AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 29 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 27

BAB 27
Usai menunaikan solat zohor berjemaah dengan Syahril, Dirani dan Syahril keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dirani yang tadi haya menjadi pemerhati kini telah menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu Hajjah Mahanum di dapur. Terasa menyusahkan opah pulak dengan kenyataan Syahril tadi. Syahril memberitahu Hajjah Mahanum bahawa mereka berdua tidak makan tengah hari lagi. Syahril ingin menikmati hidangan yang disediakan oleh opahnya.
Dirani mula membantu Hajjah Mahanum di dapur. Syahril yang turut berada di dapur bersama-sama dengan Haji Zawawi hanya menikmati kopi panas dengan baulu cermai. Tidak ada langsung tanda-tanda mahu membantu. Hajjah Mahanum meminta Dirani memarut kelapa. Mujurlah Dirani tahu memarut kelapa menggunakan mesin. Dirani pernah belajar menggunakannya semasa di restoran ibu suatu ketika dulu. Tidaklah malu sangat bila opah Syahril mahukan bantuan.
Semua lauk dihidangkan di atas meja. Aroma yang enak membuka selera. Ikan patin masak gulai tempoyak, kerabu mangga, ikan kembung goreng, sambal belacan dan jantung pisang rebus. Walaupun hidangan lauknya tidak sebanyak mana, cukup untuk membuka selera penghuni rumah itu.
Haji Zawawi, Hajjah Mahanum, Dirani dan juga Syahril menikmati hidangan yang tersedia. Syahril makan dengan bersungguh-sungguh sekali. Gaya makan Syahril seolah-olah dia tidak pernah menikmati langsung makanan itu.
“Syahril, lapar sangat ke kamu tu?” soal Haji Zawawi apabila melihat kesungguhan cucunya itu makan.
“uhuk…uhuk…”Syahril tersedak tiba-tiba.
Dirani menghulurkan gelas berisi air suam kepada suaminya.
“tulah abang, makan tak ingat orang sekeliling,” kata Dirani sambil memandang wajah Syahril di sebelahnya.
“hehehe….abang lapar sangat. Lagi pun dah lama tak makan masakan opah nie,” balas Syahril selepas meminum air yang dihulurkan oleh Dirani.
Selesai makan, Dirani membantu Hajjah Mahanum membasuh pinggang. Walaupun sudah dilarang keras oleh opah Syahril, namun Dirani tetap juga membantu.
“tak payahlah Dira tolong opah. Pergi je berehat kat luar tu dengan Syahril.” ujar Hajjah Mahanum.
“takpelah opah, lagipun nie pertama kali Dira datang rumah opah. Takkan Dira nak duduk je, tak buat apa-apa,” jawab Dirani sambil tangannya lincah menyabunkan pinggang di dalam sink.
“laaa…kamu kan dah tolong opah masak tadi,” balas Hajjah Mahanum.
“takpelah opah, biar lah Dira tolong opah kat dapur nie,” kata Dirani yang masih lagi ingin membantu opah Syahril.
“hmmm….yelah, kamu tolong opah bilas pinggang-pinggang nie ye,” kata Hajjah Mahanum kepada Dirani di sebelahnya.
“ooo….ok!” jawab Dirani ringkas.
Syahril dan Haji Zawawi sudah berada di beranda di luar rumah. Entah apa yang dibualkannya sehinggakan kedengaran tawa mereka sampai ke dapur.
“Syahril tu kalau dah jumpa ngan tok dia, macam tulah jadinya,” Hajjah Mahanum memberitahu Dirani.
“kat rumah mama pun macam tu jugak, tapi tkdelah abang suka sampai macam tu sekali,” balas Dirani.
“kalau Dira nak tau Syahril nie memang manja, terutama sekali ngan mama dia.” Sambung Hajjah Mahanum lagi.
Setelah selesai membasuh pinggang, Hajjah Mahanum mengajak Dirani duduk kat luar bersama-sama dengan Haji Zawawi dan juga Syahril.
“apa yang abang suka kan tu. Sampai kat dapur saya dengar.” Soal Hajjah Mahanum kepada suaminya Haji Zawawi.
“takde apa-apa. Awak bukan tak tau perangai saya bila dah dapat jumpa ngan cucu saya nie,” jawab Haji Zawawi yang masih lagi dengan ketawanya.
Dirani mengambil tempat di sebelah Syahril.
“Dira dah lama ke kenal ngan Syahril nie?” soal Haji Zawawi dengan mesra.
“taklah lama tok. Dira kenal ngan mama dulu, baru Dira kenal ngan abang. Tu pun masa Dira jumpa mama kat restoran dengan kakak angkat Dira,” Dirani memberitahu kepada Haji Zawawi.
tok ngan opah mintak maaf, sebab tak dapat hadir masa Dira kawin ngan cucu tok nie,” kata Haji Zawawi.
“takpe, Dira tak marah pun. Lagi pun abang dah bagitahu kat Dira yang tok ngan opah pergi mengerjakan Haji masa kami kawin ari tu,” balas Dirani lembut.
“bertuah Syahril dapat isteri macam Dira nie. Dahlah cantik, sopan santun, berbudi bahasa, suka tolong nenek, yang paling penting pandai masak.” Hajjah Mahanum memuji cucu barunya.
opah jangan puji sangat sayang Syahril nie, kang dibuat tak tido malam pulak,” kata Syahril dengan mengusik Dirani.
Dirani menjeling manja suami di sebelahnya.Tangannya pantas mencubit peha milik Syahril.
“aduhh…..apa sayang nie! suka sangat cubit peha abang.” Syahril menggosok pehanya yang di cubit oleh Dirani tadi.
“abang tu yang pandai-pandai usik Dira, kenapa?” tanya Dirani dengan geram.
“alahh….abang main-main je. Lagi pun bukan senang nak usik sayang depan opah ngan tok nie. Tangan sayang tu cepat sangat, dah macam ketam, tau tak.”
Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi tersenyum melihat kemesraan antara Syahril dan juga Dirani.
“elehh…tangan Dira macam ketam pun, abang tetap sayang kat Dira jugak kan!” balas Dirani dengan selamba di depan kedua orang tua itu sambil melentok manja kepalanya pada bahu Syahril.
opah ngan tok tengoklah, macam manalah Syahril tak sayang kalau dia nie asyik nak bermanja je ngan Syahril,” Syahril membalas usikan isterinya.
“lama ke kamu duk sini Syahril?” tanya Hajjah Mahanum yang masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“takdelah opah. Pagi Isnin kami dah bertolak balik KL. Kalau ikutkan memang Syahril nak duduk lama kat kampung nie, tapi keje kat pejabat tu banyak. Takde sape yang nak handle. Akim pulak sibuk ngan keje-keje dia kat ofis tu,” Syahril memberitahu kepada Hajjah Mahanum.
“lain kali kalau nak datang bagi tahulah dulu kat tok ngan opah. Boleh jugak kami siapkan apa-apa yang patut,” kata Haji Zawawi.
“yelah tok, lain kali kalau Syahril nak balik kampung, Syahril telefon tok dulu.” Balas Syahril lembut.
“haaaa….kalau nak datang sini lagi, jangan lupa bawak sekali cucu opah yang sorang nie,” ujar Hajjah Mahanum sambil menyentuh lembut tangan Dirani.
Dirani hanya tersenyum memandang wajah orang tua di depannya.
……………………………..
Pada sebelah petang pula, Syahril dan Dirani lebih selesa berehat di pangkin kayu di bawah pokok mangga bersebelahan dengan pokok cermai. Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi keluar ke pekan, katanya ada hal.
“abang…..” Dirani memanggil mesra suaminya.
“ye, sayang nak apa?” dengan nada mengusik.
“hmmm….abang ambik buah mangga tu untuk Dira boleh?” pinta Dirani dengan senyuman di bibir.
Syahril memandang wajah isterinya…
“kenapa pulak abang tengok Dira macam tu?” tanya Dirani hairan.
“yang sayang tiba-tiba nak makan buah mangga nie, kenapa?. sayang mengandung ek?” soal Syahril dengan tersengih.
“isshhh abang nie!..mana ada, Dira tengok buah mangga tu sedap je. Tu yang Dira suruh abang ambik,” balas Dirani geram.
Syahril memandang ke atas pokok mangga tersebut.
“tinggi sangat lah sayang, takkan abang nak panjat pokok mangga tu,” kata Syahril sambil matanya masih lagi melihat ke atas pokok mangga tersebut.
“habis? takkan Dira yang nak kena panjat pulak,” ujar Dirani.
“sayang pandai ke nak panjat pokok nie?” tanya Syahril.
“kalau Dira pandai panjat pokok, takdelah Dira suruh abang. Baik Dira sendiri yang panjat pokok ambik buah mangga tu,” luah Dirani dengan nada yang masih geram.
“sayang betul ke nak makan buah mangga tu?” soal Syahril lagi.
“takdelah, Dira ingat nak buang je buah mangga tu,” balas Dirani selamba.
“hahahaha……” Syahril ketawa mendengar jawapan dari isterinya.
“takpe ke abang panjat pokok mangga tu, sayang tengoklah sendiri. Dahlah banyak kerengga kat atas tu” Syahril masih lagi memberi jawapan.
“takpe, bukan abang masuk hospital pun kalau kena gigit di kerengga tu,” ujar Dirani lagi apabila suaminya masih belum bergerak dari pangkin kayu.
“yelah-yelah…..abang nak panjat lah nie,” ujar Syahril lalu bangun dan menuju ke arah pokok mangga bersebelahan tempat duduknya.
Dirani hanya duduk di bawah sambil menunggu suaminya turun dari pokok tersebut. Mulutnya tidak berhenti-henti menyuruh Syahril memilih buah mangga yang elok. Serba tak kena Syahril dibuatnya. Pilih yang tu salah, pilih yang nie salah.
“isshhh….susah betullah minah nie, dah lah suruh aku panjat pokok mangga. Boleh pulak dia arah-arah aku,” omel Syahril sendiri.
“abang cakap ngan sape?” Tanya Dirani apabila melihat mulut suaminya terkumat-kamit seakan sedang membaca doa.
“abang cakap ngan ‘kawan’ abang kat atas pokok nie,” Syahril membalas dengan selamba.
Isshhh…bini aku nie. Nampak sangat ke mulut aku nie tengah kata kat dia,” kata Syahril dalam hati.
Sedang asyik Dirani melihat Syahril yang sedang memetik buah mangga kat atas pokok, tiba-tiba dia terdengar deruman enjin motor memasuki halaman rumah opah dan tok. Dirani tersenyum melihat Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi.
Setelah memakirkan motosikal, Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi bergerak menuju ke tempat cucu-cucunya berada.
“Dira tengok apa kat atas tu?” soal Haji Zawawi lembut apabila melihat Dirani asyik memandang ke atas pokok mangga tersebut.
tok, opah……” panggilnya dengan mesra.
“Dira tengok abang petik buah mangga kat atas tu!” jari kanannya menunjuk ke arah Syahril yang masih berada di atas pokok mangga.
“sayang….cukup tak nie?” tanya Syahril dengan menunjukkan isi plastik kepada isterinya.
“dah banyak tu, abang turunlah.” pinta Dirani.
Syahril turun dari pokok dengan berhati-hati. Dahan yang keras dipilih untuk dipijak oleh kakinya. Seminit dua Syahril sudah berada di depan isterinya, Hajjah Mahanum dan juga Haji Zawawi.
Syahril menghulurkan plastik yang berisi buah mangga kepada Dirani. Dirani menyambutnya dengan gembia. Geli hati Dirani apabila melihat gelagat Syahril yang digigit kerengga ketika memetik mangga.
“apa senyum-senyum?” tanya Syahril kepada Dirani.
“kan senyum tu satu sedekah!” Dirani memberikan jawapan.
“yelah tu……” Syahril berkata sinis.
“kalau kamu tak balik, takde sapelah yang nak ambik mangga tu Syahril.” kata Haji Zawawi kepada cucunya Syahril sebaik sahaja Syahril turun ke bawah.
“kenapa tok tak jual je buah mangga nie, dapat jugak hasil,” Syahril memberikan pendapatnya.
“hmmm….nak jual rasa serba salah pulak. Lagi pun bukan banyak mana buah mangga tu,” jawab Haji Zawawi.
“Dira nak makan macam tu je ke mangga tu?” soal Haji Zawawi.
“takdelah tok, Dira ingat nak buat kuah rojak untuk dicecah,” balas Dirani.
“elok jugak tu. Dah lama tok tak makan rojak mangga nie,” luah Haji Zawawi kepada Dirani.
“hai toknya, dulu kalau saya nak buat, abang kata tak payah. Bila cucu baru abang nie nak buat, kata dah lama tak makan pulak.” kata Hajjah Mahanum seakan memperli suaminya.
“takpelah Num oii…..dapat jugak saya merasa kuah rojak buatan cucu saya nie,” jawab Haji Zawawi sambil tersenyum melihat Hajjah Mahanum.
Dirani dan Syahril ketawa melihat gelagat tok dan opahnya.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama