AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 3 & 4


BAB 3
“assalamualaikum……….” sapa Dr. Syikin dari belakang.
“waalaikumussalam…” jawab Dira Zulaikha yang agak terkejut melihat Dr. Syikin berada di situ.
“auntie takutkan Dira ke?” soal Dr. Syikin melihat wajah terkejut Dira Zulaikha.
“takdelah auntie. Auntie buat apa kat sini?” soal Dira Zulaikha kembali.
“auntie nak temankan Dira kat sinilah!” jawab Dr. Syikin ringkas.
“hah?..temankan Dira!!” balas Dira Zulaikha dengan hairan.
“hehehe….takdelah, auntie gurau je. Kebetulan auntie lalu kat kat depan tu tadi, ternampak pulak Dira duk kat taman nie sorang-sorang. Tu yang auntie datang sini, nak tengok!” Dr. Syikin memberitahu kepada Dira Zulaikha.
“oooo, auntie takde rawat mana-mana pesakit sekarang nie?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“takde Dira, tu yang auntie ada masa nak jalan-jalan nie! nanti kalau dah sibuk susah pulak nak turun kat bawah nie.” balas Dr. Syikin dengan tersenyum manis.
“eh, auntie duduklah dulu!” pelawa Dira Zulaikha.
“hmm, yelah!” jawab Dr. Syikin ringkas lalu mengambil tempat di sebelah Dira Zulaikha.
“Dira buat apa kat sini sorang-sorang? Ingat kat boyfriend ke?” soal Dr. Syikin selamba.
“apalah auntie nie! Dira mana ada boyfriend. Sapelah yang nak kat Dira nie,” jawab Dira Zulaikha dengan ketawa halus.
“kenapa pulak? Dira cantik, lembut, bertanggungjawab. Auntie suka tengok air muka Dira, tak ubah seperti muka mak Dira,” kata Dr. Syikin dengan ikhlas.
“mak Dira?” soal Dira Zulaikha dengan mengerutkan dahinya.
“auntie tau, mak Dira tentu dah ceritakan semuanya kat Dira tentang kami. Auntie bersyukur sangat sebab dapat jumpa balik dengan kakak angkat auntie. Tak sangka Dira adalah anak kepada kak Zeera, iaitu kakak angkat auntie. Kenapa auntie tak perasan masa auntie borak-borak ngan Dira ari tu.” ujar Dr. Syikin seraya menggenggam erat jari-jemari milik Dira Zulaikha.
“Dira pun tak sangka yang auntie nie adalah adik angkat mak Dira. Tak pernah sekali pun mak Dira ceritakan pasal auntie kat Dira selama nie.” balas Dira Zulaikha yang turut sama menggenggam erat tangan wanita itu.
“mak Dira sihat?macam mana keadaan dia kat rumah?” tanya Dr. Syikin.
“Alhamdulillah, mak semakin sihat. Walaupun tak boleh nak bergerak dengan dengan pantas, tapi mak dah boleh berjalan seperti biasa,” jawab Dira Zulaikha tanpa berselindung.
“Dira tak nak sambung belajar lagi ke?” tanya Dr. Syikin dengan serius.
“sambung belajar?” soal Dira Zulaikha kembali.
“ye, sambung belajar.”
“hmm…Dira memang nak sambung belajar lagi auntie, tapi kesian pulak kat mak Dira. Kalau Dira sambung belajar, sape yang nak tolong mak kat umah,sape yang nak tanggung perbelanjaan Dira masa kat kolej tu nanti. Sape yang tengok-tengokkan mak Dira yang tak sihat tu…” kata Dira dengan perlahan.
“Dira ambik course apa masa belajar dulu?” tanya Dr. Syikin.
“Dira ambik course Diagnostic Radiografi…” jawab Dira Zulaikha sambil melihat wajah Dr. Syikin.
“Diagnostic Radiografi?..tapi macam mana Dira boleh keje sebagai tukang cuci kat hospital nie?. Kenapa tak  mintak pekerjaan yang sesuai dengan kelayakkan Dira kat hospital nie?” soal Dr. Syikin bertalu-talu.
“Dira tak sempat nak habiskan pengajian Dira masa kat kolej tu auntie. Hanya separuh daripada pengajian tu yang dapat Dira Habiskan. Lagi pun Dira tak reti sangat dalam bidang yang Dira belajar tu. Masa tu pulak susah nak dapatkan keje, jadi Dira terima je pekerjaan yang ada masa tu. Dira tak kisah auntie, asalkan Dira dapat tolong mak Dira,” ujar Dira Zulaikha dengan panjang lebar.
“bertuah mak Dira dapat anak macam Dira nie!” kata Dr. Syikin seraya menyentuh lembut pipi Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha tersenyum manis mendengar pujian dari Dr. Syikin.
“hmm…Dira sibuk tak hujung minggu nie?” tanya Dr. Syikin untuk dapatkan kepastian.
“hujung minggu nie?. Kenapa auntie?” soal Dira Zulaikha kembali.
“auntie ingat nak jemput Dira ngan mak Dira datang rumah auntie. Rindu sangat auntie dengan kakak Zeera. Balik nanti Dira cakap kat mak Dira ye, kata auntie jemput datang rumah hujung minggu nie. Nanti auntie suruh uncle pergi ambik Dira dan mak Dira kat rumah!” Dr. Syikin memberitahu kepada Dira Zulaikha.
“insya allah auntie, nanti Dira cakap kat mak!” balas Dira Zulaikha lembut.
Shahir Safwan yang baru selesai melakukan kerjanya bangun dari kerusi yang didudukdan bergerak ke pintu tingkap biliknya. Apatah lagi biliknya mengadap ke arah taman hospital. Shahir Safwan dapat menghirup udara yang segar. Dari biliknya dapat dilihat dengan jelas akan pengunjung serta pesakit-pesakit yang sedang berada di taman itu. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang dikenalinya.
“aiik!! tukan mama aku. Dengan sape pulak dia berborak tu, mesra semajam je aku tengok. Takde keje ke nak buat sampai boleh berehat dekat taman tu!” omel Shahir Safwan keseorangan.
Wajah Dira Zulaikha yang sedang memandang ke tempat lain memang tidak boleh dilihat dengan jelas oleh Shahir Safwan. Berkali –kali jugak dia cuba untuk melihat wajah itu, namun tidak jugak dapat.
“dahlah, aku pulak yang sibuk-sibuk nak tengok perempuan tu! baik aku turun minum lagi bagus,” ujar Shahir Safwan lagi.
Dia kemudiannya bergerak menuju ke pintu biliknya dan memulas tombol pintu itu. Pintu biliknya ditutup kembali. Shahir Safwan menggerakkan kakinya menuruni anak tangga untuk ke kantin. Malas mahu menggunakan lif.
Anum dan Ain yang kebetulan sedang melakukan kerja di tingkat bawah bertembung dengan Shahir Safwan.
“Ain, cuba ko tengok sape yang turun tangga tu!” kata Anum seraya matanya asyik melihat jejaka yang sedang meneruni anak tangga dengan berpakaian seragam doctor.
Ain segera melihat ke arah anak tangga. Dia dan Anum kelihatan sedikit terkejut melihat penampilan jejaka itu. Shahir Safwan yang melalui kawasan itu tersenyum melihat Ain dan juga Anum.
“assalamualaikum…” sapa Shahir Safwan dengan mesra kepada Ain dan Anum.
“waalaikumussalam…” jawab mereka serentak.
Shahir Safwan kembali meneruskan langkahnya ke kantin.
“wahhhh….Ain, kau tengoklah doctor tu tadi. Hensemnye!!!!” ujar Anum dengan tiba-tiba.
“aahhh kan, hensem giler doctor baru tu! Tapi kau ada tengok tak muka dia tadi?” soal Ain sambil mengalihkan pandangannya kepada Anum.
“tengok!!!..muka dia sama dengan…..,”
Shahir Af8 tu,” ujar Ain tanpa sempat Anum menyudahkan katanya.
“makkkk………..tak sangka aku dapat jugak tengok muka hensem doctor kita tu. Dahlah hensem, rupa dia pulak seiras dengan penyanyi kegemaran aku. Suara dia…fuhh nak gugur jantung aku nie!” kata Anum sambil memeluk batang penyapu di tangannya.
“haaa….nie yang aku pelik sangat nie!” ujar Ain tiba-tiba.
“kau nak pelik apanya?. Kau pernah jumpa ngan doctor tu ke?” soal Anum hairan kepada Ain.
“ishh kau nie, ke situ pulak. Takdelah, kau ingat tak tadi masa kita tengah borak-borak ngan Dira?” tanya Ain.
“pasal apa pulak nie?. Kita borak pasal apa ngan Dira tadi?” Anum masih lagi menanyakan soalan kepada Ain.
“apa punya bengaplah kawan aku yang sorang nie. Tadi tu kau dah lupa ke yang Dira marah sangat kita sebut pasal doctor baru tu. Kau tak perasan ke kenapa dia marah sangat dengan doctor baru tu!” ujar Ain dengan geram apabila melihat ke ‘blur’ an kawannya itu.
“ooo..baru aku ingat. Doktor tu punya hensem, tapi yang dia marah sangat tu kenapa ek!..ntah-ntah diorang berdua pernah berjumpa tak sebelum nie,” kata Anum dengan mengerutkan mukanya.
“aahh lah, aku pun rasa macam tu jugak.” balas Ain ringkas.
“jom! kita tanya Dira nak?” ajak Anum.
“nak tanya macam mana, kau tau ke dia ada kat mana?” soal Ain.
“ye tak ye jugak! Tapi aku rasa mesti Dira ada kat taman. Kau bukan tak tau perangai Dira tu, suke benor duduk kat taman sorang-sorang,” ujar Anum kepada Ain.
“betul jugak cakap kau tu! jom, kita cari dia.” balas Ain.
Ain dan Anum masing-masing menyimpan barang-barang di dalam bilik stor. Langkahnya kemudian di gerakkan ke arah taman berdekatan dengan bangunan hospital.
“Dira, auntie naik bilik dulu lah. Jangan lupa pesanan untie tadi tu. Sampaikan salam rindu auntie untuk mak Dira ye! Kalau ada masa untie ngan uncle pergi lawat mak Dira kat rumah,” bagitahu Dr. Syikin kepada Dira Zulaikha.
“yelah auntie, nanti Dira cakap kat mak!” jawab Dira Zulaikha.
Dr. Syikin bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu masuk dalam hospital. 5 minit kemudian dia juga turut bangun untuk kembali melakukan tugasnya sebagai pencuci di hospital itu. Baru sahaja hendak melangkah masuk, Ain dan Anum terlebih dahulu menariknya keluar.
“apa lagi nie?” soal Dira Zulaikha kepada Ain dan juga Anum.
“takde apa-apa, cuma kita orang ada soalan yang nak ditanyakan kepada kau!” kata Ain.
“korang nak tanya apa pulak nie? aku nak naik tingkat atas, nak bersihkan bilik pesakit-pesakit kat hospital nie!” ujar Dira Zulaikha yang masih lagi belum dapat melepaskan dirinya dari mereka berdua.
“yang tu kau tak payah risau, nanti aku ngan Ain akan tolong kau bersihkan bilik pesakit-pesakit tu. Sekarang nie kau kena ikut kita orang sekejap!” balas Anum seraya menarik tangan Dira Zulaikha menuju ke tempat yang tidak ada orang.
Anum melepaskan pengangan tangannya pada tangan Dira Zulaikha selepas mereka berhenti di tempat yang tidak ada orang.
“haa…sekarang nie aku ngan Ain nak ko citerkan pasal doctor baru tu kat kita orang!” ujar Ain dengan tiba-tiba.
“yang korang berdua nie tak habis-habis lagi cakap mamat serabut tu kenapa?. Korang pergilah tengok kat bilik dia tu. Nak suruh aku citerkan kat korang apasal!” balas Dira Zulaikha dengan nada geram.
“masalahnya aku ngan Anum dah tengok dia tadi masa kat tangga. Yang kita orang tak faham sekarang nie, kenapa kau marah sangat ngan doctor hensem tu?. Ko tak tengok ke muka dia, fuhh sebiji macam Shahir Af8.” jawab Ain yang masih lagi tidak berpuas hati melihat ketampanan jejaka itu.
“kan aku dah cakap kat korang tadi masa kat bilik rehat,” balas Dira Zulaikha.
“yang tu kita orang taulah. Tapi kan, aku rasa kau dengan doktor tu macam dah pernah jumpa sebelum nie, betul tak?” tanya Anum selamba.
Dira Zulaikha hanya mendiamkan diri.
“ko gtaulah kat kita orang nie! kau tak kesian ke tengok kita orang yang rela mencari kau sampai ke sini semata-mata nak tau cite yang sebenar!” ujar Ain sambil membuat mimik muka yang sedih.
“please……please!!” sambung Ain.
“yelah-yelah aku gtau kat korang. Anum, kau ingat tak masa kau ajak aku temankan kau pergi kedai mini ari tu?” tanya Dira Zulaikha sambil memandang tepat ke wajah Anum.
“hmm…aku ingat, kenapa pulak?” soal Anum kembali.
“kau perasan tak aku tarik tangan kau, lepas tu aku jalan laju-laju tinggalkan kau kat belakang?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“ye, aku ingat! dah tu apa kena mengena pulak kedai tu ngan citer yang kau nak gtau kat kita orang nie?” soal Anum yang masih lagi tidak mengerti.
“kalau korang nak tau, mamat serabut tulah yang aku langgar masa aku tengah syok duk pilih barang dalam kedai mini tu. Mula-mula aku tengok dia, terkejut jugak. Yelah, macam korang cakap tadi tulah…hensem, muka pun seiras dengan penyanyi Shahir Af8 tu. Tapi bila mulut dia yang takde insurans bercakap, aku tarik balik kata-kata yang aku tujukan kat dia ari tu,” Dira menceritakan kejadian itu kepada Ain dan juga Anum.
“jap…jap..kau kata apa kat dia?” soal Ain dengan tidak sabar.
“aku pun mula-mula terkejut jugak masa tengok dia ari tu. Korang nak tau apa yang aku kata kat mamat serabut tu first aku tengok muka dia?. “ tanya Dira Zulaikha kepada kawan-kawannya itu.
Anum dan Ain dengan pantas menganggukkan kepala.
“Ya Allah…hensemnye dia, tapi aku kata dalam hatilah. Tapi tak semena-mena dia marah kat aku. Kata aku takde mata, lepas tu kata aku bisu. Aku apa lagi, memang marahlah. Lepas je aku panggil dia mamat serabut, terus aku tarik si Anum nie lepas dia buat pembayaran. Mamat tu panggil aku buat tak layan je, maaf pun aku tak mintak tau!” sambung Dira Zulaikha lagi.
“ooo…patutlah kau jalan laju sangat ari tu. Tapi kau cakap ngan aku kau jumpa hantu!” kata Anum yang masih lagi mahukan jawapan.
mamat serabut tulah hantu yang aku cakap kat kau ari tu!” balas Dira Zulaikha dengan selamba.
“hahhh! kau biar betul Dira?” kata Anum dengan tidak percaya.
“betullah aku cakap nie, takkan aku nak tipu kau pulak,” ujar Dira Zulaikha dengan nada serius.
“ooo…patutlah kau marah sangat dengan doctor hensem tu! rupanya kau dah pernah jumpa ngan dia sebelum nie,” kata Ain yang tersengih memandang Dira Zulaikha.
“haaa…yang ko asyik tersengih-sengih je nie, kenapa?. Dah buang tabiat!” kata Dira Zulaikha dengan sinis.
“takdelah, aku suka tengok kau dengan tuan doktor hensem tu! Serasi sangat-sangat. Yang lelaki tu muka dia biru je, yang perempuan nie pulak muka ala-ala pink. Memang sepadan lah korang berdua, kan Anum!” ujar Ain dengan menaikkan keningnya kepada Anum.
“tulah kan…susah nak jumpa dengan pasangan yang macam nie, Dira!” balas Anum yang masih lagi mahunmengusik kawannya itu.
“hehehee…banyaklah korang sepadan. Aku kalau dah jumpa ngan mamat serabut tu seminit pun dah macam setahun, korang kata aku ngan dia sepadan?..banyak cantik muka korang! dah, cepat tolong aku bersihkan bilik kat atas tu” Dira menarik tangan Anum dan Ain supaya mengikutnya naik ke atas.


BAB 4
“Ain…Anum aku balik dululah. Dah lambat nie, aku nak singgah kt farmasi jap.” ujar Dira Zulaikha.
“laa…ko tak nak balik nagn kita orang ke?” soal Ain lalu bangun dan bergerak ke arah Dira Zulaikha.
“takpelah, aku dah lambat nie! kang tak pasal-pasal farmasi tu tutup pulak. Esok kita balik sama-sama k,” balas Dira Zulaikha seraya melangkah pergi.
“ko hati-hati sikit Dira!” kata Anum dengan suara yang agak kuat apabila menyedari Dira Zulaikha sudah meninggalkan mereka.
“yelah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“Anum, Dira nak pergi farmasi buat apa?” tanya Ain hairan.
“ek elehh ko nie! buat apa lagi, beli ubat untuk mak dialah,” jawab Anum.
“ooo….aku lupalah. Kesian kat dia kan, belajar pun tak habis semata-mata nak jaga mak dia yang sakit kat rumah tu,” ujar Ain dengan nada kesian.
“tulah Ain, Dira tu bijak sebenarnya. Tapi sayang dia tak dapat nak tamatkan pengajian dia kat sana nak buat macam mana kan, mak dia sakit jadi dia kenalah tengok-tengokkan mak dia kat rumah tu!” balas Anum yang turut sama bersimpati dengan nasib kawannya itu.
“jomlah, nantikan lambat pulak sampai kat rumah!” Ain mengajak Anum balik selepas mereka siap mengemaskan peralatan.
“jom…jom…!” balas Anum ringkas.
“amoii…itu punya ubat sakit pinggang ada tak?” tanya Dira Zulaikha yang hampir 6 bulan mengenali tauke kedai Farmasi Cheng.
“haiiyaa lu Dila aaa, selalu dalang sini beli ubat. Lu tak penah cakap kat gua sape yang sakit loo,” kata Cheng dengan loghat cina nya.
“ooo, ubat tu untuk mak Dira yang sakit!” jawab Dira Zulaikha lalu duduk di atas kerusi berhadapan dengan Cheng.
“mak lu dah lama sakit loo, asal lu tak bawak mak lu pegi itu hospital sana. Aiiyaa manyak kesian laa lu punyak mak,” ujar Cheng seraya membuka cermin almari untuk mengambil ubat yang diminta oleh Dira Zulaikha.
“alaa Cheng, mak Dira tu susah mau pegi itu hospital” balas Dira Zulaikha ringkas.
“itu macam ka! nah, ubat yang lu mintak tadi loo. Lu kasi jaga mak lu baik-baik haa.” pesan Cheng kepada Dira Zulaikha.
“ok Cheng!”  Dira Zulaikha menghulurkan beberapa keping not RM10 kepada Cheng.
“tak payah loo…ubat nie gua kasi kat lu punya mak,” kata Cheng menolak wang yang diberikan oleh Dira Zulaikha lembut.
“tapi Cheng…..”
“aiiyaaa…lu punya mak haaa sama wa punya mak. Kasi makan ubat nie kat lu punya mak. Jaga lu punya mak baik-baik loo, jangan kasi dia buat keje berat-berat loo,” ujar Cheng.
“terima kasih Cheng!” ucap Dira Zulaikha ikhlas.
“sama-sama loo….”
“Dira balik dulu ye!” ujar Dira Zulaikha seraya bangun dan menuju ke pintu untuk keluar.
“okey…okey…”
Jarak dari rumah Dira Zulaikha ke kedai Farmasi hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Dira Zulaikha memberi salam kepada maknya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
“assalamualaikum…..mak!” ucap Dira Zulaikha.
“waalaikumussalam….kak long!” balas Mak Zeera lembut.
“mak buat apa nie?” soal Dira Zulaikha dengan nada bimbang apabila melihat ibunya yang sedang menyediakan makan malam.
“alahh kak long. Mak cuma tengah siapkan makan malam kita nie. Kak long pergi mandi dulu, lepas maghrib nanti kita makan sama-sama ye,” ujar Mak Zeera.
“mak kan masih sakit lagi, tak payah lah susahkan diri nak masak. Kak long kan ada, kak long boleh masak nanti!” jawab Dira Zulaikha yang masih lagi berada di dapur bersama dengan Mak Zeera.
“mak dah sihat sangat nie, kesian kat kak long. Balik keje terus kena masak pulak. Apa salahnya kalau mak yang masakkan untuk kita sekali-sekala. Dahl ah tu, kak long pergi masuk bilik pastu mandi.” arah Mak Zeera kepada Dira Zulaikha.
“yelah mak, kak long mandi dulu. Nanti kak long tolong mak kat dapur nie!” balas Dira Zulaikha lembut.
Hampir setengah jam Dira Zulaikha mengambil masa untuk menyiapkan dirinya. Usai menunaikan solat maghrib, Dira Zulaikha keluar dari biliknya dengan membawa ubat di tangan. Dia kemudiannya melangkah kaki ke arah dapur untuk menyiapkan makan malam mereka. Kelihatan Mak Zeera sudah berada di dapur.
“mak!!!....” panggil Dira Zulaikha perlahan.
“kak long dah solat belum nie?” soal Mak Zeera yang tidak putus-putus mengingatkan anak tunggalnya tentang solat.
“dah mak, kak long dah solat tadi. Mak, kak long singgah kat Farmasi Cheng nak beli ubat sakit pinggang untuk mak tadi. Tapi tauke tu tak nak ambik bayaran untuk ubat tu. Dia cakap suruh bagi kat mak,” Dira Zulaikha memberitahu kepada Mak Zeera sambil menghulurkan ubat di tangannya.
“laaa…kak long dah ucap terima kasih belum nie kat tauke kedai tu?” soal Mak Zeera seraya mengambil ubat itu.
“dah mak, kak long dah ucap terima kasih kat Cheng tadi!” jawab Dira Zulaikha.
“hmm…baguslah kalau macam tu. Jomlah, mak dah letakkan nasi ngan lauk atas meja tu. Kak long tolong mak ambikkan air basuh tangan kat sink tu,” arah Mak Zeera kepada anaknya Dira Zulaikha.
“ok!” jawab Dira Ringkas.
Mak Zeera dan Dira Zulaikha mengambil tempat di meja makan yang terletak berhampiran dengan ruang tamunya. Masing-masing tidak bersuara apabila sedang menikmati makan malam. Walaupun hanya menikmati 3 jenis lauk, Dira Zulaikha dan Mak Zeera begitu berselera malam itu.
“mak…….” panggil Dira Zulaikha lembut.
“hmmm….”
“tadi kak long ada jumpa ngan auntie Syikin kat hospital. Dia suruh kak long sampaikan salam rindu kat mak. Lagi satu hujung minggu nie auntie suruh uncle datang jemput mak ngan kak long pergi rumah dia.” Dira menyampaikan pesanan daripada Dr. Syikin.
“salam rindu?..mak pun rindu sangat nak jumpa ngan adik angkat mak tu. Tapi hujung minggu nie kak long tak sibuk ke?” tanya Mak Zeera sambil tangannya lincah membantu Dira Zulaikha membilas pinggan mangkuk.
“tak tau lagi mak, tapi kak long rasa hujung minggu nie kak long takde apa-apa rancangan!” jawab Dira Zulaikha yang berada di sebelah ibunya.
“kalau macam tu, esok kak long cakap ngan auntie Syikin yang kita boleh pergi hujung minggu nie,” pesan Mak Zeera.
“insya allah mak, nanti kak long sampaikan pesanan mak tu,” balas Dira Zulaikha lagi.
………………………
“abang………” Dr. Syikin memanggil suaminya yang sedang membaca surat khabar bersebelahan dengan tempat duduknya.
“ada apa?” soal Dr. Norman ringkas.
“hmm, saya ingat nak ajak kak Zeera ngan Dira datang rumah kita hujung  minggu!” beritahu Dr. Syikin.
“hujung minggu nie? awak takde apa-apa kes ke yang nak diselesaikan?” soal Dr. Norman lagi.
“saya dah tengok jadual kat bilik tadi, hujung minggu nie saya free. Abang kalau takde emergency call, abang tolong saya pergi ambikkan Dira dengan kak Zeera ye!” kata Dr. Syikin dengan meminta bantuan daripada suaminya.
“hmm..yelah. Kalau takde apa-apa kecemasan, abang pergi rumah diorang nanti. Along mana, tak balik lagi ke?” tanya Dr. Norman apabila tidak melihat kelibat anak tunggal lelakinya.
“belum lagi bang, ada kes lah tu kat hospital,” ujar Dr. Syikin.
“baru je mulakan tugas, dah sibuk!” balas Dr. Norman yang masih lagi membaca surat khabar di tangannya.
“ntahlah bang, saya nie pun yang bekerja satu tingkat ngan along pun tak nampak kelibat dia kat sana,” kata Dr. Syikin sambil menghirup air di dalam cawan.
“along dah tau ke yang awak dah jumpa semula dengan kakak angkat awak tu?” tanya Dr. Norman lagi.
“belum lagi bang, saya ingat nak kenalkan along dengan kak Zeera hujung minggu nie. Lagi pun kak Zeera tu mak saudara angkat dia jugak. Tapi tak taulah, keje sebagai doctor nie banyak pengorbanannya. Mungkin along kene pergi kat hospital hujung minggu nie,” terang Dr. Syikin dengan panjang lebar.
Dalam asyik Dr. Norman dan Dr. Syikin bersembang, kedengaran enjin kereta Fairlady memasuki halaman rumah mereka. Dr. Syikin bangun dari tempat duduknya menuju ke muka pintu. Tombol pintu dipulas perlahan. Shahir Safwan keluar dari perut keretanya dan bergerak ke pintu masuk yang dibuka oleh Dr. Syikin.
“assalamualaikum mama..” ucap Shahir Safwan seraya menyalami tangan wanita itu.
“waalaikumussalam…” jawab Dr. Syikin lembut.
“baru habis keje ke along?” tanya Dr. Syikin setelah Shahir Safwan berada di ruang tamu bersama-sama dengannya dan juga Dr. Norman.
“ye, mama. Ingatkan petang tadi dah habis keje, tapi tiba-tiba je along dapat emergency call. Kelam kabut pulak along naik kat tingkat atas.” jawab Shahir Safwan dengan menyandarkan belakangnya pada sofa.
“kamu tu baru sehari mula tugas kat hospital tu, tapi sibuknya dah macam lama kamu keje kat situ!” kata Dr. Norman sambil meletakkan surat kahabar yang dibaca ke atas meja.
“nak buat macam mana papa, dah tugas along macam tu. Kenalah terima,” balas Shahir Safwan dengan ikhlas.
“along ada apa-apa kes tak hujung minggu nie?” soal Dr. Syikin.
“kenapa mama tanya macam tu?. Mama nak pergi mana-mana ke hujung minggu nie?” tanya Shahir Safwan kembali.
“tkdelah! kalau along takde apa-apa kes kecemasan, along jangan pergi mana pulak hujung minggu nie nanti. Mama nak kenalkan along ngan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup mama dulu.”
“dengan sape pulak nie mama?” soal Shahir Safwan tidak sabar.
“along ingat tak dulu mama pernah ceritakan tentang kakak angkat mama masa mama masih kecil lagi?” tanya Dr. Syikin sambil melihat ke arah anaknya itu.
“hmmm..kakak angkat mama yang terpisah dengan mama masa kat rumah kebajikan dulu tu!” ujar Shahir Safwan.
“haa…kakak angkat mama yang tulah. Mama dah jumpa balik dengan kakak angkat mama 2 hari yang lepas.”
“ye, Alhamdulillah…tapi along tak janji lagi. Kang tiba-tiba kena pergi hospital pulak!” balas Shahir Safwan.
“kalau along ada kes, takpe lah. Tapi kalau takde, along duk kat rumah je k. Takkan along tak nak kenal dengan mak saudara angkat along,” kata Dr. Syikin dengan penuh mengharap.
“insya allah mama, kalau takde apa-apa kes along duduk je kat umah nie! Along naik atas dululah mama, nak solat isyak,” ujar Shahir Safwan seraya bangun dan menuju ke anak tangga.
Seperti biasa Dira Zulaikha akan menyediakan sarapan pagi dulu buat dirinya dan juga Mak Zeera. Selesai membuat sarapan, baru dia akan bertolak ke tempat keje bersama-sama dengan Anum dan Ain. Kebetulan rumah mereka bertiga dekat-dekat, jadi mereka bertiga selalu pergi ke tempat keje bersama-sama.
“mak, kak long pergi dulu ye!” ujar Dira Zulaikha lalu menyalami tangan ibu tua itu.
“yelah, kak long hati-hati ye! Ingat pesan mak malam tadi,” kata Mak Zeera mengingatkan anak tunggal perempuannya itu.
“insya allah mak, kak long tak lupa. Mak jaga diri baik-baik kat rumah nie. Kalau ada apa-apa mak telefon nombor Anum ye.” balas Dira Zulaikha sambil melangkah keluar.
“hmm..yelah!” jawab Mak Zeera ringkas.
“jom……..” ujar Dira Zulaikha apabila melihat kedua-dua kawannya yang sedang menunggunya di sebuah pondok kecik.
“Dira, ari nie kau tolong aku cuci koridor tingkat 1 ek!” pinta Anum lembut.
“kenapa pulak aku nak kena tolong kau?. kan kau selalu cuci sorang-sorang?” soal Dira Zulaikha hairan.
“yang tu aku taulah. Tapi ari nie aku kena cuci kat bilik mayat, aku takutlah. Tak pasal-pasal mayat tu keluar dan heret aku masuk kat dalam tu,” kata Anum dalam nada perlahan.
“oiii Anum, ko jangan buat lawak pagi-pagi nie boleh tak!..kang mayat tu betul-betul keluar, baru padan ngan muka kau,” marah Ain.
“dah lah korang, pagi-pagi lagi dah nak bising. Yelah-yelah, nanti aku tolong kau cuci kat koridor tu!” kata Dira Zulaikha setuju memberikan pertolongan kepada Anum.
“betul nie! kau lah kawan terbaik aku, Dira,” ujar Anum seraya memeluk lengan Dira Zulaikha.
“hmm…Dira sorang jelah kawan terbaik kau. Habis aku nie apa?” soal Ain dengan nada merajuk.
“olollollo….janganlah merajuk. Kau pun kawan terbaik aku jugaklah!” balas Anum lalu menarik tangan Aain rapat dengannya.
“kita nie nak duduk kat sini je ke atau nak pergi keje? Korang tau tak dah pukul berapa nie, kang lambat pulak kita sampai kat hospital tu nanti,” Dira Zulaikha bersuara dengan sinis.
“amboi-amboi cik Dira kita nie! kita orang taulah kau tu pekerja terbaik. Alah….baru lambat sikit, bukan selalu kita buat macam nie,” kata Anum dengan ketawa.
“ntah Dira nie, atau kau dah tak sabar nak jumpa ngan mamat biru tu!” ujar Ain seraya mengangkat keningnya naik ke atas.
mamat biru tu kau cakap?. Amboi-amboi banyak cantik muka kau. Kalau dengan mamat serabut tu tak ingin aku, tau tak,” balas Dira Zulaikha geram.
“kau jangan cakap macam tu Dira, aku takut kau dengan mamat biru ke mamat serabut tu ke akan jadi pasangan satu ari nanti. Haaa…masa tu kau jangan pulak nak suruh kita orang tolong kau,” kata Anum yang turut sama setuju dengan kenyataan Ain.
“korang nie tak habis-habis nak cakap pasal mamat tu kenapa? Dah takde orang lain ke yang korang nak cakap, haaa….jomlah, dah lewat nie!” Dira Zulaikha menarik kedua-dua tangan kawannya itu.
Anum dan Ain ketawa melihat perubahan wajah ain yang bertukar menjadi warna pink.
Kebiasaan jalan pada waktu pagi agak sibuk memandangkan orang ramai yang keluar pergi ke tempat keje mahupun menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Namun Dira Zulaikha, Anum dan juga Ain bernasib baik kerana mereka tidak perlu bersusah payah mengharungi kesibukan pagi ari. Ini kerana mereka selalu bertolak lebih awal untuk sampai ke tempat keje.
“pagi-pagi macam nie dah ramai yang datang kat hospital nie,” kata Ain apabila melihat orang ramai berada si sekitar kawasan tempat mereka mencari rezeki.
“alah Ain biasalah tu, takkan kau tak pernah tengok selama nie. Tapi yang ramai tu sebab ada jugak yang tunggu anak atau suami atau saudara-mara diorang kat hospital nie. Mungkin diorang keluar nak beli sarapan pagi kot,” balas Anum sambil matanya melihat sekeliling.
“dah..dah, jom masuk dalam. Kejap lagi kita nak mula keje pulak!” ujar Dira Zulaikha lalu melangkah masuk ke dalam bangunan itu.
Ain dan Anum turut sama mengikuti langkah Dira Zulaikha. Baru beberapa langkah mereka berjalan, ada seseorang yang menegur mereka dari belakang.
“assalamualaikum, selamat pagi!” ucap Shahir Safwan mesra.
Ain dan Anum menoleh ke arah suara itu serentak.
“waalaikumussalam….selamat pagi tuan doktor!” balas Ain dan Anum.
Dira Zulaikha yang sudah kenal benar dengan suara jejaka itu langsung tidak memalingkan mukanya kepada Shahir Safwan.
“awalnya sampai kat sini!” kata Shahir Safwan yang mula ingin bersembang.
“kami dah biasa datang awal macam nie tuan doktor,” jawab Ain dengan lembut. Sebenarnya teruja sebab mereka ditegur oleh jejaka yang tampan, tambahan pulak muka ada iras-iras dengan Shahir Af8.
“tak payahlah nak bertuan-tuan dengan saya. Panggil Shahir je dah cukup,” ujar Shahir dengan senyuman di bibirnya.
“eh, tak boleh macam tu tuan doktor. Kami nie siapalah nak panggil tuan doktor macam tu!” balas Anum dengan nada perlahan.
“kenapa pulak tak boleh, kita semua nie sama je kan. Takde yang bezanya,” Shahir Safwan menyangkal kata-kata Anum.
“kawan awak yang sorang lagi tu kenapa, masam je muka saya tengok. Bergaduh dengan boyfriend ke?” soal Shahir Safwan dengan menyindir Dira Zulaikha yang berada di belakang Ain dan Anum.
“aii, mamat serabut nie. Awal-awal lagi ko dah cari pasal ngan aku!” omel Dira Zulaikha sambil menggenggam tangannya.
“takdelah, Shahir. Dira nie mana ada boyfriend lagi. Still single-mingle ( lantaklah, asalkan aku faham ayat nie ),” jawab Anum bagi pihak Dira Zulaikha.
“ooo…nama minah pink nie Dira. Hmm boleh tahan jugak nama dia.”
“jomlah, saya belanja korang makan kat kantin!” ajak Shahir Safwan dengan ikhlas.
“takpelah Shahir, lagi pun kami dah bawak bekal. Nanti kami makan dalam bilik rehat kt hujung tu,” kata Ain seraya menunjukkan tempat yang dimaksudkan.
“kalau macam tu saya pergi dulu ye!” ujar Shahir Safwan lagi.
“pergi jelah mamat serabut!” kata Dira perlahan.
“hmm…ye minah pink, saya tak dengar apa yang awak cakap tadi. Boleh ulang balik tak,” pinta Shahir Safwan dengan nada sinis.
“Anum, aku rasa baik kita blah. Tak pasal-pasal kita terlibat sama dengan pergaduhan diorang berdua tu!” kata Ain sambil berbisik pada telinga Anum.
“yelah, aku pun rasa macam tu jugak. Jomlah!” Anum menarik tangan Ain lalu meninggalkan Dira Zulaikha perlahan.
Dira Zulaikha memalingkan badannya ke arah Shahir Safwan. Dia mengeluarkan senyuman yang manis buat jejaka itu.
“takde apa-apa…saya kata pergi jelah mamat serabut! Dah jelas ke?” soal Dira Zulaikha.
“kau niekan, asal suka sangat panggil aku mamat serabut?” tanya Shahir Safwan geram.
“ikut suka sayalah, dah mulut saya keluar ayat tu. Takkan nak tahan pulak!” jawab Dira Zulaikha selamba.
Kebanyakkan staf-staf di hospital yang baru hendak masuk kelihatan pelik melihat mereka berdua tercegat di depan pintu masuk. Masing-masing melihat dengan pandangan yang tajam, seperti hendak mulakan peperangan.
“ooo…kau cakap ikut suka mulut kau. Agak-agak kaulah minah pink, kalau aku cium mulut kau tu keluar jugak lagi ke ayat tu?” soal Shahir Safwan lalu menggerakkan langkahnya ke arah Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha mula kaget dengan keadaan itu. Wajahnya mula bertukar warna. Baru dia perasan Anum dan Ain sudah jauh meninggalkan dirinya bersama-sama dengan Shahir Safwan.
“kau….kau nak buat apa nie?” tanya Dira Zulaikha yang sudah mengundurkan dirinya ke belakang.
“aku tak buat apa-apa pun. Aku tanya kalau aku cium mulut kau tu, keluar jugak lagi ayat mamat serabut yang kau gunakan tu?” soal Shahir Safwan yang semakin dekat dengan Dira Zulaikha.
“kau jangan…kang aku jerit, kau jugak yang malu nanti!” ujar Dira Zulaikha yang sudah mula berpeluh.
“jeritlah, kalau orang lain tanya aku cakaplah yang kau nie ‘isteri’ aku!” jawab Shahir Safwan selamba.
“malas aku nak layan kau mamat serabut. Buat sakit hati je!” balas Dira Zulaikha lalu berlari meninggalkan Shahir Safwan.
“tau takut….tulah, lain kali jangan cari pasal ngan aku. Apa, ingat aku takut sangat ke dengan kau tu!” omel Shahir Safwan dengan ketawa yang perlahan.
 Dia kemudiannya berjalan menuju ke kantin.



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama