AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 14

BAB 14
Pagi yang nyaman dirasai. Dirani menyiram pokok-pokok bunga di halam rumah. Asyik sekali dia melihat dan menghidu bunga-bunga ros yang pelbagai warna di taman. Megat Syahril Arfan datang mempelawa Dirani pergi berjoging di taman rekreasi.
Pada mulanya Dirani agak keberatan, tetapi dek kerana pujukan suaminya, Dirani bersetuju. Mereka berdua berjoging bersama-sama mengelilingi taman rekreasi. Udara yang nyaman dan segar dihirup perlahan. Sesekali langkah Syahril yang besar menyebabkan Dirani tertinggal sedikit ke belakang. Tetapi menyedari ketiadaan Dirani di sisi, Syahril akan berjoging secara berundur untuk menyamakan kembali langkah mereka.
Pagi itu mereka hanya bersarapan di warung berhampiran. Teh tarik dan roti bakar buat mengalas perut. Sesungguhnya teh tarik yang dibuat oleh Mak Siti atau dipanggil mak lagi sedap. Tetapi Syahril terpaksa berpuasa daripada menikmati teh tarik Mak Siti kerana sekarang Mak Siti dan seorang lagi pembantu balik kampung. Mama, Aishah dan Mia pulak sedang bercuti di luar negara.
“awak nak makan apa hari nie?” tanya Dirani kepada suaminya sebelum menyusun langkah masuk ke dalam pasar.
“abg nak makan lauk yang Dira masak.”
“yalah….nak makan lauk apa?” tanya Dirani lagi.
“apa-apalah,” Syahril memberikan jawapan ringkas.
Syahril hanya menunggu Dirani di dalam kereta.
Dirani membeli semua bahan yang diperlukan. Mujur semua bahan yang dikehendaki masih ada dijual walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah hari.
Sesampai di rumah, Dirani membersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan tengah hari. Sweater yang dipakai ketika berjoging telah berganti dengan dress labuh.
Dirani mula sibuk di dapur. Dirani mengeluarkan semua bahan yang dibeli. Sambil menyingsingkan lengan bajunya, kedengaran Syahril menegur dari belakang.
“apa yang abang boleh tolong?” tanya suaminya.
“selain dari tolong tengok…pertolongan apa yang awak nak bagi?” tanya Dirani seakan tahu jawapan yang bakal diberikan oleh suaminya.
“hmmm…apa saja yang Dira mintak abang tolong la…” jawab Syahril.
“kalau macam tu, awak tolong saya siang udang nie,” Dirani meyerahkan plastik berisi udang kepada Syahril.
“okey,” kata Syahril ringkas.
Dirani memulakan kerjanya. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Lincah sekali pergerakannya di dapur yang luas nie. Syahril hanya memerhati dalam diam. Hampir setengah jam Dirani diam tanpa sebarang kata. Dirani tidak tau apa lagi yang harus dibualkan bersama Syahril. Kesunyian tadi berlalu pergi bila Syahril yang diam sedari tadi mula bersuara.
“Dira, kalau nak siang udang nie, macam mana?” tanya Syahril.
“la!!! Tak mula lagi ke? Ingat tadi dah sudah….Dirani memprotes.
“macam mana nak mula, siang udang nie pun tak tau!” balas Syahril tanpa sebarang rasa bersalah.
“hmm..ingatkan tau tadi. Lain kali kalau tak tau tanyalah…” kata Dirani menyindir suaminya.
Senyuman bertaut antara mereka berdua.
Dirani mengajar cara menyiang udang pada suaminya. Syahril lebih banyak menumpukan perhatian pada wajah isterinya daripada menumpukan perhatian kepada udang-udang yang harus disiangnya.
“yang nak disiang udang nie, bukannya saya!” kata Dirani geram apabila mengetahui suaminya tidak memberikan tumpuan bila dia mengajar cara menyiang udang.
Sekali lagi Syahril melontarkan senyuman yang membawa maksud yang hanya diketaui oleh hati lelakinya sahaja.
Berselera sekali Dirani melihat suaminya menikmati hidangan tengah hari. Walaupun cuma 4 jenis, tetapi makannya bertambah-tambah.
“sedap lah sambal udang nie,” kata Syahril setelah merasa lauk itu.
“terima kasih,” kata Dirani selepas menerima pujian daripa Syahril.
“Dira tau tak kenapa sambal udang nie sedap?” Syahril bertanya.
“kenapa?” Dirani bertanya hairan.
“sebab, abang yang siang udang nie tadi!” Syahril tersenyum yang disusuli dengan deraian tawa kecil.
“tak sangka ya, sentuhan tangan awak tu yang hanya siang 5 ekor udang mampu menjadikan sambal nie sedap!” kata Dirani sambil memandang Syahril.
Mereka berdua tersenyum.
Pada sebelah petang pula, Dirani dan Syahril menghabiskan masa menonton CD pernikahan mereka. Mereka berdua terasa lucu bila menonton kembali reaksi wajah mereka. Air koko panas dan kuih kuaci menjadi sajian minum petang. Sesekali Dirani ketawa sendiri melihat gelagat mereka.
Setelah selesai menonton CD pernikahan, Syahril berkata sesuatu kepada Dirani.
“Dira, boleh abang tanya sikit?” kata Syahril.
Dirani hanya mengangguk sebagai jawapan.
“hmm…dah nak masuk 1 bulan kita kawin kan. Kenapa Dira susah sangat nak panggil diri abang, abang?” tapi depan mama, Aishah, Mia dan juga yang lain Dira boleh pulak panggil abang, abang. Kenapa ye?” Atau Dira rasa perkahwinan kita nie hanya disebabkan oleh mama dan juga ibu.
Dirani hanya berdiam…
“abg tau, dulu abang pernah cakap kat Dira yang abang memang tak cintakan Dira. Dira pun  tak cintakan abang jugak masa tu kan. Masa tu abang masih lagi berhubungan ngan Diana. Tapi lepas abang dah takde apa-apa ngan Diana, lepas abang luahkan masalah abang ngan Dira, abang rasa lain sangat ngan Dira. Abang dah boleh terima keputusan mama tentang perkahwinan  kita nie.” Kata Syahril ikhlas.
“tak, bukan macam tu. Saya boleh terima perkahwinan kita nie, cuma buat masa nie saya perlukan ruang untuk diri saya mengenali hati budi awak. Saya jugak perlukan ruang untuk saya belajar mencintai dan menyayangi awak seadanya. Saya panggil awak dengan panggilan ‘abang’ depan mama dan yang lain sebab saya tak nak mereka anggap saya terpaksa menerima perkahwinan nie.” Terang Dirani.
“kadang-kadang abang rasa menyesal sangat sebab tak kenal ngan Dira lebih rapat masa mama cuba nak satukan kita dulu. Masa tu abang terlalu cinta dan sayangkan Diana. Tak sangka dia sanggup buat macam tu kat abang,” kata Syahril dengan perlahan.
“kalau awak tak berpisah ngan Diana dulu, mungkin awak takkan benarkan perkahwinan kita nie berlangsung kan. Sebab saya tau awak terlalu cintakan Diana. Awak tak mungkin cintakan saya,” kata Dirani.
“tidak!! Perkahwinan kita tetap akan berlangsung jugak. Sebab abang tak nak kecewa kan hati mama. Selepas perkahwinan nie, abang cuba untuk cintakan Dira, sayangkan Dira. Walaupun abang tau yang Dira tak cintakan abang, tak sayangkan abang, tapi abang akan cuba cintakan Dira,” balas Syahril.
Dirani hanya diam sahaja mendengar kata-kata Syahril.
“kenapa diam?” abang tak boleh nak kata yang Dira akan balas cinta abang, tapi abang berdoa agar Dira akan cuba cinta dan sayangkan abang. Abang tau ia akan ambik masa yang lama untuk Dira balas cinta abang, tapi walau macam mana pun abang akan tetap tunggu Dira. Abang tau pilihan mama memang tepat untuk abang.” Kata Syahril lagi.
“tapi saya…….”
“takpe, abang faham. Abang takkan paksa Dira untuk balas cinta abang sekarang. Abang akan tunggu sampai Dira betul-betul sudi cinta kan abang,” kata Syahril memotong percakapan Dirani.
Dirani tidak berkata apa-apa. Hanya mendengar luahan rasa suaminya. Dia sendiri tidak pasti apakah dia suka mendengar kata-kata suaminya itu.
__________________
Dirani meneliti kerja-kerjanya di ruang bacaan. Dirani mula menghampiri semula kerja-kerja pejabat yang di bawa balik ke rumah. Organizer dibuka kembali. Melihat appointment yang bakal dilaluinya esok. Dialihkan pandangan ke setiap sudut bilik unutk mencari kelibat suaminya. Tiada langsung kelihatan.
Album perkahwinan di tepi meja menarik minat Dirani. Album bersalut kain lace organza putih dicapai perlahan. Satu demi satu gambar dibelek. Segala kenangan semasa kenduri majlis kahwin datang menerpa ke fikiran. Suhu bilik yang sejuk tidak lagi dirasai.
“kenapalah sayang tido macam nie? Lain kali kalau nak tidur pun, selimutlah dulu.” Tangan Syahril menarik selimut di kaki isterinya dan menyelimutkan anggota tubuh yang terdedah kepada kedinginan penghawa dingin yang menerpa.
“abang baru aja pergi ke bilik sebelah nak siapkan kerja. Dah rindu dah kat abang sampai belek gambar-gambar yang ada dalam album tu!” Syahril mengomel sendiri.
Lampu sisi katil dimatikan. Bilik yang bercahaya tadi telah berubah menjadi gelap gelita.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama