir apa yang Dirani tu suka. Dia suka bunga tak? kalau dia suka, kau belikan. Atau pun kau belikan dia barang-barang perempuan. Macam baju ke, kasut ke.” jawab Akim.
Syahril cuba memikirkan cadangan Akim. Perlahan-lahan dia menggeleng.
“Dirani bukan jenis perempuan macam tu. Mana dia suka bunga-bunga nie. Kasut ngan baju tu pun aku rasa dia tak suka lah. Kau tengoklah cara dressing dia pun. Simple dan taklah memilih macam si Diana tu,” ujar Syahril sambil menjuihkan bibir.
“eh, bukan ke ari tu kau cakap Diana tak memilih? Sekarang dah lain pulak?” bidas Akim sengaja memulangkan paku buah keras.
“kau nie nak sindir aku ke, nak tolong aku?” soal Syahril
“perangai kau nie kan Syahril, semakin hari semakin pelik. Dah pandai merajuk sekarang nie. Mesti si Dirani yang ajarlah ni. Hmm…ada kemajuan,”ujar Akim sambil ketawa.
“Kim!!” keras Syahril menjerit.
“okeylah, okey, apa kata kau ajak dia dinner. Time tu, kau beritahulah dia, yang kau dah fall in love pada dia. Habis cerita.
Syahril segera teringatkan rancangan percutiannya. Pelahan-lahan dia tersenyum.
“eh, apasal pulak nie. Sengih-sengih tak tentu pasal?” soal Akim pelik melihat kelakuan Syahril yang tiba-tiba.
“aku baru teringat yang aku ada plan nak bawak Dira pergi honeymoon. Haa…..time tulah aku beritahu dia,”ucap Syahril.
“eh, kalau dah pergi honeymoon maknanya dia taulah yang kau sayang kan dia. Buat apa kau nak takut lagi?” soal Akim.
“kau ingat senang ke nak cakap ngan dia tu. Nampak je lembut macam tu, tapi susah jugak nak duga hati dia tu. Entah-entah pasal honeymoon nie pun tak tau samada dia setuju atau pun tak,” kata Syahril.
“alah, kau cuba lah dulu. Kau sendiri pun tak cuba lagi, mana tau dia tak nak pergi. Dah lah. Kau dah makan?. Kita pekena roti canai, syok jugak nie,” ajak Akim.
“boleh jugak,” balas Syahril.
“sejak aku jatuh cinta ngan bini aku nie….rasa macam tak lalu nak makan,” sambung Syahril.
“marilah…aku bawak kau ke tempat yang jual roti canai angau. Sesuai untuk orang macam kau.”
Megat Syahril membulatkan mata. Akim pula sudah mula ketawa. Akhirnya Syahril turut ketawa. Tidak tahan melihat ketawa Akim.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama