AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 29 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 26

BAB 26
“mama….Syahril ingat nak bawak Dira balik kampung hujung minggu nie,” Syahril memberitahu Datin Jasmine yang tengah melayan Mia.
“balik kampung?” soal Datin Jasmine.
“yelah,dah lama Syahril tak balik kampung jumpa opah ngan tok. Lagi pun masa Syahril kawin dulu kan diorang tak dapat datang,” jawab Syahril.
“elok jugak tu, Dirani belum kenal lagi opah dan tok kat kampung. Bila Syahril nak balik kampung?” tanya Datin Jasmine lagi.
“hmmm……Syahril ingat nak bertolak petang Jumaat nanti. Dapat duduk lama sikit kat kampung. Boleh jugak Syahril bawak Dira jalan-jalan.”
“Dirani dah tau ke pasal kamu nak bawak dia balik kampung?” soal Datin Jasmine.
“belum lagi mama, malam nantilah Syahril gtau kat Dira,” jawab Syahril.
“along, Mia nak ikut jumpa tok ngan opah!” kata Mia dengan tiba-tiba.
“adik nak ikut along balik kampung?” tanya Syahril apabila Mia tiba-tiba bersuara.
“yelah…boleh tak Mia nak ikut along balik kampung?” tanya Mia lagi.
“tak payah lah Mia. Lagi pun along nak balik sekejap je kat kampung. Nanti ada masa mama bawak Mia ngan kak Aishah balik kampung jumpa tok ngan opah,” balas Datin Jasmine dengan memberikan cadangan kepada anak bongsunya itu.
“mama janji?” kata Mia sambil menyuakan jarinya kepada Datin Jasmine.
“ye, mama janji sayang…………”
Syahril yang baru keluar dari bilik air terus menuju ke arah isterinya yang duduk di atas kerusi panjang di hujung katil. Niatnya untuk memberitahu tentang rancangannya menziarahi nenek dan atuknya yang berada di kampung.
“sayang…..” panggil Syahril.
“hmm……ada apa bang?” soal Dirani.
“hujung minggu nie sayang ada apa-apa rancangan tak?” Syahril menanyakan isterinya.
“hujung minggu nie? Dira rasa takde apa-apa. Kenapa?.”
“abang ingat nak ajak sayang balik kampung. Nak kenalkan sayang dengan opah dan tok abang kat kampung.” Ujar Syahril.
opah dan tok? Abang tak cakap pun kat Dira yang opah ngan tok abang ada kat kampung.”
“habis sayang tak tanya, takkan abang nak jawab,” balas Syahril selamba.
“yelah tu. Kalau Dira tak tanya, abang tak nak bagi tau lah,” kata Dirani dengan nada geram.
“abang ingat sayang tak nak kenal ngan tok dan opah abang, sebab tulah abang tak gtau kat sayang tentang mereka,” selamba Syahril menjawab.
“yelah tu…..ke abang takut opah ngan tok abang sayang Dira lebih dari abang?” tanya Dirani dengan senyuman dibibir.
“ehh sayang nie. Abang tak takutlah, tkpe, sampai kat kampung nanti kita tengok sape yang tok ngan opah lebih sayang. Tapikan comfirm abang rasa diorang sayang abang lebih dari diorang sayang sayang………”
“ok…..tapi abang jangan nak nangis pulak ye,” masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“sayang nie kan…………”
Syahril menarik isterinya rapat dengan tubuhnya. Hidung milik isterinya bertemu dengan hidung milik Syahril. Dirani terkedu seketika. Wajahnya segera ditunjukkan ke bawah. Syahril tergelak kecil melihat wajah terkejut isterinya.
………………………..
“sayang, cepat lah turun. Dah lambat nie, nanti jem pulak jalan tu,” Syahril memanggil Dirani dari tingkat bawah.
“tunggulah kejap,” terdengar suara Dirani dari dalam bilik.
5 minit kemudian Dirani keluar dari bilik dengan membawa beg yang berisi pakaian. Dia turun ke bawah dengan menarik muka masam.
“laa…yang sayang nie tiba-tiba masam muka nie kenapa?” soal Syahril geli hati.
“abang tulah, banyak sangat letak baju dalam beg nie. Berat, tau tak,” balas Dirani sambil menjeling suaminya.
“hehehe…ye ke berat?. Abang tak perasan pulak. Syahril mengambil beg pakaian dari tangan isterinya.
“dah lah tu, dah pukul berapa nie. Nanti lambat pulak sampai kat kampung,” Datin Jasmine memberitahu kepada Syahril dan Dirani.
“oklah, mama. Syahril pergi dulu ye.” ujar Syahril sambil menyalami tangan Datin Jasmine.
“yelah, nanti Syahril sampaikan salam mama pada opah dan tok kat kampung ye,” pesan Datin Jasmine.
“ok…”
“mama, Dirani pergi dulu ye.” ucap Dirani dengan menyalami tangan ibu mentuanya.
Datin Jasmine mengangguk. Tangannya lembut menyentuh wajah menantu kesayangannya.
“Syahril, jaga isteri kamu elok-elok. Jangan bawak kereta laju sangat,” pinta Datin Jasmine sebelum Syahril Dan Dirani masuk ke dalam kereta.
“insya allah, mama.”
Kereta Peugeot 308 putih memulakan perjalanan. Haruman Ambi Pure menusuk ke dalam hidung.
“abang, jauh tak rumah opah ngan tok abang?” Dirani memulakan perbualan.
“takdelah jauh mana. Adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Kenapa, sayang mengantuk ke?” soal Syahril.
“takdelah, saje Dira tanya. Hmmm….tok ngan opah abang tu garang tak?” tanya Dirani lagi.
Syahril ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya.
“abang nie!!...orang tanya, dia ketawa pulak.”
“yelah, kelakar sangat soalan sayang tu. Sebab tu abang ketawa.” kata Syahril yang masih lagi dengan ketawanya.
“mana lah tau, sampai je kat sana nanti opah ngan tok abang uji Dira. Macam mana Dira nak jawab,” luah Dirani dengan nada perlahan.
“isshhh…opah ngan tok abang ok je. Diorang tak macam tulah. Kalau sayang nak tau, diorang nak sangat kenal ngan sayang waktu kita kawin dulu. Tapi diorang tak dapat nak datang sebab waktu tu diorang pergi mengerjakan Haji.” ujar Syahril.
“oooo…….” balas Dirani ringkas.
Syahril membelokkan keretanya memasuki kawasan Giant. Katanya dia ingin membeli sesuatu. Dirani hanya menurut langkah Syahril. Troli di muka pintu dicapai dan ditolak masuk ke dalam pasar raya tersebut. Satu demi satu barang dapur dicapai dan dimasukkan ke dalam troli. Tidak ketinggalan juga barang-barang keperluan yang lain, turut diletakkan di dalam troli itu. Hampir penuh satu troli barang-barang yang dicapainya.
“kata tadi nak beli sesuatu. Kalau dah satu troli bukan sesuatu lagi namanya,” kata Dirani memperli Syahril.
“kalau sayang nak ambil apa-apa, ambillah. Nanti abang bayarkan,” kata Syahril ikhlas.
“Dirani hanya mencebik ke arah Syahril.
Beberapa minit kemudian, kereta Syahril telah pun memasuki lebuh raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dirani sekadar menjadi pemerhati jalan. Sekali lagi suasana sunyi menyelubungi mereka.
“berapa kilometer dah sayang kira?” tanya Syahril memecah kesunyian.
“berapa kilometer apa bang?” tanya Dirani yang kurang jelas dengan maksud Syahril.
“yelah, dari tadi khusyuk pandang jalan aja. Mesti kira dah berapa kilometer yang kita lalui. Abang yang duduk kat sebelah nie tak nak tengok, jalan tu jugak yang dia nak tengok.” kata Syahril sambil tersenyum memandang Dirani.
“Dira tak sempat nak bawak pengukur jalan sekali tadi,” kata Dirani sambil tersenyum.
Mereka berdua ketawa akhirnya.
Setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya Syahril membelokkan keretanya ke sebuah perkampungan di Salak Tinggi. Sebuah perkampungan yang damai pada penglihatan mata kasar. Kawasan perkampungan yang masih belum tercemar. Syahril membelokkan keretanya ke kanan jalan dan menaiki jambatan kayu.
Kereta Syahril akhirnya berhenti di hadapan sebuah rumah kampung. Rumah yang agak besar binaannya. Halaman rumah yang bersih. Tiada daun-daun gugur di halam rumah. Pokok bunga ros menghiasi laman rumah tersebut. Di sebelah kanan pula kelihatan pokok mangga dan pokok cermai yang besar. Terdapat pangkin di bawah pokok cermai tersebut.
Syahril mengejutkan isterinya yang sedang tido di sebelah tempat duduknya.
“sayang…..sayang….” Syahril menggerakkan tubuh isterinya dengan perlahan.
“hmmmm……….” Dirani tersedar dari tidonya. Matanya terus terbuka luas.
“kita dah sampai. Jom keluar jumpa tok ngan opah,” ajak Syahril.
Dirani menganggukkan kepala. Dia kemudiannya membaiki tudung yang terselit kemas di kepalanya. Syahril keluar dari pintu kereta dan menuju ke bonet belakang untuk mengeluarkan beg pakaian dan barang-barang yang dibelinya tadi.
Dirani membantu Syahril membawa barang-barang yang dibeli oleh suaminya sebelum bertolak ke kampung. Dia kemudiannya mengikut langkah Syahril menuju ke rumah tersebut.
“assalamualaikum……….opah….tok!” kata Syahril sambil memandang pintu rumah yang terbuka luas.
Tiada sahutan yang kedengaran. Dirani pastinya menduga bahawa inilah rumah opah dan tok Syahril.
“mana pulak diorang pergi nie!. Sayang tunggu kejap kat sini, abang pergi cari opah ngan tok kat belakang.” pinta Syahril sambil berlalu pergi.
Tidak lama kemudian Syahril kembali semula ke tempat isterinya.
“kat belakang pun takde jugak. Diorang pergi mana nie, pintu kat depan nie tak ditutup.” ujar Syahril sedikit risau.
“abang jangan riaulah. Kejap lagi diorang baliklah.” kata Dirani bagi mengurangkan kerisauan di wajah suaminya.
Syahril dan Dirani hanya duduk di tangga. Tidak sampai 5 minit, mereka melihat sebuah motor memasuki halaman rumah.
“sape pulak yang datang rumah kita tu Num?” tanya Haji Zawawi yang memberhentikan motosikalnya di sebelah kereta milik Syahril.
“manalah saya tau bang Haji oii!!..cuba awak pergi tengok. Entah-entah ada orang sesat kot,” jawab Hajah Mahanum.
“Syahril dan Dirani bergerak menuju ke Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“assalamualaikum, tok….opah,” kata Syahril sambil menyalami tangan kedua orang tua itu.
“waalaikumussalam…..” jawab Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum sentak.
“laa…kamu Syahril. Kenapa tak telefon dulu nak balik kampung?” soal Haji Zawawi.
“tulah toknya, kalau tak boleh juga saya masakkan lauk kegemaran Syahril nie,” kata Hajjah Mahanum.
Dirani yang ada disebelah Syahril hanya berdiam diri.
“yang nie mesti cucu baru tokkan?” tanya Haji Zawawi kepada Syahril apabila Dirani berada bersama dengan Syahril.
“alahh…abang lupa nak kenalkan sayang ngan tok dan opah abang. Sayang, nielah tok dan opah abang yang abang cerita kat sayang dulu.” Syahril memperkenalkan Dirani kepada Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“assalamualaikum….tok, opah.” kata Dirani dengan menyalami tangan kedua orang tua itu. Ajaran ibu supaya menghormati orang yang lebih tua, sentiasa diingati.
tok, opah….. Nielah isteri Syahril, Khadeeja Dirani. Tapi Syahril panggil Dira je.”
cantik, pandai Syahril pilih,” kata Hajjah Mahanum melihat cucu barunya.
“hehehe….bukan Syahril yang pilih opah, mama yang carikan untuk Syahril,” Syahril memberitahu Hajjah Mahanum dengan tersenyum manis menerima pujian untuk isterinya.
“haaa…mama ngan adik-adik kamu tak ikut sekali ke?” tanya Haji Zawawi.
“tak tok, mama kirim salam kat tok ngan opah. Mama cakap kalu ada masa nanti mama bawak Mia ngan Aishah balik kampung.” Syahril menyampaikan pesanan dari Datin Jasmine.
“dah-dah lah tu abangnye, kesian kat cucu baru saya nie. Takkan nak tercegat je kat bawah nie,” ujar Hajjah Mahanum sambil tangannya menarik lembut tangan Dirani menuju pintu masuk.
“ya, allah….terlupa pulak abang. Tulah, asyik sangat duk sembang ngan Syahril nie.” balas Haji Zawawi sambil menepuk dahinya.
“marilah masuk Dira, buat macam rumah sendiri. Lagi pun rumah nie pun rumah Dira jugak, jangan malu-malu.” Hajjah Mahanum mempelawa cucu barunya untuk masuk ke dalam rumah.
“hai opah, takkan isteri Syahril je yang opah jemput. Habis Syahril nie duk kat luar jelah,” kata Syahril dengan nada buat-buat merajuk.
“Syahril kan dah biasa datang sini. Cucu baru opah nie baru pertama kali datang kat sini, dah tentulah opah jemput cucu baru opah nie dulu,” ujar Hajjah Mahanum dengan senyuman dibibir.
“dah-dah, tak payah lah kamu nak merajuk Syahril. Kamu tu dah besar panjang, dah ada isteri pun. Kamu tak malu ke tengok isteri kamu tu?” tanya Haji Zawawi.
“jom kita masuk dalam, panas kat luar rumah nie,” sambung Haji Zawawi lagi.
Syahril membawa beg pakaiannya masuk ke dalam rumah dan meletakkannya ke dalam bilik tidonya.
“bilik kamu tu opah tak sempat nak bersihkan. Macam dulu jugaklah, kalau opah tau kamu nak balik bolah jugak opah tolong bersihkan,” kata Hajjah Mahanum yang duduk di ruang tamu.
“tak payah susah-susahlah opah, lagi pun Dira kan ada. Nanti Dira tolong kemaskan. Dira tak kisah sangat keadaan bilik tu macam mana. Dapat tido dah alhamdulillah,” balas Dirani ikhlas yang berada disebelah Hajjah Mahanum.
Syahril keluar dari bilik dan menuju ke tempat tok, opah dan isterinya berada.
tok…….” panggil Syahril.
“hmmm…kamu nak apa?” soal Haji Zawawi.
“Daus ada balik tak kat kampung nie?” tanya Syahril kepada Haji Zawawi.
“oooo….dah 2 hari dia ngan isteri dia balik kat sini. Kalau dia tau kamu ada kat rumah tok nie dah tentu dia singgah kat sini nanti.” Balas Haji Zawawi.
“lama Syahril tak jumpa ngan Daus. Kalau tak silap 3 tahun lepas, tu pun masa Daus nak kawin,” ujar Syahril.
“kamu masuklah berehat dulu. Bawak isteri kamu nie, tentu dia penat. Kejap lagi dah nak masuk waktu zohor. Lepas kamu solat nanti, boleh lah kita makan.” Kata Hajjah Mahanum kepada Syahril dan Dirani.
“eloklah tu, tok pun nak ke surau jugak lepas nie. Syahril….Dira, pergilah masuk bilik, berehat.”

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama