AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 23 & 24


BAB 23
Pintu kereta dibuka, Dira Zulaikha memasukkan sebelah kakinya ke dalam kereta. Punggungnya di labuhkan ke atas kusyen kereta milik Shahir Safwan. Kereta yang dipandu oleh Dr. Norman sudah keluar dari kawasan rumah Dira Zulaikha
Shahir Safwan menghidupkan enjin keretanya. Dira Zulaikha duduk bersila di atas kusyen kereta itu.
“amboi…’sopan’ nya kau duduk!” kata Shahir Safwan sinis.
Dira Zulaikha hanya tersenyum mendengar.
“dah, pakai tali pinggang keledar tu!” arah Shahir Safwan sambil menutup pintu keretanya.
Dira Zulaikha hanya mengikut arahan Shahir Safwan tanpa banyak soal. Shahir Safwan memandu perlahan keretanya keluar dari kawasan rumah itu.
“kita singgah kat Petronas dulu, aku nak isi minyak kereta!” beritahu Shahir Safwan apabila keretanya sudah berada di atas jalan raya.
“nanti diorang tinggal kita pulak!” kata Dira Zulaikha.
“takpe, mama ngan papa mesti nampak kalau kita takde kat belakang kereta diorang. Bukan lama pun kita isi minyak kereta nie!” ujar Shahir Safwan sambil melihat gadis di sebelahnya itu.
Kereta yang dipandu oleh Shahir Safwan menapak masuk ke kawasan Petronas untuk mengisi minyak keretanya. Shahir Safwan kembali meneruskan perjalanannya setelah selesai mengisi minyak kereta.
Telefon bimbit Shahir Safwan berdering. Shahir Safwan yang sedang memandu kereta menyukarkannya untuk mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar sebelah kiri.
“Dira, kau tolong ambik telefon aku nie kejap!” pinta Shahir Safwan.
“kat mana?” soal Dira Zulaikha.
“dalam poket seluar aku nie!” beritahu Shahir Safwan.
Dira Zulaikha berusaha mengeluarkan telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar lelaki itu. Deringan telefon itu masih kedengaran semasa Dira Zulaikha mengeluarkannya.
“nah!” Dira Zulaikha menghulurkan telefon itu kepada Shahir Safwan.
“kau tolonglah jawab! Aku tengah pandu kereta nie,” arah Shahir Safwan.
“yelah-yelah!!!......
Dira Zulaikha menekan butang hijau kemudiaan melekatkan telefon itu pada telinganya.
“assalamualaikum……..” ucap Dira Zulaikha lembut tanpa mengetahui siapa si pemanggil itu.
“perempuan?. Sape pulak nie?” omel si pemanggil itu perlahan. Waalaikumussalam……..” balas si pemanggil yang berada di hujung talian.
“boleh saya cakap ngan Shahir?” pinta pemanggil itu lembut.
“Shahir?. Tunggu sekejap ye!” ujar Dira Zulaikha mesra.
“ada orang nak cakap nie!” beritahu Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“sape?” soal Shahir Safwan ringkas.
Dira Zulaikha menjungkitkan bahunya…”ntah, perempuan!” beritahunya lagi.
Shahir Safwan meletakkan jarinya ke telinga. Dira Zulaikha yang memahami isyarat itu segera melekatkan telefon bimbit itu ke telingan Shahir Safwan.
“assalamualikum…….” Shahir Safwan memberi salam selepas telefon itu dilekatkan ke telinganya.
“waalaikumussalam………” balas si pemanggil itu.
“aaahh, aku takde kat rumah. Mama ngan Papa pun takde!”
“perempuan?...ooo, tu girlfriend aku!”
“ok, kau datang lain kali jelah!”
“ok, waalaikumussalam…”
“dah?” tanya Dira Zulaikha kepada lelaki di sebelahnya.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya. Dira Zualikha menekan butang merah. Telefon bimbit Shahir Safwan masih berada di tangannya.
“sape?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“sepupu aku…..” ringkas jawapan Shahir Safwan.
“oooo……”
“kenapa kau tanya?” lelaki itu menyoalnya.
“takde apa-apa!” jawab Dira Zulaikha.
“kau ingat makwe aku ke?” tanya lelaki itu sekejap dengan melihat wajah gadis itu sekilas.
Dira Zulaikha tidak menjawab pertanyaan itu.
“ermm….aku tanya kau sikit boleh?” tanya Dira Zulaikha perlahan.
“boleh, kau nak tanya apa?” tanya Shahir Safwan.
“betul ke kau nak ditukarkan ke hospital di Sabah?” Dira Zulaikha sudah menyoalkannya kepada Shahir Safwan.
“Sabah??” soal Shahir Safwan terkejut.
“aaahhhh………”
“sape yang cakap?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“Anum……” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
“bila dia bagitahu kat kau?” tanya lelaki itu lagi.
“hmmm sehari sebelum kau masuk keje selepas kau balik dari kursus kat Perak,” beritahu gadis itu.
Shahir Safwan tersenyum mendengarnya.
“kau nie kenapa?. Aku tanya soalan, bukan buat lawak. Kenapa kau senyum?” soal Dira Zulaikha dengan nada geram.
“bila masa aku kena tukar kat Sabah pulak nie?” ujar Shahir Safwan yang masih lagi tersenyum.
“habis tu, Anum kata kau kena tukar kat sana!” kata Dira Zulaikha lagi.
“takdelah, dia main-main kan kau lah tu!” balas Shahir Safwan selamba.
“main-mainkan aku?” tanya Dira Zulaikha pelik.
“aahhh……..” ringkas jawapan yang keluar dari mulut Shahir Safwan.
“kenapa pulak dia nak main-mainkan aku?”
“manalah aku tau. Kenapa, kalau aku kena tukar kat sana kau suka ke?” soal Shahir Safwan sinis.
“sape cakap aku suka?” tanya Dira Zulaikha pantas.
“jadi kau tak suka aku kena tukar kat sana?” tanya Shahir Safwan dengan satu maksud yang tersirat.
“hmmm….” perlahan Dira Zulaikha berkata.
Shahir Safwan menoleh lama melihat wajah gadis itu. Namun selepas itu dia kembali melihat ke arah jalan raya di depannya.
“aku pasang radio nie ek!” ujar Dira Zulaikha seketika.
Shahir Safwan tidak memberi sebarang jawapan. Jari jemari Dira Zulaikha laju menekan butang yang ada. Siaran radio Hot Fm menjadi pilihan telinga Dira Zulaikha. DJ yang bertugas pada masa itu memutar lagu kegemaran Dira Zulaikha, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.
“wahhh………lagu kesukaan aku lah!” Dira Zulaikha terjerit kecil apabila lagu itu dimainkan.
Shahir Safwan menggelengkan kepalanya apabila melihat gadis itu seperti kanak-kanak yang baru mendapat sesuatu.
“takde lagu lain ke?” tanya Shahir Safwan selamba.
“lagu nielah best. Rugi kalau kau tak dengar!” ujar Dira Zulaikha.
“macamlah dah takde lagu lain,” kata Shahir Safwan perlahan.
Dira Zulaikha yang sememangnya sudah dapat menghafal lirik lagu itu turut bernyanyi bersama dengan nada yang agak perlahan.
“mana satu aku nak dengar nie?” perli Shahir Safwan apabila suara gadis itu turut didengarinya.
“kau dengar lah dua-dua sekali,” ujar Dira Zualikha selamba.
Tangan Shahir Safwan laju menukar siaran radio itu.
“laaa…kenapa kau tukar siaran lain?” marah Dira Zulaikha. Tangannya laju menukar kembali siaran kepada yang asal.
“dah tu, aku tak tau nak dengar yang mana satu. Dia nyanyi kau pun nyanyi!” kata Shahir Safwan dengan mengubah sekali lagi siaran radio itu.
Dira Zulaikha dengan pantas menepuk belakang tapak tangan lelaki itu. Shahir Safwan tidak sempat mengelak.
“sakitlah!” ujar Shahir Safwan.
“padan muka, tangan kau tu gatal sangat! kan dah kena ngan aku,” kata gadis itu tersenyum.
Bit….bit….telefon Dira Zulaikha berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dira Zulaikha mengambil telefon bimbitnya yang terletak di dalam beg silang yang dibawanya tadi. Tertera satu mesej daripada Mama Syikin.
“Dira, bagitau kat along, kata Mama Syikin dan yang lain tunggu kat Taman Linear”..kandungan mesej yang dihantar oleh Dr. Syikin di bacanya.
“Mama Syikin!” beritahu Dira Zulaikha kepada lelaki itu.
“mama?. Kenapa?” soal Shahir Safwan.
“Mama Syikin pesan suruh pergi kat Taman Linear. Diorang tunggu kat sana!” beritahu Dira Zulaikha.
“ooo..dah nak sampai dah nie!” ujar Shahir Safwan meneruskan lagi pemanduannya.
Jam menunjukkan tepat pukul 10.30 minit pagi. Kereta yang dipandu oleh Shahir Safwan membelok ke sebuah kawasan yang diberi nama Taman Linear. Shahir Safwan memperlahankan pemanduannya melalui jalan-jalan untuk menuju ke sana.
Dr. Syikin, Mama Zeera dan juga Dr. Norman sudah keluar dari pintu kereta dan bergerak menuju ke wakaf rehat yang telah disediakan untuk pengunjung-pengunjung di sana. Ramai pengunjung-pengunjung yang sudah pun berada di sana memandangkan hari minggu bagi negeri itu.
Shahir Safwan masih lagi mencari kelibat mama dan papanya. Matanya melilau ke kiri dan juga ke kanan.
“diorang duduk kat mana nie?” tanya Dira Zulaikha pada dirinya sendiri.
“tukan kereta yang papa aku bawak tadikan?” beritahu Shahir Safwan dengan menunjukkan dengan tangannya.
“mana?” soal Dira Zulaikha.
“tu, yang ada wakaf rehat kat depan tu!” kata Shahir Safwan.
Mata gadis itu mencari-cari apa yang diberitahu oleh Shahir Safwan sebentar tadi. Tidak lama selepas itu Shahir Safwan memakirkan keretanya di sebelah kereta Dr. Norman.
“jom keluar,” ajak lelaki itu sambil menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakainya tadi.
Dira Zulaikha turut sama menanggalkan tali pinggang keledar itu. Pintu kereta dibuka. Kedua-dua belah kakinya sudah menjejaki tanah. Shahir Safwan kembali menutup pintu keretanya.
Langkah kaki Dira Zulaikha dan langkah kaki Shahir Safwan di aturkan ke tempat Dr. Norman bersama-sama dengan Dr. Syikin dan juga Mak Zeera.
Dr. Norman dan yang lain tersenyum melihat pasangan itu.
“papa dah lama sampai?” soal Shahir Safwan selepas duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Dr. Norman.
“tak delah lama sangat!” jawab Dr. Norman.
“kamu singgah kat mana tadi?” tanya Mak Zeera kepada anak gadisnya itu.
“Petronas, isi minyak kereta,” beritahu Dira Zulaikha ringkas.
“oooo…..patutlah mama tak nampak kereta along kat belakang tadi!”ujar Dr. Syikin kepada anaknya itu.
“minyak kereta along dah nak habis, kebetulan lalu kat situ tadi along singgahlah sekejap!” balas Shahir Safwan.
“apa kata kalau kita jalan-jalan kat kawasan nie, nak tak?” ajak Dr. Norman kepada mereka semua di situ.
“boleh jugak, kat sini ada kandang kuda kan papa?” soal Shahir Safwan kepada Dr. Norman.
“papa rasa ada. Kenapa, kamu nak naik kuda ke?” tanya Dr. Norman kembali.
“hmm…nak tengok dulu. Kalau tak ramai orang, boleh jugak cuba sekali sekala,” jawab Shahir Safwan.
“kalau macam tu jomlah kita pergi……” ajak Dr. Norman lagi.
“yelah kak, jom kita pergi jalan-jalan kat sini. Dira pun tentu belum pernah datang kat sini kan!” ujar Dr. Syikin sambil melihat ke arah Dira Zulaikha dan juga Mak Zeera.
“memang betul tu Mama Syikin, Dira tak pernah lagi sampai kat sini!” beritahu Dira Zulaikha ikhlas.
“haaa…kalau macam tu apa kita tunggu lagi. Jomlah kita gerak sekarang!” sambung Dr. Syikin.
Kesemuanya berjalan melintasi jambatan yang di perbuat daripada kayu jati itu. Dr. Norman, Dr. Syikin dan juga Mak Zeera berjalan mendahului Shahir Safwan dan Dira Zulaikha yang berada dibelakang mereka.
Taman Linear ini mula dibina pada tahun 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Razak seluas 5.54 hektar, yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Justeru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan refleksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti pondok jaga, wakaf rehat, trek berjogging, mini golf, pancutan air, kandang permainan dan juga tandas awam.

Dr. Norman sengaja melalui kandang permainan. Terdapat beberapa orang pengunjung sedang melakukan aktiviti menunggang kuda. Di sebelahnya pulak terdapat kawasan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur.

“along, kata nak cuba. Pergilah, orang pun tak ramai sangat tu!” ujar Dr. Norman kepada Shahir Safwan yang berada di belakangnya.

“hmmm…jom, papa ikut along naik sekali!” ajak Shahir Safwan lembut.

“issshh kamu nie, takkan papa nak naik kuda tu pulak.”

“laaa, apa salahnya. Kan dah lama kita tak naik kuda tu!” ujar Shahir Safwan lagi.

“kamu jelah yang naik kuda tu, papa tengok kat sini!” Dr. Norman menolak lembut ajakan anaknya itu.

“Dira?” tanya Shahir Safwan sambil melihat ke arah Dira Zulaikha.

“hah!”

“nak naik kuda tak?” soal Shahir Safwan lembut.

“hehehe….tak naklah. Kang tak pasal-pasal Dira Jatuh pulak!” ujar Dira Zulaikha dengan senyuman dibibirnya.
“takkan lah boleh jatuh. Kan ada orang yang jaga kuda tu. Pergi jelah, kalau Dira tak nak duduk sorang, Dira naik sekali ngan along!” pujuk Dr. Syikin.
Dira Zulaikha memandang wajah Mak Zeera. Mata ibu tua itu seperti member keizinan untuknya mencuba.
“boleh ke mak?” soal Dira Zulaikha perlahan.
“laaa, kak long yang nak main kan. Pergi jelah, susah nak dapat peluang macam nie. Lagi pun tak tau bila kita dapat datang sini lagi kan!” ujar Mak Zeera lembut.
“hmm…mak tunggu kak long kat sini ye!” pinta Dira Zulaikha.
“ye, takkan mak nak lari pulak!” balas Mak Zeera dengan senyuman manis.
“jom……….” ajak Shahir Safwan.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya lembut.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha sudah memasuki ke kandang kuda itu. Seorang daripada penjaga kuda itu datang ke arah mereka berdua. Kelihatan Shahir Safwan sedang bercakap sesuatu dengan penjaga kuda tersebut. Kemudian penjaga kuda itu pergi setelah selesai bercakap dengan Shahir Safwan. Dira Zulaikha yang tadinya berada agak jauh dari Shahir Safwan menapak perlahan ke tempat lelaki itu.
“boleh ke?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“boleh, kejap lagi dia bawak kuda tu keluar!” beritahu Shahir Safwan.
“kalau aku keluar balik boleh tak?” tanya Dira Zulaikha perlahan.
“kenapa nak keluar pulak?” soal Shahir Safwan pelik.
“aku takutlah! lagi pun aku tak pernah naik kuda nie,” kata Dira Zulaikha.
“alahh, kau buat macam biasa dah lah! mula-mula memang rasa takut, tapi bila dah lama kau duduk atas kuda tu mesti rasa takut kau terus hilang!” ujar Shahir Safwan kepada gadis itu.
Tidak lama kemudian penjaga kuda itu mengluarkan 2 ekor kuda di bantu oleh seorang lagi penjaga di situ.
“kenapa ada 2?” soal Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“dah tu, takkan nak suruh dia keluarkan satu je!” jawab Shahir Safwan dengan kerutan di dahinya.
“takkan aku nak naik sorang-sorang!” balas Dira Zulaikha.
“dah tu?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“kita naik sama-samalah! nanti kalau aku dah ok, barulah aku naik sorang-sorang,” ujar Dira Zulaikha dengan membisikkan di telinga lelaki itu.
“nak naik ngan aku?” tanya Shahir Safwan tidak percaya.
“aaahhh, boleh lah! kalau tak, aku keluar je!” kata gadis itu perlahan.
“kalau aku suruh dia naik kuda tu sorang-sorang, kang kalau kuda tu tiba-tiba buat hal tak ke naiya dibuatnya.” Shahir Safwan berfikir sejenak.
Shahir Safwan bersetuju dengan kata-kata Dira Zulaikha. Dia kemudiannya memberitahu kepada penjaga itu. Seorang dari penjaga kuda itu kembali memasukkan kuda yang dibawanya itu ke dalam kandang.
Shahir Safwan memanggil Dira Zulaikha datang kepadanya. Gadis itu menurut sahaja.
“kau duduk ke depan ek!” ujar Shahir Safwan kepada gadis itu.
“hmmm……….”
“ok, kau pakai dulu topi keselamatan nie!” arah Shahir Safwan dengan memberikan topi itu kepada Dira Zulaikha.
“sekarang kau letak kaki kiri kau di pelana tu, tangan kau tu kau pegang pada tali,” kata Shahir Safwan.
Dira Zulaikha meletakkan kaki kirinya di atas pelana dan tangannya memegang pada tali yang diberitahu oleh Shahir Safwan sebentar tadi.
“kau pegang elok-elok tau!” kata lelaki itu lagi.
“ye!!!” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
Shahir Safwan memegang pinggang gadis itu lembut.
“aku kira sampai 3, kau naikkan badan kau kat atas badan kuda nie!”
“ok!”
“1, 2, 3………” bilang Shahir Safwan seraya mengangkat Dira Zulaikha duduk di atas kuda itu.
Dira Zulaikha sedikit terjerit apabila sudah berada di atas badan kuda itu. Pergerakkannya tidak seimbang semasa berada di atas pelana kuda tersebut. Shahir Safwan memegang tangan Dira Zulaikha supaya dia tidak terjatuh.
“ok, kau duduk diam kat atas tu. Aku nak naik nie!” beritahu Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
Tak sampai pun seminit, badan Shahir Safwan sudah pun berada di atas kuda itu. Kedua-dua tangan Shahir Safwan dan Dira Zulaikha berada di kedudukan tali kekang. Perlahan-lahan kuda itu bergerak. Dira Zulaikha memejamkan matanya semasa mula-mula kuda itu bergerak.
Angin pagi yang bertiup membuatkan rambut Dira Zulaikha berterbangan mengenai muka Shahir Safwan. Shahir Safwan menyelak rambut yang terkena mukanya itu. Dira Zulaikha membuka matanya perlahan-lahan.
“wahhh….tak sangka dapat naik kuda ari nie!” ujar Dira Zulaikha dengan nada yang ceria.
“macam mana?. Takut lagi?” soal Shahir Safwan yang berada di belakangnya.
Dira Zulaikha menggeleng lembut.
“lain kali kalau kau nak naik kuda lagi, ajaklah kawan-kawan kau tu!” ujar Shahir Safwan.
“kau selalu jugak ke naik kuda?” tanya gadis itu ingin tau.
“takdelah selalu sangat. Masa aku belajar dulu pernah lah jugak tunggang kuda nie!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo….patutlah kau tak takut tadi,” kata Dira Zulaikha perlahan.
Dr. Norman, Dr. Syikin dan Mak Zeera hanya memerhatikan dari luar pagar kandang itu. Sesekali ketawa mereka meletus melihat anak-anak mereka yang berada di dalam. Setelah hampir 1 jam menunggu di luar, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dari tempat itu. Mereka kemudiannya berjalan menuju ke tempat di mana Dr. Syikin, Dr. Norman dan Mak Zeera berada.
Dira Zulaikha tersenyum manis kepada Mak Zeera.
“suka sangat ke dapat naik kuda tu!” kata Mak Zeera sinis.
“suka sangat mak!” beritahu Dira Zulaikha yang masih lagi tersenyum.
“haaa…tak rugilah Mama Syikin ngan Papa Norman ajak Dira datang sini!” sampuk Dr. Syikin dengan memandang lembut wajah anak gadis di depannya itu.
“apa kata kita semua pergi makan dulu! anak-anak papa tentu dah lapar kan!” ujar Dr. Norman.
“lepas makan baru kita pergi kat Bandar. Manalah tau kalau-kalau nak beli apa-apa kan, buat kenangan!” balas Dr. Syikin.
Mereka kemudiannya kembali ke kereta masing-masing dan mula meninggalkan kawasan taman tersebut. Dr. Norman mengarahkan kepada Shahir Safwan untuk berhenti di depan Restoran Shafina tidak jauh dari Taman Linear itu.
Selepas makan tengah hari, mereka mengambil keputusan untuk singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat zohor terlebih dahulu sebelum bergerak ke pusat Bandar. Lebih kurang 1 jam berada di masjid itu, masing-masing meneruskan kembali perjalanan menuju ke pusat Bandar.
Shahir Safwan meletakkan kereta di tempat parking yang telah disediakan. Begitu juga dengan Dr. Norman yang meletakkan kereta di sebelah kereta milik Shahir Safwan. Masing-masing keluar dari dalam kereta.
“mama nak pergi kedai kat hujung sana tu, kalau along ngan Dira nak pergi kedai lain dulu pergilah.” beritahu Dr. Syikin.
“ok” jawab Shahir Safwan ringkas.
“jom kak, kita masuk kedai yang kat hujung sana tu!” ajak Dr. Syikin seraya menarik tangan Mak Zeera. Dr. Norman hanya mengikut dari belakang.
Dira Zulaikha yang ingin turut sama mengikut Mak Zeera dan yang lain-lain tiba-tiba di panggil oleh Shahir Safwan.
“Dira………..” panggil lelaki itu agak kuat.
Dira Zulaikha memalingkan badannya ke belakang.
“apa?” soal Dira Zulaikha.
“kau ikut aku jelah!” ajak Shahir Safwan.
Dira Zulaikha kembali melihat ke depan. Langkah Mak Zeera dan yang lain sudah jauh meninggalkannya di situ.
“cepatlah!” ajak Shahir Safwan lagi.
Dira Zulaikha tidak ada pilihan selain mengikut sahaja Shahir Safwan.
“nak pergi mana?” tanya gadis itu apabila langkahnya terhenti di depan Shahir Safwan.
“kita pergi kedai yang jual majalah, aku nak cari majalah mengenai kereta!” beritahu Shahir Safwan.
“hah?. takde kedai lain ke nak pergi?” soal Dira Zulaikha sinis.
“ada tu memanglah ada, tapi kita masuk sekejap je. Nanti kita pergi kedai lain pulak,” kata Shahir Safwan.
“yelah………” Dira Zulaikha bersetuju mengikut Shahir Safwan ke kedai yang menjual majalah tersebut.
Shahir Safwan sudah berjalan menuju ke kedai tersebut. Dira Zulaikha terkial-kial mengikut langkah lelaki itu yang sesekali hilang di celah-celah orang ramai. Shahir Safwan menoleh ke belakang mencari Dira Zulaikha. Apabila gadis itu sudah hampir sampai kepadanya, tangan kasar lelaki itu terus menggengam erat tangan lembut milik Dira Zulaikha. Dira Zulaikha yang pada mulanya terkejut hanya membiarkannya sahaja. Mungkin dengan ini sahaja dia boleh berjalan dengan lebih selesa tanpa terkial-kial mengejar langkah kaki lelaki itu
Akhirnya Shahir Safwan dan Dira Zulaikha menghentikan langkahnya di dalam kedai yang dimaksudkan oleh Shahir Safwan tadi.
“bang, majalah kereta ada tak?” soal Shahir Safwan kepada seorang lelaki yang lebih berusia darinya.
“majalah kereta?. ooo…ada, adik pergi kat rak yang hujung sekali tu!” beritahu tuan kedai tersebut.
“terima kasih ye bang!” ucap Shahir Safwan sebelum bergerak ke rak yang dikatakan itu.
“sama-sama!” balas lelaki yang berusia itu.
“haaa......ada pun majalah nie!” kata Shahir Safwan seraya melepaskan genggaman tangan Dira Zulaikha dan mengambil satu daripada majalah kereta yang dipamerkan di atas rak tersebut.
“nak beli jugak ke majalah nie?” soal Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
“laaa, mestilah kena beli. Bosan duk sorang-sorang dalam bilik tu. Kalau ada majalah macam nie, boleh jugak aku hilangkan rasa bosan tu!” kata Shahir Safwan panjang lebar.
Dira Zulaikha memuncungkan mulutnya.
“kau nak beli apa-apa majalah tak?” tanya Shahir Safwan kepada gadis itu.
“tak naklah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“jomlah, aku pergi bayar majalah nie dulu. Lepas tu kita pergi kedai yang kau nak pergi tu!” ujar Shahir Safwan sambil berjalan menuju ke kaunter pembayaran.
Selesai membuat pembayaran, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha keluar dari kedai tersebut.
“nak masuk kedai mana?” tanya Shahir Safwan kepada gadis itu sebelum meneruskan perjalanan.
“hmm..aku nak beli buah tangan untuk Anum dan Ain!” beritahu Dira Zulaikha tanpa menjawab pertanyaan daripada lelaki itu.
“buah tangan?. Kau nak beli apa kat diorang berdua tu?” tanya lelaki itu lagi.
“entahlah, aku tak reti sangat nak beli buah tangan untuk diorang berdua tu!” kata gadis itu perlahan.
“kau mesti tau kan apa yang diorang berdua tu suka!”
“benda yang diorang suka?. Hmmm…apa kata kalau aku belikan diorang baju atau kain. Kalau diorang pakai, diorang akan ingat kat aku!” cadang Dira Zulaikha.
“ok jugak! Jomlah, kita cari kedai yang jual baju atau kain pasang,” ajak Shahir Safwan dengan menarik tangan gadis itu.
Shahir Safwan mengajak Dira Zulaikha masuk ke dalam sebuah kedai yang mempamerkan pelbagai jenis baju dan kain pasang.
“haa, sekarang kau pilihlah baju atau kain yang kau nak bagi kat diorang tu!” arah Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“hmm…kau tunggu aku ek!” pinta Dira Zulaikha.
Lelaki itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dira Zulaikha sudah berada di celah-celah baju yang dipamerkan di dalam kedai tersebut.
Hampir 10 minit meneliti pakaian di kedai itu, Dira Zulaikha mengambil keputusan untuk membeli baju untuk Anum dan juga Ain. Setelah membuat pembayaran, dia kembali semula ke tempat Shahir Safwan.
“dah bayar?” soal Shahir Safwan lembut.
“dah!” jawab gadis itu ringkas.
“ok, kau nak cari apa lagi?” tanya lelaki itu.
“hmmm….takde kot!”
“kalau dah takde apa-apa, kita pergi kat kedai mama tunjuk tadi!” cadang Shahir Safwan.
“boleh jugak. Nanti diorang cari kita kat sini pulak!”
Dalam perjalanan menuju ke kedai tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang menjual bunga di tepi-tepi deretan kedai itu. Apabila langkah mereka berdua sampai di depan remaja tersebut, remaja tersebut menegur Shahir Safwan.
“abang….abang tak nak belikan bunga untuk isteri abang ke?” kata remaja yang ditangannya terdapat beberapa kuntum bunga ros putih, merah dan juga ros berwarna merah jambu.
Dira Zulaikha memandang ke arah Shahir Safwan.
“isteri abang?” soal Shahir Safwan.
“yelah, untuk isteri abang. Gadis yang duk kat sebelah abang tu bukan isteri abang ke?” tanya remaja itu dengan perlahan.
“hehehehe….kenapa adik kata dia isteri abang?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“sebab saya tengok abang ngan gadis kat sebelah abang tu sepadan sangat. Muka pun ada iras-iras sedikit.” Ujar remaja tersebut dengan ikhlas.
“ye, kalau abang kata dia bukan isteri abang!” balas Shahir Safwan.
“yang tu saya tak taulah bang, tapi saya mintak maaflah kalau apa yang saya katakan tadi tu salah,” remaja itu memohon maaf kepada Shahir Safwan kerana salah sangka.
“takpe, abang tak marah pun. Gadis yang kat sebelah abang nie bukan isteri abang, tapi adik saudara angkat abang!” beritahu Shahir Safwan tanpa merahsiakan status diorang berdua.
“adik saudara angkat abang?” tanya remaja itu yang tampak terkejut dengan kenyataan yang diberitahu oleh Shahir Safwan.
“yup, dia adik saudara angkat abang!” ujar Shahir Safwan lagi.
“ooo….sori ye bang, akak!” ucap remaja itu.
Dira Zulaikha dan Shahir Safwan masing tersenyum memandang wajah anak muda dihadapannya itu.
“akak tak marah lah dik. Memang betul akak nie adik saudara angkat abang nie!” ujar Dira Zulaikha lembut.
“ooo…..” ringkas kata-kata remaja itu.
“kalau macam tu tak dapatlah abang nak belikan bunga nie!” sambung remaja itu lagi.
“kenapa adik macam tu?” tanya Shahir Safwan hairan.
“sebenarnya, saya hanya menjual bunga-bunga nie untuk pasangan suami isteri, pasangan yang sedang bercinta sahaja. Maksud bunga-bunga ros nie melambangkan kesetiaan, kejujuran, kecintaan kepada seorang isteri dan juga pasangan masing-masing. Dan yang paling penting, seorang suami atau pasangan itu kena ikhlas dalam setiap pemberian mereka….itu yang saya belajar dari mak saya!” ujar remaja itu panjang lebar.
Shahir Safwan terkedu mendengar kata-kata dari remaja tersebut.
“tapi kalau abang nak beli juga bunga tu boleh!” pinta Shahir Safwan lembut.
“abang nak bagi kat sape?” tanya remaja itu.
“seseorang!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“hmm..saya akan jual bunga nie kat abang dengan syarat abang kena bagi bunga nie kat seseorang yang abang sayang, boleh!” ujar remaja itu lagi.
“baiklah, abang akan bagi nie untuk orang yang abang sayang!”
“ok, kalau macam tu abang kena pilihlah nak bunga warna apa!” arah remaja yang ditangannya terdapat beberapa jambak bunga ros pelbagai warna yang dah siap di bungkus kemas.
Shahir Safwan memilih bunga ros berwarna merah jambu. Dira Zulaikha hanya memerhati sahaja pilihan Shahir Safwan. Remaja itu tersenyum dengan pilihan bunga oleh Shahir Safwan.
“berapa harga bunga nie?” soal Shahir Safwan yang ingin membayarnya.
“saya jual dengan harga RM25 untuk sejambak nie. Tapi disebabkan abang ngan akak adalah pelanggan pertama saya, saya bagi kat abang Rm20 saja!” beritahu remaja tersebut.
Shahir Safwan mengeluarkan dompetnya dari poket seluar belakang. Dia kemudiannya mengeluarkan sekeping not RM50 lalu dihulurkan kepada remaja dihadapannya itu. Remaja tersebut ingin memberikan baki wang yang lebih kepada Shahir Safwan, namun lelaki itu terlebih dahulu menolak.
“takpe, yang lebih nie abang bagi kat adik!” ujar Shahir safwan ikhlas.
“tapi….” kata-kata remaja tersebut terhenti di situ.
“abang ikhlas bagi kat adik. Adik simpan je!” ujar Shahir Safwan lembut.
“hmmm…terima kasih banyak-banyak bang, akak!” ucap remaja tersebut dengan senyuman manis di bibirnya.
“sama-sama!!! abang pergi dulu ye!” kata Shahir Safwan dengan membawa sejambak bunga ros merah jambu di tangannya.
“terima kasih selagi saya ucapkan atas budi baik abang kat saya!” sekali  lagi Shahir Safwan menerima ucapan terima kasih.
Shahir Safwan hanya menganggukkan kepalanya. Baru beberapa langkah Dira Zulaikha dan Shahir Safwan berjalan, remaja tersebut sekali memanggil Shahir Safwan.
“abang………..” panggil remaja itu dengan nada yang agak kuat.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha menoleh dengan serentak. Remaja tersebut melambai-lambaikan tangannya kepada Shahir Safwan seperti mengarahkan Shahir Safwan datang kembali ke tempatnya.
“Dira tunggu kat sini sekejap ek!” pinta Shahir Safwan lembut.
Tanpa menunggu jawapan daripada Dira Zulaikha, langkah kaki Shahir Safwan di aturkan ke arah remaja tadi.
“kenapa?” soal Shahir Safwan pelik.
“hmmm…saya sebenarnya nak bagitahu sesuatu kat abang!” ujar remaja itu perlahan.
“bagitahu sesuatu, apa dia?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
Remaja tersebut melihat sekilas wajah Dira Zulaikha.
“saya tau abang sebenarnya ada perasaan pada ‘adik saudara angkat’ abang tu. Dan saya juga tau ‘adik saudara angkat’ abang tu mempunyai perasaan yang sama kat abang! sebenarnya abang nak bagi bunga tu pada akak tadikan” kata remaja itu dengan penuh suci dan ikhlas.
Shahir safwan tersentak mendengar kata-kata yang diujarkan oleh remaja dihadapannya. Tidak sangka budak yang baru belasan tahun itu mampu mengungkapkan kata-kata seperti itu.
“maksud adik?. Abang tak faham!” balas Shahir Safwan dengan suara yang agak perlahan.
Remaja tersebut hanya tersenyum…”abang faham maksud saya, cuma abang buat-buat tak faham. Kalau abang betul-betul cintakan akak tu, abang beranikanlah diri abang untuk menyatakan perasaan abang pada dia. Hanya dia jodoh yang terbaik untuk abang! Dunia dan akhirat!”
Shahir Safwan tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata itu.
“saya pergi dulu! ingat apa yang saya pesan, jangan sia-siakan akak. Abang perlu berterus terang secepat yang mungkin!” ujar remaja tersebut lalu melangkah pergi meninggalkan Shahir Safwan di situ.
“Shahir…………”panggil Dira Zulaikha.
Shahir Safwan menoleh kepada suara itu. Dia kemudiannya berjalan menuju ke tempat gadis itu. Sesekali dia menoleh ke belakang, namun remaja tersebut sudah hilang dari pandangan matanya.
“kenapa nie?. Apa yang adik tu cakap sampai kau macam nie?” tanya Dira Zulaikha apabila melihat lelaki itu seakan terkejut seperti menerima berita.
“hah!!!...takde apa-apa,” bohong Shahir Safwan. Matanya melihat dalam ke dalam mata gadis itu. Ingin dia mengetahui samada benar atau pun tidak kata-kata remaja tadi itu.
“kau ok tak nie?” tanya gadis itu lagi dengan melambai-lambaikan tangannya di depan muka lelaki itu.
“haaa…ooo…ok, aku ok je!” jawab Shahir Safwan sedikit gelabah.
“kalau macam tu, jomlah kita pergi kat diorang tadi!” ajak Dira Zulaikha lalu melangkah terlebih dahulu meninggalkan lelaki itu.
Shahir Safwan kemudiannya berjalan dari arah belakang mengikut langkah kecil gadis itu.
“Dira…………………” Dr. Norman memanggil lembut nama gadis itu.
“Papa Norman!” balas Dira Zulaikha lalu melangkah laju ke arah Dr. Norman yang berada tidak jauh di depannya.
“along mana?” tanya Dr. Norman.
Dira Zulaikha menoleh ke belakang..”tu haaa…..” tunjuk Dira Zulaikha kepada Dr. Norman.
“laaa…lambatnya dia berjalan. Mengalahkan orang perempuan pulak!” kata Dr. Norman sinis.
Shahir Safwan menerbitakan senyuman di bibirnya apabila sampai ke tempat Dir Zulaikha dan juga papanya.
“mama ngan Mak Zeera mana?” soal Shahir Safwan sambil melihat di sekeliling kawasan itu.
“mana lagi, dalam kedai tu haaa!” beritahu Dr. Norman seraya menunjukkan kedai yang dimaksudkan.
“laaa, tak keluar-keluar lagi ke?” tanya Shahir Safwan.
“belum…sebab tulah papa duduk kat luar je nie. Dah jenuh tunggu kat dalam tu!” ujar Dr. Norman.
“oooo………” balas Shahir Safwan ringkas.
“haaa..kat mana pulak along beli bunga ros tu?” tanya Dr. Norman yang baru menyedari sejambak bunga ros berada di tangan anak lelakinya itu.
“tadi, masa along nak datang kat sinilah. Ada sorang budak tu jual bunga kat tepi kedai depan sana tu. Along belilah,” beritahu Shahir Safwan.
“bunga ros?. Cantik, tapi along nak bagi kat sape bunga tu! takkan nak bagi kat mama kot!” perli Dr. Norman.
Belum sempat Shahir Safwan menjawab, kedengaran suara Dr. Syikin dan juga Mak Zeera yang baru sahaja keluar dari dalam kedai tersebut.
“semua dah tunggu kat sini rupanya!” kata Dr. Syikin apabila melihat suaminya, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha berada di depan kedai itu.
“wahhh, banyaknya mama beli. Kenapa tak borong sekali ngan kedai tu?” perli Shahir Safwan apabila melihat bukan satu, tapi 4 beg plastic yang penuh ditangannya.
“along perli mama ke?. Kalau boleh mama memang nak borong sekali ngan kedai nie, tapi tuan kedai tu tak bagi pulak,” ujar Dr. Syikin selamba.
Tercetus ketawa dari semua orang yang berada di situ apabila Dr. Syikin berkata dengan selambanya.
Jam menunjukkan pukul 4.30 minit petang. Selesai menunaikan solat asar di surau yang berdekatan, mereka kembali meneruskan perjalanan mereka ke beberapa buah tempat lagi sebelum bertolak pulang. Mereka begitu asyik sekali bergambar, tidak terlepas juga Shahir Safwan dan Dira Zulaikha yang mengabadikan gambar kenangan mereka berdua di dalam telefon masing-masing.
Pelbagai aksi yang dilakukan ketika mengambil gambar. Banyak tempat-tempat yang menarik dilawati oleh mereka sepanjang berada di situ. Seharian menghabiskan masa bersama-sama begitu menyeronokkan buat mereka semua.
Tepat jam 10.00 malam, Shahir Safwan dan lain-lain masuk ke kawasan rumah Dira Zulaikha. Sebelum Shahir Safwan balik ke rumahnya, dia sempat memhadiahkan jambangan bungan ros itu kepada Dira Zulaikha. Walaupun terkejut menerima jambangan bunga itu, Dira Zulaikha tetap ikhlas mengambilnya. Dr. Norman, Dr. Syikin dan juga Mak Zeera yang hanya memerhati, terseyum dengan penuh makna.


BAB 24
Walaupun badan terasa penat, namun Dira Zulaikha dan Shahir Safwan tetap pergi bekerja seperti biasa. Dira Zulaikha tidak lupa untuk membawa sekali buah tangan yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada Anum dan juga Ain.
“waahhh,. pagi-pagi dah dapat hadiah! terima kasih Dira,” ucap Anum teruja apabial menerima buah tangan dari Dira Zulaikha.
“aku pun, terima kasih banyak-banyak Dira. Tak sangka, ingat jugak kau kat kita orang nie!” Ain turut sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dira Zulaikha.
“sama-sama..mestilah aku ingat kat korang berdua. Korang kan kawan baik kau sampai bila-bila!” balas Dira Zulaikha dengan memeluk bahu kedua-dua kawannya itu.
“haaa..macam mana, best tak korang pergi jalan-jalan semalam?” soal Anum tidak sabar.
“mahunya tak best. Semalam kali pertama aku keluar jalan-jalan macam tu. Tapi yang paling best aku dapat naik kuda buat kali pertama!” beritahu Dira Zulaikha dengan nada yang ceria.
“kau naik kuda?. Wahhh…untunglah kau, aku nie haaa tak pernah merasa nak naik kuda,” kata Ain dengan nada sedih yang dibuat-buatnya.
“alahhh, lain kali kita pergi naik kuda ok!” cadang Dira Zulaikha.
“hmm…best jugak kalau kita pergi sama-sama nanti. Nak jugak aku merasa naik kuda tu!” ujar Anum yang menyokong cadangan Dira Zulaikha.
“kau naik kereta ngan mama ngan papa Dr. Shahir ke?” soal Anum.
“takdelah, aku naik kereta ngan Shahir!” jawab Dira Zulaikha terus terang.
“ooo…naik kereta ngan Dr. Shahir rupanya. Ari tu kau kata dia tak ikut, macam mana pulak kau boleh naik kereta dengan Dr. Shahir tu haaaa…” kata Anum sinis.
“memanglah aku kata dia tak ikut, tapi ntah macam mana di boleh sampai kat rumah aku sebelum aku nak bertolak!” ujar Dira Zulaikha.
“dia tak nak kau jauh ngan dia tak!” kata Ain selamba.
“haaa…tak payah nak mula!” gadis itu memberi amaran.
“mula apa pulak?. Dah kenyataan kan. Apa salahnya kalau dia betul-betul tak nak berjauhan dengan kau!” ujar Anum dengan mengangkat keningnya ke atas.
“amboi-amboi……haaa, aku nak tanya korang sesuatu nie?”
“kau nak tanya apa pulak?” soal Anum.
“sapa cakap kat aku yang Shahir tu kena tukar kat hospital di Sabah?” soal Dira Zulaikha dengan pandangan mata yang agak menakutkan Anum dan juga Ain.
“bukan aku yang cakap!” ujar Ain pantas.
Dira Zulaikha memandang ke muka Anum yang sudah tersipu-sipu di depannya.
“hehehe…aku saja je cakap macam tu. Yelah, sebab aku nak tengok reaksi kau macam mana kan! tapi tak sia-sia aku cakap macam tu. Sekurang-kurangnya aku dapat tahu isi hati kau pada Dr. Shahir tu!” kata Anum dengan selamba.
“isi hati apa pulak nie Anum?” tanya Dira Zulaikha.
“isi hati kau pasal Dr. Shahir tu. Perasaan sayang kau kat dia, perasaan cinta kau kat dia, perasaan ambil berat kau kat dia…….” ujar Anum sambil melihat wajah kawannya itu.
“uikkk! apa yang kau cakap nie Anum, takdelah!” Dira Zulaikha menafikan.
“betul kau takde apa-apa perasaan kat Dr. Shahir tu?” soal Ain ingin tau.
“betul kau takde rasa cinta walau sedikit pun untuk lelaki yang bernama Shahir Safwan tu?” Anum pula menyoal sebelum Dira Zulaikha memberikan jawapan.
Perbualan mereka semakin menjadi serius. Dira Zulaikha tidak boleh berkata apa-apa lagi setelah disoal dengan soalan begitu.
“Ain, Anum…kau kan tahu. Hidup aku tak sama macam orang lain. Kau tengok jelah keje aku nie, tak setaraf dengan pekerjaan yang dia buat. Aku tak sekaya dia!” luah Dira Zulaikha perlahan.
Anum dan Ain saling memandang antara satu sama lain.
“Dira, aku tak boleh nak kata apa-apa. Cuma satu je yang aku nak cakap, hidup kau jauh lebih baik dari yang kau sangkakan. Memang, keje macam kita nie tak setaraf dengan doktor tu. Tapi perasaan cinta yang wujud kat dalam hati kau tu takkan cepat padam selagi kau belum ucapkannya. Dan aku juga tau Dr. Shahir juga mempunyai perasaan yang sama macam kau!” kata Ain seraya mengenggam erat jari jemari lembut Dira Zulaikha.
“betul kata Ain tu Dira. Tak mungkin Dr. Shahir tu tak jatuh cinta dengan kau. Biasalah kalau gaduh-gaduh manja tu.”
“Ain..Anum, aku harap sangat kau tak ceritakan hal nie kat dia. Aku tak nak nanti aku sorang je yang ada perasaan macam tu kat dia. Sedangkan dia langsung takde apa-apa perasaan kat aku. Lagi pula aku tak nak pasal nie, akan renggangkan hubungan aku dengan Mama Syikin dan juga Dr. Norman!” pinta Dira Zulaikha penuh mengharap.
“kau jangan risau pasal tu! Aku ngan Ain takkan sesekali ceritakan pasal nie kat Dr. Shahir. Apa yang penting sekarang nie, kita pergi buat keje. Dah lambat nie,” ujar Anum dengan riak muka yang sedih.
“hahahaha….sempat lagi kau ek! yelah, jom kita pergi buat keje masing-masing!” balas Ain dengan ketawa.
Dira Zulaikha turut sama ketawa. Hilang rasa gundah hatinya tadi.
Masing-masing pergi membuat keje di tempat yang sudah ditetapkan. Anum dengan tugas membersihkan kawasan laluan pintu masuk, Ain dengan tugas membersihkan laluan tangga manakala Dira Zulaikha dengan tugas membersihkan bilik pesakit.
Semasa Dira Zulaikha ingin keluar dari bilik pesakit itu, dia bertembung dengan seorang wanita lebih berusia dari umurnya. Tanpa disengajakan, batang penyapu yang dibawa oleh Dira Zulaikha terkena pada bajunya yang tampak lebih mahal dari baju yang dipakaikan oleh Dira Zulaikha.
“maaf cik, saya tak sengaja!” ucap Dira Zulaikha perlahan.
“issshhh, habis kotor baju saya nie. Macam mana awak buat keje nie, tak nampak ke saya yang lalu kat sini!” marah wanita itu.
“sekali lagi saya mintak maaf, saya betul-betul tak sengaja tadi!” ujar Dira Zulaikha lagi.
“kalau dah keje sebagai cleaner tu buatlah keje sebagai cleaner. Tak payahlah nak kotor-kotorkan baju orang lain!”
Dira Zulaikha tersentak dengan kata-kata kasar daripada wanita itu. Mujur tidak ada orang yang lalu di situ. Mahu dia menutup mukanya dengan kain yang terletak di atas bahunya itu.
“cik, saya kan dah mintak maaf tadi. Susah sangat ke cik nak bercakap baik-baik dengan saya. Takkan disebabkan batang penyapu nie terkena kat baju tu, cik dah marah-marah saya macam lah baju yang cik pakai tu dah koyak saya buat!” balas Dira Zulaikha dengan nada yang agak kasar.
“tak padan keje sebagai cleaner, menjawab pulak!” balas wanita itu dengan nada yang masih keras.
“cik, jangan ingat saya keje kat sini sebagai cleaner cik berhak marah saya sampai macam tu sekali. Jangan ingat, keje macam saya nie takde hati dan perasaan. Cik kena bersyukur sebab dilahirkan dalam keluarga yang mencukupi. Kalau cik berada di tempat saya, keje cuci tandas, bersihkan bilik pesakit, lap cermin, sapu sampah, agak-agak kalau saya kata macam tu kat cik, cik marah tak kat saya?.” soal Dira Zulaikha dengan sinis.
“hey, I nie pelawat kat hospital nie. Kalau nak, sekarang jugak I boleh pergi buat aduan pasal you.
Shahir Safwan secara kebetulan melalui tempat itu terdengar suara yang riuh rendah. Matanya kemudian terarah kepada gelagat 2 orang perempuan yang sedang berada di depan bilik pesakit di hujung bangunan itu. Nada suara yang agak kasar yang digunakan wanita yang tinggi lampai itu boleh didengari sehingga ke telinga lelaki itu. Shahir Safwan melangkah laju menuju ke tempat itu.
“kenapa diam, you ingat I takut nak pergi buat aduan ke!” ujar wanita itu lagi dengan mencerlungkan matanya kepada Dira Zulaikha.
“Zita………..” panggil lelaki itu kuat.
Sepantas kilat Dira Zulaikha dan wanita itu menoleh ke wajah Shahir Safwan.
“Shahir!” ujar wanita itu dengan lembut.
Shahir Safwan kini sudah berada di tepi Dira Zulaikha, dan duduk berhadapan dengan Zita satu-satunya sepupu yang dia ada.
“apa yang bising-bising nie!” soal Shahir Safwan serius.
“takdelah, perempuan nie haa..langsung tak pandai buat keje. Tengok baju Zita nie, dah kotor terkena batang penyapu dia tu!” beritahu Zita dengan lagak manjanya.
Shahir Safwan menoleh ke arah Dira Zulaikha.
“kalau tak tau buat keje, resign jelah. Kang habis semua baju-baju pelawat kat sini di kotornya!” perli Zita.
“Zita, kau tau tak dengan sape kau bercakap sekarang?. Perempuan yang kau marah-marah nie ‘adik saudara angkat’ aku.” beritahu Shahir Safwan.
“what!!!!..” terbeliak mata wanita itu mendengarnya.
“oooo, jadi nielah ‘adik saudara angkat’ Shahir tu?” ujar Zita sambil melihat sekilas wajah Dira Zulaikha.
“ye, dialah ‘adik saudara angkat’ aku!” kata Shahir Safwan mengiyakan.
“Zita minta maaf Shahir, Zita tak sengaja nak marah kat dia. Tapi Shahir sendiri tengoklah, habis baju Zita kotor, sekejap lagi Zita nak pergi photoshoot . Takkan Zita nak pakai baju yang kotor macam nie!”
“maaf, Dira tak tau wanita nie girlfriend Shahir. Dira mintak maaf, Dira tak sengaja nak kotorkan baju mahal dia!” ujar gadis itu dengan menundukkan wajahnya ke bawah.
“tak sengaja apa macam tu! takkan you tak nampak I lalu kat depan nie tadi?” soal Zita yang masih dengan sikap pemarahnya.
“Zita!!!!”
“maaf, saya betul-betul tak sengaja tadi!” ujar Dira Zulaikha seraya mahu meninggalkan Shahir safwan dan wanita itu.
“Dira….tunggu!” kata Shahir Safwan dengan menghalang langkah Dira Zulaikha. Tangan kasarnya mengenggam erat jari jemari lembut gadis itu
“Zita, kau takde hak nak marah dia. Takkan pasal baju tu kau marah dia sampai macam tu sekali. Dah tau kau ada photoshoot ari nie, kenapa kau datang kat sini jugak! Nie kali terakhir aku tengok kau marah dia. Lepas nie kalau aku dapat tau, kau buat macam nie lagi. aku tak teragak-agak akan beritahu kat mak usu ngan pak usu!” lelaki itu memberi amaran keras.
“heii…takkan Zita tak boleh nak kata macam tu kat ‘adik saudara angkat’ Shahir nie!”
“memang..kau takde hak nak kata dia macam tu!” balas Shahir Safwan.
“ooo…sekarang nie Zita lah yang kena mintak maaf ngan dia ye. Shahir tak takut ke kalau girlfriend Shahir tau!” ujar Zita sinis.
“kenapa pulak aku nak takut?. Aku tak buat apa-apa kesalahan pun. Dan untuk pengetahuan kau, Dira Zulaikha bukan sahaja adik saudara angkat aku, malah dia adalah teman istimewa aku. Cinta pertama aku dunia akhirat. Dan kami akan bertunang dalam masa 1 bulan dari tarikh sekarang!” beritahu Shahir Safwan tanpa mempedulikan tempat mereka berada.
“hahhh!!...Shahir, dia tukan adik saudara angkat Shahir. Takkan Shahir nak kawin ngan dia pulak! nonsense!” kata wanita itu tidak percaya.
“fine….aku tak kisah kalau kau tak nak percaya dengan apa yang aku cakap. Lagi pun aku tak perlu minta restu kau untuk bertunang dengan dia….jom Dira, ikut Shahir!” lelaki itu terus menarik tangan Dira Zulaikha mengikutnya.
Zita yang tidak dapat percaya dengan apa yang dikatakan oleh sepupunya tadi segera meninggalkan bangunan itu.
“Ain , kalau kau nak tau perempuan tulah yang tanya aku pasal bilik Dr. Shahir ari tu!” beritahu Anum kepada Ain selepas ternampak perempuan itu berjalan dalam keadaan tegang.
“mana?” tanya Ain sambil mencari-cari kelibat perempuan yang dikatakan oleh Anum tadi.
“tu haa…,.yang pakai baju warna hijau tu!” tunjuk Anum dengan tangannya.
“ooo…yang tinggi lampai tu ke?” tanya Ain lagi.
“haaa…yang tulah! tapi kenapa muka dia macam tengah marahkan seseorang je! hahh, lantak dialah, malas aku nak ambil tau pasal perempuan tu.
“ntah-ntah dia bergaduh dengan Dr. Shahir tak!” teka Ain.
“boleh jadi!” balas Anum ringkas.
Shahir Safwan membawa Dira Zulaikha ke taman hospital. Tangan kasarnya masih lagi mengenggam erat jari jemari halus gadis itu.
“duduklah!” ujar Shahir Safwan lembut.
Dira Zulaikha hanya menurut arahan lelaki itu tanpa sepatah kata.
“sori, Shahir tak sangka macam tu sekali perangai sepupu Shahir tadi!” lelaki itu memohon maaf kepada gadis dihadapannya itu.
Dira Zulaikha mengangkat wajahnya ke atas. Dia tidak ambil kisah sangat tentang kejadian tadi, cuma dia sekarang hanya mahu mengetahui apa yang dikatakan oleh lelaki itu adalah benar. Dan bukan dia seorang sahaja yang ada perasaan cinta dan sayang terhadap lelaki  dihadapannya itu.
“takpe, Dira faham. Lagi pun salah Dira jugak sebab dah kotorkan baju mahal dia tu!” ujar gadis itu perlahan.
“hmmm…boleh Dira tanya sesuatu tak?” kata Dira Zulaikha seperti meminta izin.
“Dira nak tanya apa?” tanya lelaki itu dengan senyuman manis.
“tadi..masa kat depan bilik pesakit. Hmm Shahir ada kata sesuatu kan?” soal gadis itu dengan lambat.
“sesuatu?. Takdelah, Shahir tak kata apa-apa pun!” nafi lelaki itu.
“takde?....takpelah. Dira pergi sambung keje balik ye!” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“Dira!!!!........jangan pergi dulu!” lelaki itu menghalang dengan tangannya.
“kenapa?” soal Dira Zulaikha ringkas.
“Shahir dah tak nak simpan lagi. Sebenarnya Shahir memang cinta dan sayangkan Dira. Ye, dulu Shahir hanya sayangkan Dira sebagai ‘adik saudara angkat’ sahaja. Tapi sekarang nie, sayang Shahir kat Dira bukan setakat itu, malah lebih daripada yang sepatutnya. Betul apa yang dikatakan oleh adik yang jual bunga ari tu, Dira adalah jodoh Shahir dunia akhirat. Shahir tak nak kehilangan Dira. Shahir terlalu cintakan Dira! betul, Shahir tak tipu!”
“tapi………”
“kenapa?. Dira dah ada orang lain ke?” tanya Shahir Safwan.
“tak…Dira takde sape-sape selain mak! Cuma Dira tak sangka yang Shahir sayang dan cintakan Dira!” luah gadis itu lembut.
“Dira pun cintakan Shahir jugak kan?” tanya lelaki itu penuh mengharap.
“sape kata?” tanya Dira Zulaikha.
“Anum…..!” beritahu Shahir Safwan.
“Anum cakap macam tu?” soal Dira Zulaikha terkejut.
“dia tak cakap yang Dira cintakan Shahir, dia cuma kata Dira sayangkan Shahir lebih dari seorang abang saudara angkat!” beritahu Shahir Safwan.
“bila?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“hmmm Dira ingat tak masa Shahir jatuh dalam bilik air tempoh ari. Masa tu Dira tengah bersihkan, tapi-tapi Shahir masuk ke dalam?”
“oooo….yang Dira jatuh sekali dengan Shahir tu!” kata Dira Zulaikha perlahan.
“aahhh….kebetulan masa Shahir nak masuk bilik, Shahir terserempak dengan Anum. Masa tulah Shahir tau yang Dira sayangkan Shahir lebih dari seorang abang saudara angkat!” ujar lelaki itu.
Dira Zulaikha sudah menundukkan wajahnya. Malu kerana lelaki itu telah tau lebih awal sebelum dia sendiri yang bagitahu.
“Dira minta maaf sangat-sangat. Dira tak dapat nak elakkan perasaan Dira pada Shahir. Dira tau Mama Syikin ngan Papa Norman tentu tak suka. Pasal sepupu Shahir tadi, Dira betul-betul tak sengaja nak kotorkan baju dia!” entah keberapa kali gadis itu memohon maaf kepada Shahir Safwan.
Shahir Safwan ketawa dengan tiba-tiba……….
“Shahir nie kenapa?. Takkan sebab bagitahu yang Dira ada perasaan kat Shahir, Shahir dah ketawa sampai macam nie sekali!” marah Dira Zulaikha.
“tak…tak bukan macam tu. Shahir sebenarnya gembira sangat-sangat sebab Dira dah tak beraku kau ngan Shahir lagi. Sekarang Dira dah pandai nak bahasakan diri dengan Dira….Shahir. Kan elok macam nie, sejuk hati Shahir dengar…” lembut sekali Shahir menuturkannya.
“elehh…dia pun sama. Tiba-tiba pulak bahasakan diri tu Shahir!” Dira Zulaikha membalas balik.
“kenapa tak cakap dari dulu yang Dira memang ada hati kat Shahir?” ujar lelaki itu antara dengan dan tidak dengar.
“cik abang sayang….takkan lah perigi nak cari timba pulak! dibuatnya timba tu tak dapat nak terima perigi, kang tak pasal-pasal dapat malu free….”
“hahahaha…..tak sangka, pandai jugak Dira gunakan peribahasa tu ye!” kata Shahir Safwan sambil mencubit pipi gadis kecintaannya itu.
“mestilah, ingat Dira tak belajar ke masa sekolah dulu. Walaupun Dira takdelah belajar tinggi macam Shahir, tapi pelajaran bahasa Melayu tu kan penting!” ujar gadis itu dengan tekun.
“hmmm…Shahir tau sayang Shahir nie memang pandai orang nya. Cuma, yelah selalu sangat nak gaduh ngan Shahir.” Sengaja dibuat mukanya seperti seorang kanak-kanak yang sedang merajuk.
“yelah, Dira je yang selalu cari gaduh, habis Shahir pun sama. Asal jumpa ngan Dira je, mesti nak sakitkan hati Dira nie!” ujar Dira Zulaikha dengan nada geram.
“mana ada, kalau boleh Shahir langsung tak nak cari gaduh ngan Dira. Tapi tulah, ada je yang tak kena kalau kita jumpa kan!”
“tapikan, Dira kena ucapkan terima kasih kat sepupu Shahir tu!” ujar Dira Zulaikha tiba-tiba.
“terima kasih kat dia? Kenapa pulak?” soal Shahir Safwan bertalu-talu.
“sebab kalau bukan pasal kejadian tadi, tentu Dira tak tau yang sebenarnya Dira tak bertepuk sebelah tangan. Tentu sampai bila-bila Dira tak akan pernah bagitahu kat Shahir tentang perasaan Dira pada Shahir!”
“dan kalau kejadian tadi tu tak berlaku tentu kita takkan jadi macam nie kan! Tentu payah Shahir nak dengar Dira bahasakan diri dengan nama Dira…..takde lagi aku atau pun kau!” sampuk Shahir Safwan.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya perlahan.
“ehem…ehem..ehem…hmmm sori ye mengganggu kalian berdua.” Ain dan Anum yang sedari tadi memerhatikan pasangan bahagia itu datang menghampiri. Sengaja mereka berdua tidak bersuara, supaya mereka tidak menganggu perbualan antara Shahir Safwan dan juga Dira Zulaikha.
“Ain…Anum! Dah lama ke korang ada kat sini?” terkejut Dira Zulaikha dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja keduda-dua kawannya itu berada di belakangnya.
“hmmmm…takdelah lama sangat. Tapi dapatlah jugak kita orang dengar pengakuan kau ngan Dr. Shahir nie, kan Ain!” beritahu Anum dengan mengangkat keningnya kepada Ain yang berada di sebelahnya.
“haiii…nampaknya tak lama lagi dapatlah kami makan nasi minyak! Tak sabar pulak rasanya,” kata Ain sambil tersengih melihat gelagat pasangan itu.
“insyaallah…tak lama lagi dapatlah Anum ngan Ain makan nasi minyak kami!” balas Shahir Safwan selamba.
“betul ke nie doktor?” soal Anum tidak percaya.
“betullah…takkan saya nak main-main pulak. Kamu berdua tunggulah, tak lama lagi dapat lah kamu berdua merasa nasi minyak kami,” ujar Shahir Safwan lagi.
“Shahir…Anum jangan layan sangat dia nie!” kata Dira Zulaikha.
“laaa…kenapa, sayang tak nak kawin ngan abang ke?” sengaja Shahir Safwan mengusik gadis itu di hadapan kawan-kawannya.
“Shahir!!!!!!!............” panggil Dira Zulaikha dengan nada geram.
“hehehe…alah, doktor jangan risau. Dira nie malu, sebab tu dia marah. Tapi marah-marah sayang gitu!” giliran Ain pula yang mengusik kawannya itu.
“betul tu doktor! Dira nie kan mana pernah bercinta. Sebab tu dia jadi malu kalau kena usik pasal kawin nie!” sampuk Anum pula.
Akhirnya kesemua mereka ketawa….
………………………..
Zita berjalan ke hulu ke hilir di dalam rumahnya. Sejak balik dari hospital petang tadi, hatinya begitu tidak senang mendengar kata-kata yang dilunturkan oleh Shahir Safwan. Disebabkan seorang gadis yang hanya menjadi adik saudara angkat kepada Shahir Safwan, hubungan antara Shahir Safwan dan juga dirinya berantakan.
Ibunya Halimah yang baru balik dari butik hairan melihat anaknya itu seolah-olah sedang mengalami masalah.
“kenapa dengan Zita nie, mak tengok macam ada masalah je. Ke hulu ke hilir berjalan, sakit mata mak tengok!” ujar Halimah sambil menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi.
“takdelah mak, Zita pergi hospital kat tempat Shahir bekerja. Adalah sorang perempuan tu, batang penyapu kotor yang dia bawak tu terkena baju Zita yang Zita nak pakai masa photoshoot. Apa lagi Zita marahlah kat perempuan tu!” beritahu Zita tanpa merahsiakannya daripada Halimah.
“kamu marah budak perempuan tu?. Kenapa kamu buat macam tu, Zita. Mungkin dia tak sengaja, kenapa kamu tak cakap elok-elok ngan dia?” Tanya Halimah sambil memandang wajah anak perempuannya itu.
“tapi mak, habis baju Zita kotor. Dah lah Zita kena pakai baju tu untuk photoshoot. Tak pasal-pasal dia kotorkan baju Zita,” kata Zita geram.
“yang kamu pergi pakai baju tu kenapa?. Macam takde baju lain yang kamu nak pakai. Pergi hospital tak payah nak pakai baju yang lawa-lawa. Takde nya orang nak tengok pakaian kamu tu! Perli Halimah.
“mak nie, patutnya sokong apa yang Zita buat. Nie tak, Zita pulak yang kena marah balik!” ujar Zita dengan menghentakkan kakinya.
“mak tak nak sokong sapa-sapa. Masalah sekarang nie, Zita sengaja cari pasal dengan budak perempuan tu. Hal sekecil macam tu pun Zita nak perbesarkan!” Halimah sudah pening dengan sikap anak perempuannya itu.
“Zita bukan sengaja nak buat macam tu mak, tapi Zita geram sangat bila baju yang Zita pakai tu kotor.”
“kan banyak lagi pakaian kamu dalam almari kat bilik kamu tu. Tkar jelah dengan pakaian yang lain!” ujar Halimah perlahan.
“isshh mak nie, takkan Zita nak baliksemula ke rumah nie. Kang lambat pulak Zita sampai di studio tu!”
“dah tu,yang kamu marah tak tentu pasal tu kenapa?. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana!” balas Halimah lagi.
“susahlah cakap ngan mak nie!” bentak Zita.
“apa yang susahnya pulak?” soal Halimah pelik.
“yelah, apa yang Zita cakap semuanya salah. Mak, mak tau tak perempuan yang Zita marah tadi tu rupanya adik saudara angkat Shahir!” beritahu Zita kepada Halimah.
“adik saudara angkat Shahir?. Jadi dah tentu Shahir nampak kamu marah kat adik dia, ye tak?” tanya Halimah ingin tau.
“mestilah mak, tu yang buat Zita naik angin sangat nie. Sebab perempuan tulah, Zita kena marah dengan Shahir,”
“tulah, mak ngan ayah selalu pesan kat kamu. Jangan sesekali marah tanpa usul periksa. Lain kali bercakap baik-baik, nie tak kamu main marah je!” nasihat Halimah.
“mak, manalah Zita tau yang perempuan tu adik saudara angkat Shahir. Tapi ada sesuatu yang mak perlu tau!”
“apa dia?” kata Halimah tidak sabar.
“Shahir cakap kat Zita tadi, yang dia ngan perempuan tu akan bertunang dalam masa sebulan dari tarikh sekarang! Zita tak percaya yang diorang berdua akan bertunang. Mak tengoklah perempuan tu, dahlah keje cleaner kat hospital. Tak sepadan langsung dengan Shahir tu mak!” beritahu Zita panjang lebar.
“mak nak tanya kamu sikit nie, sebenarnya kamu nie ada hati ke kat sepupu kamu tu?” tanya Halimah dengan nada serius.
“kenapa mak tanya soalan tu kat Zita?” ujar Zita perlahan.
“sebab mak yakin kamu ada perasaan pada sepupu kamu tu. Kalau tak, kamu takkan marah sampai macam nie sekali. Mak tak nak kamu kacau hubungan diorang berdua tu. Biarlah kalau budak tu keje sebagai cleaner, sekurang-kurangnya dia dapat menjaga makan minum Shahir. Lagi pun mak tak rasa mak long ngan pak long kamu akan tolak pilihan anak dia tu!” jawab Halimah.
“apa mak nie!! kaitkan Zita pulak. Dahlah, Zita nak keluar. Malam nie mungkin Zita balik lambat sikit!” beritahu Zita sambil mencapai beg tangannya lalu keluar dari rumah itu.
Zita mengambil keputusan untuk pergi melawat mak long dan pak longnya di rumah. Perjalanan dari rumahnya untuk sampai ke rumah mereka mengambil masa 45 minit. Pintu pagar automatik itu terbuka dengan sendirinya. Kereta yang dipandu oleh Zita sudah pun berada di halaman rumah Dr. Norman dan juga Dr. Syikin.
“abang, cuba abang tengok tu! Kereta tukan Halimah pernah bawak kat sini masa dia datang ngan Halim dulu!” ujar Dr. Syikin kepada suaminya yang sedang berehat di atas kerusi di taman rumah itu.
“aaaah, sape pulak yang bawak kereta tu ari nie?” omel Dr. Norman sendirian.
Pintu kereta itu dibuka perlahan. Sepasang kaki sudah keluar dari pintu kereta tersebut. Kemudian barulah kelihatan tubuh lampai itu keluar dan menutup kembali pintu kereta tersebut.
“tukan anak Halimah, Zita kan!” kata Dr. Syikin kepada Dr. Norman.
“ye tak ye jugak. Kenapa dia boleh sampai kat rumah kita petang nie?. tak pernah pulak dia nak datang rumah kita selama nie, nie mesti ada perkara yang dia nak bagitahu,” ujar Dr. Norman selamba.
“assalamualaikum…mak long, pak long!” ucap Zita sambil menyalami tangan orang tua tersebut.
“waalaikumussalam…….” Balas mereka berdua serentak.
“duduklah Zita, kami baru je nak minum petang nie. Bolehlah Zita join kami sekali,” ajak Dr. Syikin mesra.
“ye ke mak long?. Langkah kananlah Zita petang nie!” ujarnya dengan suara yang manja.
“macam tulah!” balas Dr. Norman ringkas.
“Zita keje kat mana sekarang nie?” soal Dr. Syikin kepada anak saudaranya itu.
“Zita sekarang nie jadi model untuk sebuah syarikat di sekitar sini je mak long!” beritahu Zita lembut.
“ooo….mak long ingatkan Zita dah berhenti jadi model!” kata Dr. Syikin.
“takdelah, mak long. Lagi pun bukan senang nak dapat peluang untuk jadi seorang model nie mak long. Zita memang minat dari dulu lagi, sayang pulak nak tinggalkan bidang nie,” jawab Zita lagi.
“hmm ayah ngan mak macam mana, sihat?” tanya Dr. Norman.
“alhamdulillah, mak ngan ayah sihat…..” beritahu Zita kepada Dr. Norman.
“baguslah kalau macam tu. Dah lama jugak pak long tak jumpa ngan diorang berdua tu!” ujar Dr. Norman lagi.
“pak long ngan mak long datang kat sana! Mak ngan ayah ada jugak cakap nak jumpa ngan mak long ngan pak long, yelah, cuma masa tak mengizinkan!”
“tengoklah macam mana nanti, kalau takde aral sampailah mak long ngan pak long kat rumah kamu tu!” ujar Dr. Norman sambil menghirup air yang dibuat oleh isterinya tadi.
“Zita harap mak long ngan pak long tak kisah kalau Zita nak tanya sesuatu nie,” balas Zita perlahan.
“laa, buat apa pulak kami nak ambil kisah. Zita tanya jelah, kalau boleh kami jawab soalan tu, kami akan jawab. Tapi kalau tak boleh, nak buat macam manakan!” dengan lembut Dr. Syikin berkata.
“hmm…adik saudara angkat Shahir keje sebagai cleaner kat hospital sama Shahir bertugas ke mak long, pak long?” soal Zita walaupun dia sendiri sudah berjumpa dengan perempuan itu.
“mana Zita dapat tau nie?” tanya Dr. Norman.
“Hafiz, kawan rapat Shahir yang bagitahu kat Zita masa malam Zita jumpa ngan Shahir 2 ari selepas Zita balik kat sini,” beritahu Zita.
“oooo….jadi Zita dah taulah pasal adik saudara angkat along tu!” ujar Dr. Norman.
“ye pak long…..betul ke Shahir nak bertunang dengan adik saudara angkat dia sebulan dari tarikh sekarang?” soal Zita lagi.
“bertunang?” tanya Dr. Syikin terkejut.
“ye, Shahir bagitahu kat Zita tadi yang dia akan bertunang dengan adik saudara angkat dia sebulan dari sekarang. Takkanlah mak long ngan pak long tak tau pasal hal nie!” ujar Zita pelik.
“tak, kami memnag tak tau langsung pasal hal nie!” jawab Dr. Syikin dengan melihat suaminya didepan.
“Zita bukan apa mak long….pak long. Cuma Zita rasa perempuan tu tak sepadan dengan Shahir. Mak long ngan pak long jangan terasa dengan apa yang Zita katakan nie, tapi takkan mak long ngan pak long rela Shahir menikahi perempuan tu. Mesti staf-staf kat hospital tu akan bercakap yang bukan-bukan tentang anak mak long nanti!” Zita sudah mula mahu mengotorkan pemikiran orang tua itu.
“macam nie jelah Zita, bila along dah balik dari hospital nanti mak long akan cuba tanya kat dia!” kata Dr. Syikin memberi kata putus.
“kalau macam tu, Zita balik dulu ye mak long…pak long. Zita nak pergi jumpa kawan sekejap!” beritahu Zita lalu melangkah pergi dari situ.
Setelah kereta yang dipandu oleh Zita keluar dari kawasan rumah mereka, Dr. Syikin mula bertanya kepada suaminya Dr. Norman.
“abang, betul ke apa yang Zita cakap tadi tu?” soal Dr. Syikin.
“entahlah, abang pun tak boleh nak bagi jawapan. Kita tunggu jelah along balik. Kita mintak dia berterus terang ngan kita pasal hal nie!” ujar Dr. Norman.
Dr. Syikin menganggukkan kepalanya.
Hampir jam 8 malam kedengaran enjin kereta milik Shahir Safwan memasuki rumah halam rumah itu. Pintu kereta ditutup. Langkah kakinya di percepatkan untuk masuk ke dalam rumah. Tombol pintu dipulas perlahan. Kasut yang dipakainya ditanggalkan di luar pintu.
“mama…papa…assalamualaikum!” ucap Shahir Safwan seraya menyalami tangan Dr. Syikin dan Dr. Norman.
“waalaikumussalam…..” balas mereka berdua serentak.
Shahir Safwan duduk di atas kerusi untuk menghilangkan rasa penat.
“lewat along balik malam nie?. ada kes ke?” soal Dr. Norman memulakan bicara.
“macam tulah papa!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“along ada sesuatu ke nak bagitahu kat mama ngan papa!” ujar Dr. Syikin pula.
“kenapa mama cakap macam tu?” soal Shahir Safwan hairan.
“petang tadi Zita ada datang kat rumah kita nie. Dia ada bagitahu sesuatu kat mama ngan papa. Tapi sekarang nie, mama nak tau dari mulut along sendiri!” beritahu Dr. Syikin lembut.
“apa yang mama ngan papa nak tau. Apa yang Zita sudah bagitahu kat mama ngan papa?” tanya lelaki tidak sabar.
“Zita kata kamu nak bertunang dengan Dira betul ke?” soal Dr. Norman ingin tau.
Shahir Safwan diam………
“along, cuba cakap kat mama ngan papa nie. Betul ke apa Zita cakap tadi tu!” ulang Dr. Syikin lagi.
“betul mama, along dah buat keputusan muktamad. Along nak minta restu mama ngan papa supaya restukan hubungan along ngan Dira. Along tak nak kehilangan Dira mama…papa!” beritahu lelaki itu bersungguh-sungguh.
“jadi along nak mama ngan papa pergi pinang Dira untuk along lah nie?” tanya Dr. Syikin dengan riak wajah yang serius.
“hmm…macam tulah perancangan along. Boleh tak mama, papa?”
“mama tak setuju………” kata Dr. Syikin dengan tiba-tiba.
“mama……..papa, kenapa nie?. bukan ke mama ngan papa tak halang siapa pilihan along tu! Tapi kenapa mama tak nak pergi pinangkan Dira untuk along?. Kenapa mama?” soal lelaki dengan riak wajah yang sedih.
“Syikin……..apa semua nie?” ujar Dr. Norman yang turut terkejut dengan kata-kata isterinya itu.
“along…abang. Syikin belum habis cakap lagi, kenapa tiba-tiba abang ngan along menyampuk percakapan Syikin. Along…..along, mama tak setuju kalau kita lambatkan majlis tu. Bukan mama tak setuju dengan pilihan along. Kalau along nak tau, sebenarnya mama, papa dan Mak Zeera kamu berharap sangat kamu berdua bersama. Tengok, akhirnya tercapai juga doa mama nak bermenantukan Dira Zulaikha.
“betul ke nie mama? Mama tak main-mainkan along?” soal Shahir Safwan dengan tidak percaya.
“betul sayang…mama tak main-mainkan along. Along jangan risau, mama ngan papa akan segera pergi merisik Dira untuk anak mama nie!” ujar Dr. Syikin dengan perasaan yang sangat gembira.
“terkejut abang dibuatnya. Ingatkan Syikin tak setuju kalau Dira jadi menantu kita!” kata Dr. Norman.
“isshh abang nie, ke situ pulak. Mana mungkin Syikin tak setuju dengan pilihan along tu. Hmmm mama peliklah, sejak bila along ngan Dira bercinta nie?” tanya Dr. Syikin dengan senyuman di bibirnya.
“hari nie?” jawab Shahir Safwan selamba.
“hari nie?” serentak Dr. Syikin ngan Dr. Norman berkata.
“hahaha…takdelah mama, papa! Along sendiri pun tak tau nak cakap. Tapi yang along tau along betul-betul sayang dan cintakan Dira. Along tak mahu Dira Zulaikha jatuh ke tangan orang lain mama…papa!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…jadi memang betullah jangkaan mama selama nie. Along memang ada perasaan pada Dira Zulaikha.”
Shahir Safwan mengiyakan kata-kata Dr. Syikin.
“alhamdulillah….tak lama lagi kita dapat menantu lah Syikin. Lepas tu kita dapat cucu pulak!” ujar Dr. Norman mengusik anak lelakinya itu.
“betul tu abang, tak sabar rasanya nak timang cucu!” balas Dr. Syikin pula.
“mama…..papa! along belum pun bertunang. Berkahwin lagilah belum, mama ngan papa pulak yang tak sabar-sabar nak timang cucu,” kata Shahir Safwan geram.
“apa salahnya kalau mama ngan papa nak timang cucu cepat! Lagi pun mama tak nak along ngan Dira bertunang lama-lama. Mama kalau boleh esok jugak nak suruh korang berdua kawin!” kata Dr. Syikin tidak sabar.
“mama…papa. Terima kasih sebab restu hubungan along dan Dira!” ucap Shahir Safwan ikhlas.
“sama-sama sayang. Terima kasih jugak sebab along dah tunaikan impian mama ngan papa untuk bermenantukan Dira dalam keluarga kita nie!” balas Dr. Syikin lembut.



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama