AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 21

BAB 21
Pagi yang cerah, Dirani membuka matanya. Sakitnya terasa kurang sedikit. Dia melihat sekitar ruang biliknya. Mencari seseorang yang sangat di rindui. Namun, tidak ada sesiapa pun dalam bilik kecuali dia. Dirani cuba untuk bangun, dengan perlahan dia menyandar badannya pada hujung katil. Tekaknya terasa haus, dia cuba mencapai botol mineral di atas almari kecil berhampiran katilnya. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Syahril bergegas ke tempat Dirani apabila melihat isterinya hendak mencapai botol air mineral. Pakaiannya sudah bersalin dengan yang baru. Pagi-pagi lagi selepas subuh,dia balik ke vila untuk menukar pakaian.
“sayang….tunggu, biar abang yang ambilkan,” Syahril mematikan perbuatan Dirani.
Syahril mengambil botol yang berisi air dan menuangkannya ke dalam gelas. Dia kemudiannya menyuakan gelas itu ke mulut isterinya. Dirani membuka sedikit mulutnya untuk meminum air bagi menghilangkan rasa haus.
“nak lagi?” soal Syahril.
Dirani menggelengkan kepalanya.
“abang pergi mana?” soal Dirani pada Syahril.
“abang ada kat luar, malas nak kacau sayang tengah tido tadi,” jawab Syahril ringkas.
Dirani menurunkan kakinya ke bawah.
“sayang nak pergi mana nie?” soal Syahril apabila melihat Dirani cuba untuk berjalan.
“hmmm….Dira nak pergi bilik air jap,” jawab Dirani seakan malu.
“dah, biar abang yang tolong,” kata Syahril.
“tak payahlah, Dira boleh jalan sendiri,” balas Dirani menolak  pertolongan suaminya.
Syahril melihat isterinya. Kesian melihat isterinya yang cuba berjalan menuju ke arah bilik air.
“ouch….!” terlepas kata-kata itu dari mulut Dirani.
“sayang ok ke?” soal Syahril apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya.
“hmmm…..” seperti biasa. Ringkas jawapan yang diberikan Dirani.
Syahril sudah masak benar dengan perangai isterinya. Berpura-pura baik dan sihat sedangkan diri sedang menahan kesakitan. Syahril menuju ke bilik air. Lampu bilik air di pasang. Dirani kehairanan melihat suaminya.
Kita yang nak pergi tandas, dia pulak yang masuk dulu! Dirani mengomel di dalam hati.
Syahril kemudian mendapatkan isterinya yang berada di tepi katil.
“selain sakit kat tangan, kaki dengan muka, ada lagi tak tempat lain yang sakit?” Syahril bertanya Dirani.
Dirani hairan dengan soalan yang ditanya oleh suaminya. Apa pulak kaitannya dengan hajatku untuk ke tandas.
“tempat lain tak sakit,” jawab Dirani selamba.
Setelah mendengar jawapan daripada isterinya, Syahril terus mencempung Dirani menuju ke bilik air.
Dirani yang terkejut dengan perbuatan suaminya, hanya mendiamkan diri. Dia tidak sangka Syahril sanggup berbuat begitu padanya.
Dirani diletakkan di atas mangkuk tandas. Sebelum Syahril melangkah keluar, sempat lagi dia mengusik isterinya.
“nak suruh abang tunggu kat dalam atau………….kat luar?” kata Syahril sambil melontarkan senyuman nakal.
Dirani tidak menjawab, sebaliknya Syahril terus keluar. Walaupun Syahril telah menjadi suaminya, perasaan malu masih ada di dalam diri.
Setelah mendengar Dirani memanggilnya, Syahril datang sekali menghulurkan bantuan yang sama. Dirani diangkat perlahan menuju ke katil.
Dirani duduk di atas katil mengadap Syahril yang berada di atas kerusi di tepi katilnya. Belum pun sempat dia berbual-bual dengan suaminya, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Dirani mengambil tudung di tepinya lalu menyarungkan di kepala.Setelah pintu dibuka, dia melihat kawan baiknya di syarikat iaitu Stacy dan Akim datang dengan membawa sebakul buah-buahan.
“hai, Dirani….” ucap Stacy sambil memeluk Dirani dengan erat.
“hai….” balas Dirani dengan lembut.
Akim bergerak ke tempat Syahril yang sudah berada di sofa dalam bilik itu. Manakalanya kerusi yang diduduki nya tadi telah diambil alih oleh Stacy.
“sori bha, baru dapat lawat kau ari nie,” kata Stacy.
“tkpe, aku tak marah pun,” balas Dirani ikhlas.
“kau camner sekarang, dh rasa ok sikit?” soal Stacy.
“hmm…aku dah ok sikit,” jawab Dirani dengan senyuman dibibir.
“Syahril, kau tak buat laporan polis ke?” soal Akim tiba-tiba pada Syahril yang berada disebelahnya.
“aku dh suruh polis siasat tentang kemalangan tu. Dua tiga hari lagi mungkin aku ke balai polis lagi,” jawab Syahril.
“lama ke kau cuti nie?” Akim bertanya pada Syahril.
“lama tu tak jugak, tapi biarlah Dira sembuh dulu, baru aku masuk pejabat,” ujar Syahril.
“En. Syahril, bila Dirani boleh keluar dari hospital?” soal Stacy pada Syahril yang berada di sofa.
“sehari dua lagi. Kata doktor yang merawat Dira, biarlah dia duduk kat sini dulu. Bimbang kalau ada apa-apa yang berlaku kalau dia balik kat rumah tu nanti,” jawab Syahril dengan panjang lebar.
“oooo….” balas Stacy ringkas.
“hah! Akim, cmner ngan kerja kat pejabat tu?” soal Syahril pada teman nya.
“yang tu kau jangan risau, aku dah uruskan semuanya. Kerja kau pun aku dah handle kan sekali. Cuma ada beberapa dokumen yang perlu kau sain nanti,” kata Akim memberitahu kepada Syahril.
“kalau macam tu oklah, buat masa nie aku serahkan hal syarikat kat kau,” ujar Syahril. Dia percaya akan kebolehan temannya itu.
Setelah sejam berada di dalam bilik itu, Akim dan Stacy meminta diri untuk pulang ke pejabat.
……………………
Setelah seminggu berada di hospital, akhirnya Dirani pulang ke rumah ibu mentuanya. Syahril membaringkan isterinya di atas katil di dalam bilik. Datin Jasmine menyediakan makanan berkhasiat buat menantunya. Syahril setia menemani isterinya di dalam bilik.
“sayang nak apa-apa tak?” soal Syahril.
Dirani menggelengkan kepalanya.
“kalau sayang nak apa-apa, gtau kat abang k,” pinta Syahril.
“hmmm…abang, Dira nak tido kejap,” Dirani memberirtahu Syahril.
“yelah,” jawab Syahril sambil tangannya menarik kain selimut dan menyelimuti tubuh isterinya.
Setelah Dirani lena, Syahril turun ke bawah, dan terus menuju ke dapur. Kelihatan Datin Jasmine turut berada di dapur.
“mama buat apa kt dapur nie?” soal Syahril.
“mama masakkan bubur untuk Dirani. Hah! yang kamu turun nie, sape yang jaga Dirani kat atas?” soal Datin Jasmine pada anak lelakinya.
“Dira dah tido mama, letih sangat kot. Syahril turun nie pun sebab nak minum air, dahaga,” jawab Syahril.
“elok jugak kamu turun, kejap lagi kamu tolong bawakkan bubur nie kat atas. Bagi bubur nie kat Dirani, kesian dia. Tentu dia lapar,” pinta Datin Jasmine.
“hmmm…yelah. Aishah ngan Mia mana ma?” soal Syahril.
“Aishah bawak Mia keluar, katanya nak pergi rumah kawan sekelas dia,” Datin Jasmine memberitahu Syahril.
Setengah jam kemudian Syahril kembali ke biliknya dengan membawa dulang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas air suam. Dirani masih lagi lena tido. Syahril menghampiri isterinya dan mengejutkan Dirani dari tido.
“sayang.....sayang…..”Syahril menggoyangkan badan Dirani beberapa kali.
Dirani membuka matanya dengan perlahan.
“sayang, bangun dulu. Sayang belum makan lagi,” pinta Syahril seraya membantu Dirani bangun dari baringnya.
Syahril membantu isterinya untuk bangun.
“abang, Dira nak pergi bilik air, nak basuh muka dulu,” kata Dirani pada Syahril.
“sayang tak payah pergi mana-mana, duduk je atas katil nie,” ujar Syahril.
Syahril kemudiannya ke bilik air. Tidak lama kemudian dia keluar dengan membawa bekas air dan tuala kecil. Dia merendamkan tuala dalam bekas air lalu memerahkan hingga kering. Kemudian Syahril mengelapkan muka Dirani dengan lembut. Ini kerana kesan luka pada wajah isterinya masih belum hilang sepenuhnya.
“abang nie, Dira bukannya budak-budak lagi. Tak payah lah susahkan diri abang buat semua nie,” luah Dirani.
“memanglah sayang bukan budak-budak lagi. Tapi sayangkan tengah sakit sekarang nie, apa salahnya kalau abang buat semua nie untuk sayang,” ujar Syahril dengan ikhlas.
Dirani hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“sayang makan dulu ye, mama dah masakkan bubur untuk sayang,” ujar Syahril sambil mengambil mangkuk yang berisi bubur di atas meja kecil tepi katilnya.
Syahril membantu isterinya. Bar u 3 mulut Dirani makan, dia sudah menyuruh Syahril berhenti dari menyuapkannya.
“hmmm…dahlah bang, Dira dah kenyang,” kata Dirani.
“tapikan sayang, bubur nie belum habis lagi sayang makan. Takkan dah kenyang?” soal Syahril.
“tkpelah, abang letak je bubur tu kat situ. Nanti kalau Dira nak makan, Dira ambik sendiri,” jawab Dirani.
“yelah-yelah,” balas Syahril sambil tangannya mengambil gelas yang berisi air susu dan menghulurkan pada Dirani.
Dirani menyambut gelas dari tangan suaminya dan meminumnya. Dia kemudian kembali berbaring di atas katil. Syahril masih setia menemani isterinya sambil berbaring di sebelah Dirani.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama