BILA HATI BERBICARA - BAB 23
BAB 23
Siapa sangka pertemuan singkat Akim dan Stacy akhirnya menjadikan mereka pasangan tunang. Stacy sudah memeluk agama islam 2 minggu sebelum majlis pertunangannya dengan Akim. Kini nama islamnya adalah Nur Umairah Binti Abdullah. Walaupun keluarga Stacy tidak dapat hadir, tetapi mereka merestui akan pertunangan anaknya Stacy dengan pilihan hatinya Akim. Segala persiapan diuruskan oleh keluarga Adira.
Memandangkan keluarga Stacy berada di Sabah, Stacy sangat mengharapkan kepada Dirani untuk menguruskan semua persiapan untuk majlis itu. Majlis berlangsung di kediaman rumah Rozita. Syahril juga banyak membantu dalam majlis itu. Dia gembira kerana kawan rapatnya bertemu dengan pilihan hatinya.
Tepat jam 10.00 pagi, rombongan daripada keluarga Akim datang untuk mementerai janji. Stacy ayu memakai baju kurung moden berwarna putih sedondong dengan tudung yang meliputi kepalanya. Suasana yang meriah kerana dihadiri teman-teman rapat termasuk keluarga mentua Dirani serta kak Farina dan suaminya Aliff. Stacy yang duduk di dalam bilik Dirani kelihatan resah menanti saat jarinya di sarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya.
Dirani yang menyedari kelakuan Stacy menangkan perasaan kawannya itu.
“kau nie kenapa? dari tadi aku tengok kau asyik resah je,” soal Dirani.
“aku takutlah Dirani,” jawab Stacy.
“ooo….kau takut. Takde apa-apalah, sekejap je, tak lama pun majlis nie,” kata Dirani dengan menenangkan hati Stacy.
“kau cakap senanglah, kau tu dah lepas dari semua nie. dah kawin, Cuma tunggu masa nak timang anak je,” balas Stacy.
“eh kau nie…tetiba je keluar bab anak.”
“yelah, takkan kau tak nak anak?” soal Stacy.
“sape yang tak nak anak cik Stacy oii!!..opps! sori-sori, aku panggil nama kau Stacy lagi. Aku lupa kau dah masuk islam,” kaat Dirani menyedari silapnya.
“aku tak kisah pun. Aku seronok kau masih lagi panggil aku dengan nama Stacy. Sekurang-kurangnya kau tk lupa nama asal aku,” ucap Stacy.
Tidak lama selepas itu, pintu biliknya di ketuk. Kelihatan ibu Akim Puan Fatimah masuk dengan membawa kotak cincin sambil ditemani oleh ibu Dirani iaitu Rozita sebagai tuan rumah.
Cincin disarungkan ke jari manis milik Stacy. Stacy kemudiannya menyalami tangan bakal Ibu mentuanya dengan hormat. Kilauan cahaya kamera memenuhi ruang biliknya kini.
Majlis itu selesai selepas kedua belah pihak menjamu selera dengan hidangan yang disediakan sendiri oleh Rozita. Stacy mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dirani sekeluarga kerana sanggup membantunya hingga selesai majlis pertunangannya dengan Akim.
…………………………
Syahril dan Dirani bermalam di rumah ibunya. Penat yang merantai diri membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak balik ke vila mamanya.
Syahril dan Dirani berada di balkoni rumah di tingkat atas. Masing-masing teringat akan majlis siang tadi. Tidak menyangka sama sekali Akim dan Stacy akhirnya menjalin ikatan pertunangan. Mereka tidak pernah menunjukkan percintaan mereka pada staf-staf di pejabat.
“sayang………..” panggil Syahril memulakan perbualan.
“hmmm…..”
“tak sangka kan jodoh Akim dengan Stacy. Patutlah beria-ria dia tanya abang pasal Stacy masa mula-mula balik dari luar Negara dulu,” Syahril memberitahu kepada Dirani.
“Dira pun terkejut jugak masa dia cakap kat bilik Dira ari tu. Ingatkan dia main-mainkan Dira, rupanya betul dia nak bertunang dengan Akim,” kata Dirani.
“sayang!!!....” panggil Syahril.
“abang sayang sayang,” ucap Syahril dengan lembut.
Lama Dirani berdiam diri, kemudian barulah dia membalas lafaz sayang dari suaminya.
“Dira pun sayang kat abang,” ucap Dirani dengan senyuman dibibir.
Syahril mendengar ucapan balas sayang dari isterinya. Cuma yang membuatkannya sedikit sedih kerana Dirani tidak pernah membalas lafaz cinta padanya walaupun sudah berulang kali dia memberitahu isterinya.
Masing-masing kemudiannya mendiamkan diri. Dirani seperti tiada mood untuk meneruskan perbualannya dengan Syahril apabila Syahril acuh tak acuh mendengar ucapan balasnya tadi. Hatinya kini bertambah sensitif bila suaminya kurang menberi tumpuan padanya malam ini.
Syahril buntu. Tidak tau macam mana untuk dia mendengar lafaz cinta dari mulut isterinya. Hampir 7 bulan usia perkahwinannya mereka, walaupun dia berjaya membuatkan isterinya memanggilnya dirinya dengan panggilan abang, tetapi dia tidak mampu untuk membuatkan isterinya melafaz kata cinta untuknya. Terasa cemburu bila mendengar pasangan lain mengucapkan lafaz cinta yang romantis. Agaknya bilakah masa yang aku tunggu akan tiba? luah hati Syahril.
Dirani dapat mengesan reaksi Syahril. Suaminya seperti sedang memikirkan sesuatu. Serasa ingin menghulurkan bantuan. Walaupun dia sendiri tidak tau bantuan macam mana yang ingin diberikan kepada suaminya.
“kalau orang lelaki termenung mesti ada 2 sebabkan. Sebab yang pertama memikirkan apa yang dah terjadi. Sebab yang kedua memikirkan apa yang bakal terjadi. Abang dalam kategori mana?” Dirani bertanya kepada suaminya yang berdiam diri sedari tadi.
Syahril tidak pantas menjawab. Sebaliknya dia mengukirkan senyuman bermakna.
“apa yang abnag fikirkan? business ok kan?” Dirani masih ingin membantu. Setahunya tidak ada apa-apa masalah di syarikatnya. Semuanya ok.
“okey,” ringkas jawapan Syahril.
“abang nie kenapa? ada apa-apa yang boleh Dira tolong?” Dirani masih lagi menghulurkan bantuan.
“sayang nak tolong ke?” akhirnya Syahril bersuara.
“kalau permintaan abang mampu Dira berikan pertolongan, Dira akan tolong,” jawab Dirani.
Syahril mula memasang strategi. Diharap boleh mengena lagi kali ini.
“sayang, abang nak mintak tolong………” Syahril berhenti menuturkan ayatnya walaupun tiada penghujung.
“abang nak mintak tolong apa?” Dirani bertanya.
“tak ada apa-apalah,” Syahril tidak memberitahu isterinya perkara itu.
“abang suka sangat macam niekan,” kata Dirani sambil memuncungkan mulutnya.
“Syahril ingin ketawa melihat muncung isterinya. Entah kenapa isterinya suka sangat buat muncung mulut macam tu. Cepat sekali dia meneruskan kata-katanya yang terbantut tadi.
“abang tak nak menyusahkan sayang. Tapi sebab sayang nak tolong, abang terima bantuan tu,” Syahril memujuk senang. Matanya masih ditumpukan pada wajah isterinya.
“nak suruh Dira buat apa?” Dirani bertanya lagi.
“nah, ambil nie…….” Syahril menghulurkan telefon bimbitnya kepada Dirani.
Dirani mengambil tanpa bertanya.
“tolong taipkan sms kejap. Abang cakap, sayang taip ye,” kata suaminya.
Dirani mengangguk. Ditekannya ke ruangan ‘write message’. Dia kini menunggu ayat daripada suaminya.
“I love you. Love you very much, sayang…” kata Sayhril.
Dirani terkedu. Apakah kata-kata itu ditujukan pada dirinya atau pun pada Diana, kekasih lama suaminya. Dirani memandang suaminya kehairanan.
“kenapa sayang pandang abang macam tu?” tanya Syahril bersahaja.
Dirani tidak menjawab sebaliknya dia masih mencari kebenaran kata-kata suaminya tadi.
“dah habis taip ke belum? dah? nak sambung lagi nie………” Syahril berkata lagi.
“belum. Kejap…..” Dirani menjawab sambil tangannya laju menaip. Walapun geram, dia tetap menaip. Dia ingin mengetahui kepada siapa suaminya akan menghantar sms yang romantic itu.
“lagi, ayat apa yang abang nak Dira taipkan?” soal Dirani.
“alah…abang lupalah. Sayang lah nie, kacau abang. Sayang boleh tolong abang baca balik tak ayat yang abang suruh sayang taipkan tadi,” soal Syahril kembali.
Entah kenapa, Dirani terasa bersalah. Dia pantas membacanya. Intonasi yang menarik digunakan oleh Dirani untuk melafazkannya. Air matanya mula ingin keluar. Pantas dia menahan dari mengalir di pipinya.
Syahril merasa gembira walaupun ayat itu bukan ditujukan untuknya. Tapi dia puas bila Dirani membacakannya. Syahril mendengar isterinya berkata sedemikian kepadanya, melainkan cara yang sedang digunakan kini.
I love you. Love you very much sayang………”
Dirani menuturkannya lembut. Serasa dirinya tidak pernah berkata sedemikian kepada suaminya.
Syahril tersenyum megah di dalam hati. Rancangannya berjaya. Syahril merasa tidak puas mendengar kalimah cinta itu. Terasa ingin sekali lagi dia mendengar Dirani berkata demikian.
“sayang ulang sekali lagi. Abang tak dengar jelaslah sayang baca tadi,” pintanya bersahaja.
“abang nie……..Dira baca jelaslah tadi!” Dirani merungut geram kepada suaminya. namun masih dibacakan juga.
Sikap Dirani memang telah difahami oleh Syahril. Impiannya untuk mendengar buat kali kedua tercapai biarpun Dirani hanya membacakannya tanpa maksud.
Syahril tidak dapat mengelak daripada menyembunyikan senyumannya. Dirani sedar akan wujudnya senyuman itu. Tiba giliran Syahril untuk menceriakan semula suasana antara mereka.
“sayang, alangkah baiknya kalau ayat yang sayang baca tadi tu memang sayang maksudkan untuk abang. Inilah kali pertama abang dengar sayang lafazkan ‘cinta’ sayang untuk abang. Megat Syahril berkata tenang.
Dirani tidak berkata-kata apa-apa. Hanya diam sahaja. Sebenarnya dia memahami dengan jelas akan maksud ayat suaminya. Cuma dia malu untuk membalas lafaz cinta yang telah wujud dalam dirinya buat Syahril.
“abang nak kenakan Dira ke?” Tanya Dirani yang sengaja membuat reaksi dingin.
“taklah. Abang nak hantar sms la,” balas Syahril dengan selamba.
“habis, sms nie nak hantar tak?” Dirani bertanya geram.
“nak lah. Okey, sambung taip ye sayang. Only you in my heart, my love………” Syahril menghabiskan kata-katanya.
Dirani menurut tanpa membantah. Masih menanti ayat seterusnya untuk ditaip.
“lagi? tak ada sambungan dah ke?” Dirani bertanya setelah menanti agak lama.
“tak, dah takde sambungan dah. Okey, sekarang sayang tekan ‘send’. Lepas tu taip nombor nie…..” kata Syahril memberikan arahan kepada isterinya. Dirani tidak menumpukan perhatian kepada nombor yang suaminya katakan. Dia masih memikirkan ayat yang terakhir yang suaminya lafazkan tadi. Bagi Dirani, perkataan ‘only you’ itu terlalu istimewa.
Dirani menaip nombor telefon yang disebut oleh suaminya dengan geram. Dia tidak menyangka suaminya sanggup bermain kayu tiga. Hati Dirani yang tadinya ingin membantu telah berubah menjadi benci.
Selepas dia menekan butang ‘send’, Dirani menyerahkan telefon bimbitnya pada Syahril. Dia kemudiannya memalingkan mukanya mengadap pokok bunga yang berada di depannya. Air matanya keluar dengan perlahan. Syahril sedar akan perubahan sikap isterinya. Dia nampak dengan jelas isterinya menyapu air mata yang mengalir pada pipinya. Namun dia cuba untuk tidak menjelaskan, hanya menunggu reaksi daripada isterinya.
Syahril tahu Dirani tidak membawa telefon bersamanya. Dia yakin sms yang di hantar oleh isterinya telah sampai pada telefon bimbit milik Dirani. Syahril bangun dari kerusi tempat dia duduk dan menuju ke almari kecil di tepi katilnya.
“sayang…….telefon sayang berbunyi nie!” Syahril memberitahu dengan senyuman.
Dirani melangkah ke tempat telefon bimbitnya berada dengan wajah yang masam mencuka. Dua duduk di sebelah suaminya yang sudah berbaring di atas katil.
Telefon bimbitnya di capai. Terkejut bila melihat nama penghantarnya.
Rupa-rupanya sms yang ditaip olehnya tadi ditujukan oleh Syahril buat dirinya. Kerana marah, Dirani tidak perasan nombor yang ditekan adalah nombor telefonnya sendiri. Tiada lagi prasangka wujud dalam dirinya. Dirani tersenyum sendiri. Dia melihat Syahril yang berada di belakangnya.
Syahril menoleh dan mengenyitkan matanya.
Air mata yang keluar di sapu perlahan-perlahan oleh tangan kasar milik suaminya.
“terima kasih abang….” ucap Dirani dengan sebak.
“sama-sama sayang……..” balas Syahril dengan lembut.
Dirani memeluk Syahril kemas. Syahril memaut pinggang kecil milik isterinya.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama