AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 12 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 32

BAB 32
Riuh sekali kedengaran suara-suara di Vila Shahira. Perasaan gembira apabila penghuni keluarga itu bakal bertambah tidak lama lagi. Masing-masing kelihatan begitu ceria, lebih-lebih lagi Datin Jasmine dan Rozita. Maklumlah kali pertama bakal mendapat cucu. Setelah mendapat tahu berita tentang kandungan Dirani, Datin Jasmine segera menelefon besannya Rozita.
Farina dan Aliff tidak dapat datang kerana terpaksa mengikut suaminya ke luar daerah. Farina sempat mengucapkan tahniah buat Dirani melalui panggilan telefon yang di terima oleh Dirani lewat petang tadi. Syahril yang berada di sisi Dirani tersenyum melihat gelagat keluarganya yang seolah-olah belum pernah mendapat berita gembira.
Kebetulan esok adalah ulang tahun pertama perkahwinannya dengan isteri tersayang. Syahril sudah membuat rancangan untuk menyambut hari yang istimewa itu bersama-sama dengan Dirani. Segala persiapan sudah di aturkan. Hanya menunggu detik untuk meraikannya.
Hampir jam 10.00 malam, baru Syahril dan Dirani naik ke bilik. Ibunya Rozita meminta diri untuk pulang setelah berada agak lama di rumah besannya. Rozita sempat berpesan kepada anaknya Dirani supaya berhati-hati. Jangan terlalu membuat kerja yang berat-berat. Pastikan rehat yang mencukupi. Begitu juga dengan Syahril, Rozita sangat-sangat mengharapkan agar Syahril dapat menjaga Dirani dengan baik sepanjang tempoh kandungannya.
Dirani dipimpin erat oleh tangan Syahril semasa ingin menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan. Syahril menyuruh Dirani duduk di atas katil.
“abang nie, Dira masih sihat lagilah. Abang layan Dira macam budak-budak,” kata Dirani sambil memandang wajah suaminya.
“sayang abang kan tengah mengandungkan zuriat abang. Mestilah abang kena layan sayang dengan elok-elok. Kan ibu dah pesan kat abang tadi sebelum dia balik,” ujar Syahril lembut.
“Dira tau, tapi takkanlah sampai macam nie sekali abang kena jaga Dira,” lembut sekali Dirani meluahkan.
“mestilah….Kalauboleh abang tak nak sayang buat apa-apa keje pun, termasuk keje sayang yang ada kat pejabat tu,” beritahu Syahril kepada isterinya.
“laaa…takkan keje kat pejabat pun Dira tak boleh buat. Bukannya berat pun keje Dira tu, cuma duduk je kat dalam bilik tu.”
“tapi abang tak nak sayang penat nanti,” ujar Syahril dengan nada bimbang.
“abang….kandungan Dira baru nak masuk 2 bulan. Dira masih boleh buat keje lagi. Abang jangan ikut sangat cakap ibu tu. Ibu memang macam tu, selalu risaukan tentang Dira.”
Syahril berpusing mengadap isterinya. Tangan Dirani di pegang lembut. Wajah tulus isterinya dipandang dengan dalam.
“terima kasih” ucap Syahril lembut.
“terima kasih? untuk apa?” soal Dirani hairan.
“terima kasih sebab bahagiakan hidup abang, terima kasih kerana menghadiahkan zuriat untuk abang, terima kasih kerana sayangkan diri abang,” kata Syahril lalu mengucup pipi isterinya dengan lembut.
“sama-sama…..” balas Dirani dengan menyentuh wajah milik Syahril.
“abang……….” Panggil Dirani perlahan.
“hmmm….sayang nak apa?” soal Syahril apabila melihat isterinya ingin berkata sesuatu.
“takde apa-apalah!” jawab Dirani.
Dirani sebenarnya ingin memberitahu tentang ulang tahun perkahwinan pertama mereka berdua. Namun tiba-tiba niatnya terhenti.
“dahlah! Jom tido, lagi pun besokkan keje.” Ajak Syahril kepada Dirani.
Dirani hanya menurut kata suaminya. Ucapan itu terpaksa di PENDAM kan begitu sahaja. Malam itu Dirani tido beralaskan lengan Syahril. Dia begitu selesa tido malam itu. Syahril memeluk pinggan Dirani dengan kemas. Selimut di tarik hingga ke dada mereka berdua.
…………………….
Syahril dan Dirani bangun seperti biasa pada pagi itu. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Dirani bersiap untuk ke pejabat. Begitu juga dengan Syahril. Wajahya hanya di sapu dengan bedak biasa. Sedikit palitan gincu di letakkan di bibir. Tangannya rajin mengemaskan tali leher suaminya. Syahril memberikan senyuman manis buat isterinya.
Sebelum mereka turun ke bawah, Dirani sempat memberikan sesuatu buat suaminya.
“apa nie sayang?” soal Syahril hairan.
“takde apa-apa, cuma hadiah dari Dira untuk abang,” jawab Dirani lembut.
“ok, terima kasih.” Ringkas sahaja balasan Syahril untuk jawapan dari isterinya.
Dirani seakan bersedih dengan sikap suaminya. Dia seolah-olah lupa tentang ulang tahun perkahwinannya. Namun dia tetap bersikap bersahaja di depan suaminya. Mereka turun ke bawah utnuk sarapan pagi.
Syahril dan Dirani ke pejabat selepas selesai sarapan pagi. Sepanjang dalam perjalanannya Dirani hanya berdiam diri. Syahril pula leka mendengar celoteh dari DJ radio yang dipasang di dalam keretanya.
Hanya 20 minit masa yang diambil oleh Syahril dan Dirani untuk sampai ke pejabatnya. Usai meletakkan kereta di parking yang sediakan, Dirani menyalami tangan suaminya sebelum dia keluar dari pintu kereta. Syahril mengucup dahi isterinya sebagai balasan. Begitulah setiap kali apabila Dirani menyalami tangan suaminya.
Mereka menaiki lif untuk sampai ke tingkat atas pejabat mereka. Syahril memimpin tangan isterinya dengan kemas. Langkahnya juga semakin perlahan semenjak doktor mengesahkan kandungan Dirani. Syahril sentiasa berjalan di sisi Dirani. Perlahan langkah Dirani bermakna perlahan juga langkah yang di aturkan olehnya.
Kedua-duanya berpisah ke bilik masing-masing. Syahril melangkah ke biliknya, manakala Dirani melangkah masuk ke bilik nya sendiri. Dirani membuka pintu bilik, dia kemudiannya masuk dan meletakkan beg tangan di atas kabinet di belakang tempat duduknya. Hampir 10 minit membuat keje, pintu biliknya di ketuk perlahan.
“masuk…………” Dirani memberi arahan.
“maaf sayang ganggu Puan Dirani,” ucap Lisa pembantu kepada Syahril.
“tkpe Lisa. Ada apa?” soal Dirani.
“ada kiriman bungkusan serta sejambak bunga untuk Puan,” kata Lisa seraya memberikan bungkusan serta sejambak bunga ros merah di tangannya kepada Dirani.
“awak tau tak bungkusan serta bunga nie dari siapa?” tanya Dirani hairan.
“maaf, saya tak tau Puan,” jawab Lisa dengan senyuman yang manis.
“kalau macam tu, tkpelah. Terima kasih ye Lisa,” ucap Dirani ikhlas.
“sama-sama, Puan.”
Lisa berlalu keluar dari bilik Dirani. Dirani masih melihat bungkusan serta jambangan bunga ros merah yang telah berada di atas mejanya. Setahunya dia tidak pernah menerima apa-apa bungkusan sebelum nie.
Dirani mengambil jambangan bunga tersebut. Matanya liar mencari kalau-kalau terdapat kad yang terselit di celah bunga itu. Tiba-tiba matanya tertancak pada sekeping kad yang berwarna pink. Dia membuka kad tersebut untuk mengetahui siapa pengirimnya.
Kata-kata yang tertulis di atas kad itu di baca dengan perlahan:
“Khadeeja Dirani Binti Fahrin Ahmad,
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Kita Yang Pertama. Terima kasih kerana sudi menjadi isteri dan juga ummi kepada zuriat abang. Terima kasih kerana muncul dalam hidup abang. Terima kasih kerana sayang tidak pernah tinggalkan abang. Terima kasih sebab sayang kan diri abang. Terima kasih kerana bahagiakan diri abang dan keluarga abang. Abang terlalu cintakan diri sayang…..abang terlalu sayangkan diri sayang dan anak yang bakal sayang lahirkan.
I LOVE YOU SO MUCH……………………………..
“Jangan lupa malam nie, pakai baju yang abang hadiahkan untuk sayang.”
Ikhlas dari Megat Syahril Arfan Bin Jamal.

Dirani meletakkan kad ke atas mejanya. Perlahan-lahan tangannya membuka bungkusan yang diterimanya. Sepasang jubah berwarna pink beserta sehelai tudung diletakkan bersama dengan jubah tersebut. Kad ucapan di buka dan di bacanya sekali lagi. Air matanya menitis perlahan. Rupa-rupanya Syahril tidak lupa akan ulang tahun perkahwinan mereka berdua.
“assalamualaikum…..sayang,” ucap Syahril dengan mesra.
Dirani menoleh ke arah suara tersebut. Syahril sudah berada di muka pintu biliknya. Syahril melihatnya dengan senyuman manis.
“waalaikumussalam…….” Dirani membalas salam yang diberikan oleh sumainya.
Syahril melangkah perlahan ke arah Dirani. Tangannya menggenggam tangan lembut isterinya. Air mata yang mengalir di pipi isterinya di sapu perlahan.
“selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama,” ucap Syahril sekali lagi. Kini secara berhadapan dengan isterinya.
“terima kasih….Dira ingat abang lupa tentang nie,” kata Dirani yang masih lagi mengeluarkan air matanya.
“abang tak pernah lupa tarikh yang telah menyatukan sayang dengan diri abang,” ujar Syahril lagi.
“sayang, abang nak tanya sikit boleh?” soal Syahril.
Dirani yang dapat mengagak soalan yang akan ditanya oleh suaminya hanya tersenyum.
“hmmm….sayang lupa nak letak hadiah tu, atau sayang sengaja nak kenakan abang?” tanya Syahril lagi.
“mana ada, kan Dira yang hadiahkan untuk abang. Mestilah Dira tau hadiah tu ada kt dalam,” jawab Dirani.
“tapi abang tak nampak pun hadiah sayang ada kat dalam kotak tu?” Syahril memberitahu isterinya.
“ada, cuba abang tengok baik-baik. Dira yang bungkus kan hadiah tu, dah tentulah Dira tau hadiah apa yang Dira bagi kat abang,” balas Dirani lagi.
“betul, abang tak jumpa apa-apa kat dalam kotak tu,” kata Syahril lagi.
“abang………….kalau abang tengok kat dalam kotak tu, abang akan jumpa sesuatu yang selama nie tak pernah Dira lafazkan pada abang. Kat dalam tu, Dira letakkan kasih, sayang juga hati Dira untuk abang,” luah Dirani dengan memandang mata suaminya.
“ooo….kira 3 in 1 lah nie,” ujar Syahril.
Dirani mengannguk perlahan.
“oklah, abang masuk bilik abang dulu. Jangan lupa pakai baju yang abang hadiahkan untuk sayang malam nie,” ujar Syahril seraya ingin melangkah keluar dari bilik isterinya.
“abang………………” Dirani memanggil Syahril.
Syahril yang baru hendak membuka pintu, terhenti seketika. Dia berpaling ke arah isterinya.
I LOVE YOU TOO…………..” ucap Dirani perlahan.
Syahril kemudiannya melangkah laju ke tempat isterinya.
“boleh sayang ulang lagi,” pinta Syahril dengan senyuman.
I LOVE YOU TOO…..Dira sayangkan abang, Dira cintakan abang sepenuh hati Dira. Maaf, sebab abang terpaksa tunggu lama untuk mendengar lafaz cinta dari Dira,” kata Dirani sambil mencium tangan kasar suaminya sekali lagi.
Syahril memeluk rapat isterinya. Bertapa di gembira mendengar ayat keramat yang keluar dari mulut Dirani. Diarni membalas pelukan suaminya dengan erat. Air mata yang keluar adalah air mata kegembiraan bagi dirinya.
Tepat jam 8.00 malam Dirani keluar dari bilik tidonya. Dirani memakai jubah pemberian daripada suaminya. Tudung yang dihadiahkan juga dililit dengan kemas. Labuci yang berwarna-warni yang dihias pada jubah tersebut menampakkan lagi keanggunan Dirani pada malam itu. Syahril yang memakai baju berwarna biru serta kot hitam di luar setia menanti di ruang tamu.
Dirani menuruni anak tangga dengan perlahan. Jubah labuh yang dipakainya terpaksa diangkat naik ke atas supaya kakinya tidak terpijak kain itu.
“kak long!..........” panggil Aishah yang terkejut melihat diri Dirani yang begitu cantik pada malam itu.
“kak long ke nie?” soal Aishah yang sudah berada di depan kakak iparnya.
Syahril menoleh ke arah isterinya. Dia turut terkejut melihat penampilan isterinya malam ini. Sungguh cantik Dirani dengan memakai jubah pemberiannya. Rasa cinta terhadap diri Dirani kian bertambah.
“mama!....cantiknya kak long,” Aishah memberitahu kepada Datin Jasmine yang turut berada di ruang tamu bersama-sama dengan Syahril.
Dirani tersenyum manis menerima pujian itu. Langkah Syahril semakin hampir dengan diri isterinya.
“cantik sangat sayang abang malam nie,”ucap Syahril dengan ikhlas.
“abang jugak. Kacak sangat abang pakai macam tu,” balas Dirani lembut.
“wah….wah…..romantiknya along ngan kak long malam nie. Dah macam pasangan yang baru petama kali berjumpa.” ujar Aishah apabila melihat kemesraan antara abang dan kakak iparnya.
“terima kasih Aishah.” balas Diran ringkas.
“mama….Syahril pergi dulu ye!” Syahril meminta izin daripada Datin Jasmine.
“hmmm….yelah. Jaga menantu mama baik-baik. Jangan bawak kereta laju sangat Syahril. Menantu mama tengah mengandung tu,” pesan Datin Jasmine kepada anak lelakinya.
“insya allah mama………..” jawab Syahril.
Syahril menarik tangan Dirani keluar dari rumah itu. Pintu kereta untuk isterinya di buka. Dirani melangkah masuk ke dalam kereta. Syahril kemudiannya memandu keretanya menuju ke sebuah restoran mewah di sekitar Kuala Lumpur.
Memang menakjubkan apabila melihat suasana di dalam restoran tersebut. Didalamnya di hiasi dengan peralatan tradisional serta alat muzik moden. Setiap sudut di hiasi dengan jambangan bunga ros berbagai warna. Antaranya ros merah, ros putih serta ros merah jambu.
Dirani tiba-tiba menghentikan langkahnya. Dia pelik kerana hanya dia, Syahril serta sekumpulan pemain muzik yang berada di dalam restoran itu. Dan juga beberapa orang pelayan yang masih berdiri.
“abang….kita salah tempat tak?” soal Dirani dengan hairan.
“salah tempat apa pulak. Kita memang nak datang sini,” jawab Syahril yang memahami.
“dah tu, kenapa takde orang. Kenapa Dira ngan abang je yang ada dalam restoran nie!?. Tanya Dirani lagi.
“sebenarnya abang dah tempah seluruh restoran nie untuk kita berdua. Abang nak raikan ulang tahun perkahwinan kita nie hanya dengan sayang. Sebab tulah sayang tak nampak mana-mana pelanggan yang berkunjung ke restoran nie.” Syahril menerangkan kepada Dirani.
“dah, jom!. sambung Syahril lagi lalu menarik tangan isterinya ke sebuah meja yang dihiasi indah.
Syahril menarik kerusi untuk isterinya duduk. Dirani melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Syahril kemudiannya mengambil tempat berhadapan dengan Dirani.
Tidak lama selepas itu, seorang pelayan menuju ke arah dengan menolak troli yang berisi kek di atasnya. Angka satu di reka cantik menghiasi kek tersebut. Pelayan tersebut kemudiannya mengangkat kek dan meletakkannya di tengah-tengah antara Syahril dan juga Dirani.
Dirani yang meletakkan satu bungkusan kotak kecil di telapak tangan suaminya.
“hadiah kasih sayang lagi ke?” soal Syahril mengusik isterinya.
Dirani tersenyum dengan usikan suaminya.
“abang bukaklah,” pinta Dirani.
Syahril membuka balutan yang menghiasi kotak itu. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Seutas jam tangan lelaki terletak di dalamnya. Syahril membuka jam ditangannya dan menyarungkan dengan jam baru yang dihadiahkan oleh isterinya.
“maaf, mungkin jam tangan yang Dira hadiahkan tak semahal jam tangan yang abang pakai sekarang,” luah Dirani perlahan.
Syahril menarik tangan isterinya dan menggenggam erat.
“abang tak kisah kalau sayang tak bagi hadiah untuk abang. Lagi pun abang dah terima hadiah yang lebih berharga dari sayang.” ucap Syahril dengan ikhlas.
Syahril mengeluarkan bungkusan kecil dari pokeknya dan menyerahkan kepada Dirani.
“untuk isteri kesayangan abang,” kata Syahril.
“untuk Dira?” soal Dirani.
“aahhh…untuk sayang abanglah, untuk sape lagi?” jawab Syahril dengan menganggukkan kepalanya.
“tapi kan abang dah hadiahkan Dira bunga dan baju yang Dira pakai sekarang nie?” tanya Dirani lagi.
“itu bukan hadiah untuk ulang tahun perkahwinan kita. Yang ada di depan sayang nie baru hadiah dari abang untuk ulang tahun perkahwinan kita.” ujar Syahril
Dirani mengerutkan dahinya kurang pasti.
“apa yang sayang termenung lagi tu, bukak lah bungkusan tu!” Syahril menyuruh isterinya membuka bungkusan yang dihadiahkan olehnya.
Dirani membuka balutan pada bungkusan yang diberi oleh Syahril. Tangannya perlahan-lahan membuka kotak kecil itu. Seutas rantai yang bertahktakan batu permata di atasnya di keluarkan oleh Dirani.
“macam mana, cantik tak?” soal Syahril apabila rantai itu sudah berada di tangan Dirani.
“cantik, terima kasih bang!” ucap Dirani ikhlas.
“pakailah, abang nak tengok,” kata Syahril lagi.
Dirani melonggarkan pin pada rantai tersebut dan menyarungkannya pada tangan sebelah kiri. Tapi tidak lama selepas itu dia membuang kembali rantai yang tersarung pada tangannya.
“besar sangat rantai tangan nie bang, tak padan dengan tangan Dira. Takpelah bang! lepas Dira kecikkan rantai tangan nie, Dira pakai balik.” ujar Dirani lalu meletakkan kembali ke dalam kotak tersebut.
Syahril bangun dari tempat duduknya. Dia kemudiannya mengambil rantai tersebut dan duduk di depan Dirani. Kaki milik Dirani di angkat dan di letakkan di atas pehanya. Dirani yang terkejut dengan perbuatan Syahril segera menyuruh suaminya bangun.
“abang…….bangunlah. Abang buat apa nie?” soal Dirani sambil matanya meliar-liar memandang kepada sekumpulan pemuzik yang ada di situ. Ada di antaranya yang tersenyum melihat ke arah mereka.
Syahril tidak mendengar kata-kata isterinya. Syahril menyelak kain jubahmilik Dirani, ternampak sedikit betis gebu milik Dirani. Dia kemudiannya menyarungkan rantai tersebut pada kaki isterinya.
 Dirani yang tadinya menyangkakan rantai itu adalah gelang tangan, merasa malu. Syahril meletakkan kembali kaki isterinya ke bawah. Dia mendongak ke atas untuk melihat wajah isterinya. Dirani tertunduk malu dengan perbuatannya tadi.
Kini Syahril kembali duduk di atas kerusi berhadapan dengan Dirani.
“maaf, Dira ingatkan rantai tangan tadi.” ucap Dirani yang masih lagi tertunduk malu.
Syahril ketawa melihat gelagat Dirani yang tak ubah seperti pertama kali mereka berjumpa. Wajahnya pasti akan bertukar warna jika dia merasa malu.
Alunan muzik mengiringi mereka semasa mereka sedang menjamu selera. Malam yang begitu indah buat pasangan suami isteri ini. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan mereka.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama