AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 27 & 28


BAB 27
“what!!!.....
“kenapa, you tak percaya apa yang I cakap ke?” tanya Zita.
“bukan tak percaya Zita, cuma I terkejut je. Yelah, bila masa pulak Shahir bercinta dengan adik saudara angkat dia tu! musykil rasanya,” jawab Hafiz yang masih terkejut mendengar berita tersebut.
“mungkin diorang dah lama bercinta, you je yang tak tau pasal nie!” ujar Zita.
“hmmm….melepas lah I jawabnya!” balas Hafiz perlahan.
“melepas?. Aikk, you pun ada perasaan jugak ke kat perempuan tu?” tanya Zita ingin tau.
“adalah sikit-sikit…..nak buat macam mana, Shahir yang dapat dulu!”
“Shahir tu macam tak betul je I tengok. Takkan adik saudara angkat sendiri nak dijadikan isteri! menyampah pulak I tengok diorang berdua tu,” ujar Zita dengan menjuihkan bibirnya.
“yang you tiba-tiba nak menyampah ngan diorang berdua tu kenapa?. Atau you pun ada perasaan jugak pada Shahir?” soal Hafiz sinis.
“mana ada, I takde apa-apa perasaan kat sepupu I tulah. Kenapa, tak boleh ke I nak cakap macam tu kat diorang?” tanya Zita kembali.
“bukan macam tu, cuma I rasa pelik you nak menyampah kat diorang. Rasanya diorang berdua tu tak pernah sakitkan hati you kan!” kata Hafiz sambil memandang Zita yang berada di depannya itu.
“memanglah!” ringkas jawapan yang keluar dari mulut Zita.
“hmm…you tau tak bila diorang akan melangsungkan perkahwinan?. Takdelah, manalah tau kalau-kalau Shahir nak jemput I nanti. Bolehlah I cari dulu hadiah apa yang sesuai untuk diorang nanti,” ujar Hafiz panjang lebar.
“mak I cakap pertunangan diorang cuma 6 bulan je!” beritahu Zita.
“ooo…..dah tak lama lagi lah jawabnya!”
Majlis perkahwinan Daus dan Ema bakal dilangsungkan dalam masa 5 hari saja lagi. Segala persiapan sudah hampir siap dilakukan sepenuhnya. Ema begitu berharap agar Dira Zulaikha dapat datang ke sana semasa hari pernikahan mereka berdua. Daus meminta bantuan Shahir Safwan untuk menjadi pengapitnya semasa majlis persandingan di rumah pihak perempuan tu nanti. Ini bermakna Shahir terpaksa mengikut Daus ke Sabah sekali. Dira Zulaikha yang turut menerima jemputan daripada Ema kelihatan serba salah untuk pergi ke sana. Bimbang akan kesihatan ibunya kalau dia membuat keputusan untuk menghadiri majlis tersebut. Namun Dr. Syikin dan Dr. Norman telah berjanji untuk menjaga Mak Zeera.
Tidak ramai yang mengikuti rombongan itu ke Sabah. Ini kerana saudara-mara Daus memberi alasan untuk menyiapkan persiapan untuk majlis sambut menantu yang bakal berlangsung selepas 1 minggu Daus bernikah. Shahir Safwan terpaksa memohon cuti kecemasan untuk mengikut Daus ke Sabah.
Sehari sebelum mereka berlepas ke Sabah, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha menolong apa yang patut di rumah Daus. Sedang ralit bersembang, Dira Zulaikha di tegur oleh saudara mara Daus.
“anak nie dari mana? Mak cik tak pernah tengok rasanya,” tanya seorang mak cik yang tadinya asyik merenung Dira Zulaikha.
“akak, kalau akak nak tau Dira nie tunang kepada Shahir. Alah, kawan paling rapat Daus masa diorang belajar dulu!” beritahu umi Daus bagi pihak Dira Zulaikha.
“ooo…patutlah mak cik tak pernah tengok. Shahir mana, dia tak ikut sekali ke datang sini?” tanya mak cik itu mesra.
“ikut mak cik. Dia ada kat luar tu, tengan sembang dengan Daus agaknya!” ujar Dira Zulaikha lembut.
“Daus dah nak naik pelamin, Dira ngan Shahir bila lagi?” ramah mak cik yang berada di rumah Daus bertanyakan soalan.
“insyaallah mak cik, tak lama lagi!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“eloklah tu, orang kata bertunang lama-lama nie tak elok. Banyak dugaan orang dulu-dulu cakap,” balas umi Daus.
“pukul berapa kita nak bertolak esok?” soal Shahir Safwan kepada Daus.
“fligt kita dalam pukul 10 pagi. Tapi kau datang rumah aku awal sikit lah. Kita berkumpul kat sini dulu sebelum bertolak ke lapangan terbang,” beritahu Daus.
“aku ngan Dira nak duduk mana nanti?” tanya Shahir Safwan lagi.
“kau janganlah risau pasal tu. Rumah aku kat sana tu besar, lagi satu aku ada sewakan rumah tumpangan untuk rombongan aku tu nanti. Manalah tau diorang tak nak tinggal kat rumah aku tu.”
“jadi kau dah sewakan rumah untuk kita orang kat sanalah!” ujar Shahir Safwan sambil menganggukkan kepalanya ke bawah.
“yelah….aku dah siapkan semuanya sebelum balik kat sini. Pasal rumah tu, Ema yang tolong jagakan. Kataya tak elok kalau rumah tu nampak kosong. Nanti rombongan aku nak rehat pun tak selesa….”
“bagus jugak tunang kau tu! eh, oklah. Aku balik dulu, lagi pun lepas nie aku ada hal sikit nak buat!” pinta Shahir Safwan.
“laaa…cepatnya kau dah nak balik. Esok jangan lupa, datang awal sikit kat rumah aku.” pesan Daus kepada kawannya itu.
“kau jangan risaulah. Awal-awal pagi esok kau dah sampai kat rumah kau nie!” kata Shahir Safwan sambil berjabat tangan dengan Daus.
“ok….tunang kau ada kat dalam rasanya!” beritahu Daus ringkas.
“takpelah, aku pergi panggil dia dulu!” ujar Shahir Safwan seraya melangkah naik ke atas rumah Daus.
Dira Zulaikha yang berada bersama-sama dengan umi Daus tersentak apabila bahunya dicuit seseorang. Dengan pantas dia menonggak ke atas.
“jom, kita balik dulu!” ajak Shahir Safwan lembut.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya. Kain kurung yang dipakainya tadi di angkat sedikit semasa di hendak bangun. Shahir Safwan membantu Dira Zulaikha dengan menarik lembut tangan tunangnya itu.
“dah nak balik dah?” soal umi Daus lembut.
“aahh mak cik, kami balik dulu ye!” beritahu Shahir Safwan.
“hmm…yelah! esok janga lupa datang awal ye.” ujar umin Daus lagi.
“insyaallah mak cik…..” balas Shahir Safwan lagi.
“mak cik, Dira balik dulu ye!” lembut sekali percakapan gadis itu.
“sampaikan salam umi pada mak Dira ye…untuk mama ngan papa Shahir juga,” pesan umi Daus lagi.
Tangan lembut Dira Zulaikha dihulurkan kepada umi Daus. Perlahan mukanya ditundukkan untuk menyalami tangan wanita itu. Sesudah itu, langkah kaki Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dari dalam rumah Daus. Pintu kereta di buka sebelum kedua-duanya masuk ke dalam perut kereta tersebut. Enjin kereta dihidupkan, tali pinggang keledar dipakai rapi. Daus menghampiri sisi kereta milik Shahir Safwan.
“bawak kereta elok-elok!” pesan Daus.
“ok! esok awal pagi kita jumpa,” ujar Shahir Safwan.
“Dira, esok jangan lupa ikut abang Shahir nie datang sekali. Kang merajuk pulak kak Ema kamu tu!” beritahu Daus sambil melihat ke wajah tunangan kawannya itu.
“insyaallah……” ringkas kata-kata gadis itu.
“kami pergi dulu ye!” sampuk Shahir Safwan lagi.
“ok!!”……. balas Daus.
Kereta Shahir Safwan perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah Daus. Pemanduannya berjalan dengan lancar walaupun kesibukan jalan raya pada petang itu. Shahir Safwan membawa Dira Zulaikha pusat Bandar yang terletak tidak jauh dari hospital tempat mereka bekerja itu.
“kita nak pergi mana nie?” soal Dira Zulaikha.
“adalah..kejap lagi Dira taulah!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“nak pergi beli hadiah untuk kak Ema ke?” tanya Dira Zulaikha lagi.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya.
“dah tu, kita nak pergi mana?” ujar gadis itu tidak puas hati.
“ok, kita dah sampai. Jom turun!” ajak Shahir Safwan apabila kereta yang dipandunya berhenti di depan sebuah butik pengantin yang turut menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian.
“kita nak pergi kedai tu ke?” tanya Dira Zulaikha pelik.
“yelah…dah, jom turun!” ajak Shahir Safwan lagi seraya membuka pintu keretanya. Tali pinggang keledar yang dipakainya tadi dilucutkan. Dira Zulaikha turut berbuat demikian.
Shahir Safwan menggenggam erat tangan gadis itu. Pintu butik pengantin itu dibuka perlahan. Matanya melilau mencari kelibat Halimah, ibu saudaranya dan juga mak kepada Zita.
“dik, Puan Halimah mana ye?” soal Shahir safwan kepada salah seorang pekerja di butik itu.
“Pn. Halimah ada kat dalam tu, tunggu sekejap. Nanti saya panggilkan!’ ujar pekerja itu lalu pergi meninggalkan Dira Zulaikha dan Shahir Safwan di situ.
“kita nak buat apa kat sini?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“abang nak ambik baju yang abang tempah!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo……..”
Tidak lama selepas itu, kelihatan Halimah keluar bersama-sama dengan pekerja tadi itu.
“assalamualaikum…mak usu!” ucap Shahir Safwan apabila melihat susuk tubuh ibu saudaranya itu.
“waalaikumussalam……Shahir rupanya. Patutlah pekerja mak usu tadi tak kenal bila mak usu tanya sape yang datang.
“Shahir ganggu mak usu ke?”
“takdelah, mak usu tengah rehat kat dalam tu. Jemputlah duduk!” ajak Halimah mesra.
Shahir Safwan, Dira Zulaikha dan Halimah mengambil tempat di kerusi yang telah disediakan itu.
“kamu datang sini sebab nak ambik baju tu ke?” tanya Halimah ingin tau.
“aaahh mak usu, baju tu dah siap ke belum?” soal Shahir Safwan pula.
“dah, dah 3 hari mak usu siapkan. Hmm…yang duduk kat Shahir tu mesti Dira kan, bakal isteri Shahir!” kata Halimah seraya memandang muka Dira Zulaikha.
“ye mak usu, nie lah Dira Zulaikha. Tunang Shahir,” ujar Shahir Safwan dengan memperkenalkan Dira Zulaikha kepada Halimah.
“ooo…..mak usu tak kenal. Lagi pun masa kamu bertunang dulu, mak usu tak dapat pergi!” balas Halimah lembut.
Dira Zulaikha bangun dan pergi menyalami tangan wanita itu. Dian kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.
“kamu berdua tunggu kat sini dulu, mak usu masuk ke dalam sekejap ambil baju yang kamu tempat dulu tu!” pinta Halimah kepada Dira Zulaikha dan juga Shahir Safwan.
“mak saudara abang?” Dira Zulaikha bersuara.
“aaahh, satu-satunya mak saudara abang. Dan juga mak kepada sepupu abang yang bernama Zita.” beritahu Shahir Safwan tanpa ditanya.
“Shahir…Dira..cubalah dulu baju nie, manalah tau takut tak muat pulak!” arah Halimah sambil menghulurkan sehelai baju kemeja batek dan sepasang baju kurung moden yang coraknya sama dengan baju kemeja itu.
“maaf, baju kurung tu bukan Dira punya!” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“eh, mak cik jahit baju nie memang untuk Dira. Shahir yang berikan kain nie kat mak cik, katanya untuk dipakai semasa majlis perkahwinan kawan dia nanti,” kata Halimah kepada gadis itu.
“ye, abang belikan kain tu masa abang pergi kursus kat Perak ari tu!” Shahir Safwan berterus terang kepada Dira Zulaikha.
“tapi baju nie dah siap mak cik jahit, mana mak cik tau ukuran badan Dira?” soal Dira Zulaikha hairan.
“anak saudara mak usu nie haaa…dia yang bagi tahu ukuran badan Dira kat mak usu. Mak usu pelik jugak macam mana dia tau pasal tu. Bila mak usu tanya dia kata agak-agak je. Mak usu nak jahit pun serba salah. Takut tak muat dengan badan Dira,” Halimah menjelaskan dengan panjang lebar.
“lagi satu tak payahlah panggil mak usu mak cik. Kan Dira dah nak jadi sebahagian dari keluarga mak usu. Panggil mak usu je, tak yah malu-malu!” sambung Halimah lagi.
“baiklah mak usu!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“dah, pergi cuba dulu baju nie. Kalau rasa tak selesa mak usu boleh ubah kan balik sementara kamu ada kat sini!” arah Halimah.
“Dira masuk bilik yang kat hujung tu!
Dira Zulaikha hanya mengikut sahaja arahan wanita itu. Baju kurung di tangan wanita itu di capai.
“Shahir tak nak cuba ke baju tu?” tanya Halimah pula kepada anak saudaranya itu.
“takpelah mak usu, lagi pun baju nie kan ikut ukuran badan Shahir!” jawab Shahir Safwan.
“iku suka kamulah, dah kamu kata macam tu. Hmm kita tengok dulu samada baju tu padan tak dengan tunang kamu tu!” balas Halimah.
“Dira…dah siap ke belum?” suara Shahir Safwan kuat menyoalkan gadis yang berada di dalam bilik persalinan itu.
“dah, Dira dah siap nie!” jawab Dira Zulaikha dari arah dalam. Pintu bilik itu dibuka perlahan. Dira Zulaikha keluar dengan memakai baju kurung moden yang dihiaskan dengan pelbagai bentuk labuci.
“haaa…muat pun. Pandai juga Shahir agak ukuran badan Dira nie ye! puji Halimah apabila baju yang dijahitnya sendiri itu kelihatan sesuai dengan bentuk badan gadis yang kecil molek dihadapannya itu.
“hehehe…mestilah mak usu. Tengoklah sapa yang bagitahu!” kata Shahir dengan bangganya.
“abang, macam mana?. ok tak?” tanya Dira Zulaikha apabila berada didepan tunangnya itu. Sambil matanya mengalih pada wajah wanita itu.
“ok…cantik sangat-sangat. Memang sesuai sangat dengan Dira!” ujar Shahir Safwan dengan memuji ikhlas gadis itu.
“Dira rasa macam mana?. Ada yang perlu mak usu ubah kan?” soal Halimah mesra.
“hmm…dah ok nie mak usu. Pandai mak usu jahit, cantik pulak tu!” kata gadis itu dengan senyuman dibibirnya.
“mak usu jahitkan baju nie khas untuk anak saudara mak usu nie. Biasanya mak usu akan serahkan kepada pekerja-pekerja mak usu untuk menjahit baju. Tapi takpelah, untuk Shahir dan Dira mak usu sanggup turun padang jahit baju korang nie!”
“sebab tulah Shahir suka tempah baju ngan mak usu nie!” sampuk Shahir dengan memeluk bahu Halimah.
“pandailah kamu Shahir, macam lah mak usu tak kenal dengan perangai kamu tu!” perli Halimah.
“Dira pergi salin baju nie dulu ye!” sampuk Dira Zulaikha.
Shahir Safwan dan Halimah hanya tersenyum. Gadis itu sudah pun masuk ek dalam bilik persalinan untuk menukar kembali baju yang dipakainya tadi. Hampir 10 minit berada di dalam bilik itu, Dira Zulaikha kembali semula dengan lipatan baju di tangannya itu.
“mak usu, kami balik dulu ye!” beritahu Shahir Safwan.
“dah nak balik, tak sempat mak usu nak buat air!” ujar Halimah lembut.
“tak payah susah-susah mak usu. Lagi pun mak usu kan ada banyak keej kat dalam tu!” balas Shahir Safwan.
“kalau macam tu, Shahir dengan Dira tunggu sekejap, mak usu pergi masukkan baju-baju nie dalam beg plastic!”
“mak usu tolong kira sekali ye!” pinta Shahir Safwan kuat.
“sayang……..bila kita kawin nanti, kita tempah baju ngan mak usu ye!!!” cadang Shahir Safwan.
“kawin??” soal Dira Zulaikha.
“yelah…kawin. Sayang tak nak kawin ngan abang ke?” tanya Shahir Safwan lembut.
Dira Zulaikah tersenyum melihat wajah tunangnya itu.
“haa…yang sayang abang nie tiba-tiba senyum nie kenapa?. Abang salah cakap ke?” tanya Shahir Safwan pelik.
“tak….takde apa-apa. Saja Dira nak senyum kat abang!” jawab Dira Zulaikha selamba.
“yelah tu…!” Shahir Safwan mencubit pipi lembut gadis itu. Dengan memiliki kulit yang putih, serta merta pipi yang dicubit itu menjadi kemerahan.
“sakitlah bang!!!...ujar gadis itu seraya merasa pipinya.
“olollololo…sakit ye!! sori-sori, abang tak sengaja!” kata Shahir Safwan sambil menggosok lembut pipi gadisnya itu.
“ehem…ehem….kalau nak bermesra pun tunggulah lepas dapat lesen nanti. Kesian kat pekerja-pekerja mak usu nie, jeles diorang tengok kamu berdua nie!” kata Halimah sinis.
“lambat lagilah mak usu, Shahir niekan dah tak sabar nak berdua-duaan dengan bakal isteri Shahir nie,” balas Shahir Safwan dengan mengusik Dira Zulaikha. Gadis itu tampak malu apabila kena usik dengan Shahir Safwan.
“ishh kamu nie Shahir, kesian mak usu tengok Dira nie. Dah merah muka dia tu!” kata Halimah.
“kalau mak usu nak tau Dira nie memang pemalu sejak jadi tunang Shahir. Kalau dulu bukan main lagi suka cari gaduh ngan Shahir, tapi sekarang nie langsung tak nampak dia buat macam tu,” usik Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha menjeling manja kepada lelaki di sebelahnya itu. Tangannya laju mencubit perut Shahir Safwan.
“aduhh…..kuatnya sayang abang nie! ujar Shahir Safwan sambil menggosok perutnya yang kena cubit itu.
“padan muka, sape suruh usik Dira depan mak usu!” kata gadis itu dengan selamba.
“sudah-sudah, kamu nie Shahir suka sangat usik tunang kamu tu!” marah Halimah.
“nie baju kamu mak usu dah letakkan dalam beg plastic!” sambung Halimah lagi seraya menghulurkan beg plastic ke tangan Shahir Safwan.
“berapa semua nie mak usu?” soal Shahir Safwan yang ingin membayarnya.
“tak payah..mak usu jahitkan khas untuk kamu berdua nie!” beritahu Halimah dengan ikhlas.
“tapi mak usu…….”
“tak payah nak tapi-tapi, mak usu ikhlas jahitkan baju tu untuk Shahir ngan Dira. Anggaplah baju yang mak usu jahitkan tu sebagai hadiah untuk pertunangan Shahir ngan Dira!”
“tak boleh macam tu mak usu…Dira ngan abang dah susahkan baju dengan jahit baju nie..
“Dira…mak usu ikhlas jahitkan baju tu untuk korang berdua!”
“kalau macam tu, baju kawin kami nanti Shahir nak tempah kat mak usu jugaklah! dapat free lagi,” ujar Shahir Safwan berseloroh.
“yelah!!kalau nak suruh mak usu jahitkan baju kawin tu, kenalah datang awal-awal sikit kat sini. Nanti mak usu tunjukkan contoh rekaan baju kawin kat kamu berdua,” ujar Halimah lagi.
“betul ke mak usu?” tanya Shahir Safwan.
“betullah, takkan mak usu nak main-mainkan anak saudara mak usu nie!”
“terima kasih mak usu…Shahir ngan Dira baik dulu ye!” ucap Shahir Safwan seraya bersalam dengan Halimah.
“yelah…kirim salam mak usu kat mama ngan papa kamu ye!” pesan Halimah lembut.
“insyaallah mak usu!” kata Shahir Safwan ringkas.
Dira Zulaikha turut sama menyalami tangan Halimah. Halimah menghantar mereka berdua sehingga ke pintu masuk kedainya.
“baikkan mak usu abang tu. Dahlah jahitkan sendiri baju nie, nak bayar pun dia tak kasi!” puji Dira Zulaikha ikhlas.
“sama macam abang kan!” ujar Shahir Safwan selamba.
“elehh…mana sama. Dira tengok mak usu abang tu lagi baik dari abang!” balas Dira Zulaikha.
“abang baik jugak, tapi abang lebih baik ngan sayang abang nie je! dengan orang lain abang kurang baik sikit..dengan sayang je abang baik banyak-banyak!”
“hehehe…yelah-yelah! abang baik banyak.”
“macam tulah! kita pergi makan nak, abang laparlah!” ajak Shahir Safwan lembut.
“kita makan nasi berlaukan masakan kampung nak!” cadang Dira Zulaikha.
“boleh jugak! abang ada kenal satu kedai makan yang menyediakan masakan kampung. Apa kata abang bawak sayang pergi makan kat sana, nak tak?” tanya Shahir Safwan kepada gadis di sebelahnya itu.
“jauh ke?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“taklah, dekat je nie! kejap lagi kita sampai kat kedai tu!” jawab Shahir Safwan.
Kereta yang dipandunya meluncur laju di atas jalan raya menuju ke kedai yang dikatakannya. Hampir 20 minit berada di atas jalan raya, Shahir Safwan membelokkan keretanya ke lorong kanan jalan. Terdapat deretan kedai yang dibuka di situ. Antaranya kedai makan, kedai runcit, kedai menjual peralatan computer dan sebagainya.
Setelah kedua-duanya keluar dari dalam kereta, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha melangkah masuk ke dalam kedai makan dihadapannya itu. Kelihatan begitu ramai pelanggan yang menikmati masakan di situ. Shahir Safwan mengambil tempat di luar sahaja, katanya lebih selesa makan kat luar.
“duduklah!” ujar Shahir Safwan lau menarik kerusi untuk Dira Zulaikha duduk.
“terima kasih……” ucap Dira Zulaikha kepada lelaki itu.
“sama-sama kasih sayang!” balas Shahir Safwan dengan selambanya.
Shahir Sfawan mengambil tempat di hadapan gadis itu. Seorang pelayan kedai itu datang menghampiri meja makan Dira Zulaikha dan Shahir Safwan sambil membawa menu makanan ditangannya.
“abang…kakak………”tegur pelayan itu dengan meletakkan menu itu di atas meja.
Shahir Safwan mengambil menu tersebut lalu melihatnya.
“Dira nak makan apa?” tanya Shahir Safwan.
“apa-apa jelah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“abang pilih untuk Dira ye! hmm…bagi abang 2 nasi kosong, ikan patin masak tempoyak, sambal sotong dan 2 gelas air sirap bandung. Kalau ada ulam bawak sekali ek!” beritahu Shahir Safwan.
Pelayan itu menulis menu yang dipesan oleh Shahir Safwan.
“abang ngan akak tunggu sekejap ye!” pinta pelayan itu lembut.
Pelayan itu kembali lagi dengan membawa menu yang dipesan oleh Shahir Safwan tadi. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut, Shahir dan Dira Zulaikha menjamu selera dengan masakan kampung. Shahir Safwan meletakkan sambal sotong ke dalam pinggan nasi Dira Zulaikha.
“Dira cuba rasa sambal sotong kat sini, memang sedap sangat!” ujar Shahir Safwan lembut.
“ye ke?” tanya Dira Zulaikha.
“betul, abang tak tipu. Dira rasalah dulu!” ujar Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha mengambil sotong yang telah dikerat itu lalu memasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah dengan perlahan.
“macam mana, sedap tak?” soal Shahir Safwan.
Gadis itu menganggukkan kepalanya..”hmm memang sedap!” jawab Dira Zulaikha.
“kan abang dah kata, sambal sotong kat sini memang sedap! nanti Dira belajar buat sambal sotong eh!” pinta Shahir Safwan.
“kalau Dira punya sambal sotong tak sedap macam mana?” soalan menguji keikhlasan hati tunangnya.
“takpe, abang tetap akan makan jugak. Yang penting sambal sotong tu buatan air tangan isteri abang.”
“belum kawin bolehlah abang cakap macam tu. Nanti bila dah kawin, bila Dira dah masak sambal sotong tu, abang kata tak sedaplah…tawar lah…terlebih garam lah!” kata Dira Zulaikha.
“takkanlah abang nak cakap macam tu pulak kat masakan sayang abang nie! mula-mula memanglah macam tu, tapi bila dah lama tentu sambal sotong masakan Dira lebih sedap dari sambal sotong kat kedai nie!”
Masing-masing tersenyum sambil menikmati juadah di atas meja itu.


BAB 28
Ketika sedang memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg, Mak Zeera masuk ke dalam bilik tido anaknya itu.
“kak long dah siap kemas baju?” tanya Mak Zeera sambil duduk di hadapannya anaknya itu.
“tinggal sikit je lagi mak! kak long cuma nak masukkan baju nie je,” beritahu Dira Zulaikha.
“pukul berapa Shahir nak datang ambik kak long besok?” soal Mak Zeera lagi.
“awal pagi jugak mak, mungkin dalam pukul 8 pagi. Kawan abang Shahir kata diorang nak kumpul dulu kat rumah tu. Lepas tu barulah bertolak ke lapangan terbang.” Ujar Dira Zulaikha seraya tangannya lincah melakukan keje.
“awal jugaklah….” Kata Mak Zeera ringkas.
“mak….takpe ke kak long tinggal mak sorang-sorang kat rumah nie!” tanya Dira Zulaikha ambil berat.
“kan Mama Syikin ngan Papa Norman dan janji nak datang jenguk mak kat sini. Kak long pergi jelah, tak baik kalau batalkan di saat akhir. Kesian kat bakal isteri kawan Shahir tu, mengharap sangat kedatangan kak long kat sana!”
“tapi kak long rasa lain, yelah kak long kan selalu dengan mak kalau nak pergi mana-mana. Tapi kali nie mak tak ikut kak long sekali,” luah Dira Zulaikha perlahan.
“kak long…….kak long! Tak payah fikir sangat pasal tu, nanti bila kak ,long dah kawin tentu tak tinggal ngan mak lagikan! Jadi masa nie lah kak long kena buat persediaan,” pujuk Mak Zeera lembut.
“mak nie, kalau kak long kawin nanti mak tetap kak long datang tengok. Takkan kka long nak biar mak sorang-sorang kat rumah nie! tak pun, kak long ngan abang duduk kat sini!” ujar gadis itu.
“mana boleh macam tu, kak long! Sebagai seorang isteri, kak long kena ikut ke mana saja dia pergi. Dia nak duduk kat rumah keluarga dia ke, dia nak pindah kat rumah yang lain ke, kak long tetap kena ikut dia. Sesekali datanglah tido kat rumah mak nie!” kata Mak Zeera sambil memandang wajah anak kesayangannya itu.
Dira Zulaikha memeluk erat ibunya itu. Mak Zeera mengelus lembut rambut lurus anaknya.
“dah, kak long tido awal sikit malam nie! mak keluar dulu ye,” pinta Mak Zeera kepada anaknya itu.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya.
“selamat malam mak!” ucap gadis itu lembut.
“selamat malam……” balas Mak Zeera seraya bangun dan keluar dari bilik Dira Zulaikha.
Belum sempat Dira Zulaikha memejamkan matanya, telefon bimbitnya berbunyi minta diangkat. Dira Zulaikha berkalih ke sebelah kanan dan mencapai telefon yang berada dibawah bantal tidonya.
“assalamualaikum….” Ucap Dira Zulaikha selepas menekan butang menjawab panggilan.
“waalaikumussalam……” balas Shahir Safwan. Dira buat apa tu?”
“baru lepas kemas baju..lepas tu Dira baring je atas katil nie!” beritahu Dira Zulaikha.
“dah nak tido ke?” Tanya Shahir Safwan.
“belum lagi, baru baring je nie!” ujarnya pada corong telefon.
“ingatkan dah nak tido tadi, dah siap kemas?” soal lelaki itu lagi.
“dah, lagi pun bukan banyak sangat Dira nak bawak!”
“baju abang yang mak usu bagi tadi ada ngan Dira kan?”
“ada, Dira dah masukkan dalam beg pakaian Dira!” beritahu Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan dihujung talian.
“kalau macam tu takpelah, abang ingat abang salah letak baju tu tadi. Hmmm…esok dalam pukul 8 pagi abang datang ambik Dira kat rumah ye! Cakap kat mak, petang esok mama ngan papa datang jenguk mak kat sana,” Shahir menyampaikan pesanan daripada Dr. Syikin dan juga Dr. Norman.
“insyaallah, nanti Dira cakap kat mak!”
“abang letak telefon dulu ye, baju abang belum siap kemaskan lagi. Jangan lupa bangun awal sikit besok, lambat abang tinggal!” usik Shahir Safwan.
“ye, takkan Dira  nak bangun lambat pulak! entah-entah abang yang bangun lambat esok!” balas Dira Zulaikha.
“taklah, abang dah siap set jam kat tepi abang nie……abang letak dulu ye! Selamat malam..tido mimpi kan abang sama,” ujar Shahir Safwan dengan tawanya yang perlahan.
“selamat malam….tengoklah, kalau abang muncul dalam mimpi Dira, Alhamdulillah. Tapi kalau orang lain yang muncul nak buat macam mana kan, Dira tak boleh nak halang!”
“mana boleh, abang tak nak Dira mimpikan orang lain.” Jawab Shahir Safwan dengan pantas.
“laa….takkan Dira nak mimpi mak pun tak boleh! Apalah abang nie, kalau abang nak Dira mimpikan abang malam nie, abang kenalah doa-doakan supaya muka abang masuk dalam mimpi,” pinta Dira Zulaikha sambil ketawa kecil.
“bagus jugak Dira nie ye!...sempat lagi suruh abang doakan malam nie,” perli Shahir Safwan.
“Dira kan memang dah bagus dari dulu lagi, abang je yang tak tau! Ok ye bang, Dira masuk tido dulu. Nanti Dira mimpikan abang ye! Selamat malam….assalamualaikum!!!....
“waalaaikumussalam…..selamat malam sayang!”
Seawal pagi lagi Shahir Safwan sudah bangun dari lenanya. Selepas solat subuh, dia terus bersiap dan berkemas apa yang patut. Beg pakaiannya dijinjing seraya menuruni anak tangga menuju ke bawah. Dr. Norman dan Dr. Syikin sudah berada di ruang meja makan. Shahir Safwan meletakkan beg pakaian di atas kerusi sofa di ruang tamu, dia kemudiannya bergerak menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama-sama dengan orang tuanya.
“assalamualaikum mama…..papa. Selamat pagi!” ucap Shahir Safwan lalu mengambil tempat di hadapan Dr. Syikin.
“waalaikumussalam…..selamat pagi! Balas kedua ibu bapanya serentak.
“dah siap ke?” soal Dr. Norman.
“dah papa……” jawab Shahir Safwan ringkas.
“sarapan dulu, pastu baru pergi ambik Dira kat rumah tu! Along janji pukul berapa nak ngan Dira?” soal Dr. Syikin sambil tangannya lincah menuangkan air minuman ke dalam cawan lalu diberikan kepada Shahir Safwan.
“along janji dalam pukul 8 mama…papa! Masih ada masa lagi nie!” beritahu Shahir Safwan. Mee yang berada di dalam bekas di letakkan sedikit ke dalam pinggan yang kosong.
“sampai sana nanti, cakap kat Daus dan mak ayah dia yang mama ngan papa kirim salam!!” pesan Dr. Norman kepada anaknya itu.
“insyaallah papa…mama! Nanti along cakap kat Daus,” sambil menyuapkan mee ke dalam mulutnya.
“makan pelan-pelan, kan tercekik pulak!” balas Dr. Syikin lembut.
Cawan yang berisi air di capainya lalu dihirup perlahan. Jam di tangannya dilihat sekilas sebelum dia bangun dari kerusi itu.
“mama….papa..along pergi dulu ye! Ujar Shahir Safwan.
“yelah…hati-hati bawak kereta tu. Jaga bakal menantu mama baik-baik ye long!” pesan Dr. Syikin.
“ok ma…..tangan Dr. Syikin dan Dr. Norman disalamnya lembut.
Beg pakaian yang berada di atas kerusi sofa di ambilnya sebelum melangkah keluar. Kasut yang berada di atas rak disarungkan ke kaki. Shahir Safwan bergerak laju menuju ke garaj keretanya. Beg pakaian diletakkan di tempat duduk belakang sebelum dia masuk ke tempat pemaduannya.
Pemanduannya berjalan dengan lancar sehingga sampai di perkarangan rumah Daus sekeluarga. Daus dan ahli keluarga yang lain sudah berkumpul di luar rumah. Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dari kereta dan menuju ke tempat yang lain berkumpul.
“aku lambat sampai ke Daus?” tanya Shahir Safwan apabila Daus menghampirinya.
“takdelah…Cuma kami yang kat sini je terlebih awal bersiap. Kau ngan Dira dah makan belum nie?. kalau belum jom lah kita makan dulu, umi aku ada sediakan sarapan tadi!” ajak Daus.
“aku dah makan kat rumah tadi..Dira pun dah sarapan sebelum aku pergi ambik dia kat rumah tadi..mama ngan papa aku sampaikan salam buat umi ngan ayah kau, termasuklah kau sekali!” beritahu Shahir Safwan.
“waalaikumussalam……nanti aku cakap kat umi ngan ayah aku. Kau nak bawak kereta kau kat sana atau nak naik sekali ngan aku?” ujar Daus kepada lelaki dihadapannya itu.
“aku naik kereta aku jelah..lagi pun lepas balik kat sini nanti takdelah kau susah-susah nak hantar aku kat rumah tu!” jawab Shahir Safwan.
“kalau macam tu elok jugak kita bertolak sekarang….kau dah bawak benda-benda yang penting tu kan?. Passport…semua sekali yang pentinglah!” soal Daus ingin tau.
“dah, aku dah siapkan semuanya, termasuk ngan Dira sekali! Kata Shahir Safwan sambil memandang wajah gadis di sebelahnya itu.
“baguslah kalau macam tu, aku pergi jumpa ngan umi dan ayah aku dulu.!” ujar Daus seraya berlalu meninggalkan Shahir Safwan dan Dira Zulaikha bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.
Dira Zulaikha sedikit gelisah apabila mendengar pengumumam untuk penerbangan ke Sabah. Tangannya kejap-kejap digenggam. Tidak pernah walau sekali pun menaiki kapal terbang menyebabkan hatinya berdebar-debar. Shahir Safwan menggenggam tangan Dira Zulaikha semasa menaiki tangga untuk masuk ke dalam perut kapal terbang itu. Daus dan ahli keluarganya yang lain sudah pun mengambil tempat masing-masing.
Tiba di tempat duduk, Shahir Safwan menyuruh Dira Zulaikha duduk tepi tingkap. Manalaka dia duduk di tepi Dira Zulaikha bersebelahan dengan laluan orang ramai.
Semua penumpang dikehendaki memakai tali pinggang keledar masing-masing. Penerbangan akan bermula sebentar saja lagi. Pengumuman sudah pun di keudarakan melalui speaker yang disediakan.
“kenapa nie, abang tengok muka Dira pucat je!” tegur Shahir Safwan apabila melihat wajah Dira Zulaikha sedikit cemas.
“hmm…sebenarnya Dira takut naik kapal terbang nie…gayat!” beritahu Dira Zulaikha tanpa berselindung.
“pasal tu rupanya. Tak payah nak takutlah,abang kan ada sebelah Dira nie!” ujar Shahir Safwan lembut.
Tangan Dira Zulaikha diambilnya dan digenggam lembut. Perlahan-lahan digosok supaya hilang rasa cemas gadis itu. Dira Zulaikha memandang Shahir Safwan dengan kerutan didahinya.
“kenapa tengok abang macam tu!” tanya Shahir Safwan.
“”lama lagi ke nak sampai kat Sabah tu?” soal Dira Zulaikha perlahan.
“laaa…kapal terbang niekan baru je berlepas. Lebih kurang sejam lagi kita sampailah kat sana. Dah tak sabar ke nak jejak kaki kat Sabah tu!” kata Shahir Safwan sinis.
“bukan tak sabar, cuma rasa nak cepat keluar dari dalam nie!” jawab Dira Zulaikha selamba.
“isshh sayang nie….kalau kita dah kawin nanti, abang bawak sayang naik kapal terbang nie lagi jauh.!” Usik Shahir Safwan.
“tak naklah Dira..abang pergilah sorang-sorang!” balas gadis itu perlahan.
“kalau abang yang naik kapal terbang nie sorang-sorang bukan honeymoonlah jawabnya. Takkan Dira nak abang pergi honeymoon sorang-sorang, mana pernah orang buat!” kata Shahir Safwan seraya mencuit hidung kecil gadis itu.
“adalah, abang je yang tak tau!” ujar Dira Zulaikha.
“ada?. Sape?. Dira pernah tengok ke?” soal Shahir Safwan pelik.
“belum lagi, tapi akan tengok jugak nanti!” jawab Dira Zulaikha sambil tersenyum.
“abang tak fahamlah! Belum tapi akan tengok, apa nie!” kata Shahir Safwan geram.
“yelah, nanti bila abang naik kapal terbang nie sorang-sorang nak pergi honeymoon, masa tulah Dira tengok..sekarang nie memanglah belum tengok lagi!”
“ooo….jadi sayang abang nak kenakan abang lah nie ye!!!” balas Shahir Safwan seraya mencuit hidung Dira Zulaikha buat kali kedua.
“mana ada Dira nak kenakan abang!” nafi gadis itu.
“dah tu?” tanya lelaki itu ringkas.
“Dira cuma nak bagitahu kat abang je, kan abang jugak yang nak tau ada tak orang pergi honeymoon sorang-sorang!”
“yelah Cik Dira Zulaikha Binti Suhaimi……” panjang Shahir Safwan menyebut nama itu.
“abang marah Dira ke?” soal Dira Zulaikha lembut.
“takdelah, kenapa pulak abang nak marah kat Dira?” soal Shahir Safwan kembali.
“hmm…tak pernah abang sebut nama penuh Dira. Kali nie boleh pulak sebut nama tu dengan panjang. Manalah taukan, ada orang tu tengah marahkan kat kita,” ujar Dira Zulaikha.
“kalau abang marah, Dira pandai ke nak pujuk abang bagi tak marah?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
Dira Zulaikha menggelengkan kepalanya laju.
“haaa….nasib abang tak marah, kalau tak sia-sia je abang buat macam tu!” kata Shahir Safwan kepada gadis itu.
“kenapa pulak sia-sia?” soal Dira Zulaikha.
“habis, Dira tak reti nak pujuk abang bagi tak marah. Takkan abang nak telefon kat mama suruh dia yang pujuk abang…tak ke malu kalau abang buat macam tu!” beritahu Shahir Safwan panjang lebar.
“hehehe….memanglah sekarang nie Dira tak pandai nak pujuk abang, nanti bila dah kawin kan Dira boleh belajar ngan abang cara nak pujuk suami yang tengah marah,” balas Dira Zulaikha selamba. Ketawa halusnya mula kedengaran pada telinga lelaki itu.
Shahir Safwan geli hati dengan jawapan Dira Zulaikha. Semakin lama mengenali gadis itu, semakin dia dapat mengetahui perangainya yang sebenar. Tanpa dia sedari penerbangannya sudah pun hampir sampai ke tempat yang dituju.
Pihak keluarga Ema sudah pun menyediakan pengangkutan untuk rombongan mereka semua. Sebanyak 2 buah van telah disediakan di depan pintu keluar masuk bangunan itu. Masing-masing memasuki ke dalam van tersebut dan mula menuju ke rumah tumpangan yang telah disewakan oleh Daus.
Kundasang, Sabah, sebuah tempat yang begitu cantik dengan pemandangan dimasuki oleh pemandu van untuk sampai ke rumah tumpangan yang disewakan khas oleh Daus untuk rombongan mereka itu. Setelah sampai ke rumah tersebut, ahli keluarga Daus yang lain mula masuk ke dalam rumah itu bagi merehatkan diri setelah penat dalam perjalanan yang agak lama itu. Daus menghampiri Shahir Safwan dan Dira Zulaikha.
“Shahir, kau ngan Dira duduk kat rumah aku jelah. Lagi pun umi ngan ayah aku pun duduk kat sana jugak!” ajak Daus.
“hmm…..Dira macam mana?” soal Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“Dira ikut abang je! Nak duduk kat sini pun boleh jugak…….,” jawab Dira Zulaikha.
“Daus dah ajak kita pergi duduk kat rumah dia! Kita ikut dia jelah ek!” beritahu Shahir Safwan.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya lembut.
“kalau macam tu, petang nanti kita balik kat rumah aku! Kau ngan Dira pun nampak penat je nie,” cadang Daus lagi.
“elok jugak tu….aku pun dah ngantuk sangat nie! ingat nak tido sekejap,” beritahu Shahir Safwan kepada Daus.
“hmm…kau masuk je bilik yang kat tengah tu, dalam tu Ema dah letakkan bantal ngan tilam. Dira pun nak tido jugak ke?” tanya Daus ingin tau.
“takpe, Dira duduk ngan diorang kat luar nie je!” kata Dira Zulaikha perlahan.
“kalau Dira rasa letih sangat, pergilah rehat dulu. Masuk je bilik yang pertama tu atau bilik yang kat hujung sana tu.. tapi jangan salah masuk bilik Shahir pulak! tunggu lepas dapat lesen nanti,” ujar Daus dengan tersengih. Dira Zulaikha sudah tertunduk malu. Shahir Safwan menepuk bahu kawannya itu.
Majlis akad nikah telah dilakukan pada malam itu. Hanya dengan sekali lafaz, Daus sudh pun bergelar seorang suami kepada Ema. Paluan kompang sudah berbunyi menandakan rombongan dari pihak daripada pengantin lelaki datang ke rumah pihak pengantin perempuan. Majlis dilakukan dengan mengikut adat istiadat orang melayu. Walaupun zaman telah moden namun masih terdapat ramai kaum melayu di sana mengamalkan adat istiadat menyambut kedatangan pihak pengantin lelaki.
Daus memakai sepasang baju melayu beserta dengan sampin dan diselitakan dengan sebilah keris di celah sampin tersebut manakala Ema lebih suka memakai baju kurung moden yang mengikut susuk badannya dihiasi dengan batu permata di lengan dan juga bahagian badan baju itu. Tema untuk majlis perkahwinan itu bertemakan warna hijau epal.
Pengantin perempuan berjalan dengan diiringi oleh ibunya sehingga sampai ke tempat Daus. Mereka kemudiannya diarak dengan sekali lagi paluan kompang ke tempat pelamin yang telah dihias indah. Daus meminta Shahir Safwan menjadi pengapitnya. Dira Zulaikha pula dikehendaki menjadi pengapit bagi pihak pengantin perempuan. Baju yang bercorakkan batek yang dipakai oleh mereka berdua menampakkan lagi keserasian mereka berdua untuk menjadi pengapit bagi kedua-dua belah pihak.
Pada mulanya Dira Zulaikha agak keberatan untuk penjadi pengapit kepada Ema, namun selepas dipujuk beberapa kali oleh Daus, umi dan juga ayah Daus, akhirnya Dira Zulaikha bersetuju untuk menjadi pengapit Ema. Dira Zulaikha dan Shahir Safwan begitu kekok semasa menjadi pengapit raja sehari itu. Ini kerana kebanyakkan mata memandang ke arahnya dan juga Dira Zulaikha. Ada yang berkata mereka berdua seperti adik beradik kerana wajah mereka begitu mirip. Ada yang mengatakan mereka sepasang suami isteri dan macam macam lagi lah.
Yang membuatkan Shahir Safwan begitu cemburu apabila semasa majlis makan beradab, ketika itu Dira Zulaikha berada di celah-celah sanak saudara kedua-dua belah pihak pengantin. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang cuba mendekati Dira Zulaikha dari arah belakang. Apa lagi, cepat-cepat Shahir Safwan melangkah kakinya ke tempat Dira Zulaikha. Belum sempat lelaki itu ingin mengayat, Shahir Safwan sudah pun memeluk bahu Dira Zualaikha dengan lembut.
“sayang, kenapa duduk kat sini je!” ujar Shahir Safwan sambil mengerling ke arah lelaki itu.
Rona wajah lelaki itu berubah apabila Shahir Safwan memanggil Dira Zualikha dengan panggilan sayang. Lantas dengan serta merta lelaki itu berundur ke belakang.
“apa abang nie, tak malu ke orang tengah tu!” ujar gadis itu perlahan.
“biarlah, kalau abang tak buat macam tu tadi dah tentu tunang kesayangan abang nie dah diayat oleh lelaki mana tadi! Sempat lagi dia nak kacau tunang abang nie,” beritahu Shahir Safwan. Tangannya masih lagi berada di atas bahu Dira Zulaikha.
“lelaki mana pulak nie?” soal Dira Zulaikha seraya menoleh ke belakang.
“manalah abang kenal, dia dah pergi lepas abang panggil macam tu kat Dira tadi!” kata Shahir Safwan.
“dia nak tegur orang lain tak, mungkin abang dah salah faham ngan orang tu agaknya!” balas gadis itu.
“takkanlah abang salah faham….memang betul dia nak tackle tunang abang nie tadi. Nasib abang cepat tengok, kalau tak memang nak kena penumbuk sulung abanglah jawabnya!” ujar lelaki itu dengan selamba.
“”pandai sangatlah abang nak bagi penumbuk sulung abang kat orang tu!” perli Dira Zulaikha dengan tersengih.
“aikk! Macam tak percaya cakap abang je nie! takpe, kalau ada orang lain yang buat macam tu lagi, abang tak teragak-agak nak lepaskan penumbuk batu abang nie kat dia,” balas Shahir Safwan sambil menunjukkan penumbuknya itu.
“dah lah tu! Tak malu betul abang nie, kat sini pun nak buat perangai jugak. Cuba tengok kawan abang tu, ceria je Dira tengok dari tadi. Tak putus-putus dengan senyuman. Tengah makan pun masih tersenyum lagi!”
“Dauskan kan raja sehari ari nie, mestilah dia senyum tak putus-putus. Nanti abang pun camtu jugak!” ujar Shahir Safwan yang turut melihat ke arah Daus.
“kenapa pulak abang pun kena macam tu jugak nanti?” soal Dira Zulaikha pelik.
“yelah, dapat naik pelamin dengan orang yang abang sayang. Mana tak senyumnya cik Dira oii,”
“yelah tu!!!........balas Dira Zulaikha ringkas.
Setelah selesai makan beradab, pasangan pengantin mengambil gambar untuk dijadikan sebagai kenangan antara mereka.
“Shahir, Dira..jom kita bergambar sekali!” ajak Daus kepada pasangan tunang itu.
“takpelah, kau ambik jelah ngan Ema tu! Nie kan majlis perkahwinan korang berdua!” Shahir Safwan menolak pelawaan Daus untuk bergambar.
“apa salahnya, korang berdua kan pengapit aku kat sini. Mailah, takkan kau nak malu pulak,” ajak Daus lagi.
Shahir Safwan melihat ke arah Dira Zulaikha. Gadis itu hanya menjungkitkan bahunya.
“Dira, jomlah ambik gambar ngan akak! Boleh buat kenangan bila nak balik nanti!” sampuk Ema yang sudah berada di sisi suaminya itu.
“betul cakap bini aku tu Shahir. Tak pun kau boleh buat persediaan sebelum kau nak kawin nanti. Manalah tau ko nak ambik jurugambar untuk ambik gambar korang masa bersanding nanti. Haaa….time nielah ko boleh nak berposing habis. Takdelah kau kaku sangat nanti,” pujuk Daus lagi.
“melawak pulak kau kat sini! Mentang-mentang kau dah jadi suami orang, ikut suka kau je nak kenakan aku balik!” balas Shahir Safwan geram.
“alah….bukan selalu aku dapat kenakan kau, kan Dira!” ujar Daus dengan ketawa.
“abang nie, kesian kat Shahir ngan Dira nie. Dira, jom ikut akak. Kita bergambar sekali,” ajak Ema sambil menarik lembut tangan gadis itu.
“aaa….ko pun, mailah ikut sekali. Takkan kau nak biarkan tunang kau tu bergambar sorang-sorang kat atas pelamin tu!” kata Daus dengan sinis.
Shahir Safwan berdiri di sebelah Daus manakala Dira Zulaikha mengambil tempat di sisi Ema. Kedua-dua belah pihak pengantin turut sama bergambar untuk dijadikan kenangan. Masing-masing mempamerkan senyuman yang manis semasa bergambar. Pelbagai aksi yang dilakukan untuk meriahkan lagi sesi mengambil gambar bersama dengan pengantin.
“ok, apa kata kita suruh pengapit kita nie duduk kat atas pelamin pulak. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki berdiri di sebelah pengapit masing-masing, boleh tak?” soal jurugambar tersebut kepada raja sehari itu.
“ok, no problem! Jawab Daus seraya bangun dari kerusi itu. Ema juga turut bangun dna memberikan tempat itu kepada Dira Zulaikha.
“takpelah kak Ema..Dira berdiri je kat sini,” lembut sekali Dira Zulaikha berkata.
“laa…takpelah, kesian kat diorang nak tengok Dira ngan Shahir bergambar kat atas kerusi pelamin nie. Dira duduk je kat atas nie,” ujar Ema lalu menghenyakkan badan gadis itu ke atas kerusi tersebut.
“haaa…Shahir, kau pun duduklah sekali,” kata Daus kepada Shahir Safwan.
Shahir Safwan mengikut arahan kawannya Daus. Kerusi pelamin itu di duduknya perlahan. Daus dan Ema berdiri di sebelah di sebelah pengapit itu. Jurugambar itu telah bersiap sedia untuk mengambil gambar mereka semua. Shahir Safwan tersenyum manis ketika bertentang mata dengan gadis di sebelahnya itu. Daus dan Ema pula memainkan peranan mereka dengan mengipas pasangan itu. Ketika itu juga jurugambar tersebut mengabadikan gambar mereka dengan hanya menekan flash pada kamera ditangannya.
Petang itu setelah selesai semuanya, rombongan Daus mula berangkat pulang ke rumah tumpangan unuk merehatkan diri setelah penat. Daus sempat berpesan kepada Shahir Safwan bahawa dia akan balik malam nie. Pagi esoknya mereka semuanya akan bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Johor Bharu bagi menyiapkan persediaan untuk majlis sambut menantu.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama