AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 31 & 32


BAB 31
Kini tibalah masanya untuk gadis itu meninggalkan kawan-kawannya serta orang yang dikenalinya. 3 minggu sebelum Dira Zulaikha melangsungkan perkahwinan, gadis itu telah pun berhenti kerja. Bagi Anum, Ain dan juga Mak Jah, mereka sememangnya gembira menerima kad dari Dira Zulaikha. Namun lain pula dengan nurse Shiha yang nampak begitu terkejut apabila gadis itu menghulurkan kad kahwinnya.
“apa nie?” soal nurse Shiha.
“kad kawin saya lah!” ujar Dira Zulaikha ringkas.
“saya tau lah kad kawin Dira, tapi…doctor Shahir, Dira..saya tak faham!” kata nurse Shiha bingung.
“nurse Shiha tak faham apa?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“hmmm kenapa nama Dr. Shahir ada dalam kad kawin Dira?. Jadi Dira ngan Dr. Shahir memang dah ada hubungan lah selama nie!” Tanya nurse Shiha yang inginkan kepastian.
“sebenarnya Dr. Shahir adalah ‘abang saudara angkat’ saya.” Beritahu gadis itu ringkas.
“ooo…patutlah saya tengok dia ambik berfat sangat kat Dira masa Dira terseliuh kaki dulu. Tapi bila saya tanya, Dira kata takde apa-apa pulak,” perli nurse Shiha sambil melihat wajah gadis didepannya.
“saya tak nak orang lain tau yang Dr. Shahir tu adalah abang saudara angkat kepada saya. Sebab tulah saya cakap macam tu dulu,” balas Dira Zulaikha lembut.
“apa salahnya kalau orang lain tau hubungan Dira ngan Dr. Shahir tu. Hmm jadi ari nie last lah Dira keje kat sini?” soal nurse Shiha.
“hmmm..macam tulah!” jawab gadis itu ringkas.
“yelah, lepas nie kena jadi surirumah tangga sepenuh masalah ye. Takpelah, insyaallah…saya akan datang kat majlis tu nanti.”
“terima kasih ya nurse Shiha. Saya pergi dulu ye!” ucap Dira Zulaikha seraya melangkah kan kakinya pergi.
“aku takutlah…” adu Dira Zulaikha kepada Ain yang sedang menggantungkan baju nikah gadis itu yang berwarna pink muda itu. Dia tahu benar citarasa bakal mempelai yang juga teman rapatnya. Shahir Safwan hanya mengikut citarasa gadis tersebut. Tapi pada majlis persandingannya pula mereka berdua akan memilih tema biru laut.
Ain ketawa. Malam masih muda, tetapi Dira Zulaikha sudah gundah gulana. Esok dia bakal disatukan dengan pilihan hatinya, Shahir Safwan. Dia bimbang dan gementar.
“nak takut apa? Syok tau kawin!” kata Ain. Dia terus duduk dibirai katil yang sudah berhias indah.
“macam lah kau dah kawin!”
Ain tersenyum simpul. Dia gembira apabila melihat akhirnya jodoh pertemuan Shahir Safwan dan Dira Zulaikha ke jinjang pelamin. Sejak awal lagi dia dan Anum sudah yakin jodoh Dira Zulaikha dengan lelaki itu, cuma dia sedar jodoh, pertemuan dan ajal, semuanya di tangan Allah.
“terima kasih Ain. Aku betul-betul hargai pertolongan kau dan Anum.” Dira Zulaikha tersenyum senang mengenangkan Ain dengan rela hati menawar perkhidmatannya sebagai pengandam tidak bertauliah.
Ain sememangnya pandai dalam bab solek menyolek. Memang dia tidak pernah melihat wajah Ain bersolek sewaktu pergi ke tempat keje, namun dirinya akan dihias dengan cantik sekiranya mereka keluar pada hujung minggu.
Anum muncul tiba-tiba di bilik. Dia terus terduduk keletihan di muka pintu. Dahinya sedikit berpeluh dan nafasnya tercungap-cungap.
“kenapa kau?” tanya Ain.
“aku rasa macam aku pulak yang nak kawin. Banyak jugak rupanya keje nak buat ye?” Anum berceloteh. Sudah 2 hari dia berada di rumah Dira Zulaikha, menolong apa yang patut.
“aku nak tidolah,” kata Dira Zulaikha.
“eh, cepatnya?” Anum bangun.
“praktis!” usik Ain seraya mendapat pukulan angin daripada Dira Zulaikha.
Dira Zulaikha  membiarkan kedua rakannya itu mengusik. Ah, bila lagi nak bersama? Lepas nie dia sudah menjadi hak milik orang lain. Gadis itu tenggelam di atas katil empuknya bersama bantal golek yang sering menjadi peneman.
Mengenangkan esok dia bakal menerima ‘bantal golek’ yang baru, Dira Zulaikha menjadi gementar. Dia terus berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan dapat meneruskan kehidupan berumah tangga dengan aman.
Keesokkannya awal-awal pagi lagi Dira Zulaikha sudah bangun dari tidonya. Dengan perasaan yang begitu gelisah dan takut dia bersiap-siap dengan menyarungkan baju nikahnya di badan. Tepat jam 10 pagi dia dan keluarganya yang lain serta kawan-kawannya akan bergerak ke masjid berdekatan.
Hati Dira Zulaikha bergetar kembali apabila kaki kanannya melangkah masuk ke dalam Masjid Al-Khiriah. Ramai jiran-jirannya di kampung itu telah tiba.
“Alhamdulillah….kawin jugak Dira akhirnya!”
Gadis itu menyalami tangan Mak Jah yang sudi datang ke majlis akad nikahnya itu. Kebanyakkan daripada tetamu di situ mengambil peluang untuk bergambar sebelum Dira Zulaikha bergelar raja sehari.
Ain berdiri disebelah kanan Dira Zulaikha manakala Anum berdiri di sebelah kiri. Masing-masing bertugas untuk menjaga Dira Zulaikha. Gadis itu Nampak teman-teman yang lain termasuklah nurse Shiha dan juga rakan-rakan sebaya dengannya di kampung itu berada tidak jauh daripada situ.
Senyumannya semakin melebar apabila bertentang mata dengan Ema, isteri kepada Daus yang turut berada di situ. Ema melangkah perlahan menuju ke arah Dira Zulaikha.
“semoga selamat semuanya…” ucap Ema sambil memeluk Dira Zulaikha kemas.
“terima kasih kak sebab sudi dating ke majlis akad nikah Dira..” balas Dira Zulaikha lembut.
“mestilah akak kena datang, akak dah anggap Dira macam adik akak sendiri,” beritahu Ema ikhlas.
“bertenang ye cik kak. Kejap lagi kau bakal jadi Mrs. Shahir Safwan,” Anum ketawa kecil dia pulak yang terlebih excited. Dira Zulaikha hanya mampu tersenyum setiap kali bertentang mata dengan tetamu di dalam masjid itu.
Anak-anak kecil berlarian di dalam masjid. Maisng-masing ternyata gembira tanpa mengetahui apa tujuan sebenar perkahwinan. Sesekali kedengaran orang yang lebih tua memarahi beberapa orang kanak-kanak yang membuat bising.
Dira Zulaikha berpakaian unik daripada baju akad nikah biasa. Ia digabungkan denagn tudung seakan mini telekung dan dijahit sulam. Ada sebab mengapa mak usu Shahir memilih pakaian tersebut.
Pada mulanya mereka berdua agak bingung. Bukankah pengantin perempuan biasanya akan memakai baju kebaya ataupun baju kurung dan lengkap dengan hiasan kepala.
Namun lain pula halnya dengan Dira Zulaikha. Fesyen tersebut memang unik. Dira Zulaikha seakan memakai jubah yang dilengkapi dengan telekung. Sulaman jahitan tangan di sisi kepala telekung menambahkan kecantikkan yang ada.
“cantik pulak aku tengok kau pakai baju camni. Nanti aku kawin, nak jugaklah!” bisik Anum.
“nie semua idea mak usu Shahir,” jelas Dira Zulaikha.
“bagusnya……..”
Dari kerlingan mata, Dira Zualikha Nampak Shahir safwan telah tiba bersama rombongan keluarnya yang lain. Lelaki itu lengkap bersongkok hitam, berbaju Melayu pink muda dan bersongket. Turut berjalan di sebelahnya adalah Daus suami kepada Ema dan kawan rapat bakal suaminya itu.
Hati Dira Zulaikha berbunga apabila melihat bakal suaminya yang nampak lebih tampan hari nie. Macam nie kot orang kata seri raja sehari, fikir Dira Zulaikha. Dira Zulaikha duduk di atas bantal besar yang dikhaskan untuk mempelai.
Dira Zulaikha tau kehidupan barunya bakal beramula. Hanya menunggu masa untuk dia menempuh segala-galanya bersama bakal suami tersayang. Gadis itu memastikan dia sentiasa tersenyum supaya nama suaminya terpelihara.
Tok kadi mengambil tempat di hadapan Shahir Safwan dan memulakan majlis. Berdebar-debar hati gadis pingitan itu menunggu saat diijabkabulkan bersama dengan lelaki tersayang.
“aku nikahkan dikau dengan Dira Zulaikha binti Suhaimi dengan mas kahwin RM80 tunai.” Suara tok kadi yang sudah berumur dan berambut putih itu menusuk ke hati Dira Zulaikha.
Dalam diam dia berselawat supaya Shahir Safwan berada dalam keadaan tenang. Dira Zulaikha memandang ke arah lelaki itu yang masih berjabat tangan.
“aku terima nikahnya Dira Zualikha binti Suhaimi dengan mas kahwinnya RM80 tunai..” sekali lagaz Shahir Safwan mengucapkan.
“sah?”
“sah..” kedengaran suara-suara yang bersama-sama dengan Shahir Safwan.
“Alhamdulillah…….” Dira Zualikha memanjatkan kesyukuran. Tubir matanya digenangi air, tetapi dia tersenyum dan menahan daripada menitis.
“tahniah…”bisik Ema, Anum dan Ain.
Seketika kemudian, Shahir Safwan bangun dari tempat duduk dan memandang ke arah Dira Zulaikha. Senyuman lelaki itu tidak putus. Dira Zulaikha kemudian bangun dan menuju ke arah lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya.
Jika dilihat daripada cara biasa, selalunya lelaki yang akan sembahyang sunat selepas selesai majlis akad nikah. Shahir Safwan pernah bertanya, kenapa hanya lelaki? Tidak perempuan sekali?
Disinilah timbulnya idea mereka berdua. Kata Shahir Safwan dia mahu memulakan perjalanan rumah tangganya dengan solat sunat kesyukuran disertai oleh isterinya sekali.
Dira Zulaikha terharu apabila mendengar ayat Shahir Safwan. Dia memberikan persetujuan. Malah kedua ibu bapa Shahir Safwan dan juga ibunya telah tau. Mak Zeera gembira apabila diberitahu tentang itu kepadanya. Dia bersyukur kerana mendapat seorang menantu yang begitu menjaga soal kebajikan agamanya.
Oleh itu tidak hairanlah jika tetamu yang berada di situ turut terkejut apabila melihatkan mereka berdua menunaikan solat sunat kesyukuran.
Hati Dira Zulaikha menjadi syahdu apabila suami yang dikasihi mengimamkan solat. Dia bahagia. Benar-benar bahagia dengan cara Shahir Safwan.
“sedih pulak saya tengok,” nurse Shiha menghampiri Anum, Ema dan juga Ain. Mereka hanya melihat daripada jauh Dira Zulaikha dan Shahir Safwan menunaikan solat.
“kenapa pula nurse Shiha cakap macam tu?” Tanya Anum hairan.
“yelah, ada ke pernah awak tengok suami isteri yang baru disatukan sembahyang sekali?. Nurse Shiha menyoal. Masing-masing terdiam.
“aku nak buat macam nielah nanti bila kawin……” Ain berkata. “besar keberkatannya…….”
Selesai solat sunat, mereka kembali ke tempat pernikahan dan bersedia untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Shahir Safwan duduk di hadapan Dira Zulaikha. Gadis itu tersimpul malu apabila Shahir Safwan sempat mengenyit mata. Ada hati juga nak mengacau rupanya di saat-saat kecemasan nie.
Daus menghulurkan kotak berisi cincin emas bertakhtakan permata tiga kepada Shahir Safwan. Lelaki itu menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Dira Zulaikha.Lama mereka berada dalam keadaan macam tu kerana permintaan jurugambar untuk mengabadikan kenangan indah itu.
Setelah itu, Dira Zulaikha buat pertama kalinya menyalami tangan dan mengucup syahdu kedua belah tangan lelaki yang bergelar suami. Walaupun sebelum ini dia pernah berbuat begitu di hadapan keluarganya namun inilah satu-satunya kucupan yang paling indah yang dia berikan buat lelaki yang bernama suami. Shahir Safwan membalas dengan mengucup dahi dan juga pipi isteri tersayang.
Usik mengusik sudah menjadi tradisi ketika upacara dilangsungkan. Wajah Dira Zulaikha sudah mula merona merah apabila diminta oleh jurugambar menggayakan beberapa aksi romantis bersama dengan Shahir Safwan.
“tahniah kak long……mak doakan kamu bahagia dengan Shahir..” hati gadis itu sebak apabila ibunya Zeera mencium kedua-dua belah pipi dan dahinya.
Air mata ibu tua itu mengalir perlahan. Mukanya sebak melihat wajah tua dihadapannya itu. Mungkin kerana sudah merasakan tanggungjawabnya terhadap Dira Zulaikha telah diserahkan kepada Shahir Safwan.
Hati tuanya yakin Shahir Safwan merupakan pilihan hati Dira Zulaikha yang paling layak. Hanya doa mengiringi anak dan menantunya supaya terus berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Shahir Safwan menyalami tangan Mak Zeera yang kini sudah bergelar ibu mertua baginya. Tidak lupa juga Dr. Norman Dan Dr. Syikin. Kedua ibu bapanya tampak begitu gembira kerana satu-satunya anak lelaki mereka sudah pun mendirikan rumah tangan dengan pilihan hatinya dan jugak pilihan mereka  berdua.
Selesai majlis itu, pasangan pengantin dan juga rombongan majlis itu kemudiannya berangkat ke rumah Dira Zulaikha untuk menjamu selera. Walapun di buat secara kecil-kecilan namun majlis tersebut begitu meriah sekali dengan kehadiran jiran-jiran tertangga dan kawan rapat mereka berdua. Shahir Safwan tidak lepas daripada menggengam jari jemari Dira Zulaikha. Lelaki itu lega segala-galanya sudah selesai. Alhamdulillah, kini Dira Zulaikha miliknya selamanya.
Masing-masing sedang menjamu selera. Anum dan Ain lah yang paling banyak membantu dalam majlis itu. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha tidak putus-putus menerima ucapan tahniah dari tetamu yang hadir. Lewat petang itu Dr. Norman Dan juga Dr. Syikin menuju ke tempat Dira Zulaikha dan Shahir Safwan berada. Anum dan Ain turut sama berada di tempat itu.
“along………Dira…” tegur Dr. Norman lembut.
“papa……” serentak Dira Zulaikha dan Shahir Safwan bersuara.
“hmm papa ngan mama dah nak balik nie,” beritahu Dr. Norman.
“papa ngan mama duduklah kat sini dulu. Awal lagi kan nie!” ujar Dira Zulaikha.
“mana boleh sayang, mama ngan papa kenalah balik dulu. Kat rumah tu belum siap lagi mama hias.” Kata Dr. Syikin.
“along dah jadi suami Dira, jadi tanggungjawab along sekarang nie untuk menjaga Dira, makan minum dia, kebajikan dia. Dan yang paling penting tuntutan agama, jangan sesekali abaikan. Satu lagi jaga mak mertua kamu macam mak kamu sendiri,” pesan Dr. Norman kepada anak lelakinya itu.
“insyaallah mama..papa. Along akan jaga Dira dan mak dengan baik.” Ujar Shahir Safwan.
“kalau macam tu mama ngan papa balik dulu ye. Mama tinggalkan along kat sini dulu ye, tapi jangan lupa bawak menantu mama ngan papa kat majlis rumah kita nanti!” pinta Dr. Syikin seraya menyentuh lembut tangan menantunya itu.
“sayang..mama balik dulu ye!” kata Dr. Syikin sambil memeluk erat menantu kesayangannya itu.
“terima kasih mama..papa!” ucap Dira Zulaikha lembut. Tangan kedua mertuanya di salam.
“sama-sama…moga Dira bahagia dengan anak papa,” lembut sekali Dr. Norman berkata.
Dira Zulaikha hanya tersenyum manis.
“mama ngan papa nak pergi jumpa ngan mak mertua kamu dulu. Ingat pesan mama ngan papa tadi,” sekali lagi Dr. Syikin mengingatkan.
“ye mama, along ingat semua pesan mama ngan papa tu!” balas Shahir Safwan seraya menyalami tangan kedua ibu bapanya.
“hmmm..Dira, kita pun nak bergerak jugak lah! Dah lama kita orang duduk kat sini,” sampuk Anum.
“laa..takkan dah nak balik. Tunggulah kejap lagi,” pinta Dira Zulaikha.
“takkan kami nak tunggu kau pulak. Kan dah ada suami kat tepi tu, suruhlah dia temankan kau,” kata Ain selamba.
“dah lewat sangat nie, lain kali kalau ada masa kita orang datang lagi. Tapi kena tunggu kau balik kat sini lah dulu, baru boleh jumpa.”
“yelah…jangan lupa pulak!” balas Dira Zulaikha.
“selamat pengantin baru, moga kekal ke anak cucu. Kalau boleh bagilah kami nie anak angkat ramai sikit, kan doctor!” ujar Ain sambil mengusik kawannya itu.
Shahir Safwan tersengih mendengar kata-kata Ain.
“doctor jaga kawan kami nie baik-baik ye!” ujar Anum pula.
“insyaallah…saya akan jaga kawan kamu nie baik-baik. Kamu jangan risau.” Kata Shahir Safwan.
“oklah, kalau macam tu kami balik dulu ye Dira, doctor. Hmm garap-harap cepatlah kami dapat anak angkat nanti,” usik Anum lagi.
Ketiga-tiganya berpelukan erat. Ain dan Anum melambai-lambaikan tangannya sebelum hilang dari kawasan rumah Dira Zulaikha.
Alhamdulillah, majlis perkahwinan Dira Zulaikha dan Shahir Safwan berlangsung dengan sempurna. Hampir kesemua jemputan yang dijemput datang meraikan majlis tersebut. Jam menunjukkan hampir masuk waktu maghrib. Dira Zulaikha, Shahir Safwan dan juga Mak Zeera masih sibuk mengemas apa yang patut sebelum menunaikan solat maghrib. Kali ini mereka sembahyang berjemaah bersama-sama, Shahir Safwan menjadi imam pada malam itu.
Masing-masing mengaminkan doa yang dibaca oleh Shahir Safwan. Sejuk rasa hati mendengar doa itu. Selesai mengaminkan doa yang dipohon, Dira Zulaikha menyalami tangan suaminya dengan lembut. Shahir Safwan membalas dengan mengucup dahi isterinya.
Mak Zeera menyambung kembali mengemas rumah yang berselerak itu. Shahir Safwan menyalin kain pelekatnya dengan memakai seluar track dan t-shirt untuk membantu sama mengemas rumah. Dira Zulaikha membersihkan ruang dapur bersama-sama dengan ibunya. Manakala Shahir Safwan membersihkan kawasan luar rumah mereka.
Hampir jam 9 malam barulah keje membersihkan rumah selesai. Mak Zeera dan Dira Zulaikha berkalih ke ruang tamu untuk berehat. Shahir Safwan masih belum mausk ke dalam rumah tersebut.
“suami kak long mana?” soal Mak Zeera.
“tengah bersihkan bahagian luar rasanya,” jawab Dira Zulaikha.
“laaa…tak siap-siap lagi ke. Kamu pergilah tengok, kesian dia bersihkan sorang-sorang tu,” arah Mak Zeera lembut.
“yelah mak…..” kata Dira Zulaikha seraya bangun dan menuju ke luar rumahnya.
Kelihatan Shahir Safwan sedang berehat di sebuah kerusi makan jamuan petang tadi. Dira Zulaikha melangkah perlahan ke tempat suaminya. Sebelum keluar tadi dia sempat membuat segelas air untuk menghilangkan rasa haus lelaki itu.
“abang buat apa kat sini?” soal Dira Zulaikha lembut sambil duduk di sebelah suaminya.
“saje, nak ambik angin malam!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“ambik angin?. Dapat ke?” soal Dira Zulaikha lagi.
“apa yang dapatnya?” tanya Shahir Safwan kembali.
“yelah, abang kata nak ambik angin tadi. Dira tanya, dapat ke tak ambik angin tu?” ulangnya lagi.
“eiii…sayang niekan suka sangat mainkan abang!!!” kata Shahir Safwan geram.
“Dira gurau jelah. Nah, Dira buatkan air untuk abang!” ujarnya dengan menghulurkan gelas ditangannya.
Shahir Safwan mengambil gelas ditangan isterinya lalu disuakan ke dalam mulutnya. Di minum air itu perlahan.
“hmm…sedap!” puji Shahir Safwan.
“betul?” tanya Dira zulaikha.
“tak, abang tipu je!” jawab Shahir Safwan selamba.
“tengok tu!! yelah…air yang Dira buat memang tak sedapkan,” katanya dengan merajuk.
Shahir Safwan meletakkan gelas ditangannya ke atas meja ditepinya. Tangan gadis itu dicapai lembut lalu digenggam dengan erat. Dira Zulaikha memuncungkan mulutnya ke depan.
“sayang merajuk ngan abang ke? Alah, janganlah macam nie. Sedap air yang sayang buatkan untuk abang,” pujuk Shahir Safwan lembut.
“comel sayang buat mulut macam tu, geram abang tengok.” pujuk Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha menjeling manja. Sengaja dibuat macam tu.
“sayang….tak nak lah merajuk-merajuk nie, kan sayang tau abang tak pandai nak pujuk. Abang tak sempat nak belajar ngan mama pasal pujuk menujuk nie. Nanti kalau abang dah belajar, sayang nak merajuk lama mana pun boleh,” ujar Shahir Safwan selamba.
Bibirnya mengorak senyuman. Tak tahan mendengar kata-kata terakhir suaminya itu.
“haaa…kan comel kalau Dira sayang senyum macam tu!” kata Shahir Safwan lagi.
“yelah tu..Dira kesian tengok abang cakap sorang-sorang. Sebab tu Dira senyum, takut jugak kalau ada orang lain kata suami Dira nie ada yang tak kena,” balas Dira Zulaikha.
“erk?..abang tau Dira sayang tak marah kat abang sebenarnya. Betul, air yang sayang buatkan untuk abang memang sedap. Abang tak tipu,” beritahu Shahir Safwan dengan ikhlas.
“betul?. Abang tak main-mainkan Dira lagi?” Tanya Dira Zulaikha inginkan kepastian.
“betul…hmmm memang sedap!” ujarnya lembut.
“dahlah, jom masuk dalam. Baju abang dah kotor tu, abang pergi mandi dulu ek!” ajak Dira Zulaikha.
“mandi?. Sayang mandi ngan abang boleh!” pinta Shahir Safwan sambil tersengih.
“hah!!” terkejut Dira Zulaikha mendengar permintaan suaminya itu.
“bolehlah! Kalau tak abang tak nak mandi. Biarlah abang tido dengan baju yang kotor macam nie,” ugut lelaki itu. Serba salah Dira Zulaikha dibuatnya.
“mengada betullah abang nie!!” kata Dira Zulaikha geram.
“takpelah, sayang kan dah jadi isteri abang. Jadi abang ada hak untuk ajak sayang mandi sekali ngan abang. Tak baik tau tolak permintaan abang nie!” balas Shahir Safwan dengan menggunakan ayat keramatnya.
Dira Zulaikha memandang wajah suaminya yang asyik tersenyum dari tadi.
“jom….” Ajak Shahir Safwan lalu menarik tangan lembut isterinya masuk ke dalam rumah.
Mak Zeera yang masih berada di atas kerusi di ruang tamu tersenyum melihat anak dan menantunya yang baru masuk.
“laa..sampai kotor baju Shahir pakai tu. Tak payah lah nak buat, kalau tak larat. Esok-esok kita boleh buat lagi.” Kata Mak Zeera apabila melihat pakaian menantunya kotor.
“takpelah, mak!” sikit je nie,” balas Shahir Safwan lembut.
“dah, pergi masuk bilik. Buangkan baju tu dulu, lepas tu pergi bersihkan badan tu dulu. Taklah melekit sangat masa nak tido nanti.” arah Mak Zeera.
“yelah mak!” Shahir Safwan mengikut kata-kata ibu mertuanya. Tangan isterinya masih lagi berada di genggaman tangan kasarnya.
“mak masuk dalam dulu. Penat sangat, Shahir kalau nak apa-apa mintak je ngan isteri kamu tu!” beritahu Mak Zeera sebelum langkahnya hilang di sebalik pintu bilik tidonya.
Lelaki itu memandang ke arah wajah isterinya.
“aaa…kenapa abang pandang muka Dira nie?” soal Dira Zulaikha pelik.
“takdelah, tadi mak pesan kalau abang nak apa-apa suruh cakap kat sayangkan. Jadi permintaan abang yang tadi tu, kenalah sayang tunaikan!” balas lelaki itu.
“aikk, sempat lagi abang ek. Dira rasa maksud mak tadi bukan macam tu kan!” ujar dira Zulaikha sinis.
“mana ada, memang betullah maksud mak tadi tu. Dah, abang dah tak selesa sangat nie. Jom, kita masuk dalam k!”
Gadis itu tenggelam dalam kehangatan cinta yang tidak bertepi. Hanya Tuhan yang dapat memisahkan mereka.


BAB 32
Sehari selepas majlis perkahwinan di lakukan di rumah Dira Zulaikha, kini tiba pula majlis sambut menantu di rumah Dr. Syikin dan Dr. Norman. Selepas waktu subuh, Shahir Safwan pulang terlebih dahulu ke rumahnya sebelum kembali semula untuk mengambil Dira Zulaikha dan ibu mertuanya.
Majlis sambut menantu di adakan dengan besar-besaran bagi memperkenalkan menantunya kepada ahli keluarga yang lain. Kebanyakkan saudara-mara sebelah Dr. Norman hadir memeriahkan majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga Halimah dan suaminya Halim yang turut sama hadir ke majlis tersebut.
Ramai yang memuji menantu Dr. Syikin dan Dr. Norman. Shahir Safwan turut menjemput beberapa orang kenalan doctor datang ke majlis tersebut. Dr. Syikin sentiasa berada dekat dengan menantunya. Begitu juga dengan ibu Dira Zulaikha. Daus dan Ema antara kawan rapat Shahir Safwan tiba paling awal di majlis tersebut. Daus mengambil cuti semata-mata mahu meraikan majlis kawannya itu.
“assalamualaikum Shahir…” ucap Daus apabila berdepan dengan Shahir Safwan.
“waalaikumussalam……datang pun kau!” balas Shahir Safwan.
“mestilah aku kena datang, kau dah jemput kan. Kalau kau tak jemput, takdelah aku kat sini!” kata Daus.
“Dira mana?” Tanya Ema.
“Dira ada kat hujung sana tu. Mama ngan mak temankan, pergilah!” ujar Shahir Safwan kepada Ema.
“hmm yelah! Abang, Ema ke sana sekejap ye!” pinta Ema lembut.
Daus hanya tersenyum sebagai jawapannya.
“kau nak honeymoon kat mana lepas nie?” soal Daus.
“honeymoon?. Dalam bilik aku kot!” jawab Shahir Safwan selamba.
“hah! Mulalah kau nak mengarut ngan aku.” Kata Daus geram.
“hahaha…kau nie pun, aku cakap macam tu kau dah nak marah kat aku. Tengoklah dulu, aku tak rancang pun nak honeymoon kat mana,” ujar Shahir Safwan.
“aikk, takkan belum rancang lagi nak pergi honeymoon kat mana!” perli Daus perlahan.
“betullah, aku tak rancang pun lagi. Tapi aku rasa nak pergi tempat yang dekat-dekat je. Bini aku tu takut sangat nak naik kapal terbang. Masa dia ikut rombongan kau dulu, bukan main cemas aku tengok dia. Tak sabar-sabar nak sampai cepat kat sana.” Beritahu Shahir Safwan panjang lebar.
“biasalah mula-mula kan. Lepas nie kau kena bawak dia naik fligt selalu. Takdelah dia rasa takut nanti.” Kata Daus.
“tulah…tengoklah dulu macam mana nanti. Kalau ada peluang nak jugak aku bawak dia pergi makan angin kat tempat orang!”
Ema berjalan dengan perlahan menuju ke tempat Dira Zulaikha. Gadis itu kini lebih berseri setelah bergelar isteri. Sedang rancak Dira Zulaikha berbual-bual dengan tetamu yang lain, Ema datang kepadanya. Bahu Dira Zulaikha dicuit lembut. Dengan pantas Dira Zulaikha menoleh.
“kak Ema……” panggil Dira Zulaikha lalu menyalami tangan Ema lembut.
“akak datang ngan sape?” soal Dira Zulaikha apabila melihat Ema keseorangan.
“dengan sape lagi, suami akak lah!” jawab Ema sambil tersenyum manis.
“mana suami akak, Dira tak nampak pun?” Tanya Dira Zulaikha sambil matanya meliar mencari kelibat Daus.
“ada kat sana tu haa..tengah sembang ngan kawan dialah!” beritahu Ema.
“hmm..kak Ema dah makan?”
“belum lagi, akak baru je sampai nie. Tanya kat Shahir tadi, dia kata Dira ada kat sini. Tu yang akak datang sini terus, nak jumpa ngan Dira.” Beritahu Ema.
“kalau macam tu akak makan sekali ngan Dira lah. Lagi pun Dira belum makan lagi nie,” ajak Dira Zulaikha lembut.
“boleh jugak!”
“kak long…sape nie?” Mak Zeera yang tadinya berada bersama-sama dengan tetamu datang kepadanya anaknya.
“mak, kak long kenalkan nie kak Ema. Isteri abang Daus, kawan rapat abang Shahir,” Dira Zulaikha memperkenalkan Ema kepada Mak Zeera.
“ooo…” Mak Zeera memberikan senyuman manis buat Ema.
“apa khabar mak cik!” tegur Ema lembut. Tangan wanita itu dicium lembut.
“sihat, Alhamdulillah! Mana suami Ema?” soal Mak Zeera.
“ada kat depan sana tu mak cik, tengah berbual-bual dengan suami Dira nie,” beritahu Ema.
“aaa….takpelah, mak cik pergi kat dalam sekejap ye! Ema berbuallah dulu dengan anak mak cik nie,” ujar Mak Zeera lagi.
“kenapa, mak sakit ke?” Tanya Dira Zulaikha prihatin.
“taklah, mak nak rehat kat dalam sekejap! Kak long layanlah tetamu tu dulu.”
“yelah mak, tapi kalau mak rasa kurang sihat cepat-cepat bagitahu kat kak long tau,” pesan Dira Zulaikha sebelum ibunya masuk ke dalam rumah.
“mak Dira tak sihat ke?” Tanya Ema ingin tau.
“macam tulah akak, selalu sangat sakit pinggang. Kadang-kadang tu naik risau Dira dibuatnya. Ajak pergi hospital tak nak, makan ubat kat farmasi je kak,” Dira Zulaikha tidak sedikit pun merahsiakannya daripada Ema.
“tak boleh sangat makan ubat kat farmasi tu. Pujuklah mak Dira, ajak dia pergi buat pemeriksaan kat hospital tu. Lagi pun kan Shahir ada kat sana,”
“dah banyak kali Dira pujuk kak, tapi tetap jugak dengan jawapannya yang satu tu. Takpelah, mak sakit sikit je. Kak long tak payahlah nak risau sangat, tulah kak jawapan mak Dira.
“orang tua nie kita tak boleh nak berkeras sangat, kena pujuk elok-elok. Kalau kena caranya, dia akan ikut cakap anak-anak!”
“betul kata akak tu, nanti Dira cuba pujuk mak sekali lagi. Manalah tau mak nak ikut cakap Dira kali nie,” ujar Dira Zulaikha.
“eh, akak nak makan tak. Dira bawak akak pergi makan nak,” ajak Dira Zulaikha.
“boleh jugak, apa kata kalau kita ajak suami-suami kita sekali tu!” Ema memberikan cadangannya.
Daus kelihatan rancak berbual dengan Shahir Safwan. Hafiz dan Zita yang baru sahaja turun dari kereta segera melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Shahir Safwan. Shahir Safwan yang perasan akan kehadiran Hafiz dan Zita mencuit bahu Daus yang berada di sebelahnya.
“apa?” soal Daus.
“tu haa…kawan kita yang sorang lagi tu,” Shahir Safwan menunjukkan kepada Daus.
“Hafiz?. Lama aku tak tengok muka dia. Tukan Zita, sepupu kau!” ujar Daus.
“yelah, diorang berdua tu selalu bersama!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo….macam tu pulak!” ringkas kata-kata Daus.
Hafiz dan Zita datang kepada Daus dan Shahir Safwan.
“tahniah kawan,” ucap Hafiz sambil berjabat tangan dengan Shahir Safwan.
“terima kasih, sudi jugak kau datang kat rumah aku nie!” ujar Shahir Safwan.
“takkanlah aku tak sudi nak datang kat rumah kau. Isteri kau mana?” soal Hafiz ingin tau.
“ada kat hujung sana tu!” beritahu Shahir Safwan.
“tahniah Shahir,” giliran Zita pula yang mengucapkan tahniah kepada sepupunya itu.
“terima kasih Zita. Kenapa tak datang sekali ngan pak usu dan mak usu?” Tanya Shahir Safwan.
“tulah, Zita ingat nak datang sekali ngan mak ayah tadi. Pastu lupa pula sebab dah janji ngan Hafiz nie. Jadi Zita datang ngan Hafiz jelah. Mak ngan ayah pergi keluar dulu,” jawab Zita.
“hai Hafiz, kau bila lagi nak kawin? Tengok macam aku ngan Shahir nie, takkan kau tak nak jadi macam kami,” Daus menepuk bahu Hafiz perlahan.
“aku?. Entahlah Daus, sapa lah yang nak kat aku nie,” ujar Hafiz berseloroh.
“eleh, habis kat sebelah kau tu kan ada. Kau try lah pikat dia, mana tau ada peluang kau nak dapatkan dia. Untung-untung kau boleh jadi sepupu kepada kawan kita nie,” bisik Daus perlahan.
“aku ngan dia kawan jelah. Lagi pun takkan dia nak suka kat aku nie, Daus,” balas Hafiz.
“belum cuba belum tau lah kawan. Tak salah kalau cuba, takkan kau nak usung dia je ke sana ke mari. Kau tak takut apa yang orang lain kata nanti!” kata Daus sinis.
“kau nie, ke situ pulak. Mana ada aku usung dia ke sana ke mari. Kadang-kadang je aku bawak dia keluar sekali ngan aku, lagi pun kita orang kan dalam bidang keje yang sama!” ujar Hafiz lagi.
“yelah tu, Fiz.”
“aaa…Hafiz, Zita pergilah makan dulu.” Shahir Safwan bersuara.
“takpelah, lagi pun aku baru je sampai nie. Kita berborak dululah, kejap lagi baru aku pergi makan,” ujar Hafiz.
“kau Zita?” Tanya Shahir Safwan.
“hmm…Zita ikut Hafiz jelah.” Kata Zita pula.
“kalau korang nak makan, korang pergilah ambik. Hafiz, buat macam rumah kau sendiri je. Tak payah nak malu-malu.”
Ema dan Dira Zulaikha yang tadinya mahu mengajak suami-suami mereka makan bersama-sama sudah menapak ke tempat yang dituju. Kelihatan mereka berempat rancak berbual.
“abang……..” panggil Ema kepada Daus.
Daus berpaling apabila mendengar suara isterinya. Ema mendekati diri Daus.
“jom kita pergi makan,” ajak Ema lembut.
Shahir Safwan turut melihat ke arah isterinya yang datang bersama-sama dengan Ema.
“sini..” ajak Shahir Safwan supaya Dira Zulaikha datang kepadanya.
Dira Zulaikha melangkah ke tempat suaminya berada. Hafiz tersenyum melihat Dira Zulaikha. Shahir Safwan menggengam tangan lembut isterinya erat.
“tahniah Dira…” Hafiz mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Dira Zulaikha.
“terima kasih..” balas Dira Zulaikha lembut.
“tahniah Dira…..” sampuk Zita sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Dira Zulaikha menyambut huluran tangan itu mesra. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar dengan sepupu suaminya itu walaupun sebelum nie mereka pernah bertekak.
“terima kasih…” balas Dira Zulaikha lagi.
“Shahir, Hafiz…jomlah kita pergi makan sekali.” Ajak Daus.
“kau macam mana Hafiz, nak join kita orang makan tak?” Tanya Shahir Safwan.
“boleh jugak, lagi meriah kalau kita ramai-ramai makan sekali kan!” ujar Hafiz sambil melihat ke arah kawan-kawannya itu.
“kalau macam tu, jomlah. Kesian kat bini aku nie, dah lapar sangat,” balas Daus.
“isshh abang nie, Ema pulak yang kena!” kata Ema geram.
“mak mana?” soal Shahir Safwan kepada isterinya.
“mak kat dalam..nak rehat katanya!” beritahu Dira Zulaikha.
“kenapa, mak tak sihat ke?” Tanya Shahir Safwan ambil berat.
“tadi masa Dira tanya, mak kata takde apa-apa. Cuma nak rehat je, penat!” ujar Dira Zulaikha.
“Shahir, Dira…cepatlah. Kalau nak bermesra pun tunggulah malam nanti. Sekarang nie kita makan dulu,” perli Daus.
“isshh kau nie, mana ada aku bermesra ngan isteri aku. Yelah-yelah, kita orang nak pergilah nie. Kot ye pun kau dah lapar sabarlah dulu!” sindir Shahir Safwan.
Mereka semuanya bergerak ke ruang makan yang disediakan oleh Dr. Syikin dan Dr. Norman. Halimah dan Halim yang berada di situ sewaktu mereka semua melangkah untuk makan, datang menegur anaknya Zita.
“Zita, lambat kamu datang sini!” ujar Halimah lembut.
“Zita tunggu kawan Zita nie dulu mak, ayah,” beritahu Zita.
“hmm..kamu nak makan ke?” soal Halim pula.
“ye ayah, kami baru nak makan.” Jawab Zita lagi.
“kamu dah jumpa dengan isteri sepupu kamu, Dira?” Tanya Halimah ingin tau.
“dah mak, baru kejap tadi Zita jumpa. Sekarang nie pun kami nak makan sekali nie,” kata Zita.
“eloklah, kejap lagi mak ngan ayah dah nak balik. Lepas makan nanti pergilah jumpa ngan mak long dan pak long kamu pulak. Jangan nak pergi macam tu je,” arah Halim kepada anaknya itu.
“yelah mak, nanti Zita pergilah jumpa pak long ngan mak long tu!” balas Zita memberi janji.
“abang duduk dulu, biar Dira yang ambik nasi untuk abang!” ujar Dira Zulaikha lembut.
“thanks sayang!!” ucap Shahir Safwan berbisik.
Shahir Safwan mengambil tempat di ruang meja yang kosong. Rakan-rakannya yang lain sedang menyenduk nasi dan lauk. Tidak lama kemudian Daus dan Ema kembali ke meja yang diduduki oleh Shahir Safwan.
“eh, Dira mana Shahir?” soal Ema lembut.
“tu haa…tengah senduk nasi!” tunjuk Shahir Safwan.
“wahh, awal-awal lagi kau dah jadi bos. Baik bebenor isteri kau Shahir,” ujar Daus yang sudah mengambil tempat di sebelah Ema.
“hehehe…mestilah Daus, aku nie kan satu-satunya suami dia. Memanglah dia sayang kat aku,” balas Shahir Safwan ketawa.
“sudah lah kau, tu pun isteri kesayangan kau dah datang! Pergilah ambik pinggan kat tangan dia tu, dah susah-susah dia ambikkan.” Kata Daus apabila melihat langkah Dira Zulaikha datang ke tempat itu.
Shahir Safwan segera bangun dari kerusi dan mengambil pinggan di tangan isterinya itu.
“meh sini, abang tolong bawakkan!” ujar Shahir Safwan. Pinggan ditangan Dira Zulaikha sudah beralih ke tangan kasarnya. Dira Zulaikha hanya membawa gelas berisi air di dalamnya.
Kerusi di tarik keluar buat Dira Zulaikha. Shahir Safwan mengarahkan isterinya itu duduk ke atas kerusi tersebut.
“Dira, mana nasi untuk Dira?. Kenapa tak ambik sekali?” soal Ema prihatin.
“takpelah kak, kejap lagi Dira makan.” Jawab Dira Zulaikha ringkas.
“eh, takpe abang suapkan untuk sayang!” sampuk Shahir Safwan.
“takpelah, abang makan dulu. Kejap lagi Dira makan lah,” tolak Dira Zulaikha lembut.
“takpe, kita makan sama-sama. Tak payah lah nak tunggu abang makan, baru sayang nak makan!” kata Shahir Safwan lagi.
Daus dan Ema saling berpandangan. Mesra melihat pasangan yang baru berkahwin itu. Bibir mereka menerbitkan senyuman.
“korang nie kata nak makan sama, alih-alih korang makan dulu jugak!” tiba-tiba Hafiz bersuara. Kerusi kosong yang berada di sebelah Daus di tarik keluar.
“baru makanlah Hafiz, nasi kat pinggan nie pun belum luak banyak!” ujar Daus.
Zita yang baru tiba duduk di sebelah Dira Zulaikha, sepupu barunya.
“sikitnya you makan!” tegur Hafiz.
“dah banyaklah nie, lagi pun I kenyang lagi sarapan pagi tadi,” beritahu Zita.
“oooo….” Ringkas kata-kata Hafiz.
“Dira tak makan sekali ke?” soal Zita bersahaja.
“tak, kejap lagi lah!” jawab Dira Zulaikha.
“eh, temankan suami makanlah nie ye!” ujar Zita sinis.
Dira Zulaikha hanya tersenyum, malas mahu membalas kata-kata perempuan itu.
Shahir Safwan mengambil satu sudu nasi dan diatasnya diletakkan sedikit lauk lalu disuakan ke mulut isterinya.
“makan sikit, abang suapkan”! arah Shahir Safwan.
“haa…takpe abang makanlah!” tolak Dira Zulaikha lembut.
“makanlah sikit, sedap nie!” ujar Shahir Safwan lagi.
“makanlah Dira, dah suami nak suapkan tu. Kesian kak Ema tengok, dah lenguh tangan dia tu,” sampuk Ema dengan senyuman dibibirnya.
Dira Zulaikha kelihatan malu-malu mahu membuka mulutnya. Shahir Safwan masih lagi menyuakan sudu itu ke mulut isterinya. Sedikit demi sedikit mulut Dira Zulaikha terbuka luas. Shahir Safwan memasukkan sudu ke dalam mulut isterinya perlahan.
“romantiknya kau nie Shahir. Bertuah Dira dapat suami macam kau nie kan!” puji Hafiz ikhlas.
“mana tak romantiknya Hafiz, makanan isteri yang ambilkan. Kali nie giliran dialah pulak yang tolong suapkan untuk isteri dia tu!” balas Daus.
Hampir jam 6 petang, barulah tuan rumah dapat merehatkan diri. Tetamu-tetamu yang hadir sudah pun pulang ke rumah. Dr. Syikin dan Dr. Norman tidak lupa memberikan cenderamata untuk tetamu-tetamu yang datang bagi meraikan majlis sambut menantu itu.
Shahir Safwan masih lagi belum balik kerana menghantar ibu mertuanya ke rumah. Puas di pujuk oleh mereka semua terutama sekali Dira Zulaikha, supaya dia bermalam sahaja di rumah itu. Namun Mak Zeera lebih suka bermalam di rumahnya. Bimbang katanya, kalau dibiarkan rumah itu tidak berpenghuni. Dira Zulaikha tidak membantah kata-kata ibunya. Walaupun sedih untuk berpisah namun dia tidak mahu menangis di depan ibunya itu.
“Dira, pergilah naik bilik dulu. Letih sangat mama tengok kamu, tak putus-putus layan tetamu yang datang ari nie. Kejap lagi sampailah along tu,” ujar Dr. Syikin lembut. Dira Zulaikha yang berada di sebelahnya di suruh naik ke atas.
“betul kata mama kamu tu Dira. Pergi naik dulu, bersihkan badan tu dulu.” Kata Dr. Norman pula.
“yelah ma, pa..Dira naik dulu ye!” ujar Dira Zulaikha seraya bangun dari tempat duduknya itu.
Anak tangga di naiki perlahan. Beg pakaian miliknya sudah di bawak naik oleh suaminya sejurus dia sampai ke rumah itu. Pintu bilik dibuka perlahan. Langkahnya terhenti di situ. Pelik melihat keadaan dalam bilik tersebut. Dia yang tadinya menggunakan bilik bawah untuk menunaikan solat belum sempat menjengah ke bilik lelaki itu. Shahir Safwan yang baru sahaja sampai terus naik ke tingkat atas.
Kelihatan tubuh Dira Zulaikha berdiri di depan muka pintu bilik tido itu. Shahir Safwan berjalan dengan perlahan. Sampai sahaja di situ, dia terus memeluk pinggang isterinya dari belakang. Dira Zulaikha tersentak dengan perlakuan suaminya itu. Dagu Shahir Safwan berada di bahunya.
“kenapa tak masuk dalam?” soal Shahir Safwan lembut.
“bilik abang kan nie?” Tanya Dira Zulaikha. Terdapat kerutan di dahinya.
“memanglah bilik tido abang, kan sayang dah pernah masuk dulu!” jawab Shahir Safwan.
“erk, masa Dira masuk dulu rasanya bukan macam nie. Dira tengok lain sangat bilik abang sekarang nie!” katanya perlahan.
“lain yang mana pulak, biasa je abang tengok!” balas Shahir Safwan.
“dulukan dinding bilik tido abangkan warna biru. Kenapa tiba-tiba boleh jadi warna lain nie?” Tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“ooo….jadi sayang tak masuk bilik nie sebab sayang tengok kat dalam nie dah lain lah ye!” ujar lelaki itu.
Dira Zulaikha menganggukan kepalanya ke bawah.
“jom masuk, takkan nak berdiri je kat sini!” ajak Shahir Safwan. Tangan isterinya di tarik lembut supaya masuk ke dalam bilik itu.
Dira Zulaikha duduk di atas katil empuk lelaki itu. Pandangannya masih lagi memerhatikan keseluruhan kawasan bilik tersebut.
“cepatlah bagitahu, kenapa abang tukar dinding bilik nie dengan warna lain. Kenapa tak gunakan warna asal je,” pinta Dira Zulaikha.
“kenapa, tak boleh ke abang nak gunakan warna yang nie?” soal Shahir Safwan lembut.
“bukan tak boleh, cuma Dira pelik sikit. Yelah, setahu Diralah kan orang lelaki nie mana suka dengan warna-warna lembut macam nie. Tambah-tambah lagi dengan warna pink nie. Sejak bila pulaklah suami Dira suka dengan warna yang macam nie haa…..” sindir Dira Zulaikha.
“sejak orang tu kata bilik abang nie penuh ngan warna biru je. Lain kali warnakan lah dinding dengan warna pink, baru nampak tenang duduk dalam bilik,” perli Shahir Safwan.
“ooo…macam tu ke. Tapikan ayat abang tu macam perli Dira je!” kata Dira Zulaikha dengan menjeling manja.
“hehehe…ye ke?. Abang tak perasan pulak ayat yang abang cakap tadi tu macam nak perli Dira,” ujar Shahir Safwan tersengih.
“yelah tu bang. Hmmm Dira guna bilik mandi abang sekejap,” pinta Dira Zulaikha lembut.
“nak buat apa pulak?” Tanya Shahir Safwan.
“Dira ingat nak main masak-masak kat dalam tu!” jawabnya selamba.
“ooo..nak main masak-masak, tapi dalam bilik mandi abang tu takde dapur gas lah sayang. Kalau nak, abang boleh turun kat dapur. Abang ambik dapur gas kat dapur mama ye!” usik Shahir Safwan.
“melarat pulak lawak abang nie, dah lah Dira nak mandi kejap. Abang mandi lepas Dira habis mandi nanti,” balas Dira Zulaikha lalu bangun dari katilnya.
“cepat sikit tau, kalau lambat abang terus masuk dalam tu!” ugut Shahir Safwan.
“Dira belum lagi masuk dalam, macam mana nak mandi cepat!” ujarnya geram.
Pintu almari pakaian dibuka. Beg pakaian yang terletak di tepi sisi katil diambilnya. Zip dibuka sehingga habis. Dira Zulaikha mengeluarkan pakaian yang dibawanya tadi lalu di letakkan ke dalam almari. Shahir Safwan membaringkan badannya ke atas katil empuk itu. Tuala besar milik lelaki itu di capainya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Setengah jam kemudian, Dira Zulaikha keluar dengan hanya memakai tuala paras lutut. Rambutnya yang panjang di keringkan terlebih dahulu sebelum melangkah keluar. Shahir Safwan yang tadinya hanya berbaring kini lena tido dengan memeluk bantal golek.
Dira Zulaikha menggeleng melihat suaminya yang lena tido. Dia kemudiannya menggerakkan badan lelaki itu perlahan.
“abang…….abang!” panggil Dira Zulaikha sambil tangannya menggerakkan badan Shahir Safwan.
Shahir Safwan membuka matanya.
“bangunlah, pergi mandi dulu!” ujar Dira Zulaikha lembut.
Lelaki itu kemudiannya bangun dan menyandarkan badannya di kepala katil. Matanya ralit melihat bentuk badan isterinya yang hanya memakai tuala di badan. Bahagiannya atasnya sedikit terdedah.
“abang pergi mandi dulu, nanti Dira keluarkan baju tido abang dalam almari tu!” kata Dira Zulaikha seraya bangun dari sisi Shahir Safwan.
Shahir Safwan menarik tangan isterinya daripada hendak bangun. Lantas tubuh kecil itu terjatuh ke atas badannya yang besar itu. Dira Zulaikha menjerit perlahan. Rambutnya yang panjang terkena pada muka suaminya itu. Shahir Safwan terhidu haruman yang wangi pada tubuh badan isterinya itu.
“abang…apa nie!” marah Dira Zulaikha.
Shahir Safwan tidak berkata, malah matanya asyik merenung keseluruhan wajah yang berada hampir dengannya itu.
Rambut milik Dira Zulaikha di selak tepi. Tangannya merayap pada wajah tersebut. Dari kening sampailah pada sebaris bibir yang terbentuk cantik itu. Dira Zulaikha sudah menggelabah apabila diperlakukan sedemikian.
Pipi lembut isterinya di kucup lembut, sebelum bibirnya mendarat ke bibir mungil perempuan itu. Dira Zulaikha merasa bibirnya yang baru sahaja di cium oleh suaminya itu. Merah padam mukanya apabila mendapat ciuman itu. Wajahnya ditundukkan ke bawah.
“kenapa?” soal Shahir Safwan lembut. Tangannya memegang dagu isterinya lalu di angkat ke atas. Mata mereka kini bertaut antara satu sama lain.
Dira Zulaikha menggelengkan kepalanya.
“tak salahkan abang cium isteri abang sendiri!” kata Shahir Safwan.
“dahlah, abang pergilah mandi. Dira nak pakai baju dulu nie,” ujar Dira Zulaikha.
“sayang tak nak taman kan abang mandi ke?” tanya Shahir Safwan berbisik.
“tak nak, Dira kan baru lepas mandi nie. Abang mandi sorang-sorang ye!” balas Dira Zulaikha lembut.
“hmm….yelah-yelah. Meh sini tuala tu, abang nak pergi mandi nie,” Shahir Safwan cuba menarik tuala yang dipakai oleh isterinya itu.
“ishh abang nie, kan banyak lagi tuala dalam almari tu!” marah Dira Zulaikha apabila Shahir Safwan cuba menarik tuala yang dipakainya.
“memanglah dalam almari tu banyak lagi tuala, tapi abang suka guna tuala yang sayang pakai nie!” ujar Shahir Safwan.
“dah…dah, abang tunggu sini. Dira pergi ambil tuala lain kat dalam almari tu!” pinta Dira Zulaikha lalu bangun dari katil itu.
Pintu almari pakaian dibuka. Tuala yang berada di dalamnya diambil untuk di bagi kepada suaminya.
“nah, Dira dah ambik kan tuala yang lain untuk abang. Abang pergi mandi dulu, kejap lagi dah masuk waktu maghrib. Nanti Dira letak baju tido abang kat atas katil nie,” arah dira Zulaikha.
“yelah sayang..abang mandi dulu ye. Kejap lagi kita solat jemaah sama-sama!” ujar Shahir Safwan lalu berlalu masuk ke dalam bilik mandi.




0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama