AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 15 & 16


BAB 15
Masing-masing sibuk dengan pembentangan kertas keje, tidak terkecuali Dr. Shahir Safwan dan Dr. Daus. Mereka bernasib baik kerana duduk dalam satu kumpulan semasa edisi pembentangan tersebut. Walaupun mengambil masa yang agak lama, masing-masing berpuas hati dengan projek pembentangan itu.
Dr. Shahir Safwan dan Dr. Daus keluar dari bilik itu sejurus selesai taklimat untuk yang terakhir kalinya. Pagi esok mereka akan balik ke rumah masing-masing sehari lebih awal.
“Shahir, jom pergi cafe dulu!” ajak Daus.
“café?. Boleh jugak, aku pun dah lapar nie!” ujar Shahir Safwan.
“kau nie, lapar kau je yang kau tahu. Lapar aku nie macam mana?” Daus sudah berlawak ngan Shahir Safwan.
“alah, kau cakaplah yang kau ajak aku ke café sebab nak makan. Banyak cakap pulak!” ujar Shahir Safwan geram.
“hahaha…..macam lah kau tak kenal ngan aku nie! Kita kan dah lama kawan, dari sekolah menengah sampailah kita belajar sama-sama kat luar Negara. Ambik course pun sama-sama,” beritahu Daus dengan ketawa.
“yolah tu.jomlah, kata nak pergi café tadi!” balas Shahir Safwan lalu berjalan meninggalkan Daus di belakangnya.
“kalau ye pun kau nak melantak, tunggulah aku yang kat belakang kau nie. Nie tak, berjalan macam aku takde kat sini!” kata Daus sinis.
Shahir Safwan dan Daus sudah berada di dalam café. Walaupun bukan ari minggu, namun pelanggan disitu tetap ramai.
“Daus, kita duk kat sana jelah. Meja kat hujung sana tu kosong aku nampak!” beritahu Shahir Safwan sambil menunjukkan tempat yang dimaksudkannya.
“boleh jugak, ramai pulak pelanggan café nie ari nie,” balas Daus lalu mengikut langkah Shahir Safwan.
Daus mengambil tempat membelakangkan pasu bunga yang menghiasi dalam café itu. Shahir Safwan pula lebih suka duduk mengadap ke luar jalan.
“kau nak makan apa nie?” soal Daus kepada kawannya itu.
“tak kisah lah, asalkan aku boleh makan!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“kita makan kuih jelah, lagi pun kalau nak makan nasi awal lagi nie!” ujar Daus.
“aku ok je!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“kau tunggu aku kat sini, biar aku yang pergi ambik.”
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya perlahan. Tak sampai 10 minit Daus kembali dengan membawa dulang berisi 2 cawan air beserta sepiring kuih muih. Dulang itu diletakkan ke atas meja dengan.
“haaa…airi nie kita makan kuih-muih tradisional. Aku bawakkan kau kuih lapis, kuih gulung dan yang paling special kat sini donat…uiihh, stu-satunya kuih kegemaran aku nie!!” beritahu Daus penjang lebar.
“donat???....soal Shahir Safwan.
“yelah kuih donat. Kau tak pernah jumpa ke?” tanya Daus kembali.
“takdelah, Dira suka ngan kuih nie!” ucap Shahir Safwan tanpa sedar.
“Dira??......sape Dira?” soal Daus lagi.
“takde sapelah Daus. Kau makanlah!” ujar Shahir Safwan menutup resahnya.”
“alahhh, ngan aku pun kau berahsia jugak. Tentu perempuan yang telefon kau semalam kan!” teka Daus.
“kau nie, dah macam ahli nujum pulak aku tengok,” kata Shahir Safwan sinis.
“jadi betullah apa yang aku teka tadi! haaa..macam mana, kau telefon dia?” tanya Daus ingin tau.
“belum….”
“kenapa pulak?” soal Daus lagi.
“aku rasa dia tak jawab panggilan aku tu!” kata Shahir Safwan perlahan.
“mana kau tau dia tak nak jawab panggilan kau. Mungkin dia memang marah masa tu, tapi takkanlah sampai ari nie dia masih marah lagi kat kau!” balas Daus sambil menyuapkan kuih kedalam mulutnya.
“tengoklah macam mana nanti!” jawab Shahir Safwan.
“nak tengok apanya?. Kau telefon jelah dia tu. Kau tanya kat dia kenapa dia letak telefon malam tu, tu pun aku nak bagitahu ke?” perli Daus.
“nantilah…aku pun tak tau macam mana nak cakap ngan dia. Rasa lain pulak bila dah jadi macam nie!” Shahir Safwan berkata dengan perlahan.
“lain apa pulak nie?. Atau kau memang ada hati kat ‘adik saudara angkat’ kau tu?”
“aku??..soal Shahir Safwan.
“yelah, kau lah sape lagi. Takkan aku pulak!” jawab Daus sambil memandang wajah didepannya.
“aku??....ada hati kat dia?” Tanya Shahir Safwan kebingungan.
Daus menganggukkan kepalanya.
“aku tak taulah Daus. Dira memang giler-giler sikit perangai dia. Tapi aku tak kisah dengan perangai dia macam tu. Cuma yang aku hairan sangat, ngan aku dia boleh pergi tapi ngan lelaki lain dia memnag susah nak rapat. Kau kenal tak ngan Hafiz?.” Soal Shahir Safwan.
“Hafiz?. Kawan kita yang jadi model sekarang nie?”
“yelah, kawan kita yang tulah. Yang jadi model sekarang nie!” ujar Shahir Safwan.
“apa kena mengena pulak Hafiz ngan semua nie?” soal Daus ingin tau.
“ari tu, aku bawak Dira pergi pasaraya. Mama aku tulah suruh belikan sotonglah, bunga kantanlah. Dah tu suruh aku bawak Dira sekali pergi. Time aku nak balik tu tiba-tiba Hafiz tegur aku, masa tu jugaklah Dira dah lepas pilih sotong yang mama ku nak. Bila dia dah tengok Dira, terus nak kenal. Si Dira nie pulak terus sembunyi kat belakang aku, tarik-tarik baju yang aku pakai.” Beritahu Shahir Safwan panjang lebar.
“apasal pulak dia sembunyi kat belakang kau?.” Tanya Daus lagi.
“entah, bila aku tanya dia cakap dia tak nak kawan ngan Hafiz tu. Hafiz tu cuma nak berkawan ngan dia, tapi Dira langsung tak nak sambut salam persahabatan dari Hafiz. Kat hospital pun macam tu jugak, dulu Hafiz selalu jugak datang kat hospital kat tempat aku keje tu. Dira nie pulak keje sebagai tukang sapu kat hospital tu. Nampak je Dira kat situ, apa lagi mula lah nak naik bulu. Sampaikan aku terpaksa tolong kenal kan Hafiz ngan dia.” Terang Shahir Safwan lagi.
“lepas tu apa kau buat?”
“aku buat apa lagi, aku kenalkan lah Hafiz ngan Dira. Lepas aku dah kenalkan Hafiz ngan Dira, aku terus beredar dan tinggalkan dia orang berdua kat situ. Tapi tak sempat aku melangkah, lengan aku ditarik oleh Dira.”
“kenapa pulak?”
“dia tak nak aku tinggalkan dia ngan Hafiz kat situ.”
“kenapa pulak sampai macam tu sekali?”
“manalah aku tau kenapa dia jadi macam tu. Hafiz pulak terus berubah air muka dia bila aku ada kat situ temankan Dira,” terang Shahir Safwan lagi.
“hehehehe…….dah tu macam mana?”
“macam mana apa. Hafiz terus pergi bila aku kata nak temankan Dira. Berkenalan pun tak sempat, blah macam tu je!”
“kesian kat kawan kita yang sorang tu. Tapi setahu akulah, kan ramai lagi perempuan di samping dia tu. Takkan nak cari sorang lagi kot!” kata Daus dengan sinis.
“kau nie pun, takkan kau tak kenal ngan perangai si Hafiz tu! Dia tu, kalau boleh nak semua perempuan ada di samping dia.
“apa nak jadilah ngan kawan kita yang sorang tu, tak pernah cukup!” ujar Daus dengan ketawanya.
“dah lah, asyik cakap pasal dia je, makan lah. Kang tak habis pulak kuih-kuih yang kau ambik nie!”sambung Shahir Safwan.
“jomlah, kejap lagi kita dah nak balik kat tempat masing-masing!”
“Dira, betul ke kau dah sihat nie?. Kau jangan nak paksa diri kau pulak,” soal Ain apabila mengetahui Dira Zulaikha sudah masuk keje balik.
“aku dah oklah, Ain. Alahh….aku bosanlah duk kat rumah tu! Dah lama aku duk kat rumah, rindu pulak ngan keje aku kat sini!” jawab Dira Zulaikha.
“rindu keje ke atau rindu ngan orang kat tempat keje nie?” tanya Anum sinis.
“apa maksud kau?” tanya Dira Zulaikha kurang faham.
“alah……kau tu buat-buat tak faham ke atau kau memang tak nak faham!” ujar Ain lagi.
“aku memang tak faham lah, korang nie pun kalau nak cakap straight to the pointlah. Nie tak, cakap berbelik-belik,” kata Dira Zulaikha geram.
“mana ada kita orang cakap berbelik-belik. Kau tu je yang tak nak faham!” balas Ain sinis.
“tapi rugi jugak kau datang keje ari nie kan!” kata Anum selamba.
“kenapa pulak kau nak rugi?” soal Dira Zulaikha.
“yelah, mamat serabut kau tu kan belum balik lagi kat hospital nie. Nanti kau rindu pulak nak tengok kehenseman wajah dia kat sini!” perli Anum dengan ketawa kecil.
“asal pulak aku nak rindu kat mamat serabut tu?”
“elehh…cakap tak serupa bikin. Kau ingat kita orang tak tau ke kau dah mula jatuh hati kat mamat serabut aka Shahir Af8 aka Dr. Shahir Safwan Bin Dr. Norman.” Ujar Ain sambil memandang wajah sahabatnya itu.
“apa yang korang cakapkan nie, aku tak fahamlah! Takde sebab aku nak jatuh hati kat dia tu. Nak buat apa, nak sakitkan hati aku lagi,” marah Dira Zulaikha.
“kau nie kenapa Dira?. Apa yang dia buat kat kau sampai kau jadi macam nie sekali. Cuba kau cakap ngan kita orang, manalah tau kita orang boleh tolong,” kata Anum.
“takde apa-apalah! Jawab Dira Zulaikha ringkas.
“tulah kau, bila aku tanya kau kata takde apa-apa. Nak tanggung masalah sendiri konon!”
Tiba-tiba telefon bimbit Dira Zulaikha berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dira Zulaikha mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket baju kejenya. Nama pada skrin telefon itu diperhatikan. Namun dia tidak rasa mahu menjawab panggilan telefon itu. Entah kenapa, dia masih berkecil hati dengan Shahir Safwan tempoh hari. Walaupun dia tahu Shahir Safwan hanya mahu bergurau dengannya.
“haaa…yang kau tak jawab panggilan tu kenapa?” soal Ain.
“biar jelah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“sape telefon kau tu?” tanya Anum ingin tau.
“tak de sapalah! Dah lah, jom kita buat keje,” ajak Dira Zulaikha.
“Dira, cuba kau angkat telefon tu dulu! Aku dah sakit telinga dengar dengar bunyi telefon kau tu. Dah naik pekak telinga aku nie!” ujar Anum dengan geram.
“kalau kau tak nak jawab panggilan tu, biar aku je yang jawab!” balas Ain yang mahu mengambil telefon Dira Zulaikha.
Telefon ditangan Dira Zulaikha dirampas oleh Ain. Nama yang menghiasi pada skrin telefon di baca dengan kerutan di dahi.
“SS aka MY SB, nie nama sape nie Dira?” soal Ain pelik.
“cuba kau ulang balik Ain!” pinta Anum.
“SS aka MY SB…………”
“dah, kau angkat je dulu. Lepas tu baru kau tau sape yang telefon tu!” kata Anum yang menyuruh Ain supaya menjawab panggilan itu.
“hmmm…yelah, aku nak angkat lah nie. Kau nie pun tak sabar betullah.” Balas Ain.
“kau diam, aku nak jawab nie!” sambung Ain lagi.
“hello, assalamualaikum…..”
“waalaikumussalam…………” balas Shahir Safwan di hujung talian.
“sape nie?. Nak cakap ngan sape ye?” soal Ain ingin tau.
“aikkk! Nie bukan nombor telefon Dira ke?” tanya Shahir Safwan lembut.
“ye, memang nombor telefon Dira! Nak cakap ngan Dira lah nie?” soal Ain apabila pemanggil itu menyebut nama Dira Zulaikha.
 “ooo… Dira ada tak?. Boleh saya cakap ngan dia?” pinta Shahir Safwan.
“Dira….hmmm….” Ain sudah mengerutkan dahinya ke arah Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha sudah menggelengkan kepalanya mengatakan dia tiada di situ.
“maaflah ye, Dira pergi tandas. Baru kejap dia keluar! Dia tak bawak telefon sekali masa keluar tadi. Boleh saya tau sape yang bercakap nie, yelah….senang untuk saya cakap kat dia nanti!” kata Ain yang sudah mula memasang jerat.
“hmm…awak cakap je kat dia yang ‘abang saudara angkat’ dia yang telefon! Shahir Safwan sengaja menekankan ayat itu.
“ooo….abang saudara angkat Dira! Takpelah, nanti saya bagitau kat dia yang ‘abang saudara angkat’ dia telefon! Balas Ain dengan senyuman dibibirnya.
“kalau macam tu, awak tolong pesan kat dia malam nanti saya call. Satu lagi tolong pesan kat ‘adik saudara angkat’ saya tu suruh dia jawab panggilan telefon dari saya malam nanti,” pesan Shahir Safwan sebelum meletakkan telefon.
‘insyaallah, nanti saya bagitahu kat ‘adik saudara angkat’ encik ye!!!” bagitahu Ain lalu menamatkan panggilan itu.
“haaa…macam mana?” soal Daus ingin tau selepas Shahir Safwan menamatkan panggilan yang dibuatnya..
“macam mana apa lagi, dia takde. Pergi tandas kata kawan dia tu!” bagi tahu Shahir Safwan.
“pergi tandas ke atau dia tak nak cakap ngan kau?” tanya Daus lagi.
“entahlah! Aku pun tak tau, mungkin dia masih marah kat aku lagi kot!” jawab Shahir Safwan perlahan.
“dahlah, kau jangan fikir sangat. Malam nanti kau nak telefon dia lagi kan?. Kau cakap ngan dia baik-baik malam nie, pujuklah dia elok-elok. Sekarang nie jom kita keluar, jalan-jalan. Besok dah nak balik rumah masing-masing. Payahlah aku nak jumpa ngan kau lagi!” ajak Daus yang sudah bangun dari kerusi yang diduduknya dalam café.
“tulah kau, mintak keje jauh sangat. Ada tempat yang dekat, kau pergi apply yang jauh. Nak buat macam manakan, tak nak berpisah ngan tunang lah kata kan,” perli Shahir Safwan.
“perli aku nampak! Takpe, aku nak tengok kau macam mana nanti. Bila kau dah tunang nanti aku nak mintak orang atasan suruh pindahkan kau kat hospital tempat aku bekerja sekarang nie, baru padan ngan muka kau tu!” balas Daus.
“aku pulak yang kena! Alah aku gurau jelah. Tu pun nak ambik hati,” kata Shahir Safwan sambil menepuk bahu Daus lembut.
“alahhh…aku pun main-main jelah. Nak buat macam mana, aku kena berkhidmat kat tempat orang. Sape yang tak nak berkhidmat kat tempat sendiri kawan,” ujar Daus.
“agak-agaknya bila kau nak berkhidmat kat hospital sama ngan aku haaa?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“lepas aku kawin lah kot!” jawab Daus selamba.
“lepas kau kawin? Bila agaknya kau nak kawin nie?. Setahu aku dah hampir setahun kau bertunang ngan Ema kan?” tanya Shahir Safwan.
“tulah pasal. Mak aku kat kampung tu dah bising pasal nie. Ema ok je, aku je nie haa yang tak berapa ok lagi. Mana sibuk ngan keje lagi, kadang-kadang kena pergi hadiri kursus yang ditetapkan oleh pihak atasan aku tu.” Bagitahu Daus lagi.
“alahh….kau apply lah cuti awal-awal, kan senang. Mintak sekali cuti untuk pergi honeymoon nanti, takdelah kau susah-susah nak fikir tentang cuti tu nanti!” cadang Shahir Safwan.
“tengoklah macam mana nanti, tapi aku rasa kau dulu yang kawin dari aku,” ujar Daus.
“aku pulak?. Sape lah yang nak aku nie Daus,” jawab Shahir Safwan.
“elehh…menyampah aku dengar. Aku taulah yang kau tu hensem, tak payahlah nak merendahkan diri pulak!” perli Daus.
“hahahaaa….aku kan memang sentiasa dalam ketegori hensem, saje aku nak merendahkan diri aku tadi. Nak tengok kau macam mana kan,” ujar Shahir Safwan selamba.
“banyaklah kau hensem! Sudahlah, daripada aku layan kau baik aku pergi cari buah tangan untuk tunang kesayangan aku kat sana tu!” beritahu Daus seraya keluar dari café tersebut.
“weii, kau tunggulah. Aku pun nak ikut jugak nie,” balas Shahir Safwan lalu mengejar sahabat baiknya itu yang sudah keluar dari tempat itu.
“kau nie apasal Dira, kau gaduh ngan Dr. Shahir ek?” soal Ain sesudah dia menamatkan panggilan telefon itu.
“takdelah, bila masa pulak aku gaduh ngan dia. Kau nie, pandai-pandai je cakap!” kata Dira Zulaikha.
“dah tu, kalau kau tak gaduh ngan abang saudara angkat kau kenapa dia telefon kau tak nak jawab?” tanya Anum pula.
“saje, aku malas nak bercakap ngan dia!” jawab Dira Zulaikha dengan selamba.
“malas nak bercakap konon! Dalam hati bukan main kau rindu ngan Dr. Shahir Safwan aka ‘abang saudara angkat’ kau tu kan?” perli Ain sambil memandang muka Dira Zulaikha.
“ntah kau nie Dira, dah dia telefon kau jawab jelah! Nie tak, kesian kat dia aku tengok. Asyik telefon kau je, tapi kau pulak tak nak jawab.” Balas Anum dengan geram.
“alah, nanti aku call lah dia!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“yelah tu! Bila kau nak telefon dia?. Esok?. Lusa? Atau bulan depan?” kata Ain dengan menggelengkan kepalanya.
“aku lupa nak cakap ngan kau nie, dia pesan malam nie suruh kau angkat telefon. Dia nak call kau, tapi aku tak taulah pukul berapa dia nak call kau malam nanti. Kau tunggu jelah kat rumah. Jangan tak angkat pulak masa dia telefon kau nanti,” beritahu Ain kepada Dira Zulaikha mengenai pesanan dari Shahir Safwan.
“hmmm…tengoklah macam nanti!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“kau jangan nak tengok-tengok pulak. Aku dah sampaikan pesanan dia kat kau, kalau kau tak angkat jugak maknanya memang kau orang berdua tengah gaduh sekarang nie! Aku agak mesti pasal hati dan perasaan kan,” kata Ain dengan sinis.
“hah, sudah. Dahlah, korang tak nak buat keje ke?. Kang tak pasal-pasal muka korang kena cop sebagai muka pekerja yang malas, korang nak ke macam tu?. Aku tak sanggup!” ujar Dira Zulaikha kepada kedua kawannya itu.
“elehh, nak tukar tajuklah tu! Yelah-yelah, kita orang nak pergi buat kejelah nie,” balas Anum dengan senyuman dibibirnya.
……………………………..
Shahir Safwan dan Daus hanya berehat di dalam bilik hotel selepas menunaikan solat maghrib di dalam bilik penginapan mereka berdua. Penat mencari buah tangan untuk di bawa balik, mereka mengambil keputusan untuk berehat sahaja di dalam bilik mereka.
Shahir Safwan berehat di atas kerusi sofa yang ada di dalam bilik mereka manakala Daus berehat di balkoni luar bilik.
“wooo….banyaknya barang yang kau beli Shahir. Kau nak bagi kat sape semua barang-barang nie?” soal Daus apabila melihat Shahir Safwan mengeluarkan barang yang dibelinya dari dalam beg plastik.
“aku nak bagi kat mama ngan papa aku lah, takkan nak bagi kau pulak!” jawab Shahir Safwan.
“amboiii, takkan banyak macam tu sekali kau nak bagi kat diorang. Setakat sehelai baju ngan sepasang kain sutera dah cukup. Nie tak, aku tengok kau pulak yang terlebih-lebih membeli daripada aku yang dah ada tunang nie!” balas Daus sambil melihat ke arah kawannya itu.
“alahh….bukan selalu aku beli banyak macam nie. Dah terlanjur aku ikut kau membeli belah, nak jugak aku belanja lebih,” ujar Shahir Safwan.
“yelah tu kawan oiii….kau dah call belum ‘adik saudara angkat’ kesayangan kau tu?” soal Daus lagi.
“belum!!! Nasib baik kau tolong ingat kan aku, kalau tak memang aku dah lupa nak call dia malam nie,” kata Shahir Safwan lalu mencapai telefon bimbitnya yang ada di atas meja kecil di tepi katilnya.
Nombor telefon Dira Zulaikha di dail pada telefon bimbitnya. Sesaat dua kedengaran suara yang lembut menjawab panggilan itu.
“assalamualaikum…………” ucap Dira Zulaikha lembut selepas menekan butang menjawab panggilan.
“waalaikumussalam…….” Balas Shahir Safwan selepas mendengar ucapan salam daripada Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha kembali senyap selepas mendengar balasan salam daripada Shahir Safwan.
“hello….kau ada kat situ lagi tak?” soal Shahir Safwan.
“ada, kenapa?” tanya Dira Zulaikha balik.
“takde apa-apa. Aku ingatkan kau dah tak nak jawab call aku nie,” perli Shahir Safwan.
“kenapa, kau nak aku letak telefon ke nie?” tanya Dira Zulaikha sinis.
“alahhh…dahlah tu, kau tak payahlah nak merajuk ngan aku lagi. Aku bukannya pandai sangat nak pujuk kau nie,” beritahu Shahir Safwan.
“bila masa pulak aku merajuk ngan kau, takdelah!” sangkal Dira Zulaikha lagi.
“dah tu, kenapa kau letak telefon tempoh ari?. Aku tak sempat nak cakap apa-apa lagi, tapi kau dah letak. Kau marah kat aku erk?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“mana ada aku marah kat kau. Haa yang kau telefon aku malam nie, awek-awek kau tak marah ke nie?” tanya Dira Zulaikha.
“awek aku?. Takdelah, diorang tak kisah aku telefon kau!” jawab Shahir Safwan sekadar bergurau.
“hmmm…yelah, aku lupa kau nie kan mudah mesra alam. Mesti kau dapat awek-awek yang mesra alam jugak kan!” balas Dira Zulaikha geram.
“hahahaha….kau nie kenapa?. Kau datang bulan ke?. Asyik nak perli kat aku je nie,” ujar Shahir Safwan.
“uikk! Jaga sikit mulut kau tu ek, sesedap je kau kata aku datang bulan,” marah Dira Zulaikha.
“habis tu?. Aku tanya kau marah kat aku, kau kata tak! aku tanya kau merajuk ngan aku pun kau kata bukan! Cer citer kat aku sikit, kenapa kau letak telefon malam tu. Bila aku telefon kau balik, kau tak angkat!”
“aku takde apa-apalah. Saje aku tak nak jawab call kau malam tu!” selamba Dira Zulaikha memberi jawapan.
“ooo kau saje tak nak angkat call aku! Aku ingat kan kau jeles kat aku sebab ada perempuan kat sini yang mengurat aku!” kata Shahir Safwan yang masih lagi ingin mengusik Dira Zulaikha.
“elehhh…takde maknanya aku nak jeles kat kau. Biarlah diorang nak mengurat kau. Yelah, aku tau muka kau tukan hensem, macam Papa Norman kan,” balas Dira Zulaikha di hujung talian.
“ye ke muka aku nie hensem macam papa?. Bukan muka aku nie ada iras Shahir Af8 macam yang kau cakap dulu ke?” soal Shahir Safwan.
“samalah tu! jawab Dira Zulaikha pantas.
“hmmm…aku dah nak balik esok,” beritahu Shahir Safwan.
“cepatnya, kau cakap seminggu duk sana!” ujar Dira Zulaikha yang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh ‘abang saudara angkat’nya itu.
“memanglah! Tapi kursus tu ditamatkan sehari lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, sebab tulah aku balik besok,” balas Shahir Safwan lagi.
“oooooo……………”
“ooo….je, tak nak kata apa-apa?” tanya Shahir Safwan sinis.
“laaa aku nak cakap apa pulak?. Kau dah bagitahu nak balik esok kan!” ujar Dira Zulaikha.
“manalah tau kau nak pesan kat aku suruh bawak kereta baik-baik ke, nak suruh aku belikan buah tangan untuk kau ke, atau nak cakap yang kau akan tunggu kepulangan aku kat sana nanti.”
“wah….wah….bukan main lagi kau ek! Dah ada makwe pun masih nak menggatal ngan aku lagi!” perli Dira Zulaikha.
“bila masa pulak aku dah ada makwe nie?. Kau niekan, sesuka hati kau je cakap yang aku dah ada makwe,” kata Shahir Safwan dengan nada geram.
“dah tu, tadi kau cakap yang makwe kau tak marah kau cakap ngan perempuan lain. Sekarang nie kau kata takde makwe pulak!”
“aku gurau jelah! Kan kau dah cakap nak jadi ‘permaisuri’ dalam bilik tido aku, takkan aku nak cari orang lain pulak.” Balas Shahir Safwan dengan ketawa.
“haaa…nie yang aku malas nak jawab call kau nie. Ada je benda yang kau nak kenakan aku balik kan!” ujar Dira Zulaikha dengan marah.
“betullah, apa salahnya kalau kau jadi permaisuri dalam bilik aku tu! lagi pun mama ngan papa tentu setuju kalau kau ngan aku ngan kau……..kita ermmm ermmm.”
“apa yang ermmm ermmm tu pulak?” soal Dira Zulaikha kurang faham.
“alahh..tak kan kau tak faham-faham lagi. Kita kawin lah!” jawab Shahir Safwan selamba.
“cakap jelah yang kau perli kat aku kan! Yelah aku tau, aku nie tak lawa, keje pun tukang sapu kat hospital, belajar pun tak habis. Aku sedar yang takde orang nak kat aku nie,” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“laa….sensitif pulak minah nie. Nie yang aku malas nak ada makwe nie!” omel Shahir Safwan dalam hatinya.
“bila masa pulak aku perli kat kau! Takdelah, aku cakap benda yang betullah! Mama ngan papa mesti setuju kalau kau jadi menantu dia. Sape kata kau tak cantik?. Kau cantik sangat, comel, muka kau kiut. Aku suka tengok muka kau tu! pink-pink je muka kau tu,” puji Shahir Safwan ikhlas.
“elehhh, nak ambik hati akulah tu,” kata Dira Zulaikha.
“betullah, aku puji ikhlas nie. Kau dah masuk keje balik ke?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“dah, aku dah masuk keje. Kenapa?” tanya Dira Zulaikha balik.
“kaki kau dah ok ke?”
“Alhamdulillah, kaki aku dah ok sangat-sangat nie. Aku dah boleh buat keje macam biasa,” beritahunya lagi.
“oklah kalau macam tu. tapi kalau kau rasa kaki kau tu sakit lagi, kau sambung jelah cuti kau tu!” cadang Shahir Safwan.
“kaki aku dah oklah. Dah takde apa-apa, lagi pun bosan duk kat rumah tu!” beritahu Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“oklah! Aku letak telefon dulu ek. Mungkin petang besok aku sampai kat sana, sampaikan salam aku pada Mak Zeera ye!” pesan Shahir Safwan.
“insyaallah, nanti aku cakap kat mak. Kau bawak kereta elok-elok, kalau letih rehatlah dulu.”
“yelah…nanti aku jumpa kau kat hospital ye. Hmm….rindu nak tengok muka lagi,” ujar Shahir Safwan perlahan.
“rindu nak tengok muka aku ke rindu nak gaduh ngan aku lagi?” perli Dira Zulaikha.
“hahahaha…..rindu nak tengok muka kau lah. Takkan rindu nak gaduh ngan kau pulak! Aku dah habis suara nak bertekak ngan kau lagi. Mungkin petang besok aku sampai kat rumah, nanti kita jumpa kat hospital ye. Jaga diri baik-baik………selamat malam minah pink!” ucap Shahir Safwan sebelum meletakkan telefonnya.
“selamat malam mamat serabut!” balas Dira Zulaikha dengan senyuman dibibirnya.
Daus yang sedari tadi memerhatikan Shahir Safwan tersenyum melihat telatah kawannya itu dari balkoni luar bilik yang didudukinya.
“haaa…….macam mana?.” Soal Daus ingin tau apabila Shahir Safwan sudah menamatkan panggilannya itu.
“kau nie, terkejut aku dibuatnya,” marah Shahir Safwan perlahan apabila Daus tiba-tiba bertanya padanya.
“alahh, dah bercakap ngan ‘permaisuri bilik’ takkan boleh terkejut pulak!” perli Daus dengan senyuman sinis dibibirnya.
“apa pulak permaisuri bilik nie???”
“dah lah kau, ingat aku tak dengar ke tadi kau cakap pasal ‘permaisuri bilik’ kau! Cakaplah, macam mana,” Daus masih lagi ingin mengetahui perkembangan Shahir Safwan dan juga Dira Zulaikha.
“macam mana apa?” tanya Shahir Safwan yang mahu mengenakan kawannya itu.
“macam mana kau ngan permaisuri bilik kau tu, dah ok ke belum?. Dia ke yang jawab panggilan kau tu tadi?” soal Daus berterusan.
“small matter lah kawan! Dah tentulah ok,” jawab Shahir Safwan bermegah.
“elehhh…..small matter konon. Ari tu kalau adik saudara angkat kau tu tak jawab call kau aku tengok dah macam ayam kehilangan anaknya. Malam nie kau kata small matter pulak!” kata Daus seakan menyindir Shahir Safwan yang tersengih dihadapannya.
“ari tu lain, malam nie lain!” balas Shahir Safwan ringkas.
“banyaklah kau lain, sama je aku tengok!.
“alah, kau jeles lah tu. Tunang kau tak telefon kau kan!” kata Shahir Safwan.
“takde maknanya aku nak jeles kat kau, kawan. Kat sana tu aku dapat jumpa hari-hari ngan tunang aku tu. takdelah macam kau orang, nama je keje satu bangunan, tapi nak cakap suka tak berani,” ujar Daus sinis.
“suka apa pulak nie?” soal Shahir Safwan dengan kerutan didahinya.
“suka…suka…suka sama kamu!” jawab Daus dengan lawaknya.
“woiittt, aku ngan dia kawan jelah. Belum sampai lagi tahap macam tu!” balas Shahir Safwan.
“memanglah kau ngan dia kawan, kau ngan dia ada berangkat-angkat. Tapi aku nak tengok sejauh mana kau takde perasaa kat dia tu!” ujar Daus seakan mencabar Shahir Safwan.
“ok,” kata Shahir Safwan ringkas.
“ok kau kata?. Takpe, jangan nanti kau call aku mintak tips-tips nak adjust dia sudah,” acah Daus lagi.
“kau nie dah terlebih pulak Daus!”
“hahahaha….tau kau takut. Tapikan aku rasa dia sesuai sangat jadi ‘permaisuri bilik’ kau tu Shahir. Yelah, walaupun aku belum kenal ngan dia lagi, tapi bila aku dengar pasal dia dari mulut kau, aku rasa dia memang sesuai jadi permaisuri kat hati kau tu sekali gus jadi menantu di rumah mama ngan papa kau!” ujar Daus yang seolah-olah mahu kawannya itu menerima kehadiran Dira Zulaikha dalam hidupnya lebih daripada seorang saudara angkat.
“atau kau nak tunggu Zita, sepupu kau tu?” sambung Daus lagi dengan pertanyaan yang lain.
“Zita??” yang pakai baju tapi macam tak pakai tu ke?” tanya Shahir Safwan balik.
“habis, kau ada lagi sepupu selain dia?.Setahu aku sepupu kau cuma sorang je kan!” ujar Daus.
“yelah, sorang jelah. Tapi aku takkan pilih dia untuk jadi permaisuri bilik aku tu!” balas Shahir Safwan selamba.
“memanglah sebab kau kan dah ada calon untuk jadi permaisuri di dalam bilik tido kau!”
“sudah lah kau, baik aku masuk tido. Esok nak bangun awal pulak,” kata Shahir Safwan seraya naik ke atas katil dan merebahkan badannya.
“yolah tu! kau tidolah awal sikit, mana tau malam nie kau berpeluang untuk bermimpikan permaisuri hati kau yang jauh di mata tu,” perli Daus kepada Shahir Safwan.
“ye ke?. Kalau aku mimpikan dia malam nie takdelah aku rindu sangat nak jumpa ngan dia esok!” jawab Shahir Safwan selamba.
Daus menggelengkan kepalanya perlahan. Dia berdoa agar kawannya itu bertemu jodoh.


BAB16
“mak, kak long pergi dulu ye! Mak jaga diri elok-elok kat rumah, aklau ada apa-apa mak telefon kak long ye,” pesan Dira Zulaikha sebelum bertolak pergi ke tempat keje.
“yelah, kak long pergilah keje dulu. Mak takde apa-apa, buat keje tu baik-baik!’ balas Mak Zeera lembut.
“insyaallah mak! Alah, kak long lupa nak cakap ngan mak. Anak Mama Syikin kirim salam kat mak,” beritahu Dira Zulaikha kepada Mak Zeera.
“baru nak cakap ngan mak?. Kenapa tak bagitahu semalam?” soal Mak Zeera.
“kak long lupa nak bagitahu kat mak semalam. Lagi pun kak long tengok mak dah tido masa kak long keluar dari bilik semalam,” jawab Dira Zulaikha dengan tersenyum.
“hmmm yelah tu! bila anak Mama Syikin tamat kursus?” tanya Mak Zeera ingin tau.
“dia dah habis kursus semalam. Pagi nie dia kata nak bertolak balik,” ujarnya lagi.
“Dira…………Dira…………cepatlah!” panggil Anum dengan kuat yang sedang berada di luar pagar rumah Mak Zeera.
“haaa…..tu Anum dan Ain dah panggil kak long tu. pergi cepat, kang terlambat pulak sampai kat tempat keje.
“yelah mak, kak long pergi dulu ye!” beritahu Dira Zulaikha seraya menyalami tangan wanita tua itu.
“hati-hati!” pesan Mak Zeera ringkas.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya perlahan. Dengan segera dia berjalan keluar dari halaman rumahnya dan menuju ke tempat kawan-kawannya berada.
“dah, jom kita pergi. Kang terlepas pulak bas,” ajak Ain kepada kawan-kawannya.
“yelah, jomlah kita pergi!” ujar Dira Zulaikha.
“Dira, doctor Shahir ada call kau tak semalam?” soal Anum ingin tau selepas mereka berjalan menuju ke tempat menunggu bas.
“ada.” Jawab Dira Zulaikha ringkas.
“macam mana, korang dah ok ke?” soal Ain.
“apa yang ok nye, aku tak gaduh pun ngan dia!” balas Dira Zulaikha lagi.
“kalau korang tak gaduh kenapa masa dia call ari tu kau tak nak angkat?” soal Anum lagi.
“saje aku tak nak jawab call dia.”
“yelah tu Dira oiii…………” kata Ain sinis.
“hah!!! Tu pun bas dah sampai,” beritahu Anum apabila melihat kelibat bas yang biasa dinaikinya.
Dira Zulaikha, Anum dan Ain menaiki bas yang ditahannya sebentar tadi untuk pergi ke tempat keje mereka.
“oklah Shahir, aku dah bertolak nie. Kang terlepas pulak pesawat aku nanti, kau tkpelah boleh balik ngan kereta,” ujar Daus kepada Shahir Safwan yang sudah berada di tingkat bawah hotel yang mereka nginap.
“kau tak nak aku hantar sampai kat lapangan terbang ke?” soal Shahir Safwan yang ingin menghulurkan bantuannya.
“tak payahlah. Lagi pun aku dah telefon teksi tadi. Susah-susah kau pulak nak hantar aku kat sana nanti. Lagi pun kalau kau hantar aku kat sana nanti, lewat pulak kau sampai kat rumah,” balas Daus dengan menolak lembut bantuan yang ingin dihulurkan oleh kawannya.
“kalau macam tu, aku pergi dululah. Apa-apa kau call aku. Sekejap je dapat jumpa ngan kau,” ujar Shahir Safwan seraya bersalam dengan Daus.
“ok kawan. Ada rezeki kita jumpa lagi. Nanti aku bawak sekali tunang aku tu datang JB jumpa ngan kau dan keluarga kau kat sana!” beritahu Daus sebelum Shahir Safwan masuk ke dalam kereta.
Shahir Safwan kemudiannya menghidupkan enjin keretanya dan perlahan-lahan mula bergerak meninggalkan kawasan tempat penginapannya selama lebh kurang satu minggu itu. Daus pula menaiki teksi untuk ke lapangan kapal terbang.
Dira Zulaikha, Anum dan Ain sudah memulakan keje mereka selepas bersarapan di kantin hospital tempat mereka bekerja.
“assalamualaikum Dira……………….” Sapa nurse Shiha mesra.
“waalaikumussalam…………….” Jawab Dira Zulaikha dengan senyuman manis.
“sorang je ke?. Yang lain-lain mana?” soal nurse Shiha.
“sorang je nurse Shiha. Anum ngan Ain kena bersihkan tempat lain,” jawab Dira Zulaikha lembut.
“ooooo…….hmmm, saya nak tanya sikit boleh tak?” tanya nurse Shiha lagi.
“nurse Shiha nak tanya apa?” soal Dira Zulaikha balik.
“dia nak tanya apa pulak nie???” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
“tak…sebenarnya saya nak tanya pasal kejadian ari tu je!” ujar nurse Shiha yang sudah mula menyusun ayat pertanyaan buat gadis kecil dihadapannya.
“kejadian yang mana nurse Shiha?” Dira Zulaikha kelihatan sedikit gelabah.
“alahhh…yang pasal kaki Dira terseliuh ari tu!” balas nurse Shiha perlahan.
“kenapa ye?” soal Dira Zulaikha kembali.
“takdelah, saya ngan nurse-nurse yang lain terkejut jugak tengok Dr. Shahir boleh angkat awak macam tu je. Awak ngan Dr. Shahir tu ada apa-apa ke?” tanya nurse Shiha ingin tau.
“ada apa-apa macam mana nurse Shiha, saya tak faham!”
“maksud saya tadi korang berdua nie ada apa-apa hubungan ke?. Yelah, setahu saya saya Dr. Shahir tu takkan buat macam tu pada perempuan lain!” ujar nurse Shiha lagi.
“tak….tak delah nurse Shiha. Saya takde apa-apa hubungan ngan Dr. Shahir tu. kenapa nurse Shiha tanya, nurse Shiha ada hati ke kat Dr. Shahir tu?” soal Dira Zulaikha sambil mengerutkan dahinya.
“ishh Dira nie, saya nie manalah ada apa-apa hubungan ngan Dr. Shahir tu. Saje saya nak tanya awak, manalah tau kan Dira sedang menjalinkan hubungan dengan Dr. Shahir kita tu!”
“taklah, dia berniat baik masa nak tolong saya ari tu. Saya tak boleh nak berjalan, sebab tulah dia dukung saya,” beritahu Dira Zulaikha lembut seraya menepiskan kenyataan yang dikeluarkan oleh nurse Shiha itu.
“ye ke….kalau macam tu takpelah. Tapi kalau awak ada apa-apa ngan Dr. Shahir pun apa salahnya kan. Dia baik, hensem, peramah dan sesuai sangatlah ngan awak yang kecil molek je saya tengok.” Ujar nurse Shiha dengan senyuman di bibirnya.
Dira Zulaikha hanya tersenyum manis, tidak ada kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu.
“hmmm…kalau macam tu, saya pergi dulu ye! Tak elok saya kacau Dira nak buat keje nie,” sambungnya lagi lalu beredar dari tempat Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya.
“Dira, nurse Shiha tanya apa kat kau tadi?” soal Ain kepada Dira Zulaikha apabila mereka bertiga berada di dalam bilik rehat.
“mana kau tau nie?” soal Dira Zulaikha balik.
“tadi masa aku nak naik tingkat atas, aku ingat nak singgah kat kau kejap. Tut tut aku tengok kau ngan nurse Shiha asyik berborak, jadi aku malas nak kacau korang,” beritahu Ain.
“ooo…takde apa-apa. Cuma borak kosong je!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“borak kosong je?. Cam tak percaya je aku dengar, mesti dia ada tanya apa-apa kat kau kan?” tanya Ain lagi.
“ada tu memang ada lah. Pasal aku jatuh tempoh ari, kan mamat serabut tu ada dukung aku. Lepas tu kita kan ada lalu kat depan kaunter pertanyaan tempat duduk nurse Shiha dan yang lain-lain,” beritahu Dira Zulaikha tanpa berselindung.
“habis tu, dia nak tau pasal apa?” soal Anum yang tadinya asyik mendengar perbualan kawan-kawannya itu.
“dia tanya aku ada apa-apa hubungan ke dengan mamat tu!” ujar Dira Zulaikha.
“kau jawab apa?” tanya Anum lagi.
“aku katalah aku ngan mamat tu takde apa-apa hubungan. Takkan aku nak beritahu kat dia yang aku nie ‘adik saudara angkat’ mamat serabut tu!” balas Dira Zulaikha lagi.
“kenapa kau tak cakap je kat dia. Entah-entah dia syok kat Dr. Shahir tak?” teka Ain selamba.
“takdelah. Aku dah tanya kat nurse Shiha tadi. Dia kata dia takde apa-apa perasaan kat mamat tu. Kau nak tau dia kata aku ngan mamat serabut tu memang sepadan. Aku kecil molek, mamat tu pulak baik, peramah, hensem lah!” katanya lagi.
“laaa betul lah tu. Dah Dr. Shahir tu baik, hensem, peramah, muka pun ada iras-iras Shahir Af8, takkan kau takde sikit pun perasaan kat dia. Aku tengok kau ngan abang saudara angkat tu memang sepadan lah. Bagai pinang dibelah dua………..” ujar Anum mengiyakan kenyataan nurse Shiha.
“haaa…aku sokong apa yang Anum cakap tu!” sampuk Ain tiba-tiba.
“amboi…amboi korang nie, kalau bab-bab macam nie laju korang ek!” perli Dira Zulaikha.
“kita orang bukan apa Dira, kita orang tak nak kau menyesal nanti. Dah ada kat depan mata nie kan, eloklah kau terima je dia. Datang keje sama-sama, tu pun kalau dia bagi kau keje macam nie lagi. Yelah, dia tu kan doctor kat sini, takkan dia nak bagi kau buat keje mencuci lagi kat hospital nie,” Anum berkata dengan panjang lebar.
“sudah-sudah, jom kita pergi makan tengahari. Kejap lagi dah nak masuk waktu zohor pulak,” ajak Dira Zulaikha yang tidak mahu kawan-kawannya itu memanjangkan topic perbualan mengenai Shahir Safwan aka Dr. Shahir.
Anum dan Ain saling tersenyum antara stu sama lain apabila melihat wajah kawannya itu mula berubah warna.
“dah lama Dira ngan kak Zeera tak datang kat sini ye bang,” ujar Dr. Syikin yang duduk di sebelah suaminya.
“aikk, takkan dah rindu kat diorang. Kita kan baru je pergi rumah mereka masa lawat Dira yang tengah sakit tu!” balas Dr. Norman sambil melihat wajah isterinya itu.
“entah lah bang, saya rindu sangat nak ngan diorang. Lebih-lebih lagi ngan anak kak Zeera, Dira Zulaikha.” beritahu Dr. Syikin dengan senyuman dibibirnya.
“suka benor awak ngan budak Dira tu ye!” kata Dr. Norman yang turut tersenyum melihat Dr. Syikin.
“tulah bang, saya berkenan betul ngan budak Dira tu. Agak-agak abanglah kan, kalau along takde calon lagi nak tak dia terima pilihan kita tu?” soal Dr. Syikin kepada Dr. Norman serius.
“manalah saya tau Syikin oii, awak tanya lah anak tunggal kita tu.” kata Dr. Syikin tanpa membalas jawapan yang ditanya oleh isterinya.
“takut jugak saya nak tanya, entah-entah along dah ada pilihan hati dia!” ujar Dr. Syikin lagi.
“kita tengoklah macam mana nanti. Kalau dia dah ada pilihan sendiri, kita sebagai mama ngan papanya kenalah terima siapa sahaja pilihan dia.”
“hmmmm…..anak saudara abang yang jadi model tu dah balik kat sini ke?” soal Dr. Syikin tiba-tiba.
“siapa?. Zita maksud awak?” soal Dr. Norman balik.
“yelah,sape lagi kalau bukan Zita. Abang kan cuma ada sorang anak saudara,” jawab Dr. Syikin.
“tak tau pulak saya. Kenapa awak tiba-tiba tanya pasal budak Zita tu?” tanya Dr. Norman kepada isterinya.
“takde apa-apa, saje saya nak tanya. Saya ada berbual-bual ngan kak Fatimah semalam masa dia telefon kat rumah nie semalam. Ada jugak dia cakap pasal budak Zita tu. Saya ingatkan abang tau bila dia nak balik kat sini!” beritahu Dr. Syikin.
“saya tak tau lah pulak. Tak payah nak ambik tau lah pasal budak tu, saya tengok pun geram. Taulah jadi model, tapi takkanlah pakai pakaian macam tu sekali. Macam tak cukup kain je saya tengok!” ujar Dr. Norman yang kurang senang apabila bercakap mengenai anak saudaranya yang berada di luar Negara itu.
“entahlah bang, kak Fatimah pun dah tak tau nak cakap apa lagi kat Zita tu. Dah macam-macam nasihat yang dia bagi, tapi……hmmm nak buat macam mana dah dia tak nak terima. Kesian jugak saya tengok adik perempuan abang tu!” balas Dr. Syikin perlahan.
“abang pun dah tak larat nak nasihat kat budak Zita tu. Mana ada dia pernah telefon kat sini lagi sejak abang cakap pasal pakaian yang dipakainya. Kalau dia balik pun bukan dia nak datang kat rumah kita nie,” ujar Dr. Norman lagi.
“kalau dia tau along dah jadi doktor agak-agak abang lah dia pergi tak kat tempat along bertugas tu. Bukan saya tak tau dulukan dia memang rapat ngan anak kita tu sebelum along melanjutkan pelajaran.” kata Dr. Syikin yang tiba-tiba.
“kita tengok jelah macam mana nanti. Abang tak suka sangat along rapat ngan Zita tu, walaupun abng tau Zita tu anak saudara abang. Tapi abang harap sangat-sangat along tak pilih budak tu untuk jadi permaisuri hati dia. Lebih baik along ambik Dira jadi isteri dia,” cadang Dr. Norman.
Lewat petang itu ketika asyik berbual-bual kedengaran enjin kereta memasuki halaman rumah mereka. Dr. Syikin bangun dari tempat duduknya lalu bergerak menuju ke pintu masuk. Tombol pintu dipulas lembut. Kelihatan Shahir Safwan keluar dari pintu keretanya dan menuju ke bonet kereta lalu mengeluarkan barang-barang miliknya.
“abang, along dah balik!” beritahu Dr. Syikin kepada suaminya yang masih berada di kerusi di ruang tamu rumahnya.
“dah balik?” soal Dr. Norman seraya bangun dan menuju ke arah isterinya yang berada di muka pintu masuk.
“aaahhh…!” jawab Dr. Syikin ringkas.
Shahir Safwan berjalan menuju ke tempat mama ngan papanya berada. Senyuman manis diukir pada bibirnya buat kedua ibu bapa yang hampir seminggu tidak berjumpa.
“assalamualaikum mama….papa!” ucap Shahir Safwan lembut seraya menyalami tangan orang tua itu.
“waalaikumussalam……..” jawab Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak.
“awalnya along balik, kata pergi seminggu!” ujar Dr. Norman.
“kursus tu ditamatkan sehari lebih awal papa..mama,” beritahu Shahir Safwan.
“oooo….dah, jom masuk. Kesian mama tengok along, mesti penatkan drive kereta sorang-sorang,” balas Dr. Syikin lalu membantu anaknya membawa barang-barang yang dibawanya bersama.
“macam mana ngan kursus yang along ikut tu?.” soal Dr. Norman ingin tau apabila mereka sudah berada di ruang tamu.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar papa,” beritahu Shahir Safwan.
“baguslah kalau macam tu. Bukan senang nak dapat peluang macam tu!” ujar Dr. Norman lagi.
Shahir Safwan hanya menganggukkan kepalanya.
“along, mari minum dulu,” ajak Dr. Syikin sambil meletakkan dulang yang berisi 3 cawan air.
“yelah mama….” kata Shahir Safwan lalu mengambil cawan yang berisi air didalamnya dan meminumnya dengan perlahan.
“mama..papa, along ada belikan buah tangan untuk mama ngan papa!” beritahu Shahir Safwan kepada kedua orang tuanya lantas mengambil barang itu yang berada didalam beg plastic.
Shahir Safwan menghulurkannya kepada Dr. Syikin dan juga Dr. Norman.
“laaa susahkan along pulak belikan untuk mama ngan papa,” ujar Dr. Norman kepada anaknya itu.
“takde yang susahnya mama, papa. Lagi pun kebetulan along ikut Daus cari barang, along tengok kain ngan baju tu sesuai ngan mama dan papa, along belilah!” beritahu Shahir Safwan.
“Daus?. Kawan rapat kamu yang sama-sama belajar dalam bidang kedoktoran tu?” soal Dr. Syikin yang cuba mengingati siapa Daus.
“aahh, Daus yang tu lah. Along pun tak sangka dapat jumpa ngan dia masa along ikut kursus yang dianjurkan tu.” jawab Shahir Safwan lagi.
“macam mana ngan dia sekarang ye?. Dah lama mama tak jumpa ngan dia, entah kenal entah tidak!” ujar Dr. Syikin lembut.
“macam tu jugaklah mama, masih macam dulu jugak. Lawak tak habis-habis. Dia cakap kalau ada masa dia datang JB bawak sekali tunang dia tu,” beritahu Shahir Safwan lagi.
“ye tak ye jugak, bila Daus nak langsungkan perkahwinan dia?” tanya Dr. Norman.
“entah lah papa. Daus cakap dia masih sibuk lagi buat masa nie, diorang tak rancang pun lagi bila nak buat majlis perkahwinan tu!” balasnya lagi.
“yelah kan, bila dah sibuk bekerja nie memang takde masa nak rancang semua tu. Nasib baiklah tunang Daus tu faham!” kata Dr. Syikin sambil melihat wajah anak lelakinya itu.
“haaa yang kamu tu bila lagi nak ikut jejak si Daus tu?.” Soal Dr. Norman sambil mengenyitkan matanya kepada anak lelaki tunggalnya itu.
“jejak Daus nak pergi mana pulak?” soal Shahir Safwan dengan nada bergurau.
“alahh, ikut jejak si Daus nak ada ikatan pertunanganlah. Kalau along dah ada calon, mama ngan papa boleh tolong pergi merisik!” ujar Dr. Syikin sambil tersenyum manis di bibirnya.
“ke situ pulak mama ngan papa nie. Sapelah yang nak kat along nie mama, asyik sibuk ngan keje je. Nanti sape-sape yang jadi makwe along tu tentu menyesal dapat pakwe macam along nie,” kata Shahir Safwan dengan nada berguraunya.
“ishh kamu nie, takkanlah sampai macam tu sekali. Mama ngan papa tak percayalah kamu takde calon lagi,” balas Dr. Syikin dengan tidak percaya.
“betullah mama…papa. Along mana ada calon lagi yang nak dibuat kekasih ke, tunang ke atau yang nak dijadikan isteri!”
“mama ngan papa tak kisah dengan pilihan along cuma kalau boleh mama nak along cari seorang isteri yang pandai menjaga kehormatan diri, taat perintah suami dan yang paling taat pada perintah Allah s.w.t. Miskin atau kaya bukan penghalang untuk kebahagiaan rumah tangga seseorang, kan bang!” kata Dr. Syikin sambil melihat ke arah suaminya.
“betul tu, papa memang tak kisah kalau dia susah ke senang ke. Apa yang penting keikhlasan dia menerima diri along dan juga keluarga kita nie!” ujar Dr. Norman dengan mengiyakan kata-kata isterinya.
“insyaallah papa..mama. Kalau along dah ada calon nanti, along cakap kat mama ngan papa. Lagi pun umur along kan masih muda lagi. Along nak cari duit dulu untuk bakal isteri along tu nanti,” beritahu Shahir Safwan dengan ikhlas.
Shahir Safwan membelek-belek isi plastik yang ada di tangannya. Masih ada 2 lagi beg plastik yang berisi sesuatu yang belum diserahkan kepada tuan empuanya badan.
“apa yang yang kamu tengok tu along?. Mama nampak macam ada sesuatu je kat dalam beg plastik tu!” soal Dr. Syikin dengan hairan.
“haahh…takde apa-apalah mama. Barang along nie,” jawab Shahir Safwan ringkas.
“mama…papa, along naik atas dulu ye. Penatlah!” sambungnya lagi.
“yelah, nanti mama siapkan makan malam. Dah siap nanti mama panggil along kat atas ye!” beritahu Dr. Syikin mesra.
“ok mama!” jawab Shahir Safwan lantas berlalu naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya.
Pintu bilik dibuka perlahan. Badan yang penat direhatkan ke atas tilam empuk. Beg baju serta beg plastik yang berisi barangan di dalamnya di letakkan di birai katil tempat dia berehat.
“wahh……tido kat atas katil sendiri lagi best dari tido kat tempat lain!” omel Shahir Safwan keseorangan.
Shahir Safwan akhirnya tertido setelah merehatkan dirinya di atas tilam di dalam bilik tidonya. Dr. Syikin sedang sibuk menyediakan makan malam buat mereka sekeluarga lebih awal memandangkan anak lelaki tunggalnya sudah kembali daripada menghadiri kursus di Perak.
Hampir jam 7 petang Dr. Syikin mengetuk pintu bilik Shahir Safwan. Namun ketukannya dibiarkan begitu sahaja dan tidak berjawab oleh lelaki muda itu. Dr. Syikin kemudiannya masuk ke dalam bilik tido anak lelakinya setelah pintu bilik dibuka perlahan.
“ya allah…boleh tertido pulak dia. Along…along, tengok baju pun tak berkemas lagi!” omel Dr. Syikin sambil menggelengkan kepalanya.
Dr. Syikin melangkah perlahan menuju ke katil anaknya itu. Beg yang mengisi pakaian milik Shahir Safwan dibuka lalu dikeluarkan pakaian milik Shahir Safwan untuk diletakkan ke dalam bakul yang telah disediakan oleh anak muda itu. Mata Dr. Syikin terarah kepada beg plastik yang turut berada di samping beg pakaian itu.
“apa lah yang dibeli along nie,” omel Dr. Syikin lagi.
Dr. Syikin mengeluarkan secara perlahan supaya tidak menganggu Shahir Safwan yang sedang tido akibat keletihan itu
“kain?. Kain apa pulak nie!” kata Dr. Syikin dalam hati lalu melihatnya dengan lebih dekat lagi.
Kelihatan sepasang kain bercorak batek berwarna pink lembut diselangi dengan warna biru laut bersama-sama dengan sehelai baju kemeja yang corak dan warnanya sama dengan kain pasang tersebut.
“anak aku nak bagi kat sape pulak kain nie ye!” tanya Dr. Syikin dalam hati sendirian.
Shahir Safwan sudah bergerak-gerak diatas katilnya. Dr. Syikin yang menyedari segera menyimpan kembali kain tersebut di dalam beg plastik. Dia kemudiannya bergerak ke katil untuk mengejutkan Shahir Safwan.
“along…..along….” Dr. Syikin menggerakkan badan anak muda itu.
“hmm…..” hanya itu yang keluar daripada mulut Shahir Safwan.
“bangun, dah masuk waktu maghrib nie! pergi mandi cepat, lepas solat nanti turun bawah, mama dah siapkan makan malam tu!” beritahu Dr. Syikin sambil tangannya masih lagi menggerakkan badan anak muda itu.
“ok, kejap lagi along bangun!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“dah-dah, bangun sekarang!” arah Dr. Syikin lagi.
“ye, ye…along nak bangunlah nie,” balas Shahir Safwan lalu bangun dari tidonya.
Dia kemudiannya menuju ke almari dan mengeluarkan tuala sebelum memasuki ke dalam bilik mandi. Manakala Dr. Syikin sudah pun keluar dari dalam bilik tido anak lelakinya dengan seribu pertanyaan yang bersarang di dalam fikirannya.
“along mana?” soal Dr. Norman kepada isterinya apabila Dr. Syikin sudah berada di anak tangga paling bawah.
“ada kat bilik dia tu, baru bangun tido. Kejap lagi along turun lah!” beritahu Dr. Syikin.
“kalau macam tu, kita pergi ambil wuduk dululah, kejap lagi dah nak masuk waktu maghrib,” ajak Dr. Norman.
“hmm elok jugak tu! Abang naik dulu, saya nak pergi dapur kejap. Nak tudungkan lauk-pauk kat atas meja tu,” balas Dr. Syikin lalu meninggalkan suaminya di situ.
Tepat jam 8 malam Shahir Safwan keluar dari biliknya dan turun ke bawah. Dr. Norman dan Dr. Syikin usdah berada di ruang makan di dapur. Shahir Safwan mengatur langkah ke dapur untuk menikmati makan malam bersama-sama dengan keluarganya.
“haaa along, mai duduk!” ajak Dr. Norman apabila melihat kelibat anaknya yang berada di situ.
“yelah papa!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“dah, makanlah. Mama dah masakkan lauk kegemaran anak mama nie,” beritahu Dr. Syikin dengan mesra.
“wahhh…sedapnya. Along rindu nak makan masakan mama. Kat sana susah nak dapat masakan macam mama nie,” puji Shahir Safwan.
“kalau macam tu, along kena makan banyak sikit!” arah Dr. Norman kepada Shahir Safwan.
“takde masalah papa, mama. Takkan mama ngan papa tak kenal along lagi, kalau bab makan nie along memang nombor satu.” ujar Shahir Safwan lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggannya.
Shahir Safwan membaca doa makan sebelum mereka menikmati makan malam pada malam itu.
“Alhamdulillah…..kenyang along malam nie!” ujar Shahir Safwan setelah menghabiskan nasi yang berada di dalam pinggannya.
“Alhamdulillah……….” balas Dr. Syikin ngan Dr. Norman serentak.
“sedap mama masak malam nie,” puji Shahir Safwan ikhlas.
“malam nie je?” soal Dr. Syikin bergurau.
“takdelah, dari dulu sampai lah sekarang mama masak memang sedap!” puji Shahir Safwan lagi.
“pandai lah kamu tu,” jawab Dr. Syikin dengan senyuman manis.
“bila along masuk keje?” tanya Dr. Norman pada anak muda itu.
“luse papa, kenapa?” tanya Shahir Safwan perlahan.
“takde apa-apa! papa ngan mama ingat nak pergi jalan-jalan bulan depan. Nak bawak Mak Zeera ngan Dira sekali pergi,” beritahu Dr. Norman kepada anaknya sambil mengenyitkan matanya ke arah Dr. Syikin yang berada di depannya.
“Dira?” Shahir Safwan menyebut nama itu lembut seraya terbit satu senyuman di bibirnya.
“aahhh, Dira. Kenapa?” soal Dr. Norman ingin tau.
“takde apa-apalah papa!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“kalau along takde apa-apa kes kecemasan masa tu bolehlah ikut mama ngan papa sekali!” ujar Dr. Norman lagi.
“tengoklah dulu macam mana papa, mama,” balasnya lagi.
“hmm along naik atas dulu ye mama…papa!” ujar Shahir Safwan lalu bangun dari kerusi tempat duduknya tadi.
“yelah, along pergilah berehat kat atas,” kata Dr. Syikin lembut.
Shahir Safwan melangkah anak tangga sampai ke tingkat atas. Dr. Norman dan Dr. Syikin masih lagi berada di meja makan.
“betul ke abang nak pergi bercuti minggu depan?” soal Dr. Syikin ingin tau.
“abang ingat macam tulah!” jawab Dr. Norman ringkas.
“dah tu kenapa abang tiba-tiba kenyitkan mata kat saya pulak?” tanya Dr. Syikin lagi.
“ooo, abang saja buat macam tu. Sebab abang nak tengok apa reaksi along bila abang sebut nama Dira kat depan dia tadi!” balas Dr. Norman selamba.
“apa yang abang dapat?” soalnya lagi.
“awak perasan tak, bila abang sebut je nama anak kak Zeera muka along abang tengok ceria je tadi!” ujar Dr. Norman mesra.
“ye ke?. Saya tak perasan pulak tadi, abang tulah tiba-tiba kenyitkan mata. Syikin ingat abang main-main je tadi,” kata Dr. Syikin geram.
“isshh awak nie, takkan abang nak main-main pulak. Betullah, lagi pun dah lama kita tak pergi jalan-jalan kan. Sesekali kita pergi ramai-ramai bagus jugak!” beritahu Dr. Norman lagi.
“harap-harap along dapatlah ikut sama nanti!” balas Dr. Syikin dengan harapan.
“kita nak pergi berjalan kat mana bang?” soal Dr. Syikin lagi.
“takdelah jauh sangat. Kita melawat sekitar negeri kita pun dah ok. Kalau pergi jauh-jauh nanti along tak dapat nak ikut pulak,” jawab Dr. Norman.
“elok jugak tu!” balas Dr. Syikin ringkas.
“apa-apa nanti Syikin bagitahu kat kak Zeera ye bang!” sambungnya lagi.
“hmmm yelah! kata Dr. Norman seraya bangun dan keluar dari ruang dapur.
Shahir Safwan sudah masuk ke dalam bilik tidonya. Telefon bimbitnya dicapai, dia kemudiannya mencari nombor telefon seseorang. Dengan pantas dia mendail nombor telefon yang dijumpainya itu.
Tut…..tut….tut……Shahir Safwan masih menanti dihujung talian. Setelah agak lama menanti, panggilannya di jawab oleh seseorang.
“assalamaulaikum……..”ucap Dira Zulaikha dengan suara yang agak serak tanpa melihat nama pada skrin telefonnya..
“waalaikumussalam……” balas Shahir Safwan lembut.
“asal suara kau macam tu, kau tido ek minah pink!” sambungnya lagi.
“sape pulak yang kacau aku nie!” omel Dira Zulaikha dalam hatinya lantas melihat nama pada skrin ditelefonnya.
“laaa…kau rupanya mamat serabut! kau nie kan suka sangat kacau yang tengah tido nie,” marah Dira Zualikha.
“alahhh….awalnya kau tido, nak ponteng solat isyak lah tu!” kata Shahir Safwan bergurau.
“ek elehhh..sedapnya kau kata kat aku. Aku bukan tido sampai pagi esok, nanti aku bangunlah balik nak solat isyak!” beritahu Dira Zulaikha dengan nada yang masih geram.
“yolah tu minah pink oiii…….” ujar anak muda itu lagi.
“kau kat ner?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“kat mana lagi, kat rumah aku lah!” jawab Shahir Safwan.
“kau dah sampai kat rumah ke?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“ye, aku dah lama sampai kat rumah nie. Dah siap makan malam lagi nie!” beritahunya lagi.
“wahh, kau makan tak ajak aku pun ek!” balas Dira Zulaikha dengan buat-buat merajuk.
“woitt..kau belum makan lagi ek?” soal Shahir Safwan ambil berat.
“belum lagi, aku tengah tunggu kau lah nie sampai boleh tertido!” jawab Dira Zulaikha dengan ketawa yang perlahan.
“laaa ye ke?. Kenapa kau tak cakap kat aku, yang kau nak makan ngan aku sekali. Kalau tak dah lama aku balik kat rumah sana. Duk dalam bilik nie sorang-sorang bosan pulak, kalau kau ada sekali kan best,” balas Shahir Safwan yang mahu mengusik gadis kecil molek itu.
“hah sudah, melarat pulak lawak kau malam nie kan!” ujar Dira Zulaikha yang sudah bangun dari baringnya tadi.
“hahahaha…kau jugak yang mula dulu. Aku ikut je!” kata Shahir Safwan dengan ketawa besar di hujung talian.
“aku takdelah melarat macam kau. Kau tu kalau dah ada point, mesti nak kenakan aku habis-habisan kan!” marah Dira Zulaikha lagi.
“mestilah, bukan senang aku nak buat macam tu kat kau. Dah, bangun cepat, lepas tu basuh muka tu. Dah masuk waktu isyak nie, tak elok lambat-lambatkan solat!” beritahu Shahir Safwan lagi.
“yelah-yelah. Aku dah bangunlah nie, cuma belum turun dari katil je lagi!” ujar Dira Zulaikha yang sudah melembutkan suaranya.
“oklah, aku pun nak solat jugak nie! k, selamat menunaikan solat ye minah pink,” kata Shahir Safwan sebelum menamatkan panggilan telefon itu.
“kau pun sama jugak ye mamat serabut! haaa…jangan lupa doakan untuk aku sekali nanti,” balas Dira Zulaikha seraya menekan butang merah pada telefonnya itu.
Shahir Safwan tersenyum sendiri…………




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama