AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 11 &1 2


BAB 11
“Ain…Anum, petang nie korang balik dulu ek. Aku ada hal petang nie!” beritahu Dira Zulaikha kepada mereka berdua apabila berada di dalam bilik rehat.
“kau nak pergi mana pulak nie?. Ko tak nak kita orang temankan kau ke?” soal Anum ingin tau.
“takpelah, korang balik dulu. Aku boleh pergi sendiri,” tipu Dira Zulaikha.
“hmmm..ikut suka kau lah. Tapi hati-hati sikit, ko tu sorang-sorang. Perempuan pulak tu!” balas Ain.
“ye, korang tak yah nak risaulah. Pandai lah aku jaga diri aku nanti!” ujar Dira Zulaikha tersenyum.
“oklah, jom kita pergi kantin. Aku dah lapar lah,” ujar Anum.
“yelah, aku pun lapar jugak nie. Dari pagi tadi aku tolong akak nurse tu bersihkan bilik kosong kat hujung bangunan tu,” kata Ain.
Tepat jam 5.00 petang, Dira Zulaikha sudah terpacak kat depan pintu masuk bangunan hospital. Anum dan Ain sudah keluar untuk menunggu bas.
“mana pulak mamat serabut nie, tadi dia jugak suruh tunggu kat depan nie. Batang hidung dia pun aku tak nampak,” omel Dira Zulaikha sendirian.
“haaaa………..sergah Shahir Safwan dari belakang.
“erggghhhh…ko nie kan tak habis lagi ke nak sergah aku?” soal Dira Zulaikha dengan nada geram.
“tak, sampai ko jadi ‘permaisuri’ bilik aku tu, baru aku tak sergah kau lagi!” kata Shahir Safwan selamba.
“hah?”
“laaa…kau jugak yang tulis kat belakang gambar aku tu. Kata nak jadi ‘permaisuri’ bilik aku!” perli Shahir Safwan.
“dahlah, ko saje nak kenakan aku kan. Cepatlah, kata nak keluar. Dah pukul berapa nie, kang lambat pulak aku sampai kat rumah tu!” ujar Dira Zulaikha geram.
“yelah-yelah. Kau tolong aku pegang baju aku nie dulu!” arah Shahir Safwan.
“aku jugak yang kena pegang, kau kan ada tangan. Kau pegang lah sendiri!” balas Dira Zulaikha.
“ko tak nampak ke kat tangan aku nie?. Mana aku nak bawak fail nie lagi, mana nak pegang beg lagi. Ko tolong jelah, bukan berat sangat pun baju aku nie,” ujar Shahir Safwan seraya menghulurkan bajunya pada Dira Zulaikha.
“baiklah, tuan doctor!” Dira Zulaikha mencapai baju yang dihulurkan oleh Shahir Safwan.
“bagus, macam tulah ‘adik saudara angkat’ aku. Rajin!!!” kata Shahir Safwan sinis.
“jom, kang lambat pulak kau sampai kat rumah nanti.” ajak Shahir Safwan lalu melangkah ke tempat keretanya.
Pintu kereta dibuka perlahan. Dira Zulaikha menghempaskan punggung nya ke atas kusyen kereta milik Shahir Safwan. Kedua-duanya memakai tali pinggang keledar.
“aku tanya sikit boleh?” soal Dira Zulaikha apabila kereta milik Shahir Safwan sudah berada di atas jalan raya.
“hmm…kau nak tanya apa?” tanya Shahir safwan kembali.
“sebenarnya kau nak bawak aku pergi mana nie?” soal Dira Zulaikha ingin tahu.
“adalah, kejap lagi kau taulah!”
“kita nak jumpa ngan Mama Syikin dan Papa Norman ke?” tanyanya lagi.
“bukan!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“dah tu, kita nak pergi mana nie? kau cakap jelah!” pinta Dira Zulaikha lembut.
“kau niekan, tak sabar betul. Kita dah nak sampai nie, nanti kau taulah kita nak pergi mana,” balas Shahir Safwan yang masih mahu merahsiakan.
Tidak sampai setengah jam, kereta milik Shahir Safwan sudah memasuki perkarangan shopping complex. Shahir Safwan mencari tempat kosong untuk meletakkan keretanya. Kedua-duanya keluar dari perut kereta.
“kita nak buat apa datang sini?” soal Dira Zulaikha hairan.
“nak buat apa lagi, nak cari baranglah. Takkan kita nak berkhemah kat sini pulak,” kata Shahir Safwan selamba.
“aku tanya betul-betul nie. Kita nak buat apa kat sini?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“kang aku dah kata nak cari barang, kau ikut jelah!” ujarnya lagi.
“habis tu apa kena mengena ngan aku aku pulak. Kau sorang pun boleh pergi cari barang, nak ajak aku buat apa!” perli Dira Zulaikha.
“masalahnya, bukan aku yang nak pakai benda tu. Tapi orang lain, sebab tu aku suruh kau ikut aku datang sini. Aku nak mintak kau tolong aku pilih barang tu. Dah, jom masuk cepat!” beritahu Shahir Safwan lalu berjalan meninggalkan Dira Zulaikha di belakang.
Dira Zulaikha hanya mengikut langkah Shahir Safwan. Dalam hatinya begitu marah dengan kelakuan lelaki itu. Shahir Safwan berhenti di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis telefon bimbit.
“dah, masuklah!” arah Shahir Safwan menyedari Dira Zulaikha hanya berdiri di luar kedai.
“nak buat apa?” soal Dira Zulaikha.
“masuk jelah!” arah Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha menapak masuk ke dalam kedai itu. Shahir Safwan sudah berada di atas kerusi yang disediakan. Dira Zulaikha hanya berdiri di sebelah abang saudara angkatnya itu.
“sekarang aku nak kau pilih salah satu jenis telefon yang kau suka kat dalam kedai nie!” suruh Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“tak nak lah Aku mana tau pilihan girlfriend kau tu. Kang aku pilih dia tak suka pulak!” ujar Dira Zulaikha.
“kau pilih je, dah tentu dia suka dengan pilihan kau tu. Lagi pun dia tak memilih sangat,” beritahu Shahir Safwan ikhlas.
“ok, tapi kau janji ngan marah kat aku balik kalau girlfriend kau tu tak suka ngan pilihan aku nie,” kata Dira Zulaikha.
“ye, aku janji aku tak kan marah kat kau!”
“selamat datang….” ucap pekerja itu mesra.
Dira Zulaikha tersenyum manis kepada pekerja itu.
“hmm…boleh saya tengok koleksi telefon dalam nie?” tanya Dira Zulaikha lembut.
“boleh, silakan!” kata pekerja itu lagi.
“terima kasih…” balas Dira Zulaikha lembut.
Dira Zulaikha mula memilih satu persatu telefon yang ada di dalam kedai itu. Namun dia tidak tau untuk membuat pilihan yang mana satu. Kesemua telefon bimbit yang berada di dalam kedai itu kebanyakkan yang canggih dan model terbaru.
“semuanya model terbaru. Aku tak tau nak pilih yang mana satu!” kata Dira Zualikha sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“kau pilih je yang mana kau suka,” balas Shahir Safwan yang sudah berada di sisi Dira Zulaikha.
“kau tak kisahkan kalau aku pilih yang mahal?” soalnya lagi.
“tak, aku tak kisah. Kau ambik je yang mana kau rasa berkenan!”
“ok, kak boleh tolong keluarkan yang hujung tu?” pinta Dira Zulaikha.
“yang mana dik?” tanya pekerja kt situ.
“tu haaa…yang calour pink tu. Yang hujung sekali,” tunjuk Dira Zulaikha.
“ooo…tunggu sekejap ye!” pinta pekerja itu lagi.
“ok!” jawabnya ringkas.
Telefon yang pilihnya tadi sudah berada di depan mata mereka berdua. Dira Zulaikha melihat wajah Shahir Safwan.
“dik, berapa harga telefon nie?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“nie BBM model terbaru, encik. Baru je sampai 2 minggu yang lepas. Kalau mengikut harga pasaran sekarang, model WHITE BLACKBERRY BOLD 9700 yang nie berharga RM2459. White Blackberry Bold 9700 nie juga sudah siap di sediakan perisian Word, Excel dan Powerpoint serta kapasiti networking 3.5G.Selain dari tu spesifikasi lain yang tersedia dalam smartphone ini adalah QWERTY Keyboard, Trackpad Navigation, Hi Resolution, kemudahan Wifi dan banyak lagi.” pekerja itu menerangkan dengan panjang lebar.

“mahal sangatlah. Aku pilih yang lain jelah ek?” bisik Dira Zulaikha pada telinga Shahir Safwan.
“takpe, aku suka yang kau pilih nie!” ujar Shahir Safwan ringkas.
“kau biar betul, nanti duit kau habis kau marah aku pulak,” kata Dira Zulaikha dengan tidak percaya.
“saya ambik yang nie. Akak boleh tolong bungkus elok-elok tak!” tanya Shahir Safwan.
“boleh, encik duduk dulu. Nanti dah siap saya panggil encik,” ujar pekerja dalam kedai tu.
Sementara menunggu, Shahir Safwan meneliti beberapa nombor telefon yang terdapat di dalam almari khas itu. Matanya melilau mencari nombor yang sesuai untuk digunakan. Akhirnya dia ternampak satu nombor yang begitu cantik yang ada dalam almari tersebut. Shahir Safwan membuka pintu almari tersebut dan mencapai kad yang mengandungi nombor telefon pilihannya.
Dira Zulaikha sudah berada di luar kedai telefon. Sesekali matanya beralih kepada kedai yang menjual jam tangan.  Diperhatikan jam pada tangannya. Sudah 15 tahun dia memakai jam tangan itu. Itulah satu-satunya pemberian arwah ayahnya ketika masih hidup. Shahir Safwan yang menyedari tingkah laku Dira Zulaikha hanya memandang sahaja.
“hmmm…encik, dah siap!” ujar pekerja itu.
“tolong kirakan sekali dengan yang nie ye?” pinta Shahir Safwan seraya menyerahkan kad ditangannya.
“baiklah……”
“semua sekali berjumlah RM2469……” sambung pekerja itu lagi.
“ok!” jawab Shahir Safwan ringkas.
Dompet yang berada dikocek seluarnya di tarik perlahan. Shahir Safwan mengeluarkan kad kreditnya dan menyerahkan kepada pekerja disitu untuk pembayaran. Setelah menunggu lebih kurang 2 minit, pekerja itu kembali menyerahkan kad kredit kepadanya dan menghulurkan plastik yang mengandungi telefon bimbit yang baru dibeli oleh Shahir Safwan beserta dengan nombornya sekali. Selepas mengucapkan terima kasih, Shahir Safwan keluar dan menuju ke arah Dira Zulaikha.
“kau buat apa kat sini?” soal Shahir Safwan.
“takde apa-apa. Kau dah siap, jomlah kita balik. Aku laparlah!” ajak Dira Zulaikha apabila Shahir sudah berada di sisinya.
“kau belum makan lagi tengah hari tadi?” tanya Shahir Safwan.
“dah, tapi sikit je aku makan,” jawab Dira Zulaikha ringkas.
Shahir Safwan melihat jam ditangannya. Baru pukul 6.00 petang.
“kau dah solat asar belum?” soal Shahir Safwan lagi.
“dah, kenapa?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“aku bawak kau pergi makan dulu, lepas tu baru aku hantar kau balik rumah!” ujarnya lagi.
“kau dah solat asar belum nie?. Kalau belum kita balik jelah, kang terlambat pulak kau nak solat,” ajak Dira Zulaikha lembut.
“aku dah solat masa kau tunggu aku kat bawah tadi. Jomlah, kata lapar!”
“kau belanja aku makan eh?” pinta Dira Zulaikha lembut.
“asal pulak aku yang kena belanja kau. Kau yang nak makan, kau jelah yang kena bayar,” jawab Shahir Safwan selamba.
“alahhh….kau belanja lah aku makan. Kau kan banyak duit!” balas Dira Zulaikha yang sedang memujuk abang saudara angkatnya itu.
“duit nie aku simpan untuk bakal isteri akulah,” ujar Shahir Safwan.
“elehhh…bukan habis beribu pun kau belanja aku makan. Jomlah, aku lapar sangat nie!” Dira Zulaikha merengek seperti budak kecil.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya.
“yelah-yelah, jom aku belanja kau makan!” kata Shahir Safwan lalu berjalan meninggalkan Dira Zulaikha.
“tunggu lah aku dulu. Kau nie pun jalan laju sangat, macam manalah girlfriend kau tu suka sangat kau haaa…..” kata Dira Zulaikha dengan sinis.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha masuk ke sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan kedai telefon yang dimasukinya tadi. Shahir Safwan mengambil tempat dihadapan Dira Zulaikha.
“kau nak makan apa?” soal Shahir Safwan ambik berat.
“apa-apa jelah, asalkan kau belanja aku makan,” jawab Dira Zulaikha ikhlas.
“kau tunggu sini kejap, aku pergi order makanan!” kata Shahir Safwan seraya bangun dari tempat duduknya tadi.
Dira Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya. Sementara menunggu Shahir Safwan kembali dengan membawa makanan, Dira Zulaikha melihat keadaan sekeliling di dalam shopping complex itu. Matanya terarah pada pasangan yang berada di dalam kedai pakaian.
“eh, lelaki tu macam pernah aku tengok. Tapi kat mana ye?” ujar Dira Zulaikha sendirian.
“jap…jap, niekan mamat yang nak berkawan ngan aku masa kat hospital ari tu kan. Kawan rapat mamat serabut tu!” ujarnya lagi.
Apabila menyedari pasangan itu hendak keluar, Dira Zulaikha segera menyembunyikan muka di celah tiang kedai itu.
“maaf, nie meja Cik Dira ke?” soal pelayan kedai itu.
“ye, saya. Ada apa ?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“ooo….tadi abang cik minta saya hantarkan makanan nie untuk cik,” beritahu pelayan itu lalu meletakkan dulang yang berisi 2 gelas air beserta sebungkus donat Big Apple di atas meja tersebut.
“abang saya?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“ya, abang cik. Muka dia ada iras-iras dengan Shahir Af8 tu!” beritahu pelayan itu lagi.
“ooo….’abang’ saya, terima kasih ye dik. Tapi abang saya tu pergi mana ek?” soal Dira Zulaikha pula.
“entahlah, dia suruh saya hantarkan makanan nie kat meja cik!” ujar pelayan itu lagi lalu beredar dari situ.
“haii…mana pulak dia pergi nie. Jangan dia lari balik rumah sudah. Sape nak bayar semua nie, aku mana ada duit nak bayar semua nie!” omelnya lagi.
Hampir 10 minit dia menunggu, akhirnya kelibat Shahir Safwan sudah menapak masuk ke dalam kedai itu. Shahir Safwan berjalan menuju ke meja Dira Zulaikha.
“kau pergi mana tadi?. Lama aku tunggu kat sini,” tanya Dira Zulaikha sambil menyuapkan donat itu ke dalam mulutnya.
“aku keluar kejap, pergi tandas. Kenapa, kau nak ikut aku ke?” sindir Shahir Safwan.
“huhh…tak nak aku!” jawab Dira Zulaikha.
“dahlah, kau makan lah. Takkan aku sorang je yang kena habiskan donat nie,” ajaknya lagi.
“kau makanlah, aku minum air je. Aku dah makan tengah hari tadi kat kantin hospital tu, nie pun rasa kenyang lagi. Aku minum air jelah,” beritahu Shahir Safwan ikhlas.
“tadi aku nampak kawan kau kat dalam kedai hujung sana tu!” ujar Dira Zulaikha.
“sape?. Hafiz?” soal Shahir Safwan.
“yelah kot, alah yang selalu datang kat hopsital ari tu!”
“dia datang sembang ngan kau ke?” tanya Shahir Safwan lagi.
“taklah, aku nampak dia dengan sorang perempuan. Cantik jugak perempuan tu!” ujar Dira Zulaikha lagi.
“awek dia lah kot!” balas Shahir Safwan selamba.
Dira Zulaikha mencapai gelas yang berisi air lalu meminumnya perlahan.
“jom balik, aku dah kenyang lah!” ajak Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“balik?. Tu makanan kau tu tak habis lagi, macam mana nak balik.”
“kita bungkus jelah, nanti aku sambung makan dalam kereta kau. Dah lewat nie, nanti mak aku risau pulak aku balik lambat,” beritahu Dira Zulaikha.
Shahir Safwan memanggil pelayan itu sekali lagi untuk membungkus lebihan donat yang diordernya sebentar tadi. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha bangun dan keluar dari kedai itu dan mula bergerak ke pintu keluar bangunan itu. Pintu kereta dibuka dan mereka terus masuk ke dalam perut kereta tersebut.
Shahir Safwan memandu keluar dari perkarangan shopping complex. Jalan raya agak sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk. Pemanduannya sangat berhemah kerana bimbang berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Dia juga bimbang akan keselamatan Dira Zulaikha yang berada di sebelahnya.
Shahir Safwan mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai ke rumah Dira Zulaikha. Mak Zeera sudah setia menunggu di depan pintu rumah. Dira Zulaikha keluar dari pintu kereta milik Shahir Safwan, begitu juga dengan abang saudara angkatnya itu. Shahir Safwan pantas menuju ke arah Mak Zeera. Tangan wanita tua itu di cium lembut.
“assalamulaikum Mak Zeera…….” Ucap Shahir Safwan lembut.
“waalaikumussalam….” Jawab Mak Zeera.
“maaflah, Shahir suruh Dira temankan Shahir pergi beli barang sekejap tadi. Tu yang lambat sampai kat rumah Mak Zeera nie.” beritahu Shahir Safwan.
“takpe, Mak Zeera tak marah pun. Cuma bimbang jugak kalau-kalau kak long keluar sorang diri tadi. Yelah, Anum ngan Ain dah lama sampai kat rumah,” ujar Mak Zerra dengan senyuman di bibirnya.
“mak dah makan?” tanya Dira Zulaikha kepada Mak Zeera.
“belum lagi, mak tunggu kak long balik dulu. Lauk mak dah sipakan atas meja kat dapur tu!” beritahu Mak Zeera lagi.
“laa…kenapa tak tunggu kak long balik dulu. Mak tak payah lah susah-susah nak masak, kak long ka ada,” ujar Dira Zulaikha.
“takpelah, kak long tentu penat bila sampai kat rumah nie!” kata Mak Zeera lembut.
“Shahir tak nak masuk dulu ke?. Mailah naik dulu, kita makan sama-sama. Lagi pun dah nak masuk waktu maghrib nie!” ajak Mak Zeera dengan penuh berharap.
Shahir Safwan melihat ke arah Dira Zulaikha. Kemudian matanya kembali melihat wajah tua di depannya.
“hmm..boleh jugak Mak Zeera!” jawab Shahir Safwan.
“kalau macam tu, kita masuk dalam. Dah lewat sangat nie, kak long suruh Shahir masuk dalam ye. Mak nak sedia baju untuk abang kamu tu!” pinta Mak Zeera.
“yelah mak!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“jomlah, takkan kau nak duduk kat luar je!” ajak Dira Zulaikha.
“kejap, aku tanggalkan kasut aku dulu,” beritahu Shahir Safwan.
Shahir Safwan menanggalkan kasutnya di luar dan masuk ke dalam bersama-sama dengan Dira Zulaikha.
“kak long, suruh abang kamu tu bersihkan diri dulu. Mak dah sediakan baju ngan kain pelekat tu,” beritahu Mak Zeera yang berada di dapur.
“kau pergi mandi dulu. Bilik aku yang kat hujung sana tu, baju ngan kain pelekat nanti aku letak kat atas katil.” Ujar Dira Zulaikha lantas pergi mengambil baju dan kain pelekat yang disediakan oleh ibunya tadi.
Shahir Safwan berjalan menuju ke pintu bilik Dira Zulaikha. Tangannya memulas tombol pintu itu dengan perlahan. Pintu bilik itu ditutup selepas dirinya sudah berada di dalam.
“hmm…patutlah dia suruh aku warnakan dinding bilik aku dengan warna pink. Rupanya dinding bilik dia dah memang warna pink.” Omel Shahir Safwan sendiri.
“tok…tok….” Dira Zulaikha mengetuk pintu biliknya.
“masuklah….” Arah Shahir Safwan.
Dira Zulaikha membuka pintu biliknya.
“nie haa baju ngan kain pelekat. Kau buang baju yang ada kat badan kau tu, dah seharian baju tu kau pakai. Bilik air kat dapur, kalau kau nak apa-apa kau panggil aku kat luar ek!” ujar Dira Zulaikha seraya menghulurkan baju dan juga kain pelekat kepada Shahir Safwan.
“eh, aku guna bilik kau nie, kau tak marah kan?” soal Shahir Safwan tiba-tiba.
“laa…apasal pulak aku nak marah. Kan aku sendiri yang suruh kau gunakan bilik tu. Tapi kau jangan kacau barang-barang dalaam bilik kau nie pulak,” pesan Dira Zulaikha lalu menutup pintu biliknya.
Setengah jam kemudian, Shahir Safwan keluar dari bilik dengan hanya memakai baju dan kain pelekat yang diberikan oleh Dira Zulaikha kepadanya sebentar tadi. Dia terus menuju ke ruang tamu dimana Mak Zeera dan adik saudara angkatnya berada.
“haa…Shahir, macam mana selesa tak pakai baju tu?” tanya Mak Zeera lembut.
“selesa Mak Zeera. Tapi Shahir susahkan Mak Zeera pulak cari baju untuk Shahir!” kata Shahir Safwan perlahan.
“takde yang susahnya, lagi pun bukan Mak Zeera kena keluar cari baju tu, dah memang ada kat rumah nie. Baju Shahir tu letak kat bilik Dira je, nanti biar Dira yang tolong basuhkan,” ujar Mak Zeera lagi.
“takpelah Mak Zeera, nanti Shahir tukar balik baju nie,” balas Shahir Safwan yang tidak mahu menyusahkan mereka sekeluarga.
“laa…baju tu dah kena peluh kamu. Takkan kamu nak pakai lagi, biar je kat situ. Nanti Dira basuh, lepas tu bagi kamu masa kat hospital tu nanti.”
“dah, jom kita pergi makan! Nanti Shahir nak balik rumah pulak,” ajak Mak Zeera yang sudah bangun dari kerusi.
Mereka semua menjamu selera dengan masakan yang terhidang di atas meja itu. Shahir Safwan makan dengan begitu berselera sekali. Shahir Safwan meminta diri untuk pulang apabila jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Mak Zeera dan Dira Zulaikha menghantar Shahir Safwan sampai ke depan pintu rumah mereka.
“Mak Zeera, Shahir balik dulu ye!” ujar Shahir Safwan lalu menyalami tangan wanita itu.
“yelah, hati-hati bawak kereta tu nanti. Sampaikan salam Mak Zeera pada mama ngan papa Shahir ye!” pesan Mak Zeera.
“insyaallah…nanti Shahir bagitahu kat diorang,” jawab Shahir Safwan lalu pergi ke keretanya.
“kak long, pergi hantar abang kamu tu kat kereta!” arah Mak Zeera pada anak perempuannya itu.
“kena jugak ke mak?” soal Dira Zulaikha malas.
“yelah, dah pergi sana. Haa…jangan lupa pulak lepas tu kena buat apa!” Mak Zeera sentiasa mengingatkan anak perempuannya.
“ye, kak long tau!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
Dira Zulaikha segera mengikuti langkah Shahir Safwan yang sudah sampai ke kereta miliknya.
“terima kasih ye sebab kau dah belanja aku makan tadi!” ucap Dira Zulaikha ikhlas.
“hai…baru ingat nak ucap terima kasih ke!” perli Shahir Safwan yang sudah membukakan pintu keretanya.
“hehehe…aku lupa tadi. Tapi sekurang-kurangnya aku ucap jugak kan!” kata Dira Zulaikha tidak mahu mengalah.
“hmm…aku balik dululah. Dah lewat sangat nie! baju ngan kain pelekat nie aku bagi bila aku dah basuh nanti,” kata Shahir Safwan.
“takpelah, kau tak basuh pun takpe. Aku boleh basuh sendiri,” balas Dira Zulaikha lagi.
“kalau macam tu, aku balik dulu!” ujar Shahir Safwan lalu melangkahkan kakinya ke dalam perut kereta.
“tunggu dulu!” ujar Dira Zulaikha tiba-tiba.
“apa lagi nie?” soal Shahir Safwan hairan.
Dira Zulaikha melangkah ke arah Shahir Safwan yang sudah mahu masuk ke dalam kereta. Tangannya dihulurkan kepada Shahir Safwan. Shahir Safwan menyambut huluran tangan itu dengan lambat. Dira Zulaikha tunduk menyalami tangan abang saudara angkatnya dengan penuh hormat.
“ok, dah! Kau bawak kereta elok-elok ye. Jangan bawak laju sangat,” pesan Dira Zulaikha apabila dia meleraikan tangannya pada tangan kasar milik Shahir Safwan.
“ok!” balas Shahir Safwan ringkas.
Enjin keretanya dihidupkan selepas dia masuk ke dalam perut kereta itu. Perlahan-lahan kereta itu bergerak keluar dari perkarangan rumah Dira Zulaikha. Matanya melihat kepada cermin belakang kereta yang dipandunya. Dira Zulaikha masih berada di tempat tadi. Kereta yang dipandu olehnya terhenti dengan tiba-tiba.
“Allah……aku lupa nak berikan barang nie kat dia!” kata Shahir Safwan sambil menepuk dahinya.
Dengan pantas Shahir Safwan keluar dari pintu keretanya sambil membawa keluar plastik itu bersama-sama dengannya. Dira Zulaikha pelik apabila Shahir Safwan menghentikan kereta itu dengan tiba-tiba.
“Dira………….” Panggil Shahir Safwan kuat. Tangannya sudah melambai-lambai ke arah Dira Zulaikha.
“apa?” soal Dira Zulaikha dengan nada yang kuat.
“sinilah!” ajak Shahir Safwan lagi.
“apa lagilah mamat serabut nie nak,” omelnya dalam hati.
“kau nak apa lagi nie? barang kau tertinggal kt rumah aku ke?” tanyanya lagi.
“nie………” Shahir Safwan menghulurkan plastik kepada Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha mencapai plastik yang dihulurkan oleh Shahir Safwan itu. Plastik itu dibuka perlahan.
“nie kan barang yang kau suruh aku pilih tadi. Kenapa kau bagi kat aku pulak?” soal Dira Zulaikha hairan.
“memang aku nak bagi kat kau pun. Aku dah masukkan sim card kat dalam telefon. Nombor tu aku pilih sendiri tadi masa kau duk kat luar kedai tadi. Nombor mama ngan papa aku dah save kat dalam telefon tu, kalau kau ada apa-apa kau telefon je diorang,” beritahu Shahir Safwan.
“tapi………….” kata-katanya terhenti disitu apabila Shahir Safwan sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Cermin pintu kereta dibuka……….
“aku balik dulu, ingat jangan bagi kat sape-sape nombor telefon kau tu!” pesan Shahir Safwan lalu memandu keluar dari perkarangan rumah sebelum sempat Dira Zulaikha membalas kata-katanya.


BAB 12
Tepat jam 9 malam, Shahir Safwan tiba di rumahnya dengan memakai baju dan kain pelekat yang diberikan oleh Mak Zeera semasa berada dirumah itu. Pintu kereta dibuka perlahan sebelum dia melangkah keluar. Shahir Safwan menanggalkan kasutnya di luar pintu rumah sebelum memasuki ke dalam rumah.
“assalamualaikum……………” sapa Shahir Safwan selepas membuka pintu rumahnya.
“waalaikumussalam………” jawab Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak.
Shahir Safwan menapak ke ruang televisyen dimana mama ngan papanya berada. Dia kemudiannya duduk bersama-sama dengan orang tuanya di situ.
“along pergi mana?. Kenapa pakai pakaian macam nie?” soal Dr. Norman hairan dengan pakaian yang dipakai oleh anak lelakinya itu.
“along jangan buat hal pulak!” kata Dr. Syikin mengingatkan anak lelakinya itu.
“isshhh mama nie, ke situ pulak. Mama ngan papa jugak yang suruh along bawak Dira keluar sebab nak cari telefon untuk dia,” kata Shahir Safwan.
“yelah, tapi mama ngan papa pelik kenapa kamu pakai baju ngan kain pelekat tu. Kat mana kamu ambik baju ngan kain tu?” soal Dr. Syikin ingin tau.
“kat rumah Mak Zeera lah, kat mana lagi along nak ambik!” beritahu Shahir Safwan tanpa berselindung.
“rumah Mak Zeera?. Along baru balik dari sana ke nie?” tanyanya lagi.
“yelah, lepas hantar Dira balik tadi along ingat nak balik terus kat rumah. Tapi Mak Zeera tak bagi along balik dulu. Baju ngan kain pelekat nie pun Mak Zeera yang bagi kat along suruh pakai,” beritahu Shahir Safwan.
“ooo….kalau macam tu takpelah. Mama ingat kamu buat hal tak senonoh tadi!” teka Dr. Syikin sambil ketawa kecil.
“takkanlah along nak buat macam tu mama…papa. Along masih waras lagilah!” ujar Shahir Safwan.
“hmm….kamu dah makan ke?. Kalau belum mama panaskan lauk kat dapur tu!” tanya Dr. Syikin ingin tau.
“dah ma, along makan kat rumah Mak Zeera tadi!”
“oooo…makan kat rumah bakal mak mertua rupanya!” kata Dr. Norman sinis.
“apalah papa nie, ke situ pulak. Dahlah, along naik dulu lah. Nak tido awal, esok kena bangun pagi-pagi pulak!” balas Shahir Safwan lalu bangun dari tempat duduknya.
Dira Zulaikha masih termenung panjang di dalam biliknya. Mana tidaknya, bukan setakat handphone yang dia dapat malah sebuah jam tangan berwarna pink turut berada di dalam plastik yang diberikan oleh abang saudara angkatnya tadi. Dia terkejut besar apabila mendapati kotak kecil yang lain berada di dalam plastik itu selain dari kotak yang berisi telefon.
“biar betul dia nie. Takkan jam tangan nie pun dia bagi kat aku. Ntah-ntah dia dah nampak aku asyik duk tengok kat kedai jam petang tadi tu. Apalah bodoh sangat aku nie, dah beribu duit dia habiskan untuk aku petang nie saje.” omel Dira Zulaikha sendirian.
Dira Zulaikha teringat kata-kata yang dikeluarkan kepada Shahir Safwan sebelum mereka pergi makan. “bukan sampai beribu pun kau belanja aku makan!”.
Sedang leka di termenung, tiba-tiba kedengaran ringtone Luar Biasa dari telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin telefon itu. Dira Zulaikha takut untuk menjawab kerana dia sendiri tidak mengenali nombor itu. Berkali-kali telefon itu berbunyi. Tangannya mencapai laju telefon yang sedang berdering itu. Terlalu bising di dalam bilikny dengan alunan lagu itu. Dira Zulaikha menekan butang hijau, lalu meletakkan telefon pada telinganya.
“assalamualaikum………….” ucapnya perlahan.
“waalaikumussalam………..” balas si pemanggil itu.
“kenapa lambat sangat kau jawab telefon nie?” soal si pemanggil itu lagi.
“hah!!! sorilah ye, saya tak kenal awak,” ujar Dira Zulaikha yang ingin mematikan panggilan itu.
“aku lah, ‘abang saudara angkat’ kau. Takkan kau tak cam suara aku?” beritahu Shahir Safwan.
“laaa…kau rupanya. Manalah aku tau, kau tak save pun nombor kau kat telefon nie. Aku ingat orang salah telefon aku tadi,” ujar Dira Zulaikha.
“macam mana, ok tak telefon tu?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“ok tu memang lah ok. Tapi betul ke kau bagi kat aku nie?” tanya Dira Zulaikha lembut.
“betullah, takkan aku nak bagi kat anak kucing kau pulak!” sindir Shahir Safwan.
“kau jangan buat lawak pulak. Kang girlfriend kau marah pulak kau bagi benda nie kat aku!” ujar Dira Zulaikha lagi.
“aku mana ada girlfriend, kang kau jugak yang kata nak jadi ‘permaisuri’ dalam bilik aku tu. Patutlah kau suruh aku warnakan dinding bilik aku dengan warna pink, rupanya colour dalam bilik kau pun pink!” perli Shahir Safwan.
“kau niekan, tak habis-habis nak perli aku. Dahlah aku tarik balik kata-kata tu. Kau tak payah nak perli aku lagi. Weh, kau ambik baliklah telefon nie!” pinta Dira Zulaikha yang masih belum percaya apa yang diterimanya sebentar tadi.
“mana boleh, kau jugak yang pilih tadi!” balas Shahir Safwan selamba.
“memanglah aku yang pilih, tapi kau kata nak bagi kat girlfriend kau!”
“kang aku dah bagitahu, aku takde girlfriend!” ujar Shahir Safwan lagi.
“tapi takkan tiba-tiba je kau bagi aku telefon nie?” tanya Dira Zulaikha.
“kenapa tak boleh ke aku nak bagi kat kau?”
“takdelah, dah banyak kau habis untuk beli telefon nie. Kalau aku tau, aku tak pilih telefon yang mahal cmnie tadi,” ujarnya lagi.
“dahlah, aku ikhlas bagi kat kau. Lagi pun mama kata senang kalau kau ada telefon bimbit. Dapatlah dia telefon selalu tanya khabar pasal kau ngan Mak Zeera kat rumah tu,” terang Shahir safwan bagi melegakan perasaan Dira Zulaikha yang sudah serba salah.
“Mama Syikin yang suruh kau belikan telefon untuk aku?” soal Dira Zulaikha.
“ye, mama yang mintak aku belikan telefon bimbit untuk kau!” beritahu Shahir Safwan tanpa menyembunyikan perkara sebenar.
“jam tangan nie?” tanyanya lagi.
“jam tangan tu aku hadiahkan untuk kau. Aku dah pilih warna kegemaran kau, kau pakai jam tangan yang aku bagi kat kau tadi.” pinta Shahir Safwan lembut.
“tapi jam tangan aku nie…………”
“aku tau jam tu penting buat kau. Tapi aku tak suruh kau buang terus jam tu, cuma aku nak kau pakai jam tangan yang aku belikan untuk kau tadi. Jam tangan yang ada kat tangan kau tu, kau simpan elok-elok kat rumah. Kalau hilang jam tangan tu takdelah kau nak sedih!”
“tapi aku takde duit nak bayar kat kau. Tapi aku janji aku akan bayar sikit-sikit lepas aku dapat gaji nanti!” beritahu Dira Zulaikha perlahan.
“banyak sangat ke gaji kau tu sampai kau nak bayar balik duit aku yang beribu-ribu tu?” tanya Shahir Safwan selamba.
“takdelah banyak macam gaji kau tu, tapi aku boleh bayar kat kau sikit-sikit,” kata Dira Zulaikha.
“dahlah, kau simpan je duit gaji kau tu dalam bank. Kalau ada apa-apa kecemasan, kau boleh gunakan duit kau tu balik!”
“tapi………..”
“kalau betul-betul kau nak bayar duit aku tu, kau kena jadi permaisuri dalam bilik aku. Boleh?” tanya Shahir Safwan sekadar bergurau.
“isshhh…kau niekan, memang suka usik aku. Kau padam balik ayat aku yang aku tulis kat belakang gambar tu. Asyik nak kata kat aku je,” kata Dira Zualikha geram.
“hahahaha……aku gurau jelah. Ku nie pun, aku nak bergurau sikit pun tak boleh. Tapi ok jugak kalau kau kawin ngan aku. Aku boleh ubat suai perabot dalam bilik tido kau pulak. Kau kan suka ngan susunan perabot dalam bilik tido aku,” katanya dengan sinis.
mamat serabut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....jerit Dira Zulaikha dengan kuat.
“oiii, minah pink!!! pekak telinga aku nie!” kata Shahir Safwan kuat apabila Dira Zulaikha menjerit kuat di telefon.
“kau tulah, suka sangat kata kat aku,” ulang Dira Zulaikha dengan nada yang masih geram.
“dahlah, aku nak tido nie. Nombor telefon aku tu kau save baik-baik. Jangan bagi hilang pulak,” pesan Shahir Safwan sebelum menamatkan perbualan dengan Dira Zulaikha.
“yelah, nanti aku save lah nombor kau nie!”
Dira Zulaikha menekan butang merah pada telefonnya selepas Shahir Safwan menamatkan perbualan antara mereka berdua.
“017-9880905…….” Dira Zualikha menghafal nombor itu sebelum menyimpannya dalam buku telefon.
“SS aka MY SB….”nama yang diletakkan di dalam telefon bimbitnya.
“nombor telefon aku berapa ek?” omelnya lalu melihat detail dalam telefon bimbitnya.
“017-9910911……..” cantik no nie!” ujar Dira Zulaikha sambil menerbitkan senyuman dibibirnya.
“assalamualaikum……..” butang send ditekan selepas selesai menaip perkataan itu.
Shahir Safwan yang sudah berbaring di atas katilnya mengalih pandangannya pada meja kecil di sebelah katilnya. telefon yang berbunyi tadi di capai dengan tangan kasarnya. Satu mesej diterima. Dia kemudiannya menekan butang pada telefonnya untuk membaca mesej itu. Tertera nama DZ aka MY SP. Terbit satu senyumanpada wajahnya.
“waalaikumussalam……….kau nak apa?” Shahir Safwan membalas dengan segera.
Tidak sampai seminit, telefon Dira Zulaikha bergetar di atas katilnya. Dia mencapai telefon itu lalu membaca mesej yang diterimanya.
“saje, nak belajar macam mana nak guna telefon yang kau hadiah kan kat aku nie!” pantas Dira Zulaikha membalas.
“”tu je?” tanya Shahir Safwan sebelum menekan butang send.
“hehehe…takdelah, aku nak ucap terima kasih lagi sekali sebab bagi aku telefon ngan jam tangan nie!”
“ooo….kau kan dah ucap tadi. Kau rindu kat aku ke?.”
“takde maknanya aku nak rindu kat kau!”
“eleh….takde makna nak rindu kat aku konon. K lah, aku nak tido nie.” balas Shahir Safwan.
“ok….sweet dream ye mamat serabut!!!!”
“yelah minah pink…baju ngan seluar aku kat bilik kau tu. Jangan lupa basuh pulak. Aku nak yang wangi-wangi bila kau bagi kat aku nanti!!!!..........tulis Shahir Safwan.
Dira Zulaikha mencebik mulutnya.
“baik bos!!! nanti aku basuh sampai hilang semua bau kau kat baju tu.” perli Dira Zulaikha.
“haaa…kau jangan nak cium pulak baju aku tu. Manalah tau malam nie kau tak boleh nak tido. Tapi lepas kau cium baju tu terus boleh tido……..(‘~’).
“werkkkkk…………k lah. kau tido lah. Kang esok nak bangun awal pulak. Selamat malam tuan doctor…..” ucap Dira Zulaikha dengan menaip mesej pada Shahir Safwan.
“ok…….selamat malam untuk kau jugak!!!.....
Shahir Safwan terus memejamkan matanya. Dira Zulaikha bangun dari katilnya dan mengambil sekali baju dan seluar yang ditinggalkan oleh abang saudaranya tadi. Pintu bilik dibuka perlahan sebelum dia menuju ke dapur. Dira Zulaikha masuk ke dalam bilik mandi untuk mencuci pakaian itu.
“along……bangun, dah pukul berapa nie!” panggil Dr. Syikin dari luar dengan mengetuk pintu bilik Shahir Safwan.
“along dah bangun lah ma…….” jawab Shahir Safwan dari dalam bilik tidonya.
“cepat turun, mama dah siapkan sarapan kat bawah tu!” ujar Dr. Syikin lagi.
“yelah mak, kejap lagi along turunlah. Along dah nak siap nie,” balas Shahir Safwan lagi.
Dr. Syikin menapak turun ke bawah. Kelihatan Dr. Norman sudah berada di atas kerusi di meja makan. Dr. Syikin mengambil tempat bersebelahan dengan suaminya.
“along mana?” soal Dr. Norman.
“ada kat atas tu. Kejap lagi dia turun lah,” beritahu Dr. Syikin.
“haaa….tu pun dia dah turun!” sambungnya lagi.
“assalamualaikum mama…papa!” ucap Shahir Safwan mesra.
“waalaikumussalam……….” jawab mereka serentak.
“dah, cepat makan! kang lambat pulak sampai kat hospital tu,” arah Dr. Norman kepada anaknya.
Shahir Safwan menyenduk mee ke pinggannya. Dia menyuapkan mee itu ke mulutnya dengan perlahan. Air milo di minum sedikit.
“oklah mama, papa! along pergi dulu ye,” kata Shahir Safwan seraya menyalami tangan orang tuanya.
“hmmm…yelah. Hati-hati bawak kereta tu!” Dr. Syikin mengingati anak lelakinya itu.
Kereta Shahir Safwan sudah memasuki perkarangan hospital tempat dia mencari rezeki. Kakinya melangkah laju menaiki tangga menuju ke biliknya. Briefcase di tangannya di letakkan ke atas meja. Dia kemudiannya duduk mengadap laporan mengenai pesakit yang ada di atas meja.
2 hari lagi dia akan ke Perak untuk menghadiri kursus yang telah ditetapkan oleh pihak atasan selama seminggu. Seramai 10 orang doctor dari hospital itu di pilih untuk menghadiri kursus yang diadakan itu. Segala laporan pesakit diteliti dengan baik agar tidak tersalah apa-apa. Jam di tangan sudah menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Shahir Safwan yang tadinya leka membaca laporan berkalih ke luar tingkap.
Terasa segar matanya apabila melihat ke luar tingkap. Shahir Safwan bangun menuju ke luar tingkap. Pintu tingkap di buka sedikit supaya angin luar dapat masuk ke dalam biliknya.
“wah!! dah pukul 11 lebih, patutlah rasa lain je.” omel Shahir Safwan sendirian.
Shahir Safwan keluar dari biliknya. Langkahnya di atur perlahan semasa berjalan di sepanjang koridor hospital. Dia kemudiannya menuju ke kaunter pertanyaan yang berada di tingkatnya.
“hai doktor Shahir………..” ujar nurse Shiha mesra.
“haii……….”
“doctor buat apa kat sini, takde treat patients ke ari nie?” soal nurse Shiha.
“ooo…pagi nie belum lagi! Tengah sibuk baca laporan pesakit-pesakit saya,” beritahu Shahir Safwan.
“doctor Shahir nak minum air ke?. Boleh saya buatkan untuk doctor,” ujar nurse Shiha yang ingin memberikan pertolongannya.
“takpelah, saya pun nak pergi ke kantin jugak nie!” balas Shahir Safwan mesra.
“ooo…kalau macam tu takpelah. Ingatkan doctor tak sudi minum air yang saya buatkan!” ujar nurse Shiha dengan senyuman kecil.
“ishhh awak nie, ke situ pulak. Saya sebenarnya tak nak menyusahkan awak,” kata Shahir yang membalas senyuman.
“Anum, kau nampak Dira tak?” soal Ain yang pergi ke tempat Anum.
“kau nie, lain kali bagilah salam dulu. Nie tak main tanya je,” ujar Anum yang sedikit terkejut.
“alahh…sorilah kawan. kau ada nampak Dira tak nie?” tanya Ain lagi.
“takde, kenapa kau cari Dira nie?” tanya Anum pulak.
“takdelah, dari pagi tadi aku tak nampak dia. Hari nie kan dia datang lambat, sebab tulah aku tanya kau nie!” balas Ain.
“ntah-ntah dia dah balik rumah kot, manalah tau mak dia sakit lagi,” ujar Anum kepada Ain.
“ishh, beg dia ada lagi kat dalam bilik rehat tu. Takkan dia lupa nak ambik beg duit tu.”
“ye tak ye jugak. Hari nie dia bersih kat mana ek?” soal Anum ingin tau.
“kalau tak silap aku kat koridor tingkat satu nielah!” jawab Ain ringkas.
“dah tu kau cari jelah dia kat kawasan nie. Tentu dia tengah mop lantai koridor tu,” balas Anum sambil tangannya masih mengelap cermin dinding hospital itu.
“jomlah kita cari sama-sama. Aku bosan lah, lagi pun keje aku dah siap.” ajak Ain.
“boleh, tapi kau kena tolong aku lap cermin nie dulu!” kata Anum kepada Ain.
“aku pulak?” soal Ain ringkas.
“yelah, kau lah. Kau nak aku teman kau tak nie?” tanya Anum lagi.
“yelah, aku tolong kau!” jawab Ain seraya mengambil kain basahan unutk mengelap cermin itu.
“doctor Shahir dah ada makwe ke?” soal nurse Shiha perlahan.
“makwe?. Sapelah yang nak kat saya nie,” kata Shahir Safwan sekadar bergurau.
“takkkanlah takde sape-sape yang nak kat doctor nie, saya tak percayalah. Muka hensem macam doctor nie takde sape yang nak?. Atau doctor nie memilih sangat kot,” balas nurse Shiha sambil ketawa.
“muka saya hensem ke?. soal Shahir Safwan ingin tau.
“laaa…takkan doctor tak sedar kot yang doctor nie hensem. Takde ke perempuan-perempuan yang doctor jumpa cakap muka doctor nie hensem?” tanya nurse Shiha ingin tau.
“perempuan?. Ada, ramai yang kata muka saya nie hensem. Yang kata muka saya nie iras-iras Shahir Af8 pun ada!” beritahu Shahir Safwan.
Shahir Af8?. Saya minat sangat ngan dia tu. Tapi minat dari jauh jelah, diakan dah ada buah hati.”
“haii…awak pun minat kat dia. Siap tau lagi yang dia ada buah hati,” perli Shahir Safwan.
“hehehe…bukan saya sorang je yang tau doctor, peminat-peminat dia pun dah tau pasal tu. Lagi pun semua orang kenal ngan buah hati dia tu, sape lagi kalau bukan Adira Af8 yang satu akademi ngan dia juga dulu,” beritahu nurse Shiha panjang lebar.
“awak nie kalau dilayan makin menjadi-jadi. Dahlah, saya nak pergi kantin dulu. Awak sambung keje awak tu!” ujar Shahir Safwan lalu beredar dari kaunter pertanyaan itu.
“ok doctor hensem!” balas nurse selamba.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Ain, Dira tukan?” Anum menunjukkan jarinya ke arah Dira Zulaikha.
“mana?” tanya Ain yang belum nampak kelibat Dira Zulaikha.
“tu haa….yang duduk kat tepi tiang tu!” kata Anum lagi.
“oo…aaah lah. Tu Dira, tapi apasal ngan dia tu?. Lain macam je aku tengok!” tanya Ain hairan apabila melihat kawannya itu sedang menyandarkan badannya pada tiang simen.
“aahh kan, macam ada benda yang tak kena je nie!” balas Anum lagi.
“jomlah cepat, kita tanya dia,” ajak Ain yang sudah pun meninggalkan Anum di belakang.
“hoi, kalau ye pun klau tunggu lah aku!” jerit Anum.
Ain dan Anum sudah berada di sisi kawannya itu. Dira Zulaikha dilihat sedang mengurut kakinya.
“Dira, apa kena ngan kau nie?” soal Anum ingin tau.
“aahlah, yang kau urut kaki kau tu kenapa?” Ain juga turut bertanya kepada Dirav Zulaikha.
“aku jatuh tadi!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“jatuh!!!!!!!” Ain dan Anum menjerit kecil.
“ye, masa aku tengah mop lantai tu tadi tiba-tiba je aku tergelincir!” beritahu Dira Zulaikha.
“tengok kaki kau, dah biru tu!” ujar Ain seraya menilik kaki Dira Zulaikha.
“aahh lah, Dira. Dah biru tu, kau boleh jalan tak nie?” tanya Anum cemas.
“ntah lah Anum…Ain. Aku dah cuba nak jalan tadi, tapi tak boleh. Aku mengesot je sampai kat tiang nie!” kata Dira Zulaikha.
“masa nie pulak lah takde orang yang lalu kat koridor nie. Mana aku nak cari orang yang boleh tolong kau nie Dira!” mata Ain sudah melilau mencari orang yang boleh tolong kawannya itu.
“apa kata kita berdua je yang papah Dira masuk dalam bilik rehat!” cadang Anum.
“hmm boleh jugak. Kita try dulu papah Dira nie, kalau tak boleh jugak aku akan pergi orang yang boleh tolong kita,” ujar Ain yang sudah pun meletakkan sebelah tangan Dira di bahunya.
Anum juga mengambil sebelah lagi tangan Dira Zulaikha dan turut meletakkan ke atas bahunya. Mereka berdua cuba mengangkat Dira Zulaikha dengan perlahan. Dira Zulaikha cuba untuk bangun, namun kakinya yang semakin sakit itu tidak mampu menahan badannya.
“adoiiii………” jerit Dira Zulaikha perlahan
“kau sakit sangat ke?” soal Ain.
“aaahhh, aku tak boleh nak jalan lah, Kau tolong letak balik aku kat bawah,” pinta Dira Zulaikha perlahan.
“Ain, kita letak Dira dulu kat sini. Kau tolong cari orang yang boleh bantu Dira, aku teman Dira kat sini,” kata Anum yang semakin bimbang dengan keadaan Dira Zulaikha.
“ok, kau tunggu aku kat sini. Aku pergi cari orang yang boleh tolong kita angkat Dira!” balas Ain lalu berlari meninggalkan Anum dan juga Dira Zulaikha.
“kau nie pun, lain kali buat keje tu hati-hati. Nie tak sampai jatuh kau buat keje!” kata Anum dengan sinis.
“aku nak buat macam mana, aku pun tak sedar macam mana aku boleh jatuh sampai macam nie sekali!”
“meh sini kaki kau tu, aku nak tengok!” ujar Anum seraya mengangkat perlahan kaki Dira Zulaikha dan diletakkan ke peha kakinya.
“pelan lah sikit, aku sakit nie tau dak!”
“dah pelan lah nie! kau tu kalu kita orang tak cari kau tadi, agaknya sampai ke malam lah kau duduk kat sini,” marah Anum.
Ain sudah berlari mencari seseorang yang boleh membantunya. Shahir Safwan yang baru keluar dari tandas untuk pergi ke kantin hampir bertembung dengan Ain.
“makkkkkkk!!!” jerit Ain perlahan seraya mengurut dadanya yang terkejut.
“nasib baik saya tak jatuh atas awak tadi. Awak nak pergi mana nie, berlari macam nampak hantu je!” kata Shahir Safwan sinis.
“doktor…doktor, kena tolong saya!” pinta Ain dengan cemas.
“tolong apa nya?. Awak nie kenapa, risau semacam je saya tengok!” soal Shahir Safwan.
“kawan saya doktor……..kawan saya.”
“kawan awak?. Hah, kenapa dengan kawan awak tu?” tanyanya lagi.
“kawan saya jatuh, tak boleh nak berjalan doctor. Kaki dia dah bengkak sampai biru doctor,
“ beritahu Ain pantas.
“kenapa awak tak tolong dia?”
“dah, kita orang dah tolong angkat dia, tapi dia tetap tak boleh nak bergerak. Cepatlah doctor, tolong kawan saya tu!” pinta Ain seakan merayu.
“yelah-yelah..kat mana kawan awak tu?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“doctor ikut saya sekarang, cepatlah!” arah Ain lalu berlari meninggalkan Shahir Safwan yang sudah kebingungan di situ.
“budak nie, dia yang nak mintak tolong ngan aku. Tapi aku pulak kena ikut dia!” omel Shahir Safwan dalam hati.
“laaa…doctor buat apa lagi kat situ, cepatlah tolong kawan saya tu!” jerit Ain apabila melihat Shahir Safwan masih tidak bergerak dari tempat itu.
“yelah………saya nak pergilah nie!” jawab Shahir Safwan yang sudah berlari mengikut langkah Ain.
Ain berlari meninggalkan Shahir Safwan di belakang.
“laju jugak budak nie lari rupanya,” kata Shahir Safwan dalam hatinya.
“Dira…….Anum……..” panggil Ain apabila dia sudah sampai ke tempat kawan-kawannya itu.
“Ain, kau jumpa tak orang yang boleh tolong Dira nie?” soal Anum cemas.
“dah, aku dah jumpa!” jawab Ain.
“mana dia?” soal Anum yang mencari orang yang dimaksudkan oleh Ain.
“tu haaaa………………” tangannya menunjukkan ke arah Shahir Safwan.
“doktor……………….cepat lah sikit!!!!” panggil Ain.
“yelah, saya dah sampailah nie!” balas Shahir Safwan dengan geram.
“hah…mana dia?” soal Shahir Safwan yang sudah berada di tempat Ain dan kawan-kawannya.
“laaa….nie yang kat depan doktor nielah. Takkan doktor tak nampak yang kawan saya nie tengah sakit,” beritahu Ain selamba.
Dira Zulaikha mengangkatkan kepalanya ke atas. Shahir Safwan yang baru melihat terkejut.
“Dira???.........” ujar Shahir Safwan.
“yelah Dira, sape lagi. Doktor cepatlah tolong tengok kaki dia tu, dah bengkak sangat kita orang tengok!” kata Anum.
“kau nie, kenapa boleh jadi sampai macam nie sekali?. kau buat keje macam mana tadi?” soal Shahir Safwan dengan nada marah.
“kau nie pun kalu nak marah aku tunggulah sampai aku masuk bilik rehat dulu. Nie tak kat sini jugak kau nak marah kat aku!” balas Dira Zulaikha geram.
“sini kaki kau tu, biar aku tengok!” ujar Shahir Safwan sambil mengangkat perlahan kaki Dira Zulaikha.
“sakitlah, kau pelan lah sikit!” kata Dira Zulaikha yang sudah menjerit kecil.
“kau diam sikit, boleh tak?. Aku nak periksa kaki kau nie,” marah Shahir Safwan.
Ain dan Anum sudah berpandangan. Masing-masing hanya memerhatikan sahaja kelakuan mereka berdua yang sering kali bergaduh apabila berjumpa.
“kalau mama ngan papa tau kaki kau bengkak macam nie, dah tentu aku kena marah teruk nanti,” kata Shahir Safwan yang masih lagi melihat keadaan kaki Dira Zulaikha.
“kau tak payahlah nak bagitahu diorang pasal nie,” pesan Dira Zulaikha.
“mama???”…………….ujar Anum dan Ain serentak. Sekali lagi mereka berpandangan.
“dah, kau boleh jalan tak nie?” soal Shahir Safwan.
“tak boleh, sebab tu aku duduk je kat sini!” jawab Dira Zulaikha selamba.
Shahir Safwan mendudukkan dirinya lalu mencempung tubuh kecil itu. Dira Zulaikha terkejut dengan perbuatan Shahir Safwan kepadanya.
“kau buat apa nie?. Kau tak nampak ke Ain ngan Anum tengah tengok kita tu!” ujar Dira Zulaikha geram.
“diamlah! kang aku campak kau sini baru padan muka kau,” balas Shahir Safwan kuat.
Dira Zulaikha terus terdiam. Tangannya sudah berada di leher Shahir Safwan. Staf-staf yang berada di kaunter termasuk nurse Shiha turut terkejut melihat insiden itu apatah lagi Ain dan Anum yang berada di belakang mereka berdua.
“tolong buka pintu bilik rawatan tu,” pinta Shahir Safwan kepada mereka berdua.
“kejap-kejap……..” kata Anum seraya membuka pintu bilik rawatan yang di katakan oleh Shahir Safwan.
Shahir Safwan meletakkan Dira Zulaikha ke atas katil di dalam bilik rawatan itu.
“awak boleh tolong saya ambikkan kotak first aid dalam almari hujung tu tak?” tanya Shahir Safwan kepada Anum yang berada di sisi Dira Zulaikha.
Anum pantas bergerak apabila disuruh oleh Shahir Safwan. Kotak fisrt aid di hulurkan kepada Shahir Safwan. Shahir Safwan membuka kotak itu lalu mencapai minyak urut yang berada didalamnya. Turut dikeluarkan kain pembalut kasa untuk membalut kaki Dira Zulaikha.
Kaki Dira Zulaikha sudah diurut perlahan oleh tangan Shahir Safwan. Sesekali terdengar suara Dira Zulaikha menjerit kecil. Tangan kanannya sudah berada di lengan Shahir Safwan. Lengan lelaki itu digenggam kuat bagi menahan kesakitan pada kakinya. Shahir Safwan tidak marah dengan perbuatan Dira Zulaikha kepadanya kerana kalau dia sendiri pun mungkin akan berbuat macam tu. Kulit putih lelaki itu kelihatan merah apabila lengannya digenggam kuat oleh gadis kecil itu
“kau jangan gerak, aku nak balut kaki kau nie!” ujar Shahir Safwan perlahan.
“kau balut pelan-pelan sikit eh,” kata Dira Zulaikha lembut.
“yelah, aku balut pelan lah nie. Kau jangan banyak bergerak, nanti tak kena balutan aku tu!” balas Shahir Safwan seraya tangannya sudah pun mula membalut kaki Dira Zulaikha.
Tak sampai 5 minit, kaki gadis itu sudah dibalutnya kemas. Shahir Safwan menutup kota first aid lalu meletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya.
“kau rehat dalam bilik nie dulu, tak payah nak keluar buat keje. Petang nanti aku datang sini balik  ambik kau. Tak payahlah naik bas!” beritahu Shahir Safwan.
“tapi aku…….”
“dah, takde tapi-tapi lagi. Takkan aku nak biarkan kau balik naik bas dengan kaki kau yang macam tu.”
“betul kata doktor Shahir tu Dira. Kau balik dengan dia jelah ari nie. Malam nanti kita orang datang lawat kau kat rumah, ye!” ujar Anum yang dari tadinya setia menemani Dira Zulaikha bersama dengan Ain.
Dira Zulaikha mengangguk perlahan. Matanya memandang susuk tubuh lelaki yang berada dihadapannya itu. 

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama