AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 12 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 33

BAB 33
Stacy dan Akim antara teman rapat Dirani di pejabat yang begitu gembira mendengar khabar mengenai Dirani yang kini sudah berbadan dua. Ucapan tahniah daripada kebanyakkan staf-staf di terima oleh Dirani dan Syahril. Dirani lebih banyak menghabiskan waktu bekerja di dalam bilik. Syahril langsung tidak membenarkan dirinya untuk membuat kerja luar.
Stacy setia menemani Dirani walau ke mana jua Dirani hendak pergi. Itulah arahan yang telah diberikan oleh Syahril kepadanya. Stacy menerimanya dengan rasa gembira kerana sekurang-kurangnya dia dapat menjaga dengan baik kawan rapatnya.
Dirani tidak mengalami banyak sangat masalah terhadap kandungannya, cuma kadang kala sikapnya yang mudah terasa dan ingin dimanja sering kali membuatkan suaminya susah untuk memahami keadaannya dirinya sekarang. Tetapi Syahril tidak pernah mengadu keletihan dengan melayani sikap baru isterinya. Dia faham akan keadaan wanita yang tengah mengandung.
Apa jua yang diingini Dirani seboleh-bolehnya akan dipenuhi oleh Syahril, tidak mengira waktu. Pernah satu ketika dahulu ketika kandungan Dirani mencecah 4 bulan,  Dirani menangis dan mengajuk dengan Syahril gara-gara hendak makan nasi goreng kerabu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 10.30 minit malam. Selepas daripada itu segala keinginan isterinya sentiasa di penuhi olehnya walau sesusah mana pun.
Syahril yang tengah menyiapkan laporan syarikatnya terhenti apabila mendengar panggilan dari isterinya. Dia menoleh ke tempat isterinya berada.
“abang……..”panggil Dirani lembut.
“hmmm….sayang nak apa?.” soal Syahril kembali.
“Dira lapar, Dira nak makan. Kita keluar makan nak?” ajak Dirani kepada Syahril.
“sayang nak makan apa?. nanti abang suruh mak masakkan,” kata Syahril yang masih belum berganjak dari tempatnya.
“Dira nak makan nasi goreng kerabu. Jomlah, teman Dira pergi makan.” luah Dirani dengan mengajak suaminya keluar.
“nasi goreng kerabu? kat mana nak cari nasi goreng kerabu tengah-tengah malam macam nie?” tanya Syahril
“manalah Dira tau. Sebab tulah Dira ajak abang keluar nie. Abang…jomlah keluar, teman Dira nak makan.” balas Dirani seakan merayu kepada Syahril.
“tapi keje abang belum siap lagi nie. Pagi esok abang dah nak kena hantar laporan nie.” Syahril memberikan alasan.
“alahhh….sekejap je. Abang teman Dira makan, lepas tu kita balik lah rumah.”
“sayang….esokkan ada lagi. Abang bawak sayang makan nasi goreng kerabu esok, k?” Syahril memujuk Dirani.
“Dira nak makan malam nie jugak, bukan esok!” kata Dirani dengan nada geram apabila suaminya masih lagi meneruskan keje.
“abang sibuk nie, banyak yang perlu abang siapkan.” Syahril meneruskan kerjanya yang tertangguh.
Dirani sudah tidak terkata apa-apa. Air matanya laju mengalir. Dia begitu terasa dengan sikap suaminya malam nie. Keinginannya untuk makan nasi goreng kerabu seolah-olah tidak kesampaian. Dirani menyapu air mata yang mengalir di pipinya.
Syahril yang leka meneruskan kerjanya kembali menoleh ke arah isterinya apabila dia tidak lagi mendengar suara Dirani. Syahril terkejut melihat isterinya yang sedang menahan tangisan. Dengan pantas dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak menghampiri Dirani.
Syahril melabuhkan punggungnya di sisi Dirani.
“sayang, kenapa nie?” tanya Syahril seperti tidak mengetahui punca isterinya mengalirkan air mata.
Dirani masih lagi berdiam diri. Air matanya terus mengalir di pipi. Syahril mengesat air mata isterinya. Wajah isterinya dipalingkan ke arah wajahnya.
“sayang…..sayang, kenapa nie?. abang mintak maaf ek!” ujar Syahril sambil tangannya masih lagi berada di pipi Dirani.
“Dira cuma nak makan nasi goreng kerabu tu. Dira tau abang sibuk, tapi temankan lah Dira. Sekejap pun takpe lah,” ujar Dirani dengan tangisannya.
“hisyy…..hisyy….dah lah tu, jangan nangis.” Syahril menarik rapat tubuh isterinya.
Dirani menyembangkan kepalanya di bidang dada milik Syahril. Syahril menggosok lembut belakang badan isterinya. Pinggang Syahril dirangkul dengan kemas. Perlahan-lahan tangisan Dirani berhenti. Baju yang di pakai oleh Syahril basah dek terkena air mata isterinya.
Sesaat kemudian, Dirani mengangkat wajahnya memandang muka Syahril. Pandangannya seakan-akan merayu kepada suaminya. Syahril merenung tepat pada wajah Dirani. Timbul rasa kesian apabila tidak menunaikan apa yang dimintanya tadi. Syahril menyentuh perut Dirani yang semakin membesar itu.
“jom….abang bawak sayang pergi makan nasi goring kerabu!” ajak Syahril.
Dirani masih tidak menjawab, hanya melihat renungan mata suaminya.
“sayang………….” Panggil Syahril apabila Dirani tidak bersuara.
“hmm……” balas Dirani ringkas.
“jom, abang temankan sayang pergi makan!” Syahril mengajak Dirani sekali lagi.
“betul abang nak bawak Dira pergi makan nasi goring kerabu?” soal Dirani dengan tidak percaya.
“ya, sayang……jomlah!. Ujar Syahril lagi.
“abang tak tipu Dira?” Tanya Dirani yang masih tidak percaya.
“tak…abang tak tipu sayang. Abang mintak maaf sebab abang pentingkan keje abang tadi,” ucap Syahril perlahan.
Dirani tersenyum gembira apabila keinginannya bakal di penuhi sekejap lagi. Syahril bangun dari tempat duduk isterinya lalu menuju ke almari pakaian. Baju tidonya di ganti dengan t-shirt baru. Dirani masih lagi tidak berganjak dari situ. Dia hanya melihat suaminya yang menukar pakaian.
“sayang buat apa lagi kat situ?. Dah, cepatlah bersiap. Kata nak pergi makan nasi goring kerabu,” ujar Syahril apabila melihat isterinya masih lagi berada di tempat duduknya.
“ohhh…ok!” balas Dirani.
Dia turut menukar pakaian yang dipakainya tadi. Baju tido miliknya kelihatan nipis dan tidak sesuai untuk keluar dalam keadaan macam tu. Dirani tidak lupa untuk memakai tudung setiap kali mereka hendak keluar ke mana-mana.
Kereta dipandu dengan berhati-hati. Apatah lagi pada waktu malam sebegini. Dengan keadaan Dirani yang sedang mengandung, Syahril lebih berhati-hati ketika memandu. Keretanya terus meluncur di jalan raya untuk mencari kedai yang menyediakan menu nasi goreng kerabu. Hampir setengah jam dia mencari kedai mahupun restoran yang menyediakan menu tersebut, akhirnya kereta yang dipandu oleh Syahril berhenti di sebuah kedai makan yang terletak berhampiran dengan sebuah tasik.
Syahril melonggarkan tali pinggang keledar dan keluar dari pintu kereta. Dirani masih lagi berada di dalam. Syahril menyuruhnya agar tunggu di dalam kereta. Syahril melangkahkan kakinya ke dalam kedai tersebut. Dirani melihat suaminya sedang berbual-bual dengan seorang pelayan di dalam kedai itu. 5 minit kemudian, Syahril kembali ke kereta dan membuka pintu kereta untuk isterinya.
“jom!.....ajak Syahril seraya menarik tangan Dirani lembut.
Dirani melangkah perlahan keluar dari pintu kereta.
“kita makan kat kedai tu!” ujar Syahril sambil jari kirinya menunjukkan tempat yang dimaksudkannya.
“kat situ ada ke nasi goreng kerabu?” soal Dirani pada Sayhril.
“ada…abang dah tanya dengan pelayan kedai tu tadi,” jawab Syahril.
Dirani mengikut langkah kaki suaminya. Tangan kanannya masih berada dalam genggaman tangan Syahril. Syahril menyuruh isterinya berhati-hati kerana terdapat batu-bata sepanjang menuju ke kedai tersebut. Dirani berjalan dengan perlahan-lahan supaya kakinya tidak tersepak batu-bata tersebut.
Syahril menarik kerusi untuk isterinya duduk. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan kerusi Dirani. Pelayan kedai itu menghampiri Syahril dan juga Dirani. Setelah order di ambil pelayan tersebut menghilangkan diri masuk ke dalam. Setelah menunggu hampir 10 minit, pelayan yang tadinya keluar dengan membawa 2 pinggan nasi goreng kerabu dan 2 gelas air suam.
Dirani menikmati hidangan itu dengan penuh berselera. Tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya ketika sedang menjamu nasi goreng kerabu. Syahril yang berada di sebelah Dirani menggelengkan kepala apabila melihat isterinya yang sedang makan. Nasi yang berada dalam pinggannya di jamah.
Selesai makan, Dirani mengambil gelas yang berisi air suam lalu meminumnya dengan perlahan. Syahril menolak pinggannya ke depan. Nasi yang ada di dalam pinggannya tidak dihabiskan. Alasannya dia sudah kenyang. Syahril memanggil pelayan tadinya untuk membuat bayaran.
Dia dan Dirani kemudiannya keluar dari kedai itu dan bergerak ke keretanya.
“dah kenyang?” soal Syahril kepada Dirani apabila kedua-duanya sudah berada di dalam kereta.
“hmm….hmmm” jawab Dirani dengan menganggukkan kepalanya.
“ok, sayang nak pergi mana-mana lagi ke?. Kalau tak, kita balik jelah, dah tengah malam sangat nie. Sayangkan tengah mengandung. Tak elok sangat kalau sayang kena angin tengah-tengah malam macam nie.” Syahril memberitahu isterinya.
“hmmm….kita balik jelah. Dira dah tak nak apa-apa lagi,” balas Dirani mengajak suaminya pulang ke rumah.
“yelah!” kata Syahril ringkas.
Syahril menghidupkan enjin keretanya. Selepas melewati kawasan tasik, Syahril membelokkan keretanya menuju jalan raya. Tidak banyak yang dibual semasa berada di dalam kereta. Dirani mencapai tangan kiri suaminya. Dia memegang erat tangan Syahril. Matanya yang terbuka luas tadi kini semakin mengecil. Dirani tertido dalam kereta sehingga sampai ke vila.
Syahril melihat isterinya yang sedang nyenyak tido. Tidak sampai hatinya untuk mengejutkan Dirani dari tido. Dia melonggarkan genggaman tangan Dirani yang erat menggenggam tangannya. Dia keluar dari tempat pemanduannya dan bergerak ke tempat isterinya. Pintu kereta di buka. Tali pinggang keledar yang tersarung di badan isdterinya di buka perlahan.
Syahril mencempung tubuh isterinya masuk ke dalam rumah. Tangan Dirani memeluk erat leher Syahril. Perlahan-lahan kakinya menaiki tangga menuju ke bilik tido mereka berdua. Syahril meletakkan isterinya ke atas katil. Selimut di hujung kaki di tarik hingga ke dada Dirani.
Setelah itu Syahril kembali ke meja tulisnya untuk mengemaskan dokumen-dokumen yang perlu di bawanya esok ke pejabat. Lampu bilik tidonya di padamkan. Dia bergerak ke katil isterinya. Badannya di labuhkan di sebelah badan milik isterinya. Dahi isterinya di kucup lembut sebelum melelapkan matanya.
……………………………
Mesyuarat di antara semua pemegang-pemegang saham di syarikat diadakan tepat jam 10.00 pagi. Syahril sebagai pengarah urusan di syarikat itu menjadi ketua dalam mesyuarat tersebut. Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah keuntungan mahupun kerugian yang melibatkan syarikatnya. Syahril membentangkan laporan yang dibuat olehnya semalam.
Hampir 2 jam mesyuarat itu berlangsung. Ketika jam menunjukkan pukul 11.45 kesemua pemegang saham keluar dari bilik mesyuarat itu. Masing-masing berpuas hati dengan apa yang di bentangkan oleh Syahril dan juga beberapa pegawai yang lain. Syahril kembali masuk ke biliknya.
Ketika sedang sibuk meneliti laporan daripada pegawai-pegawai yang lain, tiba-tiba pintu biliknya di ketut perlahan. Syahril mmeberikan arahan untuk masuk.
“aku ganggu kau ke?” soal Akim sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Syahril.
“takdelah, kau tak ganggu pun. Aku pun takde keje nak buat, cuma semak laporan nie je,” bagitahu Syahril.
 Akim melangkah masuk ke adalam bilik Syahril. Dia kemudiannya mengambil tempat di sofa sebelah Syahril.
“macam mana kau handle mesyuarat tadi, ok?” tanya Akim.
“so far semuanya ok. Aku pun dah bentangkan laporan yang buat semalam! Kata Syahril sambil menguap.
“kau buat laporan tu sampai tak cukup tido ke Ril?” soal Akim apabila melihat Syahril menguap beberapa kali.
“bukan macam tu. Semalam pukul 12 pagi baru aku balik vila!” ujar Syahril yang masih lagi meneliti laporan di atas meja itu.
“kau pergi mana sampai balik tengah malam macam tu?” tanya Akim lagi.
“sayang aku tulah, tetiba je nak makan nasi goreng kerabu semalam. Dah lah time tu aku tengah siapkan laporan yang aku bentangkan tadi. Ingatkan memang malas aku nak keluar semalam, tapi bila aku tengok dia sedih aku terus bawak dia keluar makan nasi goreng kerabu tu. Berpusing jugak tempat aku nak cari apa yang dia nak makan. Nasiblah aku jumpa satu kedai tu yang menyediakan nasi goreng kerabu. Kalau tak, terpaksalah aku cari sampai pagi.” Syahril memberitahu peristiwa semalam kepada Akim.
“hahahaha……alah, nak buat macam mana, dah tu keinginan dia. Kau kenalah faham orang tengah mengandung nie. Macam-macam yang dia nak makan, tu nasib dia mintak nasi goreng kerabu je. Kalau dia mintak nak makan daging rusa malam-malam camtu, kat mana kau nak cari Ril,” ujar Akim dengan ketawa.
“kau jangan, dibuatnya dia betul-betul nak makan apa yang kau cakap tadi, mati aku. Kat mana aku nak cari!” kata Syahril
“alah…aku main-main jelah. Takkanlah bini kau tu nak makan daging rusa, tapi manalah tau kan. Harap-harap dia tak mintaklah semua tu,” balas Akim.
“tulah, nak cari apa yang dia nak makan semalam pun sampai satu KL aku pusing. Jangan lepas nie sayang aku tu nak makan makanan yang pelik-pelik dah lah, masak aku nak cari lagi!”
Rozita memberitahu kepada Dirani rancangannya untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumahnya. Solat hajat juga akan dilakukan untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya serta rumah tangga anak dan menantunya. Syahril dan Dirani serta keluarga besannya menyambut baik tentang rancangan itu.Kata sepakat telah di capai untuk mengadakan majlis itu pada hujung bulan ini. Rakan-rakan kerja turut di jemput oleh Syahril dan juga Dirani.
Kini tibalah hari yang di tunggu. Suasana di rumah Rozita riuh rendah dengan kehadiran Farina sekeluarga dan juga keluarga Datin Jasmine termasuk pembantu rumahnya. Syahril dan Dirani awal-awal lagi sudah berada di rumah Rozita. Jiran-jiran tetangga juga turut di jemput oleh Rozita.
Akim dan Stacy juga turut serta dalam kenduri doa selamat yang diadakan itu. Masing-masing melakukan kerja untuk menyiapkan hidangan bagi tetamu yang hadir.
Syahril ternampak kelibat Dirani sedang duduk mengelamun seorang diri di luar rumah. Bunyi bising tetamu-tetamu yang hadir di kenduri doa selamat rumahnya bagaikan tidak langsung mengganggu lamunan wanita itu. Entah apa yang mengganggu hati isterinya itu tidak langsung dapat dikesan oleh Syahril.
Timbul di sudut hatinya untuk menyakat isteri kesayangannya itu. Pelahan-lahan kakinya melangkah ke situ. Sampai di situ, segera Syahril memeluk tubuh isterinya.
“abang!” terkejut Dira,” Dirani bersuara sedikit marah.
Syahril ketawa kecil. Dia emncium pipi Dirani sebelum meleraikan pelukan. Lalu melabuhkan punggung di sisi Dirani.
“kenapa duduk sorang-sorang kat sini? kan ramai kat dalam sana! Sayang tak nak makan ke?” soal Syahril lembut.
Dirani membalas pandangan suaminya tanpa ragu. Bibirnya mengukir snyuman nipis.
“Dira belum lapar lagi. Abang dah makan ke?”
“belum jugak. Kita makan sekalilah ya?” pinta Syahril.
Dirani mengangguk.
“tapi….baby nie tak lapar ke?” tanya Syahril seraya mengusap perut isterinya lembut.
Dirani ketawa.
“belum lah………” jawabnya ringkas.
“hari nie baby boy nie meragam tak?” soal Syahril mengusap lagi perut Dirani yang semakin membesar.
“mana abang tau yang ni……baby boy?” Dirani sengaja menyoal.
Syahril tersenyum sumbing.
“ikut gerak hati,” jawabnya ringkas.
“ehh, mana boleh macam tu? Kalau nak keluar perempuan…..perempuan lah. Kalau nak keluar lelaki….lelakilah,” ujar Dirani selamba. Dia ingin ketawa dengan jawapan Syahril tadi.
“alah, bagilah abang anak kembar,” pinta Syahril penuh harapan.
“kembar? alaaa…penatlah Dira. Abang ingat senang ke nak lahirkan anak kembar?” Dirani merungut kecil.
“okeylah….kalau nak keluar sorang pun soranglah. Abang tak kisah. Tpi mesti lelaki tau.”
“kalau ada rezeki ALLAH nak bagi…kita terima je bang, Dira tak kisah apa-apa pun jantina anak kita. Lelaki dan perempuan kan sama je. Anugerah ALLAH.” Dirani memeluk lengan suaminya pula.
Syahril terdiam. Mengakui kata-kata itu. Dia sebenarnya turut tidak kisah. Apa yang lahir dari bibirnya itu hanya sekadar harapan. Kalau yang lahir bukan seperti yang diharapkan, tidak mungkin dia tidak akan mengakui zuriatnya.
Syahril menerapkan senyuman manis. Dia bahagia apabila Dirani memeluknya sebegitu. Kini hanya belaian lembut Dirani yang menjadi igauan setiap hari. Belaian yang selalu membangkitkan rindu yang berpanjangan di hati. Tanpa sedar melekat satu ciuman dari bibirnya ke pipi isterinya.
Dirani terkejut.
“hei, tak malu ke? Ramai orang kat sana tau!” Dirani menjarakkan wajahnya.
Terdengar gelak ketawa suaminya itu yang bernada usikan.
“eleh, bukannya nampak! Lagi pun sayang dah jadi milik abang selama-lamanya. Abang punya sukalah. Kalau tak pun..jom kita masuk bilik,” ujar Syahril.
“hissyyy….abang nie tak habis-habis. Takde kerja lain ke? Kenduri nie, kat rumah ibu, rumah kita jugak cik abang oii,” marah Dirani sedikit tersipu.
“itukan satu kerja jugak.”
“ah, sudah….sudah..tak larat Dira nak layan abang kat sini. Ada je nak dijawabnya. Dira nak pergi kat sana.” Dirani ingin bangun tetapi Syahril pantas melelar pergelangannya.
“sayang nak pergi mana? duduklah dulu dengan abang.”
“alahh…Dira nak ke sana,” ujar Dirani sambil menuding jari telunjuk ke arah ruang makan.
Syahril mengetap bibir. Bingung melihat gelagat isterinya yang sentiasa aktif.
“sayang dah lapar ke? abang ambilkan,” soal Syahril.
“bukan.”
“habis? baby yang lapar?”
Dirani menggeleng lagi.
“Dira nak pergi jenguk ibu ngan mama tu. Kesian mereka. Kenduri kat rumah kita, tapi kita tak buat apa-apa pun. Akim ngan Stacy pun sama, kena layan tetamu untuk kita.
“tak payahlah risau. Aishah, mak ngan Salmah kan ada. Biar mereka yang tolong. Abang dah cakap ngan Akim dan Stacy tadi, tapi diorang tetap nak buat jugak. Sayang duduk diam-diam di sini.”
“tapi….”
“sayang….dengar cakap abang, okey. Sayang tunggu kat sini, abang pergi ambikkan air.”
Syahril berlalu pergi.
Dirani duduk bersendirian semula. Memerhati mama dan ibunya yang sedang sibuk di ruang makan.
Dirani tiba-tiba ternampak sebuah kereta di luar pagar rumah ibunya. Cermin kereta yang gelap menyukarkan dirinya untuk melihat orang yang berada di dalam kereta itu. Dirani bangun dan kemudiannya melangkah untuk melihat kereta itu. Namun tidak sampai separuh perjalanannya, kereta yang berada di luar rumahnya itu berlalu pergi.
Syahril yang kembali ke tempat isterinya tadi ternampak Dirani sedang berada di pintu pagar masuk rumahnya. Kakinya laju melangkah ke tempat Dirani. Bahu Dirani dipengang. Dirani terkejut, lantas di berpaling ke belakang.
“sayang tengok apa kat luar tu?” soal Syahril.
“entahlah bang, Dira rasa macam ada orang tengah memerhatikan rumah ibu. Dira tak nampak sebab cermin kereta tu gelap sangat,” Dirani memberitahu kepada Syahril.
“takde apa-apalah, Mungkin orang tu tengah berehat sebelum nak pergi kot! ujar Syahril supaya isterinya ridak merasa apa-apa.
“jom, kita duduk kat tempat tadi. Abang dah ambilkan air untuk sayang,” ajak Syahril lagi.
Stereng kereta di hempas kuat. Pemandu yang berada di dalam kemudiannya mengeluarkan ketawa yang kuat.
“hari nie, hari korang. Esok lusa giliran aku untuk membalasnya. Jangan ingat kau dapat bergembira selagi dendam aku tak terbalas Dirani. kau juga Syahril, aku akan pastikan kau takkan dapat bersama-sama dengan isteri juga anak yang bakal isteri kau lahirkan nanti.” ujar Diana dengan ketawa.
Rancangannya bakal dilaksanakan. Dendamnya semakin kuat terhadap pasangan itu. Kali ini dia sendiri akan menjalankan kerja itu. Dia tidak lagi mengharapkan akan orang suruhannya.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama