AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 1 & 2


BAB 1
SEKALI KAU KATA CINTA….CUKUP UNTUKKU MENCINTAIMU SELAMANYA
Dira Zulaikha sebuah nama yang cukup cantik dan indah bagi sesiapa saja yang mengenali Dira Zulaikha. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang serba serbi kekurangan namun Dira Zulaikha tak pernah menyesal kerana dia mempunyai keluarga yang sentiasa bahagia. Dia bertuah kerana arwah ayahnya meninggalkan sebuah rumah yang agak besar untuk mereka berdua berteduh dari hujan dan juga panas. Walaupun usianya masih muda namun Dira Zulaikha telah memikul tanggungjawab untuk menyara ibunya yang kadang-kadang sakit selepas kematian ayah tersayang. Mempunyai dua orang kawan yang sentiasa mengambil berat dan bersamanya, Anum dan juga Ain. Dira Zulaikha menyara dirinya dan juga ibunya dengan hanya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital bersama-sama dengan Anum dan juga Ain.
“Dira!!!!...”panggil Anum semasa dira sedang menyuapkan makanan ke dalam mulut.
“ya….” Sahut Dira Zulaikha sambil meletakkan makanan di atas meja dihadapannya.
“aku dengar ada seorang doktor baru akan bertugas di hsopital nie,” beritahu Anum kepada Dira Zulaikha.
“doktor baru? Sape? Kau kenal dia ke? Bila dia nak bertugas di hospital nie?” pelbagai persoalan keluar dari mulut kecil milik Dira Zulaikha.
“kalau ye pun kau tanya, janganlah banyak sangat…kau ingat aku nie wartawan ke, haaa,” kata Anum seraya bangun dari tempat duduknya dan mengambil tempat di sebelah dira.
“memanglah kau nie wartawan pada aku. Kau kan suka jawab soalan-soalan dari aku. Haaa…kalau tak macam mana kau tau yang ada doktor baru akan bertugas di hospital nie. Apalah kau nie,” kata Dira Zulaikha sambil menampar bahu kawannya.
“kau agak-agaklah nak tampar bahu aku pun, kau ingat tak sakit ke bahu aku nie. Kau panggil kau wartawan? Alah…kau nie wat malu aku je Dira. Kalau kau nak tau kau lah orang pertama yang panggil aku macam tu. Aku bukan apa, dulu aku memang bercita-cita nak jadi wartawan nie. Tapi tulah, aku jadi wartawan kat hospital pulak, wartawan untuk kau pulak tu,” balas Anum selmaba.
“oklah tu, akau jadi wartwan untuk aku. Dahlah, cepat cakap camner kau tau ada doktor baru yang bertugas kat sini?” soal dira dengan tidak sabar.
“yelah-yelah, tuan puteri. Tapi aku gtau apa yang aku tau jelah ek. Dia tu merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri yang juga bekerja di hospital nie. Aku tak kenal lah pulak sape mak bapak dia. Dia baru je tamat belajar kat Luar Negara dalam bidang kedoktoran. Nama dia pulak kalau tak silap aku….hrrmmm Sha…Shahir Safwan. Haaa betullah, dan satu lagi aku dengar yang dia akan bertugas kat sini minggu depan,” terang Anum kepada Dira.
“oooooooo…..” ujar Dira ringkas.
“mak aii…panjangnya ooooo kau ut,” tegur Anum dengan tersenyum.
“dahlah, jom sambung makan balik. Waktu rehat nak habis dah nie. Lagi pun, aku banyak lagi keje nak buat,” kata Dira lalu mengunyah makanan di dalam mulutnya.
Dira Zulaikha memulakan kerja selepas selesai berehat dan bersarapan. Hari nie dia ditugaskan untuk membersihkan ruangan bilik Dr. Syikin yang selama ini dilakukan oleh Ain. Tetapi disebabkan Ain cuti sakit, jadi Dira Zulaikha terpaksa ganti tugas Ain.
Berdebar jugak Dira Zulaikha apabila melangkah masuk ke ruangan bilik Dr. Syikin. Yelah, selama nie dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke bilik Dr. Syikin dan juga Dr. Norman. Selalunya dia ditugaskan untuk membersihkan bilik pesakit dan juga koridor-koridor di hospital.
Dira zulaikha melakukan kerja dengan berhati-hati agar tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Sedang leka Dira Zulaikha mengemop lantai tiba-tiba dirinya di sapa dari belakang. Sejurus mendengar sapaan itu, dia segera berpaling. Alangkah terkejut apabila Dr. Syikin berdiri di hadapannya dengan sebuah senyuman yang sedang teukir dibibirnya.
“assalamualaikum, Dr,” sapa Dira Zulaikha sopan.
“waalaikumussalam….auntie suka tengok keje awak,” puji Dr. Syikin ikhlas sambil duduk di atas kerusi panjang yang ada di sebelah Dira Zulaikha.
“hmmmm…”
“auntie tengok awak sentiasa berhati-hati semasa melakukan kerja membersih nie. Duduklah,” jemput Dr. Syikin.
“tapi,” kata Dira Zulaikha terhenti di situ.
“tapi apa?” tanya Dr. Syikin ingin tau.
“baju saya kotor, takut jugak kalau kerusi nie kotor nanti bila saya duduk kat atas,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“auntie tak kisah ngan semua tu. Lagi pun bukannya berdosa kalau baju awak kotor ke apa ke…duduk je sini,”jemput Dr. Syikin sekali lagi seraya menepuk kerusi itu.
“baiklah Dr…..time kasih,” ujar Dira Zulaikha dengan lembut sambil mengambil tempat di sebelah Dr. Syikin.
“awak nie pekerja baru kat sini ke? auntie tak pernah pun lihat awak sebelum nie. Siapa nama awak?” tanya Dr. Syikin ingin tau.
“dah sebulan lebih saya bekerja kat sini….” balas Dira Zulaikha.
“ooo…dah lama jugak! Tapi kenapa auntie tak pernah tengok atau terserempak ngan awak!” ujar Dr. Syikin.
“nie, kali pertama saya membersihkan bilik Dr. Sebelum nie saya hanya membersihkan bilik pesakit dan koridor-koridor je.”
“ooo, macam tu. Awak belum jawab lagi soalan auntie yang satu lagi tadi,” kata Dr. Syikin.
“haaa….”
“auntie tanya, sape nama awak?” ujar Dr. Syikin lembut.
“nama saya Dira….Dira Zulaikha,” balas Dira Zulaikha dengan perlahan seraya menundukkan kepalanya.
“cantik nama Dira..secantik tuannya,” puji Dr. Syikin ikhlas.
Dira Zulaikha tersenyum manis.
“sebelum nie, Dira….erk, boleh auntie panggil Dira?” tanya Dr. Syikin.
Dira Zulaikha mengangguk.
“time kasih…sebelum nie Dira kerja kat mana?” soal Dr. Syikin lagi.
“sebelum Dira mula kerja kat hospital nie, Dira dah bekerja di sebuah kilang arang di kampung Dira,” jawab Dira Zulaikha tanpa berselindung.
“subhanallah!” mengucap Dr. Syikin apabila mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut kecil Dira Zulaikha.
“kenapa doktor? salah ke Dira buat keje macam tu?” tanya Dira sambil memandang wajah tulus Dr. Syikin.
“tak, auntie tak maksudkan macam tu. Dira tau tak, Dira masih terlalu muda untuk dan kulit Dira masih terlalu lembut untuk keje kat tempat macam tu,” ujar Dr. Syikin lembut.
“tau! Tapi Dira tak pernah kisah untuk buat keje macam tu. Dira sanggup lakukan apa saje asalkan mak Dira tak kelaparan dan Dira dapat belikan mak ubat…” kata Dira Zulaikha yang sedikit sayu.
“mak Dira sakit?” tanya Dr. Syikin.
Dira Zulaikha mengangguk perlahan.
“ayah Dira tak keje?” tanya Dr. Syikin lagi.
“ayah dah lama meninggal dunia. Masa tu umur Dira baru mencecah 19 tahun, kalau tak silap Dira,” jawab Dira Zulaikha sambil menitiskan air matanya.
“ayah Dira dah setahun meninggal,” sambung Dira Zulaikha lagi.
“ya Allah, maafkan auntie ye!” Dr. Syikin segera memohon maaf kepada Dira Zulaikha.
“takpe dr, Dira dah biasa,” ujar Dira Zulaikha sambil mengesat air mata yang jatuh dipipinya.
“boleh Dira panggil auntie dengan panggilan ‘auntie’,” pinta Dr. Syikin lembut.
“haaa….tapi!” Dira yang terkejut dengan permintaan Dr. Syikin tidak dapat meneruskan katanya.
“boleh?” pinta Dr. Syikin lagi.
“ya, Allah….layakkah aku memanggilnya ‘auntie’. Tolonglah hambamu ini Ya, Allah,” ngomel Dira Zulaikha dalam hati.
“Dira!” panggil Dr. Syikin sambil menyentuh lembut tangan Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha hanya memberikan senyuman yang manis buat Dr. Syikin.
“boleh ye, Dira panggil auntie macam tu!” ujar Dr. Syikin lembut.
“terima kasih auntie sebab sudi bagi Dira panggil Dr, ‘auntie’!” ujar Dira Zulaikha.
“sama-sama Dira,” balas Dr. Syikin.
“kalau macam tu, Dira minta diri dulu ye,” pinta Dira Zulaikha lalu bangun dari tempat duduknya.
“yelah, elok-elok masa tengah buat keje nanti!”
Dira Zulaikha segera keluar dari ruangan bilik Dr. Syikin selepas meminta kebenaran dari Dr. Syikin. Sebaik sahaja melepasi pintu bilik Dr. Syikin, Dira Zulaikha bertembung dengan suami Dr. Syikin iaitu Dr. Norman yang kebetulan mahu berjumpa dengan Dr. Syikin. Dira Zulaikha mengucap selamat pagi kepada Dr. Norman sebagai tanda hormat. Dira Zulaikha sangat gembira kerana Dr. Norman sentiasa baik dengan semua pekerja-pekerjanya.
Dr. Norman segera masuk ke ruangan bilik isterinya selepas menjawab ucapan Dira Zulaikha.
“assalamualaikum,” sapa Dr. Norman selepas memasuki ke ruangan bilik isterinya.
“ooo, abang!....waalaikumussalam,” jawab Dr. Syikin sambil bangun dari tempat duduknya dan menyalami tangan suaminya.
“Dira Zulaikha baru keluar dari bilik awak ke, Syikin?” soal Dr. Norman ingin tau.
“abang kenal ke dengan Dira?” soal Dr. Syikin kembali.
“mana tak kenalnya, ayah Dira kawan baik abang masa kecik lagi. Tapi Dira tak tau abang adalah kawan rapat ayah dia. Sebab setiap kali abang pergi rumah kawan abang tu, tak pernah sekali pun abang jumpa ngan dia. Masa dia kecik-kecik dulu biasalah dia tengok muka abang. Tapi sekarang nie mungkin dia tak ingat,” jawab Dr. Norman.
“lagi pun dah beberapa tahun abang tak jumpa dengan ayah Dira. Abang tau pun Dira nie anak kawan abang sebab pernah satu ari tu abang terbaca details peribadi dia. Sampai sekarang abang tak berkesempatan nak tanya pasal dia dan mak ayah dia,” sambung Dr. Norman lagi.
“apa?. Saya tak tau pun,” ujar Dr. Syikin.
“awak tak tanya,” balas Dr. Norman ringkas.
“alahhh abang nie! Tapi saya kesian tengok Dira tu bang. Dahlah ayahnya dah meninggal dunia, mak pulak tengah sakit,” ujar Dr. Syikin.
“what!! Apa awak cakap, ayah Dira dah meninggal dunia?” tanya Dr. Norman terkejut.
“ya, ayah Dira dah takde. Dah setahun ayah Dira meninggal. Aik, takkan abang tak tau tentang nie. Kata kawan dari kecik. Baru sekejap tadi, Dira bagi tau kat saya, bang,” ujar Dr. Syikin.
“ya Allah…abang tak tau apa-apa. Dah lama ke ayah Dira meninggal?” soal Dr. Norman lagi.
“kata Dira dah 1 tahun ayah dia meninggal. Saya sedihlah bang, dia muda-muda lagi dah keje untuk menyara keluarga. Nak beli ubat untuk mak dia yang sakit lagi…” balas Dr. Syikin.
“ya, Allah..kenapalah abang tak tau semua nie. Petang nanti, kalau boleh abang ingat nak pergi rumah Dira. Harap-harap alamat rumahnya masih sama dengan alamat rumah yang dulu,” ujar Dr. Norman.
“saya nak ikut?” kata Dr. Syikin dengan tiba-tiba.
“awak nak ikut sama?” soal Dr. Norman kepada isterinya.
“ya…saya nak ikut. Petang nie abang tunggu saya kat bilik abang.” pesan Dr. Syikin kepada Dr. Norman.
“hmmm…yelah, tapi jangan lambat pulak,” balas Dr. Norman mengingatkan isterinya.
“ye….” ringkas jawapan Dr. Syikin.
Dira Zulaikha sangat gembira hari nie kerana dapat berjumpa dengan Dr. Syikin yang sangat peramah orangnya. Sedang leka Dira mengelamun, tiba-tiba dirinya disergah dari belakang hingga membuatkan dia terjatuh dari kerusi.
“ops! Dira….sori-sori, aku tak sengaja,” kata Anum yang terus membantu Dira Zulaikha bangun dari tempat kawannya terjatuh.
“kau nie kan, suka sangat buat aku macam tu. Sakit pinggang aku, tau dak!” ujar Dira Zulaikha geram.
“yelah, tapi kau nie kalau nak mengelamun pun janganlah sampai aku yang duk kat belakang kau nie kau tak sedar langsung,” kata Anum.
“aku bukannya sengaja pun nak sergah kau macam tu, tapi dah 3 kali aku bagi salam pun kau dengar jugak,” sambung Anum lagi.
“aku bukan apa pun, aku happy sangat ari nie,” balas Dira Zulaikha dengan tersenyum.
“happy?. kenapa?. ada orang syok kat kau ke?” soal Anum dengan tidak sabar.
“syok kat aku?..hmm..sapelah yang nak kat aku nie!. Takdelah, aku kena bersihkan bilik Dr. Syikin ari nie. Lepas tu dia ajak aku berbual sekali ngan dia,” bagitahu Dira Zulaikha.
“takkan sebab tu je kau happy!” kata Anum hairan.
“aku tak habis lagi cakap minah, yang kau dah menyampuk tu kenapa?. Tunggulah aku habis cakap dulu,” ujar Dira Zulaikha dengan geram.
“ooo…kau tak habis cakap lagi ek?..hehehe, sori!!.
“Dr. Syikin suruh aku panggil dia auntie….” kata Dira Zulaikha yang masih lagi tersenyum.
“apa? Dr. Syikin suruh kau panggil dia auntie?” tanya Anum yang seakan tidak percaya.
“ya…ya…sebab tulah aku happy sangat ari nie. Kali pertama aku berjumpa dengan Dr. Syikin tapi aku tak sangka dia suruh aku panggil dia macam tu,” balas Dira Zulaikha.
“….aku rasa macam mimpi je Anum,” sambungnya lagi.
“kau tak mimpi pun, Dira…kau memang patut gembira. Kau memang bertuah Dira,” kata Anum yang turut sama gembira melihat Dira.
Dira Zulaikha hanya memandang Anum.
“hari nie kau shift malam tak?” tanya Anum.
“tak, kenapa kau tanya?” soal Dira Zulaikha kembali.
“kau teman aku pergi kedai mini jap balik nanti,” jawab Anum dengan ajakan.
“kedai mini?. kau nak beli apa?” tanya Dira Zulaikha kepada temannya ingin tau.
“barang peribadi…alah, takkan kau tak tau kot. Kau buat-buat tau lah ek!” ujar Anum dengan selamba.
“aku taulah,” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
“bagus! oklah, aku nak pergi bilik aku air jap,” kata Anum seraya bangun dari tempat duduknya dan menuju ke bilik air.
Selepas waktu bekerja, Dira Zulaikha dan Anum bergegas keluar dari tempat keje. Dia dan Anum singgah di kedai mini yang telah dicadangkan oleh Anum. Semasa Anum memilih barang yang diingini, Dira Zulaikha mengambil keputusan untuk membeli sedikit barang bagi dirinya. Sedang dia beria-ria memilih barang yang tersusun di atas rak di kedai mini tersebut, tiba-tiba dirinya terlanggar dengan seseorang. Dira Zulaikha segera berpaling ke belakang dan terkejut di hadapannya kini terdapat seorang jejaka yang sangat hensem.
“ya Allah, hensemnya dia!” ngomel Dira Zulaikha dalam hati sambil tersenyum.
“kamu takde mata ke? kat mana kamu letak mata tu?” tanya jejaka tampan tersebut itu dengan nada yang marah.
Senyuman di bibir Dira Zulaikha terus lenyap apabila mendengar suara jejaka dihadapannya.
“ish, mamat serabut nie..kurang asam jawa betul. Aku tarik baliklah ayat tampan yang aku kata kat dia tadi,” ngomel Dira Zulaikha dalam hatinya yang sekarang penuh ngan perasaan geram dan marah.
“haaa…kenapa ko diam pulak? takde mulut atau dah bisu?” tanya jejaka tersebut bertalu-talu
“mulut takde insurans betul!” ujar Dira Zulaikha perlahan tetapi telinga jejaka tersebut dapat mengungkap kata yang keluar dari mulut Dira Zulaikha.
“apa kau cakap?” soal jejaka tersebut.
“ish, mamat serabut nie…boleh pulak dia dengar apa yang aku cakap. Padahal aku cakap bukan main perlahan lagi,” sekali lagi dia bercakap dalam hatinya.
“takde apa-apalah ‘mamat serabut’,” kata Dira Zulaikha dengan selamba sambil berlalu pergi.
“eh, mi…minah!!!! panggil jejaka tersebut tapi panggilannya tidak diendahkan.
“minah nie kurang sambal betullah. Dahlah langgar aku, tak  mintak maaf pulak tu!” sambung jejaka itu lagi.
Dira Zulaikha tergesa-gesa mencari Anum agar dirinya boleh balik dengan cepat dan berharap dia tidak akan terserempak lagi dengan mamat serabut yang dilanggarnya tadi. Selepas Anum membuat pembayaran, Dira Zulaikha cepat-cepat menarik tangan Anum dan dengan pantas keluar dari kedai mini itu.
“kau nie kenapa, Dira? macam baru lepas jumpa ngan hantu je,” kata Anum yang tiba-tiba pelik dengan sikap kawannya itu.
Dira Zulaikha mendiamkan dirinya.
“Dira……Dira Zulaikha!!” panggil Anum dengan kuat.
“ya, ada apa?” tanya Dira Zulaikha yang masih berjalan dengan lajunya.. Tidak sekali pun dia berpaling ke belakang, kiri mahupun ke kanan.
“aku tanya nie, asal muka kau nampak pucat je. Kenapa kau tergesa-gesa nak balik?. Kau baru lepas jumpa dengan hantu ke?” soal Anum sekadar bergurau.
“ye…aku memang baru jumpa ngan hantu. Tu yang aku nak balik cepat sangat nie. Hantu yang aku jumpa nie mulut di ya Allah, memang betul-betul takde insurans langsung. Nak je aku bagi penampar kat hantu tu tadi,” balas Dira Zulaikha geram.
“jap..jap. Sape yang aku maksudkan nie Dira?” tanya Anum yang masih lagi laju mengikut jejak langkah Dira Zulaikha di hadapannya.
“nantilah aku citer. Jalanlah laju sikit, nanti lambat pulak sampai kat rumah,” pintanya lagi.
“dah lajulah nie aku jalan………” kata Anum.
Sesudah sampai di rumah, Dira terus melangkah masuk apabila Anum juga telah menghilangkan dirinya masuk ke dalam rumahnya.
“assalamualaikum,” ucap Dira zulaikha sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.
“waalaikumussalam, kak long. Kenapa lambat sangat balik. Keje banyak sangat ke?” tanya Mak Zeera lembut.
“takdelah mak. Sebenarnya kak long temankan Anum pergi kedai mini kejap, dia nak beli barang. Nie yang lambat sampai kat rumah nie,” jawab Dira Zulaikha sambil duduk ibunya yang etrbaring di atas tilam.
“kesian anak mak! dah makan?. soal Mak Zeera sambil memegang tangan lembut anaknya.
“belum lagi, laparlah!” balas Dira Zulaikha dengan mimik muka yang sedih.
“alah, kesiannya anak mak! pergilah makan! Kat dapur ada sikit lauk untuk kamu yang mak simpankan tadi,” ujar Mak Zeera.
“oh, ye ke?..Dira pergi ambil makanan dulu ye,” kata Dira Zulaikha sambil menuju ke dapur.
Mak Zeera tersenyum melihat anaknya itu.
“mak dah makan?” soalnya pula selepas keluar dari dapur dengan membawa pinggan yang berisi nasi dan juga lauk diatasnya serta segelas air.
“dah…mak dah makan tadi kawan-kawan mak sebelum kamu balik lagi,” balas Mak Zeera seraya melihat Dira Zulaikha duduk bersila disisinya.
“sedapnya lauk nie!!” kata Dira Zulaikha sambil memandang wajah ibunya.
“sedap?” tanya Mak Zeera.
“urhmm…sedap sangat! Sape bagi? Mak ada suruh sape-sape yang beli ke lauk nie?” pertanyaan bertalu-talu keluar dari mulut kecil Dira Zulaikha yang semakin berselera makan.
“Dr. Norman dan Dr. Syikin yang bagi tadi,” jawab Mak Zeera.
Dira Zulaikha yang mendengar terus tersedak dan kemudiannya terbatuk kecik.
“kak long ok tak nie?. minum air tu,” pinta Mak Zeera.
Dira Zulaikha terus mengikut cakap ibunya. Dengan perlahan air di dalam gelas diminumnya.
“mak kata Dr. Norman dan Dr. Syikin yang bagi?. Mereka berdua datang kat rumah kita ke mak?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“ya! Kamu kenal ke mereka berdua tu?” tanya Mak Zeera kembali.
“kenal mak! mereka berdua tu doktor kat tempat kak long bekerja sekarang nie,” balas Dira Zulaikha.
Mak Zeera memandang Dira Zulaikha tanpa berkelip.
“kak long nak tanya mak nie. Mak kenal ke dengan Dr. Norman dan Dr. Syikin tu sampai diorang boleh datang kat sini?” tanya Dira Zulaikha yang inginkan kepastian.
“ya, mak kenal sangat dengan mereka berdua tu! Sebenarnya Dr. Norman tu kawan kepada arwah ayah kamu. Dan Dr. Syikin pulak…….mak terkejut kerana tak sangka yang kami dapat jumpa lagi setelah berpisah dahulu. Dr. Syikin tu sebenarnya adik angkat kepada mak.” Mak Zeera menjelaskan kepada Dira Zulaikha dengan tenang.
“adik angkat mak?. Dr. Syikin tu adik angkat mak?” soal Dira Zulaikha lagi.
“urhmm…mak nie sebenarnya anak tunggal dalam keluarga arwah tok dan juga arwah opah kamu. Disebabkan mak nie anak tunggal jadi mak mintak arwah opah kamu untuk memberikan mak adik tapi malangnya arwah opah kamu tu tidak boleh mengandung lagi. Jadi arwah tok kamu minta arwah opah kamu untuk mengambil seorang lagi anak angkat. Dan Dr. syikin tulah yang telah menjadi adik angkat kepada mak dan anak angkat kepada arwah tok dan juga opah kamu………”
Dira Zulaikah tekun mendengar penjelasan daripada Mak Zeera.
“kami rapat sangat sehinggalah tiba hari yang memisahkan kami berdua,” sambung Mak Zeera.
“macam mana boleh jadi macam tu mak?” soal Dira Zulaikha.
“mak ingat lagi, suatu ari tu arwah tok kamu ada ajak mak, arwah opah dan juga adik angkat mak pergi membeli-belah di pekan. Waktu tu kami sangat gembira kerana selama nie kami memang tak pernah pergi ke pekan. Ketika dalam perjalanan, sebuah kereta telah merempuh motosikal yang dinaiki oleh kami berempat. Arwah tok ngan arwah opah kamu cedera parah dan tak dapat nak diselamatkan. Dan selepas kejadia tu, mak dan jugak adik angkat mak iaitu Dr. Syikin yang sekarang nie telah dihantar ke rumah kebajikan masyarakat kerana kami berdua tidak ada saudara mara yang lain,” terang Mak Zeera dengan tenang.
“tapi kenapa baru sekarang kak long tau tentang yang mak mempunyai seorang adik angkat? Kenapa baru sekarang Dr. Syikin datang berjumpa dengan mak kalau betul dia adik angkat mak?” soal Dira Zulaikha lagi.
“semasa kami membesar di rumah kebajikan masyarakat tu, kami telah terpisah kerana mak dan adik angkat mak telah diambil oleh pasangan suami isteri yang berlainan. Sejak dari itu, mak dan adik angkat mak tidak pernah berjumpa sampai sekarang. Dari situlah hubungan kami terus terputus. Mak betul-betul rasa gembira hari nie kerana dapat berjumpa kembali dengan adik angkat mak yang telah lama terpisah,” jawab Mak Zeera dengan senyuman dibibirnya.
“tapi, selama nie kak long tak pernah tengok arwah ayah jemput Dr. Norman dan Dr. Syikin datang kat rumah nie!” ujar Dira Zulaikha yang masih lagi hairan.
“Dr. Norman selalu datang sini jumpa ngan arwah ayah kamu dulu. Masa kak long kecik-kecik dulu pun dia selalu datang kat rumah kita nie.Cuma sejak beberapa tahun nie dia sibuk dan tak berpeluang untuk datang kat rumah kita nie. Setiap kali dia datang kak long mesti takde kat rumah nie. Dr. syikin pulak memang tak pernah datang rumah kita, mak pun tak pernah kenal dengan isteri Dr. Norman kawan arwah ayah kamu tu. Nielah kali pertama Dr. Syikin datang rumah kita. Mak pun tak sangka yang adik angkat mak tu adalah isteri kepada kawan arwah ayah kamu,” balas Mak Zeera yang masih lagi tersenyum gembira.
Dira Zulaikha tidak lagi bertanya kepada maknya. Dia hanya tersenyum melihat kegembiraan yang diterima oleh Mak Zeera. Tidak pernah dia melihat kegembiraan itu sejak arwah ayahnya meninggal. Dira Zulaikha berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberi rezeki kepada ibunya untuk bertemu kembali dengan adik angkatnya yang telah terpisah lama.


BAB 2
Hari nie seperti biasa Dira Zulaikha akan melakuka kerja seperti biasa. Setiap pagi dia akan membersihkan kawasan koridor manakala pada sebelah petang pula dia akan membersihkan bilik-bilik pesakit.
Sedang leka Dira Zulaikha membersihkan koridor, tiba-tiba ada seorang jejaka melalui koridor yang tengah dibersihkan oleh Dira Zulaikha. Dira Zulaikha merasa sangat geram kerana masih banyak lagi laluan yang boleh dilalui tapi kenapa jugaklah tempat yang tengah dibersihkannya menjadi tempat laluan jejaka tersebut.
Disebabkan perasaan geram tengah membuak-buak, Dira Zulaikha terus memarahi jejaka dihadapannya tanpa menyedari jejaka tersebut doktor baru di hospital itu.
“awak nie kenapa haa, takde mata ke?” tanya Dira Zulaikha sambil memandang jekaja itu.
“minah nie! eh, aku macam pernah jumpa je ngan dia. Kat mana ye? urmm…oh, baru aku ingat, minah nie lah yang langgar aku tempoh hari masa kat kedai mini tu,” omel jejaka tersebut dalam hati.
“kenapa diam?. bisu ke?” soal Dira Zulaikha lagi.
Tidak ada satu pun perkataan yang keluar dari mulut jejaka tersebut. Sebaliknya panahan mata yang berwarna coklat milik jejaka tersebut yang telah membuat jantung Dira Zulaikha berdegup kencang.
Semasa Dira Zulaikha mengalami situasi yang sangat mendebarkan, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan satu suara dari arah belakang jejaka tersebut.
‘Dr. Shahir!! Dr. Shahir Safwan!!” panggil seorang nurse dibelakang jejaka tersebut yang masih lagi memandang Dira Zulaikha.
“sape pulak Dr. Shahir Safwan nie? makk!!! bukan ke tu nama doctor baru yang akan bertugas di hospital nie hari nie. Takkan dia…..adoii, mampus aku. Memang aku nak kena ari nie, tak pasal-pasal dia buang aku keje nanti,” omel Dira Zulaikha dalam hati dengan satu perasaan yang sangat gemuruh.
“Dr. Shahir Safwan!!” panggil nurse tu lagi.
“ya!” jawab Shahir Safwan lantas memusingkan badannya ke belakang memandang nurse itu.
“bilik doktor dah siap saya kemaskan, doktor boleh masuk bilik sekarang,” ujar nurse itu lagi.
“ooo, baiklah! terima kasih,” kata Shahir Safwan kepada nurse dihadapannya.
“sama-sama,” kata nurse tersebut lalu berlalu pergi meninggalkan Shahir Safwan dan juga Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha yang tadinya hanya memandang doktor baru itu mengambil keputusan untuk berlalu dari situ dengan cepat. Baru saja kaki Dira Zulaikha melangkah pergi, tiba-tiba dirinya dipanggil. Dengan perlahan, Dira Zulaikha berpaling ke arah suara itu.
“do…doktor panggil saya ke?” soal Dira Zulaikha dengan gementar.
“takdelah, saya panggil mop kat tangan awak tu!” jawab Shahir Safwan sambil memandang mop di tangan Dira Zulaikha.
“habis tu, kamu ingat saya panggil sape?. cepat ikut saya masuk pejabat! sekarang!!” pinta Shahir Safwan lalu melangkah pergi.
“”sekarang?” soal Dira Zulaikha dengan tidak percaya.
“taklah, minggu depan!” jawab Shahir selamba.
“hahh??”
“sekaranglah!” marah Shahir Safwan sambil meneruskan langkahnya.
Dira Zulaikha yang mendengar arahan dari doktor baru it uterus memulakan langkah mengikut jejaka tersebut. Mulutnya sedikit dimuncungkan ke depan.
Di dalam bilik Shahir Safwan, Dira Zulaikha hanya berdiri walaupun diberi arahan untuk duduk. Namun dirinya tidak sekali pun mengangkat mukanya untuk memandang jejaka tersebut walaupun dia tahu jejaka itu sedang asyik merenungnya.
“ishh, mamat serabut nie…asyik tengok aku je. Aku taulah aku nie memang ‘shomell’ semulajadi, haaa..kan aku dah keluarkan ayat keramat aku. Dahlah tu, aku tengah takut nie! Risau pun ada jugak nie, yelah hanya aku ngan dia je yang ada dalam bilik nie. Pintu tu pulak tertutup rapat. Kalau ada orang yang nampak, mesti diorang report kat JAIS nanti. Malu!!” mana aku nak letak muka aku nie,” omel Dira Zulaikha keseorangan.
“awak tak payah nak takutlah. Saya takde niat pun nak pandang wajah kamu tu. Lagi pun bukan luak sangat kalau saya tengok muka kamu tu. Jangan kamu nak perasan pulak yang saya akan suka kat kamu sebab asyik tengok muka kamu tu tadi, ok?” kata Shahir Safwan sambil mengalihkan pandangannya ke skrin computer di atas mejanya.
“laa..mamat serabut nie, boleh pulak dia tau apa yang aku omel dalam hati tadi. Ajaib!! Tapi mulut dia tu memang aku tak suka. Memang takde insurans langsung, ada ke patut dia cakap muka aku nie takkan luak untuk dipandang. Mamat sengal…geram aku!! omel Dira Zulaikha dalam hati lagi sambil memandang tajam muka jejaka aka doktor baru itu yang leka mengadap skrin computer didepannya.
“kamu nie kan memang ada sikap yang pelik yang memang kamu tak dapat nak elakkan ke?” tanya Shahir Safwan tiba-tiba. Namun matanya tetap melihat akan skrin computer didepannya.
“hahhh!”……
“suka-suka je ye kamu marah kat saya tadi, takde keje ke?. Lagi pun saya bukan sengaja lalu kat tempat yang tengah kamu bersihkan tadi. Dah jalan tu je yang saya ada untuk masuk kt bilik saya nie. Nasib baiklah saya nie doktor kat sini, kalau saya tadi nie pelawat?. Dah sah-sah pelawat tu takut nak datang kat hospital nie lagi,” ujar jejaka itu seakan memperli Dira Zulaikha.
“banyak cakap pulak mamat biru nie. Dia pulak yang lebih-lebih nak marah kat aku,” kata Dira Zulakiha dengan suara yang agak perlahan.
“lagi satu, kamu memang tak pernah belajar nak mintak maaf kat orang lain ke?. Dahlah ari tu masa kat dalam kedai mini pun kamu tak  mintak maaf ngan saya. Ari nie tetiba je kamu marah kat saya sebab lalu kat laluan tu tadi.” ujar Shahir Safwan lagi.
“langgar dia?. aku langgar dia?. kat kedai mini?. bila ye?” omel Dira Zulaikha sambil berfikir ligat.
“ooo….baru ingat, masa tu aku tengah temankan Anum beli barang. Yang aku nie pulak tengah leka pilih barang kat atas rak tu. Manalah aku perasan dia ada kat situ,” omelnya lagi.
“saya…saya tak sengaja tu…dok…doktor, masa tu saya leka sangat pilih barang,” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“lain kali, jangan leka sangat pilih barang tu….tak pasal-pasal semua orang dilanggar oleh akmu nanti,” kata Shahir Safwan dengan memandang tepat pada wajah Dira Zulaikha yang putih berseri itu.
“bila aku boleh keluar dari bilik mamat biru nie?. tak sanggup aku nak dengar bebelan dia lagi,” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
“kamu boleh keluar sekarang, lama kamu ada kat sini tak siaplah semua keje-keje saya kat atas meja nie,” arah Shahir Safwan.
“dasar mamat serabut, mamat biru!” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“kamu kata saya nie apa?” soal Shahir Safwan yang tidak pasti dengan perkataan yang keluar dari mulut Dira Zulaikha.
“tak…tak…takde apa-apa, saya keluar dulu ye,” ujar Dira Zulaikha dengan sedikit gagap. Dia kemudiannya melangkah ke pintu untuk keluar.
“bagus jugak, nanti tak pasal-pasal saya kena tangkap basah ngan kamu,” kata Shahir Safwan dengan selamba sambil memandang Dira Zulaikha yang membelakanginya.
Dira Zulaikha pantas berpaling melihat ke arah Shahir Safwan. Hatinya geram dengan sikap jejaka itu.
“eiii…ko memangkan . Dasar mamat serabut, mamat biru!” ujar Dira Zulaikha dengan nada geram. Dia segera memulas tombol pintu dan segera keluar sebelum jejaka itu memanggilnya lagi. Pintu bilik dihempas kuat.
“oii minah………..kau nie kan memang minah pinklah!” kata Shahir Safwan dengan suara yang agak kuat walaupun dia tau Dira Zulaikha sudah keluar dari biliknya itu.
“padam muka kau mamat serabut..kau ingat senang ke nak kutuk aku nie. Nie Dira Zulaikha lah, pantang aku menyerah. Nampak je aku kecik macam nie, tapi aku lebih kuat dari kau tau!” Dira Zulaikha ketawa apabila mendengar pekikan dari luar pintu bilik jejaka itu.
“takpe-takpe…jagalah kau minah pink!!!..ari nie ari kau, lain kali teruk aku kejekan kau nanti.” kata Shahir dengan nada yang masih geram.
Dira Zulaikha meneruskan keje untuk membersihkan koridor. Hampir sejam keje yang dilakukan telah pun selesai. Dira Zulaikha menuju ke bilik rehat yang biasa didudukinya dengan kawan-kawan yang lain. Hanya dia seorang saja yang berada di situ semasa dia sampai ke tempat itu. Sementara menunggu rakan-rakannya yang lain, radio yang diletakkan oleh Anum di pasang. Kedengaran lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang kini semakin popular atau sememangnya sudah popular dikalangan peminat mahupun di corong-corong radio.
Dira Zulaikha yang sememangnya meminati akan penyanyi tersebut iaitu Shahir Af8turut mengikut sama alunan lagu yang dinyanyikan.
“asallah suara kau sedap sangat haaa…” omel Dira Zulaikha keseorangan.
“haaaa!!!!!!!!!” sergah Anum dan Ain dari belakang.
“oii mak kau!!” korang nie takde keja lain ke?. Asyik nak kejutkan aku je,” marah Dira Zulaikha.
“olollollolllo…..kau janganlah marah kat kita orang. Kau cakap ngan sape tadi? Mulut kau tu terkumat-kamit je kita orang tengok!” tanya Ain selamba.
“takdelah, aku tengah dengar lagu nie. Bestkan?” ujar Dira Zulaikha yang masih lagi mendengar lagu kegemarannya.
“aahhh, aku minat giler lah ngan suara dia tu. Suara jelah, nak minat kat orangnye dah tak boleh rasanya!” kata Anum.
“kenapa pulak tak boleh?” soal Ain yang turut sama berada di situ.
“laa..takkan kau tak dengar gossip lagi. Dia kan dah ada buah hati yang sama akademi ngan dia. Takkan tu pun kau tak tau. Kata peminat dia,” kata Anum seakan memerli Ain.
“betul ke?.  Aku ingat kan gossip je!. Tak sangka pulak aku diorang memang dah ber’couple’!” balas Ain ringkas.
“maksud kau Anum, Adira Af8 tu?” soal Dira Zulaikha teruja.
“yelah, sape lagi kalau bukan Adira Af8. Aku memang suke kalau diorang tu couple, sweet sangat-sangat. Diorang nie selalu TERsama kalau buat sesuatu, ramai peminat-peminat diorang yang suka kalau diorang bersama,” Anum memberitahu kepada Ain dan juga Dira Zulaikha.
“eh, aku nak tanya nie! Korang dah jumpa belum ngan doctor baru tu?” soal Ain dengan tidak sabar.
“aku belum jumpa lagi lah. Kau Dira, dah jumpa ke ngan doktor tu? Mesti hensem kan doktor baru kita tu!” ujar Anum teruja.
“kalau hensem tapi mulut takde insurans baik tak payah. Menyakitkan hati orang je!” balas Dira Zulaikha dengan geram apabila mengingatkan kejadian tadi.
“yang kau nie kenapa, tiba-tiba nak marah ngan doktor baru tu?” soal Ain ingin tau.
“takde apa-apalah!” jawab Dira ringkas. Dia malas nak bercakap pasal jejaka yang terlalu menyakitkan hati tu.
“korang perasan tak, nama depan dia tu sama dengan nama penyanyi yang semakin popular sekarang nie!” kata Anum dengan tiba-tiba sambil melihat kepada Ain dan Dira Zulaikha.
“penyanyi mana pulak nie?” soal Ain.
“alahh kau nie, penyanyi yang sedang menyanyikan lagu dalam corong radio kat depan kita nie sekarang!” bagitahu Anum.
“aahh kan, nama penyanyi nie Shahir jugak, nama doctor tu pun Shahir jugak. Agak-agak kau lah, muka doctor tu sama tak ngan muka penyanyi yang bernama Shahir nie?.” tanya Ain dengan teruja.
“tulah, aku belum jumpa lagi ngan doctor baru tu. Kalau dah jumpa boleh jugak aku belek-belek muka dia tu. Manalah tau kot-kot sama ngan penyanyi dari af8 nie!” jawab Anum dengan tidak sabar untuk kenal dengan jejaka tersebut.
“dahlah tu, korang tak habis-habis lagi ke cakap pasal mamat serabut tu!” ujar Dira yang tadi hanya berdiam diri.
“uikk! mamat serabut mana pulak nie? ce cite…ce cite,” kata Anum dengan lawaknya.
“ntah ko nie Dira. Mamat serabut mana yang kau sebut nie, kita orang kenal ke ngan mamatserabut yang cakapkan tu?” soal Ain dengan hairan.
“hmm..mamat serabut yang korang nak kenal sangat tulah!” jawab Dira selamba.
mamat serabut yang kita orang nak kenal? setahu aku, aku ngan Ain tak pernah pulak cakap nak kenal ngan mamat serabut. Kita orang cuma nak kenal ngan doctor baru tu!” balas Anum dengan bingung.
“ishh korang nie!!...memang mamat tulah yang aku cakap. Doktor baru kesayangan korang tu. Pergilah tengok kat bilik dia tu!” ujar Dira Zulaikha dengan geram.
“ooo…maknanya kau dah jumpalah ngan doctor baru tu! cmner, hensem tak dia?. ada tak muka dia sama ngan penyanyi dari af8 tu, Ahmad Shahir Zawawi?” soal Ain bertalu-talu.
“yelah Dira, muka dia hensem tak? sama tak ngan penyanyi kegilaan ramai tu?” tanyav Anum pulak.
“kalau korang nak tau, korang tengok sendiri! aku malas nak cakap pasal mamat tu!” ujar Dira Zulaikha selamba.
“mak aihh! kau nie kenapa?. ke kau ngan doctor baru tu gaduh tadi?.” soal Anum sambil matanya melihat ke arah Dira Zulaikha.
“ada ke patut dia cakap muka aku nie tak luak untuk dipandang. Lepas tu boleh pulak dia kata kat aku jangan perasan sangat dia tu suka kat aku sebab dia asyik duk tengok muka ‘shomell’ aku!” eeiii, mamat tukan memang takde insurans mulut agaknya. Kalau dia tu bukan doctor kat hospital nie tadi, dah lama aku jolok mulut dia dengan sotong’,” Dira Zulaikha menceritakan kejadian tadi kepada Ain dan Anum.
“hahahaha….hehehehe..huhuhu..!” Anum dan Ain ketawa serentak mendengar cerita dari kawannya itu.
“yang korang nie, tetiba je ketawakan aku nie apasal? kelakar sangat ke?” tanya Dira Zulaikha sedari melihat Ain dan Anum sedang mentertawakan dirinya.
“takdelah, first day dia datang keje kat sini dah gaduh ngan ko! ntah-ntah korang nie ada jodoh tak?” ujar Anum yang masih lagi dengan ketawanya.
“betul tu Anum, aku sokong 110%!” jawab Ain dengan senyuman dibibirnya.
“dahlah, malas aku nak layan korang. Aku turun kat bawak lagi bagus!” ujar Dira Zulaikha sambil bangun dari tempat duduknya.
“hahaha….kau nie Dira, aku gurau jelah. Tapi kalau betul-betul jadi ok jugakkan!” Anum kembali mengusik kawannya itu.
“aaahhh, jadi dengan kau lah!” jawab Dira Zulaikha selamba.
“mana boleh, aku kan dah ada buah hati. Ain pun dah ada buah hati dia sendiri. Cuma kau je yang belum ada teman istimewa lagi. Apa salahnya kalau dia betul-betul suka kat kau satu ari nanti!” balas Anum dengan menepuk bahu lembut Dira Zulaikha.
“banyaklah korang dia nak suka kat aku nie! aku duduk kat taman tu lagi bagus, tau dak!” kata Dira Zulaikha sambil berlalu pergi meninggalkan Ain dan Anum yang masih dengan ketawanya.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama