AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 7 & 8


BAB 7
Dr. Norman, Dr. Syikin serta Shahir Safwan ke hospital seperti biasa selepas bersarapan. Shahir Safwan lebih suka pergi sendiri walaupun kedua ibu bapanya bekerja di bawah satu bumbung dengannya. Awal-awal pagi dia sudah terpacak di dalam biliknya.
Dira Zulaikha, Anum dan Ain juga meneruskan kejenya sebagai tukang cuci di hospital itu. Seperti biasa mereka akan meletakkan barang yang dibawa di dalam bilik rehat yang mereka duduki sekarang. Selepas sarapan pagi barulah ketiga-tiga gadis itu keluar meneruskan tugas masing-masing.
Walaupun membuat keje di tempat berasingan, namun ketiga-tiganya selalu menolong antara satu dengan yang lain. Anum dan Ain yang memnag dikenali dengan mulut becoknya di hospital itu tidak malu-malu apabila bercakap dengan orang sekelilingnya. Berbeza dengan Dira Zulaikha, walaupun dah lama bekerja di situ namun sifat pemalu masih juga ada dalam dirinya.
Namun sifatnya itu hanya untuk orang yang menghormatinya serta pandai berkawan dengannya. Sifat itu akan berubah menjadi seorang yang pemarah, suka bergaduh apabila seseorang memulakan dahulu pergaduhan.
Sedang asyik mengemop lantai koridor, tiba-tiba dirinya di sapa oleh seseorang dari belakang.
“maaf, ganggu. Boleh saya tau bilik Dr. Shahir Safwan kat mana ye?” soal lelaki itu.
Dira Zulaikha segera memalingkan badannya ke belakang.
“oooo….encik jalan terus, pastu belok kanan. Bilik Dr. Shahir Safwan yang pertama sekali,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“eh, awak nie bukan adik saudara angkat Shahir ke?” tegur lelaki itu.
“hahh?”
“kan kita pernah berjumpa masa awak ngan Shahir kat pasaraya tempoh hari,” sambung lelaki itu lagi.
“ohh…maaflah, mungkin saya dah lupa” ujar Dira Zulaikha lalu meninggalkan lelaki itu.
“tunggu dulu, boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan awak?” tanya lelaki itu lagi yang menghalang perjalanan Dira Zulaikha.
“hmm…ermmm….tak payahlah. Saya tak suka berkawan dengan orang yang saya tak kenal” jawab Dira Zulaikha lagi dengan meninggalkan lelaki itu sekali lagi.
Lelaki itu terpinga-pinga apabila dirinya tidak dilayan.
“takpe….satu hari nanti aku akan pastikan kau akan jadi teman aku!” omel Hafiz sendiri.
Dia mula melangkahkan kakinya ke tempat yang di beritahu oleh Dira Zulaikha. Setelah melihat tanda nama pada pintu, lelaki itu terus mengetuk pintu bilik Shahir Safwan.
“masuk!” arah Shahir Safwan.
Pintu biliknya dibuka perlahan. Wajah Hafiz terjenggul sedikit untuk melihat ke dalam bilik itu. Apabila mengetahui itu suara Shahir Safwan, dia terus masuk ke dalam bilik itu.
“sori, kawan. Aku ganggu kau ke?” soal Hafiz lalu duduk di atas kerusi berhadapan dengan Shahir safwan.
“ooo…kau Hafiz. Apahal kau datang kat hospital nie?. kau sakit ke?” tanya Shahir Safwan yang sedikit terkejut dengan kehadiran kawannya itu.
“takdelah, aku dah lama tak jumpa ngan kau. So, aku datang lah kat sini. Tak salahkan,” kata Hafiz.
“memanglah tak salah. Tapi setahu aku kau kan sibuk dengan keje model kau tu,” ujar Shahir Safwan yang masih lagi bertanyakan tentang kehadiran Hafiz ke hospital itu.
“alahh…aku pun nak rehat jugak sekali sekala. Takkan nak suruh aku keje je 24 jam,” balas Hafiz yang sudah menyandarkan badannya pada kerusi itu.
“yelah tu, aku ingatkan kau tak suka nak rehat-rehat nie,” perli Shahir Safwan perlahan.
“hmm…aku nak tanya kau sikit boleh?” kata Hafiz.
“kau nak tanya apa pulak?” soal Shahir Safwan lalu memandang ke arah kawannya itu.
“hmmm…budak perempuan yang aku jumpa ngan kau masa kat pasaraya tempoh hari tu keje kat sini ke? Takdelah, tadi aku ada tanya seorang perempuan macam mana nak pergi ke bilik kau nie. Tapi muka dia tu macam familiar, macam aku pernah tengok. Lepas tu aku adalah tanya kat dia yang dia tu adik saudara angkat kau ke!” bagitahu Hafiz dengan panjang lebar.
“ooo…kau dah jumpa ngan adik saudara angkat aku ke tadi?” tanya Shahir Safwan lagi.
“dah, tapi bila ku nak berkenalan ngan dia, terus dia lari. Tak sempat aku nak sembang lagi!” jawab Hafiz yang agak kecewa.
“nasib baik dia lari,” omel Shahir Safwan perlahan.
“apa kau kata?. Aku tak dengar!” tanya Hafiz dengan kerutan di dahinya.
“takde apa-apalah. Yang kau nie sibuk sangat nak kenal ngan adik saudara angkat aku tu kenapa?” soal Shahir Safwan yang sudah boelh mengagak jawapan yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
“kau nie, macam lah kau tak kenal aku macam manakan. Dah tentulah aku nak berkawan ngan dia. Manalah tau satu ari nanti aku dapat jadikan dia model untuk aku tu,” Hafiz sudah mula mengeluarkan senyumannya.
“tak payah, kau jangan nak kacau adik saudara angkat aku tu,” larang Shahir Safwan keras. Walaupun dia selalu bergaduh namun jauh di sudut hatinya, dia tetap menerima Dira Zulaikha sebagai adik saudara angkat dalam hidupnya.
“alahh, tak kan aku nak berkawan pun tak boleh!” balas Hafiz seakan meminta simpati daripada Shahir Safwan.
“berkawan kau kata?. Kau ingat aku tak kenal ke dengan perangai buaya kau tu. Mula-mula kau kata nak berkawan, lama-lama kau pujuk dia supaya jadi model untuk kau pulak,” kata Shahir Safwan dengan sindiran.
“takkanlah kau nak buat macam tu kat adik saudara kau tu. Kau tolonglah aku, kenalkan aku ngan dia boleh kan.” Ujar Hafiz lagi.
“sorilah bro, aku tak nak masuk campur ok. Kalau kau nak kenal ngan dia, kau jelah yang kena buat. Tapi kalau dia tak layan kau tu, faham-faham jelah ye!” balas Shahir Safwan selamba.
“takpe, aku akan buat sendiri. Tapi aku yakin yang dia kan terima untuk jadi kawan aku nanti. Kau tengoklah!” kata Hafiz dengan yakin.
“oklah bro, aku balik dulu. Nanti aku call kau lagi, tapi aku rasa baik aku datang je kat sini. Dapatlah aku jumpa ngan adik saudara angkat kau tu!” sambungnya lagi lalu keluar dari bilik Shahir Safwan.
“tak guna punya kawan, adik saudara aku sendiri nak di ambiknya,” omel Shahir Safwan.
………………….
“Dira, cepatnya kau buat keje ari nie!” tegur Ain dan Anum apabila melihat Dira Zulaikha sudah berada di dalam bilik rehat itu.
“biasalah, aku kan rajin buat keje!” ujar Dira Zulaikha dengan ketawa.
“eleh…rajinlah sangat,” kata Ain lalu duduk di hadapan Dira Zulaikha.
“kau dah makan tengah hari?” soal Anum.
“belum lagi. Nanti kita pergi beli kat kantin sama-sama ek.” Bagitahu Dira Zulaikha.
“laa…kau tak bawak bekal ke ari nie?. biasanya kau selalu masak pagi-pagi kan?” soal Ain sambil memandang wajah Dira Zulaikha.
“taklah, ari nie aku tak sempat masak. Lambat bangun!” jawab Dira Zulaikah dengan tersengih.
“lambat bangun?. Hai, macam manalah kau nak kawin nanti,” kata Anum dengan menggelengkan kepalanya.
“aiik! Apa kena mengena pulak aku bangun lambat dengan soal kawin?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“takdelah, kalau selalu kau bangun lambat, suami kau pergi keje nanti nak makan apa?. Takkan dia nak makan kat kedai pulak. Isteri kat rumah ada buat apa kalau malas nak masak,” jawab Anum selamba.
“alah, bukan selalu aku bangun lambat tau. Tapi bila aku kawin nantikan, tentu suami aku tak marah kalau aku tak masak. Dia lebih suka aku duduk relaks je, tak buat apa-apa!” kata Dira Zulaikha dengan selamba.
“wah….wah…banyak cantik muka kau. Kat mana kau nak cari suami macam tu?” soal Ain ketawa.
“adalah….kan kalau aku cakap aku dah jumpa tentu korang tak percayakan!” balas Dira Zulaikha lagi.
“memang kami tak percaya. Kau tu nak kenal ngan lelaki?. Hmmm….alamatnya tunggu aku beranak anak ke 2 lah agaknya,” ujar Anum dengan lawak fantasianya.
“hahahaha…betul tu cakap kau Anum. Nak cari suami yang tak bagi dia masak konon! Pirahhhh……….” sindir Ain.
“oooo…korang tak percaya kat aku ek?. takpe-takpe, korang tengoklah nanti,” balas Dira Zulaikha yakin.
“haaa…dah-dah, lagi kita layan si Dira nie lagilah dia banyak merapu. Jom, dah pukul berapa nie, kang ramai pulak orang kat kantin tu!” ajak Anum lalu bangun dari duduknya.
Belum sempat mereka keluar dari tempat rehatnya, kedengaran ketukan pada pintu bilik itu. Masing-masing menoleh ke arah pintu bilik itu.
“assalamualaikum……..” ucap Dr. Syikin lembut.
“waalaikumussalam………” serentak mereka bertiga menjawab salam itu.
“Mama Syikin!” panggil Dira Zulaikha apabila melihat wajah Dr. Syikin yang berada di muka pintu bilik rehat itu.
“Mama Syikin???”…soal Ain dan Anum serentak dengan rasa hairan.
“Mama Syikin ganggu Dira ngan kawan-kawan ke?” soal Dr. Syikin mesra.
“ishh, takdelah. Dira ngan kawan-kawan baru je nak pergi kantin, beli makanan tengah hari,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“oh, ye ke?. Kalau macam tu jomlah, Mama Syikin nak pergi kantin jugak nie.” ajak Dr. Syikin lembut.
“tapi, Dira dah janji ngan Ain dan Anum nak makan sama-sama,” tutur Dira Zulaikha perlahan.
“laaa…kita makan sama-samalah. Dira ajak sekali Ain ngan Anum tu makan ngan Mama Syikin,” balas Dr. Syikin lagi.
“Mama Syikin tunggu kat kantin ye! Jangan lambat pulak,” ujar Dr. Syikin seraya berlalu meninggalkan mereka bertiga yang masih berada di dalam bilik rehat itu.
Dira Zulaikha melihat wajah-wajah hairan Ain dan juga Anum. Masing-masing sedang menunggu jawapan darinya.
“aku tau korang tentu nak tau kenapa aku panggil Dr. Syikin tu Mama Syikin kan?” soal Dira Zualikha kepada kawan-kawannya.
Ain dan Anum menganggukkan kepalanya bersama.
“tapi aku citer lepas kita balik dari kantin, ok! sekarang nie korang kena ikut aku sama pergi makan kat kantin tu, boleh?” tanya Dira Zulaikha.
Ain dan Anum saling berpandangan.
“okey, kita orang akan ikut kau. Tapi lepas tu ko kena bagi tahu kat kita orang kenapa kau panggil Dr. Syikin tu Mama Syikin!” ujar Anum.
“ye…ye..aku janji, aku akan cakap kat korang nanti,” balas Dira Zulaikha yang sudah memulakan langkahnya.
Ain dan Anum mengikuti langkah Dira Zulaikha menuju ke kantin.
“mana Dr. Syikin Dira?” tanya Ain sambil matanya melilau mencari kelibat Dr. Syikin.
“ntah, dia janji suruh tunggu dia kat kantin!” jawab Dira Zulaikha yang tengah mencari Dr. Syikin di antara orang ramai yang berada di dalam kantin itu.
“eh, tu kan Dr. syikin!” kata Anum seraya menunjukkan jarinya ke arah Dr. Syikin yang telah berada di sebuah meja yang terletak di sudut berhampiran dengan pasu bunga.
“aaahhh, jomlah! ajak Dira Zulaikha kepada Ain dan juga Anum.
Langkah kaki mereka diatur menujuk ke meja yang diduduki oleh Dr. Syikin.
“assalamualaikum Mama Syikin, maaf kami lambat sampai!” tegur Dira Zulaikha lembut.
“waalaikumussalam…..takpe, Mama Syikin baru je sampai nie. Duduklah, ajak kawan-kawan tu duduk sekali!” ujar Dr. Syikin mesra.
“hmmm…yelah Mama Syikin!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
Dira Zulaikha mengambil tempat di sebelah Dr. Syikin, manakala Ain dan Anum masing-masing duduk di hadapan Dr. Syikin dan Dira Zulaikha.
“hmm…Dira, Ain dan Anum nak makan apa?” soal Dr. Syikin selepas mereka bertiga mengambil tempat masing-masing.
“Dira tak kisah Mama Syikin,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“Ain ngan Anum?” tanya Dr. Syikin lagi.
“kami pun tak kisah Doktor,” jawab Ain.
“ok, kalau macam tu kita makan nasi berlauk lah ek!” ujar Dr. Syikin lalu memanggil pelayan yang ada di kantin itu.
Setelah menunggu hampir 10 minit, pelayan itu kembali dengan membawa dulang berisi nasi, lauk-pauk serta 4 gelas air suam.
Mereka semua menikmati makan tengah hari bersama tanpa gangguan. Sesekali terdengar riuh pelanggan di kantin itu.
“Alhamdulillah……” ucap Dr. Syikin yang sudah habis makan.
Air di dalam gelas di capai lalu diminumnya perlahan.
“dah kenyang?” tanya Dr. Syikin kepada ketiga-tiga anak gadis di hadapannya.
“hmmm..alhamdulillah, kenyang!” jawab mereka serentak.
“kan seronok kalau dapat makan macam nie selalu!” ujar Dr. Syikin dengan senyuman manisnya.
“terima kasih Mama Syikin!”
“terima kasih doktor, sudi belanja kami makan tengah hari nie,” kata Anum ikhlas.
“sama-sama….lain kali kalalu ada masa, kita rehat sama-sama lagi ye,” ujar Dr. Syikin lagi.
Masing-masing tersenyum mendengar.
“Mama Syikin naik pergi dulu ye. Dah nak masuk waktu zohor nie,” kata Dr. Syikin lalu bangun dari tampat duduknya itu.
“yelah…..” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
Ain dan Anum memandang wajah Dira Zulaikha dengan penuh bermakna.
“yelah…yelah, aku nak cakaplah nie!” kata Dira Zulaikha setelah melihat muka-muka kawan-kawannya yang penuh dengan tanda tanya.
Dira Zulaikha memulakan ceritanya dari awal sampai akhir. Anum dan Ain terkejut dan tidak menyangka bahawa Dira Zulaikha mempunyai mak saudara angkat. Selama ini mereka langsung tidak mengetahui tentang perkara itu. Tidak pernah walau sekali mereka melihat orang luar datang ke rumah mak Zeera kecuali jiran-jiran tetangga di kawasan rumah mereka.
“jadi Dr. Syikin tu adik angkat mak kau lah Dira?” tanya Ain.
“macam tulah apa yang aku tau,” jawab Dira Zulaikha dengan mengganggukkan kepalanya.
“selama nie mak kau memang tak ceritakan pasal nie kat kau sampai Dr. Syikin ngan suami dia datang rumah kau?” soal Anum pulak.
“yup!” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
“jap-jap, tadi kau cakap yang Dr. Syikin ngan suami dia mempunyai seorang anak kan?” tanya Anum lagi.
“aaahh, kenapa?” soal Dira Zulaikha pulak.
“maknanya kau dah jumpalah ngan anak dia?”
“yup, aku dah jumpa ngan anak Mama Syikin tu,” jawab Dira Zulaikha tanpa berselindung.
“ooo…dia keje kat ner ek?” soal Ain ingin tau.
“hmmm…dia keje je ngan kita. Nanti korang taulah anak Dr. Syikin tu!” ujar Dira Zulaikha lantas bangun dari kerusi.
“ko nak mana pulak tu?”
“oii cik kak-cik kak…dah masuk waktu zohor nie. Korang tak nak pergi solat ke?” soal Dira Zulaikha kepada Ain dan Anum.
“naklah, tunggu lah kita orang dulu!” balas Anum yang turut bangun dari tempat duduknya.
Usai menunaikan solat zohor, Dira Zulaikha serta kawan-kawannya kembali meneruskan keje seperti biasa. Dira Zulaikha masuk ke bilik pesakit untuk membersihkan kawasan dalamnya. Manakala Anum dan Ain masing-masing membersihkan tempat yang telah ditetapkan.


BAB 8
Dr. Syikin dan Dr. Norman berehat di ruang tamu setelah selesai makan malam bersama. Shahir Safwan yang baru turun dari bilik menuju ke tempat ibu bapanya berada. Dia mengambil tempat duduk di hadapan mamanya.
“mama…papa!” panggil Shahir Safwan lembut.
“hmm..ada apa nie?” tanya Dr. Norman dengan memandang wajah anak tunggalnya.
“betul ke along dengar mama ngan papa nak bersara awal?” soal Shahir Safwan apabila dapat mengetahui tentang berita itu dari rakan sekerjanya.
“mana along tau nie?” tanya Dr. Syikin.
“tadi masa along lalu kat kaunter pertanyaan, along dengar diorang cakap pasal hal nie!” jawab Shahir Safwan.
“betul ke?” tanya Shahir Safwan lagi.
“kalau ikutkan perancangan awal kami, nampaknya macam tulah. Lagi pun kami dah lama berkhidmat di hospital tu. Sebelum papa ngan mama kawin lagi.” bagi tahu Dr. Norman kepada Shahir Safwan.
“ooo…habis tu bila tarikh mama ngan papa akan bersara?” soal Shahir Safwan lagi.
“hmmm…lebih kurang sebulan dari sekarang!” jawab Dr. Syikin ringkas.
“sebulan dari sekarang? Cepatnya mama…papa!” ujar Shahir Safwan yang nyata terkejut.
“alahhh…mama ngan papa tak sabar nak duduk kat rumah nie. Asyik keje je dari dulu. Biarlah mama ngan papa berehat kat rumah pulak. Lagi pun along kan dah ada kat hospital tu.” bagitahu Dr. Norman.
“mama nak pesan sikit nie, nanti kalau papa ngan mama dah bersara, along tolong tengokkan Dira kat sana ye,” pinta Dr. Norman lembut.
“kenapa along pulak yang kena tengokkan dia?” tanya Shahir Safwan tiba-tiba.
“Dira kan adik saudara angkat along, lagi pulak dia keje sama tempat ngan along keje. Jadi along kenalah tolong tengokkan dia kat sana.” pesan Dr. Syikin pulak.
“dia kan dah ada kawan-kawan dia kat sana. Biarlah kawan-kawan dia yang tolong tengokkan dia!” jawab Shahir Safwan yang masih tidak berpuas hati dengan permintaan papa dan mamanya.
“dah, ikut je cakap papa ngan mama. Along ingat papa tak nampak yang along asyik tengok kat Dira masa masa dia tengah makan tempoh hari!” perli Dr. Norman.
Shahir Safwan tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulut papanya. Dr. Syikin tersenyum melihat wajah kebiruan anaknya itu.
“kak long buat apa kat luar nie. Dah, pergi masuk tido. Besok nak bangun awal pergi keje!” arah Mak Zeera.
“kejap lagilah mak. Kak long belum ngantuk lagi nie!” kata Dira Zulaikha lembut.
“hmm…nanti kak long tolong tutup lampu nie ye. Mak masuk tido dulu lah,” ujar Mak Zeera.
“mak tidolah dulu. Nanti kak long tutup lampu nie. Selamat malam mak!” ucap Dira Zulaikha.
“selamat malam………” balas Mak Zeera lalu meninggalkan anaknya itu.
“apalah yang mamat serabut tu buat malam-malam macam nie!” omel Dira Zulaikha sendirian.
Shahir Safwan sudah berbaring di atas katil. Matanya masih terbuka luas memandang siling biliknya. Kata-kata pesanan papa dan mamanya masih jelas di telinganya.
“apasal pulak aku yang kena tengokkan minah pink tu?. Diakan dah pandai jalan, dah pandai makan sendiri. Lagi pun kawan-kawan dia kan ada sekali kat situ,” omel Shahir Safwan dengan menggelengkan kepalanya.
“eh, kenapa aku boleh teringat kat mamat serabut tu pulak nie?” kata Dira Zulaikha yang menyedari perbuatannya.
“tak boleh jadi nie, baik aku masuk tido. Kang lambat pulak aku bangun pagi esok!” ujar Dira Zulaikha lantas bangun dan menutup suis lampu rumahnya.
…………………………….
“Dira, kau ada dengar berita tak pasal Dr. Norman dan Dr. Syikin?” soal Anum apabila masuk ke dalam bilik rehat mereka pagi itu.
“cite apa pulak nie. Kau nie suka sangat jadi wartawan macam si Anum nie!” kata Dira Zulaikha tersenyum.
“laaa…tak nak lah aku jadi wartawan-wartawan nie. Tadi masa ku keluar tandas, aku dengar staf-staf kat situ bercakap pasal persaraan Dr. Norman dan juga Mama Syikin kau tu!” Ain memberitahu kepada Dira Zulaikha.
“hah!!...diorang dah nak bersara?. Kau biar betul Ain,” tanya Dira Zulaikha yang inginkan kepastian.
“betul…aku dengar tadi diorang cakap pasal Dr. Norman dan Dr. Syikin nak bersara sebulan dari sekarang!” kata Ain dengan yakin.
“betul lah kot Dira, sebab diorang berdua tu dah lama berkhidmat di hospital nie. Sebelum diorang berumah tangga lagi diorang berdua dah keje kat hospital nie. Mungkin diorang nak berehat awal kot,” teka Anum.
“mungkinlah kot,” kata Dira Zulaikha ringkas.
“dahlah, keje kat luar tu belum dibereskan lagi. Kang ada yang report pulak kat pihak atasan kata kita tak buat keje,” ujar Anum lalu mengambil batang penyapu yang disandarkan pada kerusi tempat duduknya.
“jom…jom…jom…jom buat keje!” kata Ain dengan menyanyi.
“amboi…amboi…dah ikut lagu jom heboh lak pulak ko nie!” perli Dira Zulaikha.
Ain , Anum dan Dira Zulaikha keluar dengan membawa peralatan masing-masing. Dira menuju ke koridor di mana tempat yang menjadi tanggungjawabnya untuk dibersihkan. Anum turun ke tingkat bawah, manakala Ain ditugaskan untuk menyapu kawasan tangga.
Dalam asyik Dira Zulaikha mengemop lantai, tiba-tiba satu suara menegurnya dari belakang. Dira Zulaikha segera menoleh apabila mendengar suara itu. Dia terkejut apabila melihat kewujudan seseorang dihadapannya. Namun dia kembali meneruskan kejenya.
“hai……..sibuk sangat ke?” tegur Hafiz dengan senyuman di bibirnya.
Dira Zulaikha tidak membalas teguran daripada Hafiz. Dia lebih suka membuat kejenya.
“amboi…sombongnya dia. Sampai hati awak tak balas teguran saya,” ujar Hafiz dengan suara yang manja.
Dira Zulaikha mencebik geram.
“awak…..boleh tak kalau saya nak jadi kawan awak!” pinta Hafiz lagi yang tak putus-putus bercakap dari tadi.
Dira Zulaikha yang sudah geram dengan perangai lelaki ituterus berpaling ke arah Hafiz.
“maaflah ye, saya tak minat nak kenal ngan mana-mana lelaki yang saya tak kenal,” ujar Dira Zulaikha geram.
“laaa…kan awak dah kenal saya masa kat pasaraya ari tu. Awak pun tau saya nie kawan baik Shahir, abang saudara angkat awak tu!” balas Hafiz lagi.
“tapi………”
“tak payah nak bertapi-tapi lagi, takkan awak tak sudi nak kawan ngan saya,” kata Hafiz seperti tengah merayu kepada Dira Zulaikha
Dira Zulaikha masih tidak memberi jawapan. Matanya melilau seperti mencari seseorang. Akhirnya dia ternampak kelibat Shahir Safwan yang baru keluar dari biliknya. Dira Zulaikha meluru laju kepada Shahir Safwan. Dia menyembunyikan dirinya di belakang tubuh Shahir Safwan. Pakaian seragam yang di pakai oleh Shahir Safwan di tarik lembut.
“kau nie kenapa?. Tiba-tiba datang tarik baju aku nie kenapa?” soal Shahir Safwan hairan apabila dengan tiba-tiba Dira Zulaikha sudah berada di belakangnya.
Dira Zulaikha tidak menjawab pertanyaan Shahir Safwan, hanya lirikan matanya saja yang memberi jawapan. Shahir Safwan tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku. Matanya masih lagi melekat pada wajah milik Dira Zulaikha. Sesaat dua dia ditegur oleh satu suara yang dikenalinya.
“Shahir……….” panggil Hafiz kuat.
Shahir Safwan memalingkan mukanya ke depan.
“ooo…patutlah minah pink nie sembunyi kat belakang aku, rupa-rupanya buaya darat ada kat sini rupanya!” omel Shahir dalam hati.
“kau buat apa kat sini? Kan kau baru je datang 2 ari lepas,” tanya Shahir Safwan yang hairan dengan kedatangan Hafiz ke situ.
“saje, tak boleh ke?” tanya Hafiz pulak.
“bukan tak boleh, kau tu susah nak datang sini. Tapi akhir-akhir nie kau selalu pulak datang kat tempat aku keje nie. Kenapa ye?” soal Shahir Safwan dengan sinis.
“aku bosan duk kat studio aku tu. Sebab tulah aku datang sini nak jumpa ngan kau,” jawab Hafiz selamba.
“nak jumpa ngan aku ke atau kau ada niat lain datang sini! Aku taulah Fiz, kau datang sini sebab nak kenal ngan adik saudara angkat aku nie kan?” perli Shahir Safwan.
“hehehe…..alah Shahir, ko tolonglah aku kenalkan adik saudara angkat kau tu kat aku, please!!!!..pinta Hafiz yang dapat melihat Dira Zulaikha yang duduk di belakang kawannya itu.
“aikk, sejak bila kau takut nak cakap sendiri nie?. Selama nie kaulah lelaki yang paling berani bila nak memikat perempuan,” kata Shahir Safwan sinis.
“itu aku tau, tapi adik saudara angkat kau tu susah nak kenal ngan aku!” Hafiz sengaja menekankan perkataan itu dengan kuat.
“laaa, aku nak buat macam mana lagi kalau dia tak sudi nak kawan ngan kau. Takkan aku nak paksa dia pulak,” balas Shahir Safwan dengan nada geram apabila Hafiz tidak berhenti-henti menyuruhnya memperkenalkan Dira Zulaikha kepadanya.
Dira Zulaikha masih lagi menarik-narik baju yang di pakai oleh abang saudara angkatnya itu.
“ok, aku akan cuba kenalkan dia dengan kau. Tapi kalu dia tak sudi nak kawan ngan kau, aku tak taulah nak tolong macam mana lagi,” kata Shahir Safwan.
“Dira, keluarlah. Ada orang nak kenal ngan kau nie!” panggil Shahir Safwan yang melihat Dira Zulaikha di belakangnya.
Dira Zulaikha melihat ke dalam mata Shahir Safwan. Dia mengerutkan dahinya. Shahir Safwan menganggukkan kepalanya supaya dia keluar dari belakang badannya. Perlahan Dira Zulaikha melepaskan baju yang ditarik olehnya tadi. Wajahnya sudah dikeluarkan daripada belakang milik Shahir Safwan. Dira Zulaikha sudah berada disisi Shahir Safwan dan tidak lagi berada di belakang badan abang saudara angkatnya itu.
“Hafiz, kau cakaplah sendiri!” ujar Shahir Safwan setelah Dira Zulaikha sudah berada di sisinya.
“ok, bro. Hehehehe…thanks ya Shahir,” ucap Hafiz dengan tersengih-sengih.
“oklah, aku pergi dulu. Kau jangan nak pandai-pandai ajak dia keluar pulak lepas nie!” kata Shahir Safwan seolah-olah memberi amaran kepada Hafiz.
Hafiz tersenyum..Shahir Safwan sudah mula mahu meninggalkan tempat itu. Dira Zulaikha sudah berpeluh. Dia gelisah apabila Shahir Safwan mahu meninggalkan dirinya dengan lelaki itu.
“tunggu!” Kata Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan dengan menarik lengan abang saudara angkatnya itu.
Shahir Safwan terkejut dengan perbuatan Dira Zulaikha. Entah apa yang membuatkan Dira Zulaikha takut hingga menarik tangannya sebegitu.
“kau teman aku kat sini boleh?. Aku takut lah nak duduk ngan dia,” bisik Dira Zulaikha pada telinga Shahir Safwan.
“hah??.”
“temankan lah aku sekejap!” bisiknya lagi.
Hafiz sekadar melihat kelakuan Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“aku ada kejelah, kau sembanglah ngan dia!” ujar Shahir Safwan.
“alahh, kejap je. Tolonglah, aku pun ada keje jugak yang nak dibuat lepas nie,” balas Dira Zulaikha yang masih belum melepaskan lengan milik lelaki itu.
“yelah…yelah!” kata Shahir Safwan perlahan.
“haa….kenapa pulak nie Shahir?” soal Hafiz.
“takde apa-apa. Cuma aku kena temankan dia kat sini,” jawab Shahir Safwan.
“aku kan ada, kau pergilah sambung keje kau tu balik,” ujar Hafiz yang seakan tidak suka akan kehadiran Shahir Safwan di situ.
“tulah, keje aku memang banyak kat dalam tu. Tapi bila aku fikir balik, biarlah aku temankan dia kat sini. Lagi pun kau cuma nak berkenalan je kan dengan adik saudara aku nie, jadi tak salah lah kalau aku ada sama kat sini,” balas Shahir Safwan panjang lebar.
Riak muka Hafiz sudah berubah apabila Shahir berkata sedemikian. Dira Zulaikha pula tersenyum mendengar kata-kata itu.
“haa…tunggu apa lagi, kata nak kenal ngan adik saudara aku nie. Takkan senyap je dari tadi,” sindir Shahir Safwan apabila Hafiz tidak bersuara.
“eh, tkpelah Shahir. Lain kali jelah aku kenal ngan adik saudara angkat kau tu! Aku balik dululah,” ujar Hafiz lalu meninggalkan kedua-duanya di situ.
Dira Zulaikha ketawa perlahan. Shahir Safwan menoleh ke arah gadis itu dengan hairan.
“yang kau tiba-tiba ketawa kenapa?” soal Shahir Safwan.
“aku ketawa pun salah ke?” tanya Dira Zulaikha balik.
“takdelah, tiba-tiba je kau ketawa. Tadi bukan main takut!” sindir Shahir Safwan.
“kawan kau tulah, aku dah cakap tak nak kenal ngan dia. Tapi dia tak faham-faham jugak. Kang dia dah pergi, senanglah aku. Tak payah nak tengok muka dia lagi,” beritahu Dira Zulaikha yang masih lagi ketawa.
“yang kau nie kenapa susah sangat nak kawan ngan dia. Kesian dia aku tengok,” ujar Shahir Safwan yang turut ketawa bersama.
“yang ko pun ikut ketawa sekali nie kenapa?. Dia tu kan kawan kau! Kau tak marah ke aku tak layan dia?” soal Dira Zulaikha.
“aku nak marah buat apa?. Padan ngan muka dia tu, pantang nampak perempuan cantik sikit. Mesti nak masuk jarum,” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…kiranya aku nie cantik jugak lah ye!” kata Dira Zulaikha seraya mengangkat keningnya ala penyanyi Ziana Zain.
“perasan sangatlah kau tu! Dahlah, kau nak pergi sambung buat keje aku!” ujar Shahir Safwan.
“pergi jelah. Yang kau gtau kat aku tu kenapa?” tanya Dira Zulaikha.
“masalahnya cik adik oii, lengan aku nie kau tak lepas-lepas lagi. Macam mana aku nak pergi kalau kau tak lepas!” jawab Shahir Safwan sinis.
“erk?...sorilah, aku bukan sengaja nak pegang lengan kau nie. nie kawan kau lah punya pasal!” balas Dira Zulaikha seraya melepaskan tanganya yang berada pada lengan lelaki itu.
“yelah tu! Atau kau memang nak pegang lengan aku nie,” kata Shahir Safwan selamba.
“uikk! Banyak hensem muka kau. Takde maknanya aku nak pegang lengan kau tu,” balas Dira Zulaikha geram.
“laaa…memanglah aku tau muka aku nie hensem. Cuma kau tu je yang baru perasan. Asyik duk panggil aku mamat serabut je!” ujar Shahir Safwan lagi.
“werk!!!!!!....kan comel bila aku kau panggil mamat serabut!”
“comellah sangat!!. Aku masuk dululah. Layan kau kat sini, sampai esok pun tak habis lagi.”
“okey! Thanks ya sebab tolong aku tadi, mamat serabut!” ucap Dira Zulaikha sambil melentokkan kepalanya.
mamat serabut lagi!!!....
“hehehe….peace.” Dira Zulaikha menunjukkan tanda peace.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama