AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 29 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 25

BAB 25
Dirani meletakkan novel DIA YANG KAU PILIH karya Fauziah Aashari di atas almari kecil. Cuti yang di ambil digunakan dengan sebaik-baiknya. Bukannya dia malas untuk bekerja, cuma dia ingin berehat di rumah sahaja. Syahril yang pada mulanya mengesyaki isterinya kurang sihat ingin membawa Dirani ke klinik. Tetapi Dirani mengatakan dia sihat-sihat sahaja. Syahril ke pejabat seorang diri pada hari itu.
Dirani melangkah ke tepi tingkap. Menyelak langsir yang berterbangan ditiup angin petang. Dia bersendirian di dalam bilik selepas Aishah dan juga Mia turun ke bawah sejam yang lepas. Selepas menunaikan solat Asar, Dirani memeluk tubuh sambil mengadap tingkap yang terbuka luas. Dari bilik dia dapat melihat taman mini Vila Shahira.  Aishah dan Mia ada  di situ. Mungkin sedang berbual-bual. Dirani tersenyum. Kemesraan adik iparnya begitu mencuit hati. Keramahan Datin Jasmine pada awal pertemuannya sehingga dia menikahi anak lelaki wanita itu telah menyemarakkan kasih sayangnya pada insan itu. Dan cinta Syahril kepadanya membuatkan Dirani terawang-awang ke dalam dunia rekaannya.
Dirinya asyik melihat gelagat adik iparnya di taman mini. Langsung tidak menyedari akan kelibat suaminya yang berada dibelakangnya.
Dirani berpusing.
“haaa!” Satu suara menyergah.
Berderau darah Dirani. Segera menutup mata dan menyandar di dinding tingkap. Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya. Tiba-tiba ada bunyi ketawa meletus di dalam bilik itu. Dirani kenal benar dengan suara itu.
Perlahan-lahan dia membuka mata. Apabila kelopak matanya dibuka, tubuhnya terus diraih ke dalam pelukan. Dirani terkedu. Bunyi ketawa itu masih kedengaran. Malah semakin dekat di telinga.
“sayang terkejut ke?” soal Syahril seraya melepaskan pelukan.
Dirani merengus kecil. Dia kenal dengan kehangatan tubuh Syahril. Dia terus membalas pandangan mata Syahril sekejap. Syahril menghentikan ketawa. Melahirkan senyuman manis di bibirnya. Niatnya ingin mengucup pipi Dirani tetapi pantas dihalang apabila Dirani meregangkan lagi jarak antara mereka. Syahril mengerutkan dahi.
“kenapa?. abang rindu sangat kat sayang tau? sampai tak sabar-sabar abang nak balik dari pejabat tadi. Tulah, sape suruh sayang tak pergi pejabat ari nie,” ujar Syahril sedikit kecewa. Tetapi Dirani bersikap selamba. Seolah-olah tidak mengerti kata-kata Syahril.
“abang nie, dah berapa kali Dira pesan. Kalau nak masuk bilik kena buat apa?”
“tau, kena bagi salam.”
“habis tu? Dira tak dengar pun! buat terkejut orang je. Entah bila dia menyelinap?”
“elehh, dia yang termenung sampai tak sedar. Abang nampak sayang bertenggek dekat tingkap ni masa abang lalu kat taman mini tadi. Sayang yang tak perasankan abang,” Syahril menjawab.
Dirani memusingkan tubuhnya. Selamba tindakannya sehingga menimbulkan niat nakal di hati Syahril. Dengan pantas, Syahril memeluk pinggang Dirani.
Dirani hampir menjerit dengan tindakan deras itu. Cuba dilonggarkan tangan itu tetapi Syahril sengaja mengetatkan lagi rangkulannya.
“mana sayang nak lari?. Pintu tu abang dah kunci. Dan kuncinya ada dalam poket seluar abang nie. Kalau sayang berani, seluklah dalam pokek seluar abang. Ambil sendiri.” Syahril bersuara dalam nada usikan.
Mula-mula Dirani terfikir juga mahu memprotes lagi tetapi lama kelamaan dia hanyut dalam pelukan itu. Dia hanya membiarkan pelukan tadi semakin erat di pinggangnya.
“abang dah lama sampai? Dira tak nampak pun,” tanya Dirani sambil mencari raut Syahril di belakangnya.
“adalah dalam setengah jam abang perhatikan sayang. Sayang fikirkan apa?” tanya Syahril perlahan.
Dirani terdiam. Terasa ada satu ciuman singgah di lehernya.
“abang nie controllah sikit. Tu, Aishah dengan Mia nampak nanti, malu tau! marah Dirani.
“apa yang susah? tutup jelah langsir tu. Tak ada orang nampak. Kita berdua je yang tau.”
Syahril sudah menarik Dirani. berkita-kira untuk menarik langsir menutupi tingkap.
Hei, abang jangan nak merepek-repek. Dah nak masuk maghrib nie! abang tu mandi pun tak lagi, dah ingat benda lain. Asarnya dah ke belum?” Dirani cuba menegur.
Syahril hanya tersenyum. Dirani tidak pernah lupa mengingatkannya tentang solat. Syahril bersyukur. Dirani telah membuka matanya besar-besar tentang kesempurnaan solat.
“abang dah solat dengan Akim tadi. Lepas appointment dengan client, kami terus singgah kat masjid.”
“abang nak makan apa malam nie?. nanti Dira masakkan,” Suara Dirani lembut. Tangannya disangkut ke bahu Syahril. Ada senyuman mesra lahir di bibirnya.
“sayang tak payah masaklah. Hari nie kita makan lauk yang mak masak,” ujar Syahril cuba mendekatkan lagi wajahnya. Dirani faham dengan maksud tingkah laku Syahril. Segera dia menahan wajah yang semakin hampir itu.
“abang pergilah mandi dulu. Balik dari pejabat nak peluk Dira. Peluh abang tu, Dira rimas.” Dirani menjatuhkan tangannya.
“peduli apa.”
Ciuman mesra itu tetap singgah di pipi Dirani dan kemudian melekat di dahinya pula. Dirani menampar lembut pipi Syahril yang tersengih.
Kemudian matanya terpandangkan rantai yang tersangkut di leher Dirani.
“apa yang abang tengok?” soalan Dirani membuatkan Syahril melebar senyuman.
“leher sayang tu geramnya abang tengok,” usik Syahril.
“abang jangan nak mengada-ngadalah. Mulalah tu nak cakap yang bukan-bukan.”
 Syahril terus ketawa. Wajah Dirani yang kemerah-merahan ditatap sepenuh hati. Rambut lurus isterinya yang berterbangan menutup sedikit wajahnya diselak lembut ke belakang. Dibelai dan diusap dengan senyuman.
“rambut sayang nie cantik. Hidung sayang, pipi sayang dan segala-galanya milik sayang, abang nampak cantik. Dan satu lagi……….mata sayang tu, lagi cantik,” sambung Syahril lagi.
Dirani tersenyum. Syahril memandang senyuman itu.
“janganlah senyum menggoda macam tu! hati abang tak tahanlah.”
Dirani mematikan senyumannya.
“abang nie,” marah Dirani.
“betul! sayang betul-betul mampu buat abang hilang akal tau,” kata Syahril dengan romantis.
“ye ke?” bukan Diana yang buat abang hilang akal?” Dirani sengaja menduga hati suaminya.
“sayang cemburukan?” soal Syahril.
“takde masa Dira nak cemburukan Diana.”
“betul nie sayang tak cemburu?. kalau abang keluar ngan Diana macam mana?” tanya Syahril dengan selamba.
“kalau abang berani buat macam tu, Dira balik rumah ibu. Dira tinggal abang sorang-sorang kat sini.” jawab Dirani geram.
Syahril ketawa mendengar jawapan daripada isterinya.
“sayang jangan tinggalkan abang ye?” kalau sayang nak tengok abang masuk Tanjung Rambutan, beranilah buat macam tu. Puas hati sayang agaknya tengok abang terkurung dalam bilik khas untuk pesakit jiwa yang kritikal.”
Dirani memandang wajah Syahril. Mata mereka berlaga seketika.
“dah tu, sape suruh abang sebut nama Diana?” tanya Dirani dengan nada yang masih geram.
“abang cuma sebut je, bukan betul-betul pun abang nak keluar ngan dia,” jawab Syahril.
“dahlah, malas Dira nak layan abang. Orang betul-betul sayang kat dia. Menyampah!”
“aikk….cemburu pulak?. Tadi bukan main sayang kata takde masa nak cemburu. Tiba-tiba nak marah nie kenapa?”
Syahril mencuit hidung Dirani.
Memang dia cemburu kerana nama perempuan lain disebut oleh Syahril. Walaupun dia kenal ngan perempuan tu.
“dahlah tu, sekarang abang nak mandi. Sayang temankan abang ye?” Syahril sudah menarik tangan Dirani menuju ke penyidai baju untuk mengambil tuala.
Dirani tersentak.
“eh, tak naklah. Abang mandilah sorang-sorang, Dira sediakan baju untuk abang.”
“sayang nie! dah jadi isteri abang pun nak malu-malu lagi. Suka hati sayanglah, abang nak mandi dulu. Nanti dah masuk waktu maghrib kita jemaah sama-sama.
Dirani menganggukkan kepalanya. Syahril berlalu masuk ke dalam bilik air.
…………………………………
Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah, Syahril dan Dirani turun ke bawah. Syahril menggenggam tangan Dirani erat dan berjalan seiringan sehingga ke tangga bawah.
“ehem…ehemm…along nie, orang lain pun ada isteri jugak. Tapi takdelah sampai nak turun bawah pun berpimpin tangan jugak,” kata Aishah yang baru keluar dari dapur.
“mestilah, kalau sayang along nie jatuh tangga, macam mana?. Along jugak yang susah,” balas Syahril selamba.
“eeiii……geli lah along nie, kan kak long?”
Dirani tersenyum melihat gelagat Syahril dan Aishah.
“elehh….adik dengki ngan along kan. Yelah, takde sape yang nak pegang tangan adik masa nak turun tangga tu.” Kata Syahril dengan nada mengusik.
“wah…wah…sedapnya kata kat Aishah macam tu. Takpe, nanti Aishah dah ada teman lelaki, Aishah akan suruh dia pegang tangan Aishah masa nak turun tangga nanti.” Balas Aishah selamba.
“mak aii…belajar pun belum habis lagi, ada hati nak cari teman lelaki ye,” ujar Syahril sambil mencubit pipi adiknya itu.”
“apa along nie! suka sangat buat kat Aishah macam tu. Tentu kat kak long pun, along buat macam tu jugakkan?” Tanya Aishah kepada Dirani.
“abang Aishah nie memang macam tu, suka sangat cubit pipi kak long nie,” jawab Dirani sambil menjeling manja kepada suaminya.
“mana ada. Abang tak pernah pun cubit pipi sayang. Tak baik tau sayang fitnah abang kat depan adik abang nie,” kata Syahril seakan merajuk.
“eeiiii….gelilah abang nie, depan Aishah pun nak bersayang-sayang jugak. Kesian Aishah tengok kak long, dah merah muka dia. Dah macam buah epal Aishah tengok.”
“alahhh…kak long lagi suka along panggil macam tu kat dia, kan sayang,” Syahril sengaja menambahkan lagi rasa malu isterinya.
“dah lah bang. Aishah jangan layan sangat along Aishah nie, kalau di layan sampai esok pun tak habis lagi,” kata Dirani.
“betul tu kak long. Along nie kalau bercakap sampai pagi pun takpe,” balas Aishah.
“mama ngan Mia mana?. Kak long tak nampak pun dari tadi.”Tanya Dirani apabila tidak melihat kelibat mama dan adik iparnya yang kecik.
“mama ngan Mia ada kat luar. Tengah ambik angin malam, Aishah masuk nie pun sebab nak minum air kat dapur. Jomlah, kak long ikut Aishah duduk kat luar nak,” ajak Aishah dengan menarik tangan Dirani lembut.
“hmm…boleh jugak. Lagi pun boring jugak tak buat apa-apa kat dalam nie. Duduk kat luar tu boleh jugak tengok bintang-bintang yang ada kat langit.”
“habis, takkan sayang nak tinggalkan abang sorang-sorang kat dalam nie,” tiba-tiba Syahril bersuara apabila melihat isterinya sudah ditarik oleh adiknya.
Aishah dan Dirani geli hati melihat kelakuan Syahril. Masing-masing ketawa melihat Syahril yang seperti kanak-kanak ingin mengikut.
“alahh…kak long lupa lah Aishah. Suami kak long pun nak ikut jugak kita duduk kat luar,” ujar Dirani sambil melihat ke arah Syahril yang sudah membuat mimik muka yang masam.
“along tu bukan apa, dia sebenarnya tak nak berenggang ngan kak long. Aishah kenal sangat ngan perangai along nie, manja tak bertempat,” ujar Aishah.
“ikut suka alonglah, nak bermanja dengan sayang along nie,” kata Syahril sambil memaut bahu isterinya.
“dahlah, malas Aishah nak layan along. Aishah keluar dulu lah. Kak long jangan layan sangat perangai along tu,” pesan Aishah sebelum melangkah keluar.
Tawa Syahril tercetus apabila melihat Aishah terus keluar. Dia tau bukan senang adiknya nak mengalahkannya. Syahril memang seorang yang manja. Cuma sikapnya yang sebenar itu belum lagi ditunjukkan pada isterinya itu.
“kesian Aishah. Abang nie pun satu, depan Aishah pun abang nak buat macam tu,” ujar Dirani kepada Syahril yang tadinya asyik dengan ketawa.
“bukan selalu abang bergurau dengan dia macam tu,” balas Syahril ringkas.
“betul ke cakap Aishah tadi tu?” soal Dirani.
“Aishah cakap apa?” tanya Syahril kembali.
“yelah, Aishah cakap yang abang nie manja tak bertempat.”
“alahh…abang manja pun bukan dengan orang lain. Cuma dengan mama je abang buat macam tu,” kata Syahril.
“ooo…kiranya abang nie anak manja mama lah,” Dirani mengusik Syahril. Terbit senyuman yang manis di bibirnya.
“haa…kenapa sayang tiba-tiba senyum kat abang nie?” sayang perli abang ek?” tanya Syahril apabila melihat senyuman di wajah isterinya.
“mana ada Dira perli abang, Dira cuma tanya je. Abang tu cepat sangat nak tuduh yang bukan-bukan,” jawab Dirani.
“tapi abang dah tak boleh nak bermanja ngan mama lagi,” Syahril memberitahu Dirani.
“kenapa pulak?” soal Dirani hairan.
“hmm…abang kan dah ada isteri. Tentulah abang nak bermanja dengan isteri abang nie,” ujar Syahril.
“tak malu…..sape nak manja ngan abang!”
“elehh….abang tau, sayang nak abang bermanja ngan sayang kan?” tanya Syahril dengan nada yang manja.
“tak kuasa Dira nak layan sifat manja abang tu.” Balas Dirani.
“betul nie, sayang tak nak abang bermanja ngan sayang?” soal Syahril lagi.
“hmmm….” Dirani sekadar menganggukkan kepalanya.
“tkpe, kalau macam tu biar abang pergi bermanja ngan ibu.”
“abang jangan nak mengada-ngada pulak.” kata Dirani dengan nada marah.
“hahaha….abang tau, sayang camburukan abang nak bermanja ngan ibu!” ujar Syahril.
“mana ada!” Dirani menafikannya.
“dah tu, kenapa marah kalau abang nak bermanja ngan ibu sayang?” tanya Syahril sambil matanya merenung tepat ke wajah isterinya.
“dahlah, Dira malas nak layan abang. Baik Dira duduk ngan mama kat luar tu,” kata Dirani melangkah pergi.
“elehh…tak cemburu konon!..tapi marah bila aku nak bermanja ngan ibu mentua sendiri.” omel Syahril dalam hati.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama