AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 21 & 22


BAB 21
“excuse me….hmmm mana satu bilik Dr. Shahir Safwan?” soal wanita itu.
Anum yang leka mmebuat keje itu tersentak apabila ditegur dari belakang. Dengan pantas, dia berpaling untuk melihat orang yang berada di belakangnya.
“ya, boleh saya tolong?” soal Anum.
“boleh saya tau mana satu Dr. Shahir Safwan?” tanya wanita itu lagi dengan lagaknya yang agak sombong.
“oooo….cik jalan terus, lepas tu belok ke kanan. Bilik Dr. Shahir Safwan yang pertama sekali,” jawab Anum mesra.
“ok, thanks!” ucap wanita itu ringkas. Senyuman yang diberikan oleh Anum tadi langsung tidak berbalas.
“apa, dia ingat mentang-mentang aku keje macam nie takde perasaan ke?. Muka takdelah nampak lawa mana pun, tapi perangai masyaallah. Setakat nak balas senyuman aku tadi bukan luak sangat pun bibir dia tu! Setakat nak speaking ngan aku, bukan susah mana pun,” Anum membebel seorang diri selepas wanita sombong itu melangkah jauh.
“wooiii, yang hang membebel sorang -sorang nie kenapa?. Dah buang tabiat!” sergah Ain apabila dia sudah berada di belakang kawanny aitu.
“ooo mak kau cantik!!!!” Anum melatah tiba-tiba.
“hahaha…memanglah mak aku tu cantik. Tak payahlah kau nak puji, aku dah tau sangat-sangat.” balas Ain dengan ketawanya.
“kau nie pun, tak habis-habis nak sergah aku. Nasib baik kau takde sakit jantug, kalau tak dah lama aku gugur kat sini!” marah Anum.
“alah, aku tak nak kau gugur lagi. Nanti kalau aku nak kawin sapa yang nak jadi pengapit kau!” ujar Ain yang masih lagi dengan ketawanya.
“sudahlah! yang kau tiba-tiba da kat sini apasal, dah takde keje nak buat!” perli Anum.
“sape kata aku takde keje nak buat?. Adalah, aku datang sini bukan apa cik Anum oii. Saje aku nak ingatkan kau, lepas nie kak Mah suruh kita tolong dia bersihkan bilik pesakit kat tingkat atas tu!” Ain menyampaikan pesanan dari kak Mah.
“apasal pulak kita yang kena bersihkan?” soal Anum ingin tau.
“kau niekan, banyak pulak soalan. Manalah aku tau, kenapa dia suruh kita tolong bersihkan bilik tu. Ikut jelah!” jawab Ain geram.
“yelah-yelah! Pasal tu je kau nak bagitahu kat aku nie?” soal Anum lagi.
“dah tu, kau ingat aku nak bagitahu apa lagi kat kau?” perli Ain kepada kawannya itu.
“manalah tau, kot-kot ada orang hantar bunga  untuk aku ke tadi!” balas Anum dengan lawaknya.
“amboi…amboi..perasannya kau” ujar Ain sinis.
“perasan macam tu takpe, jangan perasan diri tu lawa sangat, tu yang tak boleh tahan nie!” kata Anum geram.
“kau cakap pasal sape pulak nie?” Ain hairan dengan perangai kawannya itu yang tiba-tiba naik angin tak tentu pasal.
“aku takdelah marah sangat, tapi sekurang-kurangnya kalau tak nak ucap terima kasih kat aku, balas senyuman aku tadi. Nie tak, main blah macam tu je. Takdelah, aku terasa sangat!”
“sape?” tanya Ain ringkas.
“minah yang bajet dirinya bagus sangat tadi tulah.” beritahu Anum.
“yelah, sape?” tanya Ain lagi dengan nada yang agak kuat.
“manalah aku tau minah tu nama apa. Tak sempat aku nak tanya, dia dah blah!” ujar Anum.
“dia tanya apa kat kau?” soal Ain ingin tau.
“dia tanya aku mana satu bilik Dr. Shahir Safwan. Lepas tu aku bagitahulah kat dia. Elok-elok aku senyum kat dia, ingatkan nak ucaplah terima kasih kat aku. Hmmm usahkan nak ucap, nak balas senyuman aku pun rasa macam habis beribu duit dia tu!” jawab Anum panjang lebar.
“ooo, patutlah kau membebel sorang-sorang tadi. Ada orang yang buatkan kawan kau nie sakit hati rupanya!” balas Ain dengan menggelengkan kepalanya.
“sape yang tak sakit hati kalau kena macam tu!” ujar Anum yang sudah menslowkan volumenya.
“yelah…yelah! kau kenal ke minah tadi tu?” tanya Ain.
“tak, tak pernah pulak aku tengok dia datang kat hospital nie. Lebih-lebih lagi bila dia tanya bilik Dr. Shahir Safwan.
“ntah-ntah girlfriend dia tak!” teka Ain selamba.
“isshh, tak mungkinlah. Sebab ari tu aku ada tanya kat Dr. Shahir, tapi dia kata takde.” beritahu Anum.
“mana kau tau, mungkin dia tak nak cite kat ko yang dia dah ada makwe!”
“takkanlah dia nak sorok kat aku pulak, bukan dapat hadiah pun kalau dia sorok benda tu. Bukan aku nak jeles pun kalau dia cakap yang dia dah ada girlfriend!” ujar Anum dengan sinis.
“kalau betul minah tadi tu girlfriend Dr. Shahir tu, kau agak-agaklah kalau Dira tau pasal nie dia frust tak?” Ain menanyakan pendapat kawannya itu.
“entahlah, kalau betul Dira ada hati kat abang saudara angkat dia tu aku rasa mahu seminggu dia tak bercakap ngan kita semua!” ujar Anum perlahan
“harap-harap minah tadi tu bukan girlfriend Dr. Shahir lah!” doa Ain dengan penuh harapan.
“harap-harap macam tulah! dah, aku nak buat keje balik nie!” beritahu Anum kepada Ain.
“aku pun. Klah, aku pergi dulu. Ingat pesanan aku tadi, naik tingkat atas!” Ain mengingatkan Anum sekali lagi.
“aku ingatlah! jap lagi aku naik lah kat tingkat atas tu!” balas Anum.
Tok….tok……pintu bilik Shahir Safwan diketuk dari luar.
“masuk!” arah Shahir Safwan.
Pintu bilik itu di buka sedikit demi sedikit. Shahir Safwan tidak menundukkan muka ke meja. Wanita itu mula melangkah mausk ke dalam bilik Shahir Safwan.
“assalamualaikum………” ucap wanita itu dengan lemah lembut.
Shahir Safwan segera mengangkat wajahnya ke atas. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat orang yang dikenalinya itu berada di depan matanya.
“waalaikumussalam………” jawab Shahir Safwan perlahan.
“Zita ganggu Shahir ke?” soal Zita yang sudah duduk di atas kerusi berhadapan dengan Shahir Safwan.
“ganggulah jugak, kenapa kau datang kat sini?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“saje, kenapa tak boleh ke?” tanya Zira balik.
“bukan tak boleh. Tapi mesti ada sebab kenapa kau datang kat sini kan!” kata Shahir Safwan sinis.
“hai, takkan kena ada sebab baru Zita boleh datang sini! perli Zita dengan kata-kata manjanya.
“bukan macam tu, cuma hairan jugak tiba-tiba kau boleh ada dalam bilik aku nie! tak ada photoshoot ke ari nie?” soal Shahir Safwan dengan malas.
“ari nie takde. Zita sebenarnya nak pergi kat butik mak tadi. Kebetulan lalu kat kawasan nie, tu yang Zita singgah sekejap.” beritahu Zita dengan senyuman manisnya.
“ooo….” balas Shahir Safwan ringkas. Dia masih lagi meneruskan kejenya.
“hmmm….Adik saudara angkat Shahir keje kat sini jugak kan?” soalnya.
“kenapa tiba-tiba kau tanya pasal ‘adik’ aku tu?” tanya Shahir Safwan dengan kerutan didahinya.
“takdelah, kan Shahir kata dia keje kat sini. Kebetulan Zita dah ada kat sini, terasa juga nak kenal ngan adik saudara angkat Shahir tu!” ujar Zita lagi.
“time-time macam nie dia tengah buat keje. Lain kali lah kalau kau nak kenal ngan dia!” beritahu Shahir Safwan bersahaja.
“takpelah, Zita saja nak tau. Mungkin lain kali kalau Zita datang sini dapatlah kenal ngan adik saudara angkat Shahir tu!.”
“hmmm!”
“selalu ke Shahir keluar dengan adik saudara angkat Shahir tu?” tanya Zita ingin tau.
Shahir Safwan pelik dengan pertanyaan yang diajukan oleh sepupunya itu.
“takdelah selalu sangat. Cuma selalu jugak aku call dia!” beritahu Shahir Safwan tanpa merahsiakannya.
“ooo….rapat jugak Shahir ngan adik saudara angkat Shahir tu ye! Yelah, walaupun baru jumpa!” ujar Zita seakan mencemburui hubungan antara Shahir Safwan dengan adik saudara angkatnya.
“laaa, rapat lebih kurang macam kau dengan akulah!” jawab Shahir Safwan.
“ye ke?. Tapi Zita rasa kita dah tak rapat macam dulu lagi. Macam kita baru je kenal, Shahir pun macam nak tak nak je bercakap ngan Zita sekarang nie!” ujar Zita seolah-olah begitu terasa dengan layanan Shahir Safwan kepadanya.
“aku macam dulu jugak, takde yang berubahnya. Lagi pun aku rasa macam biasa je, masih boleh berbual mesra dengan kau. Biasalah tu, kau kan baru balik kat sini. Kita pulak dah lama tak berjumpakan, tentulah kau rasa macam tu.”
“hmmm mungkin jugak kot…….klah, Zita pergi dulu ye. Kang bising pulak mak kat butik tu!” beritahu Zita sambil bangun dari tempat duduknya.
“yelah, sampaikan salam aku kat mak usu nanti!” pesan Shahir Safwan lembut.
“ok!” jawab Zita ringkas lalu memulas tombol pintu bilik Shahir Safwan.
Shahir Safwan kembali meneruskan kejenya dengan melihat data-data mengenai pesakit yang berada di atas meja di depannya itu.
“mana kamu pergi nie Zita?. Dah lama mak tunggu kat butik nie!” soal Halimah apabila dia sudah 2 jam menanti anak gadisnya di butik pengantin itu.
“alah mak nie, Zita pergi hospital kejap.” Beritahu Zita.
“hospital?. Buat apa Zita pergi sana?. Ada orang sakit ke?” soal Hlaimah bertalu-talu.
“isshhh mak nie! mana ada orang  sakit, Zita cuma pergi jumpa ngan Shahir je!” beritahu Zita lagi.
“laaa, kenapa kamu kacau sepupu kamu tu kat hospital. Kan kamu boleh pergi rumah dia,” ujar Halimah dengan menggelengkan kepalanya.
“kebetulan Zita lalu kat jalan tu tadi, jadi Zita singgahlah sekejap. Bukan lama pun Zita ganggu dia kat sana!” balas Zita lembut.
“macam mana ngan sepupu kamu tu sekarang?” soal Halimah sambil melihat-lihat pakaian yang tergantung di dalam butiknya itu.
“Zita tengok macam tu jugak lah, sama macam mula-mula Zita jumpa dia masa dinner ari tu. Shahir pesan kat Zita suruh Zita sampaikan salam dia kat mak,” Zita menyampaikan salam yang dikirim oleh Shahir Safwan tadi.
“waalaikumussalam……………” jawab Halimah lembut.
………………………………
 “Dira, jom keluar makan!” ajak Anum apabila jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.
“Ain mana?” soal Dira Zulaikha kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik itu.
“Ain pergi tandas, dia suruh kita tunggu dia kat kantin. Kejap lagi dia pergi sana!” beritahu Anum.
“kalau macam tu, jomlah!” ajak Dira Zulaikha dengan mengambil beg duitnya yang diletakkan di dalam almari.
Anum juga turut mengambil beg duitnya sekali dengan beg duit Ain. Mereka berdua keluar dari bilik rehat dan menuju ke kantin.
“hujung bulan nie aku ngan Ain plan nak pergi shopping, kau faham-faham jelah. Banyak barang-barang peribadi aku yang dah habis. Kau nak ikut tak?” ajak Anum kepada kawannya itu.
“hujung bulan nie? ari apa kau nak pergi?” soal Dira Zulaikha.
“mestilah ari minggu kita orang pergi. Takkan nak pergi masa ari keje pulak!” ujar Anum.
“hmmm aku rasa tak pergi kot!” kata Dira Zulaikha setelah berfikir sejenak.
“kenapa, kau ada hal nak buat ke?” tanya Anum ingin tau.
“ermmm…Mama Syikin ngan Papa Norman ajak aku ngan mak aku pergi jalan-jalan!” Dira Zulaikha menjawab pertanyaan dari Anum.
“ooo….keluar jalan-jalan dengan keluarga bakal mentua rupanya!”  perli Anum dengan tersengih.
“mana pulak keluarga mentua! Kau nie, dengar dek orang lain tak ke malu,” balas Dira Zulaikha dengan nada geram.
“elehh…nak malu buat apa, bukannya diorang tau kau nak keluar ngan keluarga sape!”
“eh, korang nak pergi jalan-jalan kat mana?” tanya Anum lagi.
“entahlah, Mama Syikin cakap kawasan JB  nie je! Tak tau lah pulak kalau diorang dah ubah rancangan,” jawab Dira Zulaikha tanpa berahsia.
mamat serabut kau tu ikut sekali ke?” soal Anum yang sudah tersenyum melihat Dira Zulaikha.
“tak kot, sebab dia kata takut ada kes kecemasan. Keje macam dia tu, mana boleh nak bercuti sesuka hati.
“jadi korang berempat jelah yang pergi nanti ye!.”
“macam tulah!” ringkas Dira Zulaikha menjawab.
“kalau macam tu, aku ngan Ain jelah yang keluar pergi shopping nanti! tapi kalau kau tak jadi nak pergi jalan-jalan, kau ikut kita orang. Tak best ar kalau kau takde sekali,” ujar Anum ikhlas.
“ye, kalau aku tak jadi nak pergi aku ikut korang pergi shopping. Tapi aku kena cakap dulu kat mak aku tu!”
“yelah, takkan nak keluar macam tu je kan!” kata Anum.
Dira Zulaikha dan Anum sudah sampai ke kantin. Kelibat Ain masih belum ada di situ.
“kita duduk dulu lah, lagi pun Ain belum sampai lagi nie!” ajak Dira Zulaikha dengan menarik kerusi yang berdekatan dengan tempat mereka berdiri.
“elok jugak tu! Ain tu kalau dah pergi tandas, bukan main lama. Ntah apa yang dibuat kat dalam tandas tu pun aku tak tau lah!” kata Anum dengan sinis.
“atau kau nak beli makanan dulu?” soal Dira Zulaikha memberi cadangan.
“tak payah lah, kita tunggu je Ain datang. Kang kalau kita order dulu dia kata kita tak nak temankan dia makan pulak. Merajuk pulak minah sorang tu.”
Hampir 10 minit menanti, kelibat Ain sudah berada di celah-celah orang ramai yang mengunjungi kantin hospital itu. Dira Zulaikha melambai-lambaikan tangannya ke arah Ain  supaya datang ke tempatnya. Ain kemudiannya melangkah kakinya ke tempat Dira Zulaikha serta Anum.
“sori-sori…aku lambat sikit!” Ain memminta maaf kerana terlambat.
“aku dah tau sangat perangai kau Ain. Kalau dah ada dalam tandas tu, comfirm kau duduk lama dalam tu!” perli Anum selamba.
“hehehe…nak buat macam mana, aku dah tak tahan sangat tadi!” kata Ain dengan ketawanya.
“yelah tu, jomlah kita pergi beli makanan!” ajak Anum lalu bangun dari kerusi yang didudukinya.
“jom!” balas Ain ringkas.
Mereka bertiga kemudiannya melangkah kaki ke ruang yang menyediakan makan tengah hari. Pelbagai lauk yang tersedia di atas meja itu. Masing-masing memilih lauk kegemaran mereka. Selesai membuat pembayaran, Anum, Ain dan juga Dira Zulaikha mencari tempat kosong untuk mereka menikmati makan tengah hari itu.
“Ain, nanti kita dua orang jelah yang pergi shopping hujung bulan nie!” beritahu Anum kepada Ain yang duduk di hadapannya.
“kenapa pulak?. Dira tak nak ikut ke?” soal Ain seraya melihat ke arah Dira Zulaikha.
“tak, kawan kita yang sorang nie nak pergi jalan-jalan dengan bakal keluarga mentua!” jawab Anum selamba.
“haaa ko ikut lah sangat cakap Anum nie. Bukan bakal mentualah, mereka tukan cuma mama ngan papa saudara angkat aku je!” ujar Dira Zulaikha.
“ooo…jadi kau tak ikut lah kita orang pergi shopping hujung bulan nie?” tanya Ain lagi.
“aku rasa tak kot!” jawab Dira Zulaikha lagi.
“oklah! Nak buat macam mana, diorang dah ajak kau pergi jalan-jalan. Kalau aku pun dah tentu aku ikut jugak,” kata Ain dengan mengirup minuman yang dibelinya tadi.
“harap-harap bila kau balik nanti, adalah buah tangan untuk kita orang yang kat sini nie!” sampuk Anum.
“boleh, tapi kau kena bagi duit gaji kau tu kat aku. Sebab aku tak bawak banyak duit sangat nak pergi sana!” ujar Dira Zulaikha sekadar bergurau.
“kalau macam tu baik kita orang sendiri yang pergi belikan!” kata Anum dengan mencebikkan mulutnya.
“alah, aku gurau jelah. Takkanlah aku tak nak beli apa-apa untuk korang nanti.”
“ehem…ehem…rancak berbual nampak!” sergah Shahir Safwan apabila langkahnya usdah sampai ke tempat Dira Zualikha, Anum dan juga Ain yang tengah menikmati makan tengah hari.
Anum, Dira Zulaikha dan Ain serentak melihat kepada tuan empuanya suara itu.
“boleh saya join sekali?” soal Shahir Safwan yang tengah membawa pinggan berisi nasi dah juga segelas air di tangannya.
“eh doktor, jemputlah duduk. Lagi pun kami bertiga je kat sini, apa salahnya kalau doktor nak join kita orang sekali.” Jemput Anum dengan lembut.
“ye, terima kasih!” ucap Shahir Safwan sambil mengambil tempat duduk berhadapan Dira Zulaikha.
“sama-sama…” jawab mereka bertiga serentak.
“doktor baru nak rehat ke?” tanya Ain mesra.
“hmmm….” Jawab Shahir Safwan ringkas.
“samalah ngan kita orang nie!” beritahu Anum tanpa ditanya.
“lewat jugak kamu rehat ye!” soal Shahir Safwan sekadar ingin berbual-bual sebelum menikmati makan tengah hari.
“tunggu si Ain nie lah. Lama sangat dia pergi tandas,” ujar Anum sinis.
“oooo…..” ringkas Shahir Safwan membalas.
“tadi masa saya tengah buat keje kat luar, adalah sorang perempuan nie datang tanya saya mana satu bilik doktor Shahir,” beritahu Anum.
“oh ye ke!! Dia sepupu saya, baru je balik kat sini.” Ujar Shahir Safwan dengan melihat ke arah Dira Zulaikha.
“patutlah, saya ingatkan girlfriend doktor tadi!” teka Anum selamba.
“ishh kamu nie, takkan dia girlfriend saya pulak!”
“manalah tau kan, lagi pun saya tak pernah pulak tengok dia datang sini. Sebab tulah saya kata macam tu!” balas Anum lagi.
“takdelah, dia cuma sepupu saya je. Tak lebih dari tu!” beritahu Shahir Safwan lagi dengan menolak kenyataan dari Anum.
“hehehe…mati-mati saya ingatkan perempuan tadi tu girlfriend doktor. Kalau betullah tadi alamatnya ada orang tu makan nasi berulang jantunglah jawabnya,” perli Anum dengan menjeling Dira Zulaikha yang berada di sebelahnya.
“sape pulak yang makan nasi berulam jantung nie?” soal Shahir Safwan hairan.
Dira Zulaikha yang leka menyuap nasi ke dalam mulutnya terhenti seketika. Matanya di alih kepada wajah Anum dengan kerutan di dahinya.
“maksud saya, mana-mana gadis yang terpikat ngan doktorlah. Manalah kita tau kan!” 
“takdelah…..takde orang yang nak kat saya nie!” ujar Shahir Safwan rendah diri.
“tak baik doktor cakap macam tu. Mana doktor tau takde orang nak kat doktor?. Mungkin dia malu kot nak cakap yang dia suka kat doktor.”
“betul kata Anum tu doktor. Mesti ada orang yang nak kat doktor tu. Takkan lah orang yang se hensem doktor nie takde orang yang nak, kan Dira?” tanya Ain dengan melihat ke arah Dira Zulaikha.
“uhuk…uhukk….” Dira Zulaikha yang tengah makan tersedak tiba-tiba apabila Ain menanyakan soalan itu kepadanya.
Anum menepuk-nepuk belakang badan Dira Zulaikha. Shahir Safwan menyuakan air suam ke mulut Dira Zulaikha. Tangan Dira Zulaikha laju memegang gelas itu lalu meminumnya dengan perlahan. Ain memandang ke arah Anum yang berada di depannya. Masing-masing tersengih melihat pasangan itu.
“macam mana?” tanya Shahir Safwan prihatin.
“aku ok je!” jawab Dira Zulaikha perlahan.
“tulah, lain kali kalau nak makan tu pelan-pelan lah sikit. Nie tak, sampai tersedak dibuatnya,” perli Ain dengan tersenyum.
“kau tulah, aku sedap-sedap tengah makan. Boleh pulak kau tanya kat aku soalan tu!” marah Dira Zulaikha dengan mengurut dadanya.
“laaa, aku tanya soalan tu pun kau nak marah. Aku cuma nak tau pendapat kau tu je. Lagi pun doktor nie bukan orang lain, ‘abang saudara angkat’ kau jugak! Dia pun nak tau jugak pendapat kau tentang dia,” ujar Ain lagi.
Shahir Safwan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat 3 sekawan itu.


BAB 22
“mak, jadi ke kita nak pergi jalan-jalan esok?” soal Dira Zulaikha kepada Mak Zeera yang sedang duduk di berhampiran dengannya di luar rumah.
“jadilah, kalau tak dah tentu dia telefon bagitahu kat mak!” Mak Zeera menjawab pertanyaan anak gadisnya itu.
“hmmm takpe ke kalau kita ikut diorang?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“kenapa anak mak tanya macam tu?” soal Mak Zeera hairan.
“yelah, kak long tau Mama Syikin ngan Papa Norman tu sentiasa layan kita dengan baik kalau kita pergi sana. Nie pulak nak ajak kita pergi jalan-jalan. Kak long tak nak susahkan diorang!” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“mak beruntung dapat anak macam kak long. Tapi apa-apa pun kita dah setuju nak ikut diorang pergi jalan-jalan esok. Nanti apa pulak kata diorang kalau tiba-tiba kita nak batalkan!” kata Mak Zeera dengan menggenggam lembut anak gadisnya itu.
“takdelah macam tu sekali. Kalau kak long kata tak nak ikut, mesti Mama Syikin ngan papa Norman rasa kecewa!” balas Dira Zulaikha lembut.
“hmmm Mama Syikin ada cakap tak nak datang sini pukul berapa esok?” tanya Mak Zeera ingin tau.
“takdelah pulak, kenapa mak?” soal Dira Zulaikha kembali.
“takdelah, mak takut diorang datang sini awal pagi. Manalah tau kita tak bersiap apa pun lagi masa tu!” beritahu Mak Zeera.
“mak nak kak long telefon Mama Syikin ke tanya dia pukul berapa dia nak datang kat sini ambik kita?” soal anak gadis itu.
“tak payahlah! Mengganggu dia pulak nanti!” jawab Mak Zeera ringkas.
Deringan telefon yang sayup-sayup kedengaran itu menyedarkan Dira Zulaikha bahawa telefon bimbitnya berada di ruang tamu di dalam rumahnya. Berlari gadis itu masuk ke dalam rumahnya. Segera dicapai telefon yang terbaring di atas meja.
“assalamualaikum…..! ucap Dira Zulaikha termengah-mengah seketika apabila menjawab panggilan telefon itu.
“waalaikumussalam……..!” balas si pemanggil itu.
“kau berjoging ke malam-malam macam nie?” soal si pemanggil itu apabila kedengaran suara Dira Zulaikha terputus-putus.
“berjoging apa pulak malam-malam macam nie?” soal Dira Zulaikha kembali.
“dah tu, kenapa suara kau aku dengar macam suara orang yang tengah berjoging je!” ujar Shahir Safwan di hujung telefon.
“takdelah! aku ada kat luar tadi, ngan mak. Tu yang aku berlari masuk bila dengar telefon nie berbunyi,” beritahu Dira Zulaikha.
“oooo….” Ringkas jejaka itu berkata.
“hmm kau nak apa telefon malam-malam nie?” tanya gadis itu perlahan.
“saja, nak berbual-bual dengan kau. Kan esok kau nak pergi jalan-jalan ngan mama dan papa!” jawab Shahir Safwan.
“ooo….saja nak berbual ngan aku. Ingatkan kau ada hal penting nak bagitahu kat aku!” ujar gadis itu lembut.
“hal penting? Hal apa pulak?” soal Shahir Safwan hairan.
“nak tanya ke tak?. Nanti kalau aku tanya dia kata aku tak bagi dia pergi sana pulak. Tapi kalau tak tanya, aku mana tau betul ke tak yang dia akan pergi tukar kat hospital yang jauh tu,” omel Dira Zulaikha dalam hatinya.
“Dira…..Dira…….” panggil Shahir Safwan lembut apabila tidak kedengaran suara gadis itu.
“haaa…ye!”
“kau nak tanya apa tadi?” soal Shahir Safwan buat kali keduanya.
“takde apa-apalah. Kau tau tak pukul berapa Mama Syikin ngan Papa Norman nak datang ambik kita orang esok?” Dira Zulaikha bertanyakan soalan lain kepada Shahir Safwan.
“oooo…kata takde apa-apa, tapi tanya jugak! Mungkin dalam pukul 8.00 pagi kot. Yelah, esokkan ari minggu. Jalan raya mesti sibukkan!” kata Shahir Safwan sinis.
“kenapa kau tanya?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“yelah, manalah tau aku bangun lambat ke esok, kesian kat mama ngan papa kau tunggu kau!” ujar Dira Zulaikha selamba.
“Mak Zeera kan ada, tak pun kau set jelah jam kau tu!” cadang Shahir Safwan.
“hmmm kau memang tak pergi esok?” tanya gadis itu perlahan.
“tak, aku tak pergi!” jawab Shahir Safwan bohong.
“oklah!” balas Dira Zulaikha ringkas.
“ok je! Atau kau memang tak nak aku ikut sama esok!” teka Shahir Safwan.
“mana ada, kan kau kata tak pergi. Aku jawab ok jelah! Takkan aku nak paksa kau pulak!” ujar Dira Zulaikha menepis kata-kata jejaka itu.
“yelah-yelah…..” balas jejaka itu.
“kau de kat ner?” soal Dira Zulaikha.
“aku ada kat taman nie,” beritahu Shahir Safwan.
“taman?”
“taman kat luar rumah nie!!” beritahu Shahir Safwan lagi.
“ooo….taman kat luar rumah!” ujar Dira Zulaikha perlahan.
“Mak Zeera mana? Senyap je aku dengar!” tanya Shahir Safwan apabila dia tidak mendengar suara wanita tua itu.
“mak ada kat luar tu, ambil angin malam!” beritahu Dira Zulaikha.
“Mak Zeera kan tak berapa sihat sangat, kenapa suruh dia duduk kat luar tu!” kata Shahir Safwan dengan mengambil berat.
“biasalah mak tu, bukan boleh di nasihat sangat! Macam-macam jawapan yang diberinya nanti.” beritahu Dira Zulaikha kepada si pemanggil itu.
“dia ada mengadu sakit pinggang lagi tak?” tanya Shahir Safwan lagi.
“buat masa nie takde pulak! biasanya kalau mak sakit pinggang, dia akan suruh Dira belikan ubat untuk dia,” beritahu Dira Zualikha tanpa sedar dia membahasakan dirinya dengan nama Dira.
Shahir Safwan yang berada di hujung talian kaget apabila Dira tidak membahasakan dirinya aku seperti selalu.
“eh, kejap-kejap. Kau panggil apa tadi?” soal Shahir Safwan.
“panggil apa pulak?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“cuba kau ulang balik ayat kau tadi tu, aku tak jelaslah!” pinta Shahir Safwan yang ingin mendengarnya buat kali kedua.
“ayat yang mana pulak nie?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“yang kau sebut pasal ubat tadi tu!” beritahu jejaka itu ringkas.
“ooo…takde! biasanya kalau mak sakit pinggang, dia akan suruh Dira belikan ubat untuk dia.” Ulang Dira Zulaikha.
Shahir Safwan sudah tersenyum di sana walaupun dia tau gadis itu tidak nampak.
“aku suka bila kau bahasakan diri kau macam tu!” kata Shahir Safwan ikhlas.
“bahasa kan diri apa pulak nie?” Dira Zulaikha masih tidak menyedari percakapannya yang terlepas tadi.
“yang kau bahasakan diri kau Dira, bukan lagi aku seperti sebelum nie!” ujar Shahir Safwan yang membuatkan gadis itu terkejut mendengarnya.
“mana ada!” tungkas gadis itu pantas.
“ada, baru kejap tadi kau bahasakan diri kau dengan panggilan nama macam tu! 2 kali lagi tau aku dengar kau sebut macam tu tadi,” balas Shahir Safwan dengan yakin.
“takdelah, kau salah dengar tak nie!”
“isshh, takkan aku salah dengar pulak. Telinga aku nie masih elok lagi, tau dak!” ujar Shahir Safwan dengan ketawa kecil.
“kau jangan nak main-main pulak. Mana ada Dira….oppsss!” kata-kata Dira terhenti di situ. Baru dia sedar dengan bahasa diri yang digunakannya tadi.
“mana ada Dira apa?” perli Shahir Safwan di hujung sana.
“takde apa-apa!!!” wajahnya sudak kemerahan seketika walaupun tidak dapat dilihat oleh Shahir Safwan.
“takpelah, kan sedap bila kau bahasakan diri kau macam tu!” puji Shahir Safwan ikhlas.
“dah, kau jangan nak mengarut pulak malam-malam macam nie!”
“mengarut apanya pulak! aku bukan ajak kau pergi kawin. Aku cuma kata sedap sangat bila kau bahasakan diri kau Dira ngan aku!” balas Shahir Safwan lembut.
“malas lah aku nak panggil macam tu!”
“elehh…kau malu nak panggil macam tu kan dengan aku!” Shahir Safwan mengusik Dira Zulaikha.
“buat apa pulak nak aku nak malu kat kau, bukannya kau nampak aku kat sini!” ujar Dira Zulaikha geram.
“kalau aku ada kat sana tadi, macam mana?” soal jejaka itu ingin tau.
“macam mana lagi, macam tulah!” jawab Dira Zulaikha pantas.
“kau tak rasa malu ke?” tanyanya lagi.
“takdelah!” ringkas jawapan Dira Zulaikha.
“betul nie?. Kau tunggu kejap ek, aku dah nak sampai nie!” bohong Shahir Safwan lagi.
“hahh!!” terkejut gadis itu dibuatnya.
“kau tunggu sana sekejap, aku dah nak sampai nie!” ulang Shahir Safwan.
“kau nie kan, banyak sangat merepek malam nie. Tadi cakap ada kat taman, sekarang nie dah nak sampai kat rumah pulak!” marah Dira Zulaikha.
“memanglah aku ada kat taman. Alah, bukan jauh sangat nak sampai kat rumah kau tu!” ujar Shahir Safwan dengan ketawa yang perlahan.
“dahlah, aku nak tido! kang lambat pulak aku bangun esok!” ujar gadis itu dengan geram.
“dah nak tido?. Aku baru je nak pergi sana!” katanya lagi yang mahu menyakitkan hati gadis itu.
“Shahirrrrrrrrrr………….” panggil Dira Zulaikha geram.
“ye ‘sayang’, nak apa?” soal Shahir Safwan sejadar bergurau.
“apa sayang-sayang!” marah Dira Zulaikha kepada lelaki itu.
“garangnya kau!” Shahir Safwan ketawa besar.
“ketawalah..ketawa kuat-kuat!” kata Dira Zulaikha seakan merajuk.
“olollolollo….sori-sori. Yelah, kau pergi lah tido. Esok nak pergi jalan-jalan pulak kan!” ketawanya terhenti.
“hmmm…..” balas Dira Zulaikha perlahan.
“jangan lupa beli buah tangan untuk aku esok!” pesan Shahir Safwan sebelum memutuskan panggilan itu.
“ye!!!” ujar gadis itu ringkas.
“ok, selamat malam…….tido elok-elok ek!” pesan lelaki itu lagi.
“hmmm…kau pun. Jangan jatuh katil pulak,” ujar Dira Zulaikha sinis.
“hahahaha……ok dear! bye, assalamualaikum!” ucap Shahir Safwan.
“waalaikumussalam………..” balas Dira Zulaikha lalu menekan butang merah pada telefon bimbitnya.
Dira Zulaikha memanggil Mak Zeera yang masih berada di luar rumah sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk tido. Begitu juga dengan Shahir Safwan yang turut masuk ke dalam rumahnya setelah selesai berbual-bual dengan Dira Zulaikha di telefon. Dr. Norman dan juga Dr. Syikin sudah berada di bilik mereka. Shahir Safwan menutup suis lampu yang masih terpasang di tingkat bawah itu. Dia kemudiannya melangkah naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidonya.
…………………………
Awal-awal pagi lagi Dr. Syikin dan juga suaminya sudah bersiap-siap untuk keluar dari rumah. Mereka mengambil keputusan untuk bergerak lebih awal memandangkan ari itu adalah ari minggu. Setelah memastikan enjin kereta berada dalam keadaan baik, Dr. Norman mula menggerakkan keretanya perlahan. Dr. Syikin berada di sebelahnya.
Perlahan-lahan kereta yang dipandu oleh Dr. Norman meninggalkan kawasan perumahan mereka menuju ke jalan raya. Hampir sepuluh minit berada di atas jalan raya, telefon bimbit Dr. Syikin berdering minta di angkat. Dengan pantas Dr. Syikin mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Tertera nama anak lelakinya pada skirn telefon bimbit miliknya.
“abang, along telefon!” beritahu Dr. Syikin tanpa disuruh.
“along?.” soal Dr. Norman hairan.
“aahhh!” jawab Dr. Syikin ringkas.
“jawab cepat, mungkin dia ada hal nak bagitahu tu!” arah Dr. Norman yang meneruskan perjalannya menuju ke rumah Mak Zeera.
“assalamualaikum along……….” ucap Dr. Syikin selepas menekan butang menjawab panggilan di telefonnya itu.
“waalaikumussalam mama…….” balas Shahir Safwan lembut.
“ada apa nie telefon mama?” soal Dr. Syikin pelik.
“mama ada kat mana?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“mama dalam perjalanan nak pergi rumah Mak Zeera kamu nie. Kenapa along tanya?” soal Dr. Syikin lagi.
“oooo…hmm mama suruh papa tunggu along kat sana. Along dah nak keluar nie!” beritahu Shahir safwan di hujung telefon.
“tunggu kat mana?” tanya Dr. Syikin dengan kerutan di dahinya.
“kat rumah Mak Zeera lah. K lah, along letak telefon dulu ye! assalamualaikum,” ujar Shahir Safwan seraya menamatkan panggilan telefon itu.
Dr. Syikin kembali meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan yang dibawanya tadi.
“kenapa ngan along tu?” Dr. Norman bertanyakan kepada isterinya.
“along suruh kita tunggu dia kat rumah akak Zeera!” jawab Dr. Syikin dengan perlahan.
“aikkk, semalam dia tak cakap apa-apa pun kat kita!” ujar Dr. Norman yang terkejut mendengarnya.
“entahlah bang, pagi tadi Syikin tengok dia masih tido lagi dalam bilik dia tu. Bila masa pulak along bangun!” kata Dr. Syikin kepada suaminya.
“hmm, kalau macam tu kita tunggu dia kat sana jelah!” balas Dr. Norman dengan meluncur laju kereta yang dipandunya.
Setengah jam kemudian kereta yang dipandu oleh Dr. Norman menghampiri kawasan rumah Mak Zeera dan juga Dira Zualikha. Hon keretanya dibunyikan setelah memasuki halaman rumah mereka.
“mak, Mama Syikin ngan Papa Norman dah sampai tu!” beritahu Dira Zulaikha kepada Mak Zeera yang sedang berada di dapur.
Dira Zulaikha melangkah ke pintu rumahnya. Tombol pintu dipulas perlahan. Kelihatan Dr. Syikin dan juga Dr. Norman baru melangkah keluar dari perut keretanya. Dira Zulaikha tersenyum manis kepada mereka berdua. Langkahnya laju menuju ke arah Dr. Norman dan Dr. Syikin.
“assalamualaikum Mama Syikin…Papa Norman!” ucap Dira Zulaikha seraya menyalami tangan mereka berdua.
“waalaikumussalam…….” balas Dr. Norman dan isterinya serentak.
“mak Dira mana?” soal Dr. Syikin mesra.
“mak ada kat dalam…Mama Syikin ngan Papa Norman naiklah dulu,” jemput Dira Zulaikha lembut.
Pasangan itu mengikuti langkah kaki Dira Zulaikha masuk ke dalam rumah itu. Kasut yag dipakai mereka ditanggalkan di luar rumah.
“Mama Syikin ngan Papa Norman duduk dulu ye!” ujar Dira Zulaikha sebelum menghilangkan dirinya ke dapur.
Mak Zeera yang baru keluar dari dapur segera menuju ke tempat Dr. Syikin ngan Dr. Norman.
“maaflah, akak tengah kemas dapur tadi!” kata Mak Zeera sambil tangannya dihulurkan kepada Dr. Syikin yang berada di depannya.
Dr. Syikin menyambut huluran tangan kakak angkatnya.
“takpelah kak, lagi pun Syikin ngan abang Norman baru je sampai nie,” beritahu Dr. Syikin.
Mak Zeera duduk di atas kerusi berhadapan dengan Dr. Syikin. Tidak lama selepas itu Dira Zulaikha keluar dengan menatang dulang berisi beberapa biji cawan serta satu teko air minuman.
“jemputlah minum……” kata Dira Zulaikha lembut.
“menyusahkan Dira pulak buatkan air untuk kami,” ujar Dr. Norman perlahan.
“takdelah Papa Norman, lagi pun air nie dah siap. Dira cuma tolong hidangkan je!” ujar Dira Zulaikha seraya meletakkan dulang itu ke atas meja yang berada di tengah-tengahnya.
Dira Zulaikha menuangkan air ke dalam cawan-cawan yang dibawanya tadi.
“akak dah siap?” tanya Dr. Syikin sambil menghirup minuman itu perlahan.
“dah, awal-awal lagi akak dah siap. Takut jugak kalau Syikin ngan Norman tunggu lama nanti!” kata Mak Zeera.
“takpe, lagi pun kita kena tunggu sorang lagi nie!” beritahu Dr. Norman sambil melihat Dira Zulaikha dan juga Mak Zeera dihadapannya.
“sorang lagi?. Sape Papa Norman?” soal anak gadis itu ingin tau.
“hmmm, nanti bila dia dah sampai Dira taulah!” sampuk Dr. Syikin.
Dira Zulaikha menjengkit bahunya naik ke atas.
“akak ngan Dira tak ganggu kamu berdua ke nie?” soal Mak Zeera perlahan.
“maksud akak?” tanya Dr. Syikin kurang faham.
“yelah, kamu berdua kan nak pergi jalan-jalan!”kata Mak Zeera ringkas.
“ooo…pasal tu. Takdelah kak, lagi pun Syikin ngan abang kan yang ajak!” jawab Dr. Syikin dengan senyuman manisnya.
Pon….pon….pon…..Hon kereta dibunyikan dari arah luar.
“haaa, dah sampai pun!” ujar Dr. Norman kepada isterinya.
“sape yang sampai nie Mama Syikin, Papa Norman?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“Dira suruh dia masuk dulu, boleh. Kejap lagi baru kita semua bertolak!”pinta Dr. Norman lembut tanpa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh gadis itu.
“yelah, Papa Norman!” Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya lalu bangun menuju ke pintu rumahnya.
Shahir Safwan yang baru keluar dari dalam perut keretanya segera menutup pintu kereta yang dipandunya tadi. Dira Zulaikha mengatur langkah pergi ke tempat Shahir Safwan.
“kau buat apa kat sini?” soal Dira Zulaikha yang terkejut melihat kehadiran Shahir Safwan di rumahnya.
“kata nak pergi jalan-jalan!” ujar Shahir Safwan sambil melihat wajah didepannya.
“memanglah aku nak pergi jalan-jalan. Tapi kenapa kau boleh ada kat sini pulak?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“aku bosan duduk kat rumah, sebab tulah aku nak ikut sekali!” beritahu Shahir Safwan selamba.
“semalam kau kata tak nak ikut!” ujar gadis itu dengan nada geram.
“tu semalam, ari nie lain!” ringkas kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
Shahir Safwan meninggalkan Dira Zulaikha di situ. Langkah kakinya terhenti di depan rumah tersebut. Kasut yang dipakainya tadi di tanggalkan diluar rumah.
“assalamualaikum…….” ucap Shahir Safwan lalu masuk ke dalam rumah itu.
“waalaikumussalam………..” jawab mereka bertiga serentak.
“Mak Zeera apa khabar?” soal Shahir Safwan ambil berat. Tangan kasarnya menyalami tangan Mak Zeera.
“alhamudulillah, Mak Zeera sihat je!” beritahu Mak Zeera kepada Shahir Safwan.
“along, mai duduk dulu. Kejap lagi baru kita bertolak,” ajak Dr. Norman kepada anak lelakinya itu.
“yelah pa…….” balas Shahir Safwan ringkas sambil mengambil tempat di sebuah kerusi yang kosong.
Dira Zulaikha kemudiannya masuk semula ke dalam rumah tersebut dengan memandang ke arah Shahir Safwan. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Shahir, minum lah dulu!” ujar Mak Zeera lembut.
“takpelah Mak Zeera, Shahir dah minum tadi kat rumah!” tolak Shahir Safwan lembut.
“kalau macam tu, kita bertolak jelah. Dah takde apa-apa yang perlu di buatkan!” ajak Dr. Norman kepada mereka semua.
“Syikin rasa elok jugak kalau kita bertolak sekarang! Takut pulak jalan raya tu sibuk nanti, faham-faham jela,” Dr. Syikin menyokong kata-kata suaminya itu.
“kalau macam tu, akak pergi ambil beg sekejap!” beritahu Mak Zeera sambil mengangkat punggungnya dari kerusi tersebut.
Dr. Norman dan Dr. Syikin sudah pun berdiri.
“along, nanti cakap kat Mak Zeera, mama ngan papa tunggu kat kereta!” pesan Dr. Syikin kepada Shahir Safwan.
“ok!” ringkas jawapan Shahir Safwan.
Dr. Norman dan juga Dr. Syikin sudah pun keluar dari rumah tersebut. Selepas menyarungkan kasut ke kaki masing-masing, mereka melangkah pergi ke tempat kereta.
“kau belum bagitahu lagi kat aku, kenapa kau boleh ada kat sini?” kata Dira Zulaikha selepas kedua-dua orang tua Shahir Safwan keluar dari rumah tersebut.
“kan aku dah cakap tadi, aku bosan duk kata rumah tu. Sebab tulah aku ikut sekali datang sini!” ujar Shahir Safwan sambil memandang ke arah gadis yang masih ada di situ.
“yelah tu. Kau saja nak main-mainkan aku ek?” teka Dira Zulaikha.
“takdelah, bila masa pulak aku nak main-mainkan kau nie!” balas Shahir Safwan.
Dira Zulaikha melihat ke dalam mata lelaki itu. Mak Zeera yang baru keluar dari biliknya terus bertanya kepada Shahir Safwan.
“mama ngan papa Shahir mana?”
“oh, mama pesan dia tunggu kat kereta!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…kak long, cepatlah!” ujar Mak Zeera kepada anak gadisnya itu.
“mak keluar dulu, kak long kemaskan meja nie dulu. Nanti kak long keluar,” kata Dira Zulaikha lembut.
“kalau macam tu mak tunggu kat keluar ye! Cepat sikit, kesian kat Mama Syikin ngan Papa Norman tu!” arah Mak Zeera seraya meninggalkan anak gadisnya bersama dengan Shahir Safwan.
“kau tunggu aku kejap!” ujar Dira Zulaikha kepada Shahir Safwan.
Tangannya mencapai dulang yang berada di atas meja itu lalu di bawanya  ke dapur. Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya untuk mengambil beg silangnya lalu di sarungkan ke leher. Pintu bilik di tutup rapat.
“jom……..” ajak Dira Zulaikha apabila dia sudah berada di depan lelaki itu.
Shahir Safwan bangun dan mengikut langkah gadis itu keluar dari rumah. Dira Zualikha menyarungkan sandal ke kakinya. Pintu rumah di tutup lalu dikunci kemas. Shahir Safwan sudah berada di keretanya. Setelah memastikan semua pintu di tutup, Dira Zulaikha mempercepatkan langkahnya ke tempat yang lain-lain.
“dah siap?” tanya Dr. Syikin.
“aaahhh…..” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“hmm…Dira naik kereta ngan along ok!” arah Dr. Norman sambil melihat ke arah Dira Zulaikha.
“mak?”
“mak Dira naik kereta ngan Papa Norman. Lagi pun takkan along nak naik sekali ngan kita. Tak selesa pulak kan ramai-ramai kat belakang.” Dr. Norman memberi alasan.
“oklah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.


0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama