AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 20

BAB 20
Sudah 2 hari Syahril berada di bandar Singapore. 2 hari juga Dirani merindukan suami yang jauh darinya. Namun Dirani hanya bersabar menanti kepulangan suami yang dikahwini atas pilihan keluarnya. Akan tetapi dia tetap cuba mencintai dan menyayangi suaminya dengan seikhlas hati. Kata-kata cinta buat suaminya masih belum terucap dari bibirnya. Sekadar perasaan sayang yang telah w ujud dalam diri untuk suaminya. Dia meneruskan kerja di pejabat seperti biasa. Dia juga terpaksa menghandle kerja-kerja yang dilakukan oleh Syahril sementara Syahril berada di Singapore untuk menyelesaikan perbincangan mengenai projek yang dihandle oleh syarikat milik mentuanya.
Setelah 9 jam menjalankan tugas, Dirani memandu laju keretanya menghala ke rumah. Penat di tempat kerja seakan ingin dihamburkan di atas tilam empuk. Pemanduannya petang ini ditemani oleh celoteh DJ yang bertugas. Kedengaran Linda Onn rancak memberikan trafik kepada pendengar. Alunan muzik yang kedengaran dijadikan halwa telinga.
Dirani dapat merasakan kelainan dalam pemanduannya hari ini. Perjalanannya seperti diekori oleh sebuah kereta. Dari pejabat lagi Dirani meyedari akan perkara ini. Pada mulanya Dirani hanya menyangka ia secara kebetulan, tetapi bila Dirani memberhentikan kereta di bahu jalan dan kereta tersebut turut berbuat demikian, ia sudah cukup memberikan andaian yang hampir tepat. Jarak antara kereta Dirani dan kereta itu juga bertambah dekat. Dirani mula melajukan pemanduan.
Bila kereta Dirani pantas memecut, Dirani hilang kawalan untuk berhenti. Pedal brek di tekan berkali-kali tetapi tiada tanda mahu berhenti. Brek tangan ditarik, juga tidak menampakkan hasil. Dirani buntu. Mulut Dirani terkumat-kamit berdoa.
Dirani terbabas ke bahu jalan setelah melanggar dengan sebatang pokok saga yang besar. Dirani hanya melihat asap yang banyak keluar dari enjin keretanya. Penglihatan Dirani mula kabur dan dia tidak menyedari lagi apa yang terjadi selepas itu.
……………….
Kepala Dirani terasa pening. Berdenyut-denyut yang teramat sangat. Walaupun terasa sedikit sakit di bahagian muka, kelopak matanya tetap dibuka. Pandangan Dirani masih kelam. Kabur sekali penglihatannya. Dirani seperti tidak boleh nampak sebarang imej mahu pun objek dihadapannya.
Tangan dan kepala yang terasa sakit cuba ditahan. Hampir seluruh tubuh badannya terasa sakit bercampul sengal. Beberapa minit kemudian setelah dicuba berulang kali, barulah Dirani dapat melihat dengan jelas.
Kelihatan wajah risau ibu mentua, ibu, kak Farina yang tengah berbadan dua dan juga abang Aliff terbentuk di pandangan mata. Dirani seperi mencari-cari seseorang. Tetapi sayang, orang yang dicari tiada di hadapan mata. Syahril tidak kelihatan langsung di ruang bilik itu. Dirani sedih.
Dirani melihat tangan kanannya berbalut. Rasa perit dirasakan kini. Dirani cuba menyentuhnya lembut. Bahagian kulit tidak dirasai langsung, Cuma plaster yang terlekat di situ. Dirani cuba mengingati semula apa yang telah terjadi, namun dia gagal. Dirani bertanya kepada ibu dan mamanya. Ingin sekali Dirani mengetahui punca dirinya merasai kesakitan ini.
Datin Jasmine dan ibunya tidak memberikan sebarang jawapan, sebaliknya hanya menitiskan air mata. Sementara itu Aliff suami Farina dengan tenang memulakan cerita.
“Dirani kemalangan,” perlahan-lahan Aliff menuturkannya.
Dirani memandang kea rah Aliff. Dia tertanya-tanya.
“bila?” tanya Dirani ingin tahu.
“petang semalam, masa balik kerja,” Aliff memberitahu.
“punca?” Dirani masih bertanya walaupun dirinya sedang menahan kesakitan.
“brek tidak berfungsi,” ringkas jawapan Aliff.
Dirani mula teringat akan kejadian itu. Betapa cemasnya dia apabila pedal brek tidak member sebarang tindak balas. Entah mengapa, kata-kata yang berundur ancaman daripada Diana semasa di syarikat tempoh hari timbul semula difikirannya. Tetapi dia tidak mahu menuduh tanpa usul periksa.
Terasa rindu kepada suami datang menerpa. Sihat kah dia? Sudah makankah dia? Dimana suaminya pada waktu aku betul-betul memerlukannya. Dirani menoleh ke arah Datin Jasmine dan bertanya akan anak lelakinya. Walaupun dalam keadaan sebak, Dirani masih dapat menangkap kata-kata yang keluar dari mulu mentuanya.
“Syahril masih di Singapore. Mesyuarat habis minggu depan,” Datin Jasmine memberitahu.
Hati Dirani pilu sendiri. Bukan esok dapat berjumpa dengan suaminya, tetapi seminggu………….
Dirani menghargai mama, ibu, kak Farina, dan abang Aliff  yang sudi menemankannya di hospital. Dirani tahu, pasti mereka tidak cukup tidur kerana menjaganya di hospital. Dirani meminta mereka balik ke rumah untuk berehat.
Diana yang mendengar berita kemalangan Dirani daripada orang suruhan Hafiz ketawa sepuas-puasnya.
“hahahaha….padam muka kau Dirani. Tu baru sikit aku buat, jangan ingat senang-senang je kau dapat si Syahril tu,” ketawa Diana memenuhi ruang rumahnya.
Hafiz sekadar melihat wajah Diana yang penuh dengan dendam. Sesekali dia menyesal kerana membantu Diana dalam rancangannya untuk memusnahkan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Kantin hospital lengang. Datin Jasmine dan Rozita masih duduk di meja yang bernombor 2. Nyata mereka berdua risau dengan keadaan Dirani yang terlantar di hospital.
Mereka tidak boleh meninggalkan Dirani keseorangan. Dirani masih memerlukan bantuan mereka. Walaupun Dirani menyuruh mereka balik berehat, mereka tetap berdegil untuk menjaga Dirani.
“aku tahu kau sedih dengan nasib yang menimpa Dirani, tapi kau kena kuat. Aku kenal ngan anak aku, dia tidak mudah mengalah,” kata Rozita kepada besannya.
“tapi, aku sedih mengingatkan kejadian yang menimpa dirinya, Zita. Tambahan pulak Syahril masih lagi di Singapore. Aku tau dia pasti sedih bila aku bagitahu Syahril masih lagi berada di sana,” luah Datin Jasmine.
“kau baliklah dulu, anak-anak kau kat rumah tu tentu tengah tunggu kau,” pinta Rozita.
“tkpelah, Zita. Aku nak tunggu Dirani sampai Syahril datang,” ujar Datin Jasmine.
“tapi Syahrilkan masih lagi bermesyuarat di sana. Kita pun tak tau bila dia nak balik kat sini. Kau baliklah dulu,” balas Rozita.
Datin Jasmine tidak membantah, sebaliknya mengikut sahaja cadangan Rozita.
Rozita kembali ke bilik Dirani. Dia melihat puterinya sedang lena beradu. Rozita tidak mahu mengganggu tidur anaknya malam ini. Rozita hanya ke katil membetulkan lipatan selimut Dirani. Rozita kemudiannya merehatkan diri di sofa yang disediakan si sudut bilik. Masa yang ada diisi dengan membaca majalah yang ada disitu.
Hari ini Rozita tidak langsung menjejakkan kakinya ke restoran. Hilang tumpuannya pada restoran setelah menerima panggilan dari hospital senja semalam. Rozita meminta pekerja yang dipercayainya untuk menguruskan restoran. Dirani tetap diberi keutamaan dalam segala hal.
Mengingatkan diri belum menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Rozita ke bilik air untuk berwuduk. Selesai mengerjakan solat isyak, Rozita duduk disisi katil anaknya. Dia memandang tepat wajah Dirani yang masih belum terjaga. Wajah puterinya diamati. Wajah puterinya yang mirip wajah suaminya kelihatan pucat lesi. Bayangan suaminya datang menerpa. Dia terlalu rindu kepada arwah suaminya. Tanpa disedari, air matanya bergenang di kelopak mata. Abang, Zita terlalu rindukan abang. Rozita menyeka air mata apabila mendengar pintu bilik dikuak.
Megat Syahril Arfan yang masih berkemeja tergesa-gesa melangkah ke dalam bilik. Tangan Rozita disalam. Syahril memandang isterinya yang sedang nyenyak tido.
“ibu, kenapa dengan isteri Syahril?” tanya Syahril cemas.
“bila Syahril sampai?” tanya Rozita setelah bersalaman dengan menantunya.
“baru aja, ibu,” balas Syahril.
“meeting dah habis ke?” tanya Rozita.
“sepatutnya minggu depan baru habis meeting, tapi bila Akim bagitau Dirani kemalangan, Syahril terus booked tiket balik sini,” Syahril memberitahu ibu mentuanya.
Tiada lagi soalan yang lahir dari mulut kedua-duanya. Rozita berundur ke sofa. Dia mahu memberi peluang kepada Syahril melihat isterinya.
Syahril sedih melihat wajah isterinya yang bertampal plaster. Tangan kanan Dirani yang berbalut juga dipandang dengan seribu satu macam perasaan yang bergolak. Syahril memandang wajah isterinya tanpa kata. Renungan bersalah lahir pada wajahnya. Terlalu rindu dia pada isterinya. Jari-jemari kiri Dirani digenggam erat lantas diciumnya. Seandainya ciuman seorang lelaki bergelar suami boleh menyembuhkan sakit yang dialami oleh seorang isteri, dia pasti akan melakukannya.
Syahril menuju ke tempat ibu mentuanya yang berada di kerusi sofa. Dia ingin mengetahui cerita sebenar daripada ibu mentuanya.
Rozita menceritakan apa yang diketahuinya. Nyata Syahril terkejut dengan cerita yang di sampaikan oleh ibu mentuanya.
Syahril menghantar Rozita ke muka pintu. Syahril meminta ibu mentuanya balik dan berehat di rumah sahaja. Syahril tau ibu mentuanya pasti penat menjaga Dirani seharian.
Syaril kembali ke tempat isterinya. Dia duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Lengan kemeja dilipat hingga ke paras lengan.
Rambut Dirani dielus lembut. Dahi isterinya dikucup mesra. Macam mana lah keadaan isterinya? Masih takut lagi ke? Syahril mengambil botol mineral yang terdapat di sebelah katil isterinya. Tekaknya terasa haus pulak.
Setelah selesai dia kembali merenung wajah pucat milik isterinya. Sungguh dia tidak menyangka akan mendengar berita itu daripada Akim. Dia kesal kerana membiarkan isterinya keseorangan. Syahril lantas mengingatkan kata-kata isterinya sebelum dia hendak berangkat ke Singapore. Dia meraut mukanya dengan telapak tangannya. Kesal kerana tidak membalas ucapan sayang yang terbit dari mulut isterinya.
Mungkin kerana genggaman tangan Syahril yang terlalu erat, Dirani terjaga dari tido. Syahril memandang wajah isterinya tanpa kelip.
Dirani yang baru membuka kelopak mata terkejut melihat wajah Syahril yang berada di sisinya. Dia cuba untuk bangun, tetapi gagal kerana kesakitan yang dialaminya kembali lagi. Syahril yang melihat keadaan Dirani segera membantu isterinya untuk bangun dan menyandarkan badan isterinya pada bantal yang dikepala katilnya.
Dirani  tidak berkata-kata apa, hanya memandang suami yang dirinduinya. Air mata mengalir perlahan di pipinya. Syahril bangun dan duduk di atas katil Dirani dan memeluk isterinya dengan lembut. Dirani menangis di bahu Syahril. Semakin lama tangisannya semakin jelas kedengaran di telinga Syahril.
“shhhhh…abang dah ada depan mata sayang nie,” kata Syahril sambil menggosok belakang badan isterinya.
“Dira takut…..” luah Dirani perlahan sambil air matanya laju mengalir.
“abang tahu, abang janji takkan tinggalkan sayang lagi, ok” ujar Syahril yang masih lagi memujuk isterinya supaya berhenti menangis.
Dirani mengangguk lembut, dia kembali melihat wajah Syahril. Rasa rindu terubat dengan kepulangan suaminya. Walaupun rasa cintanya pada Syahril masih belum ada, tetapi dia tetap menyayangi Syahril denagn sepenuhnya. Tangisannya berhenti, Dirani mengukirkan senyuman buat Syahril walaupun sakit. Syahril menyentuh wajah pucat isterinya dengan lembut.
“sayang tido dulu ye,” pinta Syahril pada Dirani.
“tapi Dira nak tengok abang, Dira nak borak ngan abang,” balas Dirani lembut.
“esokkan sayang boleh tengok abang lagi, boleh borak ngan abang. Sekarang nie sayang kena rehat, sayangkan sakit lagi,” Syahril memberitahu pada Dirani.
“abang temankan Dira kat sini ye,” pinta Dirani pada suaminya.
“ye, abang akan temankan sayang tido kat sini,” jawab Syahril.
“abang dah makan?” soal Dirani pada Syahril.
“dah, abang dah makan tadi. Sayang tidolah, tak payah risaukan pasal abang,” balas Syahril dengan melihat wajah isterinya.
Syahril membantu isterinya berbaring. Dia menarik kain selimut dihujung kaki Dirani dan menyelimutkan tubuh isterinya. Syahril kembali duduk di atas kerusi disebelah katil Dirani. Dirani dengan sendiri mencapai tangan kanan suaminya. Jari jemari itu menjadi bantal malam ini. Kali pertama Dirani melakukan perkara sedemikian.
Syahril hanya membiarkannya sahaja. Dia dan isterinya tertidur setelah mengucapkan selamat malam.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama