AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 5 & 6


BAB 5
“assalamualaikum….” ucap Mak Zeera sejurus keluar dari perut kereta milik Dr. Norman.
“waalaikumussalam kak…” balas Dr. Syikin dengan senyuman.
Mereka berdua berpelukan seketika. Dira Zulaikha tersenyum melihat kegembiraan ibunya.
“auntie sihat?” soal Dira Zulaikha seraya menyalami tangan wanita itu selepas ibunya meleraikan pelukan Dr. Syikin.
“Alhamdulillah, auntie sihat!” kata Dr. Syikin sambil memegang tangan lembut Dira Zulaikha.
“mulai ari nie Dira kena panggil auntie Mama Syikin. Tak boleh nak panggil auntie-auntie lagi tau,” sambung Dr. Syikin mesra.
“betul kata Mama Syikin kamu tu! lagi pun Mama Syikin dah jadi mak saudara angkat kak long sekarang nie,” balas Mak Zeera lembut.
“haa…Dira juga kena panggil uncle Papa Norman, okey.” ujar Dr. Norman yang berada di bersama-sama dengan mereka.
“baiklah Mama Syikin, Papa Norman!” kata Dira Zulaikha dengan senyuman yang manis.
“haa…tunggu apa lagi, jomlah masuk kat dalam. Takkan kita nak sembang kat pintu masuk nie pulak. Jom kak..Dira.” ajak Dr. Syikin.
Dira Zulaikha dan Mak Zeera menanggalkan selipar yang dipakainya dan masuk ke dalam rumah Dr. Syikin dan juga Dr. Norman.
“akak ngan Dira dulu dulu ye, Syikin nak pergi dapur kejap,” kata Dr. Syikin kepada Dira Zulaikha dan Mak Zeera.
“Syikin nak pergi mana pulak tu?” soal Mak Zeera.
“Syikin nak pergi buatkan air untuk akak lah. Nanti Syikin datang balik kat ruang tamu nie!” jawab Dr. Syikin lalu pergi ke dapur.
“akak, saya nak mintak maaf banyak-banyak kat akak sekeluarga.Saya betul-betul tak tak tau tentang kematian Suhaimi…” ujar Dr. Norman perlahan.
“tak payahlah Norman nak mintak maaf, bukan salah Norman pun. Akak faham, lagi pun Norman kan sibuk,” balas Mak Zeera lembut.
“Norman berdua je ke dalam rumah nie?” tanya Mak Zeera.
“takdelah akak, anak Norman ada kat atas tu. Hari nie kebetulan dia takde emergency call tu yang dapat duk kat rumah tu dengan kami.” Dr. Norman memberitahu kepada Mak Zeera.
“anak Norman pun keje sebagai doctor jugak ke?” tanya Mak Zeera lagi.
“hmm…nampaknya macam tulah kak. Dah dia minat dari kecik lagi. Kalau ikutkan kami memang tak nak dia jadi doctor, tapi nak buat macam mana dah tu cita-cita dia!” jawab Dr. Norman mesra.
“anak Papa Norman keje kat mana?” soal Dira Zulaikha yang tadinya hanya mendengar mereka berdua bersembang.
“laa…keje kat hospital tempat Papa Norman bekerjalah. Dira tak kenal lagi ke dengan anak Papa Norman tu?” soal Dr. Norman kembali.
“belum..” jawab Dira Zulaikha seraya menggelengkan kepalanya.
“laaa…takpe, kebetulan anak Papa Norman tu ada kat rumah sekarang. Nanti Papa Norman kenal kan Dira dengan anak Papa Norman,” kata Dr. Norman.
Dira Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya.
“akak, Dira…jemputlah minum air nie!” ujar Dr. Syikin selepas meletakkan dulang berisi satu jag air dan juga sepiring kek di atas meja.
“terima kasih Mama Syikin.” ucap Dira Zulaikha ikhlas.
“akak susahkan Syikin je…” kata Mak Zeera selepas Dr. Syikin duduk di sebelahnya.
“nak susahkan apa pulak kak, Syikin seronok dapat jumpa ngan akak balik. Syikin tak kisah semua tu asalkan akak sudi datang rumah Syikin nie,” balas Dr. Syikin ikhlas.
“Syikin suruh abang Norman hantar akak malam nie ye! Syikin nak masak yang special untuk akak dan Dira ari nie,” sambung Dr. Syikin lagi.
“tak menyusahkan Norman ke hantar akak balik nanti?” tanya Mak Zeera inginkan kepastian.
“takdelah kak. Apa salahnya kalau akak duduk lama kat sini. Dapat juga kita berbual sama-sama,” jawab Dr. Norman dengan senyuman.
“Mama Syikin, Dira nak guna tandas sekejap boleh?” pinta Dira Zulaikha lembut.
“boleh, tapi Dira kena guna bilik air tingkas atas. Bilik air kat dapur tu tak boleh nak guna, mama Syikin dah panggil tukang tapi ntahlah sampai sekarang tak nampak batang hidung pun lagi,” terang Dr. Syikin.
“tingkas atas?” soal Dira Zulaikha.
“aaahh, Dira naik tangga, pastu Dira belok kanan. Bilik air tu sebelah bilik anak lelaki Mama Syikin.” terang Dr. Syikin.
“okey Mama Syikin!” kata Dira Zulaikha ringkas lalu bangun dari kerusi dan menuju ke tangga.
Perlahan-lahan Dira Zulaikha menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Langkahnya di atur menuju ke bilik air yang dikatakan oleh Dr. Syikin. Dira Zulaikha keliru yang mana satu bilik air yang dimaksudkan oleh Dr. Syikin.
“aiikk! yang mana satu bilik air nie?. Pintu semuanya colour biru. Dahlah takde tanda untuk bilik air. Kang tak pasal-pasal aku masuk bilik tido anak dia pulak,” omel Dira Zulaikha sendiri.
“hmm…aku rasa nie pintu bilik air kot. Hahh..takpelah, aku try dulu bukak, mana tau memang betul apa yang aku teka,” katanya lagi.
Shahir Safwan yang baru selesai mandi keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala sampai paras lutut. Belum sempat dia ingin memakai pakaian, tiba-tiba pintu biliknya dibuka oleh seseorang.
Dira Zulaikha membuka pintu dengan perlahan. Namun dengan tiba-tiba dia menjerit apabila melihat seorang lelaki yang hanya memakai tuala.
“makkkkkkk!!!!!....jerit Dira Zulaikha dengan kuat seraya menutup matanya.
Jeritan Dira Zulaikha terdengar sampai ke ruang tamu.
“kenapa pulak ngan Dira tu! tiba-tiba menjerit macam nampak hantu je!,” ujar Dr. Norman sambil memandang ke arah Dr. Syikin dan juga Mak Zeera.
“ntahlah abang, jomlah kita pergi tengok!” ajak Dr. Syikin seraya bangun dan menarik tangan lembut Mak Zeera.
Dr. Norman melangkah anak tangga dengan laju. Dia kemudiannya menuju ke tempat Dira Zulaikah berada.
“Dira, kenapa nie?” soal Dr. Norman ingin tau.
“tu…..” tunjuk Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan yang hanya memakai tuala.
Dr. Norman melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Dira Zulaikha.
“laa…tukan anak Papa Norman,” kata Dr. Norman tersengih.
“kenapa bang, kenapa ngan Dira?” tanya Dr. Syikin cemas.
“nie haaa, Dira terkejut tengok along dalam bilik nie!” jawab Dr. Norman.
Dira masih lagi menutup mukanya. Wajah lelaki itu belum dilihatnya lagi.
“along, pakai baju tu cepat.” arah Dr. Syikin.
“yelah mama…..” Shahir Safwan mengikut arahan mamanya.
“dahlah tu, turunkan tangan Dira tu. Kenapa Dira masuk bilik anak Mama Syikin. Bilik air sebelah ngan bilik tido anak Mama Syikin tu,” tunjuk Dr. Syikin.
“maaf Mama Syikin, Dira tak tau. Dira tengok semua pintu colour biru, Dira tak tau nak buka yang mana satu,” jawab Dira dengan perlahan.
“eh minah mana pulak lah yang berani buka pintu bilik aku nie!” omel Shahir yang sudah masuk semula ke bilik air dan mula memakai pakaian.
“dahlah, jom kita turun kat bawah!” ajak Dr. Norman.
“kak long…kak long, macam mana lah kak long boleh tersalah masuk bilik tido anak Mama Syikin!” ujar Mak Zeera lalu menarik tangan anaknya itu.
“takpelah akak, bukan Dira sengaja pun. Dira nak masuk bilik air tak nie?” soal Dr. Syikin lembut.
“tak jadilah Mama Syikin!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
Dr. Syikin, Mak Zeera dan juga Dr. Norman ketawa mendengar jawapan dari mulut Dira Zulaikha.
Shahir Safwan keluar dari biliknya selepas bersiap. Dia menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Dia ternampak seorang wanita yang sudah berusia ada di ruang tamu bersama-sama dengan Dr. Norman dan Dr. Syikin. Tanpa banyak tanya, Shahir Safwan terus meneruskan langkahnya ke ruang tamu berkenaan.
“assalamualaikum mama…papa” ucap Shahir Safwan mesra.
Begitulah yang dilakukan apabila berjumpa dengan Dr. Srikin dan Dr. Norman walau di mana sahaja mereka bertemu.
“waalaikumussalam….”jawab Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak
Dia masih belum dapat melihat seorang lagi perempuan yang berada di situ. Ini kerana Dira Zulaikha duduk dengan membelakangi Shahir Safwan.
“haaa…along meh sini mama kenalkan. Nielah mak saudara angkat along yang mama cite kat along tempoh hari,” ujar Dr. Syikin.
“ooo…apa kahabar mak cik?”
“sihat, Alhamdulillah!” jawab Mak Zeera.
“along, mulai ari nie along kena panggil Mak Zeera bukan mak cik.” kata Dr. Syikin lembut.
“baiklah mama!” balas Shahir Safwan ringkas.
“akak, nielah anak lelaki tunggal Syikin, Shahir Safwan nama dia.
“uhuk…uhuk….uhuk….” Dira Zulaikha tersedak tiba-tiba apabila mendengar nama lelaki itu.
“kenapa pulak nie Dira?” tanya Dr. Norman.
“takde apa-apa Papa Norman. Ada orang sebut nama Dira kot!” jawab Dira Zulaikha gugup.
“Shahir Safwan?..takkan lah mamat serabut tu tinggal kat sini. Tapi takkan nama dia sorang je yang ada dalam dunia nie.” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
“kak long, meh sini. Mama Syikin nak kenal kan kak long ngan anak Mama Syikin nie!” pinta Mak Zeera.
“hmm…yelah!” jawab Dira Zulaikha seraya bangun dan memalingkan tubuhnya ke belakang.
mamat serabut!”..
minah pink!”…. mereka berdua berkata dengan serentak.
Masing-masing terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dr. Norman, Dr. Syikin dan Mak Zeera saling berpandangan antara satu sama lain.
mama serabut?” ujar Dr. Norman hairan.
minah pink?” ujar Mak Zeera uang turut hairan.
“along, cuba cakap kat mama, sape mamat serabut dan sape pulak minah pink nie!” tegur Dr. Syikin.
“kak long…..” panggil Mak Zeera.
“takde apa-apalah mama, Mak Zeera…” jawab Shahir dengan menafikan.
“habis tu yang along sebut minah pink, Dira pulak sebut mamat serabut tadi tu apa? kami semua tak faham sekarang nie!” ujar Dr. Syikin yang masih lagi bertanyakan hal itu.
“kak long, cuba gtau kat mak, kak long kenal ke dengan anak Mama Syikin nie?” tanya Mak Zeera sambil melihat Dira Zulaikha.
“tak…kak long tak kenal!” Dira Zulaikha juga turut menafikan.
“along?” soal Dr. Norman
“along pun tak kenal dia papa…”
“sudah lah tu, along nie mama kenalkan anak Mak Zeera, Dira Zulaikha. Tapi mama ngan papa panggil Dira je.” Dr. Syikin memperkenalkan Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“Dira, nielah anak Mama Syikin yang bekerja satu tempat ngan Dira bekerja sekarang. Anak Mama Syikin lebih tua 3 tahun dari Dira.” sambung Dr. Syikin lagi.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha hanya diam. Tidak keluar walaupun sepatah perkataan dari mulut mereka. Masing-masing sedang melihat antara satu dengan yang lain.
“haaa…tunggu apa lagi, mama dah kenal kan along ngan anak Mak Zeera. Takkan along nak diam je, tak nak cakap apa-apa ke. Dah cepat salam ngan adik saudara along tu?” tegur Dr. Norman yang tadinya hanya melihat kelakuan mereka berdua.
“betul tu….kak long tak nak salam ke dengan abang saudara angkat kak long nie?” Mak Zeera pulak yang bersuara.
“hah!!!...salam?” tanya Dira Zulaikha terkejut.
“yelah….dah pergi salam cepat!” arah Mak Zeera.
“apa mak nie!! takkan aku nak kena salam ngan mamat serabut nie pulak!” omel Dira Zulaikha dalam hati.
“ntah, papa aku nie pun satu. Sedap-sedap dia je nak suruh aku salam ngan minah pink nie!!” omel Shahir Safwan pulak dalam hati.
“haaa..tunggu apa lagi, cepat!!!...” arah Dr. Norman.
Dira Zulaikha berjalan menuju ke tempa Shahir Safwan berada. Tangannya seram sejuk untuk berbuat demikian. Shahir Safwan pulak kelihatan gelisah apabila di minta bersalam dengan ‘adik saudara angkat’nya itu.
2 minit masa berlalu, namun masing-masing tidak berbuat apa-apa.
“ehem…ehemm..ehemmm” Dr. Syikin berdehem.
Dira Zulaikha dan Shahir Safwan menoleh ke arah Dr. syikin.
“along….Dira!” panggil Dr. Norman.
Dira Zulaikha menghulurkan tangannya. Shahir Safwan lambat-lambat menyambut huluran tangan Dira Zulaikha. Sesaat dua tangan mereka bersatu. Namun sekelip mata saje sudah dileraikan.
“kak long, takkan salam macam tu je. Shahir tu kan abang saudara angkat kak long, 3 tahun lebih tua dari kak long.” ujar Mak Zeera lembut.
Dira Zulaikha sudah memahami apa yang ingin dikatakan oleh ibunya. Sekali lagi dia menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. Begitu juga dengan Shahir Safwan yang turut menyambut huluran tangan itu buat kali kedua. Dira Zulaikha dengan hormat menundukkan mukanya dan menyalami tangan kasar lelaki itu dengan lembut. Shahir Safwan terkesima dengan perbuatan Dira Zulaikha.


BAB 6
“akak dah lama ke sakit?” tanya Dr. syikin yang berada di dapur bersama-sama dengan Mak Zeera.
“sejak arwah suami akak meninggal, selalu sangat akak sakit pinggang nie. Sampaikan kak long terpaksa berhenti belajar semata-mata nak ajaga akak kat rumah tu!” Mak Zeera memberitahu kepada Dr. syikin.
“akka tak pernah buat pemeriksaan di hospital?” tanya Dr. syikin lagi.
“takdelah pulak. Lagi pun sakit akak bukan datang selalu pun. Akak cuma makan ubat kat farmasi je,” jawab Mak Zeera.
“tak boleh lah macam tu, akak kena jugak buat pemeriksaan sekali-sekala kat hospital tu!” ujar Dr. Syikin.
“takpelah Syikin, akak pun dah baik sekarang nie. Dah tak sakit macam dulu-dulu. Kita nak masak apa nie?” soal Mak Zeera.
“hari nie akak duduk je, biar Syikin yang masakkan untuk akak!” ujar Dr. Syikin supaya Mak Zeera berehat.
“mana boleh macam tu, takkan akak nak duduk je kat kerusi nie. hmm…apa kata kalau kita masak sama-sama nak?” tanya Mak Zeera dengan pandangan yang meminta simpati.
“akak nak kita masak sama-sama?” soal Dr. Syikin kembali.
“hmmm…” jawab Mak Zeera dengan anggukan.
“apa kata kalau kita masak lauk kegemaran kita masa kecik-kecik dulu!” ujar Dr. Syikin.
“ikan patin masak tempoyak dan sambal sotong,” kata mereka serentak.
Kedengaran suara mereka ketawa bersama.
“along tengoklah mama along tu, gembira sangat. Tak pernah papa tengok mama kamu segembira begitu!” kata Dr. Norman kepada Shahir Safwan yang berada di ruang tamu.
“yelah papa, tak pernah along nampak mama gembira macam tu,” balas Shahir Safwan.
“eh, papa tak nampak pun Dira. Tadi bukan dia ada kat sini ke?” soal Dr. Norman sambil matanya melilau mencari kelibat Dira Zulaikha.
“ntah…” ringkas jawapan Shahir Safwan.
“along nie, mana boleh ambik sikap sambil lewa macam tu. Dira tukan adik saudara angkat along. Dah cepat pergi tengok dia,” arah Dr. Norman segera.
“kenapa pulak along yang kena cari dia?” tanya Shahir Safwan dengan mengerutkan dahinya.
“takkan papa pulak yang kena pergi cari Dira. Along lah yang sepatutnya kena cari Dira. Cubalah rapat sikit dengan adik saudara angkat along tu!” balas Dr. Norman lalu bangun dan menuju ke dapur.
“papa mak pergi mana pulak tu?” tanya Shahir Safwan lagi.
“papa nak pergi dapur, nak tengok mama ngan Mak Zeera kamu masak. Along pergi cari Dira kat luar tu, ajak dia sembang ngan along sekali,” kata Dr. Norman lalu meninggalkan Shahir Safwan keseorangan di situ.
“takkan aku yang kena pergi cari minah pink tu! Dah lah aku ngan dia tak boleh nak berjumpa. Asal aku jumpa ngan dia je, mesti aku sakit hati. Tak pasal-pasal aku nie dipanggil mamat serabut. Kat mana serabut kau pun tak tau,” omel Shahir Safwan sendirian.
“dia nie kan memang betul-betul menyusahkan aku, ingatkan hujung minggu macam nie bolehlah aku nak rehat kat rumah nie. Nie tak, aku pulak yang kena cari dia!” omel Shahir Safwan lagi.
Shahir Safwan bangun dan berjalan ke pintu masuk rumahnya. Tombol pintu dipulas, kakinya melangkah keluar dari rumah itu. Selipar yang tersedia di atas rak kasut di ambil dan disarungkan ke kakinya.
“kat manalah kau duduk, minah pink?” kata Shahir Safwan lagi.
Shahir Safwan mula mengatur langkah untuk mencari Dira Zulaikha. Dari garaj kereta sampailah ke taman tapi batang hidung Dira Zulaikha tetap tidak di temui. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke reban arnab yang dipeliharanya yang terletak di belakang rumah, berhampiran dengan dapur.
Matanya tertancak pada susuk tubuh Dira Zulaikha yang sedang bermain-main dengan arnab peliharannya. Dengan pantas kakinya melangkah ke tempat Dira Zulaikha berada. Perlahan-lahan dia berjalan supaya Dira Zulaikha tidak menyedari kehadirannya di situ.
“woiii, kau buat apa kat arnab aku tu haaa….” Sergah Shahir Safwan dengan tiba-tiba.
Dira Zulaikha yang sememangnya mudah terkejut terus terduduk di atas rumput karpet yang menghiasi tanah di kawasan rumah itu. Dia kemudiannya berpaling ke arah suara tadi.
“oii mamat serabut, kau tak reti nak bagi salam ke haaa…………” marah Dira Zulaikha apabila dirinya disergah sebegitu.
“kau niekan.. tak habis-habis kau panggil aku mamat serabut, kenapa?” tanya Shahir Safwan dengan nada geram.
“kang aku dah cakap ari tu, dah ayat tu yang keluar dari mulut aku nie, aku nak buat macam mana,” jawab Dira Zulaikha selamba.
“kau niekan, kalau sehari tak buat aku sakit hati memang tak boleh ek. Asal kau suka sangat nak sakit kan hati aku nie minah pink?” soal Shahir Safwan lagi.
“amboi-amboi…ikut suka mulut kau je panggil kau minah pink, kenapa?” tanya Dira Zulaikha balik.
“dah ayat tu yang keluar dari mulut aku nie, aku nak buat macam mana!” jawab Shahir Safwan seakan menyindir Dira Zulaikha dengan ayatnya.
Dira Zulaikha melepaskan arnab yang ada di tangannya. Selepas itu dia melangkah menghampiri jejaka yang turut sama berada bersama denganya di reban arnab. Shahir Safwan hanya berdiri di tempatnya tanpa bergerak walau selankah.
“kau niekan, dahlah kau panggil aku minah pink. Dah tu boleh pulak kau guna ayat aku tadi!” kata Dira Zulaikha yang kini sudah berada di depan Shahir Safwan. Jarak antara mereka berdua tidak sampai satu inci.
“ye ke? Bila masa pulak aku guna ayat kau?” soal Shahir Safwan selamba.
“eh..eh…buat-buat tak tau pulak. Habis tu yang kau cakap ‘dah ayat tu yang keluar dari mulut aku nie, aku nak buat macam mana!’. Tukan ayat aku, mana boleh kau guna ayat tu sesuka hati!” ujar Dira Zulaikah dengan geram.
“ek?. Sorilah, aku tak perasan pulak,” balas Shahir Safwan sengaja.
Dira Zulaikha sudah mula menggenggam tangannya. Matanya tajam memandang wajah lelaki didepannya sekarang. Shahir Safwan juga berbuat demikian. Dia membalas renungan tajam mata Dira Zulaikha.
“laaa…yang abang masuk kat dalam dapur nie, kenapa?. Dira kat luar tu!” kata Dr, Syikin seraya melihat kelibat suaminya yang turutr berada di dapur.
“along kan ada. Abang dah suruh along temankan Dira kat luar tu!” balas Dr. Norman.
“haaa…awak nak masak apa ari nie?” tanya Dr. Norman lalu mengambil tempat di meja makan itu.
“saya ngan kak Zeera nak masak lauk kegemaran kami masa kecik. Ikan patin masak tempoyak dan juga sambal sotong,” beritahu Dr. Syikin.
“wahhh….sedap tu. Dah lama abang tak makan lauk macam tu!” ujar Dr. Norman sambil menelan air liurnya.
“masalahnya sekarang saya lupa nak beli tempoyak ngan bunga kantan. Macam mana saya ngan kak Zeera nak masak kalau takde bahan-bahan tu?” soal Dr. Syikin.
“laaa…apa yang susahnya. Along kan ada kat luar tu, suruhlah dia pergi pasaraya sekejap belikan bahan-bahan yang awak nak tu,” kata Dr. Norman dengan memberikan cadangan.
“betul jugak tu! Nanti saya pergi panggil along. Abang ngan akak duduk kat sini dulu ye!” balas Dr. Syikin lalu bangun dari kerusi dan meninggalkan mereka berdua.
Dr. Syikin terus mencari kelibat anaknya Shahir safwan. Merata tempat jugak yang di carinya, akhirnya dia ternampak kelibat Shahir Safwan bersama dengan Dira Zulaikha di depan reban berhampiran dengan dapurnya.
“kau memang nak kena ngan aku kan mamat serabut?” kata Dira Zulaikha yang masih memandang tajam wajah Shahir Safwan didepannya.
“kau tu pun memang nak kena ngan aku jugakkan minah pink!” balas Shahir Safwan seperti hendak menelan Dira Zulaikha yang ada didepannya.
Belum sempat kedua-duanya memulakan peperangan pertama. Dr. syikin memanggil Shahir Safwan.
“along………..” panggil Dr. syikin separuh menjerit.
Dira Zulaikha dan Shahir Safwan melihat ke arah Dr. Syikin.
“along….Dira…meh sini!” pinta Dr. Syikin lembut.
Kedua-duanya berjalan menuju ke tempat Dr. Syikin berada.
“along boleh tolong mama pergi pasaraya kejap, tolong mama belikan tempoyak dan bunga kantan. Haaa….satu lagi along tolong belikan mama sotong yang besar-besar sikit. Yang mama belikan tempoh hari tak cukup,” beritahu Dr. Syikin.
“alahh mama, takkan along yang kena pergi beli! Mama kan tau along tak pernah pergi pasaraya tu,” kata Shahir Safwan yang serba salah.
“takpelah, along bawak Dira sekali. Bolehlah Dira tolong along pilih bahan-bahan yang mama nak tadi!” ujar Dr. Syikin seraya melihat kepada Dira Zulaikha.
“along bawak dia?” soal Shahir Safwan seraya menunjukkan ibu jarinya ke Dira Zulaikha.
“yelah, along jugak yang kata tadi tak pernah pergi pasaraya tu. Jadi mama suruhlah along bawak Dira sekali. Tentu Dira boleh tolong along nak beli bahan yang mama nak masak nanti,” jawab Dr. Syikin.
“takpelah Mama Syikin, Dira tolong Mama Syikin ngan mak kat dapur jelah!” balas Dira Zulaikha yang usdah mula gelisah apabila diminta menemani lelaki itu.
“tak boleh, nanti along tak reti nak pilih. Dira temankan along pergi pasaraya okey,” pinta Dr. Syikin seraya menghulurkan beberapa keping not RM50.
“dah, pergi cepat, mama dah nak masak nie. Kang lambat pulak kita boleh makan. Malam nanti Mak Zeera ngan Dira dah nak balik!” ujar Dr. Syikin supaya Shahir Safwan dan Dira Zulaikha segera pergi.
“oklah….oklah….!” kata Shahir Safwan lalu bergerak ke kereta miliknya.
“Dira, tunggu apa lagi! Cepat ikut along masuk dalam kereta,” arah Dr. syikin.
Dira Zulaikha tidak membalas, hanya langkah kakinya saje yang mula melangkah menuju ke kereta milik Shahir Safwan.
Shahir Safwan sudah membuka pintu kereta untuk masuk ke dalam.
“haa….tunggu apa lagi, masuklah. Takkan nak suruh aku buka pintu untuk kau pulak!” ujar Shahir Safwan.
“yelah, aku nak masuklah nie mamat serabut!” kata Dira Zulaikha lalu membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya.
Selepas meletakkan kedua-dua kakinya ke dalam perut kereta, Dira Zulaikha menutup dengan kuat pintu kereta milik Shahir Safwan.
“hoii, perlahanlah sikit tutup pintu kereta tu. Tak pasal-pasal aku kena tukar pintu lain nanti!” kata Shahir Safwan dengan nada marah.
“tukar jelah, apa yang susahnya,” jawab Dira Zulaikha selamba.
“amboi-amboi….banyak cantik muka kau! Kau ingat nak tukar pintu kereta tu pakai daun ke?” kata Shahir Safwan sinis.
“memanglah muka aku nie cantik, kalau tak takdelah kau puji muka aku nie tadi! Balas Dira Zulaikha selamba.
“dahlah, malas aku nak layan kau. Menyakitkan hati je,” ujar Shahir Safwan lalu menghidupkan enjin kereta Fairlady miliknya.
“malas nak layan aku, tapi yang kau duk ngata kat aku tadi kenapa?” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
Kereta Fairlady milik Shahir Safwan meninggalkan kawasan perumahannya. Tidak ada sepatah perkataan yang keluar dari mulut mereka sewaktu berada di dalam kereta. Hampir 15 minit, Shahir Safwan membelokkan keretanya memasuki sebuah pasaraya. Kedua-duanya keluar dari kereta setelah Shahir Safwan meletakkan keretanya di parking yang telah disediakan. Bukan mudah untuk mencari parking apa lagi cuti hujung minggu macam nie. Masing-masing datang untuk membeli keperluan dirumah mahupun untuk diri sendiri.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut. Shahir Safwan mengambil troli yang disediakan lalu menolaknya menuju ke sudut yang menyediakan keperluan masakan seperti ikan, ayam, udang, daging, sotong dan banyak lagi keperluan yang lain. Dira Zulaikha hanya mengikut langkah Shahir Safwan dari belakang.
“tunggu apa lagi, cepat tolong aku cari bahan-bahan yang mama pesan tadi!” Shahir Safwan bersuara.
“dahlah mintak tolong ngan aku, boleh pulak marah-marah!” omel Dira Zulaikha dalam hati.
“yelah, aku nak tolong lah nie. Kau niekan, Mama Syikin suruh kau, tapi kau suruh aku pulak!” kata Dira Zulaikha lalu bergerak ke tempat yang menyediakan bahan-bahan mentah untuk masakan.
“bukan mama aku ke tadi yang suruh kau pilih bahan-bahan nie!” jawab Shahir Safwan tidak mahu mengalah.
“erghhh…….” Dira Zulaikha menghentakkan kakinya ke lantai. Geram dengan sikap Shahir Safwan.
Dira Zulaikha mula mengambil bahan-bahan yang dipesan oleh Dr. Syikin. Satu persatu bahan itu diambil dan diletakkan ke dalam troli yang ditolak oleh Shahir Safwan. Dia kemudiannya mengajak Shahir Safwan ke tempat makanan laut. Pelbagai jenis hidupan laut yang terdapat di situ. Dira Zulaikha mula memilih sotong yang elok untuk. Tangannya lincah memilih sotong dan meletakkannya ke dalam bekas yang telah disediakan. Sedang dia asyik memilih sotong, tiba-tiba tangan Shahir Safwan menghalangnya dari meletakkan sotong yang ada ditangannya ke dalam bekas.
“jangan, kau tak tengok ke sotong kat tangan kau tu tak elok!” ujar Shahir Safwan tiba-tiba.
“eloklah, aku dah pilih yang terbaik dah nie!” kata Dira Zulaikha geram.
“tak…tak…kau ambik yang lain je. Banyak lagi yang ada kat situ. Kau pilih yang lain jelah,” balas Shahir Safwan lagi.
“ishhh, kau jelah yang tolong pilihkan!” Dira Zulaikha menyuruh Shahir Safwan supaya memilih sendiri sotong tersebut.
“aku mana pandai nak pilih-pilih sotong nie. Kau kan perempuan, kau jelah yang tolong pilih,” ujar Shahir Safwan.
“aku pilih kau kata tak elok!” Dira Zulaikha menyindir Shahir Safwan.
“dah, cepat pilih. Kang lambat pulak kita boleh balik rumah,” arah Shahir Safwan segera.
Dira Zulaikha kembali memilih sotong-sotong yang ada disitu. Ambik yang tu tak kena, ambik yang nie tak kena. Serba salah dibuatnya oleh Shahir Safwan. Serba serbi tak kena pada pandangan mata Shahir Safwan.
“kau nak pilih atau aku yang nak pilih nie?” soal Dira Zulaikha geram.
Pelanggan-pelanggan pasaraya itu rata-ratanya melihat kelakuan mereka berdua. Ada yang tersenyum, ada yang berbisik antara satu sama lain, ada yang menggelengkan kepala…macam-macam lagi lah.
“yelah-yelah, kau jelah yang tolong pilihkan!” kata Shahir Safwan mengalah.
Sedang asyik dia melihat Dira Zulaikha memilih sotong yang elok, tiba-tiba bahunya ditampar oleh seseorang.
“hoi, kawan!” panggil Hafiz.
Shahir Safwan menoleh ke belakang. Dia terkejut apabila berjumpa dengan kawan lamanya itu. Bukan dia tidak suka, tapi si Hafiz nie pantang nampak perempuan, ada je yang nak dikacaunya. Namun senyuman tetap terbit pada bibirnya.
“ooo…hai! Kau buat apa kat sini?” soal Shahir Safwan.
“aku nak cari barang sikit,” jawab Hafiz.
“ooooo…” balas Shahir Safwan ringkas.
“kau buat kat sini? Kau datang mama kau ke?” soal Hafiz bertalu-talu.
“takdelah, mama aku ada kat rumah. Aku tolong belikan sotong untuk mama aku. Nak masak tengah hari nanti,” jawab Shahir Safwan sambil matanya memandang ke arah Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha masih tekun memilih sotong. Dia tidak ambik kisah dengan perbualan antara Shahir Safwan dan juga kawannya itu. Setelah selesai, Dira Zulaikha segera mengambil plastik yang berisi sotong dan meletakkan ke dalam troli yang ada pada Shahir Safwan.
“ok, aku dah siap. Jom balik, kang Mama Syikin marah pulak!” ujar Dira Zulaikha tanpa menyedari kehadiran Hafiz di situ.
Hafiz terkejut apabila melihat Dira Zulaikha yang bercakap dengan Shahir Safwan. Dia mengerutkan dahinya.
“ok, Hafiz, aku balik dululah. Dah lambat nie!” Shahir Safwan meminta diri untuk beredar.
“no..no…kau belum kenalkan lagi sape budak perempuan yang ada kat tepi kau tu!” Hafiz menghalang Shahir Safwan daripada beredar.
“aku dah agak dah, pantang nampak perempuan. Mesti nak kenal,” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“ooo…lupa pulak aku nak kenalkan. Nie adik saudara angkat aku, Dira!” ujar Shahir Safwan seraya memperkenalkan Dira Zulaikha kepada Hafiz.
“adik saudara angkat kau?....hai, saya Hafiz!” Hafiz memperkenalkan dirinya kepada Dira Zulaikha sambil menghulurkan tangannya kepada Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha tidak menyambut huluran tangan Hafiz. Sebaliknya hanya berdiam diri.
“adik kau nie memang pemalu ke Shahir?” tanya Hafiz seraya menarik kembali tangannya ke sisi. Matanya tajam melihat wajah Dira Zulaikha didepannya.
“takdelah, dia ok je. Cuma dia tak biasa sebab baru kenal ngan kau kan!” jawab Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha sudah menyembunyikan dirinya di belakang Shahir Safwan. Tangannya menarik baju yang dipakai oleh abang saudara angkatnya itu. Shahir Safwan menoleh ke belakang apabila dia meyedari baju yang dipakainya tiba-tiba ditarik oleh Dira Zulaikha. Dira Zulaikha bersuara dengan perlahan.
“balik……” kata Dira Zulaikha perlahan dengan menggerakkan bibirnya.
Shahir Safwan yang memahami pergerakkan mulut Dira Zulaikha segera menganggukkan kepalanya. Dia kembali melihat Hafiz yang masih lagi berada didepannya.
“oklah, Fiz! Aku balik dulu ye. Kita orang dah lambat nie,” ujar Shahir Safwan seraya menghulurkan tangannya kepada Hafiz.
Hafiz menyambut huluran tangan Shahir Safwan.
“ok, lain kali kita jumpa lagi. Oh ye, kau tolong aku sampaikan salam kat adik saudara angkat kau tu boleh,” pinta Hafiz lembut.
Shahir Safwan langsung tidak membalas. Dia menolak troli itu ke tempat pembayaran. Dira Zulaikha masih lagi memegang hujung baju milik Shahir Safwan sehingga sampai ke tempat untuk membuat pembayaran.
“dahlah, kawan aku dah pergi. Sampai bila kau tarik baju aku nie?” perli Shahir Safwan sambil melihat Dira Zulaikha disisinya.
Dira Zulaikha segera meleraikan tangannya yang asyik memegang hujung baju Shahir Safwan. Dia hanya melihat Shahir Safwan membuat pembayaran. Setelah selesai, mareka berdua keluar dari pasaraya itu dan menuju ke kereta milik Shahir Safwan. Barang-barang yang di beli diletakkan di belakang kereta Fairlady Shahir Safwan.
Shahir Safwan menghidupkan enjin keretanya selepas kedua-duanya sudah berada di dalam perut kereta. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha sudah berada di atas jalan raya. Sama seperti masa mula-mula datang ke pasaraya, kedua-duanya senyap. Namun hampir 10 minit perjalanan, Shahir Safwan tiba-tiba bersuara.
“kau jangan ambik hati sangat dengan kawan aku tadi tu. Dia tu kalau dah jumpa dengan perempuan, naik mianglah jawabnya!” ujar Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya.
Perjalanan diambil tidak sampai setengah jam untuk sampai ke rumah Dr. Syikin. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dan membawa bersama barang-barang yang dibelinya tadi di pasaraya. Mereka kemudiannya masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dapur. Barang-barang yang dibeli di letakkan ke atas meja dapur.
“nah mama, along dah belikan apa yang mama pesan tadi!” kata Shahir Safwan.
Dira Zulaikha mengambil tempat di sebelah Dr. Norman.
“along letak je kat atas meja tu. Sotong yang mama pesan ada tak?” soal Dr. Syikin.
“ada, semua dah along belikan,” jawab Shahir Safwan.
“along naik atas dululah. Ada keje sikit,” sambung Shahir Safwan.
“hmm…yelah! Nanti dah siap semua, mama panggil along turun makan.” Kata Dr. Syikin.
Shahir Safwan terus beredar dari dapur dan menuju ke tingkat atas.
“haa…tunggu apa lagi. Bahan-bahan dah ada depan mata nie, jom lah masak sama-sama!” ujar Mak Zeera lalu bangun dari tempat duduknya.
“kak long nak buat apa?” soal Dira Zulaikha lembut.
“Dira tolong Mama Syikin kupas bawang, boleh?” pinta Dr. Syikin.
“okey!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“akak masak sambal sotong, Syikin buat ikan patin masak tempoyak!” ujar Mak Zeera.
“hmm…boleh je kak!” kata Dr. Syikin lalu mengeluarkan ikan yang berada di dalam peti ais.
Masing-masing membuat keje yang ditentukan. Dr. Norman keluar dari dapur kerana tidak ada keje yang boleh dilakukannya. Sesekali kedengaran suara mereka ketawa. Shahir Safwan masih berada di dalam biliknya.
Satu jam kemudian kedengaran pintu bilik tido Shahir Safwan diketuk dari luar.
“masuk jelah, pintu tak kunci!” kata Shahir Safwan dari arah dalam.
“mamat nie betul ke suruh aku masuk dalam bilik dia nie? jangan jadi macam yang tadi sudah, dapat tengok tayangan free pulak!” omel Dira Zulaikha sendiri.
Pintu bilik tido dibuka perlahan. Kelihatan Shahir Safwan sedang berbaring di atas katil.
“Mama Syikin suruh turun bawah, makanan tengah hari dah siap!” Dira Zulaikha bersuara.
Shahir Safwan yang tadinya berbaring terus bangun apabila mendegar suara itu.
“sape suruh kau masuk bilik aku?” soal Shahir Safwan.
“eh…eh..kau jugak yang suruh aku masuk tadi!” jawab Dira Zulaikha.
“ye ke?” tanya Shahir Safwan lagi.
“dah lah, cepat turun. Mama Syikin dah panggil tu,” ujar Dira Zulaikha lalu meninggalkan Shahir Safwan di atas.
Mereka semua menikmati makan tengah hari bersama. Sesekali mata Shahir Safwan melihat Dira Zulaikha yang sedang asyik memasukkan nasi ke dalam mulutnya. Dr. Norman yang perasan akan kelakuan anaknya hanya membiarkan sahaja.
Tanpa sedar waktu berjalan dengan pantas. Selepas menunaikan solat maghrib berjemaah, Mak Zeera meminta diri untuk balik ke rumahnya. Walapun sudah berkali-kali Dr. Syikin mengatakan hari masih awal, namun Mak Zeera tetap dengan keputusannya.
“akak balik dululah Syikin, Norman,” ujar Mak Zeera.
“yelah kak! Tapi kalau akak ada masa datanglah rumah Syikin lagi. Nanti Syikin suruh anak Syikin pergi ambik akak kat rumah,” kata Dr. Syikin sambil memeluk erat Mak Zeera.
“insyaallah, nanti akak ngan Dira datang lagi kat sini,” jawab Mak Zeera.
“Mama Syikin, Papa Norman…Dira balik dulu ye!” ujar Dira Zulaikha seraya bersalam dengan Dr. Syikin dan juga Dr. Norman.
“Dira pun selalulah datang kat rumah Mama Syikin ngan Papa Norman ye!” pinta Dr. Norman lembut.
“insyaallah Papa Norman…..” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“along, tolong hantar Dira ngan Mak Zeera ye!” arah Dr. Norman.
“hmm…baiklah papa.” Jawab Shahir Safwan ringkas.
Shahir Safwan menggunakan kereta Dr. Norman. Ini kerana keretanya tidak sesuai untuk digunakan. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Mak Zeera lebih suka duduk di bahagian belakang. Dira Zulaikha di suruh untuk menemani Shahir Safwan di bahagian hadapan bersebelahan tempat pemanduan Shahir Safwan.
“nak masuk jalan mana nie Mak Zeera?” soal Shahir Safwan setelah kereta yang dipandunya memasuki Jalan Haji Hassan.
“Shahir belok kiri ye, depan tu ada pondok kecik. Rumah Mak Zeera dekat je ngan pondok tu,” jawab Mak Zeera lembut.
Shahir Safwan meneruskan pemanduannya dengan perlahan. Lorong untuk masuk ke rumah Mak Zeera tidak terlalu lebar. Akhirnya kereta yang dipandu Shahir Safwan berhenti apabila mendapat arahan daripada Mak Zeera. Mak Zeera dan anaknya keluar dari pintu kereta diikuti dengan Shahir Safwan.
“Shahir tak nak masuk dulu ke?” soal Mak Zeera lembut.
“takpelah, Mak Zeera…lain kali insyaallah along datang lagi,” jawab Shahir Safwan mesra.
“along balik dulu ye, Mak Zeera!” sambungnya lagi.
“yelah, hati-hati bawak kereta tu. Jangan bawak laju sangat, dah malam nie,” pesan Mak Zeera.
“insyaallah….” Balas Shahir Safwan seraya menyalami tangan orang tua itu.
Mak Zeera menjeling Dira Zulaikha yang berada di sebelahnya.
Dira Zulaikha yang memahami akan jelingan maknya itu segera menapak ke hadapan Shahir Safwan. Tangan lembutnya dihulurkan kepada Shahir Safwan.
Shahir Safwan menyambut huluran tangan gadis kecik itu dengan debaran di dada. Dia tau bukan sekali dia menyambut huluran tangan itu, tapi ini dah masuk kali yang 3 dia menyambut huluran tangan gadis yang dipanggil minah pink. Entah kenapa dia merasa begitu berdebar dan gelisah apabila gadis itu mula menghulurkan tangannya.
Dira Zulaikha menundukkan kepalanya lalu menyalami tangan kasar milik abang saudara angkatnya itu.
Shahir Safwan masuk semula ke dalam perut kereta setelah Dira Zulaikha melepaskan tangannya. Hon kereta dibunyikan setelah kereta yang dipandunya bergerak perlahan meninggalkan kawasan rumah Mak Zeera.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama