AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 17 & 18


BAB 17
“selamat pagi mama………” ucap Shahir Safwan apabila sudah berada di ruang tamu rumahnya.
“selamat pagi!!! awalnya bangun, kenapa tak rehat je dalam bilik tu?” soal Dr. Syikin.
“along tak penat sangat pun, lagi pun boring duk dalam bilik-bilik sorang-sorang. Sebab tu along turun kat bawah nie,” beritahu Shahir Safwan sambil duduk di atas sofa.
“kalau boring pergilah keluar!” ujar Dr. Syikin lagi.
“keluar?. hmmm lagi malas along nak keluar. Takpelah, along temankan mama kat rumah nie. Aikk, papa mana mama?” tanya Shahir Safwan apabila tidak melihat kelibat papanya bersama.
“papa keluar sekejap lepas sarapan tadi. Tak tau pulak nak pergi ke mana pagi-pagi macam nie!”
“along pergilah sarapan dulu, mama dah siap kan kat atas meja tu!” sambungnya lagi.
“kejap lagi lah mama. Along nak baca surat khabar nie sekejap,” balas Shahir Safwan lalu mengambil surat khabar yang terletak di atas meja didepannya.
“Zita ada telefon along tak?” soal Dr. Syikin ingin tau.
“Zita?. Anak mak usu ke mama?” soal Shahir Safwan balik.
“yelah, Zita anak mak usu kamu tulah!” jawab Dr. Syikin ringkas.
“takdelah pulak mama. Kenapa mama tanya macam tu?” tanya Shahir Safwan yang hairan dengan pertanyaan mamanya pada pagi itu.
“takde apa-apa, ari tu mak usu kamu ada telefon kat rumah nie. Dia cakap Zita nak balik kat sini, dah tak nak duduk kat luar Negara lagi.” beritahu Dr. Syikin kepada anaknya itu.
“aiikkk, kenapa tak nak duduk kat sana pulak! kang dia kata duk kat Malaysia nie takde apa-apa yang menarik,” kata Shahir Safwan seakan menyindir sepupunya itu.
“entahlah, mama pun malas nak tanya lebih-lebih kat mak usu kamu tu! Ikut suka dialah nak duduk kat mana pun,” ujar Dr. Syikin acuh tak acuh.
“hmmm along ada telefon anak Mak Zeera tak?” soal Dr. Syikin yang mahu melihat reaksi anak lelakinya itu.
“anak Mak Zeera?” soal Shahir Safwan perlahan. Kenapa pulak tiba-tiba keluar nama minah pink tu.
“ada tak nie?” soal Dr. Syikin lagi.
“tak…takde mama! jawab Shahir Safwan yang sedikit tergagap.
“baru sebut nama Dira, dah cakap gagap!” omel Dr. Syikin sambil tersenyum.
“mama ingat along ada telefon anak Mak Zeera, saje nak tanya khabar dia. Last mama ngan papa jumpa dia masa kami melawat dia kat rumah ari tu. Rindu pulak ngan budak tu!” ujar Dr. Syikin sambil memandang wajah anak muda didepannya.
“oooo…balas Shahir Safwan ringkas. Dia sebenarnya tak nak mama ngan papa salah faham kalau dia beritahu yang dia selalu jugak menghubungi anak Mak Zeera.
“agak-agak along lah kan, si Dira tu dah ada boyfriend ke belum?” soal Dr. Syikin lembut.
“boyfriend?. aku nak kenalkan ngan Hafiz pun takut, nie nak ada boyfriend. Jangan haraplah!” omel Shahir Safwan perlahan namun masih dapat didengari oleh Dr. Syikin.
“along cakap apa, mama tak fahamlah!” kata Dr. Syikin dengan mengerutkan dahinya.
“tak…takde apa-apa. Along tak cakap apa-apa pun mama!” jawab Shahir Safwan berbohong.
“hmmm kalau Dira masih belum berpunya mama ingat nak jodohkan dia dengan anak kawan mama!” ujar Dr. Syikin selamba.
“anak kawan mama, sape mama? dia tinggal kat mana?” soal Shahir Safwan bertalu-talu.
“along nie, satu-satulah kalau nak tanya pun. Macam mana mama nak jawab sekali gus soalan tu,” kata Dr. Syikin sinis.
“hehehe………” Shahir Safwan ketawa kecil menutup sikap gelisahnya apabila tiba-tiba mamanya itu mahu menjodohkan Dira dengan anak kawannya. Tidak senang duduk dibuatnya.
“yang kamu nie gelisah semacam je kenapa? along tau ke ngan sape Dira berkawan selama nie, maksud mama kawan lelaki,” balas Dr. Syikin sambil tersenyum kerana dia telah dapat melihat sifat sebenar anak muda itu sekali gus dapat menamatkan pertanyaan yang bersarang dalam fikirannya menganai kain yang dilihatnya semalam semasa berada di dalam bilik tido anaknya itu.
“mama nie, mana ada along gelisah. Takdelah, along macam biasa je nie!” jawab Shahir Safwan lalu bangun dan ingin menuju ke ruang dapur.
“nak ke mana pulak tu?. Along belum jawab lagi soalan mama tadi, along tau ke dengan sape Dira berkawan sekarang nie?” soal Dr. Syikin dengan nada yang agak kuat apabila lelaki itu sudah hampir berada di ruang dapur rumahnya.
“along nak makan dulu, dah lapar sangat nie!” ujar Shahir Safwan dengan nada yang kuat juga.
“isshhh, apa kena ngan aku nie?. Ikut dialah nak kawin ngan sape-sape pun, aku kisah apa! Tapi kenapa aku resah bila mama nak jodohkan dia ngan orang lain,” omel Shahir Safwan sendirian.
“along…along. Mama tau along dah ada perasaan kat Dira. Alhamdulillah, kalau itu pilihan along, mama ngan papa akan memberikan sokongan yang sepenuhnya buat kamu,” doa Dr. Syikin dalam hatinya dan berharap itu akan menjadi kenyataan.
“Dira, bila Dr. Shahir nak masuk keje?” soal Ain kepada Dira Zulaikha.
“kenapa pulak kau tanya kat aku?” soal Dira Zulaikha balik.
“habis tu aku nak tanya kat sape lagi, kalau bukan kau. Aku dengar kursus tu ditamatkan sehari lebih awal kan, maknanya dah tentulah doctor kau tu dah berada dirumahnya sekarang,” ujar Ain.
“wahh, tau pulak kau ek kursus tu ditamatkan sehari lebih awal!” perli Dira Zulaikha.
“jadi memang betullah Dr. Shahir dah balik kat rumah dia?” tanya Anum ingin tau.
“hmmm…” jawab Dira Zulaikha ringkas dan tidak mahu memanjangkan lagi. Bukan dia tidak tau dengan perangai kawan-kawannya itu, kalau pasal mamat serabut tu sampai malam pun takpe asalkan diorang dapat mendengar cerita mengenai dia.
“kalau macam tu esok mesti Dr. Shahir kembali bertugas kan!” teka Ain yang tidak sabar.
“kau nie Ain, seronok je aku tengok kalau cakap pasal ‘abang saudara angkat’ aku tu,” kata Dira Zulaikha sinis.
“mestilah, kenapa kau jeles ek bila aku cakap pasal doktor kesayangan kau tu?” soal Ain sambil mengangkatkan keningnya kepada Dira Zulaikha.
“buat apa aku nak jeles kat kau, dia bukan pakwe aku pun. Ikut suka koranglah nak cakap apa pun,” ujar Dira Zulaikha tegas.
“yelah tu kau tak jeles….” perli Anum dengan senyuman sinis.
“aku dengar pihak hospital nie nak tukarkan Dr. Shahir ke sebuah hospital di Sabah!” beritahu Anum dengan mengenyitkan matanya kepada Ain yang berada disebelahnya.
“Sabah?. Kau biar betul Anum! Alahh tak syok lah kalau Dr. Shahir tu kena tukar kat Sabah,” balas Ain yang mahu menguji hati kawannya yang sorang itu.
“bertugas kat Sabah?. Tapi dia tak cakap apa-apa pun kat aku masa dia telefon aku semalam,” omel Dira Zulaikha sendirian. Kelihatan pucat mukanya kerana tersentak mendengar.
“Dira, kenapa lain macam je muka kau aku tengok. Pucat semacam je, kau demam ke?” soal Anum yang buat-buat terkejut.
“aahhlah, kau demam ke Dira?. Pucat sangat muka kau nie!” balas Ain pulak.
“takdelah, aku sihat-sihat je nie. Alahh, panas sangat dalam nie. Sebab tulah muka aku jadi macam nie. Hmmm aku pergi tandas kejap ek,” beritahu Dira Zulaikha seraya keluar dari bilik rehatnya itu.
Ain mengekori langkah Dira Zulaikha sampai ke pintu. Dira Zulaikha sudah berjalan jauh meninggalkan bilik itu.
“macam mana?” soal Anum apabila Ain masuk kembali ke dalam bilik itu.
“dia masuk dalam tandas,” beritahu Ain.
“kan aku dah cakap, comfirm dia ada perasaan kat ‘abang saudara angkat’ dia tu,” ujar Anum pasti.
“habis kalau si Dira tu bertepuk sebelah tangan tak ke malu jadinya. Mesti dia kecewa habis nanti kalau dia sorang je yang ada perasaan kat Dr. Shahir tu!” ujar Ain dengan perlahan.
“tak, aku yakin Dr. Shahir tu mesti ada perasaan jugak kat Dira tu. Masakan bila Dira tak boleh berjalan ari tu, dengan berani dia terus dukung Dira masuk dalam bilik rawat. Kenapa dia tak guna kerusi roda je, kan senang. Tapi dia lebih rela dukung kawan kita tu sampai dalam bilik rawatan. Kau nampak tak wajah-wajah nurse yang ada kat kaunter masa tu, muka diorang nampak sangat terkejut.” terang Anum dengan panjang lebar.
“betul jugak cakap kau tu!” sokong Ain.
“apa-apa pun kita perhatikan je dulu diorang berdua tu. Aku pasti suatu ari nanti diorang berdua tentu akan bersama!” ujar Anum lagi.
“sampai hati kau mamat serabut, tak cakap pun kau nak bertukar kat Sabah!” omel Dira Zulaikha tanpa sedar air matanya mengalir dipipi.
“aku menangis?. Kenapa aku perlu menangis untuk dia. Aku takde hak ke atas dia, dia cuma ‘abang saudara angkat’ aku!” omelnya lagi sambil membasuh mukanya dengan air paip.
“Shahir……Shahir……..” jerit Dira Zulaikha dengan agak kuat. Mujur tiada orang, kalau tak mesti heboh satu bangunan.
“uhuk…uhuk….” Shahir Safwan terbatuk dengan tiba-tiba.
“sape pulak yang sebut-sebut nama aku nie,” katanya dalam hati.
Setelah berada hampir 10 minit di dalam tandas, Dira Zulaikha kembali semula ke dalam bilik rehatnya itu. Anum dan Ain setia menanti Dira Zulaikha di dalam.
“lamanya kau masuk tandas, kau buat apa kat dalam tu?” soal Anum sambil melihat kepada Dira Zulaikha,
“tak buat apa-apa, aku basuh muka je nie. Panas sangat!” beritahu Dira Zulaikha.
“panas ke?” tanya Ain pelik. Kipas tengah berpusing dia kata panas.
“dah, jom kita sambung keje. Kang tak sempat pulak nak habiskan, kejap lagi dah nak balik!” ujar Anum lalu mengambil peralatan seperti penyapu untuk di bawa bersama.
Ketiga-tiga mereka kembali memulakan tugas seperti biasa. Setelah hampir jam 5 petang, mereka bersiap keluar untuk punchcard. Tepat jam 5.45 petang Ain, Anum dan juga Dira Zulaikha berjalan memasuki lorong masuk ke rumah mereka. Dira Zulaikha tidak banyak bercakap petang itu. Fikirannya masih memikirkan akan kata-kata yang keluar daripada mulut kawannya mengenai pertukaran Shahir Safwan ke sebuah hospital di Sabah.
Anum dan juga Ain hanya tersenyum melihat wajah sugul kawannya itu. Bukan mereka sengaja mahu berbuat demikian, cuma ini saja jalannya untuk mereka tahu akan perasaan Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan walaupun hanya tipis.
“oklah, aku masuk dulu ok! korang jalan elok-elok, kang jatuh pulak,” ujar Dira Zulaikha yang hanya bersuara apabila sudah sampai di depan pintu pagar kayu di rumahnya.
“nak buat macam mana kalau nak jatuh Dira oii, terpaksalah kami bangun sendiri. Tak macam kau, ada orang yang boleh dukung kau,” kata Anum seakan menyindir.
“laaa..korang pun ada orang yang boleh dukung jugak kan! Takpe, kalau korang jatuh nanti korang telefon rumah aku, nanti aku pergi cari pakwe-pakwe korang yang jauh di mata tu!” balas Dira Zulaikha dengan ketawa kecil.
“hahaha….jumpa sangatlah kau cari pakwe kami tu Dira!” ujar Ain yang turut ketawa mendengar.
“oklah, kita jumpa besok ye. Kau tunggu aku kat depan rumah aku ok!” beritahu Dira Zulaikha lalu melangkah berjalan masuk ke rumahnya.
“ok!” jawab Ain dan Anum serentak.
“assalamualaikum………ucap Dira Zulaikha sambil membuka pintu masuk rumahnya.
“waalaikumussalam…….balas Mak Zeera dari ruang dapur.
“mak buat apa tu?” soal Dira Zulaikha lembut.
“mak ingat nak minum air tadi. Kebetulan pulak kak long dah balik nie, boleh mak buatkan sekali kalau kak long nak minum,” beritahu Mak Zeera kepada anak gadisnya.
“tak payah lah mak. Kalau kak long nak minum nanti, kak long ambik sendiri kat dapur!” ujar Dira Zulaikha dengan menolak lembut bantuan yang mahu diberikan oleh ibunya.
“hmmm yelah!” jawab Mak Zeera ringkas.
“mak, kak long masuk bilik dulu ye! Nak bersihkan badan dulu,” beritahu Dira Zulaikha seraya melangkah ke pintu masuk biliknya.
Mak Zeera hanya menganggukkan kepalanya.
Kring….kring…..telefon rumah mereka berbunyi. Mak Zeera melangkah perlahan ke meja kecil yang menempatkan telefon rumah mereka. Gagang telefon diangkat.
“assalamualaikum………” Mak Zeera memberi salam selepas gagang telefon diletakkan di telinganya.
“waalaikumussalam…” balas Dr. Syikin mesra.
“akak, Syikin nie!” beritahu Dr. Syikin.
“laaa Syikin, akak tak cam sangat suara Syikin tadi!” ujar Mak Zeera.
“takpe…akak buat apa tu?” soal Dr. Syikin ingin tau.
“akak ada kat dapur tadi. Baru nak minum, tut tut telefon rumah berbunyi,” beritahu Mak Zeera.
“ooo…Syikin ganggu akak lah nie!” kata Dr. Syikin perlahan.
“takdelah, akak cuma nak minum air je. Syikin tak ganggu akak pun,” ujar Mak Zeera ikhlas.
“kalau macam tu takpelah, Syikin ingat Syikin ganggu akak tadi. Kalau akak dah cakap macam tu, lega lah sikit!” balas Dr. Syikin lagi.
“hmmm Syikin nak cakap ngan akak sikit nie!” sambungnya lagi.
“Syikin nak cakap apa?. Dira ada sakitkan hati Shahir ke kat hospital?” soal Mak Zeera cemas.
“ishh akak nie, ke situ pulak! Syikin tak kisah kak kalau Dira sakit kan hati anak Syikin tu. Syikin lagi suka kalau diorang boleh rapat lagi. Takdelah, Syikin ngan abang Norman rancang nak pergi jalan-jalan bulan depan. Abang Norman suruh Syikin ajak akak ngan Dira sekali,” beritahu Dr. Syikin panjang lebar.
“akak ingat Dira ada buat hal tadi. Terkejut jugak akak, bukan Syikin tak kenal ngan Dira tu perangai macam budak-budak!” ujar Mak Zeera dengan nafas lega.
“boleh tak akak ikut kami bulandepan?. Kita pergi jalan-jalan sekitar negeri Johor Bharu nie je, takdelah johor sangat. Kita jalan-jalan kat Batu Pahat ke, Muar ke, ok jugak!” cadang Dr. Syikin kepada Mak Zeera.
“hmm…akak tak kisah sangat. Cuma tak tau lah Dira tu boleh ikut ke tak, manalah tau dia nak keluar ngan kawan-kawan dia,” beritahu Mak Zeera.
“kiranya akak dah setujulah nie?” soal Dr. Syikin lagi.
“akak ikut je!” jawab Mak Zeera ringkas.
“kalau macam tu kira jadilah ye! Pasal Dira akak jangan risau, nanti Syikin suruh along cakap sendiri dengan Dira. Kalau along sendiri yang ajak comfirm Dira ikut sama!” ujar Dr. Syikin dengan senyuman manis dibibirnya walaupun senyuman itu tidak dapat dilihat oleh Mak Zeera.
“Shahir ikut sekali ke?” tanya Mak Zeera.
“Syikin ngan abang Norman ada beritahu kat dia, tapi along tak dapat nak bagi jawapan lagi. Yelah kak, keje doktor nie susah sikit, manalah tau tetiba je ada kes kecemasan kat hospital. Tapi Syikin dapat agak yang along akan ikut sekali kita pergi nanti.”
“kalau macam tu akak tak payah cakaplah kat Dira. Biar Shahir sendiri yang cakap ngan dia, ok tak?” soal Mak Zeera inginkan kepastian.
“elok jugak tu kak! Sebenarnya Syikin nak tanya akak lagi nie,” ujar Dr. Syikin perlahan.
“Syikin nak tanya pasal apa pulak?” soal Mak Zeera balik.
“hmmm..serba salah Syikin nak cakap ngan akak,” ujar Dr. Syikin lagi.
“takpe, Syikin cakap je. Takkan akak nak marah pulak kat Syikin.”
“Syikin harap sangat kalau Dira dapat rapat lagi ngan anak Syikin, Shahir tu. Syikin bukan apa kak, Syikin suka sangat kat anak akak Dira. Lebih tepat lagi kalau dia dapat jadi menantu Syikin ngan abang Norman!” beritahu Dr. Syikin dengan jelas.
“maksud Syikin macam mana tu?” soal Mak Zeera yang terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut adik angkatnya.
“hmm kalau boleh Syikin nak tau Dira ada kawan ngan mana-mana lelaki tak. Takdelah, sebab kalau takde Syikin rasa nak rapatkan lagi dia ngan along”.
“akak tak pernah pulak tengok mana-mana lelaki yang datang kat rumah nie. Setahu akak, Shahir je yang selalu telefon dia kat rumah nie. Tanya khabar dia, dah makan ke belum macam-macam lagi lah,” beritahu Mak Zeera dengan pasti.
“along telefon Dira?” soal Dr. Syikin hairan. Apa yang diberitahu oleh anaknya tadi semuanya tipu lah ye.
“aaahhh, selalu jugak akak dengar perbualan mereka dari luar bilik. Tapi aka tak bagitahu kat dia yang akak buat macam tu. Nanti dia marah kat akak pulak kan!”
“ooo…macam tu pulak! Syikin tak tau pulak yang along tu selalu telefon anak kak Zeera. Tapi takpe, yang penting diorang dah mula nak rapat,” kata Dr. Syikin dengan nada yang gembira.
“akak harap macam tulah. Akak tak sanggup nak tengok diorang berdua bergaduh, kak long kalau dah bergaduh susah nak sikit nak tenangkan dia.” Ujar Mak Zeera.
“hmmm kalau boleh Syikin nak akak rahsiakan dulu pasal nie. Manalah taukan masing-masing dah ada teman istimewa, kang tak pasal-pasal kita buat hati diorang terluka dengan cadangan kita nie!”
“akak faham Syikin. Akak pun tak nak paksa sangat soal hati dan perasaan diorang nie. Akak terima je siapa yang menjadi pilihan hati kak long tu,” ucap Mak Zeera lagi.
“Syikin pun macam tu jugak kak. Sape yang menjadi pilihan along, susah macam mana pun keadaan pilihan along tu, Syikin ngan abang Norman tetap terima seadanya!” ujar Dr. Syikin ikhlas.
“buat masa nie biar diorang berdua tu rapat sendiri, kalau ada jodoh kak long ngan Shahir akak terima dengan hati yang gembira. Sekurang-kurangnya akak dah kenal hati budi si Shahir tu.”
“sama-samalah kita doakan kan kak! Syikin letak telefon dulu ye, biasalah kak kalau dah jadi suri rumah sepenuh masa nie. Nak siap makan malam untuk diorang berdua tu,” beritahu Dr. syikin sebelum menamatkan panggilan telefon.
“hmm yelah! Sampaikan salam akak pada Norman ngan Shahir.” Pesan Mak Zeera.
“insyaallah kak. Akak tolong sampaikan salam rindu Syikin buat anak akak Dira ye! Kalau ada masa akak ngan Dira datanglah kat rumah Syikin nie,” balas Dr. Syikin.
“akak ikut kak long je Syikin. Kalau dia ada kat rumah, bolehlah akak ajak dia pergi rumah Syikin.”
“takpe, kalau akak ngan Dira nak datang biar Syikin je yang pergi ambik akak kat rumah!” ujar Dr. Syikin lagi.
“nanti akak bagitahu kat Dira!”
“kalau macam tu Syikin letak telefon dulu ye kak! Assalamualaikum…..ucap Dr. Syikin lembut.
“waalaikumussalam…….” Balas Mak Zeera lalu meletakkan gagang telefonnya.
“hai mak. berborak ngan sape lama sangat tu?” tegur Dira Zulaikha yang sudah bersiap memakai t-shirt dengan kain batik.
“ishh kak long nie, terkejut mak dibuatnya. Tu haa..Mama Syikin kamu yang telefon tadi. Dia suruh sampaikan salam rindu pada anak mak nie,” beritahu Mak Zeera sebelum dia terlupa.
“salam rindu?...waalaikumussalam….kak long pun rindu jugak ngan Mama Syikin tu. Dah lama kak long tak jumpa ngan dia,” ujar Dira Zulaikha.
“tulah, Mama Syikin kamu pesan suruh kamu pergi kat rumah dia!” beritahu Mak Zeera lagi.
“Mama Syikin tu baik sangatlah mak, kalau kita pergi sana mesti Mama Syikin ngan Papa Norman layan kita dengan baik. Sampaikan siap masak untuk kita lagi tu!”
“haa…sebut pasal masak nie, mak belum siapkan lagi makan malam kita kat rumah nie!” kata Mak Zeera sambil menepuk dahinya perlahan.
“alahh…kak long kan ada. Nanti kak long boleh tolong mak masak. Tak pun malam nie biar kak long je yang masak, mak rehat je atas kerusi tu. Mak tu bukannya sihat sangat,” balas Dira Zulaikha lembut.
“kak long kan baru balik keje, takkan nak masak pulak! Kak long tentu penat kan.”
“bukan banyak sangat pun kak long masak. Cuma kita berdua je yang ada kat rumah nie, kak long masak lebih kurang je!”
“ikut kak long lah. Yang penting kita dapat makan malam, masak satu dua jenis lauk pun dah cukup untuk mak!” ujar Mak Zeera kepada anak gadisnya.
“ok!” jawab Dira Zulaikha ringkas lalu bergerak menuju ke dapur.
…………………………..
“abang, Syikin dah bagitahu kat kak Zeera pasal rancangan kita nak pergi jalan-jalan bulan depan,” beritahu Dr. Syikin kepada suaminya yang sedang membaca surat khabar di atas kerusi di dalam biliknya.
“akak Zeera cakap apa?” soal Dr. Norman.
“akak ikut je, tapi tak taulah Dira boleh ikut sama ke tak. Manalah tau kan Dira nak keluar ngan kawan-kawan dia hujung minggu macam tu.”
“nak buat macam manakan kalau Dira tak dapat nak ikut kita. Hmmm awak dah pesan kat along ke suruh bagitahu kat adik saudara angkat dia sekali?” soal Dr. Norman pula.
“belum lagi, kejap lagi saya pergi kat bilik dia. Abang ingat tak masa along bagi kat kita buah tangan yang dibeli masa kat Perak ari tu?.” soal Dr. Syikin.
“tentulah abang ingat. Kenapa pulak awak tanya macam tu?” soal Dr. Norman kembali.
“abang ingat lagi tak Syikin pernah tanya kat along masa dia tengah tengok satu beg plasti yang berada ditangan dia semalam?” tanya Dr. Syikin lagi.
“ooo…yang along kata barang dia tu!” jawab Dr. Norman pantas.
“memang betul apa yang along cakap, itu memang barang dia. Tapi ada sesuatu yang perlu abang tau,” kata Dr. Syikin yang ingin memberitahu pasal kain yang dijumpainya semalam.
“apa dia?” soal Dr. Norman tidak sabar.
“along bukan saja belikan kita buah tangan, malah Syikin nampak ada sepasang lagi kain yang bercorak batek yang ada bersama-sama dengan baju kemeja along dalam beg plastic itu,” beritahu Dr. Syikin tanpa berselindung.
“awak selongkar barang dia ke?” tanya Dr. Norman ingin tau.
“bukan macam tu bang, masa along tengah tido semalam Syikin nak ambik pakaian yang dipakai along masa berada kat Perak untuk dicuci. Masa tulah Syikin ternampak kain tu,” ujar Dr. Syikin lagi.
“mungkin ada kawan-kawan di kat hospital tu yang kirim kot!” teka Dr. Norman.
“tak, Syikin tak rasa macam tu. Sebab corak kain tu sama ngan corak baju kemeja along, tak mungkin ada orang yang suruh dia belikan! Syikin rasa dia nak berikan kain tu kat orang yang dia kenallah bang. Mungkin dia nak bagi kat Dira.”
“mana awak tau nie?” tanya Dr. Norman hairan.
“abang, Syikin faham benar perangai anak lelaki kita tu. Pagi tadi masa abang keluar Syikin ada berborak ngan dia. Bila Syikin sebut je nama Dira pagi tadi, air muka dia terus berubah. Macam yang abang kata masa kat meja makan petang semalam.”
“berubah macam mana maksud awak?” soal Dr. Norman lagi.
“takdelah, Syikin ada tanya along pasal Dira tadi. Manalah tau along pernah nampak mana-mana lelaki yang datang jumpa ngan Dira kat hospital ke. Atau along tau dengan sape Dira berkawan sekarang nie, maksud Syikin kawan lelakilah. Tapi boleh pulak along membebel sorang-sorang. Bila Syikin tanya dia kata takde apa-apa!” jawab Dr. Syikin panjang lebar.
“betullah tu takde apa-apa!” balas Dr. Norman lagi.
“abang nie, Syikin belum habis cakap lagi!” kata Dr. Syikin dengan nada geram.
“manalah saya tau awak belum habis lagi bercakap.”
“satu lagi, bila Syikin tanya dia selalu ke telefon Dira?. Tapi along kata tak, petang tadi masa Syikin berborak ngan kak Zeera di telefon lain pulak ceritanya!” sambung Dr. Syikin lagi.
“apa yang lainnya?” tanya Dr. Norman yang semakin minat untuk mengetahui perkara itu.
“akak Zeera cakap along selalu telefon Dira!”
“pulak! Yang mana satu betul nie?” soal Dr. Norman yang sudah pening kepala.
“tulah bang! Syikin rasa along macam taruh hati kat budak Dira tu. Sebab masa Syikin cakap nak jodoh kan Dira ngan anak kawan Syikin, along tiba-tiba gelisah. Tak senang duduk dibuatnya. Bercakap pun boleh gagap!” beritahu Dr. Syikin lagi dengan ketawa kecil.
“gagap?. Sejak bila pulak along cakap gagap nie!”
“sebab tu Syikin kata along ada hati kat Dira Zulaikha. Lepas tu along terus pergi kat dapur,” balas Dr. Syikin sambil melihat suaminya.
“betul ke awak nak jodohkan Dira ngan anak kawan awak?” soal Dr. Norman pelik.
“isshh abang nie, Syikin melawak jelah! Syikin cuma nak tengok reaksi dia tu je!” jawab Dr. Syikin selamba.
“maknanya awak buat semua nie semata-mata nak tau reaksi along pada Dira lah ye!” ujar Dr. Norman.
Dr. Syikin menganggukkan kepalanya lembut.
“ahh sudah! along mana pernah jatuh cinta lagi. Dibuatya dia tak berterus terang ngan Dira, Dira pulak dah jumpa ngan orang lain mesti along kecewa nanti!” kata Dr. Norman bimbang.
“Syikin dah cakap ngan kak Zeera pasal nie. Kak Zeera kata Dira takde pulak kenalkan dia dengan mana-mana kawan lelaki!” beritahu Dr. Syikin dengan apa yang diberitahu oleh Mak Zeera.
“hmmm kita tengok jelah nanti macam mana. Kalau dah jodoh along ngan Dira, abang sokong sepenuhnya.”
“Syikin keluar kejap, nak pergi kat bilik along!” ujar Dr. Syikin seraya bangun dan terus keluar dari bilik itu.
Pintu bilik tido Shahir Safwan diketuk perlahan.
“masuklah!” terdengar suara anak muda itu member arahan.
Dr. Syikin membuka pintu bilik tido anaknya. Kelihatan Shahir Safwan sedang berada di meja tulisnya.
“mama ganggu along ke nie?” soal Dr. Syikin lembut.
“takdelah ma, along tak buat apa-apa pun nie!”
“hmm mama nak pesan kat along nie. Esok kalau along jumpa ngan Dira, tolong bagitahu kat dia mama ngan papa ajak dia jalan-jalan bulan depan,” kata Dr. Syikin dengan menyebut kuat nama Dira Zulaikha.
“kenapa along pulak yang kena bagitahu kat dia?” soal Shahir Safwan lembut.
“along kan selalu jumpa ngan dia kat hospital tu. Mama nak cakap dalam telefon rasa tak elok pulak!” ujar Dr. Syikin perlahan.
“habis tu Mak Zeera macam mana?” tanya Shahir Safwan sambil melihat ke arah mamanya.
“mama dah cakap ngan Mak Zeera kamu tadi, tapi mama lupa nak pesan suruh Mak Zeera bagitahu kat Dira sekali!” bohong Dr. Syikin.
“kan mama boleh telefon dia?” soal Shahir Safwan lagi.
“along nak tolong mama ke tak nie?” tanya Dr. Syikin dengan nada geram.
“yelah…yelah, esok kalau along jumpa ngan dia along bagitahulah!” jawab Shahir safwan mengalah.
“haaa macam tulah. Pesan kat Dira lagi kalau dia nak ajak boyfriend dia pun takpe, mama ngan papa tak kisah,” ujar Dr. Syikin dengan menahan senyumannya dari terbit.
“dia mana ada kekasih lagi mama!” beritahu Shahir Safwan tanpa sedar. Apabila menyedari Shahir Safwan terus menutup mulutnya dengan tangan kasarnya.
“ye ke Dira belum ada boyfriend lagi. Jadi boleh lah mama jodohkan Dira dengan anak kawan mama ye tak!” kata Dr. Syikin sekadar bergurau.
“mana boleh!” dengan pantas Shahir Safwan memotong cakap mamanya.
“kenapa tak boleh pulak?” soal Dr. Syikin dengan sinis.
“manalah along tau!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“apa kena ngan mama malam nie?. Tak habis lagi ke nak jodohkan minah pink tu dengan anak kawan dia?” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“sekejap tak boleh, sekejap tak tau! ada-ada jelah kamu nie,” ujar Dr. Syikin geram. Tapi dalam hatinya dia begitu gembira sekali.
“dahlah, mama keluar dulu. Ingat pesan mama tu, kalau along lupa nak bagitau kat Dira siaplah nanti!” sambung Dr. Syikin lagi dengan nada keras.
“ye, esok along bagitahulah kat Dira!” balas Shahir Safwan sebelum mamanya keluar dari bilik tersebut.


BAB 18
“assalamualaikum Dr. Shahir.....” sapa nurse Shiha apabila Shahir Sawfab melalui kaunter tempat dia bertugas.
“waalaikumussalam……” balas Shahir Safwan mesra.
“wahh doktor, lama tak nampak saya tengok Dr. Shahir nie makin hensem pulak!” puji nurse Shiha dengan tersenyum.
“aiikk, baru seminggu saya pergi takkan dah bertambah hensem saya nie!” ujar Shahir Safwan.
“hehehehe….makin bertambah hensem takpe, jangan terkurang sudah,” balas nurse Shiha perlahan.
“ada-ada jelah awak. Awal jugak awak datang keje pagi nie, selalunya kalau saya lalu kat sini tak pernah pulak terserempak ngan awak.”
“saje saya nak datang awal doktor, lagi pun kebetulan abang saya nak keluar awal tadi. Jadi saya tumpang dia sekali lah, jimat duit saya nak naik teksi!” beritahu nurse Shiha.
“hmmm saya nak ke kantin nie, kalau awak belum makan lagi jomlah kita pergi sama-sama!” ajak Shahir Safwan lembut.
“doktor tak sarapan kat rumah ke?” soal nurse Shiha hairan.
“bukan macam tu, ari nie entah macam mana saya boleh bangun lambat. Tu yang tak sempat nak sarapan kat rumah.”
“ooo…takpelah, doktor pergilah makan. Saya dah sarapan kat rumah  tadi!” balas nurse Shiha menolak lembut ajakan anak muda itu.
“kalau macam tu saya pergi kantin dululah!” kata Shahir Safwan lalu meninggalkan kaunter pertanyaan tersebut.
Dira Zulaikha, Anum dan juga Ain yang baru sampai terus masuk ke dalam bangunan hospital itu. Langkah kakinya berhenti apabila sampai ke tempat mesin punchcard. Selepas meletakkan kad ke tempat yang diambil oleh mereka tadi, mereka kembali meneruskan perjalanan mereka ke bilik rehat.
“Ain, Dira..korang dah sarapan pagi?” soal Anum setelah meletakkan beg yang dibawanya di dalam almari kecil yang terletak bersebelahan dengan meja tempat mereka duduk.
“aku belum lagi, kau pulak Dira?” soal Ain kepada Dira Zulaikha.
“aku minum air je kat rumah tadi!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“apa kata kita beli nasi kat kantin, kita suruh mak cik kantin tu bungkus lepas tu kita makan dalam bilik rehat nie jelah. Aku malas nak makan kat kantin ari nie!” cadang Anum kepada kawan-kawannya itu.
“ok jugak tu, pagi-pagi macam nie mesti ramai yang tengah makan kat kantin tu!” balas Ain yang bersetuju dengan cadangan Anum itu.
“kau Dira, macam mana?” tanya Anum.
“aku ikut korang je!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“ok! kalau macam tu jom kita pergi. Lagi setengah jam kita dah mula keje,” ajak Anum seraya melangkah untuk keluar dari bilik rehat itu.
Tidak sampai 10 minit, mereka bertiga sudah sampai ke kantin hospital.
“kan aku dah kata mesti ramai yang datang sarapan kat kantin nie!” ujar Ain apabila melihat kebanyakkan pelanggan memenuhi ruang kantin hospital tersebut.
“dah…dah, jom kita tengok apa yang ada pagi-pagi macam nie,” ajak Dira Zulaikha.
“wahh…nasi goreng lah! sedap nie, dah lama aku tak makan nasi goreng kat kantin nie,” beritahu Anum apabila melihat sajian nasi goreng terhidang di atas rak cermin tersebut.
“apa kata kita semua makan nasi goreng pagi nie. Takdelah susah nak suruh mak cik kantin nie bungkuskan sarapan yang berlainan!” Dira Zulaikha menanyakan kepada kedua-dua kawannya itu.
“ok, set. Kau nak minum air apa?” soal Ain kepadanya.
“apa-apa jelah! tapi aku nak air panas, kau jangan beli air sejuk pulak!” ujar Dira Zulaikha.
“yelah, takkan aku nak letak ais pulak pagi-pagi macam nie. Kau nie pun satulah,” jawab Ain geram.
“aku ikut Ain pergi beli air, Dira kau beli nasi goreng ok!” beritahu Anum lalu mengikut jejak langkah Ain yang sudah berada di ruang dapur kantin itu.
“ok! nanti aku tunggu kau kat depan sana,” ujar Dira Zulaikha sambil menganggukkan kepalanya.
“assalamualaikum Mak Jah……….” sapa anak gadis itu apabila ternampak kelibat Mak Mah yang bekerja di kantin hospital itu.
“waalaikumussalam……..Dira, lama Mak Jah tak nampak datang sini!” ujar Mak Mah dengan senyuman manisnya.
“hehehe….tulah, rindu sangat nak makan masakan Mak Jah pagi nie. Tu yang Dira boleh sampai kat kantin nie,” balas Dira Zulaikha yang turut membalas senyuman orang tua itu.
“yelah tu…Dira nak makan nasi goreng ke?” soal Mak Mah lembut.
“aaahhh, Mak Jah tolong bungkuskan untuk Dira boleh?. Bungkus 3 ek!” Dira Zulaikha memberitahu kepada Mak Jah.
“kenapa tak makan kat sini je?” tanya Mak Jah ingin tau.
“Dira ngan kawan-kawan yang lain ingat nak makan kat bilik rehat je!” beritahu Dira Zulaikha terus terang.
“Dira tunggu sini sekejap ye,” ujar Mak Jah yang masuk semula ke ruang dapur kantin itu.
Dira Zulaikha setia menanti didepan. Shahir Safwan yang baru sampai ke kantin terus menuju ke tempat sajian sarapan pagi. Tanpa melihat gadis disebelahnya, Shahir Safwan terus mengambil pinggan kosong yang berada di depan gadis itu. Tanpa dia sengaja tangannya tersentuh jari gadis di sebelahnya.
“maaf..maaf, saya tak sengaja tadi,” ujar Shahir Safwan lalu memohon maaf dengan lembut.
“takpe, awak tak sengaja kan!” balas Dira Zulaikha seraya melihat ke arah pemuda itu.
Shahir Safwan turut melihat wajah gadis disebelahnya.
“kau!!!!!!!!!..........” kata mereka berdua dengan serentak.
minah pink nie rupanya, aku ingat gadis kecil molek manalah tadi,” ujar Shahir Safwan.
“elehh…kau tu mamat serabut!” balas Dira Zulaikha.
“kau baru nak makan ke?” soal Shahir Safwan kepada gadis di sebelahnya itu.
“aaahh, aku baru nak makan. Kau pun baru nak sarapan ke?” soal Dira Zulaikha kembali.
“samalah ngan kau!” beritahu Shahir Safwan sambil meletakkan kuih-muih ke dalam pinggan kosong yang diambilnya.
“kenapa tak sarapan ka rumah je?. Kan Mama Syikin ngan Papa Norman ada kat rumah, kenapa tak makan ngan diorang sekali?” tanya Dira Zulaikha.
“aku bangun lambat tadi! tak sempat nak sarapan kat rumah, tu yang makan kat sini je,” jawab Shahir Safwan tanpa berselindung.
“nah Dira, nasi yang Dira suruh Mak Jah bungkuskan tadi!” ujar Mak Mah lalu meyerahkan beg plastic yang berisi 3 bungkus nasi goreng kepada Dira Zulaikha.
“ooo…terima kasih Mak Jah!” ucap Dira Zulaikha lembut seraya mencapai beg plastic dari tangan Mak Jah.
“hmm berapa ye Mak Jah?” tanya Dira Zulaikha lembut.
“hmm semua sekali RM6.00!” jawab Mak Mah ringkas.
Dira Zulaikha membuka beg duitnya lalu mengeluarkan sekeping not RM5 dan sekeping not RM1.
“nie duitnya Mak Jah,” ujar Dira Zulaikha seraya mahu menghulurkan wang tersebut kepada Mak Jah.
“takpe..takpe, biar saya yang bayar Mak Jah!” kata Shahir Safwan sambil menghalang Mak Jah daripada mengambil duit di tangan Dira Zulaikha.
“laa, takpelah. Biar aku je yang bayar!” balas Dira Zulaikha yang masih lagi menghulurkan duit itu kepada Mak Jah.
“takpe, ari nie aku belanja kau. Tapi kau kena temankan aku makan boleh?” tanya Shahir Safwan.
“ooo….ada maksud rupanya kau belanja aku makan pagi nie!” perli Dira Zualikha.
“mana ada, lagi pun aku nak bagitahu sesuatu kat kau nie. Hmm kau tunggu kau kat meja hujung sana tu, kejap lagi aku datang,” arah Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“yelah..yelah! kau jangan tak bayar pulak,” balas Dira Zulaikha yang mula melangkah ke meja yang ditunjukkan oleh ‘abang saudara angkat’nya tadi.
“ye, aku bayar lah nanti. Kau pergi jelah duduk kat sana!” arah Shahir Safwan lagi.
“Mak Jah, bagi saya nasi goreng satu ye,” Shahir Safwan membuat order.
“banyaknya doktor makan. Dah ada banyak kuih Mak Jah tengok dalam pinggan tu, sekarang nie doktor nak Mak Jah letakkan nasi goreng pulak!” kata Mak Jah dengan hairan.
“bukan untuk saya Mak Jah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“dah tu, doktor nak bagi kat sape pulak makan nasi goreng nie?” soal Mak Jah yang sudah pun menyenduk nasi goreng dan diletakkan ke dalam pinggan bersih di depannya.
“untuk bakal tunang saya Mak Jah!” jawab Shahir Safwan selamba.
“bakal tunang?. sape?” tanya Mak Jah lagi.
“nanti Mak Jah taulah sape bakal tunang saya tu. Hmm Mak Jah tolong kira semua sekali ye, termasuk dengan makanan bakal tunang saya sekali tadi,” pinta Shahir Safwan sambil menyebut bakal tunangnya lagi sekali.
“hah!!...terbuntang mata Mak Jah mendengarnya.
“Mak Jah tolong kira tau, kejap lagi saya datang balik kat sini!” ujar Shahir Safwan sebelum meninggalkan tempat itu.
Dira Zulaikha sudah berada di meja sambil menunggu Shahir Safwan. Beg Plastik yang beisi nasi di letakkan ke atas meja makan didepannya. Shahir Safwan melangkah laju ke tempat Dira Zulaikha dengan membawa dulang yang berisi sepinggan nasi goreng, kuih muih berserta dua cawan nescafe panas.
Ain dan Anum kembali semula ke ruang depan setelah selesai membeli minuman pagi buat mereka bertiga.
“mana pulak Dira pergi nie?. kata suruh tunggu kat sini tadi!” ujar Ain apabila tidak melihat kelibat kawannya itu.
“entah, cuba kau tanya kat Mak Jah tu!” pinta Anum.
“Mak Jah, nampak Dira tak?” soal Ain kepada Mak Jah yang kebetulan berada di situ.
“Dira?...tu haa dengan bakal tunang dia,” jawab Mak Jah sambil tangannya menunjukkan ke arah Shahir Safwan dan juga Dira Zulaikha yang berada di meja makan.
“bakal tunang dia?. Dr. Shahir tu bakal tunang Dira?. Mak Jah jangan nak buat lawak pagi-pagi nie,” kata Ain dengan nada yang sedikit geram.
“bila masa pulak Mak Jah buat lawak nie! kalau korang tak percaya cakap Mak Jah, korang pergilah tanya sendiri kat Dr. Shahir tu. Baru kejap tadi dia bagitahu kat Mak Jah,” jawab wanita yang sudah berusia itu.
“biar betul nie Mak Jah. Bila pulak diorang berdua tu bercinta?” soal Ain lagi.
“manalah Mak Jah tau, Dira tu kawan kamu. Takkan kamu tak tau sejak bila mereka berdua tu bercinta!” balas Mak Jah lalu masuk ke dalam.
Ain kembali ke tempat Anum dengan kerutan di dahinya.
“haa macam mana?. Mak Jah tau ke Dira ada kat mana?” soal Anum bertalu-talu.
Ain tidak menjawab pertanyaan daripada Anum sebaliknya dia hanya berdiam diri. Telinganya tidak percaya dengan apa yang didengari nya sebentar tadi.
“wooiii, aku tanya nie. yang kau nie tetiba diam macam dah kena rasuk nie kenapa?. Dira mana?” soal Anum dengan marah.
“tu…….” Jawab Ain sambil tangannya menunjuk ke arah Dira Zulaikha dan juga Shahir Safwan.
“laaa….kat situ dia rupanya. Tadi dia jugak yang suruh kita tunggu kat sini!”
“Anum……” panggil Ain perlahan.
“kenapa?” tanya Anum.
“kalau kau dengar apa yang Mak Jah cakap tadi kau mesti tak percaya,” beritahu Ain kepada kawannya itu.
“apa yang Mak Jah cakap?” soal Anum ingin tau.
“Mak Jah cakap yang Dira adalah bakal tunang Dr. Shahir.”
“Dira bakal tunang Dr. Shahir?. Jangan nak mengarut lah Ain. Bila masanya si Dira tu bercinta ngan ‘abang saudara angkat’ dia. Mak Jah main-main je kot!” ujar Anum kurang percaya.
“aku dah kata macam tu tadi, tapi Mak Jah cakap kalau aku tak percaya, baik kau pergi tanya Dr. Shahir sendiri. Sebab dia baru je cakap macam tu kat Mak Jah,” beritahu Ain lagi.
“habis tu, ko nak ke pergi tanya ngan Dr. Shahir tu?” tanya Anum perlahan.
“aku?. Tak nak lah, kang dia kata apa pulak,” jawab Ain dengan menggelengkan kepalanya.
“dah tu?” tanya Anum lagi.
“kita tunggu Dira dalam bilik rehat jelah! Lepas dia masuk nanti baru kita tanya dia, nak?” Ain memberi cadangannya.
“ok jugak tu! Kalau macam tu kita pergi dululah! Tunggu dia kat sini tak tau sampai pukul berapa baru dia habis bercakap ngan ‘abang saudara angkat’nya tu,” ajak Anum.
“jom!” kata Ain lalu menarik tangan Anum meninggalkan kantin tersebut.
Shahir Safwan meletakkan dulang ke atas meja yang diduduki oleh Dira Zulaikha.
“lambatnya kau nie!” ujar Dira Zulaikha geram.
“mana ada aku lambat!” kata Shahir Safwan lalu mengambil tempat dihadapan Dira Zulaikha.
Shahir Safwan mengambil pinggan yang berisi nasi goreng dan meletakkannya di depan Dira Zulaikha.
“nah, makan dulu!” ujar Shahir Safwan.
“laa kan aku dah beli tadi. Nie yang kat depan aku nie, kau tak nampak ke?” soal Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“aku nampaklah, tapi takkan kau nak tengok je aku makan.” Jawab Shahir Safwan yang sudah pun memasukkan kuih ke dalam mulutnya.
“habis tu nasi nie aku nak bagi kat sape? Membazirlah kalau aku tak makan,” tanya Dira Zulaikha geram.
“nasi tu kau makan lah time rehat pukul 10 nanti. Dah cepat makan, atau kau nak aku suapkan!” ujar Shahir Safwan tersengih.
“boleh jugak!” jawab Dira Zulaikha selamba.
Shahir Safwan tersentak mendengar jawapan Dira Zulaikha.
“betul kau nak aku suapkan?. Aku tak kisah, untuk kau hari-hari aku boleh tolong suapkan!” balas Shahir Safwan lalu mengambil sesudu nasi dan menyuakan kepada mulut Dira Zulaikha.
“woitt, aku main-main jelah. Kau nie, tak nampak ke orang ramai kat sini! Geram betul ngan kau nie,” marah Dira Zulaikha perlahan agar tidak ada yang mendengar.
“tadi kau nak sangat aku suapkan!” kata Shahir Safwan yang masih lagi menyuakan sudu yang berisi nasi goreng didalamnya.
“kau letak je, biar aku makan sendiri!” ujar Dira Zulaikha lagi.
Shahir Safwan meletakkan kembali sudu ke pinggan itu.
“kau nak cakap apa tadi?” sambungnya lagi.
“tunggu lah kejap, bagi aku minum air nie dulu!” beritahu Shahir Safwan sambil menghirup perlahan air di dalam cawan itu.
Dira Zulaikha hanya melihat kelakuan lelaki dihadapannya itu.
“hmm, mama suruh aku sampaikan pesanan kat kau nie!” kata lelaki yang berada dihadapannya itu.
“pesanan?” soal Dira Zulaikha pelik.
“ya, hujung bulan nie mama ngan papa nak ajak kau pergi jalan-jalan. Mak Zeera pun dah tau pasal nie,” beritahu Shahir Safwan.
“mak tak cakap apa-apa pun semalam!” ujar Dira Zulaikha.
“manalah aku tau, mama yang suruh aku bagitahu kat kau. Kau nak ikut tak?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“hujung bulan nie?. hmm kau pergi tak?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“aku tak tau lagi. Kau faham-faham jelah keje aku nie!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“mama kata kalau kau nak bawak boyfriend kau pun boleh jugak,” sambungnya lagi.
“boyfriend aku?. Soal Dira Zulaikha terkejut.
“yelah, boyfriend kau lah!” balas Shahir Safwan ringkas.
“aku mana ada boyfriend lah!” beritahu Dira Zulaikha.
“aku dah agak dah,” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“kalau tak de, tak payahlah nak ajak. Nanti kau telefon kat mama ngan papa. Bagitahu kat diorang kalau kau nak ikut! Pinta Shahir Safwan lembut.
“malam nantilah aku telefon. Pasal nie ke kau nak cakap tadi?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“yelah, pasal nielah yang aku nak cakap tadi!” jawab Shahir Safwan.
“ooo….kalau macam tu aku pergi dululah! Dah lambat nie,” ujar Dira Zulaikha yang mahu bangun dari kerusinya.
“nasi tu kau belum makan lagi!”
“kau makan lah, aku dah ada nie!” kata Dira Zulaikha.
“aku beli untuk kau makan, bukan untuk aku. Dah, makan dulu. Tak larinya keje kau tu,” perli Shahir Safwan.
“aku nak kena makan jugak ke nie?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“yelah! Tak baik membazir……” ujar lelaki tersebut.
Dira Zukaikha mengikut sahaja arahan ‘abang saudara angkat’nya itu. Kalau tak diikutkan mahu membebel sepanjang ari. Masing-masing bangun dari kerusi yang diduduki setelah selesai menghabiskan sarapan pagi itu. Dira Zulaikha bergerak dahulu meninggalkan Shahir Safwan di belakangnya. Sementara lelaki itu kembali ke tempat tadi untuk membuat pembayaran.
“haaa…masuk pun kau! Aku ingatkan kau nak duduk je kat bakal tunang kau tu,” kata Ain dengan sinis apabila Dira Zulaikha sudah menapak masuk ke dalam bilik rehat itu.
“bakal tunang mana pulak nie?” soal Dira Zulaikha pelik.
“alahh buat-buat tak tau pulak!” perli Anum dengan tersengih.
“korang nie, pasal aku tak taulah aku tanya kat kau nie!” kata Dira Zulaikha geram.
“tak percayalah aku. Baru kejap tadi Mak Jah cakap kat aku yang kau nie bakal tunang Dr. Shahir,” beritahu Ain.
“Mak Jah cakap macam tu kat kau?” soal Dira Zulaikha hairan.
“aahh, tadi aku ada tanya Mak jah kalau-kalau dia tau kau pergi mana. Masa tulah dia bagitahu kat aku pasal nie. Aku memang tak nak percaya, tapi bila dia cakap Dr. Shahir sendiri yang bagitahu kat dia, aku pun terus diam. Tak tau nak cakap apa lagi!” cerita Ain panjang lebar.
“kau percayalah sangat cakap mamat serabut tu. Bukan korang tak tau, Mak Jah tukan mudah percaya apa yang orang lain bagitahu. Mungkin sebab tulah, mamat tu cakap macam tu kat dia,” ujar Dira Zulaikha ketawa kecil.
“mati-mati aku ingat kau betul-betul jadi bakal tunang Dr. Shahir. Yelah, korang berdua takdelah bercinta aku tengok. Asyik nak bergaduh je!” balas Anum yang turut ketawa bersama-sama dengan Dira Zulaikha.
“dah, korang makan dulu nasi nie. Kejap lagi kita dah nak mula buat keje,” arah Dira Zulaikha lalu meletakkan nasi goreng yang dibelinya ke atas meja.
“kau tak makan sekali ke?” soal Ain sambil membuka bungkusan nasi goreng itu.
“tak, aku dah makan tadi!” beritahu Dira Zulaikha lembut.
“kita orang makan dulu, kau tunggu kejap. Air kau tu, panas lagi aku rasa. Baik kau minum cepat. Dah sejuk tak sedap pulak,” ujar Anum lagi.
“yelah! Nanti aku minum.”
Dira Zulaikha masuk ke dalam tandas lelaki. Tugasnya yang pertama pagi itu adalah mencuci tandas lelaki tingkat satu. Semua peralatan yang diperlukan dibawa masuk bersama ke dalamnya. Dira Zulaikha lebih selesa melakukan keje itu semasa tiada orang di dalam tandas. Ini akan memudahkan kejenya siap lebih cepat. Air yang berada di dalam baldi di curahkan ke seluruh lantai tandas tersebut.
Penyapu ditangannya di gunakan untuk menolak air masuk ke lubang yang disediakan. Sabun debu di tabur ke atas lantai sebelum dia mula menggosok lantai tandas dengan penyapu ditangannya. Dira Zulaikha menyental lantai dengan berhati-hati kerana bimbang akan tergelincir disebabkan lantai tersebut sudah dipenuhi dengan sabun.
Tengah-tengah dia sibuk menyental lantai, tiba-tiba pintu tandas dibuka seseorang. Dira Zulaikha mengangkat muka ke atas. Shahir Safwan yang tergesa-gesa masuk ke dalam hampir terjatuh disebabkan lantai tandas itu yang licin. Namun dia sempat berpegang pada tombol pintu tersebut.
“fuhh semangat..kalau tak minum air sabun lah aku jawabnya!” ujar Shahir Safwan perlahan.
“hahahaha……..” Dira Zulaikha ketawa kecil melihat wajah pucat lelaki itu.
“isshh kau nie, bukan nak tolong aku. Ketawakan aku lagi adalah!” kata Shahir safwan geram.
“nak tolong buat apa, kau kan belum jatuh sampai bawah lagi,” jawab Dira Zulaikha selamba.
“hah sudah! kau keluar dulu. Aku dah tak tahan nie!” arah Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“tunggulah kejap, aku belum siap lagi buat keje nie,” beritahu Dira Zulaikha yang masih masih lagi menggosok lantai tandas tersebut sehingga mengeluarkan buih sabun yang banyak.
“alahh, kejap lagi kau sambunglah balik. Aku betul-betul dah tak tahan nie!” ujar Shahir Safwan lagi.
“yelah…yelah. Kau niekan selalu sangat kacau aku nak buat keje. Cepat sikit tau,” pinta Dira Zulaikha sambil berhati-hati berjalan di atas lantai yang licin itu.
Pintu tandas dibuka. Dira Zulaikha sudah melangkah keluar dari dalam tandas tersebut meninggalkan Shahir Safwan yang mahu melepaskan hajatnya.
“lambat lagi ke?” soal Dira Zulaikha dari luar.
“kejaplah. Kau nie pun tak sabar langsung,” jawab Shahir Safwan dari arah dalam.
“memanglah aku tak sabar, elok-elok aku buat keje tadi boleh pulak kau kacau aku. Bukan takde tandas lain kat dalam bangunan nie, tapi tandas nie jugak yang jadi pilihan kau,” ujar Dira Zulaikha geram.
“nak buat macam mana, nie je tandas paling dekat ngan tempat aku. Takkan aku nak naik tingkat atas pulak!” balas Shahir Safwan lagi.
“menjawab je keje mamat nie,” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
Dira Zulaikha masih setia menanti di luar pintu tandas. Tiba-tiba ada suara yang menjerit di dalamnya.
“adoiiii…………” jerit Shahir Safwan dengan kuat.
“hah sudah! Kenapa pulak ngan mamat serabut tu!” kata Dira Zualikha dalam hatinya.
“kau ok tak?” soal Dira Zulaikha apabila terdengar jeritan lelaki itu.
“aku….aku…aku ok je!” jawab Shahir Safwan lambat.
“oklah kalau macam tu. Cepatlah keluar, aku belum siap nak cuci lagi tu!” arah Dira Zulaikha.
Shahir Safwan sudah terlentang di atas lantai tersebut. Baju dan seluar yang dipakainya habis basah terkena air yang berada di atas lantai tandas itu. Perlahan-lahan dia ingin bangun, namun disebabkan keadaan laintai yang memang licin itu menyukarkannya untuk bangun dengan cepat.
“isshh, lambat lagi ke dia nie?” ujar Dira Zulaikha lagi dengan perlahan.
Dira Zulaikha mengambil keputusan untuk masuk saja ke dalam tandas itu. Tombol pintu dipulas lembut. Sedikit demi sadikit pintu tandas itu terbuka terbuka. Shahir Safwan masih lagi cuba untuk bangun.
“hehehehe…….hahahaha……” Dira Zulaikha ketawa dengan kuat apabila melihat Shahir Safwan yang berada di atas lantai.
“macam mana kau boleh jatuh nie?” soal Dira Zulaikha dengan ketawanya.
“macam mana lagi, lantai nie licin sangat. Sebab tulah aku jatuh,” jawab Shahir Safwan marah.
“tulah, aku dah cakap tadi lantai nie licin. Aku suruh kau tunggu kat luar kejap kau tak nak. Tengok, kan kau dah jatuh kat bawah!” ujar Dira Zulaikha yang masih lagi dengan ketawanya. Geli hati melihat lelaki dihadapannya itu.
“kau tulah, banyak sangat letak sabun!” ujar Shahir Safwan dengan geram.
“aku pulak! mestilah kena letak sabun, kalau tak letak mana cuci lantai nie aku sental.” jawab Dira Zulaikha lagi.
“sudahlah kau!” balas Shahir Safwan yang ingin bangun semula.
Dira Zulaikha ketawa melihat gelagat Shahir Safwan yang masih cuba untuk bangun.
“lain kali kalau nak masuk dalam nie, pakailah selipar. Nie tak, kasut tu jugak yang kau pakai,” omel Dira Zulaikha perlahan.
Langkah Dira Zulaikha dihalankan ke arah Shahir Safwan dengan perlahan.
“meh sini aku tolong kau!” ujar Dira Zulaikha seraya menghulurkan tangannya kepada lelaki itu.
“tak payahlah!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“biarlah aku tolong kau. Sampai bila kau nak duduk macam nie!” ujar Dira Zulaikha yang masih menghulurkan tangannya kepada Shahir Safwan.
“boleh ke kau nak angkat aku nie?” soal Shahir Safwan selamba.
“boleh ke tak boleh ke lain kira. Dah cepat, lagi lambat kau bangun, lagi lambatlah aku siapkan keje aku nie!” ujar Dira Zulaikha lagi.
Shahir Safwan menyambut huluran tangan Dira Zulaikha. Dira Zulaikha memaut kuat tangan lelaki itu dan sedaya upaya menariknya untuk bangun.
“berat jugak kau nie ye!” perli Dira Zulaikha.
“memanglah aku nie berat. Badan aku kan lebih besar dari badan kau tu!” balas Shahir Safwan.
“kau pegang tangan aku tau, jangan lepas pulak. Kang tak pasal-pasal aku jatuh pulak nanti,” ujar Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha menarik tangan kasar lelaki itu perlahan-perlahan. Tangan kasar yang sudah basah terkena air sabun itu di paut kuat. Namun apakan daya, kudrat perempuannya tidak sekuat kudrat seorang lelaki. Tidak semena-mena dia terjatuh ke atas lelaki itu sebelum sempat lelaki itu bangun.
“makkkk………” jerit Dira Zulaikha seraya memejamkan kedua-dua belah matanya.
Shahir Safwan kembali terlentang jatuh ke atas lantai. Tangan kasarnya sudah memeluk pinggang seseorang. Kali ini ada sesuatu yang menghempap dirinya. Kedua-dua belah tangan Dira Zulaikha berada di atas dadanya. Dira Zulaikha membuka matanya perlahan. Wajah pemuda itu di betul-betul berada di depannya. Hampir tersentuh hidung kecil nya dengan hidung milik Shahir Safwan. Matanya tidak berkelip melihat wajah dihadapannya itu.  
Kedua-duanya sudah terkelu seribu bahasa. Shahir Safwan seolah-olah mengambil kesempatan meneliti ke setiap inci wajah Dira Zulaikha. Tanpa dia sedari tangan kasarnya menolak lembut rambut lurus Dira Zulaikha yang jatuh ke dahi. Dira Zualikha kaget dengan keadaan itu. Namun entah mengapa dia sendiri tidak menghalang perbuatan lelaki itu kepadanya.
Mereka berdua berada dalam keadaan begitu hampir 5 minit. Dira Zulaikha segera untuk bangun apabila dia terasa sudah lama dia berada di atas tubuh lelaki itu. Tangan yang berada di atas dada Shahir Safwan dijatuhkan ke bawah.
Dira Zulaikha bangun dengan perlahan agar dia tidak lagi jatuh ke atas tubuh lelaki itu. Tangannya dihulurkan sekali lagi kepada Shahir Safwan. Pemuda itu menyambut huluran tangan lembut Dira Zulaikha dan cuba untuk bangun dari jatuhnya tadi.
“sori…….” ucap Dira Zulaikha perlahan apabila kedua-duanya sudah berdiri tegak. Wajah Dira Zulaikha kemerahan semasa mengucap perkataan itu.
“takpe, bukan salah kau pun!” jawab Shahir Safwan agar tidak nampak kekalutannya tadi.
“aku keluar dulu!” sambungnya lagi.
“ok…….hmmm baju kau tu?” soal Dira Zulaikha sambil menunjukkan ke arah baju yang dipakai oleh Shahir Safwan.
“takpe, aku ada bawak baju lain. Nanti aku tukar balik!” beritahu Shahir Safwan sebelum melangkah ke pintu untuk keluar dari situ.
“oooo………..” balas Dira Zulaikha ringkas.
Tombol pintu dibuka perlahan. Kakinya mula melangkah keluar dari dalam tandas. Shahir Safwan sempat berpaling semula ke belakang. Dira Zulaikha membalas pandangan pemuda itu dengan senyuman dibibirnya.
“aku pergi dulu!” ujar Shahir Safwan lalu menutup pintu tandas dan berjalan untuk masuk kebiliknya.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama