AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 17 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 16

BAB 16
Sudah 2 minggu Dirani tidak menjenguk ibunya. Dirani meminta izin daripada Syahril untuk ke rumah ibunya….
“awak, esok saya nak pergi rumah ibu boleh?” tanya Dirani meminta izin daripada Syahril.
“hmm…boleh, nanti kita pergi sama-sama ye.” jawab Syahril dengan ringkas.
“kalau awak sibuk, saya boleh pergi sorang je. Saya boleh naik teksi pergi rumah ibu.” balas Dirani.
“tak payah nak susahkan diri Dira naik teksi. Abang kan ada, lagi pun abang dah lama tak jenguk ibu mentua abang tu. Lepas habis kerja tengah hari esok, kita pergi rumah ibu ye.” kata Syahril.
“oklah, tapi kalau awak letih awak jangan marah kat saya pulak nanti,” balas Dirani dengan selamba.
“hehehe…takkanlah abang nak marah kat Dira pulak. Kalau abang letih, Dira kan ada. Dira boleh tolong picit-picitkan badan abang nie.” jawab Syahril dengan senyuman dibibirnya.
“aikk!! saya pulak yang kena. Dirani membetulkan kedudukannya. Dia ingin ke dapur untuk mengambil air. Tekaknya terasa kering.
“nak ke mana pulak tu?” tanya Syahril sambil mencapai tanagn isterinya.
“saya nak ke dapur. Nak ambik air. Tekak saya nie rasa kering pulak dengar awak cakap tu,” kata Dirani ikhlas.
“tak payah masuk dalam lagi. Kalau nak masuk nanti, kita masuk sama-sama. Nah, minum air koko panas abang nie dulu. Sama aja.”
Mug dihulurkan kepada Dirani.
Dirani menggeleng lembut.
“berdosa menolak pemberian suami tau, Dira,” kata Syahril membuatkan Dirani pula rasa bersalah.
Dirani mengambilnya. Syahril memandang isterinya.
“mug tu bukan untuk direnung aja. Tapi air di dalamnya yang perlu diminum,” balas Syahril.
Kerana kehausan, perlahan-lahan Dirani meneguk air di dalam mug. Tekaknya terasa lega walaupun dengan sekali teguk sahaja. Tiba-tiba Dirani tersedak. Cepat sekali tangan Syahril mengurut belakang isterinya. Dirani malu sendiri kerana terjadi begitu.
Syahril meminta kembali mug yang diberikannya tadi. Dirani menghulurkan. Syahril menghabiskan baki air di dalam mug itu. Dirani hanya memandang perbuatan suaminya. Walaupun pelik, tetapi sudah cukup memberi kesan pada dirinya. Mulut Syahril dilekapkan ke tempat yang sama oleh mulut Dirani ketika isterinya meneguk air di dalam mug itu tadi.
“tak baik membazir,” kata Syahril kepada isterinya.
“Dira, kenapa air koko panas nie rasa manis sikit daripada tadi ya?” tanya Syahril sedikit hairan.
“Dirani hanya mendiamkan diri.
“abang minum bekas sayang, sebab tulah manis….” kata Syahril
Perbualan mereka berakhir di situ. Dirani cuma berharap agar ada sinar baru menantinya esok. Dirani bahagia sekali dengan sikap ambil berat Syahril terhadap dirinya.
…………..
Pagi  itu Dirani dan Syahril pergi ke pejabat seperti biasa. Biasanya bekerja pada ari jumaat hanya setengah hari sahaja. Ini kerana bagi umat islam lelaki mereka perlu mengerjakan solat jumaat. Syahril mengambil keputusan untuk keluar awal dari pejabat. Ini kerana dia dan Dirani ingin melawat ibu mentuanya. Syahril keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Dirani.
“Dira, dah selesai keje?.” tanya Syahril selepas membuka pintu bilik pejabat isterinya.
“hmm…dah. Awak dah siap ke?..” tanya Dirani balik.
“dah, abang dah siapkan keje abang. Kalau Dira dah siap, jomlah kita pergi.” ajak Syahril.
“tapikan awal lagi nie,” kata Dirani pada Syahril.
“tkpelah, kita boleh duduk lama sikit kat rumah ibu. Kita pun dah lama tak jenguk ibu kan.” balas Syahril.
oklah, Dira kemas meja nie dulu.” kata Dirani.
“hmmm…kalau macam tu, abang jumpa ngan Akim sekejap. Dira tunggu abang kat tempat Lisa ye.” Syahril memberitahu Dirani.
“ok…” jawab Dirani ringkas.
Perjalanan mangambil masa selama setengah jam saje untuk sampai ke restoran ibu Dirani. Kelihatan ibunya sedang berada di kaunter melayan pelanggan.
“assalamualaikum….ibu,” Dirani memberi salam kepada Rozita sambil melangkah ke tempat ibunya.
“waalaikumussalam, Dirani….Syahril. Bila kamu sampai?.” tanya Rozita.
“baru je ibu,” jawab Syahril.
“hmmm…lama Dirani tak datang kat restoran ibu nie, sibuk sangat ke?” tanya Rozita lagi kepada anaknya.
“takdelah sibuk sangat bu, cuma tunggu masa yang sesuai je nak datang sini.” jawab Dirani.
“Dirani, ajak Syahril tu duduk dulu. Kejap lagi ibu datang,” kata Rozita mempelawa anak dan menantunya duduk.
“yelah bu,” balas Dirani.
“kita duduk kat meja hujung sana lah ek,” ajak Dirani kepada Syahril.
“ok, abang tak kisah nak duduk kat mana-mana pun.” jawab Syahril ringkas.
Dirani dan Syahril berbua-bual sambil menunggu ibunya datang…
“hah!...kamu berdua nie nak makan apa?.boleh ibu tolong masakkan,” tanya Rozita kepada Dirani dan juga menantunya.
“tkpelah bu, kalau kami nak makan nanti kami pergilah kat dapur tu,” jawab Syahril.
“aahhh, ibu duduklah dulu. Dah lama Dirani tak sembang ngan ibu nie.” balas Dirani.
“ikut suka kamu lah…” kata Rozita sambil duduk di kerusi bersebelahan ngan Dirani.
“mama ngan adik-adik Syahril apa khabar?.” sambung Rozita lagi.
“Alhamdulillah, sihat bu. Lagi pun diorang baru je balik dari bercuti,” jawab Syahril.
“yang kamu 2 orang nie, bila lagi nak pergi honeymoon?..takkan sibuk sangat keje kat pejabat tu,” tanya Rozita.
“hmmm…haaaa…” Dirani sudah kehilangan kata-kata untuk jawapan yang ditanya oleh ibunya.
“insyaallah bu, Syahril rancang nak bawak Dira pergi jalan-jalan minggu depan,” jawab Syahril kepada pertanyaan ibu mentuanya.
Dirani terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syahril.
Bila pulak dia rancang nie, aku tak tau pun. Takkan aku salah dengar kot apa yang dia gtau kat ibu tadi,” ngomel Dirani dalam hatinya.
“eloklah kalau macam tu, jangan asyik nak fikir pasal keje je. Sesekali pergilah tenangkan fikiran kamu tu,” kata Rozita menyokong perancangan Syahril.
“tulah ibu, lagi pun Syahril tak bawak lagi Dira pergi honeymoon. Kalau pasangan yang lain awal-awal lagidah pergi honeymoon. Kami nie je yang takde kesempatan nak pergi.” luah Syahril kepada Rozita.
Dirani hanya mendengar saja perbualan suami dan juga ibunya. Hendak menyampuk, dia pulak tak tau nak cakap apa. Dia sendiri pun terkejut dengan berita yang Syahril bagitau nie.
Syahril dan Dirani mengambil keputusan untuk beredar kerana hari sudah lewat petang. Dalam perjalanan pulang Dirani sempat bertanya kepada Syahril pasal rancangannya untuk pergi bercuti yang di beritahu kepada ibunya tadi.
“awak, boleh saya tanya sikit tak?” tanya Dirani memulakan perbualan.
“hmmm….nak tanya apa?..balas Syahril. Dia sebenarnya sudah tau akan pertanyaan isterinya itu. Cuma saja dia buat-buat tak tau.
“kenapa awak cakap kat ibu yang awak nak bawak saya pergi bercuti minggu depan?. tak baik tau awak tipu ibu,” kata Dirani.
“bila masa pulak abang tipu ibu, tkdelah. Memang betul abang nak bawak Dira pergi bercuti. Lagi pun kita tak pergi lagi honeymoon kan,” balas Syahril.
‘tapi awak tak cakap pun ngan saya pasal hal nie…” luah Dirani dengan perlahan.
“sebenarnya abang tengah tunggu masa nak bagitau kat Dira pasal hal nie. Dira tak marah kat abang kan, sebab tak bincang dulu ngan Dira pasal nak pergi honeymoon tu?” tanya Syahril kepada Dirani yang berada disebelah tempat duduknya.
“takdelah, saya tak marah pun.. Buat apa saya nak marah kat awak.” jawab Dirani.
“kalau macam tu takpelah, Dira dah ada passport kan?.” tanya Syahril lagi.
“ya, kenapa?.” tanya Dirani balik.
“takdelah, kita kan nak pergi bercuti nanti. Kalau takde passport macam mana kita nak pergi.” balas Syahril.
“jauh sangat ke awak nak bawak saya sampai nak kena guna passport?.” tanya Dirani kurang pasti.
“yang tu abang tak boleh nak bagitau kat Dira dulu. Dah sampai sana nanti, Dira tengoklah sendiri ye,” kata Syahril.
“takkan lah saya tak boleh tau tempat tu?” tanya Dirani seakan merayu.
“yup, rahsia..tak boleh nak bagitau.” jawab Syahril dengan selamba.
“ikut suka awaklah,” kata Dirani sambil memuncungkan mulutnya.
“hahahaha…..” Syahril ketawa melihat kelakuan isterinya.
“Dira sabarlah ek, lagi seminggu Dira tau lah,” terang Syahril.
…………………



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama