AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 25 & 26


BAB 25
“assalamualaikum……” ucap lelaki itu setelah panggilan telefonnya di jawab.
“waalaikumussalam………” balas gadis itu lembut.
“tak tido lagi?” soal lelaki di hujung talian itu.
“tengah tido lah nie!” jawab gadis itu dengan selamba.
“ooo….dah tido. Pelikkan, macam mana orang yang mengaku dah tido tapi boleh jawab panggilan telefon nie ye!” perli Shahir Safwan.
“boleh apa, dalam mimpi!” ujar Dira Zulaikha ringkas.
“hehehehe….dalam mimpi. Jadi sayang Shahir tengah jawab panggilan Shahir dalam mimpi lah ye. Hmmm…bagus, nanti tolong ajar Shahir boleh?” pinta lelaki itu dengan ketawa kecil.
“boleh, tapi yuran dia mahal sikit lah. Takpe ke?” balas Dira Zulaikha sekadar mahu bergurau.
“mahal?. Hmm…boleh je. Tapi dengan satu syarat boleh, setuju tak?” ujar Shahir Safwan.
“aikk, patutnya kita yang letak syarat. Nie dah terbalik pulak. Apa syarat dia?” tanya Dira Zulaikha.
“jadi permaisuri dalam bilik Shahir, nak tak?” soal Shahir Safwan dengan ukiran senyuman di hujung talian itu.
“ermmm….nanti Dira fikir dulu ye!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“takkan nak kena fikir jugak?. Dira kena jawab sekarang!” arah Shahir Safwan.
“eh..eh…demand la pulak Shahir nie!” ujar Dira Zulaikha.
“mestilah, kang tak pasal-pasal Dira jatuh kat tangan orang lain pulak! Sape susah?. Shahir jugak!” balas lelaki itu dengan nada sedih.
“olollololloo…..siannya kat dia. Dira tanya sikit boleh?” pinta Dira Zulaikha lembut.
“nak tanya pasal apa pulak nie?”
“hmm….Mama Syikin ngan Papa Norman macam mana?” soal Dira Zulaikha perlahan.
“mama ngan papa tak setuju!” beritahu lelaki dengan penuh perasaan.
“tentu Shahir kena marah dengan Mama Syikin dan Papa Norman tadikan!” ujar Dira Zulaikha antara dengar dan tidak dengar.
“memang…teruk Shahir kena marah tadi!” balas Shahir Safwan yang masih mahu memainkan gadis itu.
“sori, Dira takde niat pun nak buat sampai Shahir kena marah ngan diorang. Nanti Dira cakap ngan Mama Syikin dan Papa Norman. Dira tak kisah kalau Dira kena marah ngan diorang.” kata Dira Zulaikha yang sememangnya sudah tau reaksi mama ngan papa Shahir.
“betul Dira nak cakap sendiri ngan mama dan papa?” soal Shahir Safwan serius.
“aaahh…besok lepas Dira habis keje Dira terus pergi rumah Shahir. Tapi Dira kena mintak izin ngan mak dulu! Shahir jangan cakap apa-apa kat diorang,” beritahu gadis itu lagi.
“esok kalau Shahir takde keje, Shahir balik awal temankan Dira ye!” ujar lelaki itu yang dari tadinya menahan ketawa yang mahu keluar.
“takpe, Dira boleh buat sendiri. Pagi-pagi esok, Shahir kena mintak maaf ngan diorang. Dira tak nak Shahir bermasam muka dengan Mama Syikin dan Papa Norman disebabkan Dira!” pinta gadis itu mengharap.
“tapi kalau diorang masih lagi tak setuju ngan pilihan Shahir macam mana?” tanya Shahir Safwan.
“mungkin diorang dah ada pilihan sendiri untuk Shahir. Dira tak marah, lagi pun Dira dah tau perasaan Shahir kat Dira. Dan Shahir pun dah tau akan perasaan Dira kat Shahir. Dira tak nak hubungan Dira ngan mama dan papa Shahir renggang disebabkan rasa cinta dan sayang Dira pada Shahir!” kata Dira Zulaikha panjang lebar.
“kalau macam tu, Dira cakap sendiri ngan mama dan papa Shahir ye! Shahir tak tau nak buat apa lagi,” pinta Shahir Safwan.
“hmmm…..Shahir pergi tido dulu ye! esok nak keje kan!” ujar gadis itu yang tidak mahu membuat lelaki itu serba salah.
“Dira pun, tido awal sikit. Keje elok-elok esok ye!” pesan Shahir Safwan sebelum menamatkan panggilan telefon itu.
“ye…assalamualaikum!” ucap Dira Zulaikha ringkas.
“waalaikumussalam………….” balas Shahir Safwan lalu menekan butang merah pada telefonnya itu.
Bergema ketawa Shahir di dalam biliknya itu. Pasti, tentunya ari esok akan membuatkan wajah gadis itu kemerahan menahan malu.
Pagi itu sebelum bertolak pergi ke tempat keje, Dira Zulaikha sudah meminta keizinan daripada Mak Zeera untuk pergi ke rumah Dr. Syikin ngan Dr. Norman. Walaupun tidak diketahui sebab mengapa anak perempuannya itu mahu ke rumah mereka, namun dia tidak menghalang.
Apabila jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, Dira Zulaikha bergegas keluar untuk mencari teksi. Kepada Anum dan Ain diberitahu bahawa dia tidak boleh balik bersama ari itu. Langsung tidak diberitahu alasan kenapa dia perlu pergi dahulu. Anum dan Ain yang tidak mengesyaki apa-apa hanya menganggukkan kepalanya.
Jalan raya yang sememangnya sibuk pada waktu petang kerana kebanyakkan manusia baru pulang dari mencari rezeki untuk keluarga dan diri masing-masing. Perjalanan yang sepatutnya sampai lebih awal menjadi lebih lambat apabila berada di atas jalan raya tersebut.
Hampir pukul 6 petang barulah teksi yang dinaiki oleh Dira Zulaikha tiba di depan pintu pagar rumah Dr.Syikin dan Dr. Norman. Dira Zulaikha keluar dari dalam kereta teksi itu. Loceng pintu pagar di tekan beberapa kali sebelum kelibat Dr. Syikin keluar dari dalam rumahnya itu.
“Dira…….kenapa datang tak bagitahu Mama Syikin nie?” ujar Dr. Syikin yang terkejut melihat gadis itu di hadapan rumahnya.
“maaf, Mama Syikin. Dira ganggu Mama Syikin ke?” tanya Dira Zulaikha lembut sambil menyalami tangan Dr. Syikin.
“takdelah…mai masuk dulu!” ajak Dr. Syikin seraya menarik tangan Dira Zulaikha.
Kereta milik Shahir Safwan sudah pun berada di dalam garaj itu.
“dah, cepat masuk!” arah Dr. Syikin lagi.
Dira Zulaikha menanggalkan kasutnya di luar rumah. Sejurus selepas itu, dia masuk ke dalam mengikuti langkah kaki wanita yang sudah berusia itu.
“Dira duduk dulu, Mama Syikin naik atas sekejap. Nak panggil along ngan Papa Norman!” beritahu Dr. Syikin sambil melangkah pergi untuk naik ke tingkat atas.
Tidak lama kemudian, kelihatan Dr. Norman dan Shahir Safwan turun bersama-sama dengan Dr. Syikin. Dira Zulaikha bangun semula dari kerusi yang didudukinya tadi.
“assalamualaikum Papa Norman!” ucap Dira Zulaikha lembut lalu menyalami tangan kasar Dr. Norman.
“waalaikumussalam……” balas Dr. Norman.
Shahir Safwan hanya memerhati sahaja. Dia kemudiannya mengambil tempat di ruang kerusi yang kosong.
“Dira, duduklah! kenapa berdiri je,” ujar Dr. Norman dengan menghenyakkan punggungnya ke atas sofa di belakangnya.
Dira Zulaikha kembali duduk selepas mendengar kata Dr. Norman.
“kenapa tak balik sekali dengan along?. Takdelah susah-susah Dira naik teksi tu!” tanya Dr. Syikin lembut.
“Dira tak nak susahkan dia. Lagi pun Dira datang sekejap je nie. Dira nak mintak maaf kat Mama Syikin ngan Papa Norman,” ujar gadis itu perlahan.
“maaf?” ujar Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak.
Dira Zulaikha bangun lalu duduk mengadap di hadapan kedua orang tua Shahir Safwan
“Dira, kenapa macam nie! dah, bangun cepat. Duduk atas kerusi tu!” kata Dr. Norman dengan nada yang agak tinggi.
“Dira tau sebab Dira Shahir kena marah ngan Mama Syikin dan Papa Norman! Dira sebenarnya tak nak pun benda nie terjadi,” ujar Dira Zulaikha.
“along kena marah? along, apa semua nie! kenapa Dira tiba-tiba mintak maaf ngan kami nie?” balas Dr. Syikin yang sudah mula bingung.
“Dira, cuba cakap elok-elok. Apa yang sebenarnya terjadi, Papa Norman dan Mama Syikin langsung tak faham!” ujar Dr. Norman lagi.
“along…along buat apa kat Dira. Kenapa Dira mintak maaf ngan mama nie?” tanya Dr. Syikin kepada Shahir Safwan.
Ketawa Shahir Safwan sudah mula memenuhi ruang tamu rumah itu. Dr. Norman, Dr. Syikin serta gadis yang bernama Dira Zulaikha itu pelik melihat lagak lelaki itu.
“along nie kenapa, mama tanya dia suka pulak!” ujar Dr. Syikin geram.
“mama…papa…sebenarnya Dira dah salah faham!” beritahu Shahir Safwan yang masih dengan ketawanya.
“salah faham?” kata Dira Zulaikha sambil memandang ke arah lelaki itu.
“ye, salah faham!. Sebenarnya mama ngan papa tak marah pun kat Shahir. Malah diorang setuju kalau Dira jadi tunang Shahir,” ujar Shahir.
“jadi apa yang Shahir cakap malam tadi………” kata-kata gadis itu terhenti di situ.
“Shahir saja cakap macam tu. Shahir cuma nak tau samada Dira betul-betul sayang dan cintakan Shahir!” balas lelaki itu lembut.
Dr. Syikin dan Dr. Norman saling berpandangan antara satu sama lain.
“along…….Dira, cuba bagitahu kami. Apa yang sebenarnya berlaku?” pinta Dr. Norman.
“takde ma, pa..semalam along ada telefon Dira nie. Lepas tu dia tanya mama ngan papa macam mana. Yelah, kan mama ngan papa dah tau pasal hubungan kami. Jadi along cakaplah yang mama ngan papa tak setuju. Along belum cakap habis lagi tapi Dira nie ingat mama ngan papa tak setuju dia jadi teman hidup along. Along malaslah nak cakap hal yang sebenar, lagi pun Dira sendiri kata nak jumpa mama ngan papa. Siap suruh along mintak maaf lagi dengan mama dan papa. Sebab along cakap kat dia yang mama ngan papa marahkan along disebabkan dia!” lelaki itu mula menceritakan hal yang sebenar.
“ooo…patutlah Dira beria-ia sangat mintak maaf kat mama ngan papa. Rupanya along dah mainkan dia semalam. Dira….Dira, Mama Syikin ngan Papa Norman tak marah pun kat along. Malah kami bersyukur sangat-sangat Dira jadi menantu dalam keluarga nie.” kata wanita tua itu sambil menggenggam erat tangan Dira Zulaikha.
“tapi………” Dira Zulaikha ingin berkata-kata namun Dr. Norman terlebih dahulu memotongnya.
“tapi kami tak setuju kalau kamu lambat-lambatkan majlis yang bermakna tu. Kalau boleh sekarang juga kami nak kamu berdua berkawin!”
Dira Zualikha tidak dapat menahan air mata yang mengalir keluar. Terharu kerana menerima layanan yang sebegitu baik. Sendiri tidak menyangka bahawa dirinya akan betul-betul menjadi anak Dr. Norman dan juga Dr. Syikin walaupun sebagai menantu.
“laa…menangis pulak dia. Haa…yang nie mama ngan papa tak nak tolong. Along yang pandai-pandai timbulkan masalah, jadi along sendiri yang kena selesaikan!” ujar Dr. Syikin kepada anak lelakinya itu.
“betul tu, along kena pujuk bakal menantu papa ngan mama nie. Jangan sampai dia tak setuju nak jadi tunang along pulak! Papa ngan mama takkan terima pilihan along yang lain!” ugut Dr. Norman.
“jom bang, kita pergi dapur. Syikin buatkan air untuk abang!” ajak Dr. Syikin sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Dr. Norman.
“hmmm..boleh jugak. Rasa dahaga pulak tekak abang nie!” kata Dr. Norman lalu bangun meninggalkan Shahir Safwan dan Dira Zulaikha.
Shahir Safwan bingkas bangun dan menuju ke tempat Dira Zulaikha.
“sori, Shahir tak sengaja nak buat macam tu!” ujar Shahir Safwan perlahan.
Dira Zulaikha mengangkat wajahnya naik ke atas dan memandang lelaki itu.
“Shahir tau tak, Shahir dah buat Dira malu depan mama ngan papa Shahir tadi. Mati-mati Dira ingat Shahir kena marah dengan mereka semalam.” kata Dira Zulaikha dengan geram.
“alah….sorilah, Shahir bukan sengaja pun buat macam tu. Dira tulah, Shahir belum cakap habis lagi kenapa mama ngan papa tak setuju!” balas Shahir Safwan yang menyalahkan gadis itu.
“Dira pulak yang kena?. Dahlah, malas Dira nak cakap ngan Shahir. Dira nak balik!” ujar gadis itu lalu bangun dari duduknya tadi.
“tunggu lah dulu. Kejap lagi Shahir hantar Dira!” Shahir Safwan menghalang Dira Zulaikha dari bangunnya.
“dah lewat sangat nie. Dira cuma cakap kat mak sekejap je nak datang sini!” beritahu Dira Zulaikha kepada lelaki di hadapannya itu.
“takpe, Mak Zeera mesti faham kenapa Dira balik lambat. Lagi pun Dira bukan pergi tempat lain pun. Kan rumah nie akan jadi rumah Dira jugak tak lama lagi!” ujar lelaki itu selamba.
“Dira tak kata nak tinggal kat sini pun. Rumah Dira kan dah ada!”
“habis tu, takkan Shahir sorang je yang nak tinggal kat rumah nie!” balas Shahir Safwan.
“laaa…kan mama ngan papa Shahir tinggal sekali kat sini!” ujar gadis itu pelik.
“yang tu Shahir taulah. Tapi lepas kita kawin nanti, Dira kena duduk kat rumah nie jugakkan!” beritahu lelaki itu.
“tak malu! sape yang nak kawin ngan Shahir?” soal Dira Zulaikha dengan selamba.
“betul Dira tak nak kawin ngan Shahir nie?. tak menyesal?” tanya Shahir Safwan sekadar menduga.
“ermmm” jawab gadis itu ringkas.
“ok! mama……papa……..Dira tak setuju nak jadi mena……….” belum sempat Shahir Safwan menghabiskan ayat itu, mulutnya dudah ditutup dengan tangan lembut Dira Zulaikha.
“apa nie?. Nak malukan Dira lagi ke?” soal Dira Zulaikha geram.
Shahir Safwan menurunkan tangan lembut Dira Zulaikha ke bawah lalu menggenggamnya dengan erat.
“bila pulak Shahir nak malukan Dira. Shahir cuma nak bagitahu kat mama ngan papa yang Dira tak sudi nak jadi tunang Shahir, tu je!” katanya dengan merenung tajam muka Dira Zulaikha.
“naklah!” dengan pantas Dira Zulaikha memberi jawapan.
Shahir Safwan tersenyum gembira mendengarnya.
“betul nak jadi tunang Shahir?” soal Shahir lembut.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya.
“terima kasih sayang!!!” ujar Shahir Safwan lagi.
“apa sayang-sayang nie! kang Mama Syikin ngan Papa Norman dengar, apa pulak diorang kata.
“Shahir tak kisah kalau mama ngan papa dengar. Diorang takkan cakap apa-apa pun!”
“yelah tu!!!.
“hmmm kita tunang ye. Nanti Shahir suruh mama ngan papa pergi merisik Dira!” beritahu Shahir Safwan.
Dr. Norman dan Dr. Syikin yang berada di dapur tersenyum manis melihat pasangan itu. Doa mereka akhirnya dimakbulkan. Tak lama lagi mereka akan menjadi sebuah keluarga yang besar.
Asalnya mahu majlis merisik sahaja. Namun, atas desakan Dr. Syikin dan suaminya Dr. Norman yang mahu anak teruna mereka disatukan secepat yang mungkin dengan anak dara Mak Zeera dan arwah Suhaimi itu, majlis pertunangan terus dilangsungkan pagi itu juga.
Kelam kabut Dira Zulaikha menelefon Anum malam sebelum itu bertanyakan baju kurung yang sesuai untuk majlis pertunangan. Mujur sepupu Anum yang baru seminggu melangsungkan majlis pertunangannya mempunyai baju yang sesuai untuk dipakai olehnya.
“nie namanya bertunang ekspress!” kata Anum, sambil membetulkan selendang panjang jarang berwarna putih berkerawang bunga perak yang terletak di atas tudung kepala Dira Zulaikha.
Gadis itu mengeluh kecil. Dia memandang dirinya di cermin bilik. Sentuhan emas Ain yang sememangnya handal bab menyolek nie menaikkan seri wajahnya yang asli.
Untung nasib badan. Walaupun Anum dan Ain antara teman rapat Dira Zulaikha, namun  kawan-kawan perempuannya yang lain di kampung itu turut sama menghadiri majlis pertunangannya. Anum sedang sibuk mengambil gambar hantaran yang beralas putih gading. Kesemuanya sembilan buah dulang dan yang pastinya kesemua hantaran itu disediakan oleh Dr. Syikin kepadanya. Tidak sedikit pun wang gajinya luak untuk membeli barang untuk dibuat hantaran.
“aku rasa macam tak percaya je……..,” Dira Zulaikha tersengih. Dirinya kini di ambang kebahagiaan tidak bertepi.
“ini belum berkahwin lagi. Nanti lagi best!” acah salah seorang yang berada di dalam bilik Dira Zulaikha.
“hah, anak-anak dara nie kalau bersembang………..” Mak Zeera muncul di pintu bilik. “mari kak long, kita keluar.
Ayat ibunya menambah debaran di dada. Terkaku sebentar dia di atas katil. Ain menarik perlahan lengannya yang dilitupi kebaya labuh berwarna putih susu.
“kau nie, dah selalu jumpa ngan mak dia pun, takut jugak ke?” gelak Anum. Dira Zulaikha tersengih. Jumpa selalu pun kalau dah jadi macam nie, korang pun mesti takut jugak punya! Gadis itu hanya mampu berkata dalam hati.
Setelah berdoa dan berselawat, dia melangkah turun. Tidak ramai saudara mara yang hadir, mungkin kerana majlis diadakan secara tiba-tiba dan hanya untuk keluarga terdekat sahaja.
Dira Zulaikha sudah melihat Dr. Syikin yang tersenyum lebar. Dia terus menghampiri Dr. Syikin yang sedang duduk di kerusi panjang yang dikhaskan untuk upacara majlis pertunangan itu.
“tahniah Dira,” ujar Dr. Syikin dengan gembira seraya menyarungkan cincin emas bersimpul dan bertakhta berlian permata satu ke jari manis Dira Zulaikha.
“terima kasih Mama Syikin…” gadis itu mencium tangan bakal ibu mertuanya. Dr. Syikin mengucup kedua belah pipi Dira Zualikha. “ panggil mama sudah….”
Dira Zulaikha tersenyum panjang.
Selesai upacara menyarungkan cincin, kesemuanya sibuk bergambar, mengabadikan diri di hari pertunangan Dira Zulaikha dan Shahir Safwan.
Halimah dan suaminya Halim hanya mengucapkan tahniah kepada Shahir Safwan sekeluarga di dalam telefon. Ini kerana mereka sekeluarga tidak dapat berada bersama pada ari itu. Zita yang tidak menyangka pertunangan itu dilakukan secepat mungkin, tidak boleh berbuat apa-apa. Setahu dirinya dengan berkata begitu tempoh hari dapat meyakinkan kedua ibu bapa Shahir Safwan supaya tidak menerima pilihan anaknya itu. Namun semuanya itu bagaikan tidak mendapat balasan yang baik.
Tempoh pertunangan antara mereka berdua hanya selama 6 bulan dari tarikh pertunangan mereka. Dira Zulaikha dan ibunya hanya menyerahkan sahaja kepada keluarga Shahir Safwan. Ini adalah permintaan daripada mereka sendiri.
Sedang Dira Zulaikha sibuk berkemas apa yang patut, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dengan langkah yang perlahan, Dira Zulaikha mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil.
Tertera 1 mesej yang diterima daripada abang.  Senyumannya terbit secara spontan. Nama yang dulunya SS aka MY SB telah pun bertukar menjadi abang. Nie semua gara-gara Shahir Safwan yang telah menukar sendiri nama tersebut. Apabila diberitahu akan maksud ringkasan nama itu, serta merta pipi lembutnya menjadi sasaran cubitan lelaki itu.
Dira Zulaikha segera membuka mesej yang diterimanya itu.
“assalamualaikum sayang……tahniah!”
“waalaikumussalam……….tahniah untuk Shahir juga!” Dira Zulaikha segera membalas mesej yang terimanya itu.
“laaa…kenapa panggil Shahir lagi?. Tukarlah. Hmmm sayang panggil abang ye!”
“eiii….tak nak lah Dira!”
“sayang kan dah jadi tunang abang, takkan nak panggil Shahir lagi. Mulai malam nie, sayang kena mula biasakan diri panggil abang, abang! Takde lagi Shahir…..”
“yelah cik abang sayang!”
“hahaha…kan bagus panggil macam tu! Nie yang buat abang tak sabar nak kawin ngan sayang nie!!!..
“tak payah nak mula! Abang buat apa?”
“abang tengah mesej ngan sayang lah nie!”
“yelah….sebelum nie abang buat apa?”
“hmm…sebelum nie abang tengah teringatkan seseorang!”
“seseorang?. Sape?.”
“adalah…mana boleh bagitahu kat sayang!”
“eleh…Dira tau abang tengah teringatkan Dira kan…….(‘~’)
“hehehe….pandai betul sayang abang nie ye! Aaahhh, abang rindu sangat kat sayang…J
“sayang tengah buat apa?”
“Dira tengah kemaskan bilik tido nie!”
“kemaskan bilik?. Mak mana?”
“mak? cepatnya dah panggil mak Dira mak! kenapa tak panggil Mak Zeera?”
“kenalah panggil mak! kang mak sayang nanti akan jadi mak abang jugak!”
“mak tengah buat apa?”
“mak ada kat luar, tengok tv agaknya. Dira masuk bilik nie pun sebab nak kemaskan apa yang patut!”
“oooo…….oklah, abang nak turun bawah kejap. Sampaikan salam abang untuk mak ye!”
“insyaallah…sampaikan salam Dira untuk mama ngan papa abang jugak! Cakap kat diorang, Dira ucap terima kasih banyak-banyak!”
“ok sayang!! Daaa…nak tido nanti, jangan lupa basuh kaki ngan muka dulu. Baca doa untuk tido sekali,”
“insyaallah…..abang pun sama! Assalamualaikum..”
“waalaikumussalam…..”


BAB 26
 “hello…assalamualaikum…..boleh saya bercakap dengan Dr. Shahir Safwan?. Pinta pemanggil yang berada di hujung talian itu.
“waalaikumussalam….ye, saya Dr. Shahir Safwan bercakap. Boleh saya bantu?” ujar Shahir Safwan lembut.
“Shahir, aku nie..Daus!” beritahu pemanggil itu selepas mengenal pasti.
“kau rupanya! Kenapa tak call handphone bimbit aku je?” soal Shahir Safwan.
“sorilah, aku dah try call handphone kau tadi. Tapi mesen pulak yang menjawabnya, sebab tu aku telefon terus nombor bilik kau nie!”
“ye ke?. Aku tak perasan pulak yang aku tutup telefon tadi. Kau kenapa, tiba-tiba je call aku nie. ada hal penting ke?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“haii…takkan ada hal penting je baru boleh call kau!” kata Daus sinis.
“takdelah macam tu, lepas kita balik dari kursus ari tu baru ari nie baru kau nak call aku! Ingatkan kau dah lupa kat aku nie,” perli Shahir Safwan.
“takkanlah aku nak lupa kat kau pulak. Sebenarnya aku ada sesuatu nak cakap ngan kau nie!” beritahu Daus.
“kau nak kawin ke? Bila?.” Tanya Shahir Safwan tidak sabar.
“kau nie, satu-satulah tanya. Macam mana aku nak jawab semua soalan kau tu!” ujar Daus lagi.
“hehehe…sorilah! Haa…sekarang kau beritahu aku, apa perkara yang kau bagitahu aku tadi?”
“kau sibuk tak hujung minggu depan?” suara Daus berkumandang di corong telefon.
“hujung minggu depan?. Kenapa tiba-tiba kau tanya aku nie?.”
“sebenarnya aku dengan Ema dah rancang nak pergi sana! Sebab tulah aku tanya kau samada sibuk atau tak hujung minggu depan. Sebab aku dah booking tiket fligt!” beritahu Daus terus terang.
“ooo…kau nak datang dengan Ema! Jadi sekarang nie kau nak suruh aku ambik kau kat lapangan terbanglah!” kata Shahir Safwan.
“macam tulah! Sebab kau sendiri kan tau, ayah aku mana pandai bawak kereta. Boleh tak aku mintak tolong kau nie?” pinta Daus lagi.
“insyaallah, nanti aku datang jemput kau kat lapangan terbang. Apa-apa kau telefon aku balik. Lama jugak ke kau bercuti?” soal Shahir Safwan kepada kawannya itu.
“takdelah lama sangat, cuma seminggu je aku bercuti. Nie pun sebab aku dah lama tak mintak cuti. Kalau tak, memang tak dapatlah aku nak balik sana ngan Ema,” beritahu Daus.
“oklah tu, dapat jugak kau tengok-tengokkan mak ngan ayah kau tu! Takdelah diorang rindu sangat nak jumpa ngan kau.” Kata Shahir Safwan.
“tulah, aku ingat bila aku dah kawin nanti aku nak mintak tukar kat sana je. Lagi bagus kalau satu tempat ngan kau!” ujar Daus kepada Shahir Safwan.
“Ema macam mana? Dia setuju ke kau nak tukar kat sini?” Shahir Safwan bertanya lagi.
“Ema?. Dia ok je. Dia ikut je mana yang terbaik buat aku ngan dia.”
“baguslah macam tu! Harap-harap dapatlah keje sekali dengan kau nanti!”
“oklah, aku ada patient nie. Lain kali aku call kau lagi. Kau jangan lupa hujung minggu depan, jemput aku kat sana.” Daus mengingati kawannya itu.
“beres….nanti aku jemputlah kau kat sana! Takkan aku nak biarkan kau duduk kat sana pulak,” janji Shahir Safwan.
“kalau macam tu, aku letak telefon dulu. Apa-apa hal nanti aku call kau balik! Assalamualaikum……” ucap Daus sebelum menamatkan panggilan itu.
“waalaikumussalam……..” balas Shahir Safwan.
Dira Zulaikha masih lagi melakukan tugas sebagai cleaner di hospital itu. Hanya untuk beberapa bulan nie sahaja, ini kerana dia terpaksa berhenti keje selepas dia mendirikan rumahtangga dengan orang yang dicintainya. Itu adalah permintaan daripada Shahir Safwan sendiri. Sebolehnya selepas majlis pertunangan itu, Shahir Safwan telah menyuruhnya untuk duduk di rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa pekerjaan. Namun Dira Zulaikha berjanji akan berhenti keje selepas mereka berkahwin nanti.
Tidak ada orang yang tau mereka telah pun bertunang kecuali kawan baiknya Anum dan juga Ain. Setiap kali berjumpa dengan Shahir Safwan dirinya berlagak seperti biasa, tidak ada adegan atau percakapan yang nampak mengeratkan perhubungan mereka. Hanya senyuman yang manis terbit dari bibir masing-masing. Itu sudah cukup untuk membuatkan diri Dira Zulaikha dan Shahir Safwan melepaskan rindu mereka.
“Dira…aku tanya kau sikit boleh?” Anum bersuara.
“tanya jelah. Kau nak tanya apa?” soal Dira Zulaikha.
“hmmm…lepas kau dah kawin nanti, mesti kau dah tak keje kat sini lagi kan!” kata Anum perlahan.
Dira Zulaikha memandang wajah-wajah kawannya itu.
“ermm…macam tulah! Kenapa kau tanya macam tu?” tanya Dira Zulaikha.
“bukan apa, nanti kita orang tak dapatlah nak berlawak ngan kau lagi. Tentu susah nak jumpa ngan kau lepas nie,” ujar Ain pula.
“pasal tu rupanya…alah, kan korang duduk dekat ngan rumah aku. Pergi jelah kat rumah tu!” balas Dira Zulaikha.
“memanglah kita orang duduk dekat dengan rumah kau. Tapi mesti lepas kawin nanti kau ikut Dr. Shahir balik rumah dia. Takkan kau nak tinggal asing-asing pulak!”
“memang betul cakap kau tu, tapi mak aku kan masih ada lagi kat rumah tu. Sesekali aku datanglah tido sana. Nanti kita dapatlah jumpa,” kata Dira Zulaikha lagi.
“tu kalau kau balik, kalau kau tak balik macam mana?” sakat Ain.
“isshh kau nie, ingat aku duduk kat London ke sampai tak boleh nak balik kat sini!”
“tapikan aku tak sangka betul korang berdua nie dah bertunang. Kalau diingatkan balik, aku rasa kau ngan Dr. Shahir tu takkan pernah aman. Ada je perkara yang korang berdua nak gaduh. Last-last cinta pandang pertama tu jugak yang bakal jadi suami kau tu nanti!” perli Anum dengan tersengih.
“aahhh kan Anum..kau tak ingat ke dulu ada orang tu pernah cakap takkan sesekali jatuh cinta pada mamat serabut tu! rupanya-rupanya memang dari awal lagi cinta sudah berputik bha………! sambung Ain pula.
“korang cakap pasal aku ke?” soal Dira Zulaikha.
“eh…eh..terasa pulak dia ye!!!!” jawab Anum dengan menaikkan keningnya.
“mana tak terasanya, aku macam dengar korang cakap pasal aku je nie!” balas Dira Zulaikha selamba.
Serentak dengan itu kedengaran gelak tawa Ain dan Anum. Dira Zulaikha juga turut ikut ketawa bersama.
“rancak ketawa, ada citer yang menarik ke?” secara tiba-tiba kedengaran suara menerjah.
Ketiga-tiga mereka terus diam. Anum menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Shahir Safwan sedang berdiri di muka pintu bilik rehat mereka.
“Dr. Shahir………” panggil Anum lembut.
“saya ganggu kamu nak bercerita ke?” soal Shahir Safwan.
“takdelah doktor, kami nie saja nak ketawa. Yelah, nanti dah tak dapat nak ketawa dengan tunang doktor nie lagi!” jawab Ain mesra.
Dira Zulaikha berpaling ke belakang. Senyuman di bibir mereka bertaut.
“doktor nak sembang ngan Dira ke?” tanya Anum ingin tau.
“aaa….kalau boleh!” ujar Shahir Safwan ringkas.
“kenapa pulak tak boleh, dia kan tunang doktor. Takkanlah kami nak larang pulak doktor nak cakap ngan dia!” balas Ain sambil tersenyum.
“kalau macam tu kami keluar dululah! doktor takkan n ak berdiri je kat situ, mailah masuk. Kerusi nie dah ada, cuma tinggal untuk duduk je!” J
“eh, takpelah. Tak payah lah kamu berdua nak keluar, saya cuma nak cakap sekejap je nie!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…kalau macam tu masuklah dulu!” ajak Ain.
Shahir Safwan masuk ke dalam bilik rehat itu. Ain dan Anum berpindah duduk kat tempat lain. Kerusi yang tadinya diduduki oleh Anum telah diambil oleh Shahir Safwan.
“abang nak cakap apa ngan Dira?” soal Dira Zulaikha lembut apabila lelaki itu sudah berada di depannya.
“tak..tadi kawan abang ada telefon. Hujung minggu depan dia suruh abang jemput dia kat lapangan kapal terbang. Jadi abang nak ajak Dira sekali temankan abang pergi sana nanti!” beritahu Shahir Safwan.
“takpe ke Dira ikut sekali?. Nanti dia tengok Dira kat situ, apa pulak dia kata!” ujar gadis itu.
“takde apa-apalah. Dia nak kata apa pulak. Lagi abang nak kenal kan jugak tunang abang nie kat dia,” balas Shahir Safwan lembut.
“hmm…boleh, tapi Dira kena mintak izin ngan mak dulu!” kata Dira Zulaikha yang bersetuju mengikut Shahir Safwan.
“ok…nanti abang bagitahu nak bertolak pukul berapa. Abang pergi dulu ye!” ujar Shahir Safwan seraya bangun dari tempat duduknya itu.
“haii…cepatnya dah nak pergi doktor!” kata Anum apabila Shahir Safwan sudah pun hendak keluar.
“aaahhh…lagi pun lepas nie saya kena naik tingkat atas pulak!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo….”
“saya pergi dulu ye!” ujar Shahir Safwan lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
“apa yang cik abang kau bagitahu tadi?” tanya Ain ingin tau.
“takde apa-apa. Cuma hujung minggu dia ajak aku temankan dia pergi airport, kawan dia balik sini!” beritahu Dira Zulaikha.
“oooo…..aku ingatkan ada hal penting yang dia nak bagitahu tadi!” kata Ain.
“takdelah!” jawab gadis itu ringkas.
Usai menunaikan solat maghrib, Dira Zulaikha keluar dari bilik tidonya. Mak Zeera yang berada di ruang meja makan terseyum melihat anak perempuannya itu. Dira Zulaikha terus melangkahkan kakinya ke ruang meja makan.
“kenapa mak asyik senyum bila tengok kak long nie!” kata Dira Zulaikha hairan.
“mak tak sangka jodoh kak long tiba awal macam nie. Mak ingat perangai kak long yang macam budak-budak tu takde orang nak. Asyik nak cari gaduh dengan orang je!” perli Mak Zeera.
“isshh mak nie! mana ada perangai kak long macam budak-budak. Pandai-pandai je mak nie kata kak long macam tu,” balas gadis itu dengan membalas senyuman maknya.
“yelah tu, kak long ingat mak tak tau masa kak long mula-mula kenal ngan Shahir dulu. Bertekak tak kira masa, asal jumpa je mesti nak bergaduh!” ujar Mak Zeera sambil melihat wajah anaknya itu.
“mana mak tau pasal nie?” tanya gadis itu ingin tau.
“mana mak tau tu tak penting, kak long jangan buat macam tu lagi. Kesian kat tunang kak long tu! nasiblah dia nak kat kak long, kalau tak nampaknya mak sendiri yang kena carikan jodoh untuk kak long,” usik Mak Zeera lagi.
“apa mak nie, ke situ pulak! takkan kak long nak gaduh lagi ngan dia. Dia kan dah jadi tunang kak long sekarang, jadi kak long kenalah hormatkan dia,” balas Dira Zulaikha sambil memuncungkan mulutnya.
“sebab tulah mak kata, kak long tak boleh nak bergaduh ngan tunang kak long tu. Sebagai tunang, kak long harus jaga maruah dia. Jangan sesekali buat perangai yang boleh membuatkan dia terasa malu,” nasihat Mak Zeera.
“ye mak, kak long faham. Hmm…hujung minggu depan, Shahir ajak kak long temankan dia. Katanya nak pergi airport, kawan dia nak balik kat sini!” beritahu Dira Zulaikha.
“hujung minggu depan?” soal Mak Zeera.
“aahhh, boleh tak mak kak long ikut Shahir jemput kawan dia kat sana?” Dira Zulaikha meminta izin dari ibunya.
“pergi jelah! lagi pun dia tunang kamu, apa salahnya kalau kak long ikut dia sekali!” Mak Zeera bercakap lembut.
“terima kasih……mak!!! kak long laparlah,” ujar gadis itu sambil membuat mimik muka sedih.
“lapar?..asyik sangat mak sembang ngan kamu, sampai lupa nak ajak makan! dah, mai kita makan, kang sakit pulak perut kak long tu!” ajak Mak Zeera sambil mengambil bekas berisi nasi di depannya.
“hehehe…mak tulah! tak habis-habis nak sakat kak long!”
Tepat jam 10.30 minit pagi, kereta Shahir Safwan sudah terpacak didepan rumah tunangnya Dira Zulaikha. Pintu keretanya dibuka perlahan. Shahir Safwan menjejakkan kakinya ke tanah sebelum badanya berdiri tegak di balik pintu kereta tersebut.
Mak Zeera yang kebetulan berada di luar rumahnya menyambut kedatangan bakal menantunya dengan baik. Shahir Safwan melangkah ke depan dan duduk berdiri mengadap orang tua itu. Tangan kasarnya menyalami tangan lembut wanita itu.
“assalamualaikum mak!” ucap Shahir Safwan lembut.
“waalaikumussalam……” balas Mak Zeera dengan senyuman yang terukir di wajahnya.
“hmm…Dira ada tak?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“ada, dalam bilik agaknya. Shahir dah nak bertolak ke?” tanya Mak Zeera.
“belum lagi mak, tengoklah dalam 15 minit lagi!” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…kalau macam tu naik lah dulu!” ajak Mak Zeera kepada bakal menantunya itu.
“hmm…yelah!” kata Shahir Safwan ringkas.
Shahir Safwan menanggalkan kasutnya di bawah. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
“Shahir duduk dulu ye! mak pergi panggil Dira dalam bilik dia tu!” ujar Mak Zeera.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.
Tidak lama kemudian Dira Zulaikha keluar dari biliknya dengan memakai baju kurung moden. Perlahan-perlahan dia menuju ke tempat Shahir Safwan. Punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi yang kosong itu selepas menyalami tangan Shahir Safwan.
“abang dah lama sampai?” soalnya memulakan bicara.
“takdelah lama sangat, adalah lebih kurang 1 jam abang tunggu kat sini,” ujar lelaki itu.
“yelah tu, mak baru je panggil Dira dalam bilik tu. Abang dah kata 1 jam abang tunggu Dira!” kata Dira Zulaikha sinis.
“hahaha…abang gurau sikit pun tak boleh. Abang baru lagi sampai, tak panas lagi kusyen nie abang duduk!” beritahu Shahir Safwan.
“kak long, ajak Shahir minum!” kata Mak Zeera sambil membawa dulang berisi 3 cawan air.
“laa…kenapa mak susah-susah buatkan air nie. Shahir dah minum tadi kat rumah,” ujar Shahir Safwan lembut.
“susah apanya, lagi pun air nie yang ada. Nak makan tak boleh, mak belum masak pun lagi!” balas Mak Zeera.
Dira Zulaikha mengambil cawan yang berisi air itu dan di letakkan di depan Shahir Safwan.
“takpelah mak. Mak dah buat kan air nie pun dah kira Alhamdulillah.” ucap Shahir Safwan lagi.
Shahir Safwan mengambil cawan itu lalu didekatkan ke mulutnya. Air yang masih panas itu di minum perlahan-lahan.
Jam ditangannya dilihat.
“hmm…kita peri sekarang ye!” ujar Shahir Safwan kepada Dira Zulaikha.
“dah nak pergi?” soal gadis itu perlahan.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya.
“abang tunggu sekejap, Dira masuk ambik beg duit!” ujar Dira Zulaikha seraya bangun dari kerusinya.
Tidak sampai seminit, Dira Zulaikha kembali lagi ke ruang tamu itu.
“mak…kak long pergi dulu ye!” beritahu Dira Zulaikha sambil menyalami tangan Mak Zeera.
“hmm..yelah! Shahir, bawak kereta elok-elok.” pesan Mak Zeera kepada bakal menantunya.
“insyaallah mak…Shahir pergi dulu ye!” balas anak muda itu. Tangan Mak Zeera di capai lalu di salamnnya.
Mak Zeera hanya menghantar mereka berdua di muka pintu. Setelah masuk ke dalam kereta, Shahir Safwan menghidupkan enjin keretanya sebelum memandu keluar dari kawasan rumah tersebut.
Kereta yang dipandu oleh Shahir Safwan sudah pun berada di atas jalan raya. Dira Zulaikha sempat bertanyakan kepada tunangnya mengenai kawannya itu.
“hmm…sape kawan abang tu?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“kawan yang mana satu?” soal Shahir Safwan kembali.
“kawan abang yang kita nak pergi jemput dia kat lapangan terbang nie lah!” kata Dira Zulaikha.
“ooo…Daus. Dia bertugas kat hospital di Sabah. Mak ngan ayah dia tinggal kat sini je!” beritahu Shahir Safwan.
“kawan abang yang Dira pernah cakap kat dalam telefon dulu ke?” tanya gadis itu lagi.
“Dira pernah cakap ngan dia ke?” soal Shahir Safwan dengan kerutan didahinya.
“manalah Dira tau, Dira cuma tanya. Abang ingat tak masa Dira telefon abang, masa tu abang ada kat Perak. Ada sorang lelaki yang jawab panggilan Dira malam tu!” kata Dira Zulaikha yang masih ingat.
“ooo….aaahh, dialah kawan yang abang nak pergi ambik nie!” balas Shahir Safwan.
“kenapa dia keje kat sana?. Kan hospital kat sini kan ada!” tanya Dira Zulaikha lagi.
“tulah, ada tempat keje yang dekat dia pergi apply yang jauh. Hmmm…kalau sayang nak tau, tunang dia berasal dari Sabah. Mungkin sebab tu kot dia mintak keje kat sana,” ujar Shahir Safwan.
“jadi kawan abang tu dah bertunanglah ye!”
“aaahhh…dah lama dah. Tunggu masa nak kawin je!” ujarnya lagi.
“tunang dia ikut sekali ke balik sini?”.
“kata Daus macam tulah! Sebab dia dah janji ngan abang nak bawak balik sekali tunang dia bila dia nak balik kat sini!” beritahu Shahir Safwan.
“tunang dia mesti cantikkan!” puji Dira Zulaikha ikhlas.
“mana sayang tau tunang kawan abang tu cantik orangnya?” soal Shahir Safwan pelik.
“yelah, orang-orang kat Sabah nie semuanya cantik-cantik…hensem. Kulit diorang kan bang, putih! macam abang lah kot!” ujar Dira Zulaikha.
“pandailah sayang abang nie. Hmm nanti kita tengok samada kata-kata sayang tu betul atau pun tidak!” balas Shahir Safwan sambil mencubit pipi gadis itu.
Tanpa sedar, pemanduannya sudah hampir ke tempat yang dituju. Shahir Safwan membelokkan keretanya ke pintu masuk lapangan terbang itu. Berpusing jugak dia mencari ruang kosong untuk memakirkan keretanya itu.
Terlalu ramai kelibat manusia yang berada di dalam bangunan itu. Masing-masing mungkin mahu menunggu ketibaan sanak saudara, keluarga mahu pun teman rapat. Shahir Safwan memimpin tangan Dira Zulaikha melalui celah-celah orang ramai itu.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha berdiri di hadapanpagar besi yang disediakan. Hampir 10 minit menunggu, kedengaran pengumuman mengenai ketibaan pesawat dari Sabah.
“haaa….tu pun pesawat diorang dah mendarat. Kejap lagi dia sampailah kat sini!” beritahu Shahir Safwan.
Tidak lama selepas itu berpusu-pusu orang ramai yang menaiki pesawat itu keluar dari ruang dalam. Mata Shahir Safwan melilau mencari kelibat Daus.
“Shahir……….” panggil Daus kuat yang berada di antara puluhan orang ramai itu.
“Daus………..” ujar Shahir Safwan sambil mengangkat tangannya ke atas.
Daus kemudiannya berjalan menuju ke arah Shahir Safwan dan Dira Zulaikha. Di sebelahnya pula kelihatan seorang gadis yang berkulit putih, mempunyai ketinggian yang lebnih kurang sama ngan Daus dan berambut panjang. Langkahnya begitu lemah lembut semasa berjalan beriringan dengan Daus.
“dah lama ke kau tunggu aku?” soal Daus setelah tiba di hadapan kawannya Shahir Safwan sambil berjabat tangan.
“takdelah, akubaru je sampai sini!” jawab Shahir Safwan.
“ooo….aku ingat kau dah lama tunggu aku. Eh, lupa pulak aku nak kenalkan! Ema, nie Shahir Safwan, kawan paling rapat Daus. Dia pun doktor jugak tau!” kata Daus dengan memperkenalkan tunangnya Ema kepada Shahir Safwan.
“hai……” ucap Ema mesra.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya dengan senyuman manis.
“hai…..”
“sejak bila kau ada pembantu nie Shahir?” tanya Daus pelik apabila seorang gadis kecil molek turut berada di situ.
“bila masa pulak aku ada pembantu nie Daus! Takdelah,” kata Shahir Safwan.
“habis, sape pulak perempuan yang duduk kat tepi kau tu! Takkan adik kau pulak! setahu aku kau mana ada adik, kecuali adik saudara angkat yang kau bagitahu dulu kat aku!” ujar Daus lagi.
“Dira Zulaikha nie lah adik saudara angkat aku..tapi sekarang dia dah jadi tunang aku!” beritahu Shahir Safwan tanpa menyembunyikan statusnya kini.
“tunang? Kau biar betul Shahir! Kau jangan nak main-mainkan aku pulak.” balas Daus yang memang terkejut mendengar berita itu.
“betullah……buat apa aku tipu kau pulak. takde maknanya aku nak tipu kau tu!”
“tapi…….” Belum sempat Daus berkata-kata, percakapannya di potong oleh Shahir Safwan.
“dah..takde tapi-tapi lagi. Takkan kita nak duduk kat sini je! Dah sampai nanti aku cerita kat kau, ok!”
“kat mana kau letak kereta kau nie Shahir? Aku dah lenguh jalan nie,” ujar Daus apabila mereka sudah keluar dari dalam bangunan itu.
“alah kko nie! baru jalan sikit macam tu dah lenguh. Tu haa…kat depan tu je!” tunjuk Shahir Safwan.
“kenapa jauh sangat kau letak kereta kau nie! kan senang kalau kau letak kat depan pintu masuk tadi!” kata Daus dengan selamba.
“amboi…kau ingat kau tu menteri besar ke sampai aku kena letak kereta aku kat depan pintu masuk tadi! Banyak hensem muka kau!” ujar Shahir Safwan sinis.
“hahaha…muka aku kan sentiasa hensem. Kalau tak takkanlah Ema nak tunang ngan aku,” bisik Daus perlahan.
Apabila sampai ke tempat kereta, Daus terus meletakkan beg pakaian miliknya dan juga ema ke dalam bonet kereta milik Shahir Safwan. Dia kemudiannya mengambil tempat di depan bersebelahan dengan tempat duduk Shahir Safwan. Manakala Dira Zulaikha duduk di tempat belakang dengan Ema, tunang Daus.
Perjalanan dari lapangan terbang menuju ke rumah orang tua Daus mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dahulunya mereka pernah mengikut Daus tinggal di sabah, namun disebabkan tidak selesa tinggal di sana orang tua Daus akhirnya kembali semula ke kampung asal mereka.
Kereta yang dipandu oleh Shahir Safwan sudah pun memasuki jalan Bandar Putera 3. Rumah yang didiami oleh keluarga Daus masih utuh dan tegak. Kelihatan orang tua Daus sudah pun menunggu kepulangan anak mereka di depan rumah. Daus yang tidak sabar untuk berjumpa dengan orang tuanya segera membuka pintu kereta sebaik sahaja Shahir Safwan memberhentikan keretanya.
“assalamualaikum umi…ayah…” ucap Daus seraya menyalami tangan kedua orang tua itu. Kedua belah pipi uminya dicium lembut. Manakala pelukan yang erat diberikan untuk ayahnya.
“waalaikumussalam…….” Jawab mereka serentak.
Dira Zulaikha membantu Ema mengeluarkan beg pakaianya yang terletak di dalam bonet kereta itu. Shahir Safwan pula mengeluarkan beg pakaian milik Daus. Mereka kemudiannya melangkah menuju ke tempat Daus dan orang tuanya berada.
“bakal menantu umi balik sekali ke?” soal umi Daus apabila melihat wajah Ema dihadapannya.
“mestilah umi, kan Daus dah janji nak bawak balik Ema sekali!” jawab Daus.
“apa khabar umi…ayah! Tanya Ema seraya menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“alhamdulillah….umi sihat-sihat je. Ayahnya pun sihat juga.
Dira Zulaikha berdiri di sebelah tunangnya Shahir Safwan.
“eh, nie Shahir kan! Kawan rapat Daus masa belajar dulu!” kata ayah Daus lembut.
“ayah kenal lagi dengan Shahir nie?” tanya Daus ingin tau.
“mana tak kenalnya, kan dia sorang je kawan paling rapat dengan kamu. Takkanlah ayah tak kenal pulak!” ujar lelaki yang sudah berusia itu.
Shahir Safwan berjabat tangan dengan ayah Daus. Senyuman manis diukir buat lelaki itu.
“yang kat sebelah Shahir tu sape pulak?. umi rasa tak pernah tengok dia selama nie. Kawan kamu juga ke Daus?” soal umi Daus pelik.
“takdelah mak cik! Dia tunang Shahir.” Beritahu Shahir Safwan bagi pihak Daus.
“laaa…ye ke! Kenapa tak cakap yang kamu dah bertunang. Daus pun satu, kenapa tak bagitahu kat umi ngan ayah, yang Shahir nie dah bertunang!” marah umi Daus.
“Daus pun baru dapat tau tadi umi..ayah!” balas Daus ringkas.
“cantik orangnya…sape nama tunang Shahir nie?” soal umi Daus lembut.
“Dira Zulaikha…tapi panggil Dira je! Jawab Dira Zulaikha dengan senyuman.
Dia kemudiannya berjalan ke depan umi Daus. Tangan wanita itu di capai lalu dicium lembut.
“Dira….cantik nama tu, secantik orangnya!” puji umi Daus ikhlas.
“mailah masuk! Takkan nak berdiri kat luar je! “ ajak ayah Daus.
“ye tak ye jugak! Daus, ajak Shahir masuk dalam. Ema ngan Dira ikut umi masuk dalam ye. Kat luar nie panas,” lembut suara umi Daus mengajak.
Ema dan Dira masing-masing tersenyum dan mengangguk.
Selepas menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh umi Daus tadi, Shahir Safwan dan Daus mengambil angin di abwah pokok rendang yang terdapat di halaman rumah mereka itu. Manakala Ema dan Dira masih berada di dalam rumah.
“maaf ye, baru sekarang akak dapat berbual-bual dengan Dira…” Ema memulakan bicaranya.
“takpe kak, Dira faham…!” ucap Dira Zulaikha lembut.
“dah lama ke Dira bertunang dengan Shahir, kawan abang Daus?” soal Ema.
“baru je kak…adalah lebih kurang seminggu kami bertunang!” beritahu Dira Zulaikha terus terang.
“ooo…baru jugak lagi. Bertuah Dira dapat Shahir. Yelah, walaupun akak tak kenal siapa Shahir tapi abang Daus selalu bercerita pasal dia kat akak! Tak sangka pulak Dira sebenarnya adik saudara angkat dia,” ujar Ema.
“tulah kak..dulu kalau kami jumpa je mesti nak gaduh. Dira pun tak tau kenapa kami boleh jadi macam tu kak. Tapi bila dah lama kenal ngan abang, Dira dapat rasa kebaikan diri dia yang sebenar. Abang nie jenis yang suka ambik berat pasal diri Dira dan juga mak Dira,” balas gadis itu dengan keikhlasan.
“baguslah tu! Bila Dira nak langsungkan perkahwinan dengan Shahir?” tanya Ema mesra.
“lepas 6 bulan dari sekarang! Akak macam mana?” soal Dira Zulaikha kembali.
“akak ikut abang Daus nie pun sebab nak bincangkan pasal tarikh perkahwinan kami berdua. Mungkin dalam masa terdekat nie jugalah kot!” jawab Ema sambil memandang wajah putih bersih gadis dihadaapnnya itu.
“oo…ye ke! Tahniah kak!” ucap Dira Zulaikha.
“hmm…jangan lupa datang kat rumah akak di Sabah nanti!” jemput Ema.
“insyaallah kak…tu pun kalau abang nak bawak Dira sekali!” balas gadis itu perlahan.
“nanti biar akak sendiri yang bagitahu kat Shahir. Takkanlah dia nak tolak jemputan akak nie!” ujar Ema pasti.
Di bawah pokok yang rendang, Shahir Safwan dan Daus asyik sekali bersembang. Sesekali kedengaran gelak tawa mereka berdua. Entah apa yang lucu sehingga menyebabkan mereka ketawa kuat.
“hahaha….kelakar lah kau nie Shahir. Kesian dia, tak baik kau buat kat tunang kau macam tu!” ujar Daus yang masih lagi ketawa.
“aku belum pun habis cakap lagi…dah dia sibuk cakap nak jumpa ngan papa dan mama aku. Aku pun apa lagi, teruskan jelah lakonan aku tu!” kata Shahir Safwan yang turut gelak bersama-saam dengan Daus.
“heheheh……lepas tu macam mana?” soal Daus ingin tau.
“macam mana apa, dia menangis depan mama ngan papa aku. Lepas tu aku pulak yang kena pujuk dia sendiri. Mama ngan papa pulak cakap kalau Dira tak nak jadi tunang aku, dia takkan terima pilihan aku yang lain,” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…kiranya mama ngan papa kau memang dah berkenan sangatlah dengan Dira tu!” ujar Daus.
“ermm…macam tulah Daus.!”
“kau belum bagitahu lagi kat aku bila kau mula-mula jatuh cinta kat ‘adik saudara angkat’ kau tu! Cepatlah cerita, aku dah tak sabar nak dengar nie!” pinta Daus.
“aku nak cerita apa pulak. aku sendiri pun tak sedar bila aku mula jatuh cinta ngan ‘adik saudara angkat’ aku sendiri. Aku mengaku yang aku memang sayang kat dia dulu. Cuma perasaan cinta nie susah aku nak cakap kat kau. Tetiba je dia muncul dalam hati aku nie. Memanglah dulu aku selalu gaduh ngan dia, asal jumpa je mesti nak cari gaduh. Dalam telefon pun sama jugak,” terang Shahir Safwan.
“hmm..senang-senang macam nie jelah Shahir. Aku rasa kau dah mula jatuh cinta pandang pertama sejak dia putuskan panggilan kau masa kita kursus kat Perak dulu, betul tak?” teka Daus selamba.
“mungkinlah kot……..!” jawab Shahir ringkas.
“akhirnya……..pasangan yang  serasi dan seiras akan bersama jua!”



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama