AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 12 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 31

BAB 31
Keesokan harinya Syahril dan Dirani bersiar-siar di sekitar KLCC seperti yang dijanjikan. Mereka tidak banyak membeli barang tetapi gemar berlegar-legar di sekitar taman KLCC.
Setelah puas berjalan di situ, Syahril terus membawa Dirani ke rumah teres 2 tingkat milik Rozita. Mujur wanita itu ada di rumah ketika kereta Peugeot sampai di hadapan pintu pagar rumah teres itu.
“kenapa tak cakap awal-awal yang kamu berdua nak datang? Kalau tak, boleh ibu siapkan apa-apa.” Suara Rozita kedengaran dari pintu dapur.
Dirani dan Syahril yang sedang duduk di ruang tamu hanya berbalas senyuman. Itu rancangan Syahril secara mengejut. Dirani sendiri tidak tau. Ketika Sayhril memandu keretanya ke susur Jalan Taman Connought tadi barulah Dirani perasan ke mana arah tujuan mereka selepas berjalan di KLCC.
“Dira pergi jenguk mak kat dapur sekejap bang. Abang duduklah dulu, jap g Dira datang balik.”
Syahril mengangguk perlahan.
Dirani terus ke dapur. Ketika itu, Rozita sedang membancuh air.
“tak usah susah lah ibu. Kami singgah nie bukannya lama. Saja jenguk-jenguk ibu,” ujar Dirani.
“alah, dah terlanjur Dirani datang nie, duduklah lama-lama siki. Bukannya selalu.”
Dirani tersenyum dan perlahan-lahan dia memeluk lengan ibunya mesra.
“dah besar-besar pun nak bermanja ngan ibu lagi. Tu, suami kamu ada kat depan sorang-sorang. Pergilah teman.”
“takpe, abang tak kisah Dirani tinggalkan dia sorang-sorang kat situ. Ibu masak apa hari nie?”
“rezeki kamu dengan Syahril agaknya. Kata orang tu langkah kanan. Kebetulan ada sorang mak cik tu upah ibu masakkan laksa untuk jamuan anaknya pagi tadi. Terlebih-lebih pulak. Dirani pun macam terbau-bau je. Tiba-tiba menjenguk ibu.”
Dirani terus mencapai sudip dan mengacau kuah Laksa Penang yang sedang membuak-buak. Aromanya menusuk hidung dan amat menyelerakan. Teringat kehendak Syahril semalam yang mahu makan Laksa Penang. Nampaknya hari nie dapatlah dia merasa Laksa Penang nie.
“sayang buat apa lama sangat kat dapur nie?” soal Syahril yang sudah berada di dapur.
“haaa…abang nak makan tak?” tanya Dirani mesra.
“ibu masak laksa ke?” Syahril yang terhidu bau kuah laksa segera menegur. Tiba-tiba pintu seleranya terbuka luas.
“ya, Syahril. Rezeki kamu agaknya!” pendek ucapan Rozita.
“dah mendidih kuah tu Dirani. Senduklah dalam mangkuk dan hidangkan kat depan. Kita makan sama-sama,” sambung Rozita beberapa ketika.
Rozita sudah keluar menuju ke hadapan sambil menatang dulang yang berisi air. Syahril mengintai ke dalam periuk.
“cepatlah sayang!. Abang dah kecur air liur nie.”
Dirani ingin ketawa melihat tingkah laku Syahril yang tidak sabar-sabar.
“abang sabarlah. Abang pergi duduk kat depan dulu. Nanti Dira bawak kuah dengan laksa nie.”
“biar abang tolonglah. Lambat sangat sayang nie. Abang dah tak boleh nak tahan selera nie lagi. Teringin betul! Sayang pergi bawak laksa nie dulu.”
Syahril mencapai mangkuk kaca di tangan isterinya. Dia mula menyenduk kuah laksa itu dari periuk. Dirani mengetap bibir. Kalau dah teringin, apa-apa boleh berlaku!
Dirani terus mengambil mi laksa yang tersedia didalam mangkuk dan menuju ke ruang hadapan.
“Syahril mana?” tadi ibu nampak dia beria-ria benar nak makan laksa nie.
“ada kat dapur tu, tengah senduk kuah, sejak semalam asyik nak makan laksa. Tengah hari semalam dah makan Laksa Johor. Pastu semalam abang tetiba je rasa nak makan Laksa Penang,” bebel Dirani sambil meletakkan mangkuk di tangannya di atas meja.
“kenapa Dirani tak masak. Dah tau suami kamu tu teringin, ikut lah cakap dia.”
“bukan Dirani tak nak masak ibu, cuma Dirani dah lupa cara yang ibu ajarkan pada Dirani dulu. Dah lama tak praktis. Nasib baik kami datang nie, ada rezeki! Kalau tak.”
Rozita ketawa. Syahril muncul dengan membawa mangkuk kaca yang berisi kuah ditangannya. Perbualan Dirani dan Rozita terhenti. Selepas Syahril meletakkan mangkuk kuah laksa tersebut, mereka terus menjamu selera.
Syahril tersenyum lega. Kehendaknya benar-benar telah dipenuhi. Dirani yang sedang mengunyah disisinya turut kelihatan berselera. Hampir pukul 11.00 malam, baru mereka pulang ke Vila Shahira.
Syahril mengejutkan Dirani untuk solat subuh. Badan isterinya digerak perlahan. Dirani membuka kelopak matanya. Tekaknya terasa perit. Ketika itu, Syahril sudah bangun dan berada disisinya. Dirani terasa  kepalanya bagaikan mahu berpusing. Tangannya mula memicit-micit kepala.
“sayang, bagunlah, kita solat subuh sama-sama.” Kata Syahril yang masih lagi berada di sisinya.
Syahril mula bangkit untuk menuju ke bilik air. Tetapi belum sempat dia menerpa ke situ, tubuh Dirani terlebih dahulu meluru ke dalam bilik air dengan keadaan tergesa-gesa.
Syahril tersentak melihat isterinya sedang membongkok di mangkuk sink. Terhenjut-henjut tubuh itu kelihatan apabila ada cecair yang banyak keluar dari mulutnya. Pantas Syahril menuju ke arah Dirani.
“ya ALLAH! Kenapa sayang tak bagi tau kat abang yang sayang tak sihat?” Syahril menggosok belakang Dirani dengan perasaan cemas.
Muntah Dirani semakin banyak. Tekaknya terasa perit apabila mengeluarkan lendir-lendir yang cair berserta bau yang kuat menyengat hidung. Syahril terus mengurut belakang isterinya. Kemudian perlahan-lahan tengkuk isterinya dipicit agar isterinya terasa selesa.
“dah okey?” Tanya Syahril dengan nada risau.
Dirani kembali berdiri tegak. Tubuhnya terasa lemah. Ingin jatuh tetapi segera dipaut oleh tangan suaminya. Dirani menarik nafas. Sedikit lega.
“nak muntah lagi?” Tanya suaminya.
Dirani menggeleng perlahan.
“abang bawa sayang keluar dulu.”
Dirani mengangguk. Kakinya bergerak perlahan-lahan. Tetapi tiba-tiba terasa tubuhnya melambung. Syahril mengendongnya ke dalam rangkulan.
Syahril meletakkan tubuh isterinya di atas katil. Dia duduk di sisi isterinya dan terus memandang raut yang kelihatan pucat tidak bermaya.
“kenapa boleh jadi macam nie?. sayang salah makan ke?” soal Syahril sedikit cemas.
Dirani menggeleng.
“habis, perut sayang kosong kot? Teka Syahril lagi.
Dirani menggeleng.
Syahril terdiam. Memikirkan alasan lain pulak.
“haaa….semalam kita makan Laksa Penang tu, perut sayang tak tahan pedas?” suaminya masih meneka.
Dirani tetap menggeleng.
Kali ini dahi Syahril berkerut. Diamati wajah yang terbaring itu mencari jawapan. Dirani bangkit dari pembaringannya.
“sayang……….” Syahril masih sukar mempercayai jawapan yang sedang bermain-main di dalam fikirannya.
Dirani terkaku sambil tunduk. Kali ini apa pulak tekaanya?
“sayang mengandung? Teka Sayhril.
Dirani tertelan air liur.
“betul ke?” Tanya Syahril sekali lagi.
Dirani menggigit bibirnya. Pantas sekali dia menggeleng.
“tipu! Sayang mengandung, kan?. Kalau tak kenapa tiba-tiba sayang muntah macam nie. Sebelum nie sayang tak pernah muntah banyak macam nie?” soal Syahril beria-ria.
“Dira tak tau, tiba-tiba je Dira rasa nak muntah. Sakit sangat kepala Dira nie!” kata Dirani dengan perlahan.
“pagi nanti abang bawak sayang ke klinik,” ujar Syahril tiba-tiba.
Dirani menggangguk lemah.
“sayang rehat dulu, abang nak pergi ambik wuduk. Dah lama masuk waktu subuh nie.  Nanti kalau sayang dah ok, abang teman sayang pergi ambik wuduk, okey! Syahril memberitahu kepada isterinya.
“abang harap tekaan abang kali nie tepat.” Sambung Syahril lagi dengan tersenyum mesra.
Syahril berlalu menuju ke bilik air. Selesai mengambil wuduk, dia keluar untuk menunaikan solat subuh. Dirani masih lagi berada di atas katil dengan keadaan tidak bermaya.
……………………….
Usai memakai baju, Syahril membantu isterinya bersiap. Tudung yang di letakkan di atas kepala isterinya di pin kemas. Syahril memimpin tangan Dirani keluar dari bilik dan perlahan-lahan menuruni anak tangga menuju ke bawah.
Datin Jasmine yang berada di ruang tamu kelihatan terkejut apabila melihat keadaan menantu kesayangannya. Dengan pantas dia mnuju ke arah Dirani. Tangannya turut sama memegang tangan Dirani.
“kenapa dengan Dirani nie Syahril?” soal Datin Jasmine dengan nada cemas.
“tak taulah mama. Pagi tadi masa Syahril kejutkan untuk solat subuh, tiba-tiba je sayang Syahril nie muntah. Pening kepala katanya.” Syahril memberitahu kepada Datin Jasmine.
“dia salah makan tak?” tanya Datin Jasmine lagi.
“Syahril dah tanya, tapi sayang Syahril kata bukan pasal tu!” jawab Syahril.
“dah lah tu, kamu bawak Dirani ke klinik cepat!” arah Datin Jasmine.
“yelah mama! Syahril pergi dulu ye.”
Syahril memberhentikan keretanya di depan Taman Desa Medical Centre. Dia membuang tali pinggan keledar dan terus membuka pintu. Langkahnya cepat menuju ke pintu kereta sebelah di mana isterinya berada. Dia membukakan pintu kereta dan kemudiannya memaut tangan isterinya untuk keluar dari perut kereta tersebut.
Langkah yang perlahan diatur masuk ke dalam pusat perubatan itu. Syahril meletakkan Dirani di atas kerusi dengan hati-hati dan menuju ke kaunter pendaftaran. Tidak lama kemudian nama isterinya di panggil untuk masuk ke bilik rawatan.
Syahril hanya menunggu isterinya di luar. Dia berjalan mundar mandir di depan pintu bilik rawatan. Hatinya begitu bimbang akan keselamatan isterinya. Kebanyakkan orang ramai yang berada di dalam pusat rawatan tersebut hanya melihat gelagat diri Syahril yang seperti kehilangan sesuatu.
Hampir setengah jam kemudian, Dirani keluar dari dalam bilik rawatan. Syahril segera mendapatkan isterinya. Pintu bilik di tutup perlahan. Raut wajah Dirani tidak lagi kelihatan tidak bermaya. Sebaliknya terselit senyuman di bibirnya. Syahril merenung dalam mata isterinya.
“sayang tak apa-apa?” soal Syahril kepada isterinya.
“Dira takde apa-apa bang,” jawab Dirani lembut.
“habis tu kenapa lama sangat kat dalam tu?. apa yang doktor cakap?” tanya Syahril lagi.
Dirani tersenyum melihat suaminya yang kelihatanbegitu resah.
“yang sayang tetiba je senyum nie kenapa? abang tanya, apa yang doktor tu cakap?. sayang sakit apa?” soal Syahril bertalu-talu.
“kan Dira dah cakap yang Dira takde apa-apa,” balas Dirani yang masih lagi tersenyum melihat gelagat cemas Syahril.
“abang tak percayalah, kalau sayang tak nak cakap, biar abang sendiri yang pergi jumpa ngan doktor tu,” kata Syahril lalu kakinya hendak melangkah masuk ke bilik rawatan di mana isterinya di rawat.
“ishh abang nie, takkan lah abang nak masuk kat dalam tu,” ujar Dirani segera menghalang suaminya daripada masuk ke dalam.
“Dira sihat, cuma…..” ayat nya terhenti di situ.
“sayang cuma apa, cakaplah!”
“Dira…..mengandung. Dah nak masuk 2 bulan.” Dirani memberitahu kepada Syahril.
Syahril terkejut. Tidak terkata apa-apa. Tekaannya pagi tadi memang betul-betul menjadi. Sesaat dua dia tersenyum gembira.
“betul?” tanya Syahril kurang pasti.
“ye, memang betul apa yang abang cakap pagi tadi!” kata Dirani yang masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“abang akan jadi ‘walid’?” soal Syahril yang masih terkejut.
“ya, abang akan jadi ‘walid’, Dira akan jadi ‘ummi’tak lama lagi.” ujar Dirani.
“ya, ALLAH…. aku bersyukur padaMu. Terima kasih sayang sebab hadiahkan berita gembira nie pada abang,” ucap Syahril seraya mencium dahi Dirani dengan lembut.
Syahril segera memeluk isterinya kemas. Orang-orang yang berada di situ langsung tidak di hiraukan. Berita yang baru di terimanya sungguh-sungguh bermakna dalam hidupnya.
“abang, dah lah tu!. Abang tak malu ke?. Orang semua tengah pandang kat kita,” Dirani memberitahu kepada Syahril.
Syahril melepaskan pelukannya. Matanya beralih kepada orang ramai yang ada di pusat rawatan tersebut. Masing-masing tersenyum melihat Syahril dan Dirani.
Syahril mengenggam tangan isterinya kemas. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar dari pusat rawatan tersebut. Dirani menurut langkah suaminya dengan berhati-hati.
Diana menumbuk-numbuk permukaan meja berkali-kali. Sejak semalam, mulutnya tidak berhenti-henti melemparkan sumpah seranah dengan kata-kata kesat. Kemarahan Diana semakin meluap-luap. Penantiannya selama hampir setahun untuk melihat kemusnahan hidup Dirani dan Syahril hanyalah sia-sia belaka.
Semalam dia terserempak dengan pasangan suami isteri itu sedang membeli belah di Suria KLCC. Wah, bukan main mesra lagi berpimpin tangan. Hari dia tersempak pulak dengan pasangan itu buat kali kedua di Taman Desa Medical Centre. Wajah Syahril dan Dirani kelihatan begitu ceria sekali.
Apa yang dilihatnya di pusat rawatan tadi benar-benar menyakitkan hatinya. Kedua-dua insan itu bermesra-mesra sambil berpimpin tangan bagaikan menarik jiwanya untuk melakukan sesuatu.
Bersiap sedialah kau Syahril, Dirani. Kau ingat aku main-main. Kali ini kau akan sedar siapa Diana sebenarnya. Diana tiba-tiba ketawa besar.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama