AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 18

BAB 18
Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Suasana di Vila Shahira riuh menyambut kepulangan Syahril dan Dirani. Syahril dan Dirani tidak berbual panjang apabila sampai di Vila Shahira. Mereka kelihatan begitu letih. Awal-awal lagi Syahril sudah masuk ke bilik. Dirani menurut tidak lama kemudian selepas dia menelefon Rozita.
Sewaktu pintu bilik dibuka, Dirani sempat menoleh ke arah Syahril yang telah pun merebahkan diri ke atas katil.  Semasa Dirani selesai membersihkan diri, Syahril dilihatnya masih terkebil-kebil di sofa. Dirani terus melabuhkan punggungnya di birai katil sebelum mengejutkan suaminya.
“abang…abang..” panggil Dirani sambil menggoyangkan badan Syahril.
“hmmm…” jawab Syahril seakan dengar tidak dengar.
“bangunlah, pergi mandi dulu. Baru badan abang tu segar sikit.” Kata Dirani.
Syahril bangun mencapai kain tuala dan terus masuk ke bilik air. Dirani kemudiannya bergerak ke almari dan mengeluarkan pakaian untuk suaminya.sejurus meletakkan pakaian tido milik suaminya, Dirani bergerak ke kerusi panjang yang berada di hujung katil sambil membawa novel ditangannya.
Setengah jam kemudian Syahril keluar dari bilik air dan bersiap-siap memakai pakaian tidurnya. Selesai memakai pakaian tido, dia bergerak ke arah isterinya yang sedang khusyuk membaca novel. Ditangannya terdapat satu kotak kecil yang berbalut kertas yang berwarna biru.
Syahril duduk berhadapan dengan Dirani. Dirani tersedar apabila Syahril mengusap lembut tangannya sambil menghulurkan bungkusan kotak yang berbalut kemas.
Dirani mengerutkan dahi. Lama dia mengamati bungkusan kecil di tangannya.
“kenapa abang bagi Dira?” soal Dirani lembut.
Syahril menjungkit bahu sambil tersenyum kecil.
“saja. Kenapa….sayang tak suka ke?” soal Syahril sengaja menduga. Dirani terdiam.
“tak tengok lagi, manalah Dira tau suka ke tak,” jawab Dirani selamba. Syahril terus ketawa.
“bukalah sekarang.” Kata Syahril seraya menyuruh isterinya membuka kotak yang berbalut itu.
“boleh ke Dira buka?” soal Dirani balik.
“kenapa pulak tak boleh, tu kan hak sayang.” Jawab Syahril.
Kertas pembalut itu dikoyak perlahan-lahan. Sebuah kotak jernih berada ditangganya. Seutas rantai emas putih berserta loket batu permata berwarna pink cair terlayang di hadapan mata. Wow, cantiknya bang!..kata Dirani.
Jari jemari runcing itu mengeluarkan rantai yang diselangi pandangan mata ke arah Syahril.
“terima kasih, bang! Cantik sangat rantai nie,” ucap Dirani lantas menyalami tangan suaminya.
“sama-sama sayang,” balas Syahril.
“hmm….bila pulak abang beli rantai nie? Dira tak tau pun,” tanya Dirani.
“sayang ingat tak masa abang suruh sayang jaga barang sebelum kita nak bertolak ari tu?” soal Syahril sebelum menjawab soalan isterinya tadi.
“ye, Dira ingat..kenapa?” soal Dirani lagi.
“kalau sayang nak tau, masa tulah abang pergi beli rantai nie untuk sayang.” Jawab Syahril dengan lembut.
Rantai tersebut ingin disimpan semula ke dalam bekasnya. Belum pun sempat rantai itu diletakkan ke dalam kotak itu, tanagn Syahril menghalang. Perbuaran Dirani terhenti.
“kenapa simpan je rantai nie?. Pakailah. Mesti cantik,” ucap Syahril sambil tangannya mengambil semula rantai itu dari genggaman Dirani.
“hmm…Dira sayang nak pakai. Cantik sangat rantai nie, tak sampai hati nak guna,” jawab Diranni selamba.
“ishh..takde maknanya nak simpan macam tu aja. Pakai jelah,” balas Syahril.
Syahril menyelak rambut lurus milik isterinya ke tepi. Dia menyarungkan rantai itu ke leher milik isterinya. Dirani mengambil peluang itu untuk mengamati wajah suaminya.
Alis mata yang tebal, bentuk mata yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil, hidung yang sedikit mancung serta bibir yang mampu menggoyahkan perasaan wanita.
Syahril yang menyedari kelakuan Dirani hanya tersenyum manis.
“tengok tu! Kan cantik. Tak rugi duit abang beli rantai nie kalau sayang terus memakainya,” Syahril berkata.
Tidak lepas-lepas matanya memandang figura isteri di hadapannya. Dirani tunduk malu. Malu kerana dipuji begitu.
“sayang tak suka ke? Kalau sayang tak suka, abang boleh tolong bukakan,” tanya Syahril apabila isterinya itu hanya membisu tanpa apa-apa reaksi.
“tak adalah. Cantik sangat rantai nie. Dira suka sangat. Tapi Dira takde apa-apa nak bagi kat abang,” jawab Dirani dengan perlahan.
“alah…abang tak kisah pun. Lagi pun abang bersyukur sangat-sangat sebab sayang dah panggil nama abang dengan pangilan yang romantis sekali,” balas Syahril dengan mengucup dahi isterinya perlahan.
…………………………………
Dirani tersedar apabila bahunya digoyang lembut. Pelahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Terasa perit apabila matanya dipanah cahaya lampu yang menerangi ruang bilik. Dalam mencari kepayahan untuk memfokuskan pandangan, matanya tertancap pada seraut wajah yang terlalu hampir dengan sehingga deruan nafas itu terasa hangat menampar wajahnya. Dia tersenyum manis.
“Dira, bangun sayang. Dah subuh nie,” ujar suaminya.
“Dirani menoleh pada jam loceng di tepi katil. Terkebil-kebil dia memandang jarum jam yang bergerak sebelum matanya dialih ke arah wajah dihadapannya.
“dah pukul berapa nie?” soalnya yang masih dikuasai rasa mamai.
“dah pukul 6.30. Kejap lagi subuh dah nak habis,” jawab Syahril sambil mengukirkan senyuman.
Dirani menggosok mukanya beberapa kali. Lantas dia bangun.
“kenapa abang tak kejutkan Dira awal sikit, kang dah lambat nie,” tanya Dira pada suaminya.
“laaa…kan abang dah kejutkan sayang nie. Tkpelah, lagi pun sayang tentu penat sangat kan. Dah, bangun dulu, bersihkan badan tu. Lepas tu solat ye,” jawab Syahril.
Dirani bangun dan kemudiannya melangkah masuk ke bilik air.
Tepat pukul 7.30 pagi, Dirani dan Syahril turun beriringan. Ketika itu, Datin Jasmine sedang duduk membaca surat khabar .
Syahril dan Dirani segera melabuhkan punggung di kerusi berdekatan selepas mengucapkan salam kepada Datin Jasmine.
“yang lain mana mama?” tanya Dirani mencecah keheningan pagi yang masih indah.
“Aishah dengan Mia masih tido lagi agaknya. Mak Siti ngan Salmah ada kat dapur tu. Tengah siapkan sarapan pagi,” jawab Datin Jasmine lembut.
Suasana menjadi hening seketika. Masing-masing melayani perasaan tanpa ada perkataan yang dituturkan.
“macam mana dengan percutian kamu berdua? seronok?’ tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Datin Jasmine.
Semalam mereka tidak sempat berbual panjang memandangkan pasangan suami isteri itu masih keletihan kerana seharian berada di dalam kapal terbang.
“seronok mama, Syahril rasa nak pergi lagi kat sana.” jawab Syahril yang tadinya berdiam diri.
“hmmm….eloklah macam tu. Kamu tu asyik duk fikirkan keje je, kesian Dirani nie mama tengok. Orang lain lepas kawin je terus pergi honeymoon, kamu tu pulak dah nak masuk 2 bulan baru nak pergi honeymoon,” kata Datin Jasmine.
Dirani tersenyum mendengar celoteh mama mentuanya.
“biasalah mama, abang nie lebih pentingkan keje dia dari bawak Dira pergi bercuti,” balas Dirani sengaja mahukan suaminya kena marah dengan Datin Jasmine.
“amboi…amboi…sedapnya sayang kata kat abang ye! kata Syahril sambil mencubit pipi isterinya.
“betullah, abang nie kan mama memang sibuk sangat ngan keje dia kt pejabat,” ujar Dirani sambil mengosok pipinya yang sakit itu. Sebenarnya dia sengaja mahu balas dendam gara-gara pipinya yang sakit di cubit oleh Syahril.
“Syahril, betul ke cakap isteri kamu tu?” soal Datin Jasmine kepada anak lelakinya.
“takdelah mama, jangan ikut sangat cakap Dira nie,” jawab Syahril menafikan kata-kata Dirani tadi. Sayang nie kan, saja nak kenakan abang depan mama kan?..takpe, taulah abang nak buat apa lepas nie. Bisiknya pada telinga Dirani yang berada di sebelahnya.
Dirani yang mendengar bisikan Syahril terus berpaling melihat wajah suaminya. Syahril tersenyum sambil mengangkat keningnya ala-ala penyanyi Ziana Zain.
………………………………..
Panas diharap sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Diana kembali menggangu hubungan rumah tangga Syahril dan Dirani. Selagi Syahril tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus mengganggu hubungan antara Syahril dan juga Dirani.
Syahril dan Dirani ke pejabat seperti biasa. Menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh disebabkan cuti yang diambil oleh mereka untuk honeymoon. Sampai sahaja ke tingkat atas pejabat, Syahril terus masuk ke biliknya. Manakala Dirani berbual-bual dengan Lisa sambil duduk di kerusi berhampiran dengann tempat duduk Lisa. Tidak lama mereka berbual-bual, dia terdengan satu suara yang pernah didengari satu ketika dulu. Dengan pantas Dirani berpaling ke arah suara tersebut.
“i nak jumpa ngan Syahril,” kata Diana dengan tiada rasa hormat terhadap Lisa dan Dirani yang berada di situ.
“maaf, Cik Diana dah buat temu janji ke ngan En. Syahril,” tanya Lisa selaku personal assistant Syahril di pejabat itu.
“hey, I tak payah nak buat temu janji ngan dialah. Lagi pun I dah biasa datang sini dulu untuk jumpa ngan dia,” jawab Diana dengan sombong.
“maaf sekali lagi Cik Diana, saya tak boleh benarkan Cik Diana berjumpa ngan En. Syahril sebab En. Sayhril tak suka jumpa ngan sesiapa tanpa membuat temu janji dahulu,” jawab Lisa dengan nada yang masih lagi lembut.
Kebanyakkan staf-staf di pejabat masing-masing sedang memandang ke arah Diana. Mungkin terlalu bising mendengar suara yang bergema di pejabat itu.
“I tak kira, I tetap nak jumpa ngan dia,” kata Diana sambil melangkah untuk masuk ke bilik Syahril.
Dirani yang tadi hanya berdiam diri terus bersuara apabila mendapati Diana yang ingin masuk ke bilik suaminya.
“excuse me, Cik Diana,” kata Dirani.
Diana yang mula melangkah terus berhenti dan berpaling ke arah suara tersebut.
“ooo…you, ada apa ye?..eh, lupa pulak you nie wife Syahril kan?” tanya Diana dengan nada yang agak tinggi.
“Alhamdulillah, you masih ingat yang I nie isteri Syahril, bos kat pejabat nie,” jawab Dirani dengan selamba.
“you, jangan nak sakitkan hati I Dirani.” balas Diana
“hey, bila masa pulak I cuba nak sakit kan hati you nie.” I takde masa nak buat macam tulah Cik Diana.
“haah! tak kisahlah, sekarang I nak pergi jumpa ngan Syahril,” ujar Diana lagi.
“I’m sorry Cik Diana. I takkan benarkan you jumpa ngan suami I lagi, faham!” kata Dirani dengan tegas.
“you nie, kenapa?. ikut suka I lah nak jumpa ngan dia atau pun tak,” Diana berkata dengan lebih kuat lagi.
“dan ikut suka I lah samada nak benarkan you jumpa ngan suami I atau pun tidak.” balas Dirani dengan nada yang tinggi kerana tidak tahan bercakap lembut dengan Diana.
“ooo…atau you cemburu atau you takut I akan rampas Syahril dari you, Dirani?” soal Diana dengan senyuman sinis dibibirnya.
“sorilah, I takde masa nak cemburu apatah lagi nak takut lah Diana. Lagi pun dia suami I, buat apa I nak takut. Dia dah jadi milik I sorang. Takkan ada sorang pun yang dapat rampas Syahril dari I, faham?.”
“kau jangan nak berlagak Dirani, baru kawin 2 bulan dah pandai nak berlagak dengan aku,” aku lebih kenal Syahril dari kau, tau tak!,” kata Diana yang sudah mengubah gaya percakapannya.
“hey! siapa yang berlagak ngan siapa sekarang nie Diana. Kau atau aku?..” tanya Dirani yang jugak turut mengubah panggilan apabila bercakap dengan Diana.
“kau…..” kata Diana sambil mengangkat tangannya untuk menampar pipi Dirani di depannya.
“Diana!!!.....Syahril memanggil dengan agak kuat.
Diana dan Dirani yang terkejut dengan suara Syahril terus berpaling ke arah pintu bilik Syahril. Syahril kemudiannya melangkah laju ke tempat isterinya berada. Dia menarik tangan Dirani supaya rapat dengan dirinya.
Air muka Diana berubah kelat. Task sangka Syahril sudah mendengar dan melihat perbuatannya terhadap Dirani.
“Syahril……..” Diana cuba untuk berkata-kata.
“you tkde hak nak tampar isteri I. Lagi pun betul kata dia, I cuma milik dia sorang je, takkan ada sape-sape yang dapat memisahkan kami,” ujar Syahril sebelum sempat Diana menghabiskan kata-katanya tadi.
“tapi…..” sekali lagi Diana cuba untuk berkata.
“dah, I tak nak dengar apa-apa lagi. I rasa baik you pergi dari sini, sebelum I panggil security untuk halau you dari pejabat I nie,” balas Syahril dengan nada yang tinggi tanpa menghiraukan akan staf-staf yang masih lagi melihat ke arah mereka.
“fine!..tapi ingat, I takkan berhenti macam nie je. I akan pastikan rumah tangga you musnah Syahril,” kata Diana seakan mengugut Syahril dan Dirani. Dia kemudiannya pantas meninggalkan pejabat milik Syahril.
Sesampai di kereta, Diana masuk ke dalam dan menghempas kuat pintu keretanya.
“baik!!...kau orang nak main ngan aku sangat kan. Aku akan pastikan hidup kau orang merana. Dirani, kalu aku tak dapat nak memiliki Syahril, kau pun takkan dapat memiliki dia.
Diana sudah merancang sesuatu dalam kepalanya. Dia mula mendail nombol di telefonnya.
Sementara di pejabat Syahril pula staf-stafnya masih lagi berada di tempat kejadian. Syahril yang sudah pasti akan ketiadaan Diana, segera menyuruh pekerja-pekerjanya kembali melakukan tugas.
“ok, semua boleh mulakan kerja balik,” kata Syahril memberikan arahan kepada staf-stafnya.
Dengan segera semua staf-staf di pejabatnya terus memulakan kerja yang tertangguh sebentar tadi.
“hmm….Lisa, kalau Diana datang balik kat sini, awak call je pihak polis ok!,” Syahril memberitahu kepada Lisa.
“baik, En. Syahril,” jawab Lisa.
“hmmm…Dira ikut abang masuk bilik abang ok!” kata Syahril dengan ajakan.
Dirani hanya mengangguk.
Syahril masih lagi menggenggam tangan isterinya ketika berjalan untuk masuk ke biliknya. Dia kemudiannya membuka pintu biliknya dan menyuruh Dirani masuk.
“abang mintak maaf kat sayang,” ujar Syahril kepada Dirani yang duduk di atas kerusi sofa dalam biliknya.
“kenapa pulak abang nak mintak maaf ngan Dira,” tanya Dirani kepada Syahril.
“sebab abang, Diana marahkan sayang. Nak tampar pipi sayang. Nasib baik abang tengok tadi, kalau tak dh tentu pipi sayang abang dah kena ngan penampar dia,” jawab Syahril sambil tangan tidak lepas memegang pipi Dirani.
“Dira tkde apa-apalah abang. Camner pulak abang boleh ada kat situ?.” soal Dirani.
“hmm…abang dengar suara bising kat luar. Nak buat keje pun tak boleh, tu yang abang keluar nak tengok,” balas Syahril.
“ooo…abang dah tengoklah Dira gaduh ngan Diana tadi ye?” soal Dirani lagi.
“aaah…tak sangka, berani jugak isteri abang nie.” balas Syahril dengan senyuman.
“mestilah, abang ingat Dira takut sangat ke dengan kekasih abang tu,” ujar Dirani.
“uikk!! bukan kekasih ok. Lagi pun abang kan dah ada seorang isteri yang cantik. Yang berani mempertahankan dirinya. Terima kasih sebab sudi mempertahankan diri abang tadi,” kata Syahril dengan lembut.
“sama-sama bang, Dira pun nak ucap terima kasih kat abang jugak pasal tadi. Kalau abang takde kat situ, dah tentu Dira dah kena penampar dia,” ucap Dirani sambil menyentuh lembut tangan suaminya.
“dahlah, harap-harap lepas nie dia dah tak kacau hidup kita lagi,” balas Syahril dengan harapan yang tinggi.
“Dira pun harap macam tu jugak, bang,” ujar Dirani.
Syahril tak sangka Dirani terlalu menyayangi dirinya. Sanggup kena marah ngan Diana. Dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang baik hati, penyayang, bertanggungjawab selain memiliki raut wajah yang cantik.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama