AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Selasa, 23 Ogos 2011

KETENTUAN CINTA DIA - BAB 29 & 30


BAB 29
Dira Zulaikha dan Shahir Safwan kembali semula bekerja setelah mengambil cuti beberapa hari untuk ke majlis perkahwinan Daus dan juga Ema. Dira Zulaikha seperti biasa akan ke tempat keje bersama-sama dengan Anum dan juga Ain. Pasti dia akan merindukan saat-saat indah ketika bekerja di sana.
“wahh, nampak berseri je lepas balik dari majlis perkahwinan tu. Dah tak sabar ke cik Dira oii!” perli Anum selamba.
“Anum…Dira kan dah tak lama nak jadi isteri orang, dah tentulah seri pengantin dah ada kat wajah dia nie ha………” balas Ain pula.
“korang nie, tak habis-habis nak usik aku kan! Aku macam biasa jelah, takdenya nak berseri-seri.” Ujar Dira Zulaikha.
“ari tu masa aku ngan Ain pergi kantin, Mak Jah ada tanya pasal ko Dira!” beritahu Anum.
“tanya pasal apa pulak?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“takdelah, dia tanya kau pergi mana. Lama dia tak nampak muka kau kat kantin nie!” kata Anum lagi.
“ooo…pasal tu rupanya. Ingatkan apa lah yang Mak Jah tu nak tanya pasal aku,” balas Dira Zulaikha perlahan.
“hmm….kau dah siapkan barang-barang untuk majlis perkahwinan kau belum?” tanya Ain pula.
“belum lagi lah. Lagi pun masih ada lebih kurang 4 bulan je lagi. Nanti korang temankan aku pergi cari barang-barang tu ek,” pinta Dira Zulaikha lembut.
“kita orang on je…kau kan kawan rapat kami, takkan kami tak nak tolong kau,” kata Anum.
“hmmm..korang takde bagitahu kat sape-sape yang aku ngan Dr. Shahir dah bertunang kan?” soal Dira Zulaikha kepada Anum dan juga Ain.
“takde, kenapa kau tanya?. Kau nak kita orang gtau kat orang lain ke?” tanya Anum pula.
“tak..tak payah. Aku tak nak orang lain tau,” pinta Dira Zulaikha.
“kenapa kau tak nak orang lain tau?. Nanti bila kau ngan Dr. Shahir nak kawin mesti diorang akan dijemput kan!” kata Ain pelik.
“memanglah, mungkin Shahir akan panggil kawan-kawan dia kat sini. Tapi buat masa nie aku harap sangat korang jangan gtau kat sape-sape pun, ok!”
“iku suka kau lah Dira..tu hak kau samada nak bagitahu kat orang lain atau pun tak! Yang penting kami nak bahagia sampai akhir hayat. Dan yang penting sekali kau dapat bersama dengan orang yang paling kau sayang dan cinta!” balas Anum.
“terima kasih sangat-sangat. Koranglah kawan aku dunia akhirat!” ujar Dira Zulaikha ikhlas.
“hmm…sekarang nie masa untuk kita pergi keje pulak. Dari tadi duk berborak, sampai tak sedar yang kita dah sampai kat sini. Nasib baik bas tak lalu lagi, kalau tak berlarilah nak sampai kat sana tu!” kata Ain yang sudah menjejakkan kakinya ke tempat menunggu bas.
“mulai sekarang kita kena hargai betul-betul masa yang ada untuk kita bertiga. Lepas nie tak dapatlah kita nak pergi keje sama-sama lagi. Kerana tidak lama lagi Dira Zulaikha akan bertukar status menjadi Puan Dira Zulaikha Binti Suhaimi. Oleh kerana itu dia pastinya akan menjadi surirumah sepenuh masa, betul tak kata aku!” balas Anum pula.
Dira Zulaikha hanya tersenyum mendengarnya.
“haaa…tu pun bas dah sampai!” beritahu Ain dengan menunjukkan kelibat bas yang semakin perlahan pemanduannya dan berhenti di depan mereka.
“along…..dah pukul berapa nie! Kenapa tak turun lagi?” panggil Dr. Syikin dari tingkat bawah.
“along tak bangun lagi ke?” soal Dr. Norman apabila Dr. Syikin mula melangkah masuk ruang meja makan.
“tak taulah bang, Syikin dah panggil dia tadi. Kejap lagi turun lah tu!” jawab Dr. Syikin sambil duduk di tempatnya tadi.
“lambat pulak dia turun pagi nie. Biasanya awal-awal lagi dah turun kat ruang meja makan nie!” ujar Dr. Norman pula.
“entahlah bang, tido lewat sangat kot semalam,” balas Dr. Syikin ringkas.
Shahir Safwan bergegas turun dari anak tangga menuju ke dapur.
“assalamualaikum papa…..mama! “ ucap Shahir Safwan lembut.
“waalaikumussalam………” jawab Dr. Norman dan Dr. Syikin serentak.
“along, duduk dulu! Mama dah siapkan sarapan nie,” arah Dr. Syikin.
“takpelah ma, along sarapan kat kantin jelah! Along dah lambat nie,” balas Shahir Safwan sambil menyalami tangan kedua orang tuanya itu.
“laaa…tulah, bangun lambat lagi. Kang dah kelam kabut dibuatnya!” kata Dr. Syikin sinis.
“hehehe…along pergi dulu ye ma…pa!” beritahu Shahir Safwan seraya melangkahkan kakinya ke pintu untuk keluar.
“yelah!!! Hati-hati bawak kereta tu along,” pesan Dr. Syikin dengan nada yang agak kuat.
“insyaallah ma………”
“tengok, belum ada isteri lagi dah bangun lambat. Hmmm agaknya kalau dah ada isteri nanti, abang rasa memang takkan bangunlah jawabnya!” Dr. Norman bersuara.
“isshh abang nie, ke situ pulak perginya!” balas Dr. Syikin dengan ketawa kecil.
Shahir Safwan bergegas masuk ke dalam perut keretanya. Enjin dihidupkan dan dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduannya. Dira Zulaikha, Anum dan juga Ain sudah pun selamat sampai ke tempat kejenye.
“assalamualaikum…Mak Jah!” tegur Dira Zulaikha apabila dia sudah sampai ke kantin hospital itu.
“waalaikumussalam….Dira. Lama Mak Jah tak tengok kamu datang sini, pergi mana?” tanya Mak Jah.
“hehehe…jalan-jalan Mak Jah!” jawab Dira Zulaikha ringkas.
“jalan-jalan?. Amboi tak ajak Mak Jah sekali noo. Pergi jalan-jalan ngan sapa?. Mak ke?” soal orang tua itu lagi.
“takdelah Mak Jah. Mak Dira duk kat rumah je. Jalan-jalan sorang-sorang je Mak Jah!” bohong Dira Zulaikha.
“p jalan sorang-sorang buat apo?. Kenapa tak ajak boyfriend ke, kawan ke. Takdelah bosan sangat, nie kalu p jalan sorang-sorang nak berbual ngan sape!” ujar Mak Jah lagi. Tangannya lincah melakukan keje membersihkan pinggan makan di situ.
“kalau Dira ajak, Mak Jah nak ikut tak Dira p jalan-jalan?” sengaja Dira Zulaikha bertanyakan soalan itu.
“malas lah Mak Jah nak ikut…kamu kan orang muda, Mak Jah nie dah tua. Nak berborak apa ngan kamu kalau Mak Jah ikut!” jawab Mak Jah lembut.
“apalah Mak Jah nie, kita boraklah apa-apa citer pun. Mak Jah kan dah kenal perangai Dira macam mana,” balas Dira Zulaikha pula.
“kamu datang sini nak sembang ngan Mak Jah ke nak makan?” soal orang tua itu ingin tau.
“nak makanlah Mak Jah. Tapi sebelum tu sembang ngan Mak Jah seejap. Dah lama tak tengok muka Mak Jah, rindu pulak rasanya!’ beritahu Dira Zulaikha.
“hmmm….elok sangatlah tu. Mak Jah masakkan nasi kueh teow goreng pagi nie. Kamu nak rasa ke?” tanya Mak Jah lagi.
“kueh teow goreng?. Best jugak tu, dah lama tak makan masakan Mak Jah nie!” ujar Dira Zulaikha.
“kalau macam tu, Mak Jah masuk dalam ambilkan makanan untuk kamu. Kawan-kawan kamun tak datang sekali ke?”
“tak Mak jah, Anum ngan Ain makan kat dalam bilik rehat tu je!” beritahu gadis itu lagi.
“oooo…kamu tunggu kat sini sekejap. Mak Jah pergi kat dalam dulu!” pinta Mak Jah seraya melangkah masuk ke dalam dapur kantin itu.
Shahir Safwan yang baru tiba di hospital segera keluar dari pintu keretanya. Setelah mengambil briefcase di tempat duduk belakang, dia segera menuju ke kantin untuk bersarapan pagi. Mak Jah yang baru keluar dari dapur kantin itu segera memberikan sepinggan kueh teow goreng beserta segelas milo panas kepada Dira Zulaikha.
“mana Mak Jah tau saya nak minum air milo pagi nie?” soal Dira Zulaikha pelik. Setahunya dia tidak menyebut pun lagi minuman apa yang hendak diminumnya.
“alah Dira, Mak Jah kan dah lama keje kat sini. Dira pulak selalu datang kat sini beli ngan Mak Jah. Takkanlah Mak Jah tak tau lagi apa yang Dira nak makan dan minum!” jawab Mak Jah selamba.
“tak sangka Mak Jah ingat apan yang suka makan dan minum kat sini. Nie yang buatkan Dira terlebih sayang kat Mak Jah nie!” ujar Dira Zulaikha dengan mencubit lembut pipit orang tua itu.
“dah, pergi sarapan cepat. Kang jenuh pulak kawan-kawan kamu tunggu kat bilik rehat tu!” pinta Mak Jah lagi.
“ok Mak Jah..Dira pergi makan dulu ye! Lepas makan nanti Dira bayar ye Mak Jah!” beritahu Dira Zulaikha lalu mencari meja kosong untuk menikmati sarapan paginya itu.
Mak Jah kemudiannya menyambung kembali kejenya yang tertangguh kerana asyik berborak dengan gadis itu. Tidak sampai 5 biji pinggan dibersihkannya, kedengaran suara seseorang menegurnya.
“Mak Jah!” panggil Shahir Safwan lembut.
“Dr. Shahir…ada apa?” soal Mak Jah.
“hmm buatkan saya teh panas satu ye. Lepas tu Mak Jah tolong bakarkan roti, taruk sekali jem je Mak Jah!” pinta Shahir Safwan lembut.
“yelah..doktor duduk dulu. Nanti Mak Jah pergi hantar kat meja doktor!” beritahu Mak Jah lalu masuk sekali lagi ke dalam dapur kantin itu.
Shahir Safwan memusingkan badannya ke belakang untuk mencari meja kosong. Sedang matanya melilau mencari tempat duduk, dia terpandang seorang gadis yang begitu dikenalinya. Ralit melihat gadis itu menyuapkan sarapan pagi, kaki nya melangkah perlahan menuju ke tempat gadis itu tanpa disedari oleh gadis tersebut. Dira Zulaikha yang baru menyuakan gelas ke mulutnya untuk meminum air tersedak apabila dirinya disergah dari belakang.
“uhuk…uhuk….” Dira Zulaikha pantas menggosok dadanya perlahan sebelum memalingkan mukanya ke belakang.
“abang……….” Ujar Dira Zulaikha perlahan. Namun nadanya cukup geram.
“hehehe…makan sorang-sorang! Tak ajak abang pun!” ujar Shahir Safwan selamba sebelum mengambil tempat di hadapan gadis itu.
Dira Zulaikha tidak membalas hanya matanya yang merenung tajam wajah lelaki itu.
“Dira makan apa nie?” soal Shahir Safwan walaupun dia sudah tau apa yang dijamah oleh gadis didepannya.
“dah tau tapi nak tanya lagi!” jawab Dira Zulaikha sinis.
“lapar sangat ke?. Abang duduk kat belakang tu pun sampai tak boleh tak sedar,” perli Shahir Safwan.
“bukan lapar sangat, tapi dah lama tak makan masakan Mak Jah tu! Abang buat apa kat sini?” tanya Dira Zulaikha perlahan. Dia tidak mahu orang lain dengar panggilan yang digunakannya tadi.
“abang datang sini nak makanlah, nak buat apa lagi!” jawab Shahir Safwan.
“mana makanan abang?. Dira tak nampak pun!” ujar Dira Zulaikha pelik.
“Mak Jah tengah buatkan roti bakar untuk abang. Kejap lagi dia hantar kat sini,” beritahu Shahir Safwan.
“ooo…abang nak?” tanya Dira Zulaikha sambil menunjukkan kueh teow yang dimakannya itu.
“takpelah, abang dah suruh Mak Jah buatkan sarapan untuk abang. Dira makanlah, macam mana nak jadi isteri abang kalau badan kurus macam tu!” tolak Shahir Safwan lembut.
“apa kena mengena pulak badan Dira yang kurus nie dengan jadi isteri abang?” soal Dira Zulaikha pelik.
“mestilah banyak yang ada kena mengenanya!” kata Shahir Safwan ringkas.
“contohnya?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“contohnya?. Tak boleh bagi tau sekarang, nanti bila sayang dah jadi isteri abang, baru sayang tau apa kena mengenanya badan Dira yang kurus tu dengan jadi isteri abang!” jawab Shahir Safwan selamba.
“ikut suka abanglah! Kalau abang tak nak, Dira makan sorang-sorang je nie!” ujar Dira Zulaikha dengan meneruskan suapannya yang terhenti tadi.
Mak Jah melangkah ke meja yang diduduki oleh Shahir Safwan tadi. Di tangannya terdapat piring yang berisi beberapa keping roti dengan segelas teh panas.
“doktor, nie roti dan air yang doktor suruh Mak Jah buatkan tadi!” kata Mak Jah sambil meletakkannya di hadapan Shahir Safwan.
“terima kasih Mak Jah!” ucap Shahir Safwan lembut.
“sama-sama….” Balas Mak Jah pula.
Dira Zulaikha tersenyum manis kepada wajah tua itu.
“Mak Jah nak makan ngan Dira!” ajak Dira Zulaikha.
“takpelah, Mak Jah dah makan pagi-pagi lagi! Dira makanlah,” ujar wanita tua itu.
“doktor bila nak kawin ngan Dira?” soal Mak Jah selamba didepan Shahir Safwan.
Dira Zulaikha tersedak buat kali keduanya. Mak Jah tersengih melihat Dira Zulaikha.
“sapa pulak yang nak kawin nie Mak Jah?” tanya Dira Zulaikha seraya melihat ke arah lelaki yang berada didepannya.
“sape lagi, dira ngan doktor nie lah. Bukan Dira nie tunang kepada Dr. Shahir?” soal Mak Jah ingin tau.
“sape yang cakap nie Mak Jah?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“laa..tunang Dira lah yang cakap!” jawab Mak Jah.
“bila?”
“ari tu, masa Dira dan kawan-kawan Dira datang beli sarapan pagi kat sini!” beritahu Mak Jah yang masih mengingati kata-kata yang diujarkan oleh doktor muda itu.
Shahir Safwan tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mak Jah itu. Ternyata ingatan orang tua itu masih kuat.
“betul ke tak yang kamu berdua nie dah bertunang?” soal Mak Jah hairan.
“betul Mak Jah..saya ngan Dira dah bertunang hampir 2 bulan. Insyaallah, tak lama lagi kami berdua akan menjadi suami isteri yang sah!” jawab Shahir Safwan berterus terang.
“ooo..jadi betullah kata Mak Jah tadi. Alhamdulillah, ingatkan Mak Jah yang salah dengar ari tu,” balas Mak Jah.
“hmm…Mak Jah pergi sambung keje Mak Jah dulu ye. Nanti jangan lupa jemput Mak Jah sekali,” sambung Mak Jah lagi.
“insyaallah Mak Jah, saya tak lupa kat Mak Jah!” kata Shahir Safwan.
“abang…….” Panggil Dira Zulaikha perlahan.
“apa??” soal Shahir Safwan buat-buat tak tau.
“apa yang abang cakap kat Mak Jah ari tu?” soal Dira Zulaikha ingin kan jawapan.
“takde apa-apa….” Bohong Shahir Safwan.
“dah tu kenapa Mak Jah kata abang bagitahu kat dia!” ujar Dira Zulaikha pelik.
“Mak Jah kan pandai tilik orang , mestilah dia dapat tau sesuatu,” jawab Shahir Safwan lagi.
“pandailah abang. Bila masa pulak Mak Jah tu pandai tilik orang lain?” tanya Dira Zulaikha lagi.
“baru je tadi!” kata Shahir Safawan ringkas.
Dira Zulaikha menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dira temankan abang makan dulu eh. Lambat lagi kan nak mula keje,” pinta Shahir Safwan lembut.
Gadis itu mengangguk lembut. Sebolehnya dia memang suka melihat lelaki itu menjamu selera. Pasti habis setiap kali dia menikmati makanan. Gadis itu turut sama menjamah sarapan yang masih berbaki di dalam pinggan di depannya.
Shahir Safwan mencapai gelas didepannya lalu disuakan ke mulutnya. Perlahan-perlahan air itu diminumnya sehingga habis. Dira Zulaikha masih setia menanti di kerusi makan tersebut.
“erk!!! Alhamdulillah…kenyang!” ujar Shahir Safwan yang menghabiskan sarapannya itu.
“dah kenyang?” soal Dira Zulaikha lembut.
“dah…” jawabnya ringkas.
“kalau macam tu boleh kita bangun dari kerusi nie!” kata Dira Zulaikha.
“nak pergi mana pulak?” tanya Shahir Safwan.
“nak pergi mana dia tanya? Omel Dira Zulaikha dalam hatinya. Cik abang, saya nie dah lambat, kang kena marah pulak sebab lambat kan keje saya. Cik abang tu takpelah, lambat pun takde orang nak marah!” ujar Dira Zulaikha geram.
“hehehe…abang lupa pulak tadi. Ingatkan nak duduk kat kantin nie terus. Malas pulak rasa nak buat keje ari nie,” ujarnya selamba.
“ada ke cakap macam tu! Kalau abang tak buat keje, sapa yang nak periksa pesakit-pesakit abang kat atas tu. Jomlah, nanti Anum ngan Ain marah pulak. Dah lama dia tunggu dalam bilik tu,” ajak Dira Zulaikha lagi.
“yelah-yelah cik adik oii. Jom…” kata Shahir Safwan seraya bangun dari kerusi tersebut.
“hmmm…abang pergi dulu. Dira nak pergi jumpa Mak Jah sekejap,” ujarnya yang sudah pun berjalan menuju ke tempat Mak Jah berada.
Shahir Safwan juga mengikut langkah Dira Zulaikha untuk ke tempat Mak Jah.
“Mak Jah…..” panggil Dira Zulaikha lembut tidak mahu mengejutkan orang tua itu.
Mak Jah berpaling melihat Dira Zulaikha..” ada apa Dira?” tanya Mak Jah.
“laa..takkan Mak Jah dah lupa. Dira kan belum bayar lagi tadi. Mak Jah tolong kira kan boleh!” pinta Dira Zulaikha lembut.
“Mak Jah tolong kirakan untuk saya sekali ye!” sampuk Shahir Safwan yang berada di sisi gadis itu.
“abang belum bayar lagi ke?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“belum…..” jawab Shahir Safwan ringkas.
“nak bayar seklai ke atau asing-asing nie?” tanya Mak Jah kepada mereka berdua.
“hmm..Mak Jah kira sekali ngan Dira tadi!” beritahu Dira Zulaikha.
“yelah!” balasnya ringkas.
“Dira nak bayar untuk abang ke?” soal lelaki itu lembut.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya…”abang pergilah dulu. Dira tunggu Mak Jah kira sekejap!” arah Dira Zulaikha.
“ok…terima kasih sayang. Abang pergi dulu ye!” ucap Shahir Safwan dengan perlahan.
“aikk, mana doktor tadi tu Dira?” tanya Mak Jah.
“dia dah pergi Mak Jah! Berapa semua sekali Mak Jah?” tanya Dira Zulaikha sambil membuka beg duitnya.
Setelah membuat pembayaran, Dira Zulaikha bergegas menuju kebilik rehatnya. Pasti Ain dan Anum sudah menunggu lama. Langkahnya sengaja dilajukan supaya sampai lebih cepat. Kelibat Anum sudah boleh dilihat di luar pintu bilik itu.
“sori-sori, dah lama kau tunggu?” ujar Dira Zulaikha sambil menarik nagasnya perlahan.
“takdelah, lagi pun Ain pergi basuh tangan kat tandas kejap. Kau dah makan ke?” tanya Anum ambil berat.
“dah, ari nie Mak Jah buat kueh teow goreng..” rindu pulak nak makan masakan dia.
“ooo…..makan dengan cik abang sekali ke?” kata Anum dengan sinis.
“mana kau tau nie?” tanya Dira Zulaikha hairan.
“alahh, kebetulan dia lalu kat sini tadi. Dia cakap kau tengah cakap ngan Mak Jah!” beritahu Anum kepada Dira Zulaikha.
“aahhh, aku pun tak sedar bila dia ada kt belakang aku tu. Kebetulan dia belum makan lagi, tu kita orang makan sekali tadi,” ujar Dira Zulaikha tidak mahu menyembunyikan apa-apa dari kawannya.
“takpelah…aku pun tengah tunggu si Ain. Kalau kau dah makan, lepas nie bolehlah kita buat keje,” ajak Anum.
Ain berlari-lari menuju ke arah Dira Zulaikha dan juga Anum. Tau akan dirinya sudah lambat, dengan pantas dia berlari.
“korang dah lama ke tunggu aku nie?” soal Ain dengan nafas yang tersekat-sekat.
“aku baru je balik dari kantin. Si Anum nie haa dah lama tunggu kat sini,” beritahu Dira Zulaikha.
“ye ke! Sori Anum, ingat nak basuh tangan je tadi. Tiba-tiba pulak perut aku nie memulas, tu yang aku lambat sikit nie,” ujar Ain.
“dahlah tu, jom kita pergi buat keje sekarang. Aku ngan Dira bersihkan naik tingkat atas, kau pulak?” tanya Anum kepada Ain.
“ari nie aku kena sambung keje aku yang semalam tu. Kan aku tak sempat nak cuci,” jawab Ain.
“ooo….yang kau kena bersihkan ruang untuk pameran yang nak diadakan tu ke!” ujar Anum sambil melihat ke arah Ain.
“yang tulah! Semalam pun aku dah siapkan separuh, ari nie tak banyaklah yang aku kena buat,” balas Ain lagi.
“ok, kalau macam tu jomlah kita mula keje sekarang. Dah lambat sangat nie, kang ketua kita tu marah pulak,” sampuk Dira Zulaikha.
“jomlah, aku ngan Dira naik dulu ye. Nanti kita jumpa kat bilik nie,” ujar Anum seraya melangkah pergi bersama-sam dengan Dira Zulaikha.
“ok!!!” ringkas kata Ain itu.
Ketika Anum dan Dira Zulaikha sedang melalui deretan bilik pesakit, ada seseorang yang menegurnya.
“haii…….” Tegur lelaki itu lembut.
Dira Zulaikha dan Anum berpaling kepada suara tersebut. Dira Zulaikha yang seperti pernah mengenali lelaki itu, menjawab tegurannya dengan perlahan.
“haii….” Matanya dialihkan kepada Anum.
“kenal lagi tak dengan saya?” soal lelaki itu ingin tau.
“hmm…rasa macam pernah jumpakan!” ujar Dira Zulaikha.
“ye, dah banyak kali kita jumpa. Cuma yelah, awak tak sudi nak berkawan ngan saya kan! Hmm…saya Hafiz, kawan Shahir ingat lagi tak?” tanya lelaki itu lagi.
“aaaa…ermm, ya saya ingat.” Kata Dira Zulaikha perlahan.
“sape nie Dira, kau kenal ke dia?” bisik Anum di telinga Dira Zulaikha.
“dia nielah kawan Shahir,” beritahu Dira Zulaikha berbisik.
“ooo……” balas Anum ringkas.
“saya ganggu awak berdua ke?” sampuk Hafiz dengan kerutan di dahinya.
“ganggulah jugak encik Hafiz. Sebenarnya kami baru nak mulakan keje nie,” beritahu Dira Zulaikha berterus terang.
“ye ke! Hmm kalau macam tu, saya pergi dulu ye. Anyway tahniah…sebab dah menjadi tunang kepada Dr. Shahir Safwan!” ucap Hafiz dengan ikhlas.
“terima kasih. Mana encik Hafiz tau saya dah bertunang dengan abang saudara angkat saya tu?” soal Dira Zulaikha ingin tau.
“sepupu dia yang bagitahu kat saya, Zita!” ujar Hafiz.
“macam tu rupanya…”
“oklah, saya pergi dulu. Maaf sebab ganggu kamu berdua nak buat keje tadi,” kata Hafiz seraya melangkah pergi meninggalkan Dira Zulaikha dan juga Anum.
“oiii…kenapa dia datang sini. Takkan semata-mata nak ucapkan tahniah pasal pertunangan kau dengan Dr. Shahir tu?” soal Anum pelik.
“manalah aku tau. Mungkin sedara dia sakit tak, sebab tu dia datang kat sini,” teka Dira Zulaikha.
“amboi, awal benor dia datang kat sini!” kata Anum sinis.
“kenapa kau sendiri tak tanya ngan dia tadi. Jomlah, lagi lambat kita naik lagi lambatlah kita siapkan keje tu,” ajak Dira Zulaikha sambil menarik tangan Anum.


BAB 30
Pejam celik-pejam celik tinggal 2 bulan sahaja lagi majlis perkahwinan Dira Zulaikha dan juga Shahir Safwan. Bagi Shahir Safwan ianya tidak sesusah mana kerana semuanya diuruskan oleh Dr. Syikin ngan Dr. Norman sendiri. Namun bagi Dira Zulaikha dia terpaksa menyediakan sendiri dengan bantuan ibunya dan juga kawan-kawan baiknya. Mujur Halimah, mak saudara kepada Shahir Safwan sanggup menjahit baju untuk majlis perkahwinan mereka berdua itu.
Puas jugak melayan karenah Shahir Safwan ketika membuat pemilihan mengenai patern baju yang hendak dibuat. Pening kepala orang tua itu melihat perangai Shahir. Alih-alih Halimah jugak yang membuat keputusan untuk pemilihan baju tersebut. Esok dan lusa dia dan Shahir Safwan akan menghadiri kursus perkahwinan pula.
“mak, hujung minggu nie kak long nak keluar kejap. Nak beli barang sikit,” Dira Zulaikha meminta izin daripada Mak Zeera.
“kak long nak keluar ngan sape?” tanya Mak Zeera ingin tau.
“dengan kawan-kawan kak long mak!” beritahu Dira Zulaikha ringkas.
“Shahir dah tau kak long nak keluar esok?” soal Mak Zeera lagi.
“belum lagi mak, kak long ingat nak bagitahu masa kami nak pergi kursus kawin nanti!” kata Dira Zulaikha.
“eloklah tu, sekurang-kurangnya dia tau ke mana kak long nak pergi.” Ujar Mak Zeera lembut.
“mak, kak long sebenarnya belum bersedia nak tinggalkan mak sorang-sorang kat rumah nie!” perlahan gadis itu bersuara.
“kenapa pulak kak long kata macam tu?” soal Mak Zeera sambil mengusap pipi anaknya.
“kak long kan tak pernah berpisah ngan mak. Kesihatan mak pulak bukannya baik sangat, kak long takut apa-apa terjadi kat mak,” luah Dira Zulaikha.
“kak long tak payah lah nak risaukan mak. Mak boleh jaga diri lagi, pasal kesihatan mak nie kak long janganlah fikirkan sangat. Kak long tu nanti kena jaga diri elok-elok kat rumah mertua,” pesan Mak Zeera.
Dira Zulaikha memeluk ibunya erat. Rasa terlalu berat hatinya untuk meninggalkan orang tua yang sudah banyak berjasa dalam hidupnya selepas ketiadaan arwah ayahnya.
Seperti yang ditetapkan mereka berdua harus menghadiri kursus perkahwinan selama 2 hari. Di kesempatan itulah Dira Zulaikha memberitahu kepada Shahir Safwan bahawa dia hendak keluar bersama-sama dengan Anum dan Ain untuk membeli belah barang hantaran.
“abang…..” panggil Dira Zulaikha lembut.
Shahir Safwan menoleh ke kiri dengan melihat wajah gadis itu. “ada apa?” soal Shahir Safwan.
“hmmm..hujung minggu nie Dira nak keluar ngan Ain dan Anum. Dira nak pergi cari barang hantaran,” beritahu Dira Zulaikha.
“abang kan ada hujung minggu, kenapa nak susahkan diorang pulak!” ujar Shahir Safwan.
“memanglah abang ada, tapi abang bukan arif sangat pasal barang hantaran tu. Kalau Dira ajak diorang, takdelah Dira buntu nak cari barang-barang tu.” Kata gadis itu.
“kalau abang nak ikut sekali boleh?” tanya lelaki itu berharap.
“nak ikut pergi mana pulak nie?” soal Dira Zulaikha pelik.
“nak ikut Dira pergi cari barang-barang tulah!” jawab Shahir Safwan selamba.
“hah!!..abang jangan nak buat lawak pulak. Nanti lain pulak yang jadinya,” balas Dira Zulaikha.
“apa pulak yang jadinya?. Kan Dira nak pergi beli barang hantaran, bukan nak pergi main roller coaster. Takkan abang nak pergi main-main kat sana pulak,”
“tengok, abang nie suka sangat buat lawak fantasia tu. Orang cakap betul-betul nie. Boleh tak Dira keluar ngan diorang hujung minggu nie?” tanya Dira Zulaikha yang sudah geram dengan sikap lelaki itu.
“Dira minat eh tengok cite Lawaknya Fantasia Raya? Abang ada copy citer tu, nak tengok tak!” sengaja dia mahu mengusik gadis itu.
“minat..Dira minat sangat-sangat tengok citer tu. Macam Dira minat nak cubit pipi abang nie!” ujar Dira Zulaikha pantas tangannya mencubit geram pipi lelaki itu.
Shahir Safwan memegang tangan Dira Zulaikha yang berada di pipinya.
“tak baik tau Dira buat macam nie kat abang. Kesian kat pipi abang nie, tak pasal-pasal kena cubit ngan jari ‘ketam’ Dira. Kalau cium takpelah jugak, sakit pun abang tak kisah,” usik Shahir Safwan lagi.
“tengok, kan Dira dah kata. Abang memang suka melawak lah! Dira tanya tadi pun belum jawab lagi,” ujar Dira Zulaikha yang masih geram dengan perangan lelaki itu.
“apa yang Dira tanya tadi, abang lupalah!” balas Shahir Safwan tersengih.
“Dira tanya boleh tak Dira keluar hujung minggu nie ngan Anum dan Ain. Nak beli barang sikit,” Dira Zulaikha mengulang pertanyaannya yang tadi.
“ooo…boleh, abang tak marah. Cuma jangan pergi lama-lama sangat, karang ada yang berkenan ngan Dira, susah abang nak cari pengganti yang lain.”
“tengok..abang mula lagi. Nie yang Dira malas nak cakap ngan abang nie!”
“olollololo…abang gurau jelah. Dira pergilah, tapi ingat jaga diri baik-baik. Ada apa-apa telefon kat abang ok,” kata Shahir Safwan yang memberikan keizinan untuk gadis itu keluar.
“ok…Dira janji akan jaga diri baik-baik!”
“baju kawin kita dah suruh mak usu yang jahitkan. Nanti kalau dah siap abang ajak Dira pergi ambik sekali ok. Barang-barang lain abang serahkan kat mama ngan papa je!” bertahu Shahir Safwan.
“kesian kat mak usu kan, abang tulah memilih sangat nak buat baju kawin. Tak pasal-pasal mak usu juga yang kena buat pilihan,” ujar Dira Zulaikha sinis.
“apa pulak salah abang, dah banyak sangat pilihan kat situ. Abang pulak tak tau nak pilih yang mana satu,” sangkal Shahir Safwan yang tidak mahu mengalah.
“yelah tu, macam manalah agaknya keadaan baju yang mak usu jahitkan tu. Mesti cantikkan kalau Dira pakai nanti,” katanya perlahan.
“kalau nak tau cantik ke tak, esok jugak kita kawin nak. Abang tak sabar nak tengok Dira pakai baju yang mak usu jahitkan tu!” balas Shahir Safwan selamba.
“abang nie dah buang tabiat ke apa, memang nak kena ngan Dira abang nie kan. Ikut sedap mulut abang je nak ajak kawin besok. Baru je dapat sijil kursus perkahwinan, terus ajak kawin”! perli Dira Zulaikha.
“takpelah, lagi cepat kita kawin lagi cepatlah abang dapat anak. Tak sabar abang nak main ngan anak kita tu nanti,” jawabnya dengan senyuman dibibirnya.
Dira Zulaikha dah tak tau nak cakap apa lagi. Ada je benda yang dia nak balas balik.
…………………………………..
 “macam mana, jadi tak kita nak keluar hujung minggu nie?” Tanya Anum kepada kawannya itu.
“jadilah..hmm aku dah mintak kebenaran ngan Shahir. Dia tak kisah cuma aku kena jaga diri baik-baik bila nak keluar nanti.” beritahu Dira Zulaikha.
“kau Ain, macam mana?. Nak ikut tak?” soal Anum kepada Ain pula.
“mestilah aku ikut sekali!” ujar Ain ringkas.
“ok, kalau macam tu awal-awal pagi kita dah kena keluar. Korang kan tau jalan raya macam mana, kalau hujung minggu nie,” cadang Anum.
“aku tak kisah sangat, kalau awal kita pergi cepatlah kita balik.” Balas Ain yang bersetuju dengan cadangan Anum itu.
“apa-apa kita bincang balik ok. Sekarang yang penting kita siapkan keje dulu!” ujar Dira Zulaikha.
“betul tu…jadi kita jumpa lepas siapkan keje kita nie.”
Pertukaran Daus ke hospital itu tidak diketahui oleh Shahir Safwan. Sengaja mahu mengejutkan kawannya yang sorang itu. Bilik yang diduduki oleh Shahir Safwan di carinya. Dia tidak sedikit pun bertanya kepada staf-staf di situ. Langkahnya semakin menghampiri bilik itu. Pintu bilik diketuk dari luar.
“tok….tok…tok….
Shahir Safwan yang berada di dalam memberikan arahan.. “ masuk..!”
Pintu bilik itu dibuka perlahan. Shahir Safwan tidak melihat sebaliknya berdiri membelakangi Daus mengadap ke cabinet di belakang tempat dia duduk.
“boleh saya duduk doctor?” pinta Daus dengan lembut dengan mengubah nada suaranya.
“boleh…encik duduk dulu ye! Saya nak simpan fail nie sekejap ye,” jawab Shahir Safwan tanpa menyedari dia telah dipermainkan oleh kawannya sendiri.
“terima kasih doctor!” ucap Daus lembut.
“sama-sama” balas Shahir Safwan.
2 minit kemudian barulah Shahir Safwan berpaling semula ke belakang. Dia menarik kerusi lalu duduk di atasnya. Wajah di depannya masih belum di lihat lagi.
“hmmm..apa yang saya boleh bantu en…..” kata-katanya terhenti di situ apabila matanya terlekat pada wajah di depannya.
“Daus!!!!” jerit Shahir Safwan perlahan.
Hahahahaha…….. “apalah kau nie, suara aku pun kau tak kenal!” perli Daus dengan ketawa besar.
“manalah aku nak kenal kalau kau buat suara macam tu!” sindir Shahir Safwan.
“apa khabar kau sekarang?” Tanya Daus sambil menghulurkan tangannya kepada lelaki di depannya itu.
“aku sihat, macam yang kau tengoklah!” kata Shahir Safwan membalas huluran tangan itu.
“ralit kau buat keje, aku yang masuk nie pun kau tak pandang langsung,” kata Daus dengan sinis.
“ralit apanya, aku tengah simpan fail dalam cabinet tu tadi. Kau buat apa kat sini, kan kau dah balik kat sana?” soal Shahir Safwan pelik.
“aku datang sini nak kejelah. Nak buat apa lagi!” jawab Daus selamba.
“keje?. Kau biar betul, atau kau ada hal nak buat kat sini?” Tanya Shahir Safwan lagi.
“betullah….aku datang sini nak buat kejelah. Takkan nak main-main pulak,” ujar Daus.
“habis keje kau kat sana macam mana?” sekali lagi Shahir Safwan bertanya.
“aku dah pindah kat sini lah kawan. Mulai ari nie aku akan bertugas kat hospital nie, sekali ngan kau lah!” beritahu Daus sambil tersengih melihat wajah kebingungan kawannya itu.
“kau dah tukar kat sini?. Sekali ngan aku?. Wahh…ingatkan kau main-main je dulu nak apply kat tempat aku nie,” balas Shahir Safwan dengan gembira.
“takkanlah aku nak main-main pulak. Dah 2 ari aku sampai kat sini, ari nie aku terus lapor diri kat hospital nie,” kata Daus lagi.
“dah 2 ari kau balik, kenapa tak bagitahu kat aku. Kalau tak boleh aku pergi ambik kau kat airport tu. Bini kau ikut sekali ke balik sini?”
“aku tak nak susahkan kau, lagi pun sengaja aku nak buat kejutan kat kau. Mestilah dia ikut aku balik kat sini, dah nama nya isteri kenalah ikut ke mana sahaja suami pergi. Lagi pun kat sini mak ngan ayah aku kan ada.” Ujar Daus panjang lebar.
“oklah tu..kau bertugas kat wad mana?” soal Shahir Safwan ingin tau.
“tingkat 4….” Beritahu Daus ringkas.
“tingkat 4…takdelah jauh sangat ngan tempat aku nie!”
“kau dah makan?” lunch nanti kau tunggu aku sekali ye!” pinta Daus.
“alah kau jangan risaulah…mestilah aku tunggu kau sekali. Takkan aku nak makan sorang-sorang pulak!” kata Shahir Safwan.
“manalah tau kau lunch ngan tunang kau tu. Korang berduakan keje satu tempat,” perli Daus.
“memanglah aku ngan Dira keje satu tempat, tapi tak selalu aku ngan dia makan bersama. Dira lebih suka makan ngan kawan-kawan dia kat sini. Lagi pun orang-orang kat sini tak tau lagi yang Dira tu dah jadi tunang aku, cuma kawan-kawan dia tulah. Sorang lagi mak cik yang keje kat kantin tu.” Beritahu Shahir Safwan.
“laaa..kenapa pulak macam tu! Kau takut kalau orang lain tau tunang kau nie keje sebagai cleaner kat sini?” soal Daus sinis.
“isshh kau nie, aku tak kisahlah kalau Dira tu keje kat kedai runcit ke, jadi orang gaji ke, aku tak kisah semua tu. Cuma si Dira tu je, dia tak nak orang lain tau yang dia dah jadi tunang aku sekarang!”
“ooo….aku ingatkan kau malu nak mengaku yang dia tunang kau!”
“takdelah..buat apa aku nak malu. Aku lagi suka kalau orang lain tau yang Dira tu dah jadi hak milik aku,” ujar Shahir Safwan selamba.
“yelah, kau memang sukalah! Kalau dulu belum dapat aku tengok muka kau macam itik tengah lapar.” Perli Daus seraya.
“banyak lah kau muka aku macam itik tengah lapar. Dahlah, kau pergi mausk bilik kau kat tingkat atas tu!” arah Shahir Safwan dengan geram.
“hahaha…..kau nie dah pandai nak merajuk aku tengok. Sape yang ajar ko hah! Yelah-yelah, aku nak naiklah nie. Jangan lupa pulak lunch tengah hari nie,” Daus mengingatkan lagi kawannya itu.
“aku ingatlah!” ringkas kata-kata Shahir Safwan.
“kalau kau jumpa ngan tunang kau tu, kau ajaklah dia sekali. Dah lama aku tak tengok dia, lepas dari majlis kat rumah aku dulu. Ema pun ada tanya jugak pasal Dira kat aku. Tapi aku nie mana tau pasal tunang kesayangan kau tu.” Beritahu Daus sebelum dia keluar dari bilik tersebut.
“ye ke..nantilah aku cakap ngan Dira. Tak pun kau bagi nombor telefon bini kau tu kat Dira. Bolehlah diorang berdua berbual-bual kat telefon.” Cadang Shahir Safwan.
“hmm betul jugak cakap kau tu! Kalau aku jumpa ngan Dira nanti, aku bagi kat dia. Oklah, aku keluar dulu.” Ujar Daus lalu keluar dari dalam bilik Shahir Safwan.
Daus berjalan menuju ke tingkat atas. Dira Zulaikha yang baru melangkah keluar dari bilik pesakit selepas membersihkan biik itu bertembung dengan Daus secara tak sengaja.
“Dira kan!” tegur Daus lembut.
Dira Zulaikha menganggukan kepalanya..
“ingat saya lagi tak?” soal Daus.
“hmmm..ingat, suami kak Ema kan!” jawab Dira Zulaikha.
“ingatkan dah lupa tadi. Baru lepas bersihkan bilik pesakit ke?” Tanya Daus.
“aahh…abang Daus dari mana nie?. Macam mana boleh ada kat sini?” soal Dira Zulaikha pelik.
“abang Daus baru je keluar dari bilik tunang Dira lah. Ari nie abang Daus lapor diri kat sini,” beritahu Daus.
“ooo…jadi abang Daus bertugas kat sini lah. Maaf ye doctor, saya panggil macam tu tadi!” ucap Dira Zulaikha.
“takpe, tak payahlah panggil saya macam tu. Dira panggil macam tadi pun ok.” Balas Daus yang tidak kisah.
“kak Ema macam mana?” Tanya Dira Zulaikha lagi.
“kak Ema ada kat rumah, temankan mak ngan ayah abang Daus!” beritahu Daus.
“jadi kak Ema ikut sekali lah abang Daus balik sini..hmm kak Ema sihat?” gadis itu ternyata selalu mengingati Ema.
“Alhamdulillah, kak Ema sihat. Oh ye, abang Daus bagi nombor telefon kak Ema pada Dira ye. Kak Ema Dira tu, asyik tanya abang Daus pasal Dira je.” Ujar Daus seraya menulis di atas kertas yang diambilnya di dalam poket baju putih itu.
Kertas itu dihulurkan kepada Dira Zulaikha.
“kalau Dira tak sibuk, telefon lah kak Ema. Rindu sangat nak berbual ngan Dira agaknya!” pinta Daus lembut.
“insyaallah…malam nanti Dira telefon kak Ema.”
“kalau macam tu, abang Daus naik dulu ye. Baru mula keje ari nie, tak boleh nak main-main.”
“yelah…..selamat bekerja ye!” ujar Dira Zulaikha lembut.
“terima kasih…” ucap Daus lalu meninggalkan Dira Zulaikha dengan peralatan ditangannya itu.
Apabila Daus melangkah ke tingkat atas, Dira Zulaikha kembali meneruskan kejenya untuk mencuci koridor.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama